Soalan 2 Paling Latest

3
Soalan 2 Dalam penghasilan lukisan ini, unsur-unsur garisan dapat dilihat dengan jelas. Antara garisan tersebut adalah garisan menegak pada bahagian set coffee yang menunjukkan keadaan objek tersebut dalam keadaan stabil. Keadaan garisan yang tidak menegak dan melintang pula adalah bertujuan untuk menimbulkan objek lukisan agar kelihatan lebih sempurna. Garisan melengkung pada bahagian-bahagian coffee set serta dulang pula mengambarkan kesenian pada bentuk dan rupa yang ada pada himpunan coffee set tersebut . Garisan melintang yang berulang- ulang juga turut membentuk corak pada latar belakang objek. Dalam lukisan ini juga terdapat 2 bentuk utama iatu geometri dan bentuk organik. Bentuk geometri adalah seperti bulatan pada muncung jag. Manakala bentuk organik adalah lebih kepada bentuk-bentuk semula jadi yang tidak stabil seperti daun dan bunga pada coffee set. Warna juga merupakan salah satu elemen seni yang amat penting dalam lukisan ini. Warna mampu memberikan pengaruh terhadap jalinan, ruang, kesan kontra dan sebagainya. Warna asas pada karya ini terdiri daripada tiga warna iaitu merah, biru dan hijau. Penggunaan warna juga amat ketara dan ianya bertujuan untuk menonjolkan objek utama melalui penggunaan warna yang pekat dan terang. Manakala warna yang agak pudar dan cair iatu biru cair dan putih kekuningan ditekankan pada bahagian latar belakang lukisan ini. Warna yang pekat dan terang ini terutamanya warna biru dan hitam telah berjaya memberikan unsur kekuatan serta memberikan penegasan terhadap objek utama. Dengan wujudnya gabungan di antara warna-warna terang, pekat, cair dan suram ini, satu nilai yang harmoni telah berjaya diwujudkan dalam lukisan ini.

description

s

Transcript of Soalan 2 Paling Latest

Soalan 2Dalam penghasilan lukisan ini, unsur-unsur garisan dapat dilihat dengan jelas. Antara garisan tersebut adalah garisan menegak pada bahagian set coffee yang menunjukkan keadaan objek tersebut dalam keadaan stabil. Keadaan garisan yang tidak menegak dan melintang pula adalah bertujuan untuk menimbulkan objek lukisan agar kelihatan lebih sempurna. Garisan melengkung pada bahagian-bahagian coffee set serta dulang pula mengambarkan kesenian pada bentuk dan rupa yang ada pada himpunan coffee set tersebut . Garisan melintang yang berulang-ulang juga turut membentuk corak pada latar belakang objek. Dalam lukisan ini juga terdapat 2 bentuk utama iatu geometri dan bentuk organik. Bentuk geometri adalah seperti bulatan pada muncung jag. Manakala bentuk organik adalah lebih kepada bentuk-bentuk semula jadi yang tidak stabil seperti daun dan bunga pada coffee set. Warna juga merupakan salah satu elemen seni yang amat penting dalam lukisan ini. Warna mampu memberikan pengaruh terhadap jalinan, ruang, kesan kontra dan sebagainya. Warna asas pada karya ini terdiri daripada tiga warna iaitu merah, biru dan hijau. Penggunaan warna juga amat ketara dan ianya bertujuan untuk menonjolkan objek utama melalui penggunaan warna yangpekat dan terang. Manakala warna yang agak pudar dan cair iatu biru cair dan putih kekuningan ditekankan pada bahagian latar belakang lukisan ini. Warna yang pekat dan terang ini terutamanya warna biru dan hitamtelah berjaya memberikan unsur kekuatan serta memberikan penegasan terhadap objek utama. Dengan wujudnya gabungan di antara warna-warna terang, pekat, cair dan suram ini, satu nilai yang harmoni telah berjaya diwujudkan dalam lukisan ini. Dalam karya ini elemen jalinan ini wujud melalui gabungan pelbagai warna dan garisan yang diulang-ulangi . Penekanan kepada warna dan garisan yang berhati-hati dalam lukisan ini dapat menonjolkan sifat jalinan yang cuba disampaikan. Contohnya lain dalam lukisan ini, seperti kontra warna yang digunakan berjaya mewujudkan unsur jalinan dengan baik. Kontra warna seperti merah, hijau ,biru dan hitam dan yang ditonjolkan menunjukkan permukaan lukisan tersebut adalah garang dan jelas. Manakala warna coklat gelap, biru dan garisan yang berselerak di bahagian latar belakang lukisan mengambarkan jalinan yang lebih kasar.Elemen ruang pula adalah kekosongan yang dapat dilihat di bahagian atas sebelah kanan, bawah dan kanan objek yang dilukis. Ruang positif pada lukisan ini adalah ruang dimana objek utama dilukis manakala ruang negatif pula adalah ruang yang selain ruang tersebut (latar belakang coffee set). Ruang dalam lukisan ini digunakan untuk membuat lukisan 2-dimensi dengan memasukkan unsur-unsur nilai ke dalam lukisan tersebut. Umpamanya, nilai pencahayaan. Dalam lukisan ini dapat dilihat perbezaan pencahayaan pada objek di sebelah kiri (himpunan coffee set) .Bahagian depan coffee set itu jauh lebih terang dan menonjol berbanding lukisan pada bahagian belakangnya.Unsur nilai dalam lukisan ini memberi penekanan pada aspek pencahayaan gelap dan cerah yang dihasilkan oleh warna dan jalinan. Nilai yang dihasilkan juga dapat memberitahu kita dari mana sumber cahaya dipancarkan di dalam karya ini. Beberapa petunjuk yang berkait rapat dengan sumber pencahayaan ialah bayang-bayang yang yang berada bersebelahan dengan himpunan coffee set yang dilukis dan sudut yang dihasilkan oleh bayang-bayang itu menunjukkan sumber cahaya adalah pada bahagian atas sebelah kanan gambar tersebut. Ia seterusnya dapat mewujudkan suasana yang lebih menarik dan sempurna.

(508 patah perkataan)