Soalan 3

download Soalan 3

of 7

description

R

Transcript of Soalan 3

Soalan 3 Perdana Menteri Malaysia, iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah mengemukakan gagasan Satu Malaysia sejak tahun 2009 lagi. Gagasan ini bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia, memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sudah tentu kita tidak menginginkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi dalam tanah bertuah yang aman makmur pada hari ini. Namun, pelbagai langkah harus diambil untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana "bertepuk sebelah tangan takkan dapat berbunyi". Oleh pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan yang kukuh di antara kaum di Malaysia. Di samping itu, sistem pendidikan di Malaysia turut bertujuan memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui aktiviti Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan atau lebih dikenali sebagai RIMUP, pelajar-pelajar dapat berkawan dengan rakan-rakan daripada pelbagai bengsa dan latar belakang. Semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlaku, pelajar-pelajar mempelajari mata pelajaran teras yang sama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Bahasa Melayu dititikberatkan dalam pelajaran kerana bahasa kebangsaan ini dapat memudahkan komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang diberikan turut komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang diberikan turut menggalakkan aktiviti berkumpulan kerana 'perpaduan teras kejayaan".Pada masa yang sama, kegiatan gotong-royong kerap dijalankan di pelbagai peringkat untuk menggalakkan kerjasama antara ahli masyarakat selain daripada membersihkan sesuatu kawasan daripada belenggu pencemaran alam dan penyakit berjangkit seperti deman denggi, tun, dan malaria. Kegiatan ini melibatkan pembahagian kerja mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini dilakukan untuk memastikan sesuatu tugas dijalankan dengan sistematik dan teratur. Namun dijalankan, gotong-royong bukan sekadar kerja pembersihan, penyediaan kenduri juga memerlukan pembahagian kerja mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini dilakukan untuk memastikan sesuatu tugas dijalankn dengan sistematik dan teratur. Namun demikian, gotong-royong bukan sekadar kerja pembersihan kawasan sahaja, malah turut melibatkan persediaan sesebuah kenduri dan majlis. Sesebuah majlis tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya semua tugas dipikul oleh seseorang sahaja. Seperti kegiatan membersihkan kawasan, penyedian kendui juga memerlukan pembahagian tugas untuk kerja pembersihan, memasak, menghiaskan kawasan, dan sebagainya.Seterusnya,aktiviti sukan dan permainanyang dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia.Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya.Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja.Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan.Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara.Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara.Sambutan Hari Kebangsaansesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia.Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun.Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnyaKeranamu Malaysiadiharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasadi mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya.Peribahasahujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiriperlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Sesungguhnya negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan utama dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia selain menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan antara kaum di negara kita yang telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang telah merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku adalah akibat daripada tidak wujudnya semangat perpaduan dan integrasi nasional. Sesungguhnya mereka berjumpa tetapi tidak wujud komunikasi antara mereka. Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia ialah dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan ini merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW). Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. JPNIN juga mempunyai visi untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang unggul dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju. Misi jabatan ini pula ialah untuk memupuk kefahaman dan semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional. Moto bagi jabatan ini pula ialah Bersatu Kita maju.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga berperanan untuk mengukuhkan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan suatu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Selain itu, JPNIN juga berfungsi untuk mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah serta memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat. Peranan lain yang turut dijalankan oleh JPNIN ialah menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak lain, dan yang paling utama adalah berusaha merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Sesungguhnya, kebijaksanaan pihak kerajaan dalam usaha melicinkan matlamatnya untuk memupuk perpaduan dan integrasi dalam negara kita dengan menubuhkan sebuah jabatan khas untuk menguruskan usaha ini adalah merupakan suatu langkah yang terbaik. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ternyata telah berjaya memainkan peranannya dan membawa impak yang positif kepada kita semua.

Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan satu program pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu dengan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah untuk membentuk perpaduan negara.

Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan setarusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi semua bidang. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi tanpa mengira kaum serta mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.

Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untuk meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana peratusan kaum bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini baru diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah pada tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapat ditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus pada tahun1990. Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing yang menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30 peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan ini sebenarnya telah membawa Malaysia untuk mengorak langkah ke hadapan untuk menuju ke arah negara maju melalui Wawasan 2020 dengan usaha menghapuskan kemiskinan secara mutlak seperti yang pernah diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir b. Mohamad Daripada,serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru(DEB), tiada sesiapa pun yang menentang pembasmian kemiskinan secara mutlak tanpa mengira kaum dan kedudukan geografi. Semua rakyat Malaysia, sama ada mereka yang tinggal di kawasan bandar atau luar bandar, sama ada mereka di selatan, utara, timur atau barat, mesti dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak.Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program tertentu. Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yantg pesat. Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak kerajaan sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagi merealisasikan impian murni ini. Memetik ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Kemerdekaan Negara Ke-51, beliau mengingatkan rakyat bahawa perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini dan kita mestilah menyayanginya bak kata pepatah bercerai kasih bertalak tidak,bagaikan rambut bersimpul mati,inginku mati di hujung kuku,ingin ku kubur di tapak tangan. Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan penyelidikan dan inovasi untuk terus menjadi lebih maju. Begitu juga negara yang dianggap paling aman juga harus terus berusaha mengekalkan keamanan. Malaysia bukanlah negara yang paling maju mahupun yang paling aman. Kita mempunyai wawasan yang tertentu untuk menjadi negara maju dan banyak tanda menunjukkan bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kita tepat pada waktu yang ditetapkan. Kita juga terus berusaha dan cuba mencari jalan bukan saja untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada, tetapi mencari penyelesaian kepada isu-isu yang boleh memantapkan keamanan dalam masyarakat Malaysia. Salah satu isu fokus yang sering memberikan cabaran kepada kita ialah isu hubungan etnik.Di peringkat pengajian tinggi pula, fokus diberikan kepada pembelajaran dan pemahaman budaya yang berbeza dengan harapan akan timbul apresiasi di kalangan mahasiswa terhadap budaya-budaya tersebut. Pengenalan kursus-kursus ini selalunya bersesuaian dan bertindan dengan cabaran-cabaran terkini yang dihadapi oleh negara. Contohnya, bila Islam sedang dilihat oleh sebahagian kelompok sebagai agama yang sering dikaitkan dengan keganasan dan penggunaan kekerasan, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara diperkenalkan. Ini diteruskan di peringkat nasional dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari supaya Islam dapat dikaitkan kembali dengan fokusnya yang sebenar iaitu pembangunan insan, pembangunan masyarakat, dan perdamaian.Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang begitu hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara. Ianya tidak bersifat reaktif, kerana ini bukanlah masalah yang baru, tetapi lebih kepada meneruskan kesinambungan dalam usaha kita mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Huraian di atas yang berdasarkan kajian dan sejarah menunjukkan bahawa ianya adalah sesuatu yang sangat perlu. Fokusnya kepada golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi adalah sesuai, dan usaha-usaha Kementerian Pengajian Tinggi haruslah disokong dan dibantu. Pengenalan kursus seumpama ini adalah yang terbaik kepada golongan ini kerana di samping didedahkan kepada konsep-konsep hubungan etnik, mereka juga diberi peluang untuk melakukan aktiviti secara bersama yang bukan sahaja dapat menambah ilmu tentang isu yang difokuskan, tetapi lebih penting lagi dapat menggalakkan interaksi antara mereka. Contohnya, di Universiti Sains Malaysia (USM), di samping mengikuti kuliah tentang hubungan etnik di negara ini, mahasiswa juga diletakkan di dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk menjalankan praktikum atau kerja luar dengan menfokuskan kepada isu-isu berkenaan masyarakat Malaysia sebagai bahan kajian. Isu-isu ini merujuk kepada kepelbagaian etknik di Malaysia dengan harapan akan timbul dan berkembang apresiasi mahasiswa terhadap kekayaan budaya, adat resam, dan cara hidup yang berbeza di negara ini. Tajuk-tajuk yang dipilih oleh mahasiswa sebagai tajuk praktikum ini pada semester yang lalu termasuk kajian terhadap alat muzik, tarian, atau pakaian tradisional; kepercayaan-kepercayaan dan hari-hari perayaan yang utama; tokoh dan karyawan dalam sejarah pembentukan dan pembangunan negara; serta amalan-amalan seharian termasuk apa yang dimakan, dijadikan sebagai permainan, dan lain-lain lagi. Penekanan diberikan khususnya kepada mempelajari dan memahami apa yang menjadi amalan kumpulan etnik yang lain. Interaksi dalam kumpulan yang berbilang kaum serta interaksi dengan responden untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tajuk yang dipilih dapat memberi ruang dan peluang mengeratkan lagi hubungan etnik antara mahasiswa di institusi pengajian tinggi.Perdamaian yang positif pula membawa maksud bahawa wujud semua perkara yang disebut di atas tentang perdamaian negatif - iaitu masyarakat yang tiada keganasan, kekerasan, dan peperangan. Bezanya ialah dalam perdamaian positif, undang-undang dan peraturan yang ada dalam masyarakat bukanlah untuk menekan rakyat tetapi adalah berdasarkan keadilan dan bertujuan mewujudkan keadilan sosial, ekonomi, dan politik dalam masyarakat tersebut. Ianya tidak bertujuan menindas luahan aspirasi ataupun mengetepikan mana-mana kelompok masyarakat. Terdapat pula saluran-saluran dan mekanisme yang sah untuk memastikan luahan ini dapat disalurkan dan konflik yang ada, dan bakal timbul, dalam masyarakat dapat diurus dan diselesaikan dengan baik. Perdamaian yang positif juga tiada keganasan struktural - iaitu struktur masyarakat yang menindas sebahagian ahlinya sendiri; dan tidak mempunyai budaya keganasan - iaitu kebiasaan menggunakan kekerasan dan keganasan dalam menyelesaikan masalah. Apa yang ada adalah budaya perdamaian. Untuk menanam budaya perdamaian ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada cara yang paling penting adalah melalui pendidikan. Di sini pentingnya kursus-kursus seperti hubungan etnik ini yang menekankan perdamaian sebagai cara hidup kita.Kesimpulannya, dalam konteks Malaysia, perdamaian adalah sinonim dengan perpaduan dan perpaduan pula sinonim dengan hubungan etnik yang baik. Jika kita menyokong perdamaian, maka kita haruslah menyokong perpaduan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti hubungan etnik di negara ini. Program-program yang diperkenalkan untuk meningkatkan usaha-usaha seperti ini, termasuk program seperti hubungan etnik di institusi pengajian tinggi, akan dapat memberi kesan yang positif jika ianya dilakukan dengan niat yang betul dan sokongan masyarakat yang komited kepada perpaduan dan perdamaian. Alternatifnya boleh kita perhatikan dalam masyarakat lain yang bergelumang dengan isu dan konflik etnik yang tidak terkawal dan merosakkan, dan seharusnya dicegah dari berkembang di bumi Malaysia.