Soalan Kbat

3
Contoh Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) 1. Azlina menaiki sebuah lif pada tingkat pertama. Didapati di depan pintu lif terdapat nombor 114. Bila sampai ke tingkat dua dia mendapati nombor 216 di depan pintu lif. Naik ke tingkat ketiga dia mendapati nombor 318. Apakah nombor yang ada di depan pintu lif apabila dia sampai ke tingkat 30 2. Rajah di bawah menunjukkan empat keping kad nombor Terangkan bagaimana kamu boleh menjadikan nilai 6 pada kad nombor Z supaya ia menjadi nilai yang paling besar. 3. Ghani mendapat 5 857 markah dalam satu pertandingan. Markah Hamdan adalah 290 markah lebih tinggi berbanding dengan markah Ghani. Markah Victor adalah 191 markah lebih daripada markah Hamdan. Berapakah markah Victor? 4. Ghani mendapat 5 857 markah dalam satu pertandingan. Markah Hamdan dan Viktor lebih baik daripada markah Ghani. Jumlah markah mereka ialah 18 000. Berapakah markah Victor? 5. Hasil tambah 7000 dan tiga nombor yang berturutan ialah 31 021. Apakah ketiga-tiga nombor itu? 6. Rahmah menambah tiga nombor 123 546, 67 986 dan 400 735 dan mendapat satu nilai baru. Nilai tersebut Rahmah tambah lagi dengan 7 di nilai puluh ribu dan 9 di nilai ratus. Terangkan apa yang kamu dapat. Kenapa kamu berkata begitu? 7. 659 000 – P – Q = 610 069 Nilai P lebih besar daripada nilai Q. Apakah nilai P?

description

kjhkjn

Transcript of Soalan Kbat

Page 1: Soalan Kbat

Contoh Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT )

1. Azlina menaiki sebuah lif pada tingkat pertama. Didapati di depan pintu lif terdapat nombor 114. Bila sampai ke tingkat dua dia mendapati nombor 216 di depan pintu lif. Naik ke tingkat ketiga dia mendapati nombor 318. Apakah nombor yang ada di depan pintu lif apabila dia sampai ke tingkat 30

2. Rajah di bawah menunjukkan empat keping kad nombor

Terangkan bagaimana kamu boleh menjadikan nilai 6 pada kad nombor Z supaya ia menjadi nilai yang paling besar.

3. Ghani mendapat 5 857 markah dalam satu pertandingan. Markah Hamdan adalah 290 markah lebih tinggi berbanding dengan markah Ghani. Markah Victor adalah 191 markah lebih daripada markah Hamdan. Berapakah markah Victor?

4. Ghani mendapat 5 857 markah dalam satu pertandingan. Markah Hamdan dan Viktor lebih baik daripada markah Ghani. Jumlah markah mereka ialah 18 000. Berapakah markah Victor?

5. Hasil tambah 7000 dan tiga nombor yang berturutan ialah 31 021. Apakah ketiga-tiga nombor itu?

6. Rahmah menambah tiga nombor 123 546, 67 986 dan 400 735 dan mendapat satu nilai baru. Nilai tersebut Rahmah tambah lagi dengan 7 di nilai puluh ribu dan 9 di nilai ratus. Terangkan apa yang kamu dapat. Kenapa kamu berkata begitu?

7. 659 000 – P – Q = 610 069 Nilai P lebih besar daripada nilai Q. Apakah nilai P?

8. Salmi membeli satu set komik dengan jumlah 9 659 muka surat. Salmi membaca 1 224 muka surat pada hari pertama dan 1 596 muka surat pada hari kedua. Berapakah muka surat yang tinggal untuk dibaca Salmi?

9. Salmi membeli sebuah novel dengan jumlah 1024 muka surat. Salmi membaca  84 muka surat pada hari pertama dan 86 muka surat pada hari kedua. Pembacaannya meningkat 2 muka surat setiap

Page 2: Soalan Kbat

hari. Pada hari keberapa Salmi berjaya membaca habis novel tersebut?

10. Kotak M mengandungi 8 214 biji guli. Bilangan guli di dalam kotak N adalah 360 biji guli kurang berbanding kotak M. Bilangan guli dalam kotak P kurang 650 biji berbanding kotak N. Berapakah jumlah biji guli yang terdapat dalam ketiga-tiga kotak itu?

11. Terdapat 2 150 murid di sebuah sekolah. 1 109 daripadanya lelaki. Bilangan murid perempuan dari Kampung X adalah lebih ramai daripada murid perempuan dari Kampung Y. Berapakah bilangan murid perempuan dari Kampung Y.

12. Siti diminta menolak 269 532 daripada 348 678. Hawa pula diminta menolak 206 725 daripada 456 726. Berapakah baki kedua-duanya? Siti dan Hawa dikehendaki membundarkan jawapan mereka kepada puluh ribu yang terdekat. Apakah beza di antara kedua-dua perbundaran itu?

13. Seorang penternak memelihara ayam, itik dan kambing. Bilangan ayam ialah 3 506 ekor. Bilangan itik adalah 3 kali daripada bilangan ayam. Bilangan itik adalah 5 kali bilangan kambing. Berapakah jumlah ternakan itu?

14. Seorang penternak memelihara ayam, itik dan kambing. Bilangan ayam ialah 3 506 ekor. Bilangan itik adalah 3 kali daripada bilangan kambing. Berapakah jumlah ternakan itu?

15. Munif ada koleksi setem. Setem itu disimpan ke dalam 9 buku album secara sama rata. Setiap buku album terdiri daripada 975 hingga 990 setem. Terangkan bagaimana anda mendapat jumlah setem dalam koleksi Munif.

16.