Soal Jawab HFMD Bersama Ketua Pengarah Kesihatan

5
SOAL JAWAB PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN 1. Secara ringkas apakah sebenarnya penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan tanda-tanda penyakit ini? Ia selalu berlaku di kalangan kanak-kanak kecil kurang dari 10 tahun. Ia disebabkan oleh ‘enterovirus’. Terdiri dari 67 serotypes manusia; 3 serotypes poliovirus, 23 serotypes Coxsackie A, 6 serotypes Coxsackie B, 31 serotypes Echovirus dan enterovirus 68 hingga 71. Masa inkubasi adalah 3 – 6 hari. Masa yang paling bahaya (infectious) adalah dalam masa yang singkat sebelum dan selepas gejalanya timbul. Gejalanya ialah demam, ruam (maculopapular / vesicle) di tapak tangan dan kaki, ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI). Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kecil. Virus ini terdapat di dalam kerongkong dan najis, dan ia merebak secara faecal-oral serta kontak dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit. Hampir keseluruhan pesakit yang mengidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa 7 – 10 hari. Komplikasinya iaitu ‘aseptic or viral meningoencepahlitis’ dan / atau myocarditis’ jarang berlaku. 2. Bila dan bagaimana penyakit ini pertama kali dikesan di Malaysia? Tidak diketahui bila penyakit ini pertama kali dikesan di Malaysia kerana tiada sistem survelan bagi penyakit ini. Survelan penyakit ini dimulakan pada tahun 1998 apabila terjadinya wabak HFMD berlaku di Sarawak pada tahun 1997, Ia melibatkan 2628 kes dengan 31 kematian. Seramai 29 dari kematian yang dilaporkan itu disahkan EV71. 3. Berapa kerap ia menyerang dan mengapa ia berlaku dalam tempoh berkenaan? Penyakit HFMD ini endemik di negara kita dan lain-lain negara.

Transcript of Soal Jawab HFMD Bersama Ketua Pengarah Kesihatan

Page 1: Soal Jawab HFMD Bersama Ketua Pengarah Kesihatan

SOAL JAWAB PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN

1. Secara ringkas apakah sebenarnya penyakit tangan, kaki dan mulut

(HFMD) dan tanda-tanda penyakit ini?

• Ia selalu berlaku di kalangan kanak-kanak kecil kurang dari 10 tahun. • Ia disebabkan oleh ‘enterovirus’. • Terdiri dari 67 serotypes manusia; 3 serotypes poliovirus, 23 serotypes

Coxsackie A, 6 serotypes Coxsackie B, 31 serotypes Echovirus dan enterovirus 68 hingga 71.

• Masa inkubasi adalah 3 – 6 hari. • Masa yang paling bahaya (infectious) adalah dalam masa yang singkat

sebelum dan selepas gejalanya timbul. • Gejalanya ialah demam, ruam (maculopapular / vesicle) di tapak

tangan dan kaki, ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

• Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kecil.

• Virus ini terdapat di dalam kerongkong dan najis, dan ia merebak secara faecal-oral serta kontak dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit.

• Hampir keseluruhan pesakit yang mengidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa 7 – 10 hari.

• Komplikasinya iaitu ‘aseptic or viral meningoencepahlitis’ dan / atau ‘myocarditis’ jarang berlaku.

2. Bila dan bagaimana penyakit ini pertama kali dikesan di Malaysia?

Tidak diketahui bila penyakit ini pertama kali dikesan di Malaysia

kerana tiada sistem survelan bagi penyakit ini. Survelan penyakit ini dimulakan pada tahun 1998 apabila terjadinya

wabak HFMD berlaku di Sarawak pada tahun 1997, Ia melibatkan 2628 kes dengan 31 kematian. Seramai 29 dari

kematian yang dilaporkan itu disahkan EV71. 3. Berapa kerap ia menyerang dan mengapa ia berlaku dalam tempoh

berkenaan?

Penyakit HFMD ini endemik di negara kita dan lain-lain negara.

Page 2: Soal Jawab HFMD Bersama Ketua Pengarah Kesihatan

Berdasarkan Sistem Survelan 1998, tidak ada tren tertentu di negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah. Namun begitu bagi Negeri Sarawak, peningkatan kes HFMD berlaku setiap 3 tahun terutama yang melibatkan EV71.

4. Setakat mana seriusnya penyakit ini di Sarawak pada masa ini? • Jumlah kes yang dapat dikesan dapat dilakukan dalam masa singkat,

lebih-lebih lagi apabila pengesanan kes secara aktif (ACD) dijalankan. Maka kita beranggapan kejadian ini agak serius.

5. Apakah punca sebenar penyakit ini di Sarawak? Ada yang

mengaitkan ia dengan pencemaran Sungai Rejang, adakah ia benar?

• Perkara ini masih belum dipastikan dan memerlukan kajian yang lebih terperinci.

6. Kajian awal Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menunjukkan bahawa virus EV71 yang menyerang kanak-kanak di Sarawak berbeza sedikit daripada virus pada 1997. Apakah virus ini lebih berbahaya berbanding sebelum ini?

• Wabak 1997 disebabkan oleh EV71 strain B2. • Bagi kejadian 2006 ini, UNIMAS menyatakan EV71 yang diisolasi

adalah dari strain B5. • Walau bagaimanapun kajian patogenisiti masih dibuat oleh UNIMAS

untuk memastikan sama ada strain ini lebih berbahaya atau tidak. 7. Bagaimanakah langkah Kementerian Kesihatan menangani masalah

ini di Sarawak serta pemantauan kebersihan di Taska dan langkah pencegahan yang dilakukan Kementerian Kesihatan di seluruh negara?

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menjalankan aktiviti di bawah

untuk menangani masalah ini: • Pengesanan kes secara aktif (ACD). • Memeriksa kes-kes yang dikesan. • Triaging di klinik-klinik kesihatan untuk mengasingkan kes HFMD dan

merujuk ke hospital jika perlu. • Mempertingkatkan kesiapsiagaan makmal dalam mengendalikan

spesimen kes HFMD untuk dihantar ke makmal di UNIMAS. • Memeriksa taska, tadika dan pra-sekolah.

Page 3: Soal Jawab HFMD Bersama Ketua Pengarah Kesihatan

• Penutupan taska, tadika dan pra-sekolah dan sekolah rendah yang mempunyai kes HFMD.

• Menyelia prosedur membasmikuman / premis terbabit. • Pendidikan kesihatan kepada orang ramai melalui ceramah di radio

dan dewan orang ramai, risalah dan poster, dialog bersama pengamal perubatan dan pengurus taska, tadika dan pra-sekolah.

Kementerian Kesihatan pula melakukan:

• Membuka Bilik Gerakan untuk mengambil tindakan yang perlu diambil. • Mengeluarkan surat alert kepada semua negeri dan makmal (IMR dan

MKAK). • Meningkatkan pemantauan penyakit HFMD di negeri-negeri lain. • Menghantar pasukan bantuan dari Semenanjung ke Sarawak, seramai

42 orang terdiri dari Pegawai Kesihatan (6), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (12), Pembantu Perubatan (12) dan Jururawat (12).

• Menyalurkan maklumat terkini ke semua Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi lain yang berkaitan.

• Mengemaskini laman web berkaitan HFMD yang boleh dilayari di http://dph.gov.my/survelans/

• Mengadakan sidang akhbar dari masa ke semasa.

8. Penyakit HFMD di Sarawak, mempunyai kitaran peningkatan kes tiga tahun sekali. Jadi, ia sudah dijangka oleh Kementerian Kesihatan, mengapa masih berlaku kes dalam jumlah yang tinggi di Sarawak?

• Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumkan bahawa pada

awal bulan Februari 2006, didapati kes HFMD meningkat secara mendadak; dan ia diikuti dengan kematian berturut-turut.

• Keadan ini menyebabkan public awareness telah dipertingkatkan. • Berikutan itu juga, aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD)

melalui pencarian rekod dan pencarian kes di klinik-klinik swasta dan kerajaan dijalankan. Semua klinik dan hospital juga diminta melaporkan kes-kes HFMD yang dirawat dilaporkan ke Jabatan Kesihatan.

• Faktor-faktor ini menjadi penyumbang kepada peningkatan kes HFMD di Sarawak

• Walaupun bilangan kes HFMD tinggi, ia adalah hasil strategi pengesanan awal kes bagi memastikan langkah-langkah kawalan dan pencegahan boleh dilakukan secara individu bagi mencegah transmisi jangkitan.

• Ia adalah sebahagian dari langkah-langkah kawalan selain dari langkah penutupan taska, tadika, pra-sekolah dan sekolah rendah.

Page 4: Soal Jawab HFMD Bersama Ketua Pengarah Kesihatan

9. Kebiasaannya berapa lamakah tempoh masa diambil untuk kes penyakit ini kembali menurun?

• Kes akan menurun jika langkah-langkah kawalan transmisi

dilakukan dengan sempurna. • Jika arahan penutupan taska, tadika dan pra-sekolah yang

dikeluarkan tidak dipatuhi, maka transmisi jangkitan akan terus berlaku.

• Apabila kanak-kanak pulang ke rumah, mereka akan merebakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain.

• Sekiranya langkah ini dibuat dengan berkesan, maka tempoh masa untuk menurun kes HFMD ini dapat dikurangkan.

• Itulah sebabnya kita mengarahkan supaya mana-mana tempat yang mempunyai dua atau lebih kes HFMD pada satu masa inkubasi supaya ditutup; atau kanak-kanak tersebut tinggal di rumah selama 7 ke 10 hari.

10. HFMD biasanya menjangkiti budak berusia 10 tahun tetapi kini tiga

kes budak berusia 13, 14 dan 17 tahun dijangkiti di Sarawak. Apakah ini bermakna remaja juga terdedah dengan penyakit ini?

• Penyakit HFMD yang disebabkan oleh enterovirus boleh menjangkiti semua peringkat umur.

• Kumpulan berisiko tinggi ialah kanak-kanak berumur 10 tahun, terutama mereka yang tinggal di lokasi / premis yang ramai orang seperti taska, tadika dan prasekolah.

• Golongan ini juga dikatakan kurang imuniti terhadap enterovirus ini. 11. Apabila seorang kanak-kanak dijangkiti, apakah yang harus

dilakukan oleh ibu bapa?

• Mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, mencuci najis kanak-kanak dan sebelum menyediakan makanan.

• Anak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan: • Jangan hantar anak ke sekolah / taska / tadika / pusat asuhan. • Bawa anak berjumpa doktor. Jika tidak masuk wad, pantau

keadaan anak. Beri ubat demam dan makan minum seperti biasa. Bawa ke hospital jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti demam tinggi, tidak mahu makan, letih lesu, menunjukkan gejala neurologi seperti drowsy, irritable dan fits.

• Jangan pecahkan lepoh. Tutup lepoh pada tangan dan kaki dan biarakan ia kering sendiri.

Page 5: Soal Jawab HFMD Bersama Ketua Pengarah Kesihatan

• Basuh tangan selepas menyentuh / merawat lepoh dan semasa membuang najis.

• Jangan bawa anak ke tempat-tempat awam kerana boleh merebakkan jangkitan.

• Bersihkan (basmikuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.

• Pastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul. • Gunakan peralatan makan dan minum yang berasingan untuk

setiap anak. Jangan kongsi barangan dengan anak-anak yang lain, seperti sudu garpu dan mainan.