Soalan Latihan Novel

9
ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014 NOVEL Analisis soalan 4 : Novel SPM 2011 2013 Soalan 4 : Novel Setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran novel, saya sering menasihatkan pelajar peri pentingnya pemahaman diutamakan semasa mempelajari novel yang dikaji. Pelajar tingkatan lima perlu menguasai dan memahami novel Azfa Hanani dan Novel Kembara Amira. Justeru, fokus yang perlu pelajar fahami ialah pemahaman komponen komsas yang telah dipelajari di dalam kelas. Pelajar perlu menguasai komponen komsas yang telah dipelajari iaitu:- i. Tema. ii. Persoalan. iii. Watak dan perwatakan. iv. Peristiwa penting yang berlaku dalam novel ( khusus kepada sinopsis atau perkembangan plot). v. Gaya bahasa. vi. Latar ( Masyarakat, Masa, Tempat). vii. Nilai. viii. Pengajaran. Justeru, semasa menjawab soalan pelajar perlu memahami fokus atau kata kunci soalan, selain pelajar perlu memahami definisi komponen komsas yang disoal. Sebagai contoh, untuk soalan tingkatan empat, fokus soalan yang boleh keluar dalam peperiksaan berdasarkan empat komponen komsas yang telah dipelajari seperti di atas. Pelajar harus menjawab soalan berdasarkan pemahaman mereka terhadap fokus atau kata kunci soalan. Oleh sebab itu, jawapan pelajar perlu berdasarkan pemahaman sendiri, dan juga jenis soalan iaitu sama ada soalan tersebut soalan 4 (a) atau soalan 4 (b). Hal ini kerana soalan berkenaan berdasarkan markah yang diperuntukkan:- Novel SPM Sinopsis Nov.2013 Tema Jun 2012 Persoalan Nov. 2011 Watak perwatakan utama Nov. 2011 Watak perwatakan sampingan Pertentangan pendapat watak utama dengan satu watak lain Jun 2013 Latar tempat Jun 2013 Latar masyarakat Latar masa Nov. 2012 Nilai murni Nov. 2012 pengajaran Jun 2012 Binaan plot Teknik plot Peristiwa yang dapat dijadikan teladan Nov. 2013

description

soalan-soalan novel utara

Transcript of Soalan Latihan Novel

Page 1: Soalan Latihan Novel

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

NOVEL

Analisis soalan 4 : Novel SPM 2011 – 2013

Soalan 4 : Novel

Setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran novel, saya sering menasihatkan pelajar peri

pentingnya pemahaman diutamakan semasa mempelajari novel yang dikaji. Pelajar tingkatan lima

perlu menguasai dan memahami novel Azfa Hanani dan Novel Kembara Amira. Justeru, fokus yang

perlu pelajar fahami ialah pemahaman komponen komsas yang telah dipelajari di dalam kelas.

Pelajar perlu menguasai komponen komsas yang telah dipelajari iaitu:-

i. Tema.

ii. Persoalan.

iii. Watak dan perwatakan.

iv. Peristiwa penting yang berlaku dalam novel ( khusus kepada sinopsis atau perkembangan plot).

v. Gaya bahasa.

vi. Latar ( Masyarakat, Masa, Tempat).

vii. Nilai.

viii. Pengajaran.

Justeru, semasa menjawab soalan pelajar perlu memahami fokus atau kata kunci soalan, selain pelajar

perlu memahami definisi komponen komsas yang disoal. Sebagai contoh, untuk soalan tingkatan

empat, fokus soalan yang boleh keluar dalam peperiksaan berdasarkan empat komponen komsas yang

telah dipelajari seperti di atas. Pelajar harus menjawab soalan berdasarkan pemahaman mereka

terhadap fokus atau kata kunci soalan. Oleh sebab itu, jawapan pelajar perlu berdasarkan pemahaman

sendiri, dan juga jenis soalan iaitu sama ada soalan tersebut soalan 4 (a) atau soalan 4 (b). Hal ini

kerana soalan berkenaan berdasarkan markah yang diperuntukkan:-

Novel SPM Sinopsis Nov.2013

Tema Jun 2012

Persoalan Nov. 2011

Watak perwatakan utama Nov. 2011

Watak perwatakan

sampingan

Pertentangan pendapat watak

utama dengan satu watak lain Jun 2013

Latar tempat Jun 2013

Latar masyarakat

Latar masa Nov. 2012

Nilai murni Nov. 2012

pengajaran Jun 2012

Binaan plot

Teknik plot

Peristiwa yang dapat

dijadikan teladan Nov. 2013

Page 2: Soalan Latihan Novel

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

Soalan Markah Isi Bahasa Jumlah isi perlu ditulis

4 (a)

7 markah

4 markah

3 markah

Dua isi dan tambah satu

(“backup”)

Isi yang sepatutnya dijawab tiga isi

4 (b)

6 markah

6 markah

3 markah

Tiga isi dan tambah satu ( “backup”)

Isi yang sepatutnya dijawab empat isi

Cara untuk menjawab berkenaan, formatnya ialah seperti di bawah.

Soalan berfokus tema tingkatan lima: Berdasarkan NovelKembara Amira karya Amir Hamzah L.

Kadir, tema novel berkenaan ialah pengembaraan seorang remaja perempuan mematangkan

kehidupannya.

Isi Huraian Contoh

Dalam pengembaraan Amira

diBukit Mat Raya semasa

menyertai ibunya iaitu

Profesor Zaidah dalam kajian

menjejak kewujudan tamadun

manusia melalui cari gali

bahan erkeologi terdapat

beberapa peristiwa yang

dialami telah mematangkan

kehidupannya.

Antaranya, Amira telah

melihat suasana keluarga

yang tragis akibat tindakan

seorang isteri meninggalkan

anak dan suami sehingga

menyebabkan keluarga

berkenaan terpisah antara

satu sama lain

Contohnya, keluarga Tau dan

Ipah (Jenifer) telah berpisah

apabila Ipah mengambil

keputusan melarikan diri

bersama-sama Johnny. Ipah telah

meninggalkan anaknya yang baru

dilahirkan (Itai) dan membawa

Sabi (Malique) bersamanya

menyebabkan terjadinya

perpecahan keluarga. Akhirnya,

Amira berjaya merungkaikan

masalah keluarga berkenaan.

Peringatan:-

Cara menghurai dan menulis jawapan berbeza antara pelajar. Justeru, cara menulis jawapan soalan

berdasarkan kreativiti pelajar. Paling utama anda menjawab soalan berkenaan dengan baik

Page 3: Soalan Latihan Novel

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

PANDUAN MENJAWAB SOALAN NOVEL MENGGUNAKAN HUKUM P + H/C

(P = Pernyataan, H = Huraian, C = Contoh)

Novel Azfa Hanani

Aspek

Kajian

Contoh

Soalan

Pernyataan (P) Huraian (H/C)

Tema

Jelaskan

tema novel

yang anda

pelajari

Novel ini bertemakan

pengorbanan dan

kemuliaan hati seorang

gadis dalam menghadapi

desakan hidup.

Azfa Hanani sanggup

menyamar sebagai Tengku

Murni kerana tidak mahu

membebankan pak long

yang terpaksa menanggung

pembelajarannya. Dengan

menyamar sebagai Tengku

Murni, dia juga dapat

membantu mendapatkan kos

rawatan untuk Zuraini yang

lumpuh.

Selain itu, penyamaran

Azfa Hanani sebagai

Tengku Murni juga

dapat membuatkan

Datin Maziah kembali

pulih daripada

menghadapi tekanan

perasaan kerana Datin

Maziah tidak dapat

menerima hakikat

bahawa anak

perempuan tunggalnya

telah terbunuh dalam

satu kemalangan jalan

raya.

Persoalan

Satu

persoalan

Ketabahan seorang

gadis remaja

menghadapi

kehidupan

Azfa Hanani dibesarkan

oleh Pak Long Madi

yang kurang berada. Dia

juga tabah menghadapi

liku-liku hidup di rumah

banglo milik keluarga

baharunya.

Satu

persoalan

maruah

Keberanian

mempertahankan

maruah diri.

Azfa Hanani menolak

pelawaan Iskandar

untuk dihantar pulang

dengan membonceng

motosikal berkuasa

tingginya kerana

Iskandar tidak

dikenalinya.

Page 4: Soalan Latihan Novel

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

Teknik Plot

Huraikan

dua teknik

plot

Monolog Dalaman

Imbas Kembali

Azfa Hanani

bermonolog dalaman

setelah dia terasa

tersindir oleh kata-kata

Kamilah.

Azfa Hanani teringat

akan pak long, mak

long, dan sepupu-

sepupunya di kampung

yang hidup dalam

kesusahan.

Watak

dan

Perwatakan

Huraikan dua

cabaran yang

dihadapi oleh

watak utama

- Cabaran untuk

meneruskan hidup

sebagai anak yatim

piatu.

- Cabaran untuk

menjayakan

penyamaran

Azfa Hanani hidup

dalam kemiskinan

bersama-sama dengan

pak long dan mak long

setelah kematian kedua-

dua ibu dan bapanya

kerana pak long dan

mak long hanya bekerja

sebagai penoreh getah

dan mempunyai anak

yang agak ramai.

Azfa Hanani

menghadapi masalah

untuk menyamar

sebagai Tengku Murni

yang manja dan pandai

bertutur bahasa

Inggeris.Dia menjalani

latihan dengan kakak

Finaz dan belajar

bahasa Inggeris di

Institut LinguaFranca

Dua

keistimewaa

n watak

- Watak utamatabah /

cekal / sabar.

- Watak utama

pemaaf

Azfa Hanani tabah/

cekal/ sabar

menghadapi dugaan

hidup selepas kematian

ibu bapa dan tinggal

dengan bapa saudaranya

yang hidup dalam

kemiskinan

Azfa memaafkan

perbuatan Datuk

Tengku Makmur yang

telah menyebabkan

kematian kedua-dua

orang tuanya.

Page 5: Soalan Latihan Novel

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

Latar

Satu latar

masa

- Pada waktu malam.

Azfa Hanani dengan

bersungguh-sungguh

membaca dan mengkaji

diari Tengku Murni

dalam usahanya

mendapatkan jawaban

siapakah yang menjadi

penghalang hubungan

antara Ekran dengan

Tengku Murni.

Satu latar

tempat

- Di bilik Pengetua

- Di Hotel Universe

Azfa Hanani dikunjungi

buat pertama kalinya

oleh Tengku Mazran,

Kak Finaz, dan Kak

Rozan.

Azfa Hanani telah

diberi tunjuk ajar oleh

Kak Finaz tentang cara

Tengku Murni makan,

bercakap, dan Iain-lain

lagi di tempat ini.

Dua latar

masyarakat

- Masyarakat elit

yang bongkak dan

sombong kerana

statusnya.

- Masyarakat pelajar

yang gigih menuntut

ilmu.

Contohnya, Tengku

Datuk Makmur yang

memandang hina

terhadap Azfa Hanani

kerana berasal dari

kampung dan miskin.

Contohnya, masyarakat

pelajar di Sekolah

Menengah Sri Dian tempat

Azfa Hanani melanjutkan

pelajarannya dalam

Tingkatan Lima Kenanga.

Nilai

Dua nilai

- Ketekunan

- Keberanian

Azfa Hanani begitu

tekun untuk belajar

kerana mahu mencapai

cita-citanya.

Azfa berani berdepan

dengan risiko ketika

menyamar sebagai

Tengku Murni, anak

Datin Maziah yang

telah meninggal dunia.

- Kasih sayang ibu

terhadap anak

Datin Maziah sangat

sayang akan anak

perempuan tunggalnya,

iaitu Tengku

Page 6: Soalan Latihan Novel

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

Dua nilai

kasih sayang

- Kasih sayang anak

terhadap bapa angkat

Murni.Beliau tidak

boleh menerima hakikat

bahawa anaknya telah

meninggal dunia.

Azfa Hanani sayang akan

pak long dan mak long yang

memeriharanya setelah ibu

bapanya meninggal dunia

dalam kemalangan jalan

raya.

Pengajaran

Huraikan

satu

pengajaran

Kita perlulah

bekerjasama dalam

menjalankan sesuatu

tugas.

Azfa Hanani dan rakan-

rakannya bekerjasama dalam

menjayakan Hari

Sumbangsih dan berjaya

mencapai sasaran malah

melebihi matlamat yang

dikehendaki.

PENTAKSIRAN FORMATIF MENGIKUT ARAS

KURIKU

LUM

SOALAN ARAS

RENDAH

SOALAN

ARAS

SEDERHANA

SOALAN ARAS TINGGI

Sinopsis/

Peristiwa

Menarik/

Plot

Nyatakanempat

peristiwa menarik

dalam sebuah

novel.

Jelaskan tiga

peristiwa

menarik

dalam sebuah

novel.

Berdasarkan sebuah

novel yang telah anda

pelajari, pilih tiga

peristiwa yang menarik

dan nyatakan sebab

peristiwa tersebut

berjaya menarik

perhatian anda.

Soalan/

Tugasan

Pemulihan Pengukuhan Pengayaan

Susun peristiwa

penting dalam

sebuah novel

mengikut urutan.

Padankan

peristiwa

penting

dalam

sebuah novel

mengikut

susunan plot.

Berdasarkan sebuah

novel yang anda

pelajari, huraikan dua

peristiwa yang

memaparkan hubungan

kekeluargaan yang erat.

Page 7: Soalan Latihan Novel

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

KURIKULUM

SOALAN ARAS

RENDAH

SOALAN

ARAS

SEDERHANA

SOALAN ARAS TINGGI

Watak dan

Perwatakan

Nyatakan watak

utama dan dua

watak sampingan

dalam sebuah

novel.

Jelaskan dua

perwatakan

watak utama

yang boleh

memberi

teladan

kepada

pembaca.

Huraikan dua peristiwa

yang menunjukkan

pertentangan antara

watak dalam sebuah

novel yang telah anda

kaji.

Soalan/

Tugasan

Pemulihan Pengukuhan Pengayaan

Padankan watak

dan perwatakan

yang terdapat

dalam sebuah

novel.

Huraikan

perwatakan

satu watak

sampingan

dalam

sebuah novel.

Berdasarkan sebuah

novel yang anda kaji,

huraikan cara watak

utama menyelesaikan

dua konflik yang

dihadapinya.

KURIKULUM SOALAN ARAS

RENDAH

SOALAN

ARAS

SEDERHANA

SOALAN ARAS TINGGI

Pengajaran Nyatakan tiga

pengajaran yang

terdapat dalam

sebuah novel yang

anda kaji.

Huraikan tiga

pengajaran

yang terdapat

dalam

sebuah novel

yang anda

kaji.

Jelaskan tiga peristiwa

yang dapat anda

teladani berdasarkan

sebuah novel yang anda

pelajari.

Soalan/

Tugasan

Pemulihan Pengukuhan Pengayaan

Suaikan pengajaran

dengan huraian

atau contoh-contoh

yang diberikan.

Jelaskan tiga

pengajaran

yang terdapat

dalam

sebuah novel

yang anda

pelajari.

Berdasarkan sebuah

novel yang anda kaji,

jelaskan dua

pengajaran yang dapat

dikaitkan dengan

persoalan maruah.

Page 8: Soalan Latihan Novel

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

Latihan Soalan 4

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

(ii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

1. Bagi mereka yang mula berminat untuk membaca novel, tentu akan mencari sebuah novel yang

mempunyai sinopsis yang menarik. Berdasarkan novel yang anda pelajari, tuliskan sinopsis novel

tersebut.

2. Huraikan perwatakan satu watak sampingan dalam sebuah novel yang anda kaji.

3. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan

kasih sayang sesama insan.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan

pengorbanan dalam kehidupan.

5. Jelaskan peristiwa menarik yang terdapat di peringkat peleraian dan berikan alasan sebab peristiwa

itu dianggap menarik.

6. Bandingkan latar masyarakat dalam dua novel yang anda pelajari.

7. Huraikan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam sebuah novel yang anda kaji.

8. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua latar masyarakat yang terkandung dalam

……….novel tersebut.

9. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang menarik dan nyatakan sebab

………peristiwa tersebut berjaya menarik perhatian anda.

10. Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk

………meneruskan pembacaan.

11. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu

……….menarik.

12. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua pengajaran yang dapat dikaitkan dengan

……….persoalan maruah.

13. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang memaparkan hubungan

………kekeluargaan yang erat.

14. Watak utama sebuah novel sering dikaitakan dengan pelbagai cabaran.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga cabaran-cabaran yang dihadapi oleh

watak tersebut.

Page 9: Soalan Latihan Novel

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

15. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang memaparkan nilai

………keberanian dalam novel tersebut.

16. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai tanggungjawab dalam novel

……...tersebut.