Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran...

11
SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 ) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015 SULIT Page 1 Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 3 Dapat mengira dan merekodkan bilangan siput dalam semua tangkapan dalam Jadual 1 dengan betul (6 item) Kawasan Bilangan siput dalam tangkapan pertama/ekor Bilangan siput dalam tangkapan kedua/ekor Bilangan siput yang bertanda dalam tangkapan kedua /ekor A Kebun sains sekolah 14 12 4 B Padang sekolah 12 8 3 2 Dapat mengira dan merekodkan bilangan siput dalam semua tangkapan dalam Jadual 1 dengan 4-5 item betul 1 Dapat mengira dan merekodkan bilangan siput dalam semua tangkapan dalam Jadual 1 dengan 2-3 item betul 0 Tiada jawapan/jawapan salah 1 b) i. Skor Penerangan 3 Dapat menyatakan pemerhatian yang mengandungi semua 3 kriteria berikut: K1 kawasan K2 tangkapan pertama/tangkapan kedua/tangkapan kedua yang bertanda K3 bilangan siput babi Contoh jawapan: 1. Pada kawasan A, bilangan siput pada tangkapan pertama ialah 14 ekor//tangkapan kedua 12 ekor//tangkapan kedua bertanda 4 ekor 2. Pada kawasan B, bilangan siput pada tangkapan pertama ialah 12 ekor//tangkapan kedua 8 ekor//tangkapan kedua bertanda 3 ekor 2 Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 2 kriteria Contoh jawapan : 1. Pada kawasan A, bilangan siput pada tangkapan pertama paling banyak

Transcript of Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran...

Page 1: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 1

Soalan 1 1 a)

Skor Penerangan

3 Dapat mengira dan merekodkan bilangan siput dalam semua tangkapan dalam Jadual 1 dengan betul (6 item)

Kawasan

Bilangan siput

dalam

tangkapan

pertama/ekor

Bilangan siput

dalam

tangkapan

kedua/ekor

Bilangan siput

yang bertanda

dalam

tangkapan

kedua /ekor

A – Kebun

sains

sekolah

14 12 4

B –

Padang

sekolah

12 8 3

2 Dapat mengira dan merekodkan bilangan siput dalam semua tangkapan dalam Jadual 1 dengan 4-5 item betul

1 Dapat mengira dan merekodkan bilangan siput dalam semua tangkapan dalam Jadual 1 dengan 2-3 item betul

0 Tiada jawapan/jawapan salah

1 b) i.

Skor Penerangan

3 Dapat menyatakan pemerhatian yang mengandungi semua 3 kriteria berikut: K1 – kawasan K2 – tangkapan pertama/tangkapan kedua/tangkapan kedua yang bertanda K3 – bilangan siput babi Contoh jawapan: 1. Pada kawasan A, bilangan siput pada tangkapan pertama ialah 14

ekor//tangkapan kedua 12 ekor//tangkapan kedua bertanda 4 ekor 2. Pada kawasan B, bilangan siput pada tangkapan pertama ialah 12

ekor//tangkapan kedua 8 ekor//tangkapan kedua bertanda 3 ekor

2 Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 2 kriteria Contoh jawapan : 1. Pada kawasan A, bilangan siput pada tangkapan pertama paling banyak

Page 2: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 2

2. Pada kawasan B, bilangan siput pada tangkapan pertama paling sedikit

1 Hanya dapat menyatakan idea tentang pemerhatian.

0 Tiada jawapan/jawapan tiada kriteria

1 b) ii.

Skor Penerangan

3 Dapat menyatakan mana-mana dua inferen yang munasabah bagi pemerhatian yang sepadan berdasarkan kriteria-kriteria berikut K1 – kawasan K2 – tangkapan pertama/tangkapan kedua/tangkapan kedua yang bertanda K3 – bilangan siput babi Contoh jawapan :

1. Bilangan siput dalam tangkapan pertama//tangkapan kedua//tangkapan kedua yang bertanda banyak kerana kawasan A//kebun lebih lembap dan mempunyai keamatan cahaya yang lebih rendah.

2 Dapat menyatakan satu inferen yang mungkin bagi setiap pemerhatian yang mengandungi sekurang-kurangnya 2 kriteria (tidak lengkap) Contoh jawapan :

1. Bilangan siput dalam tangkapan pertama//tangkapan kedua//tangkapan kedua yang bertanda lebih banyak kerana kawasan A//kebun lebih sesuai.

1 Dapat menyatakan idea kepada pemerhatian yang sepadan

0 Tiada jawapan/jawapan tiada kriteria

1 c)

Skor Penerangan

3 Dapat menyatakan pembolehubah-pembolehubah serta cara mengendalikannya dengan betul (6 item).

Pembolehubah

Cara mengendalikan pembolehubah

Pembolehubah yang

dimanipulasikan

Kawasan kajian (kebun dan

padang)

Dengan memilih kawasan yang berbeza

iaitu kebun sayur dan padang sekolah

Page 3: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 3

Pembolehubah yang

bergerakbalas

Anggaran populasi siput

babi (dalam kawasan kajian)

Dengan mengira dan merekodkan

anggaran populasi siput babi dengan

menggunakan formula.

Pembolehubah yang

dimalarkan

Masa tangkapan kedua

dilakukan// luas kawasan

kajian// jenis organisma//

waktu kutipan sampel

Contoh :

Dengan memilih organisma kajian yang

sama iaitu siput

* Perkataan yang di gelapkan adalah wajib

2 Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 4-5 item dengan betul.

1 Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 2-3 item dengan betul.

0 Tiada jawapan/jawapan salah

1 (d)

Skor Penerangan

3 Dapat menyatakan hipotesis dengan betul berdasarkan kriteria-kriteria berikut K1 – Pembolehubah dimanipulasikan//kawasan K2 – Pembolehubah bergerakbalas//anggaran populasi siput K3 – hubungan antara K1 and K2 Contoh jawapan :

1. Anggaran populasi siput di kawasan A lebih banyak berbanding kawasan B.

2. Anggaran populasi siput di kawasan B sedikit berbanding kawasan A

2 Dapat menyatakan hipotesis dengan sekurang-kurangnya 2 kriteria// kurang tepat Contoh jawapan :

1. Anggaran populasi siput di kawasan A berbeza dengan kawasan B

1 Dapat menyatakan hipotesis dengan 1 kriteria // kurang tepat Contoh jawapan :

1. Populasi siput banyak

0 Tiada jawapan/jawapan salah

1 e)

Skor Penerangan

Page 4: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 4

3

Dapat membina jadual dan merekodkan keputusan eksperimen berdasarkan kriteria-kriteria berikut : K1 – menyatakan semua tajuk beserta unit yang betul K2 – memindahkan semua data dari Jadual 1 (bilangan siput) K3 – mengira anggaran populasi siput pada kedua-dua kawasan dengan betul

Kawasan

Tangkapan

pertama/ekor

Tangkapan

kedua/ekor

Tangkapan

kedua yang

bertanda/ekor

Anggaran

populasi

siput

babi/ekor

A 14 12 4 14x12 = 42

4

B 12 8 3 12x8 = 32

3

Saya

2 Dapat membina jadual dan merekodkan 2 kriteria dengan betul

1 Dapat membina jadual dan merekodkan 1 kriteria dengan betul

0 Tiada jawapan/jawapan salah

1 f) i.

Skor Penerangan

3 Dapat melukis carta bar anggaran populasi siput di kawasan A dan B dengan memenuhi kriteria-kriteria berikut: P – memplot nilai/titik yang betul S - Skala yang betul dan bersesuaian B – Bentuk carta bar (saiz mesti sama)

2 Dapat melukis carta bar anggaran populasi siput di kawasan A dan B dengan sekurang-kurangnya 2 kriteria betul

1 Dapat melukis carta bar anggaran populasi siput di kawasan A dan B dengan sekurang-kurangnya 1 kriteria betul

0 Tiada jawapan/jawapan salah

1 f) ii.

Score Explanation

3 Dapat menerangkan hubungan antara anggaran populasi siput dengan kawasan kajian dengan betul berdasarkan faktor-faktor berikut: K1– hubungan anggaran populasi siput babi dengan kawasan kajian K2 – kelembapan dan keamatan cahaya (tinggi atau rendah) K3 – sesuai bagi pembiakan siput Contoh jawapan : Anggaran siput di kawasan A lebih banyak daripada kawasan B kerana kelembapannya tinggi dan keamatan cahayanya yang rendah menyebabkan habitat ini sesuai untuk pembiakan siput

Page 5: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 5

2 Dapat menerangkan hubungan antara anggaran populasi siput dengan kawasan kajian dengan sekurang-kurangnya 2 faktor betul

1 Dapat menerangkan hubungan antara anggaran populasi siput dengan kawasan kajian dengan sekurang-kurangnya 1 faktor betul

0 Tiada jawapan/jawapan salah

1 g)

Skor Penerangan

3 Dapat meramal dengan betul dan menerangkan ramalan berdasarkan kriteria-kriteria berikut: P1 – bilangan siput yang ditangkap berkurang // kurang daripada 14 // 1>x>14 P2 – waktu tengahari kelembapan rendah, keamatan cahaya tinggi P3 – siput bergerak ke tempat yang lebih lembap dan teduh//tersorok Contoh jawapan :

1. 10, populasi berkurang kerana waktu tengahari kelembapan yang rendah dan keamatan cahaya yang tinggi menyebabkan siput babi bergerak ke tempat yang lebih sesuai.

2 Dapat meramal dengan betul dan menerangkan ramalan sekurang-kurangnya berdasarkan 2 kriteria dengan betul

1 Dapat meramal dengan betul dan menerangkan ramalan sekurang-kurangnya berdasarkan 1 kriteria berikut:

0 Tiada jawapan/jawapan salah

1 h)

Skor Penerangan

3 Dapat menyatakan definisi anggaran populasi secara operasi, lengkap dan betul berdasarkan kriteria-kriteria berikut: K1– bilangan siput babi dalam tangkapan pertama, kedua dan yang

bertanda dalam tangkapan kedua K2 – kawasan kajian K3 – faktor kelembapan dan keamatan cahaya Contoh jawapan:

1. Anggaran populasi ialah bilangan siput yang terdapat di kawasan A dan B melalui kiraan dengan menggunakan formula//dengan menggunakan kaedah tangkap, tanda, lepas dan tangkap semula. Semakin lembap dan rendah keamatan cahaya semakin tinggi anggaran populasi siput//semakin tinggi kelembapan dan rendah keamatan cahaya, semakin tinggi anggaran populasi siput.

2 Dapat menyatakan definisi anggaran populasi secara operasi, tidak lengkap berdasarkan 2 kriteria

Page 6: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 6

1 Dapat menyatakan definisi anggaran populasi secara operasi berdasarkan 1 kriteria

0 Yiada jawapan/jawapan salah

1 i)

Skor Penerangan

3 Dapat mengelaskan semua faktor-faktor biotik dan abiotik dengan betul. (10 item) Contoh jawapan:

Faktor biotik Faktor abiotik

Rumput Udara

Tumbuhan herba Air

Ulat gonggok Kelembapan

Siput babi pH tanah

Semut

Lumut

2 Dapat mengelaskan faktor-faktor biotik dan abiotik dengan betul. (8-9 item)

1 Dapat mengelaskan semua faktor-faktor biotik dan abiotik dengan betul. (6-7 item)

0 < kurang daripada 5 item

soalan 2 Pernyataan Masalah:

Skor Kriteria

3

Dapat menyatakan hipotesis dengan betul merujuk kriteria berikut:

C 1: Pembolehubah dimanipulasi

C 2: Pembolehubah bergerakbalas

C 3: Hubungan (dalam bentuk soalan) (?)

Contoh jawapan:

Adakah kehadiran yis menyebabkan doh/adunan

mengembang//Ketinggian doh/adunan //Diameter doh/adunan// ukurlilit

doh/adunan meningkat ?

2 Dapat menyatakan pernyataan masalah dengan 2 kriteria.//kurang tepat

Page 7: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 7

Contoh jawapan :

Adakah yis menyebabkan roti naik?

1

Dapat menyatakan pernyataan masalah dengan 1 kriteria //kurang tepat

Contoh jawpan:

1 .Adakah yis mempengaruhi doh

2. Adakah yis mempengaruhi untuk roti naik?

0 Tiada jawapan/tiada kriteria

Hipotesis:

Skor Kriteria

3

Dapat menyatakan hipotesis dengan betul merujuk kriteria berikut:

C 1: Pembolehubah dimanipulasi

C 2: Pembolehubah bergerakbalas

C 3: Hubungan

Contoh jawpan:

Kehadiran yis akan menyebabkan doh/adunan

mengembang//Ketinggian doh/adunan //Diameter doh/adunan// ukurlilit

doh/adunan meningkat

2 Dapat menyatakan idea hipotesis dengan 2 kriteria //kurang tepat

Contoh jawpan:

Yis menyebabkan roti naik

1 Dapat menyatakan idea hipotesis sahaja

Contoh jawapan:

1.Yis mempengaruhi doh.

2.Yis mempengaruhi untuk roti naik.

0 Tiada jawapan/jawpan salah

Page 8: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 8

Pembolehubah:

Skor Kriteria

3 Dapat menyatakan 3 kriteria dengan betul

Contoh jawpan:

1. Dimaipulasi : Kehadiran yis

2. Bergerak balas : Ketinggian doh/adunan//Diameter doh/adunan//

ukurlilit doh/adunan

3. Dimalarkan : jisim tepung gandum//masa //jisim gula

Radas dan Bahan:

Skor Kriteria

3

Dapat menyatakan 11 - 13 item ( termasuk * )

Radas dan Bahan :

*100g tepung gandum, *40g gula, * yis, *air ( suling) , 2 bikar 250 cm3, 1 tabung uji, 2 besen kecil, 2 jam randik, penimbang elektronik, 1 silinder penyukat, 2 tuala lembab, 1 spatula dan 1 pembaris meter

2 Dapat menyatakan 7 - 10 item (termasuk *)

1 Dapat menyetakan 4 - 6 item (termasuk *)

0 Tiada jawapan/tiada kriteria

Prosedur:

Skor Kriteria

3

1. Timbang (SA) 50 g tepung gandum(FV) dan masukkan ke dalam

sebuah besen kecil .

2. Timbang (SA)10g gula (FV), sukat (SA) 20 ml air suling(FV), 2

spatula yis(FV) dan masukkan kedalam tabung uji.

3. Goncang tabung uji tersebut(SA) supaya kesemua bahan itu terlarut.

4. Masukkan kandungan tabung uji (SA) ke dalam tepung gandum di

Page 9: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 9

dalam besen kecil tadi.

5. Maukkan air suling (SA) sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga

menjadi doh.

6. Pastikan air yang di tambah tidak berlebihan (PreC) untuk

mengelakkan penghasilan doh yang terlalu lembik/cair/melekit.

7. Masukkan doh (SA)ke dalam bikar 250 cm3 dan labelkan sebagai A.

8. Tutup dengan tuala lembab yang bersih(SA)

9. Ukur dan rekod ketinggian awal doh (RV) dalam bikar A

10.Biarkan selama 30 minit (FV) dengan menyukat masa

menggunakan jam randik.

11.Ukur ketinggian doh (RV) dalam bikar tersebut selepas 30 minit dan

rekodkan dalam jadual.

12 .Ulang langkah 1 hingga 11 untuk adunan yang kedua(MV), tetapi

kali ini tanpa menambahkan yis dan labelkan sebagai B.

13. Jika menggunakan besen yang sama, pastikan pelajar mencuci

dengan bersih terlebih dahulu besen selepas doh yang pertama

dihasilkan (PreC), bagi menghilangkan kesan yis pada besen

tersebut sebelum menjalankan eksperimen untuk doh yang kedua.

Dapat menyatakan semua berikut:

5 SA : Penyediaan alat radas

1 FV : Pembolehubah dimalarkan

1 MV : Pembolehubah di manipulasi

1 RV : Pembolehubah bergerakbalas

1 PreC : Langkah berjaga-jaga

2 Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 4

1 Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3

0 Tiada jawapan/tiada kriteria

Page 10: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 10

Data/Pemerhatian/Keputusan:

Skor Kriteria

2

( gambar tidak memberi markah. Sekadar makluman)

Bikar // Kandungan doh/adunan Ketinggian doh/adunan //Diameter doh/adunan// ukurlilit

doh/adunan (cm)

A / Doh + yis

B / Doh tanpa yis

*unit adalah wajib betul

1

Bikar // Kandungan doh/adunan Ketinggian doh/adunan //Diameter doh/adunan// ukurlilit

doh/adunan (cm)

*Baris untuk tajuk tanpa unit//kolum (MV) tidak lengkap

TAMAT

Page 11: Soalan 1 1 a) Skor Penerangan 1 1 a) Skor Penerangan ... Dengan mengira dan merekod kan anggaran populasi siput babi dengan menggunakan formula. Pembolehubah yang dimalarkan

SKEMA JAWAPAN BIOLOGI KERTAS 3 ( 4551/3 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM , NEGERI PERLIS 2015

SULIT Page 11