SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS ... Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk...

8
1 SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS SEKOLAH DAN CADANGAN JAWAPAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan deregulasi tambang bas sekolah yang akan diperkenalkan oleh SPAD? Deregulasi tambang bas sekolah bermaksud SPAD tidak akan lagi menetapkan sebarang harga siling atau maksimum yang boleh dikenakan oleh pengendali bas sekolah. Ini juga bermakna pengendali bas sekolah bebas untuk menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh ibubapa seperti menggunakan kenderaan yang lebih selesa atau meningkatkan tahap keselamatan murid-murid mengikut kemampuan ibubapa, tanpa menetapkan harga tambang bas sekolah yang diluluskan oleh SPAD untuk perkhidmatan mereka mengangkut murid-murid ke sekolah. 2. Apakah kesan deregulasi tambang bas sekolah ini? SPAD menjangka kesan positif akan terhasil dari langkah deregulasi tambang bas sekolah ini apabila akan wujudnya: a. Satu industri bas sekolah yang mapan, kreatif dan inovatif - pengendali bas sekolah kini boleh mengimbangi kadar tambang yang dikenakan mengikut kos perniagaan masing-masing dengan jenis perkhidmatan yang lebih berdaya saing. Dijangkakan industri bas sekolah akan dirangsangkan oleh kuasa pasaran apabila pengendali bas sekolah akan bersaing untuk menawarkan perkhidmatan yang ditambah nilai pada harga yang berpatutan kepada pengguna. b. Kemunculan lebih banyak lagi pengendali bas sekolah di pasaran akan memberikan ibu bapa pilihan yang lebih banyak - Dengan tiada lagi had atau penetapan kadar tambang sekolah, SPAD menganggarkan lebih banyak pengendali bas sekolah baru yang akan berminat untuk turut serta dalam industri ini. Pada masa yang sama, mereka yang selama ini menjalankan perkhidmatan tanpa lesen dijangka akan tampil untuk mendaftar dengan SPAD. Semua ini akan memberikan ibu bapa pilihan yang lebih banyak dalam menentukan perkhidmatan bas sekolah mengikut kemampuan masing-masing. c. Mutu perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan akan dipertingkatkan - Sejajar juga dengan kuasa pasaran, persaingan dijangka akan berlaku dalam penawaran perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Pengendali bas perlu menawarkan perkhidmatan yang ditambah nilai bagi menarik perhatian ibu bapa kepada perkhidmatan syarikat mereka. Dengan ini, dijangka lebih banyak ruang untuk pengendali menukar bas-bas sekolah yang usang kepada yang baharu dan sekaligus menambah aspek keselamatan dan keselesaan murid-murid yang menggunakan perkhidmatan ini. 3. Kenapa SPAD ingin mengubah sistem sekarang ke deregulasi harga tambang? Secara amnya, sistem yang digunapakai sekarang ini telah diperkenalkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) semenjak Akta LPKP dikuatkuasakan pada tahun 1987, di mana harga siling maksima dengan formula pengiraan tertentu adalah ditetapkan oleh LPKP. Setelah mengambilkira pandangan pelbagai pihak, SPAD mendapati bahawa sistem kawalan harga ini membantutkan perkembangan industri bas sekolah. Rata-rata, pengendali bas sekolah masa kini mendapati harga siling tidak selari dengan kos operasi yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Akibatnya, mereka tidak berminat untuk mempertingkatkan perkhidmatan, seperti menukar bas kepada yang lebih baru. Contohnya, 40 peratus dari bas-bas sekolah yang digunakan untuk mengangkut murid-murid masa kini adalah bas yang berusia lebih 20 tahun. Dengan deregulasi tambang dan keupayaan untuk membuat anggaran dan mengawal kos operasi dengan lebih baik lagi, dijangkakan akan lebih ramai pengendali bas sekolah yang akan berminat untuk turut serta dalam Skim Penggantian Bas Sekolah, iatu satu skim pinjaman khas bagi menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun kepada bas sekolah baru yang berkapasiti 12 hingga 44 tempat duduk. Skim ini telah dilaksanakan pada April 2013.

Transcript of SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS ... Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk...

Page 1: SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS ... Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk memilih jenis perkhidmatan bas sekolah yang dirasakan sesuai dengan keperluan mereka.

1

SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS SEKOLAH DAN CADANGAN JAWAPAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan deregulasi tambang bas sekolah yang akan diperkenalkan oleh SPAD?

Deregulasi tambang bas sekolah bermaksud SPAD tidak akan lagi menetapkan sebarang harga siling atau maksimum yang boleh dikenakan oleh pengendali bas sekolah. Ini juga bermakna pengendali bas sekolah bebas untuk menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh ibubapa seperti menggunakan kenderaan yang lebih selesa atau meningkatkan tahap keselamatan murid-murid mengikut kemampuan ibubapa, tanpa menetapkan harga tambang bas sekolah yang diluluskan oleh SPAD untuk perkhidmatan mereka mengangkut murid-murid ke sekolah.

2. Apakah kesan deregulasi tambang bas sekolah ini? SPAD menjangka kesan positif akan terhasil dari langkah deregulasi tambang bas sekolah ini apabila akan wujudnya:

a. Satu industri bas sekolah yang mapan, kreatif dan inovatif - pengendali bas sekolah kini boleh mengimbangi kadar tambang yang dikenakan mengikut kos perniagaan masing-masing dengan jenis perkhidmatan yang lebih berdaya saing. Dijangkakan industri bas sekolah akan dirangsangkan oleh kuasa pasaran apabila pengendali bas sekolah akan bersaing untuk menawarkan perkhidmatan yang ditambah nilai pada harga yang berpatutan kepada pengguna.

b. Kemunculan lebih banyak lagi pengendali bas sekolah di pasaran akan memberikan ibu bapa pilihan yang

lebih banyak - Dengan tiada lagi had atau penetapan kadar tambang sekolah, SPAD menganggarkan lebih banyak pengendali bas sekolah baru yang akan berminat untuk turut serta dalam industri ini. Pada masa yang sama, mereka yang selama ini menjalankan perkhidmatan tanpa lesen dijangka akan tampil untuk mendaftar dengan SPAD. Semua ini akan memberikan ibu bapa pilihan yang lebih banyak dalam menentukan perkhidmatan bas sekolah mengikut kemampuan masing-masing.

c. Mutu perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan akan dipertingkatkan - Sejajar juga dengan kuasa

pasaran, persaingan dijangka akan berlaku dalam penawaran perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Pengendali bas perlu menawarkan perkhidmatan yang ditambah nilai bagi menarik perhatian ibu bapa kepada perkhidmatan syarikat mereka. Dengan ini, dijangka lebih banyak ruang untuk pengendali menukar bas-bas sekolah yang usang kepada yang baharu dan sekaligus menambah aspek keselamatan dan keselesaan murid-murid yang menggunakan perkhidmatan ini.

3. Kenapa SPAD ingin mengubah sistem sekarang ke deregulasi harga tambang? Secara amnya, sistem yang digunapakai sekarang ini telah diperkenalkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) semenjak Akta LPKP dikuatkuasakan pada tahun 1987, di mana harga siling maksima dengan formula pengiraan tertentu adalah ditetapkan oleh LPKP. Setelah mengambilkira pandangan pelbagai pihak, SPAD mendapati bahawa sistem kawalan harga ini membantutkan perkembangan industri bas sekolah. Rata-rata, pengendali bas sekolah masa kini mendapati harga siling tidak selari dengan kos operasi yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Akibatnya, mereka tidak berminat untuk mempertingkatkan perkhidmatan, seperti menukar bas kepada yang lebih baru. Contohnya, 40 peratus dari bas-bas sekolah yang digunakan untuk mengangkut murid-murid masa kini adalah bas yang berusia lebih 20 tahun. Dengan deregulasi tambang dan keupayaan untuk membuat anggaran dan mengawal kos operasi dengan lebih baik lagi, dijangkakan akan lebih ramai pengendali bas sekolah yang akan berminat untuk turut serta dalam Skim Penggantian Bas Sekolah, iatu satu skim pinjaman khas bagi menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun kepada bas sekolah baru yang berkapasiti 12 hingga 44 tempat duduk. Skim ini telah dilaksanakan pada April 2013.

Page 2: SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS ... Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk memilih jenis perkhidmatan bas sekolah yang dirasakan sesuai dengan keperluan mereka.

2

Keperluan kos bagi setiap pengendali bas sekolah juga berbeza-beza mengikut lokasi perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu, SPAD mendapati cara “one-size fits all” tidak lagi boleh digunapakai sekiranya penambahbaikan bas sekolah hendak dilaksanakan. Sistem dahulu yang rigid juga telah membuatkan ramai yang tidak berminat untuk menjalankan perniagaan ini, dan pada masa yang sama, telah menyebabkan ramai juga yang menawarkan perkhidmatan secara haram. Dengan deregulasi, dijangkakan akan lebih ramai pengendali bas secara haram akan berdaftar di bawah SPAD, yang membolehkan mereka bukan sahaja dikawalselia, tetapi juga layak untuk menerima skim bantuan ataupun inisiatif seperti perlindungan insuran murid sekolah yang diberikan secara percuma.

Oleh itu, semenjak setahun yang lalu, SPAD telah pun memulakan transformasi perkhidmatan bas sekolah dengan mengkaji industri bas sekolah termasuk kadar kenaikan kos, jenis perkhidmatan dan juga tahap perkhidmatan yang disediakan. Apa yang SPAD ingin tekankan di sini ialah satu titik perseimbangan di antara keperluan mewujudkan satu industri bas sekolah yang mapan, kreatif dan inovatif, dan pada masa yang sama, mengambilkira kos agar perkhidmatan bas sekolah ini ditawarkan pada harga yang mampu dibayar oleh ibu bapa.

4. Apakah mekanisma untuk menetapkan kadar tambang bas sekolah yang diguna pakai sekarang?

Buat masa ini, kadar siling atau maksimum harga bas sekolah yang boleh dikenakan oleh pengendali bas sekolah telah ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada tahun 2009, berdasarkan formula yang di bawah:

Kadar Sebulan

Bandar Luar Bandar

RM 27.43 / km pertama RM 20.61 / km pertama

RM 2.02 / km seterusnya RM 2.02 / km seterusnya

Kadar tambang dikira berdasarkan 2 hala, contohnya jika jarak dari rumah ke sekolah adalah 5km, jumlah jarak adalah 10km.

5. Kenapa sekarang, ketika kos sara hidup semakin meningkat?

Usaha deregulasi tambang bas sekolah ini adalah sebahagian dari transformasi perkhidmatan bas sekolah yang SPAD telah mula laksanakan. Usaha meningkatkan keselamatan dan kualiti perkhidmatan tidak akan dapat pergi dengan lebih jauh lagi sekiranya beberapa faktor berkaitan dengan kos dan cabaran lain tidak diberi perhatian. Sejak ditubuhkan pada 2010, SPAD belum pernah mengumumkan kadar tambang yang baru. Perlu kita ingat bahawa kadar tambang sekarang adalah kadar yang telah diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada bulan Ogos 2009. Kadar tambang masa ini tidak mengambil kira kenaikan kos dan cabaran yang terpaksa ditanggung oleh pengendali bas sekolah semenjak lima tahun yang lepas. � Kenaikan kos operasi seperti bahanapi, penyelenggaraan, pembaikan dan juga bahan ganti bas. Kenaikan kos

operasi seperti bahanapi (naik 18-20% sejak 2009), pembaikan dan penyelenggaraan (naik 20-30% sejak 2009), dan juga bahan ganti bas seperti tayar (naik 30-50% sejak 2009)

� Persaingan dengan pengendali bas tanpa-lesen � Kuota subsidi bahanapi yang tidak mencukupi � Tidak dapat memaksimakan muatan kerana waktu habis persekolahan yang berbeza-beza menyebabkan

penambahan kos � Pendapatan dari kadar tambang yang diluluskan tidak mencukupi untuk para pengendali menukar ke bas yang

lebih baru

Page 3: SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS ... Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk memilih jenis perkhidmatan bas sekolah yang dirasakan sesuai dengan keperluan mereka.

3

Sebagai contohnya, seorang pengendali bas memerlukan lebih kurang RM5,700 sebulan untuk mengendalikan sebuah bas panjang 44-tempat duduk pada tahun 2009. Kos ini kemudiannya meningkat ke RM7,100 pada tahun 2013. Pihak pengendali bas sekolah perlu memastikan perniagaan mereka adalah tetap mapan. Kenaikan kos bukan sahaja membebankan, tetapi menyebabkan ramai pengendali bas sekolah tidak dapat menampung kos operasi mereka. Ini juga menyebabkan mutu perkhidmatan merosot. Masalah ini perlu ditangani dengan kadar segera sebelum ianya menjadi cabaran yang lebih besar lagi, termasuklah pengendali bas sekolah yang terpaksa menghentikan perkhidmatan kerana tidak mampu lagi menampung kos operasi mereka. Ada juga pihak pengendali bas sekolah, terutamanya yang secara beroperasi secara haram, yang telah menaikkan tambang kerana kos yang semakin tinggi ini. Cara ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang, tetapi telah menyebabkan persaingan yang tidak sihat berlaku di kalangan pengendali bas masa pada waktu ini. Oleh kerana industri ini dikategorikan sebagai tidak menguntungkan, ramai pengendali yang tidak berminat untuk menawarkan perkhidmatan bas sekolah. Susulan itu, ibubapa sukar untuk mendapatkan perkhidmatan bas sekolah terutama di kawasan perumahan baharu, sehingga terpaksa mengambil alternatif menghantar sendiri anak-anak mereka ke sekolah. Sehubungan itu, SPAD berpendapat untuk merealisasikan visi transformasi ini, sudah tiba masanya bagi pengendali bas sekolah diberikan kebebasan menetapkan harga tambang mereka sendiri dan sekaligus menarik minat lebih ramai pengendali untuk menawarkan perkhidmatan bas sekolah. Ini akan membolehkan mereka untuk menawarkan perkhidmatan selari dengan matlamat transformasi bas sekolah yang memberi penekanan terhadap keselamatan dan mutu perkhidmatan yang hendak dipertingkatkan lagi.

6. Kenapa pengendali bas sekolah tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat masa ini?

Seperti yang telah dinyatakan oleh pengendali bas sekolah sebelum ini kepada pihak media, mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberatkan lagi apabila kadar tambang yang mereka kenakan adalah berdasarkan kepada keputusan yang dibuat pada tahun 2009. Antara cabaran yang terpaksa mereka hadapi ialah: � Kenaikan kos operasi seperti bahanapi (naik 18-20% sejak 2009), pembaikan dan penyelenggaraan (naik 20-

30% sejak 2009), dan juga bahan ganti bas seperti tayar (naik 30-50% sejak 2009). � Penambahan kos operasi kepada pengendali apabila ada aktiviti ko-kurikulum di hujung minggu, kerana kadar

tambang yang diluluskan adalah mengikut hari persekolahan sebulan. � Rata-rata pengendali menggunakan bas terpakai, dengan lebih 40 peratus bas berusia lebih 20 tahun. Bas

yang lanjut usia memerlukan kos pembaikan dan penyelenggaraan, dan juga bahanapi yang lebih tinggi. � Pendapatan pengendali bas sekolah juga adalah berdasarkan 10 bulan persekolahan, oleh itu amalan kadar

tambang selama 12 bulan dibahagikan ke 10 bulan telah berleluasa.

Bagi mengimbangi kos operasi, ramai pengendali yang menjalankan perkhidmatan menggunakan bas yang telah usang dan tidak selamat. Malah, sesetengah pengendali juga ada yang membawa murid-murid melebihi kapasiti tempat duduk yang dibenarkan dan sekaligus mengabaikan faktor keselamatan dan keselesaan pengguna.

7. Bilakah deregulasi harga tambang ini akan bermula? Ia akan bermula 1Januari 2015.

8. Tidakkah ini bermakna harga tambang bas sekolah akan naik?

Deregulasi bermakna harga sesuatu perkhidmatan itu akan ditetapkan oleh kuasa pasaran. Maka, SPAD tidak menolak akan adanya kemungkinan tambang bas sekolah akan dinaikkan harganya oleh pengendali tertentu.

Page 4: SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS ... Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk memilih jenis perkhidmatan bas sekolah yang dirasakan sesuai dengan keperluan mereka.

4

Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk memilih jenis perkhidmatan bas sekolah yang dirasakan sesuai dengan keperluan mereka. Perlu diingatkan bahawa perlu diingatkan bahawa kadar tambang yang sedang digunapakai sekarang oleh SPAD telah ditetapkan oleh LPKP pada tahun 2009. Semenjak itu, pelbagai kos telah meningkat. SPAD telah melakukan kajian mengenai kenaikan kos mengendalikan bas sekolah dan secara puratanya kos telah meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus semenjak tahun 2009, iaitu pada kali terakhir tambang dibenarkan naik oleh LPKP. Berdasarkan kajian ini, SPAD menjangkakan kenaikan tambang akan selari dengan kenaikan kos ini. Namun begitu, kadar sebenar kenaikan tambang akan ditentukan oleh pengendali bas sekolah itu sendiri.

9. Tidakkah ini akan membebankan ibu bapa? Dengan deregulasi, dijangkakan akan lebih banyak perkhidmatan bas sekolah akan ditawarkan di pasaran. Oleh itu, ibu bapa boleh memilih jenis perkhidmatan bas sekolah yang dikehendaki mengikut keperluan masing-masing. Pada masa yang sama juga, untuk memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang drastik, SPAD akan melaksanakan complementary measures (langkah tambahan) bagi memastikan langkah deregulasi tidak akan membebankan ibu bapa, malah menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.

10. Apakah langkah complementary yang dimaksudkan oleh SPAD?

Langkah paling utama yang akan dilakukan oleh SPAD ialah untuk menambah lagi bilangan bas sekolah yang akan berlaku apabila jumlah lesen bas sekolah tidak akan dihadkan lagi. Ini bermakna, akan wujud lebih banyak pengendali bas sekolah di pasaran untuk menawarkan perkhidmatan mereka. Dengan itu, persaingan akan menjadi lebih sihat, dan ibu bapa akan mempunyai pilihan yang lebih banyak. Pengendali bas perlu menawarkan perkhidmatan mereka pada harga yang kompetitif. SPAD juga akan menyenaraikan persatuan-persatuan bas sekolah di laman web SPAD untuk ibu bapa berhubung dan membuat pilihan jenis perkhidmatan yang dikehendaki. SPAD mengalu-alukan maklumbalas dari pihak ibubapa sekiranya terdapat kekurangan perkhidmatan bas sekolah ditempat-tempat tertentu, bagi membolehkan maklumat tersebut disalurkan kepada persatuan-persatuan pengendali bas sekolah untuk menambah perkhidmatan di tempat-tempat tersebut.

11. Berapakah jumlah bas sekolah sekarang dan berapa banyakkah penambahan bas sekolah yang SPAD

jangkakan selepas deregulasi ini? Buat masa ini, ada sebanyak 15,578 bas sekolah yang berdaftar di Semenanjung Malaysia dengan majoriti usia bas antara 20 ke 30 tahun. SPAD menjangkakan jumlah bas sekolah akan meningkat sebanyak 20 peratus, dengan lebih banyak permohonan bas-bas sekolah yang baru dan bukannya bas-bas yang telah berusia. Ia dijangka akan mewujudkan satu persaingan yang sengit tetapi sihat dikalangan pengendali bas sekolah yang akan mendatangkan manfaat kepada ibu bapa dan murid-murid yang menaiki bas sekolah ini.

12. Adakah SPAD sudah sebarang simulasi atau anggaran akan peratus kenaikan harga tambang bas sekolah,

dan jika ya, apakah hasil dari simulasi ini?

SPAD telah melakukan kajian mengenai kenaikan kos mengendalikan bas sekolah dan secara puratanya kos telah meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus semenjak tahun 2009, iaitu pada kali terakhir tambang dibenarkan naik

Page 5: SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS ... Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk memilih jenis perkhidmatan bas sekolah yang dirasakan sesuai dengan keperluan mereka.

5

oleh LPKP. Berdasarkan kajian ini, SPAD menjangkakan kenaikan tambang akan selari dengan kenaikan kos ini. Namun begitu, kadar sebenar kenaikan tambang akan ditentukan oleh pengendali bas sekolah itu sendiri.

13. Adakah ini bermakna bahawa SPAD tidak akan langsung memainkan peranan untuk memantau harga yang

dikenakan oleh pengendali bas sekolah?

SPAD tidak lagi akan menentukan tambang bas sekolah, tetapi akan memantau tahap perkhidmatan yang diberikan oleh pengendali bas sekolah. Langkah deregulasi ini adalah usaha SPAD dalam meningkatkan keselamatan dan mutu perkhidmatan bas sekolah demi keselesaan murid-murid sekolah yang menaiki bas ini. Oleh itu, SPAD masih akan memainkan peranan yang besar dalam memastikan visi transformasi ini akan tercapai. Dalam hal ini, peranan SPAD adalah, antara lainnya, seperti yang di bawah:

a. SPAD akan memantau perkhidmatan bas sekolah yang akan diwajibkan (bermula dari 1 Januari 2015) untuk mengamalkan garis panduan SPAD ICOP SHE untuk memastikan keselamatan menerusi Pengurusan Operasi, Pengurusan Pemandu, Pengurusan Kenderaan, Pengurusan Risiko dan Pengurusan Rekod. ICOP - SHE adalah singkatan daripada Industrial Code of Practice – Safety Health & Environment untuk menjadikan amalan keselamatan sebagai budaya dan norma industri pengangkutan awam.

b. SPAD juga akan meningkatkan standard minima untuk aspek fizikal bas, seperti penggunaan tali pinggang, jumlah tempat duduk, badan bas yang lebih teguh, dan aspek-aspek keselamatan yang lain yang akan menambahkan keyakinan ibubapa terhadap perkhidmatan bas sekolah

c. SPAD juga akan mencadangkan adanya penetapan tempat meletak kenderaan di luar kawasan sekolah yang akan mengutamakan kenderaan bas sekolah. Ini akan meningkatkan tahap keselamatan murid-murid sekolah.

Kesemua inisiatif yang diatas akan dimulakan dan dikuatkuasakan secara berperingkat dari 2015 bagi memastikan keselamatan dan mutu perkhidmatan akan dapat dipertingkatkan lagi.

14. Adakah akan berlaku penambahan kos yang besar bagi pengendali bas untuk melaksanakan perkara yang

di atas? Dari kajian yang telah dijalankan SPAD, dijangka tiada penambahan kos yang besar bagi pengendali bas sekolah, dan ianya akan dilaksanakan secara berperingkat.

15. Apakah yang akan berlaku sekiranya pengendali bas sekolah gagal mematuhi perkara yang disebutkan di

atas? Semua pengendali berlesen adalah tertakluk kepada Syarat Lesen yang ditetapkan oleh SPAD. Walaupun kadar tambang tidak dikawal, keperluan keselamatan yang telah digariskan dibawah SPAD ICOP Keselamatan akan tetap dikawal. Ini bermakna semua pengendali berlesen tetap perlu memenuhi Keperluan Tahap Perkhidmatan yang telah ditetapkan. Kuasa adalah ditangan ibu bapa untuk hanya memilih perkhidmatan yang terbaik pada pandangan mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa juga boleh membuat aduan kepada SPAD. Tindakan boleh diambil ke atas pengendali bas sekolah ini sekiranya mereka tidak menjalankan perkhidmatan seperti yang tertakluk dalam syarat-syarat lesen mereka.

16. Apakah yang akan SPAD lakukan sekiranya:

a. wujud persaingan yang tidak sihat apabila harga diturunkan dengan sewenang-wenangnya tanpa

mengambilkira mutu perkhidmatan langsung?

Page 6: SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS ... Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk memilih jenis perkhidmatan bas sekolah yang dirasakan sesuai dengan keperluan mereka.

6

Walaupun SPAD tidak memantau kadar tambang, SPAD masih akan terus memantau Keperluan Tahap Perkhidmatan yang ditetapkan. Sekiranya keperluan ini telah dipenuhi dan pengendali mengenakan kadar yang rendah, ini akan mewujudkan situasi yang sihat kepada pengguna.

b. wujud persaingan yang tidak sihat apabila harga naik tapi mutu perkhidmatan tetap sama? SPAD akan terus menggalakkan lebih ramai pengendali untuk melibatkan diri dalam industri bas sekolah dengan memberi kemudahan pemilikan lesen. Dengan tidak menghadkan jumlah bas sekolah didalam industri, pengendali boleh memenangi pasaran dengan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan kadar tambang yang munasabah.

c. harga dinaikkan dengan sewenang-wenangnya kerana tiada pilihan di kawasan tersebut? Maklumbalas boleh diberikan kepada SPAD untuk menyalurkan maklumat ini kepada pihak persatuan bas sekolah dan syarikat-syarikat yang berminat untuk beroperasi ditempat-tempat yang dimaksudkan.

d. wujud kartel untuk bersekongkong dalam menetapkan harga? e. wujud monopoli sehingga harga di kawal oleh satu syarikat besar?

Ibubapa boleh melaporkan aktiviti menetapkan harga kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Dengan konsep yang sama seperti membeli barang, ibu bapa boleh memilih perkhidmatan yang terbaik mengikut kemampuan. Sebarang aduan mengenai persaingan yang tidak sihat sehingga menimbulkan distortion of price (herotan harga) boleh diajukan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia, di mana tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Akta Persaingan 2010. Jika sabit kesalahan, SPAD boleh mengambil tindakan ke atas pengendali bas sekolah tersebut, antara lainnya, untuk menarik balik permit kenderaan atau lesen pengendali yang telah dikeluarkan. Selain itu, bagi situasi di mana ibu bapa merasakan mereka tidak mempunyai pilihan perkhidmatan bas sekolah, ibu bapa boleh menghubungi Persatuan-Persatuan Bas Sekolah untuk memaklumkan akan perkhidmatan yang dikehendaki. SPAD juga akan menyenaraikan persatuan-persatuan bas sekolah di laman web SPAD untuk ibu bapa berhubung dan membuat pilihan jenis perkhidmatan yang dikehendaki. SPAD mengalu-alukan maklumbalas dari pihak ibubapa sekiranya terdapat kekurangan perkhidmatan bas sekolah ditempat-tempat tertentu, bagi membolehkan maklumat tersebut disalurkan kepada persatuan-persatuan pengendali bas sekolah untuk menambah perkhidmatan di tempat-tempat tersebut.

17. Tidakah SPAD boleh menaikkan harga tambang dan kemudiannya memantau kualiti perkhidmatan yang

diberikan? Isu utama yang ingin ditangani oleh SPAD adalah mewujudkan industri yang berdaya saing dan memberi banyak pilihan kepada ibubapa. Sekiranya kadar tambang terus ditetapkan, tidak ramai pengendali yang berdaya saing ingin menceburkan diri kedalam industri ini kerana ianya tidak menguntungkan. Ini akan menyebabkan ibubapa tidak mempunyai pilihan selain dari menggunakan kenderaan yang telah berada didalam industri selama lebih 20 tahun. Selain itu, oleh kerana situasi industri yang tenat ini, ramai ibubapa yang tidak yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana tidak menjamin keselamatan dan keselesaan anak-anak mereka. Situasi ini akan menyebabkan industri berada ditahap yang sedia ada dan tidak ada transformasi industri yang dapat meyakinkan ibubapa menggunakan perkhidmatan bas sekolah. Perkhidmatan bas sekolah adalah perkhidmatan yang sangat penting kerana setiap anak-anak yang menaiki bas ini adalah nyawa yang amat bermakna kepada keluarga masing-masing, dan mereka ini jugalah generasi yang bakal mencorak masa depan negara satu hari nanti.

Page 7: SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS ... Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk memilih jenis perkhidmatan bas sekolah yang dirasakan sesuai dengan keperluan mereka.

7

Oleh itu, kita memerlukan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka. Namun begitu, SPAD mendapati peraturan yang ada sekarang, iaitu penetapan harga bas sekolah oleh SPAD, tidak menggalakkan atau memberi rangsangan kepada pengendali bas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana ada terlalu banyak kekangan. Contohnya, 40 peratus dari bas-bas sekolah yang digunakan untuk mengangkut murid-murid ini adalah bas yang berusia lebih 20 tahun. Secara amnya, perkhidmatan bas sekolah sebelum ini boleh dilihat sebagai perkhidmatan yang sekunder, yang menggunakan bas-bas yang telah digunakan secara lasak selama berbelas mahupun berpuluh tahun. SPAD bercadang melakukan satu transformasi perkhidmatan bas sekolah yang menyeluruh, di mana perkhidmatan bas sekolah adalah satu perkhidmatan yang sama penting dengan perkhidmatan bas lain. Terdapat begitu banyak penambahbaikan yang boleh dibuat untuk perkhidmatan bas sekolah ini. Walaubagaimanapun, ianya perlu dilakukan secara berperingkat kerana SPAD perlu memastikan perkhidmatan terus ada tanpa sebarang kompromi dari segi keselamatan. Jika SPAD bercadang menaikkan harga tambang siling seperti sebelum ini, tahap perkhidmatan bas sekolah tidak akan berubah kerana pengendali tidak mampu untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kerana keuntungannya dikawal. Isu pengendali tanpa lesen beroperasi juga akan terus menerus berlaku kerana pengendali bas sekolah berlesen tidak mampu memberikan perkhidmatan yang sama ataupun lebih baik. Melalui deregulasi bas sekolah yang menyaksikan lebih banyak bas sekolah di pasaran untuk dipilih oleh ibu bapa, satu persaingan sengit tetapi sihat akan wujud yang akan membawa manfaat kepada semua pihak.

18. Adakah sektor pengangkutan darat lain yang telah melalui proses deregulasi ini dengan jayanya?

SPAD telah mederegulasikan kadar tambang kenderaan barangan. Sebelum ini, kadar tambang kenderaan barangan adalah mengikut jumlah berat dan jarak perjalanan. Oleh kerana transformasi logistik yang dinamik, penetapan kadar tidak lagi relevan. Buat masa ini, syarikat logistik telah menawarkan perkhidmatan pakej seperti lain perkhidmatan impot/ekspot dan gudang, selain dari hanya kadar pengangkutan. Konsep yang sama boleh digunapakai oleh pengendali bas sekolah yang boleh menawarkan khidmat-khidmat lain sebagai value-added service, seperti:

� menyediakan pembantu yang menguruskan murid-murid melintas jalan � memantau murid-murid menaiki bas pada masa-masa tertentu dan turun ditempat yang sepatutnya, dan

melaporkan kepada ibubapa melalui sms. � menyediakan pakej pengangkutan bas sekolah bersama sarapan, dan lain-lain

19. Apakah lagi langkah baru yang akan dilaksanakan oleh SPAD dalam masa yang terdekat ini untuk

transformasi perkhidmatan bas sekolah?

SPAD telah memulakan transformasi ini dengan melaksanakan dua inisiatif sebelum ini: a. Skim Insurans Murid Sekolah – iaitu Perlindungan insurans kepada semua murid-murid sekolah yang

menggunakan bas sekolah yang berlesen dengan S.P.A.D di Semenanjung dan LPKP di Sabah dan Sarawak. Skim ini telah dilaksanakan pada April, 2013.

b. Skim Penggantian Bas Sekolah - Skim pinjaman khas bagi menggantikan bas sekolah lama yang berusia

melebihi 25 tahun kepada bas sekolah baru yang berkapasiti 12 hingga 44 tempat duduk. Skim ini telah dilaksanakan pada April 2013.

Selain itu, SPAD juga sedang mengkaji keberkesanan inisiatif-inisiatif seperti:-

a. Pengiklanan pada bas sekolah yang dibenarkan sebagai pendapatan tambahan

Page 8: SOALAN LAZIM BAGI DEREGULASI TAMBANG BAS ... Walaubagaimanapun, ibu bapa mempunyai kuasa untuk memilih jenis perkhidmatan bas sekolah yang dirasakan sesuai dengan keperluan mereka.

8

b. Penggunaan bas sekolah sebagai bas transit komuniti di luar waktu operasi sekolah

SPAD bercadang untuk meneruskan inisiatif-inisiatif ini untuk menggalakkan ibu bapa terus menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

20. Selain dari SPAD, siapakah lagi pihak berkuasa yang boleh dirujuk oleh ibu bapa dalam memantau kualiti

dan harga perkhidmatan bas sekolah? Sebagai contoh, bolehkah aduan dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang memantau harga barang asas yang lain?

Selain talian aduan SPAD, ibu bapa boleh merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi perkara yang berkaitan dengan 1-800-886 800. Aduan juga boleh dibuat melalui Biro Pengaduan Awam di Talian 03-8000 8000.

21. Siapakah pihak yang telah dirujuk oleh SPAD dalam mencapai keputusan ini?

Keputusan untuk mederegulasikan tambang bas sekolah ini adalah hasil perbincangan SPAD bersama pelbagai pihak-pihak berkepentingan, yang paling utama ialah persatuan-persatuan pengendali bas. Usaha perbincangan ini telah dijalankan semenjak dari 2012 lagi. SPAD juga telah merujuk kepada Kerajaan dalam mencapai keputusan ini.

22. Apakah fungsi PIBG dalam deregulasi bas sekolah ini?

a. PIBG boleh berbincang dan bekerjasama dengan pengendali bas sekolah tempatan untuk mempromosikan bas sekolah yang dirasakan sesuai dan boleh dipercayai, dengan kadar tambang yang dipersetujui, berdasarkan tahap dan jenis perkhidmatan yang diberikan.

b. PIBG juga boleh berbincang dengan pihak sekolah untuk menyediakan tapak tempat meletak bas untuk

menaikkan dan menurunkan murid-murid sekolah yang sesuai.

c. PIBG boleh mewar-warkan perkhidmatan baru yang diberikan oleh pengendali bas sekolah yang menawarkan peningkatan pemantauan berkenaan dengan keselamatan dan keselesaan.