Soalan 2_Dasar MBMMBI
-
Upload
kropok-lekor -
Category
Documents
-
view
237 -
download
0
Transcript of Soalan 2_Dasar MBMMBI
-
8/3/2019 Soalan 2_Dasar MBMMBI
1/9
EL-N05
KRB 3033 PENGANTAR BAHASA MELAYU
BAHASA ORANG BERHARGA DIRI
Ramlan Bin RahimD20102046007
PENSYARAH
Dr. Hj.Zulkeflee Hj Yaacob
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MOD-PJJ)
JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Semester 12011/2012
-
8/3/2019 Soalan 2_Dasar MBMMBI
2/9
EL-N05
Soalan 2
Pendahuluan
Pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan
memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011
telah dipercepatkan berbanding cadangan asal pada 2012. Pelaksanaan lebih awal
MBMMBI bagi menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada beberapa faktor.
Antaranya, bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta bukuteks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun
depan.
Dasar MBMMBI ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft-
landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, pengajaran dan
pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik boleh menggunakan
bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia atau bahasa Malaysia sahaja di sekolah
kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan bahasa Cina atau
bahasa Cina sahaja di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), bahasa Inggeris
dan bahasa Tamil atau bahasa Tamil sahaja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT).
Ini bertujuan untuk membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan
perubahan dasar PPSMI ke dasar MBMMBI. Soft-landing ini akan membolehkan
murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum
tahun 2010 untuk meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat
Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.
Dengan pendekatan soft-landing ini, proses pengajaran dan pembelajaran
bagi matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah akan dilaksanakan
dalam bahasa Malaysia sepebuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah
menengah pula, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata
pelajaran ini adalah pada tahun 2021.
-
8/3/2019 Soalan 2_Dasar MBMMBI
3/9
EL-N05
Selaras dengan soft-landingMMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat
dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua
soalan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut akan dubuat dalam bahasa
Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia
pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia.
Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan
berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan
penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa
komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Dasar ini berperanan untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah
serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
dengan fasih dan betul.
Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
Dalam pelaksanaan MBMMBI, kementerian memerlukan 13,000 guru
tambahan untuk ditempatkan di seluruh negara dan mulai tahun depan,
pengambilan 1,000 guru bahasa Inggeris akan dibuat. MBMMBI berfungsi sebagai
serampang dua mata kerana selain memartabatkan Bahasa Kebangsaan, kerajaan
tidak meminggirkan aspek penguasaan dan pengukuhan Bahasa Inggeris yang
menjadi bahasa antarabangsa.
-
8/3/2019 Soalan 2_Dasar MBMMBI
4/9
EL-N05
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI) adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012. MBMMBI
akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi
teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.
Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia Penguasaan asas
kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu,
seimbang dan holistik menerusi modul pengajaran dan pembelajaran.
Asas Berbahasa (Basics To Basics) Pengukuhan asas berbahasa
dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi,
prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang
menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. Pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa perlulah berasaskan dari sistem bahasa yang betul dan
dilakukan secara bersepadu dalam konteks. Sebagai contoh jika guru yang
mengajar mata pelajaran Matematik haruslah menggunakan bahasa yang betul dan
standard bagi memberi kebiasaan murid dalam menggunakan bahasa Melayu.
Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usulmendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita
sebagai satu bangsa - bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika kita mendaulat bahasa-
bahasa asing, akan terpancarlah jati diri asing. Lantas, akan terancatlah
pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia.
Guru boleh membantu membetulkan penuturan bahasa murid dengan
memberikan galakkan yang akan menaikkan semangat murid menggunakan
bahasa Inggeris. Pelaksanaan hari Rabu sebagai English Dayharus diperluaskan
dan diperketatkan pengisiannya agar tidak suam-suam kuku sahaja. Penguasaan
guru dalam bahasa Inggeris hendaklah mantap agar boleh menjadi rujukan kepada
murid-muridnya.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah merangka dan menyediakan latihan
bahasa Inggeris kepada guru-guru untuk mempertingkatkan penguasaan
berbahasa Inggeris seperti ; Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen
bahasa Inggeris, Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Bukan Opsyen bahasa
-
8/3/2019 Soalan 2_Dasar MBMMBI
5/9
EL-N05
Inggeris dan Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris. Guru mesti memantapkan diri
dalam penguasaan bahasa itu sendiri sebelum menyampaikan kepada murid-murid
bagi mengelakkan kesilapan dan boleh memalukan diri mereka sendiri. Seperti
perumpamaan guru kencing berdiri murid kencing berlari perlulah dielakkan bagi
memastikan muridmurid ini tidak mencontohi perkara yang negatif dilakukan oleh
guru.
Didik Hibur Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia
akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui
pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa
dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian
maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Manakala OPS-ENGLISH Students
Handbook pula untuk bahasa Inggeris. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah
menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke
semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan
khusus bagi matapelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Bahan digital ini
berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua computer. Bahan ini
diterapkan dengan unsur didik hibur disamping menitikberatkan kemahiranberbahasa.
Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum
Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau
bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa
Malaysia itu sendiri. Program Bulan Bahasa yang dilaksanakan di sekolah haruslah
dimanfaatkan oleh semua warga sekolah bagi memastikan penggunaan bahasa
standard dapat difahami , dilaksanakan sepanjang program berlansung dan
seterusnya dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, laman
sembang dan laman web dapat menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran
yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk
menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa,
-
8/3/2019 Soalan 2_Dasar MBMMBI
6/9
EL-N05
para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk
berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia. Buku
Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran untuk pelajar Tingkatan Satu tahun 2012 dalam kemahiran
bertutur dan berkomunikasi yang lebih berkesan. CD Audio-Video (Teachers CD)
akan membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan
berkomunikasi dengan lebih efektif.
Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam
Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal
Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan
supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan. Makmal bahasa merupakan
salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar
MBMMBI ini. Insfrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang
dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.
Guru juga haruslah menyediakan bahan bacaan dalam bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris mengikut pelajaran yang diajar. Bahan bacaan ini cukup
penting dimana guru haruslah mencari bahan bacaan yang berkualiti dan mengikut
tahap kebolehan murid berkenaan, Jika tahap murid adalah terbaik, maka bahan
bacaan mereka haruslah mempunyai aras yang sesuai manakala murid yang lemah
harus diberi bahan bacaan yang rendah. Ini adalah bertujuan agar bahan bacaan
tadi akan difahami dan seterusnya dasar yang dicanang tadi dapat hayati dengan
betul.
Guru Bahasa Malaysia Berkualiti Guru yang mengajar mata pelajaran ini
perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi.
Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan
pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan
bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara. Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru
bagi mata pelajaran bahasa Malaysia seperti ; Latihan Kursus Pendek Kelolaan
Institusi, KDP 14 Minggu dan Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Sebagai seorang guru yang ingin menyampaikan maklumat terkini kepada
-
8/3/2019 Soalan 2_Dasar MBMMBI
7/9
EL-N05
pelajarnya, guru juga haruslah tidak jemu mencari ilmu. Ibarat bagai air mencari
jenisnya amat bersesuaian dengan guru yang tidak kenal penat lelah namun masih
juga mencari ilmu untuk disampaikan kepada anak muridnya.
Selain dari itu guru haruslah membuat persediaan yang mantap
khususnya bagi pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu agar murid lebih
berminat dan dapat mewujudkan interaksi dua hala agar menjadikan pengajaran
dan pembelajaran berkualiti. Guru juga harus bersedia dengan senjata utama iaitu
bahan bantu mengajar yang menarik disamping berkaitan dengan tajuk yang akan
disampaikan nanti. Kualiti yang mantap dalam pengajaran dan pembelajaran akan
jadi lebih menyeronokkan dan masalah dalam bilik darjah dapat dikurangkan.
Begitu juga matapelajaran teras lain iaitu Sains dan Matematik. Guru yang kreatif
akan melakukan serampang dua mata iaitu sambil mengajar pelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa melayu, haruslah melihat tatabahasa yang digunakan
oleh murid. Penerapan unsur bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tadi
sememangnya patut sebagai memenuhi dasar yang dinyatakan tadi.
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Pemantauan daripada aspek
kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke
semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah
lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang
kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan,
dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi
dengan penyediaan bahan -bahan bacaan, danbahan bantuan mengajar serta
peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja
dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-
murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi
dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9meter boleh memuatkan 40
orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang
membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang
dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan
keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan,kata-kata motivasi,
termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD
sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma
-
8/3/2019 Soalan 2_Dasar MBMMBI
8/9
EL-N05
suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada
lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri,wujudnya
perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitubersama
berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Pihak pengurusan harus
memainkan peranan dalam melakukan pemantauan segala aspek yang dinyatakan
agar objektif tersebut dapat dicapai dengan jayanya.
Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi Usaha menterjemah
karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini
perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat,
seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua
urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar
Negara Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan
diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi Pelajar yang mengikuti
pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa
Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.
Kesimpulan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merancang dan melaksanakan
pelnagai program di bawah dasar MBMMBI ini untuk melatih guru bahasa Inggeris
dalam perkhidmatan untuk menungkatkan profesionalisme guru dan juga
melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan
nasional. English Language Training Centre (ELTC) telah dipertanggungjawabkan
untuk melaksanakan program serta kursus seperti ; Training of Trainers for English
Language Lectures in Institutes of Teacher Education (ELITE-Tot), Certificate in the
Practive of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa
Inggeris, Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language
Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak
-
8/3/2019 Soalan 2_Dasar MBMMBI
9/9
EL-N05
mengikuti C-PELT, Oral Proficiency in English for Secondaray Schools (OPS-
ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan komunikasi dalam kalangan
pelajar Tingkatan Satu di sekolah-sekolah Band 3-5.
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan
mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengajaran dan
pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik, meningkatkan penguasaan
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu
pengajaran dan pembelajaran, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru
dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan
memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan
lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai
penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun
sahsiah malah sebagai agen perubahan.
Akhirnya, terpulanglah kepada individu guru itu sendiri samada sanggup
menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan dasar ini atau sekadar hanya
memandang sepi kepada isu ini. Perubahan dasar ini haruslah diibaratkan seperti
yang lama dikelek, yang baharu didukung. Hasrat kerajaan untuk
memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan murid sekolah
akan diperkuatkan melalui pelaksanaan dasar MBMMBI ini. Dasar baharu ini adalah
bagi mengganti dasar PPSMI yang telah dimansuhkan. Dasar ini juga mengambil
kira Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu dikuasai oleh semua
warga negara Malaysia. Bagi saya, ini adalah satu dasar yang adil dan perlu
didokong oleh semua warga guru dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.