SOALAN ANEKA PILIHAN (OBJEKTIF) - Skills · PDF filePKM ke-23 7 MODUL 3 : MENGHASILKAN REKAAN...
Transcript of SOALAN ANEKA PILIHAN (OBJEKTIF) - Skills · PDF filePKM ke-23 7 MODUL 3 : MENGHASILKAN REKAAN...
Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM Ke-23)
PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA (PKM 2014)
PERINGKAT AKHIR
BIDANG KEMAHIRAN : FASHION TECHNOLOGY
SOALAN PRAKTIKAL
NAMA: ______________________________________ NO. KP: ______________________________________
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA
PKM ke-23
2
ILUSTRASI FESYEN
PKM ke-23
3
LUKISAN TEKNIK SLEK BAHAGIAN HADAPAN DAN BELAKANG
PKM ke-23
4
PENGENALAN
1. Objektif Pertandingan Kemahiran Malaysia adalah untuk menilai
secara menyeluruh kemahiran Teknologi Fesyen dalam menyelesaikan
tugas-tugas khas yang telah dijelaskan di dalam Technical
Description.
2. Soalan bagi projek ini memberi peluang kepada peserta untuk
melaksanakan tugas-tugas berikut:
2.1 Teknik asas dalam mencipta sehelai Jaket
2.2 Membuat seluar slek dari pola yang disedikan
2.3 Menderaf pola Jaket
2.4 Susunatur pola di atas fabrik
2.5 Menggunting fabrik
2.6 Melekatkan fabrik lapik dalam
2.7 Menggosok dan menekan pakaian
2.8 Kreativiti dalam menghias blaus tanpa lengan
3. Peserta dikehendaki :
3.1 Melakar Jaket mengikut tema yang disediakan dan perlu
mengabungkan 2 warna yang berbeza untuk membuat projek
tersebut.
3.2 Ubahsuai, mencipta dan acu padan pola
3.3 Menanda, mengukur dan menggunting
3.4 Menggunakan pelbagai jenis mesin jahit industri secara
menyeluruh
3.5 Kemasan akhir beberapa bahagian pakaian dengan jahitan
tangan
3.6 Menggunakan peralatan menggosok
SOALAN PROJEK INI MENGANDUNGI TIGA ( 3 ) MODUL IAITU:
Modul 1 : SELUAR SLEK Pemarkahan objektif
Modul 2 : REKAAN DAN CIPTAAN JAKET ‘MILITARY CHIC’ Pemarkahan objektif dan subjektif
Modul 3 : MENGHASILKAN REKAAN HIASAN PADA BLAUS TANPA LENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DALAM KOTAK MISTERI
Pemarkahan objektif dan subjektif
PKM ke-23
5
DISKRIPSI PROJEK DAN TUGASAN-TUGASAN
MODUL 1 : SELUAR SLEK
MASA BEKERJA UNTUK MEMBUAT SELUAR SLEK ADALAH EMPAT SETENGAH JAM ( 4 jam 30 min )
Peserta akan diberi pola seluar slek, susunatur pola pada fabrik.Peserta
hendaklah memanggil hakim untuk menilai susunatur. Seterusnya peserta
memotong, menggunting, menjahit dengan kemas beserta kocek sisi belah
sembunyi kancing (fly zip) dan ikatan pinggang.
SPESIFIKASI MENJAHIT SLEK
Pola seluar akan disediakan
Peserta perlu menggunting pola seluar
Susunatur pola diatas fabrik
Peserta hendaklah memanggil hakim untuk menilai susunatur
pola diatas fabrik berserta dengan lebihan jahitan.
Gunting dan menjahit seluar slek berkocek sisi berserta belah
sembunyi kancing (flyzip)
Masa yang diberi adalah 4 ½ jam
UKURAN YANG DITETAPKAN
Labuh seluar slek – 100 cm
Lebar ikatan pinggang – 4.0 cm
Ukuran kocek sisi – 13.0 cm
Ukuran bukaan kaki seluar – 37 cm
PKM ke-23
6
MODUL 2 : PAKAIAN JAKET ’MILITARY CHIC’ Pemarkahan objektif
SPESIFIKASI MENJAHIT JAKET
Peserta perlu menyediakan lakaran fesyen Jaket bertemakan
”Military Chic” dan perlu disahkan oleh hakim.
Fabrik lapik dalam bergam mesti dilekatkan pada setiap
bahagian jaket.
Jaket dibuat mengikut lakaran peserta.
Jaket dipasang dengan fabrik lapis dalam sepenuhnya.
Mempunyai lengan dua keeping
Berbelah dihadapan
Mempunyai kocek dibahagian hadapan
Mempunyai lubang butang dan butang dijahit tangan.
Jaket mestilah bersih dan ditekan kemas
MASA BEKERJA UNTUK MEMBUAT JAKET ADALAH DUA BELAS JAM SETENGAH JAM ( 12 jam 30 min )
Peserta akan perlu menderaf pola jaket mengikut tema berserta dengan
lakaran jaket terlebih dahulu mengikut teknikal, helaian arahan tugasan dan
helaian spesifikasi.Peserta dikehendaki menyediakan fabrik , menyusun atur
pola , menggunting fabrik, melekatkan fabrik lapik bergam pada sebahagian
pakaian dan menjahit pakaian menggunakan semua bahan-bahan yang
diberikan
PKM ke-23
7
MODUL 3 : MENGHASILKAN REKAAN HIASAN PADA BLAUS MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DALAM KOTAK MISTERI
Pemarkahan objektif dan subjektif
MASA BEKERJA UNTUK MEMBUAT REKAAN HIASAN PADA BLAUS TANPA LENGAN ADALAH TIGA ( 3 ) JAM
MASA BEKERJA UNTUK MEMBUAT REKAAN ADALAH 3 JAM
Blaus tanpa lengan akan diberi, peserta diminta untuk menghias blaus tanpa
lengan mengikut kesesuaian tema. Peserta hendaklah menggunakan bahan-
bahan yang telah diberi didalam kotak hitam.
PKM ke-23
8
NOTA:
PENILAIAN DIAMBIL KIRA DARI KEKEMASAN JAKET, SELUAR SLEK,
UKURAN TEPAT DAN KREATIVITI REKAAN JAKET.
KRITERIA PENILAIAN-HIASAN PAKAIAN :-
Ukuran siap (acu padan pada patung)
Penampilan keseluruhan ( ketepatan potongan dan bentuk pakaian)
Kekemasan pakaian, jahitan dan kemasan akhir jahitan, anggun,
kemas dan terletak sempurna dipatung badan.
Tahap Kesukaran
- Kreativiti inovasi pada jaket
- Kombinasi warna
- Koordinasi fabrik
- Kreativiti rekaan yang anggun dan sempurna
- Boleh dipakai pada patung
PKM ke-23
9
Projek Pertama :MODUL 1- Slek (4 jam 30 min )
i. 15 minit sebelum pertandingan bermula, peserta akan menerima
lakaran teknikal pola dan arahan-arahan bagi menjahit slek. Sebelum
bermulanya pertandingan, peserta diberi peluang untuk melihat
contoh seluar slek.
ii. Selepas tamat hari pertama, peserta hendaklah menyerahkan slek
untuk pemarkahan.
iii. Semua fabrik serta bahan yang berlebihan diserahkan semula.
Projek Kedua : MODUL 2 Jaket Military Chic- ( 12 jam 30 min )
i. 15 minit sebelum bermulanya modul peserta hendaklah melakar
rekaan Jaket masing-masing.Lakaran perlu memberi lakaran kepada
Hakim untuk dinilai.
ii. Pembuatan Jaket ini akan berakhir pada jam 6 petang keesokkan hari.
iii. Peserta diminta untuk mencipta Jaket yang bersesuaian mengikut
tema ‘Military Chic’
iv. Peserta hendaklah menyerahkan Jaket untuk pemarkahan serta
kesemua fabrik dan bahan lebihan.
Projek Ketiga:MODUL 3 – KOTAK MISTERI (3 jam)
i. Peserta diminta untuk menghias blaus tanpa lengan dengan bahan
dari kotak hitam yang telah diberi, mengikut tema ”Military Chic’
ii. Hiasan adalah tulen, seni kreativiti individu hendaklah mengikut
illustrasi yang telah disediakan, sebelum bermula modul 3.
iii. Menggunakan bahan yang dibekalkan dalam kotak misteri sahaja.
iv. Peserta hendaklah mengguna habis semua bahan dalam kotak misteri.