Soalan Bm1 SKTB 2014

19
SULIT Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “_______________ akan menjalankan titah perintah tuanku dengan segera,” kata panglima Arman kepada Sultan Mansor Syah. A. Beta B. Patik C. Hamba D. Baginda 4. “Bolehkah _____________ tolong cikgu kemaskan stor sukan?” kata Cikgu Sira kepada beberapa orang muridnya. A. kita B. kami C. kalian D. mereka Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. SULIT

description

bm

Transcript of Soalan Bm1 SKTB 2014

SULITArahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 20Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. _______________ akan menjalankan titah perintah tuanku dengan segera, kata panglima Arman kepada Sultan Mansor Syah.A. BetaB. PatikC. HambaD. Baginda

4. Bolehkah _____________ tolong cikgu kemaskan stor sukan? kata Cikgu Sira kepada beberapa orang muridnya.A. kitaB. kamiC. kalianD. mereka

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Opah akan __________ sirehnya terlebih dahulu sebelum keluar ke mana-mana. A. menumbuk B. menggentel C. menggobek D. menguli

3 Puan Mazni _______________ sahaja melihat gelagat anaknya bermain anak patung. A. ternganga B. tersengih C. terkedu D. tersedu

4. Puan Anida menghidangkan keropok lekor yang masih _____________ untuk tetamunya.A. segarB. panasC. masakD. dingin

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Ranjit _____________ beg pakaiannya lalu berjalan menuju ke stesen bas.A. menatangB. menjinjingC. menggalasD. menjunjung6. Aktiviti senaman boleh mengurangkan tekanan perasaan setelah ___________ belajar.A. lesuB. letihC. lemahD. pandai

7. Ananda meminta bantuan nancy untuk menyelesaikan soalan matematik yang __________ itu.A. ringkasB. mudahC. rumitD. hebat

8. Meng Hwa keletihan _____________ masih mahu meneruskan pendakiannya.A. tetapiB. keranaC. supayaD. kecuali

9. Pengemis itu _______________kena langgar oleh bas ketika melintas jalan. A. hampir B. dekat C. nyaris D. sipi

10. Tayar kereta itu ....................... apabila tercucuk paku. A. kempis B. kemek C. kendur D. leper 11. Jambatan yang runtuh itu telah _____________ perjalanan kenderaan ke Pantai Timur Semenanjung. A. mengganggu B. menghalang C. menahan D. memutuskan

12. Anak penyu itu _________________ sebaik-baik sahaja menetas. A. mendarat B. melaut C. memantai D. membatu 13. Dia duduk di atas pangkin itu dengan kaki ______________ ke bawah. A. terjuntai B. tercecah C. terjulur D. tertadah

14. Jarum kompas itu ________________ beberapa kali sebelum berhenti pada kedudukannya. A. berganjak B. beralih C. terpesong D. berdenyut

15. Dua _______________ kasut kulit serta beberapa _____________kain buruk berselerak di muka pintu. A. pasang ..... cebis B. buah ..... gumpal C. pasang ..... ketul D. dozen .....kepal 16. Beberapa ____________ darah lembu yang telah membeku itu dikuis -kuisnya dengan se___________ ranting kayu. A. tompok ..... puntung B. ketul ..... batang C. kepal ..... ikat D. titis ..... berkas 17. Petani itu mengumpul beberapa ____________ rumput lalu diletakkan ke atas se ___________ pengandar. A. ikat ..... buah B. cebis ..... pasang C. gemal ..... batang D. carik ..... keping

18. Emak sempat menjamah se_______________ pulut dan memakan se ________ sireh sebelum pulang. A. gumpal .....berkas B. kepal ..... kapur C. genggam .....tampuk D. suap..... kacip

19. Sultan mansur murka apabila terdapat rakyat yang suka menabur fitah.Pilih perkataan seerti bagi murka.A. gembiraB. marahC. benciD. sedih

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20. Berikan perkataan berlawan yang sesuai dengan keadaaan bunga itu.A. KuncupB. MekarC. KecutD. segar

soalan 21-22Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul. 21. I Paru-paru kita dilindungi oleh tulang rangka yang kukuh. II. Kebanyakan rumah di kawasan itu tinggal rangka sahaja selepas dipukul ribut. III Buatlah rangka karangan kamu dahulu sebelum mula mengarang. IV Kami rangka akan tiba di kampung pada pukul 5.00 petang. A. II dan III sahaja B. III dan IV sahaja C. I,III dan III sahaja D. I,III dan IV sahaja 22. I Pelbagai jenis batu karang hidup di dasar laut. II Pendapatan dasar ayah saya kira-kira lima ratus ringgit sebulan. III Dasar bangunan itu dibuat daripada simen. IV Pelukis itu memilih warna biru sebagai dasar lukisannya. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II,III dan IV sahaja

Soalan 23 Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan. 23. Cikgu Johan bertanya kepada Amirul, Sudahkah kamu siapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam? A Sudah tentu saya akan menyiapkannya. B Sudah, saya sudah menyiapkannya semalam. C Ya, saya belum dapat menyiapkan kerja sekolah itu. D Kerja sekolah yang cikgu berikan semalam amat mudah.

Soalan 24Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah. 24. Kertas dan plastik ialah barangan yang dapat dikitar semula. A Benarkah kertas dan plastik dapat dikitar semula? B Mengapakah kertas dan plastik perlu dikitar semula? C Apakah contoh barangan yang dapat dikitar semula? D Bagaimanakah cara untuk mengitar semula kertas dan plastik?

Soalan 25-26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.25. Saya akan membantu awak menyelesaikan masalah Matematik itu, kata Laili kepada Sunita.A. Sunita dan Laili mengatakan bahawa masalah Matematik itu akan diselesaikan.B. Laili mengatakan bahawa Sunita akan membantu menyelesaikan masalah Matematik itu.C. Laili menyatakan bahawa dia akan membantu Sunita menyelesaikan masalah Matematik itu.D. Sunita mengatakan bahawa dia akan membantu Laili menyelesaikan masalah Matematik itu.

26 Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid lain.A. Murid-murid lain yang dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada para pengawas.B. Para pengawas menasihati murid-murid yang lain agar menunjukkan contoh yang baik kepada guru disiplin.C. Guru disiplin menasihati para pengawas agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid lain.D. Guru disiplin menasihati murid-murid yang lain agar menunjukkan contoh yang baik kepada para pengawas.

Soalan 27-28Pilih ayat yang betul.

27. A Mengapakah Melaka digelar sebagai bandar raya bersejarah?B Ke manakah letaknya Cyberjaya?C Bagaimanakah tempat yang menarik untuk dikunjungi di negeri Perak?D Apakah yang akan mewakili sekolah kita dalam pertandingan perbahasan?

28.A Berbagai barang kemudahan dapur ada dijual di kedai di kedai berhampiran masjid itu.B Lina amat sayang akan kedua buah buku hadiah daripada gurunya.C Para-para hadirin sekalian dipersilakan masuk ke dewan utama untuk perasmian majlis.D Dia akan membeli-belah berjam-jam lamanya di Sunway piramid.

Soalan 29 hingga Soalan 30 Pilih simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 29. "Kalau tidak tahu apa-apa, jangan ___________ membaiki kereta itu ' kata Ali kepada Nazri. A. gatal mulut B. gatal tangan C. panjang tangan D. ada hati 30. "Patutlah pasukan sekolah kita kalah. Cikgu mengambil pemain secara _____________sahaja," jelas Lim. A. pilih kasih B. serkap jarang C. tangkap muat D. tangkap buta

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca pesanan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Sakinah, Balik dari sekolah nanti, pergilah ke rumah Pak Mat, jiran kita. Emak telah tinggalkan kunci rumah kita di rumahnya. Pagi tadi emak menerima sepucuk telegram. Isi telegram itu menyatakan bahawa nenek kamu sakit tenat, dan meminta emak balik ke kampung dengan segera. Emak cuba menghubungi ayah kamu di pejabat, namun tidak berjaya. Emak hanya meninggalkan pesan kepada kawannya memberitahu hal ini. Lauk-pauk sudah emak sediakan dan hidangkan di atas meja, tinggal Sakinah senduk nasi sahaja. Sakinah makanlah. Selepas itu tolong sapu rumah serta basuhlah pinggan mangkuk. Petang nanti, sementara menunggu ayah kamu balik dari pejabat, tolong angkat kain di ampaian. Emak harap Sakinah lipatlah kain baju itu dan terus simpan di dalam almari. Apabila ayah kamu balik, beritahulah tentang nenek dan baliklah ke kampung dengan segera. Langsunglah ke hospital Alor Setar, di situlah nenek kamu sedang dirawat. Dalam perjalanan balik nanti, singgahlah sekejap di rumah Pak Ngah kamu. Suruh ayah kamu mengajak dia balik sama ke kampung. Malam nanti emak harap semuanya telah berada di sana. Emak.

31. Di manakah Sakinah menerima surat itu?A. Di rumahB. Di kedaiC. Di sekolahD. Di rumah Pak Mat

32. Kandungan telegram itu yang paling sesuai ialahA. Balik segera. Emak sakit tenat.B. Balik segera. Nenek sedang dirawat di hospital.C. Balik segera. Nenek sakit tenat di Hospital Alor Setar.D. Balik segera. Bonda sakit tenat di Hospital Alor Setar.

33. Apakah yang tidak disuruh oleh emak Sakinah?A. Mengambil kunci rumahB. Mengemas rumahC. Pergi ke rumah Pak ngahD. Membasuh pakaian

34. Sebelum balik ke kampung, apakah yang perlu dibuat oleh ayah Sakinah?A. Menelefon ke pejabatnyaB. Pergi ke Hospital Alor SetarC. Berhenti seketika di rumah Pak NgahD. Mengangkat kain baju serta menyimpannya

35. Berdasarkan pesanan di atas, kita dapati emak Sakinah seorang yang A. cermatB. baikC. prihatinD. teliti

Soalan 36 hingga Soalan 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG, guru-guru, para ibu bapa dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan dan ibu bapa yang dapat hadir pada petang ini. Pertama sekali saya memohon maaf kerana Majlis Anugerah Cemerlang ini telah ditunda beberapa kali. Hal Ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana akhirnya majlis ini dapat diadakan.

Para hadirin sekalian,Sepanjang tahun ini Sekolah Kebangsaan Desa Cemara telah mencapai banyak kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Dalam Peperiksaan UPSR 2007, sebanyak 16 orang murid telah mendapat 5 A. Hal ini merupakan suatu kejayaan yang besar kerana sejak tiga tahun sebelum itu pencapaian sekolah tidak begitu memberangsangkan.

Dalam bidang kokurikulum juga, sekolah ini telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Kita telah menyertai empat acara permainan, iaitu bola sepak, bola jaring, badminton serta bola baling. Dalam permainan bola jaring dan badminton, pasukan lelaki kita telah berjaya menjadi johan di peringkat daerah, manakala dalam permainan bola sepak dan bola baling pula kita telah berjaya mendapat tempat kedua di peringkat zon. Sementara itu, dalam pertandingan Pidato Diraja, wakil sekolah kita telah berjaya ke peringkat negeri. Sekolah juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan Kuiz Kesihatan peringkat daerah dan berjaya menduduki tempat ketiga. Sesungguhnya, kejayaan yang dicapai itu merupakan hasil usaha dan kesungguhan murid-murid berlatih di samping tunjuk ajar dan bimbingan guru-guru di sekolah ini.

Para hadirin sekalian,Seperti mana yang telah kita ketahui, hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada semua murid yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun baru baru ini. Pada hari ini, kecemerlangan mereka dalam pelajaran akan dihargai. Kepada murid-murid yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Jadikan ini sebagai iktibar pada masa akan datang. Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua.

36. Ucapan di atas disampaikan olehA. Guru BesarB. Ketua DarjahC. Ketua PengawasD. Pegawai Pendidikan Daerah

37. Tujuan majlis itu diadakan adalah untukA. memberikan anugerah kepada murid yang cemerlang dalam pelajaran.B. memberikan penghargaan kepada guru yang banyak berjasa.C. menyampaikan anugerah kepada murid yang berjaya dalam acara sukan.D. memberikan penghargaan kepada wakil Pertandingan Pidato Diraja.

38. Kali terakhir Sekolah Kebangsaan Desa Cemara mencapai kecemerlangan dalam UPSR ialah pada tahunA. 1998B. 2000C. 2003D. 2006

39. Perkataan iktibar dalam petikan di atas membawa maksudA. ikutanB. teladanC. panduanD. pedoman

40. Pernyataan yang berikut benar tentang kejayaan SekolahKebangsaan Desa Cemara kecualiA. Wakil Pidato Diraja berjaya ke peringkat negeri.B. Penyertaan pasukan bola sepak hanya di peringkat zon sahaja.C. Pasukan badminton lelaki lebih berjaya daripada pasukan badminton perempuan.D. Pencapaian murid dalam UPSR 2006 lebih baik daripada pencapaian murid dalam UPDR 2007.

- KERTAS SOALAN TAMAT -SULIT