Soalan 1 - Geocities.ws · Web viewZaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM...

46
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman TEMA 1 (MANUSIA DAN MASYARAKAT) 1. Pelbagai agama dan kepercayaan telah wujud di Semenanjung Tanah Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Jelaskan penyataan ini. Pendahuluan a. definisi jahiliah b. tempoh 300M-610M c. Ciri-ciri Jahiliah d. Kedudukan Semenanjung Tanah Arab Isi ; 1. Agama Hanif-diturunkan kepada nabi Ibrahim.Ajarannya terkandung dalam suhuf. Asas utama berkaitan agama Islam-agama ini masih mengekalkan ciri- ciri ketauhi dannya dan masih suci.Pengamalnya nabi Muhammad s.a.w. 2. Agama Yahudi-dibawa oleh nabi Musa khasnya bagi masyarakat Yahudi yang menetap di sekitar Yathribseperti bani Nadhir, bani Qairuzah dan Bani yang diwarisi Bani Israel. Ajaran Taurat diseleweng kan pendeta. 3. Agama Nasrani- dibawa nabi Isa berdasarkan ktab Injil. Kemudiannya telah diselewengkan.Antara penganutnya Waraqah bin Naufal. 4. Agama ciptaan-Agama Wathani/berhala-Mekah merupakan ibu kota agama. Jemaah haji akan melakukan tawaf di sekeliling Kaabah yang dipenuhi kira-kira 360 buah patung. Patung yang dipandang mulia seperti al-Manat dan Uzza. 5. Agama majusi/api/Zoroaster –agama menyembah api berasal daripada kuasa besar Parsi. Percaya api berperanan sebagai penerang dan pemusnah kepada segala Makhluk. Tuhan api mempunyai sikap baik dan sikap buruk. 6. Sembah Cakerawala 7. Sembah malaikat/jin/dewa 8. Kepercayaan karut/tahyul lelaki pakai cincin tembaga iii. bunuh anak perempuan tilik nasib iv. arah burung terbang Kesimpulan Apa-apa sahaja yang berkaitan 1

Transcript of Soalan 1 - Geocities.ws · Web viewZaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM...

Soalan 1

Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman

TEMA 1 (MANUSIA DAN MASYARAKAT)

1.Pelbagai agama dan kepercayaan telah wujud di Semenanjung Tanah Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Jelaskan penyataan ini.

Pendahuluan

a. definisi jahiliah

b. tempoh 300M-610M

c. Ciri-ciri Jahiliah

d. Kedudukan Semenanjung Tanah Arab

Isi ;

1. Agama Hanif-diturunkan kepada nabi Ibrahim.Ajarannya terkandung dalam suhuf. Asas utama berkaitan agama Islam-agama ini masih mengekalkan ciri-ciri ketauhi dannya dan masih suci.Pengamalnya nabi Muhammad s.a.w.

2. Agama Yahudi-dibawa oleh nabi Musa khasnya bagi masyarakat Yahudi yang menetap di sekitar Yathribseperti bani Nadhir, bani Qairuzah dan Bani yang diwarisi Bani Israel. Ajaran Taurat diseleweng kan pendeta.

3. Agama Nasrani- dibawa nabi Isa berdasarkan ktab Injil. Kemudiannya telah diselewengkan.Antara penganutnya Waraqah bin Naufal.

4. Agama ciptaan-Agama Wathani/berhala-Mekah merupakan ibu kota agama. Jemaah haji akan melakukan tawaf di sekeliling Kaabah yang dipenuhi kira-kira 360 buah patung. Patung yang dipandang mulia seperti al-Manat dan Uzza.

5. Agama majusi/api/Zoroaster –agama menyembah api berasal daripada kuasa besar Parsi.Percaya api berperanan sebagai penerang dan pemusnah kepada segala Makhluk. Tuhan api mempunyai sikap baik dan sikap buruk.

6. Sembah Cakerawala

7. Sembah malaikat/jin/dewa

8. Kepercayaan karut/tahyul

· lelaki pakai cincin tembaga

· iii. bunuh anak perempuan

· tilik nasib

· iv. arah burung terbang

Kesimpulan

Apa-apa sahaja yang berkaitan

2.Bandingkan antara ajaran Nabi Muhammad S.A.W di Mekah dengan ajaran Nabi di Madinah

Pendahuluan

a. Dakwah nabi di Mekah selama selama 13 tahun

b. Peringkat dakwah-sulit dan terang-terangan

c. Dakwah di Madinah selama 10 tahun

d. Aqabah merintis hijrah ke Madinah pada 622M

e. Ajaran nabi berdasarkan 93 surah yang diturunkan di Mekah dan 21 surah yang diturunkan di Madinah.

ISI

1. Ajaran di Mekah menekankan aspek Aqidah(pegangan) iaitu mempercayai Allah itu esa(satu). Aspek tauhid dan rukun iman.

2. Ajaran di Madinah diteruskan dengan aspek Aqidah dan diajar tentang rukun Islam yang lengkap seperti berpuasa, zakat, memunaikan Haji dan sebagainya.

3. Aspek Syariah diajar di Mekah dengan memperkenalkan undang-undang asas Islam/tatacara hidup di dunia. spek syariah diperluas di Madinah merangkumi aspek kehidupan dalam bidang sosial,politik, ekonomi, jenayah,muamalat dan kekeluargaan.

4. Aspek akhlak diberi keutamaan di Mekah disebabkan masyarakat Mekah hidup dalam keadaan jahil/rosak akhlak dan mengamalkan semangat assabiyah.

5. Aspek akhlak di Madinah menyentuh soal perpaduan ummah di kalangan penduduk Madinah berbilang kaum dan ukhuwah Islamiyah.

6. Aspek ibadat menjadi ajaran utama di Mekah iaitu hanya ibadat solat lima waktu sehari semalam. Ibadat sembahyang dikekalkan amalannya di Mekah secara lebih tersusun dengan adanya institusi masjid. Selain ibadat sembahyang, nabi mengajar ibadat lain seperti berpuasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.

7. Ajaran mengenai hari kiamat diajar di Mekah membangkitkan kesedaran orang-orang Jahiliah tentang dosa dan pahala.Nabi meneruskan ajaran mengenai hari Kiamat dan hari akhirat berdasarkan ayat Al-Quran yang diturunkan kepada nabi.

8. Di Madinah, nabi mengasaskan ekonomi Islam berkaitan sumber yang dihalal / haramkan. Harta perlu diuruskan mengikut Sistem Ekonomi Islam. Kewajipan zakat diperkenalkan.

Kesimpulan

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

3.Bandingkan konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dengan pandangan Barat.

Pendahuluan

Kejadian manusia menurut Islam bersandarkan keterangan dalam Al-Quran sebagai kitab wahyu Allah diturunkan kepada nabi Muhammad dan isi kandungannya tidak berubah. Kejadian manusia dari sudut pandangan Barat bersandarkan teori Charles Darwin iaitu manusia berasal daripada monyet. Diperkenalkan pada abad ke-4 s.m dan disokong oleh tokoh falsafah seperti Aristotle, Anazimander, dan Empeidocles.

Isi

1. Pandangan

Istilah manusia dari sudut Islam /bahasa bermaksud al-Ins, al-Insan, al-nas dan al-Basyar yang merujuk manusia itu diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi. -5 elemen kejadian manusia untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad, roh, akal, nafsu dan hati.

Manakala pandangan Barat menyebut manusia sebagai homospiens (bahasa Latin) yang bermaksud mamalia peringkat tertinggi.

· dianggap mamalia peringkat tertinggi

· diklasifikasikan sebagai haiwan pwringkat tertinggi.

· dipercayai wujud 5oo ribu tahun dahulu

· manusia awal dijumpai di Neanderthal, Jerman.

2. Asal-usul kejadian

manusia menurut pandangan Islam- Adam berasal daripada tanah(al-tin,al-turab, al-salsal). Manusia biasa selain hawa dan nabi Isa, dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani,segumpal darah, seketul daging, pembentukan tulang, tulang dibalut daging, lembaga yang lengkap, ditiupkan roh.

Pandangan Barat-

Teori evolusi yang dibawa oleh Charles Darwin (1802-1889) seorang Atheis(anti tuhan) yang mengatakan kejadian manusai daripada monyet. mula-mula tinggal di atas pokok turun tanah berjalan menggunakan kaki dan tangan. mula berdiri tegak berjalan menggunakan kedua-dua kaki.

3. Peranan Manusia

Pandangan Islam

· Matlamat kejadaian manusia- untuk beriman dan bertakwa kepada Allah.

· Menjadi khalifah di muka bumi.

· Mengabdikan diri kepada Allah.

· Menuntut keredhaan Allah sebagai “khaliq” supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

· Mengwujudkan perpaduan antara satu sama lain.

Pandangan Barat

· Tiada penjelasan atau undang-undang atau peraturan yang jelas.

· Berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hokum yang jelas.

· Boleh dipertikaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tidak dapat dijawab oleh masyarakat Barat.

4. Fungsi Manusia

Pandangan Islam :

· beriman/patuh kepada suruhan tuhan dan meninggalkan larangan.

· memakmurkan muka bumi.

· mengagihkan kekayaan sama rata.

· memelihara bumi daripada kerosakan akibat rakus, tamak.

Pandangan Barat

· masyarakat Barat mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-mata.

· Mengutamakan”survival” sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi.

5. Tujuan Kelahiran Manusia

Pandangan Islam

· Peranan /tanggungjawab manusia – “amal makruf” dan “nahi mungkar”

· Menggunakan akal berlandaskan panduan al-Quran dan mengekang nafsu daripada kesesatan.

· Menjalikan ukhuwah Islamiyyah/ persaudaraan sejagat, konsep persamaan taraf tanpa mengenal warna kulit atau darjat/ kedudukan seseorang.

· Ketinggian darjat seseorang diukur melalui ketakwaan dan keimanan kepada Allah.Berdasarkan surah Adz-Dzaariyat ayat 56 “ Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah Aku .

Pandangan Barat

· Persaingan berlandaskan kekuasaan , penindasan golongan lemah dan bawahan.

· undang-undang berlandaskan akal semata-mata.

· mengwujudkan konsep ras, perbezaan warna kulit, status quo masyarakat/ dasar apartheid sehingga mewujudkan pertelingkatan/peperangan dan penjajahan yang berterusan.

· mencipta konsep-konsep kapitalisme, sosialisme untuk mencapai kepuasan masyarakat Barat.

Kesimpulan

Konsep manusia sebagaimana yang disebut dalam al_Quran sangat berbeza dengan fahaman dan pegangan secular dari Barat.

4.Masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umayyah terdiri daripada pelbagai golongan. .

Pendahuluan

1. Kerajaan bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa’ al-Rasyidin.Nama Bani Umayyah

2. bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umayyah bin Abd.Syam binAbd.Manaf.

3. -perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umayyah.Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim, yang membuka ruang kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam.

4. -Zaman pemerintahan bani Umayyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran/Pembangunan dan Zaman kehancuran.

Isi

1. Golongan pemerintah-

golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesar Arab berbeza dengan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin , kerajaan Bani Umayyah menggunakan sistem pewarisan dalam perlantikan khalifah-khalifah baru . jawatan khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah dari keluarga Abu Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat pemerintah. -sanak saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi kelompok Bangsawan dan mempunyai beberapa kelebihan sosial dan politik.

2. Golongan Mawali

ialah hamba yang telah memeluk Islam.Dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umayyah seperti maymun bin Mihran (Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia) Hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani. Tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab. Tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab.

3. Golongan Zimmi

Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.

4. Golongan Hamba

perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah yang hidup mewah telah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba.

Gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.

5. Golongan Azariqah

berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi mereka orang Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Mereka juga telah mengkafirkan Saidina Uthman, Ali dan sesiapa yang menyertai perang jamal/P.Siffin. Mereka menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang.

6. Golongan Najdiyah

yang berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani Umayyah. Mereka berpendapat orang yang menyokong pihak lain akan melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya bertaraf munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera daripada bidang agama.

7. Kaum Syiah

Golongan yang ingin menuntut bela atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali di Karbala. Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan Hussain sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah.

Kesimpulan.

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

5.Berdasarkan kehidupan masyarakat, bincangkan situasi masyarakat di Tanah Arab sebelum dan selepas kedatangan Islam.

Pendahuluan

1. 1.Bangsa Arab berasal dari bangsa Semitik yg tinggal di Lenbah Sg Dajlah dan Furat di Iraq.Dari bangsa semitik ini lahirlah bangsa Asyur yg menetap di Iraq,bangsa Aramik dan bangsa Phonecia di Syria, bangsa Ibrani di Palestin ,bangsa Ethiopia di Habsyah dan bangsa Arab di Semenanjung Tanah Arab.

2. 2.Bangsa Arab suka berpindah-randah.Sebahagian drp mrk menetap di kaw. persisiran pantai dan membina beberapa buah kota dan kerajaan.Mereka ini di namakan Arab Hadari .Sementara yg tinggal di kaw. padang pasir dan pendalaman serta hidup berpindah-randah dikenali sebagai Arab Badwi.

3. Zaman sebelum kedatangan Islam dipanggil Zaman Jahiliah yang bermula selepas berakhirnya era kerajaan Sabak (300M) dan berakhir setelah turunnya wahyu dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w (610 M )

4. Pada masa tersebut tidak ada nabi yg diutuskan dan tiada kitab suci utk di jadikan panduan Masyarakat Jahiliah pada amnya mengalami zaman ke morosotan dan keruntuhan bukan sahaja dari segi agama/ akhlak tetapi juga dari segi politik, ekonomi,sosial dan ilmu pengetahuan.

Isi

A. Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam

1. 1.Masyarakat Arab Jahiliah tidak terangkum sebagai sebuah umat. Mereka hidup secara terpisah dalam kabilah masing-masing.Dalam setiap kabilah terdapat beberapa kaum atau bani.beberapa hay,beberapa keluarga dan akhirnya individu.

2. Dari sosial,masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan pelbagai amalan buruk seperti minum arak,berzina bergaduh dan sebagainya .Mereka mengamalkan sisitem berkabilah,iaituunit sosial yang bertanggungjawab mengawal keseluruhan kehidupan masyarakat Arab.Sistem ini berasakan pertalian darah dan perhubungan(assabiyah),iaitu berbangga d4engan kabilah sendiri dan memandang rendah pada kabilah lain .Keadaan ini menyebabkan sering kali berlaku peperangan antara kabilah.Selain itu mereka juga mengamalkan kehidupan berasaskan kelas-kelas tertentu.Misalnya golongan hamba mempunyai status yang paling rendah dan mereka akan dipergunakan sesuka hati.Mereka juga memandang rendah kepada kaum wanita dan oleh itu mereka menanam bayi perempuan hidup-hidup.

3. Dari segi kepercayaan ,agama menyembah berhala adalah agama yang paling utama diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah.Antara berhala tersebut adalah al-latta ,al-uzza,al-masnat ,dan hubal.Agama Majusi yang berasal dari Parsi dianuti oleh penduduk Oman ,Yaman dan Bahrain . selain itu masyarakat Arab juga mengamalkan tilik nasib .

4. Politik masyarakat Arab berdasarkan kepada kabulah Syeikh kabilahmeruypakan ketua yang bertanggung jawab ke atas segala yang berkaitan dengan kabilah .Masyarakat Arab yng tinggal berhampiran dengan kuasa-kuasa asing seperti Rom dan Parsi sering dijajah.Hanya kota Mekah sahaja yang bebas dari sebarang penjajahan .Masyarakat Arab Jahiliah tidak mempunyai system politik yang seragam. Secara umumnya perbezaan ini berlaku kerana kedudukan daerah ,keturunan yang memerintah atau kuasa –kuasa asing yang menjajah .Kawasan padang pasir yang didiami oleh masyarakatBadwi mempunyai system politik yang primitif sesuai dengan saiz kecil organisasi mereka.Sistem pemerintahan mereka hanya tertakluk dengan kabilah mereka sendiri.

5. Keadaan ekonomi pula agak terjejas akibat daripada penjajahan kuasa asing dan peperangan sesama sendiri.Keruntuhan empangan Maarib diYaman telah menyebabakan kegiatan pertanian terjejas .Walau pun kegiatanperdagangan masih lagi berjalan ,namun amalan riba dan penipuan di amalkan secara berleluasa.Bagi orang badwi yang hidup secara nomad,mereka banyak bergantung kepada penternakan kambing biri-biri .Walau bagaimana pun kerana tekanan hidup mereka tururt menjalankan aktiviti merompak kafilah-kafilah perdagangan .

B. Masyarakat Arab selepas kedatangan Islam

1. Dalam masyarakat Islam,semua individu terangkum dalam ummah islamiah.Unit-unit kecil yang dibahagikan mengikut kabilah atau bani masih wujud sebagai cirri keturunan tetapi bukan sebagai asas pembahagian masyarakat.

2. Islam membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Arab .Dari aspek sosial,Islam sangat menekankan perkara-perkara seperti hak untuk hidup ,hak untuk bebas, pemeliharaan maruah dan peribadi ,hak berfikir dan mengeluarkan pendapat ,hak samarata dan hak untuk mendapat keadilan.Misalnya,dari segi hak untuk hidup,seseorang manusia tidak boleh m,embunuh sesuka hati.Lebih penting lagi,Islam telah menghapuskan hak assabiyah dan ditukar dengan konsep ukhwah Islamiah.perhambaan di hapuskan dan kedudukan wanita di pertingkatkan .Ini membantu kearah pembentukan imej masyarakat yang bertamadun .Tanggungjawab individu bukan sahaja kepada dirinya, keluarganya,tetapi juga kepada jirannya walau pun jirannya itu berlainan bangsa atau agama .

3. Dari segi politik ,politik Islam berasaskan kerpada konsep khalifah.Seseorang khalifah bukan hanya diamanahkan untuk memerintah dan memimpin rakyat bahkan mentadbir alam dan menegakkan keadilan.Pemerintah bertanggungjawab menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.Kerajaan Islam Madinah adalah berasaskan kepada Perlembagaan Madinah.Segala keputusan negara diputuskan dan dilaksanakan melalui konsep syura.Undang-andang utama yang digunakan untuk menjalankan pemerintahan negara adalah berasaskan undang-undang Al-quran.

4. Dari segi ekonomi,Islam menjalankan ekonomi berasaskan syariah bagi melindunga rakyat daripada peninidasan dan ketidak adilan .Aktiuviti ekonomi menjadi jambatan antara kebahagiaan di dunia dan akhirat .Keadaan ini membolehkan aktiviti ekonomi di jalankan dengan baik dan harmoniis kerana manusia takkut akan balasan Allah di akhirat nanti jika mereka melakukan penipuan dan amalan riba dalam perniagaan mereka .Penerapan nilai ekonomi Islam di Madinah pada zaman nabi se4hingga menjadikan kota tersebut sebagai pusat perdagangan yang penting.Perlaksanaan ekonomi Islam yang bebas daripada riba dan penipuan itu telah menarik pedagang –pedagang luar untuk dating berniaga di Madinah.

5. Dari segi agama,agama Islam juga telah berjaya membentuk satu masyarakat yang berasaskan satu kepercayaan dan satu cara hidup yang meliputi segala aspek kehidupan.Daripada konsep tauhid lahir sifat ta’abbud iaitu penyerahan diri kepada allah melalui konsep ibadah.Kepercayaan karut yang menjadi unsure peraturan tradisi masyarakat jahiliah tidak lagi wujud .Apa yang digunakan sebagai asas panduan peraturan dalam semua aspek kehidupan ialah undang-undang Allah yang disyariatkan melalui wahyu.

Kesimpulan

Kehidupan masyarakat arab sebelum dan sesudah kedatangan agama Islam jelas sangat jauh berbeza. Kedatangan Islam sebenarnya membawa rahmat kepada semua manusia.sesungguhnya kedatangan Islam telah mengubah corak hidup masyarakat arab daripada kejahilan kepada kebenaran yang setyerusnya menjadi kepada kewujudan sebuah masyarakatv yang benar-benar bertamadun.

6.Bincangkan struktur dan komposisi masyarakat Arab Mekah dan Madinah sebelum kedatangan Islam.

Pendahuluan

1. Masyarakat merujuk kepada sekumpulan masyarakat kecil atau besar yang membentuk satu unit

sosial.

2. Sebelum kedatangan Islam,masyarakat Arab di Mekah/Madinah hidup dalam kelompoknya yang

tersendiri

3. Struktur dan komposisi masyarakat Mekah dan Madinah sebelum kedatangan Islam tidak banyak

perbezaannya. Mereka hidup dalam beberapa kelompok berasaskan suku dan puak masing-masing.

Isi

A)Struktur dan komposisi masyarakat Arab Mekah

Kota Mekah mula di duduki oleh manusia sejak kira-kira 2400 tahun yang lain. Penduduk terawal ialah puak Amaliqah diikuti oleh puak Jurhum,Bani Khuzaah dan kaum Quraish.Kaum Quraish merupakan kelompok terbesar yang mendiami kota Mekah di bawah kepimpinan Quraisy Bin Kilab.Puak Quraisy yang termasyur terdiri daripada Bani Hasyim,Bani Umaiyyah,Bani Yaqzah,Bani Adi dan Bani Tayim W.M.Watt dalam bukunya ‘Muhammad at Mecca’telah membahagikan kaum Quraisy Mekah kepada 3 kelompok yang mempunyi sikap dan kedudukan yang berbeza dari segi social,politik dan ekonomi. Kumpulan pertama terdiri daripada keturunan Bani Hasyim merupakan kumpulan yang kurang berada tetapi memegang tampuk pemerintahan kota Mekah. Kumpulan kedua terdiri daripada keturunan Abd Syam merupakan golongan berada dan sering menentang kumpulan pertama. Kumpulan ketiga terdiri daripada keturunan Makhzum juga merupakan golongan berada yang sering berpakat dengan kumpulan kedua menentang kumpulan pertama .Setiap kumpulan hidup secara berpuak mengikut suku masing-masing(sistem kabilah)yang diketuai oleh seorang syeikh kabilah. Struktur dan komposisi penduduk Mekah di atas amat penting dalam melihat keadaan masyarakat sebelum Islam kerana penduduk mekah merupakan masyarakat yang pertama menerima pengaruh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

B)Struktur dan komposisi masyarakat Madinah

Kota Madinah merupakan sebuah Wadi yang terletak dipertengahan jalan perdagangan di antara Syam di Utara dengan Mekah di Selatan .Kedudukannya yang strategik dari segi perdagangan di samping tanah yang subur itu menyebabkan ramai yang berhijrah dan tinggal di situ. Pada amnya masyarakat madinah terdiri daripada bangsa Arab dan Yahudi dan setiap kelompok ini terbahagi kepada beberapa puak, suku dan sub suku.

1)Bangsa Arab

Terdiri daripada suku Aus dan Khazraj(Bani Qailah).Berasal dari selatan Semenanjung Arab.Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan lama kelamaan menjadi maju dan kuat sehingga akhirnya berjaya menguasai kota Madinah yang sebelum ini diperintah oleh orang Yahudi. Kejayaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati kaum Yahudi,lalu melaga-lagakan suku Aus dan Khazraj sehingga berlaku perbalahan dan peperangan sesama mereka. Keadaan ini berlaku sehinggalah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke kota Madinah pada 622 M.

2)Bangsa Yahudi

Berasal dari Palestin dan berhijrah ke Madinah selepas tersebarnya agama Nasrani di Palestin. Mengandungi 20 suku,yang terbesar ialah :

a)Bani Qainuqa’

Kumpulan pertama tiba di Madinah dan merupakan puak terbesar serta paling berpengaruh di Madinah. Mereka membuka petempatan di kawasan barat daya Madinah berhampiran dengan Musalla. Pekerjaan mereka ialah berdagang, berniaga atau bertukang. Mempunyai angkatan tentera yang kuat serta memihak kepada kaum Khazraj.

b)Bani Nadhir

Kumpulan kedua tiba di Madinah. Berpindah ke Madinah akibat tekanan tentera Rom yang menganut agama kristian di Palestin. Mereka membuka petempatan di bukit Al-Nadir, pekerjaan mereka ialah bertukang, bertani, dan berniaga. Mereka memihak kepada suku Aus.

c) Bani Quraizah

Kumpulan terakhir tiba di Madinah dan membuka petempatan di luar kota Madinah(Wadi Mahzur). Mereka bergiat dalam sektor pertanian serta memiliki senjata dan makanan yang mencukupi. Mereka memihak kepada suku Aus

Kesimpulan

Apa-apa yang berkaitan

TEMA 1 -(MANUSIA DAN MASYARAKAT )

1.Alam sekitar amat mempengaruhi kehidupan dan pembentukan masyarakat berkebudayaan pada zaman prasejarah. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk contoh-contoh yang sesuai.

Pengenalan

1.Ahli kaji purba telah mengenalpasti beberapa tapak pra-sejarah di benua Afrika ( kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan ), Eropah Barat ( Perancis dan Sepanyol Utara ), Asia ( Choukoutien, China Utara – Pithecanthropus Pekinensis ) dan Jawa. Bekas fosil manusia serta alat perkakas, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama dikaji dan menjadi asas corak kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene.

2Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi.

3.Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama.

Isi

1. Pengaruh alam sekitar kepada petempatan masyarakat Paleolitik. Mereka berpindah randah/ nomad disebabkan pada tahap Plestosen dimana muka bumi dilitupi ais/air batu. Ini membolehkan manusia berpindah randah dalan lingkungan yang luas. Apabila berlaku pencairan air batu, beberapa kawasan daratan telah ditenggelami air. Cara hidup nomad juga disebabkan oleh keperluan mencari bahan makanan.Dalam masa yang sama kewujudan gua-gua dan sungai-sungai turut mempengaruhi pembinaan petempatan. Pada zaman Neolitik manusia mula membina petempatan yang tetap dan seterusnya wujud kampung-kampung sebagai petempatan awal.

2. Pengaruh alam sekitar dalam menghasilkan peralatan seharian. Pada zaman paleolitik manusia menggunakan batu-batu dan tulang-tulang haiwan sebagai peralatan seharian. Pada zaman logam mereka mula menggunakan logam untuk membuat senjata. Perkembangan dalam bidang pertanian pula membawa kepada penciptaan teknologi pertanian seperti cangkul.

3. Pengaruh alam sekitar dalam aktiviti ekonomi. Pada zaman Paleolitik manusia memperoleh bahan-bahan makanan berdasarkan sumber alam semata-mata seperti menerusi kegiatan berburu, menangkap ikan dan memungut hasil hasil hutan. Pada zaman neolitik manusia mula menghasilkan bahan-bahan makanan menerusi kegiatan pertanian dan penternakan.

4. Pengaruh fenomena alam

· suhu yang sejuk mempengaruhi pembuatan pakaian dengan menggunakanbkulit/bulu haiwan

· Pengalaman kebakaran dari kejadian petir mendorong penciptaan alat untuk menghasilkan api.

5. Alam mempengaruhi lahirnya satu bentuk kepercayaan dalam diri manusia. Kehidupan berlegar di sekeliling alam sekitar bergantung kepada sumber tersebut menyebabkan percaya benda di sekeliling mereka mempunyai semangat yang harus dihormati. Hutan,pokok gunung matahari, laut angin dan sebagainya mempunyai semngat atau penjaga yang harus dihormati dan dipelihara agar tidak merasa marah. Jika sebaliknya kehidupan mereka akan menjadi sukar atau ditimpa bencana. Lahirlah upacara-upacara pemujaan, tarian atau persembahan agar semangat baik kekal melindungi mereka.

6. Pengaruh dalam sistem perhubungan. Pemilihan tempat tinggal yang berdekatan dengan sungai dan laut dipengaruhi oleh keperluan perhubungan.

Kesimpulan

Apa sahaja yang berkaitan

2.Tamadun Mesopotamia,Tamadun Mesir,Tamadun Indus dan Tamadun Hwang Ho merupakan tamadun terawal manusia. Jelaskan konsep tamadun dan huraikan ciri-ciri utama tamadun dunia.

Pengenalan

Latar belakang tamadun awal

-mula berkembang selepas wujud bahasa dan tulisan bincangkan pendapat Gordon Childe.

-sebelum tamadun manusia hidup berselerak dalam kelompok2 kecil di tempat berlainan

-ciri-ciri kebudayaan,kebendaan dan kerohanian berbeza antara mereka

Isi

AKonsep tamadun

-merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi kemajuan,pemikiran,kebendaan,politik,ekonomi dan social

-kebanyakan sejarawan menyimpulkan tamadun sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bermasyarakat dalam keadaan aman,tetap dan tersusun

-Beaty dan Johnson(1971)-tamadun ada kaitan dengan kebudayaan kota dan tulisan

Redfield (1969)-tamadun cara hidup yang dapat dikritiriakan

-Ringkasnya-tamadun ada kaitan dengan pencapaian manusia dalam pelbagai aspek seperti yang terdapat dalam Tamadun Mesir,Mesopotamia,Hwng Hwo,Yunani,Rom dan Indus

B Ciri-ciri Tamadun

1Urbanisasi

-hidup tetap disesuatu tempat

-Pertanian,penternakan dan perdagangan

-penempatan kekal dibantu oleh Revolusi Pertanian membawa kemunculan Bandar-bandar seperti Memphis,Thebes dan Dhilkah

2 Pengkhususan kerja

-anggota masyarakat punyai tugas/peranan masing-masing seperti petani,askar dan artisan

-mempercepatkan proses urbanisasi

3 Organisasi sosial

-struktur tersusun membuktikan masyarakat dan capai tamadun

-wujud golongan pemerintah dan diperintah membantu pentadbiran berjalan lancar

-biasanya raja paling atas diikuti bangsawan (pentadbir) ahli agama/pendeta(upacara keagamaan),rakyat biasa (kegiatan ekonomi masing-masing) dan paling bawah hamba

-kewujudan organisasi mewujudkan system perundangan untuk disiplinkan masyarakat

contohnya Mesopotamia masa Raja Hammurabi

4Sistem tulisan

-peringkat awal tulisan walaupun dalam bentuk symbol banyak digunakan untuk merekodkan sesuatu

-contoh,tulisan Hieroglif[Mesir] digunakan untuk rekod upacara keagamaan dan harta kuil

5Agama dan kepercayaan

-amalan politeisme (sembah dewa / dewi )

-dewa/dewi dipercayai mempengaruhi kehidupan dan jika tidak disembah akan berlaku malapetaka

-contoh; tamadun Indus sembah dewi bermuka tiga

6Kemajuan sains dan teknologi

-pandai cipta alatan seperti roda ,layar kapal,terusan dan tembok

-kesemua alatan ini banyak tinggalkan kesan terhadap pertanian, pengangkutan dan perdagangan

-biasanya rajalah yang m,emainkan peranan penting dalam pembentukan dan kemajuan dalam bidang ini

7 Estetika

-dapat dilihat dari segi seni bina,seni ukur dan sastera

-contoh : Mesopotamia (Epik gilyamesh-tentang Illiad dan Odyssey oleh Homer)

Kesimpulan

-terdapat banyak ciri tamadun meliputi ciri social,ekonomi dan politik yang mengambarkan kewujudan dan perkembangan tamadun

-ciri-ciri ini membawa peningkatan tamadunb seterusnya

3.Jelaskan konsep tamadun . Huraikan bagaimana ahli ahli arkeologi membuktikan wujudnya sesebuah tamadun awal manusia yang terdapat di lembah lembah utama di dunia

Pengenalan

-Sebelum munculnya tamadun awal manusia terdapat kelompok kelompok masyarakat yang berselerak dimerata rata tempat , menunjukkaqn bentuk – bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang berbeza . Semasa zaman neolitik terdapat perbezaan – perbezaan yang di sebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka ndengan unsure unsure kehidupan .

-Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap neolotik . Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang jauh lebih kompleks daripada perkampungan sebelumnya

Isi

A). Konsep Tamadun

-Tiada satu konsep dan takrifan yang muktamad . Salah satunya takrifnya oleh Gordon Childe , seorang ahli arkeologi Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya , tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian dari dan persekitarannya . Pada tahap itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan , interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural poteitial untuk kehidupan yang lebih sempurna , pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan , kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni , sains dan teknologi

-Contohnya masyarakat Mesir dan Sumeria menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk kerajaan timbul dengan munculnya golongan paderi yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnay manakala agama di gunakan sebagai kuasa untuk mengawal golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi

-Selain itu , terdapat pula ahli arkeologi menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan bangunan -bangunan untuk memenuhi fungsi agama , sosial , politik dan ekonomi dan tulisan untuk merekod

pengalamannya untuk kegunaan jangkamasa panjang . Proses perbandaran membolehkan manusia

maenghadapi cabaran cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya

untuk menentukan takdir mereka

B). Cara ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal manusia

1. Melalui kaedah cari gali

· Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah cari gali atau eskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan kaedah cari gali di tapak tapak yang di kenalpasti sebagai tapak arkeologi . Kaedah carigali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2 meter , penggunaan alat seperti scraper , penapuis , berus ,dan sebagainya

· Melalui kaedah carigali ahli arkeologi dapat menemui artifek artifek seperti serpihan tembikar , tulang binatang , rangka manusia , bangunan lama dan sebagainya . Bagi menentukan usia atau tempoh artifek sebagai bukti kewujudan tamadun , ahli arakeologi menggunakan kaedah atau sejenis alat yang dikenali sebagai radio carbon dating atau “ C14”

2. Penemuan arkeologi

· Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tingglan – tinggalan arkeologi . Penemuan arkeologi ini adalah bukti yang paling penting dan jelas dapat menentukan di satu satu tempat itu pernah wujud . Penemuan arkeologi dapat dibahagikan kepada 3 jenis seperti artifek , inskripsi dan monument

· Artifek merupakan tinggalan sejarah yang kecil atau halus yang di temui di tapak arkeologi seperti serpihan tembikar , manik – manik , fosil – fosil , kapak batu dan lain lain . Inskripsi pula merupakan tinggalan arkeologi yang bersifat sederhana besar dan mempunyai catatan yang tertentu seperti batu nisa , perkuburan , batu bersurat dan sebagainya . Monumen pula merujuk kepada tinggalan sejarah yang berbentuk bangunan seperti runtuhan istana , kuil atau rumah berhala , tugu peringatan dan sebagainya.

· Contohnya kewujudan tamadun Mesir melalui penemuan artifek dan monument purba seperti pyramid , kuil – kuil , istana firaun , spinx dan sebagainya

3. Penemuan sains dan teknologi

· Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun awal adalah melalui tinggalan – tinggalan sains dan teknologi yang di capai oleh masyarakat lampau . Kebanyakkan masyarakat lampau sudah menguasai ilmu Sains tinggi seperti dalam bidang kejuruteraan bangunan , perubatan , matematik , astronomi , fizik ,kimia dan sebagainya

· Ini secara tidak langsung mereka berjaya menghasilkan ciptaan – ciptaan sains dan teknologi untuk meningkatkan tamadun mereka yang kemudian menjadi lambang atau simbol kehebatan sesebuah tamadun

· Misalnya Orang Mesir terkenal dalam kimia , perubatan , kejuruteraan dan astronomi yang membolehkan ahli sejarah menemui tinggalan seperti pyramid , spinx dan “mumia” .Tamadun Hwang Ho di buktikan melalui pernemuan sains dan teknologi seperti tinggalan bangunan purba , kerta , jade , kompas dan sebagainya

4. Penemuan tapak – tapak kota atau bandar purba

· Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tapak tapak kota atau bandar purba yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan . Antaranya seperti Istana , Rumah ibadat , kubu pertahanan , bangunan perntadbiran , tugu peringatan dan sebagainya .Tapak tapak kota ini adalah berbentuk monument yang lengkap .Bahkan penemuan inin, mengikut ahli arkeologi sebagai lambang keagungan sesebuah tamadun awal seperti Mesir , Sumeria , Indus dan lain lain

· Contohnya arkeologi menemui tapak kokota purba Harappa dan Mohenjo daro sebagai bukti wujudnya tamadun Indus di Lembah Sungai Indus pada tahun 300sm .Tamadun Sumeria melalui tapak kota purba Babylon di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates

5. Sistem tulisan

· Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal juga melalui penemuan sisitem tulisan yang terdapat pada tinggalan arkeologi seperti batu bersurat , tugu peringatan , istana ,kuil , surat perjanjian dan sebagainya . Tulisan mengikut Darcy Riberio adalah lambang dan menifestasi sesuatu bangsa.

· Bentuk tulisan yang terawal adalah dari bentuk simbol – simbol atau lambang yang di cantumkan menjadi maksud tertentu .Antaranya tulisan yang terawal seperti hiegolif (Mesir) Ideogram ( Sumeria) Ideogram(Hwang Ho) Phoenicia (Yunani) dan sebagainya . Bentuk tulisan purba ini ditemui pada batu batu bersurat , tugu peringatan , rumah rumah ibadat , kubur , bangunan dan sebagainya .

· Contohnya ahli arkeologi dapat mengkaji perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai “Rosseta Inskription” dan tulisan tulisan yang terdapat pada dinding pyramid

6. Aktiviti Ekonomi

· Ahli arkeologi dapat juga membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tingalan tingalan yang berkaitan dengan ekonomi masyarakat purba .Antaranya melalui sistem pertanian , perdagangan , matawang , pengangkutan dan sebagainya

· Contohnya tamadun Sumeria sering dikaitkan dengan aktiviti perindustrian tekstil dan senjata , kejayaan mencipta kenderaan beroda yang dikenali “chariot” , penggunaan kapal layar dan lail lain .Tamadun Rom dapat di kesan melalui penemuan artifek yang ada kaitan dengan ekonomi seperti wanf syiling emas dan perak dan sebagainya

7. Agama dan Kepercayaan

· Ahli arkeologi membultikan kewujudan tamadun melalui agama dan kepercayaan . Ini kerana setiap tamadun atau masyarakat awal mempunyai agama masing masing . Biasanya mereka juga akan meninggalkan kesan kesan ekonomi yang dapat menjadi bahan kajian kewujudan tamadun mereka .Antaranya seperti tinggalan rumah ibadat seperti kuil , berhala , patung dewa atau tuhan , tempat pemujaan dan penyembahan , alat alat penyembahan dan sebagainya . Kebanyakkan bukti bukti dijadikan bahan rujukan utama kepada ahli arkeologi untuk mengkaji pemikiran budaya , cara hidup , nilai sosial , adapt dan sebagainya

· Contohnya Tamadun Sumeria dapat di kaji penemuan rumah berhala yang dikenali sebagai “ziggurat” yang merupakan bangunan berbentuk pyramid tujuh tingkat , tamadun Mesir melalui penemuan kompleks kuil dan patung dewan di bandar keagamaan purba Mesir di Kurnak dan Memphis dan sebagainya

Kesimpulan :Apa-apa yang berkaitan

4.Faktor persekitaran telah memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat zaman prasejarah. Bincangkan.

Pengenalan

-Berikan maksud tamadun.

-Berikan maksud masyarakat pra sejarah,tahap dan bukti kewujudan

-Contoh2 masyarakat pra sejarah yang wujud di merata tempat.

-Manusia dan alam sekitar memang tdk dapat dipisahkan

-Faktor Persekitaran mempengaruhi pembentukan tamadun masyarakat pra sejarah.

Isi

a)Cara hidup

-Mengamalkan cara hidup nomad,bergerak dlm kump kecil mencari bekalan makanan,tempat tinggal(atas pokok,gua) dan sebagainya untuk meneruskan hidup.

-Masyarakat memungut.Bergantung kepada unsure alam untuk mendapatkan sumber makanan,minuman dan pakaian.Contoh memungut buah-buahan hutan,pucuk-pucuk kayu,menangkap ikan,dan memburu binatang.

-Masyarakat pra sejarah mengalami perubahan dari nomad kepada hidup menetap,menjalankan penternakan,bercucuk tanam ,sistem sosial,budaya dan sebagainya.

b)Tempat tinggal

-Masyarakat pra sejarah bergantung kepada alam sekitar untuk tujuan perlindungan dan tempat tinggal seperti dalam gua-gua batu (Gua Cha di Kelantan,Gua Niah di Sarawak,Kota Tampan di Perak)

-Bagi masyarakat pra sejarah akhir lebih kreatif dan inovatif membina petempatan kekal di lembah-lembah sungai (Lembah Sg Nil,Lembah Sg Indus dan lain2.

c)Peralatan

-Masyarakat pra sejarah menggunakan sumber-sumber alam untuk menghasilkan peralatan seharian mereka(kajian arkeologi di tapak-tapak penempatan awal manusia)menjumpai batu-batu pipih yang tumpul,tulang-tulang binatang,dan kayu keras seperti kapak batu,beliung dan sebagainya untuk memudahkan pekerjaan mereka.

-Masyarakat pra sejarah akhir sudah memperlihatkan perubahan dalam teknologi pembuatan seperti kapak batu ,lembing yang sudah halus,licin dan ditajamkan.

-Mereka juga sudah pandai menggunakan tanah liat untuk menhasilkan pinggan mangkok,tempayan dan sebagainya.

d)Kepercayaan dan agama.

-Kepercayaan dan amalan masyarakat pra sejarah jelas dipengaruhi oleh unsure alam.Kepercayaan animisme seperti adanya kuasa ghaib ,objek tumbuhan,sungai,cakerawala dan lain-lain.

-Kejadian gempa bumi,banjir besar dan sebagainya dikaitkan dengan kuasa ghaib

-Mereka mencipta berbagai cara untuk menghindar perkara tersebut (upacara puja semangat ,membuat pengorbanan manusia ,binatang dan lain-lain.)

e)Tulisan dan bahasa

-Sistem tulisan dan bahasa berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat pra sejarah sebagai media perhubungan.Manusia memerhati fenomena alam sekeliling dan dirakamkan dalam bentuk lukisan ,titik ,objek,symbol atau lambing di dinding-dinding gua tempat tinggal mereka.

-Sistem tulisan yang muncul dalam perkembangan masyarakat selanjutnya jelas dipengaruhi oleh alam seperti tulisan pepaku dalam tulisan Mesir

Kesimpulan

-Apa sahaja yang berkaitan

5. Bincangkan ciri-ciri utama sistem pembandaran dalam Tamadun Mohenjo Daro – Harappa dan Tamadun Rom.

Pengenalan

1. Bandar adalah satu unit politik, satu pertempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau

suatu kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur.

2. Pembandaran merujuk kepada proses pertumbuhan dan pembinaan bandar.

3. Setiap bandar di tamadun manusia mempunyai ciri-ciri tersendiri.

4. Terdapat bandar terancang seperti di dalam Tamadun Indus yang dianggap sebagai dua bandar

terancang yang terawal di dunia.

Isi

Ciri-ciri Pembandaran Tamadun Mohenjo Daro dan Harappa.

1. Keadaan Ekologi

· Keadaan ekologi yang sesuai dengan keadaan tanah yang suburdan iklim yang sesuai adalah

penting dan merupakan faktor kewujudan bandar dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri bandar dipengaruhi oleh kemajuan dalam bidang teknologi seperti pengairan, seni bina dan lain-lain.

2. Keadaan Bangunan

· Binaan yang biasa dibina terdiri daripada binaan bermutu tinggi. Kebanyakannya mempunyai

saiz 11 x 5.5 x 2.5 atau 9.2 x 4.5 x 2.2 inci. Ia didirikan dalam blok-blok empat persegi.

3. Rumah

· Kebanyakan rumah dibina mengikut pelan dan menggunakan batu yang bermutu.

4. Kemudahan Infrastruktur

· Didirikan dewan perhimpunan dan tempat mandi

· Mempunyai tempat atau kolam mandi awam ‘ Great Bath ’ yang berukuran 39 kaki panjang,

23 kaki lebar dan 8 kaki dalam.

· Mempunyai bilik mandi untuk para paderi / golongan agama.

· Mempunyai sistem saluran najis

· Mempunyai sistem perparitan ( longkang tertutup )

· Mempunyai pasar

· Mempunyai rumah kongsi.

Ciri-ciri Pembandaran Rom

1. Keadaan Bangunan

· Dibina daripada bahan tidak mudah terbakar.

· Dikelilingi oleh anjung yang bertiang yang cantik/ berseni

2. Keadaan Rumah

· Dibina mengikut pelan.

· Menggunakan batu kapur yang dikenali sebagai House of Sallust.

3. Kemudahan Infrastruktur

Dibina:

· Dewan awam dan pejabat

· Tempat mandi awam

· Tandas awam

· Tempat bekalan air

· Sistem saluran najis

· Rumah berhala

· Sistem perparitan.

· Pasar-pasar

· Pusat teater

· Sarkas

· Panggung

· Istana.

Kesimpulan

-Tamadun Mohenjo Daro – Harappa dan Rom telah mencapai kemajuan dalam pembandaran. ( Apa-apa kesimpulan yang sesuai ).

6.Jelaskan tentang ciri-ciri pembandaran Tamadun Rom yang berasaskan kemewahan dan keagungan.

Pendahuluan

1.Bandar ialah satu unit politik,satu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau satu kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur binaan.-menurut Detwyler dan Marcus dalam Pembandaran dan Persekitaran: Geografi Fizikal Bandar.

2. Masyarakat Rom adalah satu masyarakat yang mementingkan sifat praktikal . ini dapat dilihat

berdasarkan bandar-bandar yang dibangunkan dengan begitu unik dan dilengkapi dengan segala kemudahan.Rom terkenal dengan rumah berhala, ampiteater, sarkas ,koliseum, forum dan lain-lain.

3. Pembinaan bandar-bandar di Rom adalah dipengaruhi oleh pertambahan penduduk,undang-undang

yang mewajibkan bahan-bahan binaan yang tidak mudah terbakar, kesungguhan dan kemewahan golongan menengah atas yang bebas mencantikkan dan menaikkan imej bandar serta pengawasan Majlis Perbandaran. Secara umunnya , proses pembandaran Rom banyak dipengaruhi faktor politik, sosial dan kebudayaan .

Isi

1.Masyarakat Rom sangat mementingkan soal keselesaan dalam proses pembentukan bandar iaitu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Biasanya bandar-bandar di Rom mempunyai badan pentadbiran masing-masing iaituMajlis pembandaran. Pembangunan bandar mendapat sokongan dan bantuan daripada golongan kelas menengah yang memiliki kekayaan bagi mencantikkan dan menceriakan bandar mereka. Pada umumnya setiap bandar mempunyai beberapa gedung khusus seperti rumah berhala, istana, dewan teater, sarkas, forum dan kolam mandi awam.

2. Di kawasan tengah bandar terdapat pasar, pejabat, dan dewan awam yang digunakan untuk tempat

perjumpaan sekaligus berfungsi sebagai mahkamah, perpustakaan, rumah berhala dan forum. Bangunan kedai dibina di kawasan yang berasingan untuk para penianga menjalankan aktiviti perniagaan. Pembangunan bandar tidak mengetapikan prasarana untuk hiburan dan riadah wargakota. Terdapat beberapa cobtoh seperti Colosseum yang siap dibina pada tahun 80 masihi. Bangunan ini mempunyai cirri-ciri istimewa yang berbentuk melengkung seperti gelanggang. Colosseum boleh memuatkan kira-kira 50,000 orang penonton pada satu-satu masa. Biasnya di Colosseum diadakan pertandingan antara pahlawan ( Gladiator ). Di samping itu banduan daripada penjaga dipanggil untuk bertanding sesame mereka denganmenggunakan senjata dan pemenang akan ditentukan setelah lawan mati.

3. Pembangunan bandar begitu terancang termasuk soal pemilihan bahan binaan. Contohnya pada

tahun 64 masihi, terdapat undang-undang yang mewajibkan semua bangunan dibina menggunakan bahan-bahan yang tidak mudah terbakar. Mereka juga menggunakan beberapa nahan khas seperti simen dan batu marmar untuk mengukuhkan dan mencantikkan lagi bangunan-bangunan. Contohnya di Bandar Pompeii, bangunan dibina dengan menggunakan batu kapur.

4. Kawasan bandar akan dihibungi oleh jalan raya yang lurus, lebar dan berturap. Di samping itu jalan

raya yang dibina untuk memudahkan perhubungan dengan seluruh empayar yang luas. Pasukan tentera boleh dikerahkan ke mana-mana wilayah dalam empayar Rom dengan menggunakan jalanraya.

5. Sistem bekalan air di bandar Rom merupakan yang termoden di dunia.saliaran air yang dinamakan

Aquaduct dibina merentasi kawasan pergunungan. Terdapat lebih kurang 10 buah Aquaduct di Rom. Salah satu yang terkenal ialah Aqua Claudia yang wujud hingga kini. Air dialirkan melalui paip-paip ke rumah dari tangki-tangki pembekal. 14 saluran air yang panjangnya 265 batu dengan membekalkan 1000 juta air untuk menampung keperluan penduduk Bandar Rom. Air juga akan disalurkan ke kolam mandi dan pancuran awam. Contohnya kolam mandi awam di Caracalla yang mempunyai keluasan 11 hektar dan boleh memuatkan 1500 orang sekali mandi. Penduduk juga menggunakan air untuk mengisar bijirin.

6.Setiap bangunan di bandar mempunyai ciri-ciri khas seperti kuil dewan Pantheon yang mempunyai bumbung berbentuk kubah. Bangunan akan diserikan lagi dengan tiang-tiang yang mempunyai ukiran indah dan patung manusia yang akan menghiasi pintu masuk kebandar. Pintu gerbang biasanya dibuat empat haluan untuk memudahkan pergerakan keluar dan masuk ditambah bentuk kubah di bahagian atas pintu gerbang.

Kesimpulan

Pembangunan bandar Rom begitu terancang untuk menimbulkan kesan keselesaan

kepada para penduduknya. Oleh yang demikian segala kelengkapan dan kemudahan akan dibina demi mewujudkan keharmonian warganya. Keindahan bandar akan lebih terserlah dengan adanya teknologi dan kemahiran khususnya senibina yang indah dan halus. Dasar pemerintahan Rom amat mempengaruhi proses urbanisasinya . Apapun, pembandaran Rom begitu unik kerana semua yang dibina pasti mempunyai kegunaan dan bebas digunakan oleh semua lapisan warga kotanya.

7.‘Pembandaran adalah salah satu ciri masyarakat bertamadun’.Huraikan faktor-faktor yangg membawa kepada perkembangan perbandaran dengan merujuk kepada Mesir,Mesopotamia dan Indus.

Pengenalan

-Terdapat banyak definisi yang dikemukakan oleh sejarawan bagi istilah bandar dan pembandaran. Bagi Detwyler dan Marcus menyatakan bandar adalah suatu unit politik , suatu penempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau satu kelompok rumah kediaman lain-lain struktur.Beliau menegaskan bahawa bandar meliputi elemen semulajadi , sosial dan buatan manusia yg berkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk.

-Bagi MAJ Beg dalam bukunya, “ Historic Cities of Asia ” menjelaskan bahawa bandar sebagai suatu kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis dan mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi bukan pertanian.

-Pembandaran pula merujuk proses pertumbuhan dan pembinaan bandar berlaku disebabkan oleh pertambahan penduduk di bandar ekoran dari migrasi dan perkembangan yang berlaku dalam bandar. Bagi Raja Mohd. Afandi, menjelaskan bahawa pembandaran adalah proses di mana terdapatnya orang-orang tinggal dan berkerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan awam.

-Dalam sejarah tamadun awal manusia seperti Mesopotamia, Mesir dan Indus, pembandaran merupakan asas yang penting dalam pembinaan tamadun. Ini kerana bandar menjadi pusat pentadbiran dan pertahanan seperti raja membina istana, pusat agama, kubu-kubu pertahanan, dan sebagainya.Selain dari itu, ia berfungsi sebagai pusat politik keagamaan,pengangkutan,pendidikan dan perindustrian.

Isi

A) Faktor Perkembangan Perbandaran Di Mesir ,Sumeria dan Indus

-Bagi MAJ BEG dalam bukunya historic Cities Of Asia menggariskan tiga factor kemunculan bandar dalam tamadun tersebut iaitu ekologi yang sesuai ,teknologi dan organisasi social :

1 Ekologi yang sesuai

-Penting utk pertanian/penternakan.Dipengaruhi olh tanah yang subur/iklim yg sesuai .Penting ntuk menghasilkan makanan keperluan asas bagi kemunculan tamadun.

-Cth Mesir,bandar seperti Menphis dan Kernak dan lain2 wujud di sungai Nil krn faktor Iklim/tanah subur utk kemudahan org Mesir bercucuk tanam sejak zaman neolitik lagi.

-SUMERIA, factor ekologi dan alam semula jadi di kawasan lembah sungai tigris dan euphraters menjelang tahun 4000 sblm masihi penduduk di selatan tlh berjaya mengeluarkan hasil prtanian yang banyak dan mencukupi kperluan penduduk.. Ini menjadi faktor muncul lahir bandar sepert akkadia,Babylon,Lagash dan lain2.

2. Kemajuan teknologi

-Berkait rapat dgn kemajuan teknologi yang dikuasai oleh masyarakat. Teknologi terawal ialah system pengairan ,penternakan dan pertukangan .Sarjana barat sprt Gideon,Adams dan Braid Wood yang berpendapat bahawa teknologi pengairan mnmjadi factor loncatan dalm bidang pertanian yang menjadi mendorong pembinaan bandar di pinggir sungai .Perkembangan teknologi pertanian merintis jalan kepada kepada teknolog yang seperti logam,tenunan,tekstil,dan tembikar.

-Cth seperti Sumeria wujud sistem pengairan yag baik telah yag menyebabkan kekurangan bekalan air dan masalah banjir turut dapat diatasi.Kesannya kawasan pertanian semakin meluas di lembangan sungai Tigris dan Euphrates dan membawa kemunculan bandar 2 baru di kawasan tersebut.

-Kemunculan Bandar Harappa dan Mohenjo Daro adalah berkaitan rapat dgn teknologi .Ini kerana kedua2 bandar tersebut berjaya dibina dgn sempurna mengikut pelan yang tersusun ,menggunakan sistem garisan lurus disamping sistem peparitan dan saluran najis yg sempurna.

3.Organisasi sosial.

-Perbandaran di sebabkan oleh terdapatnya OS yang kompleks . Kemunculan kampong berasas pertanian mewujudkan sistem sosial baru dibawah ketua atau raja

-Perkembangan pertanian yang maju memerlukan organisasi yang sisitematik unutk mengawalnya .Oleh itu lahirlah bandar yang bertindak sebagai pengawal kegiatan tersebut dan bertindak sebagai unit politik dalam menguruskan kerja kerja ekonomi seperti pembinaan pengairan , terusan , cukai dan sebagainya

-Contohnya di Sumeria , bandar merupakan agen yang mengawal kegiatan pertanian dan sistem pengairan seperti Lagash , Babylon ,Uruk , Huttusa dan lain lain . Berfungsi sebagai bandar satelit kepada kegiatan pertanian .

-Dalam Tamadun Indus ,pengaruh sistem sosial dalam pembentukan bandar Harrapa dan Mohenjo daro dapat dilihat melalui penyusunan penempatan kepada golongan pemerintah , pentadbiran , rakyat di samping kemudahan awam yang berbeza seperti seni bina bangunan , taman , tempat mandi dan sebagainya .

-Di Mesir – kemunculan bandar seperti Akhetaton dan Netep membuktikan pengaruh elemen faktor sosial dimana bandar bandar ini mempunyai tembok yangmembahagikan bandar mengikut zon iaitu kawasan miskin dan kawasan kaya .Zon orang miskin mempunyai jalan raya yang padat , sempit dan rumah yang rapat manakala zon golongan kaya terdapat banyak kemudahan awam , jalanraya yang luas , rumah yang tersusun dan sebagainya

4.Peperangan

-Mengikut Robert M Adams , berpendapat kemunculan bandar bandar dalam tamadun awal adalah berkaitan dengan peperangan yang sering berlaku . Peperangan menyebabkan pendudukan terpaksa mendapat perlindungan dari ketua ketua tempatan yang kuat dan berpengaruh . Ketua atau Raja ini mendiami kawasan yang strategik , selamat dan membina kubu pertahanan yang kukuh

-Penduduk juga tinggal di kawasan persekitaran yang diserapkan secara paksa kedalam bandar untuk tujuan keselamatan , kawalan sosial , tingkatan undang undang dan sebagainya . Apabila penduduk berpindah atau tinggal di kota kota tersebut , ia akan berkembang menjadi sebuah bandar

-Contoh di Sumeria , perkembangan pengairan di sekitar Sungai Tigris dan Euphrates telah menimbulkan konfilk di kalangan komuniti yang tinggal di kawasan tersebut . Peperangan antara Orang Sumeria dengan Semitik sering berlaku kerana punca air dan kawasan yang subur Kesannya mendorong penduduk berpindah dan tinggal di kawasan sama untuk bagi mempertahankan diri dari serangan musuh.

-Di Mesir perkembangan bandar Avaris di Selatan Mesir adalah lebih di pengaruhi oleh faktor kententeraan .Mengikut Piere Montet , bandar tersebut mempunyai kem2 tentera dan kubu pertahanan yg kukuh utk tujuan mempertahankan serangan drp Orang Mesir .

5.Ekonomi

-Mengikut Oppenheim ( 1964) menjelaskan bahawa perkembangan bandar adalah disebabkan oleh kegiatan ekonomi kerana menjadi pelabuhan utama kawasan tersebut . Mempunyai banyak kemudahan seperti pusat pentadbiran , tempat penginapan pedagang asing ,stor menyimpan barang di samping mempunyai kedai kedai dan pasar pasar

-

Di Mesir bandar Memphis merupakan bandar utama yang terletak di pinggir Sungai Nil yang menjadi pusat pengumpul barang barang dari kawasan persekitaran dan pendalaman Mesir .

6.Keagamaan

-

Kemunculan bandar bandar purba adalah disebabkan oleh faktor agama . Mengikut MAJ Berg ( 1985) kebanyakkan bandar dalam tamadun awal adalah di pengaruhi oleh aktiviti keagamaan seperti pusat ritual, bandar kelahiran diraja, bandar pemujaan dan sebagainya.

-

Di Mesir misalnya kebanyakkan bandar dibina di tepi sungai Nil yang ada kaitan dengan agama yang dianuti oleh Firaun .Antara ciri ciri bandar spt mempunyai rumah berhala , patung dewa , makan Firaun dan sebagainya .Bandar Nekhen dan Nekheb di Selatan Mesir merupakan bandar spiritual dan tempat asal raja raja Mesir . Bandar Memphis berkait rapat dengan tuhan Ptah .Bandar Abydos sbg makam pengebumian tuhan Osiris

-

Di India , bandar Harappa dan Mohenjo Daro mempunyai ciri ciri perkembangan keagamaan seperti mempunyai kuil kuil , patung dewa dan sebagainya

Kesimpulan :

Apa apa sahaja yang berkaitan

8.Pembandaran adalah proses di mana penduduk tinggal dan bekerja di kawasan yang kecil dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkidmatan. Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, huraikan cirri-ciri utama perbandaran Tamadun awal manusia.

Pendahuluan

-Jelas takrif pembandaran

-Nyatakan faktor2 kemunculan Bandar secara keseluruhan

Isi

1) Ciri-ciri Pembandaran Mesopotamia

-Terdapat 2 jenis bandar – bandar berkubu dan bandar bukit

-Bandar-bandar meliputi kawasan pinggir bandar, bandar setelite dan kampung2 termasuk kawasan pertanian. Bandar2nya mempunyai keluasan yang berbeza.

-Zaman Dinasti Awal terdapat 13 bandar di Mesopotamia. Antara bandar2 di Mesopotamia adalah Lagash, Babylon, Uruk, Assur.

-Kawasan bandar terbahagi kepada 3 bahagian :

a) Pusat Bandar- bahagian tertua dalam bandar. Terdapat istana, rumah berhala,tempat tinggal, pegawai istana dan petampatan awam. Pintu masuk berfungsi sebagai tempat perhimpunan.

b) Kawasan Luar Bandar- terdiri drp tanah pertanian dan penternakan. Tembok dibina melindungi kawasan luar bandar- kubu2 dikenali sebagai Kidunu dibina untuk mempertahankan kawasan luar bandar.

c) Pelabuhan- pusat kegiatan perdagangan. Sistem pentadbiran dan perundangan di pelabuhan adalah berasingan. Terdapat kemudahan2 seperti tempat penginapan dan stor untuk menyimpan barangan bagi pedagang.

-Pembinaan kubu pertahanan dalam bandar. Bandar2 lama mempunyai kubu2 di bahagian tengah. Bandar2 baru mempunyai kubu di luar bandar- Calah, Nineveh.

-Mempunyai tradisi pembinaan tembok pertahanan- untuk tujuan tahanan semasa peperangan dan juga berfungsi sebagai sempadan yang memisah kawasan bandar dan luar bandar- terdapat tembok pelbagai bentuk seperti bulat, bujur, segi empat sama dll

-Di bandar 2 lama tembok dibina untuk memisahkan rumah berhala dan istana

-Pintu gerbang dibina sebagai lambing kekeyaan bandar, untuk menarik pelancong, berperanan sebagai pusat sivik. Di Babylon terdapat 8 pintu gerbang – pintu Ishtar pitu gerbang utama

-Pasar- senarai harga dipamerkan dan terdapat kedai menjual barangan mewah

-Jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu gerbang utama dengan tempat2lain di bandar.Jalan dibina berukuran lebar yang standard dan bersilang pada sudut tepat.

-Jalan suci (Jalan Perarakan ) dibina di Babylon,assur,hattusa dan Uruk-untuk perarakan semasa perayaan tahun baru.

2). Ciri2 Pembandaran Arab

-Sebelum kedatangan Islam orang Arab telah mendirikan beratus bandar di

Hijaz,Najd,Hadramaut,Oman,Bahrain dll.Bandar2 yang dibina mempunyai istana

tempat pemujaan dan rumah kediaman orang awam.

-Bandar Ma’rib berbentuk bulat,berkeluasan 1 kilometer persegi,dikelilingi tembok

dan terdapat 3 pintu masuk.

-Bandar Qarm dikelilingi tembok 15 meter,mempunyai pintu masuk dan sebuah pintu

keluar.

-bandar Palmyra sebagai pusat perdagangan dan penyembahan berhala orang Badwi.

-orang Yaman mempunyai kemahiran dalam pembinaan empangan,rumah berhala

tempat menakung dan menyimpan air serta menghias bangunan dengan ukiran dan

lukisan

-Lima cirri bandar2 yang didirikan oleh orang Arab jahiliah

a)Bandar dipagari dengan tembok dan terdapat loceng pada pintu

b)Bandar2 dan kota2 berkubu dibina dengan kepingan2 berbetuk segiempat/bujur

untuk lantai

c)Terdapat ukiran patung dalam rumah,istana dan tempat penyembahan.

d)Rumah dihiasi dengan cat dinding dan batu batan yang dibakar

e)air hujan disalur ke wadi untuk menghindarkan banjir

-Bandar madinah paling maju dalam zaman islam-dikelilingi oleh tembok dan di

tengah-tengah bandar masjid nabi dan pasar Baqi al Kail

-Zaman Abbasiyah terdapat bandar2 terkenal seperti Baghdad ,Hashimiyyah al-Kufah

,Mulayah,Adanah,al-muhammadiyyah dan dll-bandar tersebut memainkan peranan

penting sebagai pusat kajian islam,pusat kesusasteraan Arab,pesat perdagangan

antarabangsa,pusat kajian serta penyelidikan sains dan pusat dakwah.

3). Ciri-ciri pembandaran India

-masyarakat mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam perancangan dan pembinaan bandar.

-Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang tertua di dunia-kedua2nya mempunyai pelan yang sama.Ia terbahagi kepada 2 bahagin iaitu kubu dan bandar.

-kubu didirikan di bahagian timur untuk mengelakan serangan musuh dan masalah banjir

-batu2 yang digunakan bermutu tinggi dan mempunyai 2 saiz yang standard iaitu 11x 5.5x2.5 inci dan 9.2x 4.5x 2.2 inci.

-bangunan dibina dalam bentuk blok 2 empat persegi di sepanjang jalan2 dan lorong2.Jalan 2 utama dibina secara lurus berukuran 30 kaki lebar.jalan dari utara ke selatan disilang oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok berukuran 130 kaki x 65 kaki

-pembinaan longkoang dan sistem pembuangan air,longkang tertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan untuk kerja2 pembersihan.air dari rumah dialirkan ke dalam longkang besar.

-kemudahan2 awam spt tempat mandi dan tandas awam berhampiran dengan jalan2 utama untuk kegunaan buruh dan hamba.pembinaan kolam mandi –Greatbath (39 kaki panjang dan 23 kaki lebar dan 8 kaki dalam)-kemajuan teknologi pembinaan .(ciri2 kolam boleh diulas

-rumah2 dibina dengan batu bermutu tinggi samaada 2 tingkat atau lebih.pelan2 rumah adalah sama ttp saiznya berbeza.rumah mempunyai bilik tidur,serambi,bilik mandi dan perigi.rumah dibina dalam deretan disepanjang jalan utama dan terdapat ruang diantararumah bagi menjamin peredaran udara

-rumah2 kongsi utk buruh dan hamba dibina dalam satu deretan dan mengandungi 2 bilik dengan keluasan 20x12 kaki persegi.jelapang besar berukuran 150x200 kaki dibina utk menyimpan bijirin

Kesimpulan

Apa-apa yang berkaitan

9.Organisasi Sosial merupakan ciri utama dalam Tamadun awal manusia. Bandingkan sistem organisasi sosial Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Mes

Pendahuluan

a. Organisasi sosial-ciri masyarakat bertamadun.

b. Tamadun Mesir bermula sekitar tahun 3,500s.m di lembah Sg.Tigris-Eupharates.

c. Masyarakat Mesopotamia dibahagikan kepada empat lapis manakala

d. masyarakat Mesir terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Isi

1. Raja –lapisan/hairaki sosial tertinggi bagi Mesopotamia,

Mesopotamia-raja berkuasa dan berkedudukan tertinggi. merupakan wakil tuhan dan harus

mentadbir dengan adil dan saksama. Institusi beraja barasal daripada jawatan ensi(gabnor) dan ngal/raja yang dianggap mendapat mandat daripada tuhan. merupakan ketua pentadbir, tentera dan agama.

Raja Mesir- kedudukan tertinggi, dianggap sebagai tuhan yang melindungi rakyat. peranan raja sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim. bergelar Firaun yang dianggap jelmaan tuhan Horus dan anak tuhan matahari.

2. Golongan bangsawan

Mesopotamia-hairaki kedua tertinggi selepas raja . Dikenali sebagai marbanuti, iaitu akan membantu raja dalam pentadbir. Berkuasa memilih pewaris tahta. Terdiri daripada pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan gabnor yang dilantik oleh raja. Mereka tinggal di rumah sendiri dan memiliki ramai pekerja. Sumber kekayaan mereka daripada rampasan perang dan cukai daripada rakyat.

Tamadun Mesir- kedua tertinggi selepas raja . Terdiri daripada pegawai tinggi yang dilantik raja contoh pendeta, penguasa dan pentadbir. Memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran. Juga memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran. Turut memegang jawatan pendeta yang menjaga rumah ibadat, kuil, mengutip cukai dan penulis salasilah raja. Berperanan dalam perlantikan raja dan kedudukan pendeta sangat penting dalam masyarakat. Orang Mesir percaya hanya pendeta yang boleh mententeramkan tuhan yang menguasai alam sekitar.

3. Golongan professional/tentera

Mesopotamia -golongan professional merupakan hairaki yang ketiga. dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, pedagang, doctor, artis dan jurutulis. Mempunyai persatuan menjaga kepentingan mereka. Berperanan penting dalam ekonomi kerajaan dan mewariskan pekerjaan kepada anak masing-masing.

Mesir - Golongan ketiga terdiri daripada kalangan tentera, tukang-tukang, petani dan artisan. Tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah, harta rampasan perang, ganjaran, pangkat dan tanah daripada estet di raja. Buruh raja terdiri daripada pelombong emas, kuari, pekerja binaan, membuat tembikar, membina piramid dan istana raja/firaun. Golongan petani ditindas dan terikat dengan tuan tanah. Tiada kebebasan dan menjadi buruh paksa dalam pembinaan candi.

4.Hiraki terbawah rakyat biasa dan hamba.

Mesopotamia - rakyat biasa dan hamba merupakan hairaki terbawah. rakyat biasa dikenali sebagai Hupsi- terdiri daripada petani, askar dan hamba. Hamba terdiri daripada mereka yang boleh dijual, tawanan perang dan orang berhutang. Dilayan baik dan mempelajari kemahiran serta memiliki harta. Semasa Babylon, kelas sosial mushkennum ialah rakyat biasa yang miskin yang yang tiada keistimewaan.

Mesir - golongan hamba tiada kebebasan, terdiri daripada tawanan perang. Bekerja di ladang raja dan rumah berhala/kuil. Zaman Ramses 11 tawanan perang dari Syria yang dipaksa kerja di sekitar pembinaan.

Kesimpulan

-Jelaslah di sini organisasi sosial ialah kemajuan masyarakat yang terdiri daripada peringkat-peringkat tertentu. Susunan organisasi sosial adalah petunjuk kemajuan tamadun tersebut.

10.Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan memberikan contoh-cohtoh yang sesuai daripada tamadun awal.

Pendahuluan

-Tamadun-tamadun awal yang muncul di dunia adalah terletak di lembah-lembah sungai seperti Tamadun Semeria, T.mesir, T. Hwang Ho, T.Indus. Latar belakang tamadun awal seperti T.Sumeria wujud di lembah Sg.tigris dan Euprites, T.mesir di lembah Sg.Nil. Sungai merupakan persekitaran asas dalam perubahan kehidupan manusai yang menjadi faktor penting dalam pembentukan tamadun.

Isi

1. Sungai sebagai sumber bekalan air.

-Manusia membina petempatan di Lembah sungai kerana mereka memerlukan bekalan air untuk kegunaan sendiri, binatang ternakan dan tanaman. Contoh Sg.tigris, Sg.Nil, Sg.Hwang Ho. Sungai juga membekalkan sumber protein kepada mereka.

2. Kawasan Yang Subur

-Sungai mewujudkan kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian dan penternakan seperti Lembah Sungai Hwang-Ho membekalkan tanah loes yang subur. Hasil pertanian merupakan sumber makanan yang utama justeru kawasan-kawasan lembah sungai menjadi tumpuan manusia.

3. Petempatan

-Lembah sungai merupakan lokasi yang paling sesuai untuk untuk dibina petempatan. Ini disebabkan bentuk mula buni dasar lembah sungai tanahnya rendah, luas, rata dan beralun.

4. Sumber Alam

-Kawasan lembah sungai sebagai sumber alam semula jadi yang membekalkan tanah lanar yang subur untuk tanaman. Tanah liat berpasir untuk pembinaan rumah seperti masyarakat Indus yang membina rumah di Bandar Mohenjo-daro dan Harappa dan untuk membina tembok di Jericho dan Catal Huyuk. Lembah sungai juga membekalkan sumber kayu untuk binaan rumah di alam Melayu.

5. Iklim

-Iklim Lembah sungai disederhanakan oleh faktor penyejukan suhu permukaan air . Biasanya di kawasan sungai, iklimnya lebih stabil dengan kelembapan yang tinggi sesuai dengan aktiviti manusia. Kelembapan suhu 24 C-28 C.

6. Agama

-Agama masyarakat Mesir percaya sungai sebagai tempat tinggal tuhan mereka.(Sg.Nil) sehingga Mesir mendapat jolokan Hadiah Sg.Nil. Masyarakat Indus menjadikan Sg. Indus dan Sg.Ganges sebagai tempat suci agama Hindu.

7. Perhubungan

-Sungai sebagai alat perhubungan dan pengangkutan. Contoh sg. Hwang Ho dan Sg.Nil alat perhubungan ke kawasan pedalaman cina dan Mesir. Sg. Tigris/Euprhates alat perhubungan dan perkembangan Bandar pelabuhan seperti Bandar Urech, Ur di Babylon. -perkembangan Bandar dan taman seperti pelabuhan di sungai Indus. Selain daripada itu taman tergantung di Babylon mula dibina di kawasan sungai. Di Asia Tenggara sungai sebagai sumber pengangkutan hasil hutan seperti kayu balak, rotan, damar dari pedalaman ke pelabuhan utama seperti Srivijaya dan Majapahit.

8. Sempadan

-Sungai sebagai sempadan,pertahanan daerah dan negeri

Kesimpulan

-Apa-apa sahaja yang berkaitan

11.Takrifkan konsep pra-sejarah.Bincangkan peranan alam sekitar dalam mempengaruhi cara hidup masyarakat berkebudayaan paleolitik dan neolitik

Pendahuluan

-masyarakatkat zaman pra-sejarah banyak dipengaruhi oleh faktor alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka.

-mereka banyak bergantung kpd sumber alam sekitar.cthnya:sungai,tanah,hutan dll

Isi

A. Konsep Pra Sejarah

-maksud pra-sj:sbhgn masa silam manusia yg tdk dicatatkan dlm btk tulisan iaitu sblm sj

-zaman pra-sj tdk mempunyai rekod bertulis @ bukti2 sj diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil2 yg dijalankan oleh ahli arkeologi

-perkembangan manusia dibahagikan kpd 2 zaman iaitu zaman batu dan zaman logam .zaman batu dibahagikan kpd 3 peringkat iaitu batu awal(paleolitik),pertengahan(mesolitik),dan akhir(neolitik)

-pra-sj awal merujuk kpd zaman paleolitik dan mesolitik dan pra-sj akhir merujuk kpd zaman neolitik dan logam

-perkembangan tamadun msyrkt pra-sj berkembang diseluruh dunia walaubagaimanapun tahap perkembanagan tamadun ini adalah berbeza-beza

B. Peranan alam sekitar

1) Tempat tinggal

-manusia berpindah-randah utk mencari bahan mknan dgn cara memburu dan memungut hasil hutan drp tumbhan liar

-persekitaran zmn paleolitik(yg diliputi ais)menyebabkan msykt tinggal didlm gua2 yg dianggap selamat dari cuaca sejuk

-pencairan ais batu mengubah cara hidup msykt zmn neolitik .mereka mula membentuk penempatan kekal dan wujudnya kg2 dan seterusnya mempengaruhi urbanisasi

-pencairan ais menyebabkan wujudnya sg2 dan tasik2.oleh itu petempatan zmn neolitik lebih tertumpu kpd lembah2 sungai sbb kpntngan sg sbg sumber bekalan air

2) Kegiatan ekonomi

-persekitaran mempengaruhi kegiatan ekon. Cthnya zmn paleolitik yg diliputi ais menyebabkan manusia zmn tersebut memperolehi bahan2 drpd sumber alam sekitar melalui kegiatan memburu hasil hutan dan menangkap ikan.dilakukan secara sara diri

-apb persekitaran mula berubah kesan pencairan ais yg mana kwsan darat mula ditenggelami air.kegiatan ekon yg dijalankan turut berubah spt manusia mula menghasilkan makanan dgn bercucuk tanam dan menternak.

(zaman paleolitik)

3) Peralatan yang digunakan

-zmn paleolitik bergantung kpd alam sekitar utk mendpatkan makanan maka peralatannya adalah mudah dan ringan menggunakan tulang dan batu sbg peralatan @ senjata.perubahan alam sekitar membawa kpd perubahan kegiatan ekonomi dan mempengaruhi peralatan yg digunakan,mereka menggunakn peralatan batu dan logam dan peralatan baru mula diciptakan contohnya ialah cangkul,tajak dan bajak

-zmn neolitik manusia mencipta pakaian yg diperbuat drp gentian tanaman

-keadaan tmpt tinggal yg sejuk menyebabkan manusia mencari bahan panas spt penemuan api melalui kejadian petir yg menyambar pokok menghasilakn api drp geseran

4) Agama dan kepercayaan

-petir dan kilat yg sering berlaku mendorong mereka percaya kpd kuasa ghaib yg dianggap mengganggu mereka jika tdk disembah.jadi manusia melukis gambar2 berbentuk binatang didinding gua dan menganggap gambar yg dilukis mempunyai kuasa ghaib dan boleh menolong mereka dlm memburu

-kegiatan pertanian bergantung kpd alam sekitar,banjir dan kemarau yg sering berlaku pd zmn neolitik membawa kepercayaan ttg tuhan dan semangat tanaman bermulanya upacara keagamaan dan pemujaan

Penutup

-perubahan kebudayaan paleoltik kpd neolitik banyak dipengaruhi oleh alam sekitar juga disebabkan oleh kedua2 manusia utk memperbaharui kehdpn mrk

12.Kewujudan Organisasi Sosial di Lembah Indus dan China agak unik berbanding dengan tamadun-tamadun lain.Bincangkan ciri-ciri Organisasi Sosial kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapaian ketamadunan masyarakat tersebut.

Pengenalan

Definisi Organisasi Sosial

-Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan ,gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa,harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani.

-Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil hasil ekonomi negara.

-Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegitan ekonomi

-Lokasi Tamadun Indus dan China boleh dikemukakan.

Isi

A) Organisasi sosial di Lembah Indus dan kepentingannya

1.Golongan Pendeta

-Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja,maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan paderi yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat denhgan tuhan ataupun dewa.

-Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang –undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka.

-Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi,kerana institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba.

-Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang.

-Dari segi sosial pula,tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembianan jalan raya.

2.Golongan Pedagang

-Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di lembah Indus.Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri samada golongan buruh yang merdeka atau hamba.

-Golongan ini dapat menjalani kehidupan yasng mewah keramna urusan perdaganagn yang djalankan oleh mereka adalh bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai.

-Para pedagang ini juga mempunyaai cop-cop mohor yang mempunyai lambing bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti

3Golongan bawahan

-Sebagaimana yang dinyatakan diawal tadi,golongan bawahan masyarakat dilembah Indus terdiri daripada golongan petani,buruh dan hamba

-Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah keci lataupun yang disediakan oleh golongan pedagang,biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.

-Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta.

-Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin,membina tembok,dan menenun kain.

-Manakala kerja-kerja yang lebih keas seperti mengumpul,menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankab oleh hamba

4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas ketnagn orang-orang Aryan

-Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi olh sistem kasta.Sistem ini menklasifikasikan prnduduk mengikut pekerjaan mereka.

-Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brhman yang berurusan dalm soal keagamaan serta spiritualdan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan

-Golongan kedua pula khastriya yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam

-Seterusnya pula golongan Vasya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang memounyai kekayaan khasnya golongan pedagang

-Manakala kasta yang paling rendah diantara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani

-Kasta- kasta yang diamalkan disini amat rigid,menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas

B) Organisasi sosial masyarakat China

1. Golongan raja

-Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China,merupakan sumber kekasan dan mempunyai supreme authority sebagaimana perana firaun di mesir

-Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara;segakla arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama,ketua kerajaan dfan hakim ,mengetuai upacara agama,melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayan,dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran

-Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau syurga seandainya berlaku bencana alam seseorang raja itu harus ditukar samada secara baik atauupn melalui pemberontakan

-Pun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda,biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masayarakat China.

2.Golongan Aristokrat

-Merupakan pembantu utama raja,dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masayarakat China

-Dizaman dinasti Shang,golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat2 ritual dan senjata

-Sesuai dengan tarafnya,golongan ini membna rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan

-Dizaman Dinasti Chao golngan ini amat berpengaruh,mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu

3.Golongan yang diperintah

-Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas,kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku

-Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu,maka tidak hairanlah golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat

-Golongan inilah yang bertnggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti confuciunisme,taoisme, legalisme moisme, dan monciusme.

-Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat china yang menjadikan organisasi di sini agak unik ialah petani,mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia.

-Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen tertentu.

-Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat,tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.

-Bagi masyarakat china selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon,pelacur serta hamba tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat.

-Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan.Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri

Kesimpulan :Apa-apa yang berkaitan

-Mana- mana yang sesuai.

13.Organisasi Sosial Masyarakat serta Agama dan Kepercayaan merupakan cirri penting dalam perkembangan tamadun manusia.Bincangkan tentang organisasi Sosial masyarakat di China serta jelaskan tentang agama dan kepercayaan yang diamalkan di Mesir.

Pendahuluan

-maksud/pengertian organisasi social serta agama dan kepercayaan.

-Agama dan kepercayaan:merujuk kepada segala aktiviti atau upacara yang diadakan samada dalam bentuk keagamaan ataupun social dalam sesuatu masyarakat.

-Organisasi social:merujuk kepada pembahagian anggota masayarkat kepada beberapa lapisan social berdasarkan kuasa,harta kekayaan,cara hidup,pekerjaan dan kerohanian.

-Kewujudan kedua2 perkara ini merupakan cirri penting dalam tamadun awal manusia.

Isi

A) Organisasi sosial Masyarakat di China berbentuk piramid susunan.

1)Raja

-berkedudukan paling tinggi dan dianggap sumber kekuasaan/dapat mandat syurga.

-menjalankan pemerintahan dengan bantuan awam.

-bertindak sebagai ketua agama.

-boleh digulingkan oleh rakyat jika hilang mandat syurga.

-malapetaka spt. banjir,ribut,kemarau dan wabak penyakit sbg. tanda raja hilang mandat.

2)Bangsawan

-kelas amat berpengaruh.

-bertindak sebagai pegawai kerajaan dan membantu raja dalam pentadbiran.

-mereka biana rumah berhampiran rumah ibadat.

-galongan ini memonopoli alat gangsa seperti senjata dan alat ritual.

3)Golongan cerdik pandai

-mempunyai kedudukan penting dalm masyarakat.

-mereka sentiasa beri nasihat dalam hal pentadbiran dan tingkah laku manusia

-kebanyakan mereka bekerja sebagai guru seperti Kung Fu Tze,Lao Tze dan Mencius

4)Petani

-kumpulan terbesar dan paling ramai

-dianggap golongan paling mulia kerana hasil kegiatan mereka bekalkan makanan

-kehidupan mereka miskin

mereka tinggal dalam rumah yang dibina bawah tanah

5)Artisan,Peniaga dan Askar

-ketiga-tiga sama taraf

-artisan mahir dalam pembinaan

-peniaga sering dianggap penipu dan dipandang rendah kerana mengaut keuntungan dan menyusahkan masyarakat

-askar bertanggungjawab jaga keselamatan tempat mreka

-ketiga-tiga golongan ini berada di bawah perlindungan bangsawan

6)Hamba

-menghuni lapisan paling rendah

-biasanya terdiri daripada anak perempuan yang dijual masa kecil

-terdapat juga hamba yang gagal jelaskan hutang

-biasanya mereka dijadikan pembantu rumah,pelakon dan pelacur

B)Agama dan kepercayaan di Mesir

1)Dewa-dewi

-mempunyai kepercayaan berbentuk Poytheisme iaitu sembah dewa-dewi yang punyai fungsi yang berlainan Re,(Tuhan Matahari),Osiris(sungai),Isis(Bulan),Nut(langit),dan Shu(udara)

-mereka percaya alam semesta dipengaruhi dewa-dewi

-upacara penyembahan diadakan untuk elakkan malapetaka

2)Kematian

-kepercayaan ada kehidupan lepas mati orang mati di akhirat(penuh kebahagiaan)

-mayat diawet jadi mumia

-upacara pengkebumian disertakan makanan,pakaian,perkakas dan barabg kemas untuk kegunaan du akhirat

-adakalanya ahli keluarga/pengikut dibunuh untuk membantu si mati di akhirat

3)Animisme

-menyembah unsur-unsur alam

-sembah kucing dan kerbau kerana dianggap suci

-mengadakan upacara pemujaan semangat tanaman agar hasil meningkat

4)Sembah raja

-anggap raja/Firaun tuhan(Amon Re@anak tuhan matahari)

Kesimpulan

-Agama dan Kepercayaan serta organisasi social masyarakat merupakan ciri pentingdalam perkembangan tamadun awal manusia.

PAGE

41