Soalan Edit K1 Percubaan 2011.doc

download Soalan Edit K1 Percubaan 2011.doc

of 14

Transcript of Soalan Edit K1 Percubaan 2011.doc

Soalan 10

Soalan 10

Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat Melayu. Bincangkan perubahan tersebut dangan membandingkan ciri-ciri masyarakat Melayu pada zaman sebelum dan sesudah Islam.

Pengenalan [3 M]

Alam Melayu sebelum kedatangan Islam dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kedatangan Islam telah membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Catatan Marco Polo tentang kehidupan masyarakat Perlak yang beragama Islam berbeza dengan kehidupan mereka yang tinggal di bukit-bukit dari segi ketamadunan, makanan dan kebersihan.

Catatan Ibn Battutah juga menunjukkan dengan jelas bahawa agama Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat Islam di Sumatera Utara.

Isi [7X3 = 21 M]

1. Perubahan pemikiran

Sebelum Islam, kepercayaan animisme dan agama Hindu mempengaruhi pemikiran rakyat. Unsur-unsur Hindu seperti dewa, dongeng, tahayul menjadi sebahagian daripada pemikiran mereka.

Kedatangan Islam memperkenalkan konsep Tuhan yang esa. Mereka mempercayai kewjudan Allah s.w.t sebagai pencipta, hari pembalasan dan malaikat.

Hukum dalam Islam seperti wajib, sunat, makruh, haram dan harus, tawakkal dan qadak dan qadar diterima sebagai falsafah hidup mereka.

2. Perubahan politik

Kedatangan Islam menggantikan kerajaan Hindu-Buddha seperti Srivijaya dan Majapahit. Kerajaan Islam ditubuhkan di Perlak, Samudera-Pasai, Acheh, Melaka, Demak, Brunei dan Pattani. Ketua agama dan ulama diberi kedudukan penting dalam kerajaan. Pada zaman sebelum Islam, pendeta memainkan peranan penting dalam kerajaan. Konsep raja dianggap suci dan menjadi bayangan Tuhan dalam agama Hindu telah digantikan dengan konsep Sultan. Dalam Islam, Sultan dianggap manusia biasa yang bertanggungjawab untuk melindungi rakyat dan menjalankan keadilan.

3. Perubahan undang-undang

Sebelum Islam perundangan berasaskan undang-undang Adat dan pengaruh Hindu-Buddha. Undang-undang berasaskan kasta diubah dengan konsep persamaan taraf. Unsur-unsur perundangan Islam terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Antaranya berkaitan dengan kekeluargaan, perkahwinan, merompak, mencuri dan berzina.

4. Perubahan Sosial

Islam menggalakkan hubungan sesama manusia. Semangat persaudaraan, hormat-menghormati, tolong-menolong, dan bertanggungjawab antara satu sama lain. Sebelum Islam, masyarakat terbahagi mengikut kasta. Konsep kasta memuliakan golongan Brahmin dan menghina golongan rendah tidak sesuai dengan ajaran Islam. Islam menekankan aspek ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

5. Perubahan ilmu pengetahuan

Lahir sistem pendidikan agama yang moden dan teratur seperti masjid, madrasah, surau, dan pesantren.

Kelahiran pusat pengajian melahirkan ulama seperti Naruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Sengkel yang telah menghasilkan karya Islam yang bermutu tinggi. Sebelum kedatangan Islam, pendidikan tertumpu kepada golongan pendeta, pemerintah dan bangsawan. Sebaliknya kedatangan Islam menyebabkan ilmu pengetahuan juga tersebar luas kepada rakyat.

6. Perkembangan pelbagai ilmu Islam

Antaranya seperti ilmu tasawuf, fikah, dan tauhid. Perkembangan ilmu telah melahirkan ramai ulama terkenal di Nusantara seperti Hamzah Fansuri dan Samsuddin al-Sumatrani. Berlaku pertembungan ilmu Tasawuf Wahdat al-Wujud dengan Wahdat al-Shuhud pada zaman Kesultanan Acheh. Muncul juga pusat-pusat pengajian Islam seperti di Acheh, Melaka, Pattani, Kelantan dan Banjar. Sebelum Islam, kebanyakan ilmu berkisar kepada mitos dan dewa-dewi.

7. Perkembangan ilmu sastera

Banyak terdapat kitab sastera Melayu yang berunsurkan Islam. Antaranya Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Acheh, Hikayat Zulkarnain, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Nabi Muhammad, dan Hikayat Nabi Musa.

8. Perkembangan aspek bahasa

Kedatangan Islam memperkayakan perbendaharaan kata Melayu. Banyak istilah dan perkataan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu seperti perkataan zalim, syukur, masjid dan nikmat. Islam telah memperkenalkan tulisan jawi yang berasal dari tulisan al-Quran. Tulisan jawi turut menjadi asas kepada perkembangan kesusasteraan tulisan khasnya yang berkaitan dengan Islam dan hal-hal ketatanegaraan.

Kesimpulan [2 M]

Proses pengindiaan pada zaman sebelum Islam telah digantikan pula oleh proses Islamisasi dengan kedatangan Islam ke Nusantara.

Kedatangan Islam ternyata telah membawa perubahan yang besar dan berkekalan kepada kehidupan masyarakat Melayu. Islam telah mempengaruhi segala aspek kehidupan dan budaya masyarakat Melayu.Walaupun penjajah Barat kemudiannya cuba menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Melayu, namun usaha itu tidak berjaya.

Soalan 10 Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama memenuhi syarat-syarat perlembagaan. Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada pembangunan masyarakat Madinah.

Pengenalan ( 3markah )

- Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah selain Al-Quran yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara itu.

- Ia digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. selaku pemimpin Madinah dengan ketua-ketua orang Aus dan Khazraj (Ansar), orang Muhajirin dan ketua puak-puak Yahudi.

- Piagam ini mempunyai 10 bab yang dipecahkan kepada 47 fasal yang mengandungi hak dan tanggungjawab pemerintah dan semua lapisan rakyat Madinah sama ada Islam ataupun bukan Islam.

- Antara kandungan Piagam Madinah ialah pengiktirafan dan pengakuan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin negara, konsep ummah, kebebasan beragama, kewajipan mempertahankan negara, hidup bermasyarakat, keselamatan penduduk Madinah dipelihara, taat kepada perundangan negara dan Al-Quran dan hadis sebagai sumber perundangan dan rujukan utama.Isi-isi PentingKepentingan Piagam Madinah ( 7 isi x 3 : 21 markah)

1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah

-Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam.

- Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang negara Islam Madinah.

- Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil alih Kota Madinah.

- Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebagai warganegara dan ummah bersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka.

- Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara.

2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi

- Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka sendiri.

- Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan sesama sendiri.

- Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan anutan agama.

3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan utuh

- Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara.

- Dengan terbentuknya Piagam Madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk dan mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu-padu serta Madinah adalah milik bersama.

- Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk orang bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan perundangan.

- Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan

perbelanjaan bagi mempertahankan negara adalah tanggungjawab bersama.

4. Kebebasan kepada setiap penduduk

- Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata.

- Tiada lagi penindasan seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang lemah supaya dapat menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah.

- Kebebasan ini meliputi kebebasan diri, agama, berfikir dan bersuara, beramal, bekerja dan sebagainya.

- Jaminan kebebasan meliputi segi aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

5. Menyatupadukan masyarakat Madinah

- Hubungan baik dapat diadakan dengan masyarakat Islam dan orang-orang bukan Islam melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dan sebagainya.

- Perlembagaan Madinah memainkan peranan supaya masyarakat berbilang bangsa di Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan sistematik serta menghindari permusuhan.

- Perlembagaan Madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai tradisi Jahiliyah yang mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada nilai-nilai persaudaraan Islam.

6. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah

- Rasulullah merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.

- Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi.

- Baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah perselisihan kaum dan

mewujudkan satu institusi kebaikan dan keadilan di Madinah. - Peruntukan dalam Fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan keputusan dibuat oleh Rasulullah.

- Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tinggi.

7. Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi

- Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan.

- Mereka tidak boleh memaksa orang Madinah untuk menganut agama mereka kerana kebebasan telah diberikan kepada mereka.

- Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah.

- Mereka yang mematuhi piagam ini akan diberi jaminan perlindungan dan keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.

8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk

- Tujuannya untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan.

- Piagam Madinah meratakan kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin.

- Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan dengan penuh kejujuran supaya setiap individu akan berasa aman dan tenteram kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan keturunan manusia.

- Tujuan keadilan adalah untuk menolak dan menghindarkan keburukan dan

memberi kebaikan serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam.

- Piagam Madinah mengingatkan warganegara supaya berlaku adil dan tidak

menganiayai manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong-menolong dan setiap kezaliman hendaklah dihapuskan seperti yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut.

9. Perpaduan umat Islam

- Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu

memandangkan umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin.

- Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan di atas perpecahan mereka.

- Persaudaraan Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan hati manusia yang diikat dengan akidah keimanan kepada Allah s.w.t. dan Rasulnya.

- Persaudaraan ini bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit.

- Persaudaraan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan padu, mempunyai kefahaman dan kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan kesejahteraan hidup. 10. Pemerintahan bercorak musyawarah

- Semua kaum boleh mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah.

- Contohnya Nabi Muhammad s.a.w. pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempat dalam Perang Badar.

- Sifat sedemikian akan mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dengan rakyat.

Kesimpulan ( 1 markah )

- Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah dapat membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar.

- Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilah-kabilah luar dari Madinah.

Soalan 16

Pengenalan (3 m)

Latar belakang Ibn Battutah

1. Nama sebenar: Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al-Lawati

2. Dilahirkan di Tamjah@Tenger sebuah daerah di Maghribi pada tahun 703H/1304M

3. Memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun

4. Hasil pelayarannya tercatat dalam sebuah buku yang bertajuk Rihlah yang dianggap sebagai dokumen sejarah yang terkenal untuk kajian sosial, ekonomi, politik dan budaya di dunia Islam pada kurun ke-14M.

5. Beliau seorang ilmuan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa.

6. Pernah menjadi kadi di negerinya dan beberapa negeri lain yang dilawatinya.

7. Ilmu agamanya tinggi terutama berkenaan dengan perundangan Islam dan mazhab Maliki.

8. Beliau telah mengembara ke seluruh negara Islam seperti Mesir, Arab, Iran, Iraq & India, Asia Timur seperti Anatolia dan China.9. Keseluruhan pengembaraan 120 000 kilometer antara tahun 1325-1353 M.

Isi Penting (3 isi X 3 m)

Aktiviti Ibn Battutah1. Pengembaraan peringkat pertama:

Melalui kota di Utara Afrika seperti Telemsan, Algeria hingga sampai ke Hijaz.

Kemudian beliau mengikut kafilah haji ke Tripoli dan ke Iskandariah (pelabuhan penting di Mesir)

Setelah tiba di Kaherah, beliau terus menjelajahi seluruh Mesir.

Beliau meneruskan perjalanannya melalui pesisir Laut Mesir menuju ke Palestin melalui Sinai dan mengunjungi Baitul Maqdis. Beliau terus ke utara untuk ke Syria.

Kemudian beliau ke Damsyik (di selatan)

Seterusnya beliau menunaikan fardu haji ke Makkah.2. Pengembaraan peringkat kedua:

Dari kota Makkah, beliau menuju ke selatan Iraq.

Kemudian beliau ke selatan Parsi dan ke kota Baghdad.

Selepas itu beliau ke Tabriz, utara Mesopotamia dan kembali semula ke Baghdad. Dari Baghdad beliau kembali semula ke Makkah.

Dalam perjalanan dari Makkah menuju ke selatan Iraq, beliau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Di kawasan selatan Iraq, beliau menyeberangi Sungai Furat dan Sungai Dajlah untuk pergi ke Parsi.

Apabila sampai di Parsi, beliau mengunjungi bandar-bandar seperti Syiraz dan Isfahan dan akhirnya sampai di Baghdad.

Setelah itu, beliau kembali semula ke Makkah dan berada di sana selama kira-kira 2-3 tahun untuk mendalami ilmu agama.

3. Pengembaraan peringkat ketiga:

Dari Makkah beliau menghala ke Yaman melalui Laut Merah menuju ke pantai Timur Afrika dan menyusur pantai selatan Semenanjung Arab hingga ke Oman dan Bahrain.

Dari Teluk Parsi, beliau kembali semula ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji kali ketiga.

Kemudian beliau belayar menerusi Laut Merah menuju ke Sudan, Nubia dan Mesir Utara hingga sampai ke Kaherah.

Seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Syria.

Kemudian beliau belayar ke pantai Turki pada 733M.

Seterusnya beliau ke pantai Boshoras, yang diperintah oleh Uzbek Khan.

Beliau berada lebih kurang sebulan di Constantinople.4. Pengembaraan peringkat keempat:

Setelah menunaikan haji, Ibn Battutah memulakan pengembaraan peringkat keempatnya ke Turki, Asia Kecil, Bulgaria, selatan Rusia

Kemudian beliau ke India melalui Bukhara, Samarkand, Balkh, Khurasan, Afghanistan hingga ke kawasan Sungai Indus.

Dalam perjalanan ke China, beliau singgah di Sumatera dan Jawa.

Di China, beliau singgah di pelabuhan Zaitun dan melawat beberapa daerah termasuk Peking.

Kemudian beliau pulang ke negeri asalnya, Maghribi.

Kemudian beliau pergi ke Tanjah dan terus ke Sepanyol.

Beliau menyeberangi Laut Mediterranean menuju ke Andalusia dan mengunjungi pelabuhan dan kota-kota besar di Andalusia.

Kemudian belaiau belayar kembali ke Maghribi dan seterusnya ke Sudan melalui Padang Pasir Sahara.

Akhirnya beliau kembali semula ke Maghribi.

5. Menulis bukunya Rihlah (Pengembaraan Ibn Battutah)

Merupakan rekod pengembaraan Ibn Battutah selama 28 tahun.

Kitab ini telah menarik perhatian sarjana Sejarah di seluruh dunia.

Buku ini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dll.

Cerita pengembaraannya telah direkodkan itu menjadi satu sumber sejarah yang sangat tinggi nilainya hingga ke hari ini.Sumbangan Ibn Battutah Kepada Perkembangan Tamadun Manusia

(4 Isi X 3m)

1. Pertambahan Ilmu Geografi

Ibn Battutah berjaya mengembara hampir ke semua negara Islam termasuk Mesir, Syria, Arabia, Iraq, Iran, India (semasa pemerintahan Muhammad Ibn Tughluq), China dari Chuan Chou ke Peking, Kepulauan Nusantara dan juga Constantinople.

Catatannya tentang negeri-negeri tersebut telah mendalami pengetahuan geografi tempat-tempat itu.

Beliau juga telah mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 1353 Masihi.

2. Pensejarahan

Beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir dan juga pegawai-pegawai tinggi yang majoritinya boleh dipastikan dengan sumber-sumber lain.

Hubungannya dengan mereka tercatat dalam bukunya Rihlah (Pengembaraan Ibn Battutah) yang boleh dianggap sebagai dokumen sejarah.

Dalam buku itu aspek sosial, ekonomi dan politik boleh didapati terutamanya yang berkaitan dengan dunia Islam.

Banyak diketahui tentang Anatolia, India di bawah pemerintahan Muhammad ibn Tughluq, Afrika Timur dan Barat dan Maldives.

3. Memberi sumbangan kepada ilmu Sejarah

Contoh: Pengislaman Nusantara, India dll.

4. Sumbangan terhadap ilmu sosiologi dan antropologi (budaya masyarakat), pakaian, makanan dll.

5. Bidang ekonomi

6. Perkembangan dalam bidang ekonomi politik pembesar di India dan Acheh

Catatan ini lakukan ketika Ibn Battutah singgah di India pada tahun 1333M.

Di sini beliau pernah dilantik menjadi kadi besar di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq.

Beliau juga pernah singgah di Pasai, Utara Sumatera dan bertemu dengan SultanMalik al- Zahir yang memerintah kerajaan Pasai.

7. Semangat mengembara kepada orang Islam

Pengembaraannya telah memberikan nafas baru kepada pengembara lain mengikut jejak langkahnya.

Beliau digelar oleh para orientalis sebagai The Prince of Muslim Travellers.

Pengembarannya selama 28 tahun juga meletakkan beliau setaraf dengan pengembara terkenal seperti Marco Polo.

Kesimpulan (1 markah)

1. Ibn Batuttah adalah seorang tokoh pengembara dan ahli pelayaran Islam yang terkenal pada Zaman Pertengahan.

2. Pengalaman pengembaraannya selama 28 tahun telah dibukukan dan membuka minda masyarakat Eropah.

Soalan 12 Bincangkan sumber-sumber Baitulmal dan peranannya kepada ekonomi

umat Islam

Pendahuluan (3M)

1. Baitulmal adalah perbendaharaan negara Islam. Berfungsi sebagai penggerak kepada pembangunan institusi ibadat dan pembangunan material sesebuah negara Islam. Institusi Baitulmal tidak berfungsi dengan aktif pada zaman awal kerajaan Islam, kerana perkembangan dan penaklukan Islam belum luas lagi dan sumber hasil pendapatan negara tidak banyak serta tidak memerlukan penubuhan sebuah badan khusus secara formal untuk menguruskannya.

2. Pada zaman Rasulullah s.a.w hasil pendapatan negara tidak banyak. Sumber pendapatan yang diperolehi hanya merupakan rampasan perang atau yang didapati melalui perjanjian damai. Hasil pendapatan ini dibahagikan segera kepada mereka yang berhak menerimanya.

3. Harta zakat yang dipungut dari para hartawan dan usahawan juga dibahagikan secara segera kepada lapan asnaf (orang-orang yang berhak menerima zakat).

4. Kedudukan belanjawan negara pada masa itu seimbang. Ini bererti semua perbelanjaan negara adalah diseimbangkan dengan hasil pendapatannya. Justeru kerana itu, persoalan pengawalan lebihan harta melalui penubuhan Baitulmal secara formal tidak timbul sama sekali. Ini juga bererti pengurusan harta adalah mudah, terkawal dan tidak susah pengurusannya.

5. Pengurusan hasil negara pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq juga mudah dan terkawal dan Baitulmal juga tidak perlu ditubuhkan secara formal, tidak seperti pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Baginda yang pertama menubuhkan Baitulmal secara formal.

Isi-Isi Penting

Sumber-sumber Baitulmal (5 X 2M)

(a) Segala harta yang didapati melalui zakat, seperti zakat harta dan zakat fitrah.

(b) Segala harta hak milik negara, termasuk semua sumber kekayaannya.

(c) Semua harta hak milik umat Islam yang tidak jelas penggunaannya, seperti wakaf, sedekah, dan lain-lain.

(d) Segala harta yang didapati dari peperangan, seperti ghanimah, jizyah, dan lain-lain.

(e) Harta yang lain dari yang tersebut seperti lebihan pusaka, luqatah dan lain-lain.

(f) Saham yang dijual melalui institusi yang ditubuhkan oleh Baitulmal.

Peranan Baitulmal kepada ekonomi Islam. (5 X 2M)

1. Institusi ini diurus tadbir oleh pemerintah Islam yang bertanggungjawab secara langsung menentukan sumber pendapatan negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang berhak dan untuk pembangunan negara secara keseluruhannya.

Khalifah juga bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai yang adil dan amanah untuk mengendalikan pengurusan Baitulmal di peringkat pusat, cawangan atau wilayah.

Khalifah juga berhak menerima khidmat nasihat danpada Majlis al-Syura untuk menjamin institusi Baitulmal boleh menambahkan lagi pendapatan negara dan perbelanjaannya.

2. Matlamat penubuhan Baitulmal ialah untuk memberi kemakmuran kepada umat Islam dan ia adalah satu lambang penyertaan setiap individu yang berada dengan mengeluarkan zakat, sedekah, wakaf dan sebagainya untuk mengatasi masalah kemiskinan mereka yang tidak bernasib baik.

3. Harta yang ada dalam Baitulmal hendaklah sentiasa mengalir sama ada diagihkan kepada lapan asnaf (mereka yang berhak menerima zakat) atau untuk membina infrastruktur dan pelaburan di dalam aktiviti-aktiviti sosial, perdagangan, dan perindustrian.

4. Membayar gaji pekerja

5. Meningkatkan pendapatan umat Islam melalui pinjaman dan subsidi.

6. Mengeluarkan biasiswa dan kemudahan yang diperlukan pelajar Islam.

Kesimpulan (2M)Baitulmal telah wujud secara tidak formal pada zaman Rasulullah. Sejak dari itu, Baitulmal telah mengalami pengubahsuaian dan berkembang menjadi institusi penting dalam kerajaan Islam. Hasil Baitulmal turut berkembang selaras dengan keluasan kawasan pengaruh Islam dan kemajuan ekonomi Islam. Hasilnya digunakan untuk negara dan rakyat yang memerlukannya.Soalan 15

Bincangkan matlamat penjelajahan dan penerokaan Ibnu Battutah pada abad ke 10M hingga abad ke 14M. Nilaikan sumbangan beliau dalam bidang tersebut.

Pengenalan (3 M)

Allah s.w.t. menggalakkan manusia untuk mencari dan meneroka kejadian alam supaya boleh menjaga keadilan dan kebajikan mereka. Abad ke-10 hingga 14Masihi merupakan zaman kegemilangan umat Islam. Ramai tokoh pengembara telah lahir seperti Ibnu. Masudi dan Ibnu. Battutah. Ibnu Battutah ialah pengembara Arab yang mencatat kisah pelayarannya dalam sebuah buku yang dipanggil Rihlah. Ia adalah dokumen sejarah terkenal bagi kajian sejarah sosial, ekonomi, dan budaya dunia Islam.

Isi-Isi Penting (4 x 2M)

Matlamat Penjelajahan Dan Penerokaan1. Perasaan ingin tahu (Semangat Inkuiri)

Pengembara Islam ingin tahu mengenai dunia luar. Mereka keluar mengembara dan berdagang serta mempelajari pelbagai perkara baru yang baik.2. Mencari ilmu dan menyebar ilmu.

Ramai pengembara Islam keluar mencari ilmu pengetahuan untuk kemajuan umat Islam. Orang Islam menimba ilmu daripada orang Parsi, Rom, dan China. Mereka menyebarkannya pula ke kawasan lain untuk kemajuan manusia. Ramai pendakwah telah melakukan pelayaran untuk memperkenal dan menyebarkan Islam ke kawasan baru.

3. Ekonomi.

Peneroka Islam telah melakukan pelayaran dan penerokaan ke tempat baru untuk berdagang dan mendapat keuntungan ekonomi yang menjadikan orang Islam kuat.

4. Persaingan dan cabaran.

Masyarakat Islam tahu mengenai kemajuan dunia luar. Mereka perlu memajukan diri untuk menghadapi cabaran dan saingan tersebut.

Sumbangan Ibnu Battutah dalam Bidang Penjelajahan dan Penerokaan. (4 x 3M)

1. Sumbangan ilmu geografi, mencatat laluan perjalanannya yang menjadi panduan kepada ahli pelayaran Islam dan Barat.

2. Sumbangan pensejarahan berjaya menemui ramai pemerintah, raja dan pegawai tinggi kerajaan dan mencatat aktiviti kawasan yang disinggahinya. Ia merupakan satu dokumen sejarah yang berkaitan ekonomi, sosial, dan budaya dunia Islam.

Catatannya dalam Rihlah banyak mendedahkan berkaitan kehidupan sosial dan politik masyarakat samada dalam hal pentadbiran, budaya, adat serta kemakmuran sesebuah negara.

3. Sumbangan dalam aspek politik, beliau menaikkan nama pengembara Islam setaraf dengan Marco Polo. Pengembaraannya amat bernilai untuk orang Islam dan masyarakat dunia. Pengembaraannya telah meningkatkan semangat pengembara Islam lain untuk mencontohi beliau.

4. Sumbangan dalam sosiologi dan antropologi.

5. Sumbangan mempertingkatkan semangat pengembaraan Islam selepasnya.

Kesimpulan (2M)

Penerokaan dan penjelajahan para pelayar Islam yang menurut tuntutan Syariah Islamiah telah membolehkan kemajuan pesat berlaku dalam pelbagai aspek ketamadunan dunia, samada kepada umat Islam atau masyarakat Barat. Pengembaraan Ibnu Battutah yang telah menempuh perjalanan dalam hampir semua lautan dan benua telah menjadi panduan kepada peneroka yang lain kerana catatan pengalamannya.TAMADUN DUNIA : TEMA 3 PEMIKIR KETENTERAAN

Bincangkan pemikiran Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang ketenteraan.A. Pendahuluan Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran mereka

Antara tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Kautilya, Sun Tzu dan Niccolo Machiavelli

Kautilya merupakan pemikir tentera yang terulung dalam tamadun India. Beliau telah menghasilkan buku tentang strategik dan teori politik yang berjudul Arthasastra.

Niccolo Machiavelli merupakan pemikir tentera yang berasal dari Itali . Antara hasil karya yang dihasilkan The Prince, Art of War dan Discourses

B. Isi-isi pentingPemikiran Kautilya1. Idea Tentang Hubungan Dengan Negara LainBukuArthasastramenyarankan enam bentuk hubungan antara satu negara dengan negara lain, iaitu mementingkan keamanan, bersedia untuk berperang, membiarkan musuh melancarkan serangan pertama, melancarkan serangan pertama, bersekutu dengan musuh dan mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaik-baik dengan satu musuh dan menyerang musuh lain.

2. Strategi Memenangi PeperanganLangkah yang disarankan oleh Kautilya dalam menghadapi musuh ialah memujuk musuh dengan mengadakan perbincangan, memujuk musuh dengan memberi rasuah, menanam benih perpecahan atau rasuah dan melancarkan peperangan jika usaha tersebut menemui kegagalan.

3. Saranan Kepada pemerintahPemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh sebelum melancarkan serangan. Menurut Kautilya, kemampuan mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahan. Komplot atau konspirasi membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan diri dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.

4. Penggunaan Kaedah SubversifPemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah dan menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan. Kautilya menyarankan agar taktik kotor digunakan apabila peperangan menemui jalan buntu.

5. Menyerang pada waktu yang sesuaiSerangan hendaklah dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang dipilih akan

menentukan kejayaan atau kegagalan dalam peperangan. Serangan harus dilakukan ketika

musuh dalam keadaan leka, menghadapi masalah kekurangan makanan dan berlaku

perpecahan di kalangan musuh.

Pemikiran Niccolo Machiavelli1. Sokongan RakyatPemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang pada peringkat permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi akan diperolehi daripada mereka yang berpuas hati dengan pemerintah baru.

2. Bantuan LuarKejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari luar.

3. Undang-undang dan Tentera BaikPemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan dan kemegahan supaya ia dapat mengekalkan kekuasaan. Beliau menyarankan tentang keperluan undang-undang yang baik dan memiliki pasukan tentera yang berwibawa.

4. Cara Mengekalkan KuasaMachiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa. Seseorang pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan.

Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan musuh.

5. Strategi PeperanganMachiavelli menolak pembinaan kubu kerana ia akan membawa kemusnahan. Beliau menyarankan agar tentera berpakaian ringan tetapi dilengkapi dengan senjata yang canggih.

6. Sistem PentadbiranMachiavelli mengemukakan dua cara pentadbiran, iaitu melalui undang-undang dan ketenteraan. Pemerintahan berteraskan undang-undang semata-mata tidak memadai. Beliau berpendapat seorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan.

C. KesimpulanKautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Tokoh-tokoh ini mengemukakan idea ketenteraan melalui karya mereka iaituArthasastra(Kautilya),The Prince, Art of WardanDiscourses(Niccolo Machiavelli). Idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh ini membantu pemerintah dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.

Huraikan tentang bentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.PendahuluanZaman sebelum kedatangan Islam dipanggil zaman Jahiliah. Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya "History of the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada nabi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun yang tinggi.

Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunnya al-Quran.

Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Saba.

Masyarakat Arab Jahiliah mempunyai agama dan kepercayaan mereka sendiri.

IsiBentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum Islam.1)Agama BerhalaAgama berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamar (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing. Antara berhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percaya berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu Allah.

2)Agama MajusiAgama ini tidak diamalkan secara meluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya mempunyai hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.

3) Agama YahudiAgama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab Taurat . Agama ini tersebar luas terutamanya di kawasan-kawasan Oasis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orang-orang Yahudi berasal dari Palestin. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzar sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.

3)Agama NasraniAgama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. berpandukan kitab Injil pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobiteyang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam. Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.

4)Agama HanifAgama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai konsep keesaan Allah ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu bapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.

5)Kepercayaan AnimismeKepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.

6)Kepercayaan AdatKepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik nasib. Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling bagi menjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.

KesimpulanTerdapat banyak agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat arab sebelum Islam. Semua agama itu bertentangan dengan agama Islam kecuali agama Hanif yang ada sedikit persamaan.