Soalan 1 Esei Boneka

18
ESEI SOALAN : Berdasarkan penglibatan murid dalam persembahan boneka secara berkumpulan di dalam bilik darjah, terangkan bagaimana aktiviti ini dapat membantu murid-murid untuk membuat penerokaan, memperolehi pengalaman dan membuat ekspresi hasil daripada aktiviti yang dijalankan dengan berkesan. 1.1 PENGENALAN Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah menjadi salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan Yunani, Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis “Boneca” yang membawa maksud hidup. Definisi Boneka menurut kamus Pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4 pula, boneka ialah anak patung anak-anakan yang digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan kedalam dan menggerakkannya Secara ringkasnya, boneka dapat didefinisikan sebagai sesuatu objek atau benda bukan hidup yang dilakukan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan bagi menyampaikan mesej. Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), boneka diertikan sebagai objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan jalan yang diceritakan. Jamlah Ahmad (1999) pula menakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri 1

description

Boneka

Transcript of Soalan 1 Esei Boneka

Page 1: Soalan 1 Esei Boneka

ESEI

SOALAN :

Berdasarkan penglibatan murid dalam persembahan boneka secara berkumpulan di

dalam bilik darjah, terangkan bagaimana aktiviti ini dapat membantu murid-murid

untuk membuat penerokaan, memperolehi pengalaman dan membuat ekspresi hasil

daripada aktiviti yang dijalankan dengan berkesan.

1.1 PENGENALAN

Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah menjadi

salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan

Yunani, Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis

“Boneca” yang membawa maksud hidup. Definisi Boneka menurut kamus Pelajar, boneka

bermaksud barang permainan yang menyerupai orang atau patung orang. Orang yang

dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4

pula, boneka ialah anak patung anak-anakan yang digerakkan dengan tali atau dengan

memasukkan tangan kedalam dan menggerakkannya

Secara ringkasnya, boneka dapat didefinisikan sebagai sesuatu objek atau benda bukan

hidup yang dilakukan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan bagi

menyampaikan mesej.

Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), boneka diertikan sebagai objek

atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan jalan

yang diceritakan. Jamlah Ahmad (1999) pula menakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri

daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan

dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau

mitos mengikut sesuatu watak cerita

Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka

selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak

boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh

1

Page 2: Soalan 1 Esei Boneka

terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan

dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan mereka.

1.2 JENIS BONEKA

Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh manusia. Dari segi binaan

pula, boneka boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu mudah dan ringkas, sederhana

dan rumit

Jamilah Ahmad (1999) menyenaraikan lapan jenis boneka yang sesuai digunakan guru

semasa proses pengajaran. Walau bagaimanapun, jenis boneka ini boleh dibahagi

berdasarkan cara menyedia dan menggunakannya. Antaranya ialah:

a. Boneka Sarung Tangan

Boneka sarung tangan ataupun dikenali juga dengan nama Glove biasanya terdiri

daripada bahagian kepala dan badan sahaja. Ia juga dikawal sepenuhnya oleh

tangan yang mendiami bahagian dalam boneka berkenaan.

b. Boneka Jari

Boneka jenis ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan penggunanya

sahaja. Berbanding dengan boneka sarung tangan, boneka jari lebih kecil saiznya

dan bahagian yang boleh digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan

tangannya sahaja.

Boneka ini juga mudah dikendalikan, dimana ianya hanya menggunakan beberapa

jari sahaja bagi menggerakkannya. Namun begitu boneka ini mempunyai

kelemahannya juga iaitu pengerakannya amat terhad.

c. Boneka Lidi/Tongkat

Boneka ini dipanggil sebagai boneka lidi ataupun boneka tongkat kerana ianya

dimainkan dengan cara menggunakan lidi ataupun boleh diganti dengan tongkat.

Boneka ini juga diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal iaitu lidi, rotan, buluh

atau tongkat seperti kayu. Selain itu reka bentuknya lengkap dan mempunyai

pemegang seperti kayu, rotan ataupun buluh. Pemegang-pemegang inilah dipanggil

tongkat ataupun lidi oleh penggunanya ataupun si pemain.

2

Page 3: Soalan 1 Esei Boneka

Kemudian lidi/tongkat panjang diletakkan pada boneka termasuk pada anggota-

anggota tertentu dimana ianya akan digunakan untuk menggerakkan boneka.

Boneka ini juga boleh dimainkan dengan cara menjulang boneka pada lidi utama,

manakala lidi-lidi yang lain pula digoyangkan bagi menggerakkan anggota boneka

tersebut. Dengan itu, boneka ini dikatakan meniru konsep wayang kulit tetapi

berbentuk tiga dimensi.

d. Boneka Bertali

Boneka bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper

mache, plaster-of-paris atau kayu. Kemudiannya tali-tali halus disambungkan kepada

bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa boneka tersebut

digunakan tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut

bergerak.

Ini bermakna boneka ini dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu dan dikawal

oleh sepenuhnya oleh penggunanya. Kayu kawalan terdiri daripada sebatang kayu

melintang atau tegak. Asas operasinya memerlukan tangan untuk mengawal kayu-

kayu dan tali berkenaan. Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran

untuk mengawal pergerakan tali kerana ianya agak kompleks dan sukar untuk

dikendalikan.

Apa yang membezakan boneka tali dengan boneka lain adalah bahagian kepala,

tangan dan kaki boneka tali dapat digerak-gerakkan menurut kehendak kita atau

pemainnya. Untuk memainkan boneka tali memerlukan latihan-latihan yang teratur

kerana memainkan boneka ini memerlukan penampilan yang lebih sulit berbanding

dengan boenak-boneka yang lain.

e. Boneka Wayang Kulit

Di Indonesia wayang kulit dikenali sebagai Boneka bayang-bayang (Shadow

Puppet). Disana boneka jenis ini dimainkan dengan mempertontonkan gerak bayang-

bayang yang timbul daripada boneka tersebut. Di Indonesia khususnya di Jawa

dikenali sebagai ‘Wayang Kulit’.

Berbeza pula dengan Malaysia boneka ini dipanggil sebagai wayang kulit amat

terkenal dan dimainkan dalam satu bentuk teater tradisional yang menggunakan

prinsip cahaya dan bayang-bayang. Bayang-bayang ini terhasil daripada patung-

patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan

3

Page 4: Soalan 1 Esei Boneka

oleh seorang Tok Dalang (pemain). Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh

satu kumpulan muzik paluan atau gemelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat

bertali (rebab).

Terdapat empat jenis wayang di Semenanjung Malaysia iaitu Wayang Kelantan

(disampaikan dalab bahasa Melayu loghat Kelantan juga berasas pengaruh Patani),

Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi Jawa),

Wayang Purwo (disampaikan dalam bahasa Jawa dan diselit dengan bahasa Melayu

Tempatan) dan juga Wayang Gedek (yang disampaikan dalam bahasa Thai dan

bahasa Melayu loghat tempatan).

f. Boneka Peralatan Sebenar

Boneka jenis ini diperbuat menggunakan peralatan sebenarnya seperti teko, cawan,

sudu, garfu, senduk, sudip dan sebagainya. Biasanya peralatan ini tidak digunakan

lagi kerara reka bentuknya telah ketinggalan zaman, terdapat kerosakan yang kecil

(tidak berapa kelihatan) ataupun warnanya sudah pudar dek dimamah usia.

Untuk keselamatan, elakkan dari menggunakan peralatan yang rosak teruk seperti

pecah uang tajam dan sebagainya. Alat-alat yang hendak digunakan ini

kemudiannya dihias dengan sapuan cat minyak dan tali terpakai untuk menampilkan

raut wajah yang dikehendaki watak yang sesuai.

Untuk menghasilkan reka bentuk yang mudah, guru boleh melukis mata, hidung dan

mulut menggunakan Marker Pen High Perfomance agar tahan lama dan tidak mudah

hilang. Boneka jenis ini amat mudah untuk dikendalikan oleh murid dan sesuai

digunakan oleh murid-murid yang lemah dan terhad pergerakannya. Ini kerana

boneka ini tidak memerlukan terlalu banyak pergerakan.

g. Boneka Penuh

Boneka ini dipanggil sedemikian kerana ia lengkap dengan anggota tubuh badannya

iaitu daripada bahagian kelapa sehingga kepada bahagian kaki atau ekornya.

Mempunya bentuk tiga dimensi yang boleh digantung menggunakan benang yang

dilekatkan di atas tapak yang sederhana saiznya.

Boneka jenis ini juga diperbuat daripada jahitan kain yang dimasukkan kapas atau

kekabu supaya menyerupai bentuk haiwan sebenar. Murid-murid boleh merasa

4

Page 5: Soalan 1 Esei Boneka

bentuk boneka tersebut menggunakan tangan kerana binaannya hampir-hampir

menyerupai hidupan sebenar. Ini dapat dilihat melalui matanya yang diperbuat

daripada butang baju atau mata tiruan yang ada dijual dikedai-kedai terpilih.

h. Boneka Topeng Muka

Topeng muka diperbuat menggunakan teknik tampalan kertas surat khabar lama

pada belon yang kemudiannya dipotong kepada dua bahagian. Kerja-kerja

menampal kertas putih menggunakan gam dimana ianya perlu dilakukan dengan

cermat supaya cebisan kertas surat khabar lama tidak tertanggal.

Pelbagai corak, warna dan bentuk topeng boleh dihasilkan berdasarkan tujuan

penggunaannya. Penggunaan manik, benang bulu dan bola ping pong sebagai

sebahagian aksesori tambahan bagi menghasilkan bentuk topeng muka yang lebih

menarik.

1.3 PELAKSANAAN PERSEMBAHAN BONEKA

1.3.1 Melaksanakan Simulasi Boneka

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan

sebenar yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan

masing-masing. Justeru penggunaan pentas boneka yang sesuai akan memberikan kesan

yang mendalam kepada murid-murid yang terlibat.

Selain itu keberkesanan sesuatu persembahan rapat dengan bentuk pentas dalam

sesebuah persembahan. Kesesuaian gambar dan warna yang terang dikir dan kanan pentas

dapat menarik minat murid-murid untuk terus menonton persembahan boneka berkenaan

hingga ke akhir cerita.

1.3.2 Jenis-jenis Pentas

Walaubagaimanapun, reka bentuk pentas adalah mengikut fungsi, tujuan dan sasaran

persembahan berkenaan. Penggunaan muzik dan kesan bunyi juga akan membantu

mewujudkan suasana persembahan yang berkesan.

5

Page 6: Soalan 1 Esei Boneka

Terdapat lapan jenis pentas boneka yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran di dalam

bilik darjah (Jamilah Ahmad, 1999), iaitu:

a. Pentas Kerusi

Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Seterusnya gunakan dua

atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang utama. Kemudian rentang sehelai

kain hitam untuk dijadikan tirai. Pemain boneka pula boleh duduk atau berdiri

dibelakang kain tirai berkenaan semasa menggeraklakonkan boneka berkenaan.

b. Pentas Rentang

Pentas Rentang

Pentas ini amat mudah dikendalikan. Guru hanya perlu merentang sehelai tirai hitma

yang diikat pada dinding ke dinding. Seterusnya guru boleh menggunakan dawai

untuk meregangkan tirai berkenaan dan mengikatnya kebahagian tepi dinding

apabila tidak mahu digunakan. Untuk memudah-kan lagi pengurusan, guru juga

boleh membina pentas rentang yang tetap yang disesuaikan dengan situasi dan

boleh dilipat bagi memudahkan penggunaannya.

c. Pentas Tingkap

Kebiasaannya pentas ini dikategorikan sebagai pentas sementara. Tingkap terbuka

yang tanpa cermin boleh digunakan sebagai pentas. Namun begitu, untuk

menggunakan pentas ini guru perlu bijak mengawal kelas (bilik darjah). Apabila kelas

berada dalam keadaan terkawal, guru perlu duduk diluar berhampiran tingkap dan

memainkan peranannya. Manakala murid-murid menonoton didalam bilik darjah apa

yang dilakukan oleh guru merekas Tingkap

d. Pentas Pintu

e. Pentas Meja

f. Pentas Berlipat

Pentas ini mudah disimpan kerana dikedua-dua belah dindingnya boleh dilipat setelah

selesai menggunakannya. Selain kayu, guru juga boleh menggunakan bahan terbuang

seperti kotak besar. Namun untuk kelihatan menarik, kotak besar tersebut boleh dilukis

6

Page 7: Soalan 1 Esei Boneka

flora dan fauna dengan menggunakan cat minyak supaya lukisan tersebut kelihatan

hidup.

g. Boneka Tanpa Pentas

Boneka tanpa pentas bermaksud dimainkan secara lansung terus kearah penonton

tanpa menggunakan apa-apa peralatan untuk menyiapkan pentas. Persembahan

ataupun aktiviti yang sesuai ialah aktiviti lisan yang dilakukan secara berpasangan

ataupun beramai-ramai.

h. Teknik Overhead Projektor (O

Overhead Projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit. Cara

penggunaannya dengan meletakkan objek dan mennggerakkannya diatas cermin

lutsinar. Kemudiannya OHP dipancar kearah dinding atau kain layar ataupun skrin

putih.

Cara perlaksanaan teknik boneka ini berbeza-beza mengikut jenis boneka yang dimainkan.

Boneka jari dimainkan dengan diletakkan pada hujung jari dan diperbuat daripada sarung

tangan berbentuk kepala boneka. Boneka jari dimainkan dengan menggerak-gerakkan jari

tersebut. Bagi boneka tangan pula, boneka ini dimainkan dengan tangan. Boneka ini terdiri

daripada kepala dan dua tangan, manakala bahagian badan dan kakinya hanya merupakan

baju yang akan menutup tangan dan lengan orang yang memainkannya. Cara

memainkannya adalah dengan menggerakkan kepala boneka tangan dengan menggunakan

jari, manakala ibu jari dan jari kelinking menggerakkan tangan boneka itu. Selain itu,

terdapat boneka tongkat. Boneka ini dinamakan sebagai boneka tongkat kerana cara

memainkannya adalah dengan menggunakan tongkat. Bagi boneka tali pula, boneka ini

atau yang dikenali sebagai ‘Marionet’ banyak dipakai di negara Barat. Boneka tali diperbuat

daripada anak patung biasa yang dipakaikan tali pada anggota badannya seperti kepala,

kaki dan tangannya. Cara menggerakkannya ialah dengan menggerakkkan tali-tali tersebut

dimana orang yang memainkannya perlu berada di atas dan boneka tersebut dibawah.

Perlaksanaan permainan boneka tali agak rumit dan memerlukan kemahiran daripada orang

yang sudah mahir. Selain itu, boneka bayang-bayang pula dimainkan dengan

mempertontonkan gerak bayang-bayang boneka tersebut. Boneka itu juga dikenali sebagai

wayang kulit. Wayang kulit sering dimainkan di beberapa buah negara di kawasan Asia

7

Page 8: Soalan 1 Esei Boneka

Tenggara seperti Terengganu dan Kelantan di Malaysia serta Jawa di Indonesia.

Perlaksanaan boneka bayang-bayang atau wayang kulit memerlukan ruangan yang gelap

dan tertutup untuk membuat bayang-bayang.

Boneka tanpa pentas bermaksud dimainkan secara lansung terus kearah penonton tanpa

menggunakan apa-apa peralatan untuk menyiapkan pentas. Persembahan ataupun aktiviti

yang sesuai ialah aktiviti lisan yang dilakukan secara berpasangan ataupun beramai-ramai.

1.4 CIRI-CIRI MEMILIH BONEKA

Bagi memastikan rancangan pengajaran berjalan dengan lancar serta pembelajaran berjaya

disampaikan kepada murid secara terus, guru perlulah bijak memilih boneka yang sesuai.

Pertamanya guru perlulah memilih boneka yang menepati dengan tema pengajaran pada

hari tersebut serta bersesuaian dengan jalan cerita yang akan disampaikan supaya murid

tidak terkeliru menerima maklumat.

Selain itu guru perlulah memilih boneka yang mampu menarik perhatian kanak-kanak

misalnya boneka yang berwarni-warni atau kelihatan lucu dimata kanak-kanak. Guru juga

boleh memilih boneka yang mampu mengeluarkan bunyi-bunyian. Kanak-kanak lebih

cenderung kepada bunyi dan pastinya mereka menggemari boneka tersebut. Sekiranya

boneka itu menarik, pastinya kanak-kanak akan lebih fokus dan mampu menumpukan

perhatian dalam masa yang lama.

Guru juga perlulah memilih boneka yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak dan

selamat digunakan. Selamat digunakan perlulah dilihat dalam segenap segi iaitu bahan-

bahan atau peralatan yang digunakan tidak merbahaya kepada kanak-kanak. Ini kerana

kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu kedalam mulut mereka dan pastinya nyawa

kanak-kanak akan terancam sekiranya boneka diperbuat daripada bahan kimia. Justeru itu

guru perlu memastikan atau mengambil tahu daripada apa boneka tersebut dihasilkan.

Jangan main beli sahaja, sebelum membelinya daripada kedai guru perlu membuat

‘reseach’ ataupun sedikit kajian daripada bahan ilmiah atau internet.

Malahan, guru perlulah memilih boneka yang bukan untuk permainan sahaja sebaliknya

boleh meransang perkembangan kanak-kanak serta mampu memberikan tindak balas

8

Page 9: Soalan 1 Esei Boneka

daripada kanak-kanak. Pastinya sesi pembelajaran akan menjadi bertambah menarik dan

menyeronokkan sekiranya berlaku proses dua hala terutama sekali murid-murid.

1.5 PRINSIP- PRINSIP PENGGUNAAN BONEKA

Selain daripada pemilihan boneka guru juga perlu menitikberatkan prinsip-prinsip

penggunaan boneka. Sebelum sesi persembahan boneka guru perlulah memastikan;

a. Persekitaran

Persekitaran tempat pertujukan boneka perlulah luas dan lapang. Seeloknya

dihamparkan sebidang permaidani bagi membolehkan kanak-kanak duduk dengan

selesa sambil menghadap pentas boneka.

b. Susun Atur

Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau disudut komponen

kreativiti dan estetika. Manakala susun atur tempat persembahan pula perlulah

lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh mengganggu perjalanan

persembahan tersebut. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak

disampaikan.

c. Skrip

Skrip Pengajaran menggunakan pendekatan boneka, guru mempunyai dua pilihan

untuk digunakan. Pertama, guru perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu

dengan mencipta skrip serta membina boneka berdasarkan watak-watak dalam

cerita tersebut. Cara yang kedua pula memberi lebih kebebasan kepada guru

disamping menggalakkan daya kreativiti pendengaran dan komunikasi murid-murid.

Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis dalam bentuk

skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya.

Dialog skrip pula tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah

disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan

sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai semasa guru menyampaikan

cerita.

d. Teknik Penyampaian

Terdapat beberapa teknik penyampaian menggunakan boneka. Salah satu daripada

teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah dengan menggerak lakonkan boneka

dengan berdialog secara selari duduk didepan kanak-kanak tanpa menggunakan

pentas. Guru juga boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam

menggeraklakonkan boneka.

9

Page 10: Soalan 1 Esei Boneka

Selain itu guru juga boleh menggunakan teknik penyampaian menyesuaikan dengan

pentas boneka. Semasa bercerita, guru perlu bijak menyesuaikan gerak lakon

boneka dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak.

Malahan kedudukan boneka dipentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas,

jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk

menjadikan cerita lebih menarik.

Di samping itu juga, guru perlulah berlatih teknik menggerakkan lakonan boneka

berulang kali sebelum melakukan persemabahan supaya dialog yang dituturkan

selaras dengan gerak laku boneka. Manakala variasi suara perlu disesuaikan

dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu

kebersanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun guru boleh

menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boleh disesuaikan dimana-

mana sudut.

1.5 FUNGSI BONEKA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi, eksplorasi, persuasi

dan melayan. Guru-guru yang mahu menukar suasana pengajaran dan pembelajaran boleh

menggunakan kaedah teknik boneka untuk menarik perhatian murid. Boneka yang terdiri

daripada banyak saiz ini juga mudah dibawa ke mana-mana dan mudah dihasilkan.

Di samping itu, boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh

menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah

penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan

tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik

dan menghiburkan malah mengandungi beraneka nilai murni.

Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada kanak-

kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme

sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan tertarik

dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat memulihkan

masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah

perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat mencipta dan

10

Page 11: Soalan 1 Esei Boneka

merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga merupakan salah satu

aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur.

Munurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah

bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan

melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa kanak-

kanak perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai dengan

keperluan mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk

pembelajaran kanak-kanak.

Pengajaran dan pembelajaran banyak memberikan pengalaman baru kepada guru-guru dan

juga murid-murid yang terlibat. Menurut Hussain dan Siti Hajar (1998) telah menyenaraikan

beberapa tujuan dan juga kebaikan penggunaan boneka dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Tujuan penggunaan boneka adalah murid-murid dapat mempelajari bahasa dalam suasana

yang menarik dan berkesan. Selain itu dengan menggunakan boneka guru dapat memberi

pengalaman sebenar boneka kepada murid, dengan itu murid dapat mengguna dan

memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui pengalaman

ini murid dapat belajar dengan gembira.

Malahan melalui pendekatan boneka, guru berupaya mempercepatkan dan memudahkan

pemahaman pembelajaran murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa, atau isi pelajaran yang

disampaikan. Pendekatan ini juga mampu memupuk daya kreativiti murid-murid untuk

menghasikan sesuatu ciptaan karya seni yang menarik dan kreatif. Malah, pendekan ini

mampu menarik murid untuk melibatkan diri secara aktif didalam bilik darjah.

Bukan itu sahaja, pendekatan ini membantu murid-murid membina keyakinan diri. Melalui

penggunaan dialog secara spontan atau dengan dengan skrip yang disebutkan dihadapan

rakan-rakan lain, secara tidak lansung akan memberikan murid keberanian kepada murid

untuk berkomunikasi di lain hari.

11

Page 12: Soalan 1 Esei Boneka

Di samping itu juga, faedah daripada penggunaan boneka yang pelbagai bentuk, warna dan

bentuk boleh menarik minat murid-murid untuk belajar. Tambahan pula watak yang sedang

dilakonkan oleh guru serta ditonton oleh kanak-kanak itu mempunyai pengalaman manis

dalam hidup mereka.

Penggunaan boneka juga memberikan peluang kepada murid-murid belajar sambil bermain

tanpa disedari oleh mereka. Cara ini pastinya akan memberikan kesan yang amat berkesan

dalam proses pembelajaran murid-murid yang terlibat. Malahan, semasa persembahan juga

murid-murid berpeluang membaca, menghafal dan menggunakan pelbagai dialog.

Manakala, selepas persembahan pula, mereka digalakkan berbincang dan bersoal jawab

tentang cerita tersebut bersama-sama rakan didalam bilik darjah. Secara tidak lansung,

murid-murid yang terlibat akan menggunakan pelbagai kemahiran bahasa secara serentak

tanpa mereka menyedarinya. Jika lagu digunakan semasa simulasi, maka mata pelajaran

muzik juga berjaya diserapkan.

Selain itu, melalui penggunaan boneka juga akan memupuk daya kreativiti kanak-kanak.

Aspek ini boleh diaplikasikan menerusi aktiviti menghasilkan dialog, menulis, membuat dan

mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, teknik menggerakkan boneka dan

sebagainya. Dengan itu penggunaan berjaya meningkatkan minat dan motivasi murid-murid

terhadap pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah.

1.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya, perlaksanaan teknik boneka dalam pengajaran dan pembelajaran amat

relevan. Teknik ini wajar dipraktiskan oleh guru untuk memastikan pembelajaran kanak-

kanak dapat dijalankan selari dengan perkembangan mereka.

Secara menyeluruh saya dapat melihat penggunaan boneka banyak mendatangkan kesan

positif kepada perkembangan bahasa kanak-kanak.

Guru juga boleh menggunakan boneka sama ada semasa set induksi ataupun sesi

pengajaran. Semasa sesi pengajaran murid-murid akan meluahkan pendapat dan idea

masing-masing, secara tidak lansung akan membantu perkembangan komunikasi kanak-

kanak. Dengan itu perkembangan bahasa kanak-kanak akan bertambah baik.

12

Page 13: Soalan 1 Esei Boneka

BIBLIOGRAFI

URL

http://teachersyafa.blogspot.com/2013/09/konsep-boneka-dalam-pengajaran-dan.html

13