Soalan Aminuddin baki

3
NAMA: HAN MING HUI CHIAM SHIN YING LEE PHUI LING PISMP PJ C SEM 1 Bincangkan bagaimanakah usaha Aminuddin Baki yang dapat mencorak bentuk sistem pendidikan pada masa kini. DAKWAAN Aminuddin Baki telah mempertahankan kepentingan pendidikan bangsa Melayu dalam menghadapi proses penyusunan semula sistem pendidikan kini. Beliau berusaha meningkatkan kesedaran orang Melayu tentang kepentingan pendidikan dalam konteks pembinaan negara bangsa. SEBAB Hal ini demikian kerana pada masa itu, orang Melayu masih ketinggalan dan pendidikan orang Melayu tidak diberi keutamaan oleh kerajaan British. BUKTI Contohnya, sistem peperiksaan yang beraliran penjajah pada masa itu melengahkan pendidikan bangsa Melayu. Oleh itu, Aminuddin Baki telah mengasaskan peperiksaan awam Malaysia bagi menggantikan peperiksaan Cambridge yang beraliran penjajah. Selain menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada 1963 untuk mengendalikan peperiksaan awam, beliau juga telah memperkenalkan Sijil Rendah Pelajaran (LCE), Sijil Pelajaran Malaysia (MCE) dan Sijil Tinggi Pelajaran (HSC) bagi menggantikan Junior Cambridge dan Senior Cambridge.

description

EDU Falsafah

Transcript of Soalan Aminuddin baki

NAMA: HAN MING HUI CHIAM SHIN YINGLEE PHUI LINGPISMP PJ C SEM 1Bincangkan bagaimanakah usaha Aminuddin Baki yang dapat mencorak bentuk sistem pendidikan pada masa kini. DAKWAANAminuddin Baki telah mempertahankan kepentingan pendidikan bangsa Melayu dalam menghadapi proses penyusunan semula sistem pendidikan kini. Beliau berusaha meningkatkan kesedaran orang Melayu tentang kepentingan pendidikan dalam konteks pembinaan negara bangsa.

SEBABHal ini demikian kerana pada masa itu, orang Melayu masih ketinggalan dan pendidikan orang Melayu tidak diberi keutamaan oleh kerajaan British.

BUKTIContohnya, sistem peperiksaan yang beraliran penjajah pada masa itu melengahkan pendidikan bangsa Melayu. Oleh itu, Aminuddin Baki telah mengasaskan peperiksaan awam Malaysia bagi menggantikan peperiksaan Cambridge yang beraliran penjajah.

Selain menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada 1963 untuk mengendalikan peperiksaan awam, beliau juga telah memperkenalkan Sijil Rendah Pelajaran (LCE), Sijil Pelajaran Malaysia (MCE) dan Sijil Tinggi Pelajaran (HSC) bagi menggantikan Junior Cambridge dan Senior Cambridge.

Selanjut daripada usaha beliau, peperiksaan awam yang digunakan pada zaman sekarang telah diubahsuaikan dan ditukar nama kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta memperbanyakkan orang Melayu untuk mencapai taraf pendidikan menengah yang tinggi.

WARANMemandangkan sistem pendidikan British yang menyekat pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu, Aminuddin Baki pun bertekad untuk meningkatkan taraf pendidikan bangsa Melayu dengan pelbagai usaha. Selanjutnya, sumbangan beliau sedemikian telah membantu pembentukan sistem pendidikan hari ini khususnya sistem peperiksaan.

QUALIFIERSecara umumnya, pelaksanaan PMR dan SPM yang diasaskan oleh Aminuddin Baki masih diamalkan dalam sistem peperiksaan kini sebagai intrumen penilaian tahap akademik bagi seseorang pelajar tahap sekolah menengah.

PEMBANGKANGNamun begitu, sikap orang Melayu yang enggan menyesuaikan diri dan tidak berani merebut peluang bagi memaju dan mempertingkatkan kemajuan mereka menjadikan beliau sebagai pengkritik masyarakat. Pada masa itu, kebanyakan orang Melayu kurang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Walaupun terdapat sebanyak 190 buah sekolah Melayu telah dibuka di Negeri-Negeri Melayu menjelang tahun 1892, hanya terdapat sebilangan kecil orang Melayu yang mendaftarkan anak-anak mereka untuk belajar di sekolah-sekolah tersebut.