SmartPhones - Inisiatif 2/2011 BULETIN ICT - treasury.gov.my · kemampuan telefon biasa. Telefon...
Transcript of SmartPhones - Inisiatif 2/2011 BULETIN ICT - treasury.gov.my · kemampuan telefon biasa. Telefon...
28 Langkah Penggunaan ICT Ke Arah ICT Hijau - Inisiatif ini merupakan satu usaha bagi menangani isu-isu global semasa...
ms: 4
BULETIN ICTPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan
Sistem Pengoperasian SmartPhones SmartPhones ialah telefon bimbit yang menawarkan kemampuan komputer...
ms: 6
Edisi2/2011
Ciri Terbaru Portal MOF Terdapat banyak modul-modul baru telah dimuatkan disamping penyusunan semula kandungan.
ms: 8
www.treasury.gov.my
Polisi ICT v4Penstrukturan Semula
Semua warga Perbendaharaan boleh merujuk Polisi ICT versi 4.0
melalui Portal Perbendaharaan. Polisi tersebut telah dibentang
dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT
(JPICT) Perbendaharaan pada 29 April 2011 yang lalu.“
“
Perbendaharaan Malaysia
SIDANG REDAKSI BULETIN ICT
PENAUNG:
YBhg. Dato’ Dr. Azizah bt Arifin
KETUA EDITOR:
Pn. Rohani bt Mohamad
Cik Tan Siew Mooi
SIDANG EDITOR:
Pn. Siti Sapura bt Raffee
Pn. Norliza bt Jumeri
REKA BENTUK:
En. Saidi b Murtada
EDARAN:
En. Asahar b Ahmat
Pn. Nik Fadhlina bt Nik Marwan
SUMBANGAN BAHAN & ARTIKEL:
Pn. Norliza bt Jumeri
Pn. Rahamah bt Muda
Pn. Sharifah Norhazira bt Said Hamid
Cik Shakila Ahmad Bashir Khan
En. Saidi b Murtada
Polisi ICT versi 4
Demua warga Perbendaharaan boleh merujuk
Polisi ICT versi 4.0 melalui Portal Perbendaharaan
atau Portal Latihan Perbendaharaan. Polisi
tersebut telah dibentang dan diluluskan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
Perbendaharaan pada 29 April 2011 yang lalu. Kandungan
polisi telah distruktur semula menjadi sebelas (11) perkara
iaitu seperti berikut:
Perkara 1:
Pembangunan dan Penyelenggaraan Polisi
Perkara 2:
Organisasi ICT
Perkara 3:
Pengurusan Aset
Perkara 4:
Keselamatan Sumber Manusia
Perkara 5:
Keselamatan Fizikal dan Persekitaran
Perkara 6:
Pengurusan Operasi dan Komunikasi
Perkara 7:
Kawalan Capaian
Perkara 8:
Perolehan, Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
Perkara 9:
Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan ICT
Perkara 10:
Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan
Perkara 11:
Pematuhan
Perubahan polisi seperti yang telah digariskan adalah
seperti di bawah:
• Pengukuhan peranan dan tanggungjawab Pasukan
Tindakbalas Insiden Keselamatan ICT Kementerian
Kewangan (CERTMOF), Koordinator ICT Bahagian dan
Koordinator Web Bahagian;
S
3Polisi ICT versi 4Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2/2011
• Peruntukan/ Perkongsian Perkakasan dan
Perisian ICT iaitu Pegawai gred 48 ke atas
diberi pilihan untuk dibekalkan sama ada
satu (1) unit PC atau satu (1) unit komputer
riba;
• Pegawai gred 48 ke atas layak dan boleh
dibekalkan dengan sebuah pencetak light
duty setiap pegawai manakala bagi pegawai-
pegawai lain, pencetak perlu digunakan
secara ‘pool’ dengan nisbah yang difikirkan
sesuai untuk kelancaran kerja dan jenis kerja
yang dilakukan seperti kerahsiaan maklumat,
kedudukan tempat dan proses kerja;
• Perekodan semua aset ICT Perbendaharaan
dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA)
termasuk merekodkan maklumat
penempatan dan penyelengaraan sehingga
pelupusan aset berkenaan.
• Tanggungjawab pengguna ke atas media
tandatangan digital;
• Tanggungjawab pengguna terhadap media
perisian dan aplikasi;
• Pelaksanaan housekeeping/ penyelenggaraan
PC seperti disk cleanup, error-checking,
defragment dan backup oleh pengguna bagi
memastikan keupayaan PC adalah sentiasa
dalam keadaan optimum dan tanggungjawab
BPTM dalam menyediakan tatacara
housekeeping/ penyelenggaraan PC dari
masa ke semasa;
• Larangan menghantar maklumat RAHSIA atau
RAHSIA BESAR melalui e-mel;
• Penggunaan enkripsi (encryption) ke
atas dokumen SULIT dan TERHAD yang
disediakan dan dihantar secara elektronik;
• Penyerahan atau penerimaan sistem perlu
mendapat pengesahan/ kelulusan pemilik
sistem dan perlu melalui proses UAT (User
Acceptance Test) dan FAT (Final Acceptance
Test);
• Pewujudan akaun e-mel berdasarkan
standard yang telah ditetapkan iaitu nama_
• Kawalan Kriptografi seperti penggunaan
enkripsi (encryption) ke atas maklumat
sensitif atau maklumat rahsia rasmi,
penggunaan tandatangan digital khususnya
kepada mereka yang menguruskan transaksi
maklumat rahsia rasmi secara elektronik dan
Pengurusan Infrastruktur Kunci Awam (PKI);
• Perkara tambahan yang perlu dipatuhi bagi
pembangunan sistem aplikasi.
• Perubahan/ keperluan tambahan sistem
aplikasi sedia ada melalui permohonan
secara bertulis atau menggunakan borang
permohonan yang disediakan;
• Prosedur yang perlu dipatuhi dalam proses
pembayaran online di dalam sistem; dan
• Prosedur yang perlu dilakukan apabila ingin
menamatkan penggunaan sesuatu sistem.
• Peraturan di dalam penggunaan talian
Internet Persendirian seperti 3G Broadband
dan seumpamanya;
• Peraturan melayari internet dan laman web
jaringan sosial;
Denggunaan ICT Hijau merupakan
langkah strategik Kerajaan untuk
menyokong Dasar Teknologi Hijau
Negara. Inisiatif ini merupakan satu usaha
bagi menangani isu-isu global semasa seperti
pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon,
pemanasan global dan isu-isu yang berkaitan.
Berikut adalah 28 langkah yang telah
digariskan di dalam Garis Panduan Penggunaan
ICT Ke Arah ICT Hijau Dalam Perkhidmatan
Awam.
PERINGKAT PEROLEHAN
Dalam memastikan ICT Hijau di agensi
sektor awam dilaksanakan secara konsisten,
perolehan produk ICT hendaklah mempunyai
spesifikasi ciri-ciri ICT hijau seperti berikut:
1. Penjimatan penggunaan tenaga elektrik;
2. Pengeluaran karbon yang rendah;
3. Pengeluaran haba yang rendah;
4. Penggunaan bahan toksik yang minimum
seperti dakwat pencetak (ink) dan toner;
5. Komponen di dalam produk tersebut yang
boleh diguna semula; dan
6. Produk atau sistem ICT yang boleh
meningkatkan prestasi mesra alam untuk
kegunaan bukan ICT seperti energy control
systems, environmental monitoring system
di dalam bangunan dan lain-lain yang
berkaitan.
Langkah Penggunaan ICTKe Arah ICT Hijau
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
4
P
28
25 Langkah Penggunaan ICT Ke Arah ICT HijauBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2/2011
PERINGKAT PENGGUNAAN
Bagi pembudayaan penggunaan ICT
Hijau, agensi hendaklah melaksanakan langkah-
langkah amalan seperti berikut:
A. KOMPUTER PERIBADI & KOMPUTER
RIBA
7. Tidak menggunakan atau mengaktifkan
screen saver. Ini disebabkan penggunaan
screen saver akan menggunakan jumlah
tenaga yang sama dengan penggunaan
skrin yang aktif;
8. Memastikan monitor dalam keadaan
standby/ hibernate selepas 5 minit tidak
aktif;
9. Memastikan kemudahan power management
untuk komputer
peribadi dan
komputer riba
diaktifkan;
10. Memastikan
komputer ditutup
dan suis dimatikan
serta plug
komputer dicabut
dari soket elektrik
apabila tidak digunakan untuk jangka
masa panjang. Ini untuk mengelakkan
arus elektrik masih aktif dalam sistem
pendawaian menerusi plug komputer yang
tidak dimatikan dan dicabut;
22. Memastikan server-server yang tidak aktif
penggunaannya hendaklah shut down dan
suis dimatikan; dan
23. Menimbang penggunaan Keyboard, Visual
Display Unit, Mouse (KVM) kepada server-
server bagi mengurangkan jumlah tenaga
elektrik yang diperlukan dan haba yang
dihasilkan oleh monitor.
D. APLIKASI
24. Menggandakan penggunaan
perkhidmatan online ke arah
pengurangan penggunaan kertas
dan bahan cetak;
25. Mempertingkatkan penggunaan
kemudahan e-mel untuk
berkomunikasi tanpa kertas bagi
tujuan rasmi sahaja;
26. Mempertimbangkan
kemudahan penggunaan
saluran baru untuk
mendapatkan maklum
balas dan aduan
secara rasmi; dan
27. Mempertingkatkan
pembangunan aplikasi
online yang menggantikan
proses kerja secara manual.
PERINGKAT PELUPUSAN
28. Produk ICT yang perlu dilupuskan hendaklah
mengikut tatacara yang digariskan melalui
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5
Tahun 2007 “Tatacara Pengurusan Aset Alih
Kerajaan” dan mengambil kira pemuliharaan
alam sekitar serta amalan hijau sama ada
ianya masih boleh diguna pakai (reuse) dan
dikitar semula (recycle).
525 Langkah Penggunaan ICT Ke Arah ICT HijauBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2/2011
11. Menggantikan monitor Cathode Ray Tube
(CRT) dengan monitor Liquid Crystal Display
(LCD). Ini adalah kerana penggunaan LCD
boleh menjimatkan 30% hingga 50% tenaga
elektrik berbanding CRT;
12. Menimbangkan penggunaan saiz monitor
yang bersesuaian kerana saiz monitor yang
besar akan menggunakan tenaga elektrik
yang lebih; dan
13. Menimbangkan penggunaan teknologi
Thin Client di mana ia dapat mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik dan kos
penyelenggaraan.
B. PENCETAK
14. Mengaktifkan kemudahan duplex dan mode
draf pada pencetak sebagai default. Ini adalah
untuk menjimatkan penggunaan kertas dan
dakwat pencetak;
15. Mengaktifkan kemudahan power-saving sleep
mode pada pencetak (jika ada);
16. Mengurangkan bilangan pencetak stand-
alone dengan pewujudan pencetak rangkaian
yang dapat dikongsi bersama oleh penjawat
awam;
17. Mengawal dokumen yang berkenaan sahaja
untuk dicetak;
18. Menimbangkan kawalan mencetak di
pencetak rangkaian berdasarkan ID
pengguna;
19. Memastikan supaya penggunaan kertas
secara optimum; dan
20. Mengurangkan penggunaan bahan seperti
riben, kertas dan toner.
C. PELAYAN (Server)
21. Mengoptimumkan penggunaan server
dengan melaksanakan kaedah konsolidasi
menerusi teknologi virtualization;
6 Sistem Pengoperasian SmartPhonesBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2/2011
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
Dpakah itu OS? OS atau sering disebut
sebagai sistem pengoperasian
adalah suatu sistem yang digunakan
untuk mengoptimalkan kerja hardware
(perkakasan) dan software (perisian) yang ada
pada komputer. Ia juga bertanggungjawab
untuk mengagihkan sumber komputer seperti
memori dan CPU kepada setiap aplikasi yang
dijalankan. OS biasanya selalu dikaitkan
dengan komputer di mana antara yang biasa
digunakan adalah Windows termasuk Windows
XP, Windows Vista atau Windows 7. Manakala
ada juga pengguna menggunakan OS daripada
Linux seperti Ubuntu, Fedora ataupun Red
Hat. Seperti juga komputer, smartphones juga
memerlukan OS untuk melaksanakan aplikasi
yang terkandung di dalamnya.
Sejajar dengan perkembangan teknologi
semasa, telefon pintar atau smartphones
kini telah menjadi satu trend. Golongan dari
pelbagai lapisan sudah menyedari akan
kepintaran serta kemudahan teknologi yang
A
Sistem PengoperasianSmartPhones
disediakan oleh smartphones. Dengan
kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar
yang semakin berkembang, smartphones
menjadi pilihan utama yang harus dimiliki oleh
semua orang.
Terdapat perbezaan ketara antara
smartphones dan telefon biasa. Smartphones
ialah telefon bimbit yang menawarkan
kemampuan komputer dan penyambungan
Internet yang lebih maju berbanding
kemampuan telefon biasa. Telefon biasa
mempunyai ciri-ciri asas seperti membuat
panggilan, menghantar SMS dan MMS manakala
smartphones ini pula boleh dikira sebagai
komputer tetapi dalam bentuk yang lebih kecil,
mudah dibawa ke mana sahaja dan bersifat
personal lebih daripada komputer peribadi.
Pembeli smartphones mungkin
mempertimbangkan pelbagai perkara
sebelum membuat keputusan untuk membeli
smartphones yang menepati cita rasa mereka
termasuklah sistem pengoperasian (OS) bagi
smartphones itu sendiri.
7Sistem Pengoperasian SmartPhonesBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2/2011
OS Smartphones Maklumat
Android
Sejarah Dibangunkan oleh Android Inc sebelum dibeli oleh Google pada tahun 2005. Berasaskan daripada modifikasi kernel Linux
Smartphones Acer, Cherry Mobile, HTC, Huawei, i-Mobile, LG, Motorola, Sony Ericsson dan CSL
iOS
Sejarah Sebelum ini dikenali sebagai iPhone OS. Dibangunkan khusus untuk produk Apple dan tidak digunakan untuk produk lain. Ia berasal daripada Mac OS X, sistem pengoperasian bagi komputer riba Apple.
Smartphones iPhone
Symbian
Sejarah Dibangunkan oleh Psion dan kemudiannya Symbian Ltd sebelum diambil alih oleh Symbian Foundation.
Smartphones Nokia
RIM (Research in Motion)
Sejarah Dibangunkan di Ontario, Kanada oleh syarikat telekomunikasi Kanada
Smartphones BlackBerry
Windows Mobile
Sejarah Sistem pengoperasian untuk telefon pintar yang dibangunkan oleh Microsoft. Kebiasaan produk yang menggunakan dengan Windows Mobile didatangkan bersama dengan stylus pen
Smartphones HTC dan LG
Bada
Sejarah Ia telah dibangunkan oleh Samsung Electronics. Perkataan ini bermaksud lautan di dalam bahasa Korea. Smartphones Samsung Wave S8500 yang menggunakan platform Bada mula diperkenalkan pada Februari 2010 di Mobile World Congress 2010 dan mendapat sambutan ramai termasuk syarikat Twitter dan Gameloft.
Smartphones Samsung
Secara umumnya, terdapat enam (6) OS Smartphones yang popular pada masa kini iaitu Android,
iOS, Symbian, RIM, Bada dan Windows Mobile. Paparan di bawah memberikan sedikit maklumat
mengenai OS tersebut:
Pada masa kini, OS Smartphones yang menguasai
pasaran adalah Android di mana ia menguasai
33 peratus daripada pasaran semasa. Namun, ia
terpulang kepada pengguna itu sendiri untuk
menentukan OS mana yang mereka sukai. Jika anda
mahukan smartphones yang trendy, pilih iOS. Jika
ke arah bisnes, boleh pilih RIM. Namun, jika anda
bukan tergolong di dalam golongan di atas, boleh
pilih Android, Bada, Symbian atau Windows Mobile!
Android 33%
Symbian 31%
Apple 16%
RIM 14%
Windows Mobile
3%Other
3%
Dada tahun 2011 ini, Portal Perbendaharaan terus ke hadapan ditambah baik lagi dengan
penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti persembahannya. Sama ada
pengguna portal menyedarinya atau tidak terdapat banyak modul-modul baru telah
dimuatkan disamping penyusunan semula kandungan seperti galeri gambar, banner juga menu agar
ia lebih menarik dan memudahkan pengguna melayarinya. Berikut adalah ciri-ciri terbaru Portal
Perbendaharaan:
Ciri TerbaruPortal Rasmi Perbendaharaan 2011
P
MODUL ADUAN/PERTANYAAN >>Modul Aduan/Pertanyaan adalah satu modul standard yang dibangunkan
oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi menyelaras dan memudahkan proses
pemantauan aduan di peringkat Kementerian yang dikenali sebagai - Modul
Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA).
• Disediakan menggunakan simple jquery modal window bagi
memudahkan pengguna mengakses Sistem iSPAAA.
MODUL
PERKHIDMATAN >>Modul Perkhidmatan
telah dinaik taraf
menggunakan plug-
in Ja Tabs di mana
sebelum ini hanya
menggunakan
standard html.
Modul ini lebih
kemas, tersusun dan
mudah dicari jika
dibandingkan dengan
sebelum ini. Microsite
MOF juga telah
dimasukkan ke dalam
modul ini.
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
8 Ciri Terbaru Portal Rasmi Perbendaharaan 2011Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2/2011
GALERI GAMBAR >>Galeri Gambar menggunakan plug-in Ozio Gallery
bagi paparan yang lebih interaktif, lebih tersusun dan
pengendalian yang mudah serta tidak mengambil masa
yang lama untuk loading gambar. Gambar juga disusun
atur dan dikumpul mengikut peristiwa.
ad
ua
n /
pe
rt
an
ya
an
Perkhidmatan
Atas Talian
Sistem Aplikasi
Perbendaharaan
Borang Muat Turun
Penerbitan
Microsite MOF
Perkhidmatan Atas TalianPerkhidmatan SMS, Aduan Bayaran Dan Prosedur Perolehan, Semak Status Mohon Pinjaman, Semakan Baki Pinjaman, Semak Penghantaran Hak Milik, Semak Status Pengeluaran Bayaran Kemajuan, Penyata Online, Pengiraan Bayaran Balik Pinjaman, Pengiraan Bayaran Balik Pinjaman Kedua, Pendaftaran Syarikat, LHDN, Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM)
FOTO ALBUM
Dront-page Portal Perbendaharaan yang
baru ini juga telah dipendekkan kepada
2 page down sahaja bagi memudahkan
pengguna mencari maklumat. Paparan terbaik
untuk melayari Portal Perbendaharaan adalah
menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan
Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin
1024x768 serta memerlukan Adobe Flash Player
dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan
sesetengah aplikasi.
9Ciri Terbaru Portal Rasmi Perbendaharaan 2011Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2/2011
MOF WIDGETS >>MOF Widgets adalah modul baru yang dibangunkan menggunakan ubar plugin. Modul ini
menempatkan capaian kepada jaringan sosial Facebook, Twitter, Google Map, Tag Cloud, Rss Feed,
Polls, Links, W3C, Sitemap, Login, dan Background.
i. Links merupakan pautan pantas ke laman MyGoverment, Pemudah, HRMIS, ePerolehan dan lain-
lain.
ii. World Wide Web Consortium (W3C) Accessibility Help adalah kemudahan capaian untuk
golongan orang yang kurang upaya (OKU) seperti pengguna cacat penglihatan, rabun warna dan
warga tua.
iii. Background merupakan satu fungsi baru yang memboleh kita menukar latar belakang web
mengikut cita rasa yang dikehendaki. Ia mempunyai 4 pilihan iaitu - Chrome (Default), Purple Batik,
Black Songket dan Blue Jean.
BANNER >>Banner juga
diperbaharui
dengan ciri baru
iaitu slide numbering
bagi memudahkan
pengguna untuk
melihat terus banner
yang dikehendaki.
Selain itu, kandungan portal juga telah
dikemaskini secara keseluruhannya mengikut
kriteria yang ditetapkan oleh MDeC dan MAMPU
bagi memantapkan lagi penyampaian maklumat
kepada umum.
F
MOF ARKIB >>Modul Arkib dibangunkan bagi mendapatkan capaian ke atas
artikel yang tidak dipaparkan lagi di front-page portal. Dengan
adanya modul ini, hanya maklumat yang terkini sahaja dipaparkan
di Portal Perbendaharaan manakala maklumat/artikel sebelumnya
(dari tahun 2006) masih boleh lagi di rujuk di dalam modul Arkib.
ARKIBSOALAN LAZIM
PEMBERITAHUAN PEKELILING UCAPAN/AKHBAR TENDER
Rumah PINTARdiancam penjenayah siber
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
10 Ciri Terbaru Portal Rasmi Perbendaharaan 2011Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 2/2011
DENJENAYAH siber kini mengalihkan
sasarannya kepada teknologi yang
digunakan bagi pembangunan rumah
pintar (smart home) khususnya peralatan
elektronik yang dihubungkan dengan Internet,
sekaligus memberi ancaman kepada peralatan
elektronik bagi kegunaan harian yang sedia ada
sekarang.
Pengarah Penyelidikan Global dan
Analisis Kaspersky Lab, Costin Raiu yang
turut sependapat dengan Ketua Pegawai
Kaspersky Lab, Eugene Kaspersky berkata,
pembangunan rumah pintar mempunyai
risiko diancam oleh penjenayah siber kerana
sistem berkenaan dihubungkan terus dengan
Internet atau rangkaian talian telefon. Berikutan
itu, beliau menyarankan agar setiap projek
pembangunan rumah pintar perlu menyedari
mengenai ancaman virus terhadap sistem yang
dibangunkan dengan mengenalpasti jenis
perlindungan yang diperlukan.
Berkaitan dengan ancaman terhadap
perbankan Internet pula, beliau berkata
sistem perbankan sentiasa mencuri perhatian
penjenayah siber namun kesedaran kebanyakan
institusi bank di dunia mengenai perlindungan
kepada pelanggan sudah meningkat.
Menurut beliau juga, sebelum ini kebanyakan
bank enggan mengakui mengalami masalah
kehilangan wang pelanggan disebabkan
serangan penjenayah siber berikutan bimbang
kehilangan pelanggan namun kesedaran mereka
terhadap perlunya mendapatkan perlindungan
semakin meningkat. Bank kini menyedari akan
kepentingan untuk melindungi kewangan
pelanggan mereka agar imej bank tidak terjejas
dalam usaha memastikan pelanggan sentiasa
berasa selamat dan yakin dengan keupayaan
sistem yang dimiliki.
Kenyataan ini tentunya memberi kelegaan
kepada pelanggan bank terutamanya kepada
mereka yang sudah selesa menggunakan
perkhidmatan perbankan melalui Internet.
Walau bagaimanapun bagi yang telah memiliki
rumah pintar atau sedang merancang untuk
menggunakan teknologi canggih ini, pastikan
langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya
telah diambil kira.
Sumber: IT@Metro myMetro
P
Costin Raiu Pengarah Penyelidikan Global dan Analisis
Kaspersky Lab
Photoshop untuk FotografiTeknik Photoshop untuk Suntingan Digital Foto
Teknik 1: Retouch PhotoRetouching foto adalah sangat penting kepada
pengguna Photoshop, terutamanya di era ramai
orang tergila-gilakan fotografi digital ini. Kita
lihat satu contoh cara untuk retouch foto.
GAMBAR SEBELUM GAMBAR SELEPAS
LANGKAH 1
• Duplicate layer foto anda (Tekan Ctrl + J).
• Kemudian, kita akan gunakan ‘Filter
Gaussian Blur’. Klik menu Filter > Blur >
Gaussian Blur (setkan radius: 5 pixels)
LANGKAH 2• Selepas itu, kita akan desaturate layer
yang telah dikaburkan (Blur) tadi. Klik menu Image > Adjustment > Desaturate (Ctrl+Shift+U). Hasilnya, imej di dalam layer tersebut akan menjadi hitam-putih.
• Tukarkan blend mode layer tersebut daripada ‘Normal’ kepada ‘Overlay’.
LANGKAH 3
• Klik pada ikon ‘Create new adjustment layer’
di bahagian bawah palet layer dan pilih
‘Gradient Map’.
• Kemudian, klik di atas warna gradient
yang terpapar di ‘Gradient Map’ bagi
mendapatkan ‘Gradient Editor’ seperti di
bawah ini.
• Edit warna gradient seperti di atas:
* ff9900
* ffcc33
* ffffcc
• Klik OK.
• Kemudian, tukarkan blend mode untuk
adjustment layer ini daripada ‘Normal’
kepada ‘Soft Light’ dengan ‘Opacity’ 60%.
• Siap! Mudah sahaja. Selamat mencuba!
DITERBITKAN OLEH:
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat,Aras 7, Blok Selatan,Kompleks Kementerian Kewangan,No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62592 Putrajaya
Tel: 603-8882 3448 | Fax: 603-8882 4052Portal: www.treasury.gov.my
PerbendaharaanKementerian Kewangan Malaysia
BULETIN ICT Edisi 2