soalan OUM

6
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBIS4103_V2 PENGAJIAN SIRAH RASULULLAH S.A.W. SEMESTER JANUARI 2015 ______________________________________________________________ __________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan. 4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online . Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri. 7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb – 22hb Mac 2015. Serahan selepas 22hb Mac 2015 TIDAK akan diterima. 1

description

mac

Transcript of soalan OUM

Page 1: soalan OUM

TUGASAN________________________________________________________________________

HBIS4103_V2 PENGAJIAN SIRAH RASULULLAH S.A.W.

SEMESTER JANUARI 2015________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti . jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb – 22hb Mac 2015. Serahan selepas 22hb Mac 2015 TIDAK akan diterima.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s Announcement di myVLE).

1

Page 2: soalan OUM

11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

2

Page 3: soalan OUM

SOALAN TUGASAN

Peristiwa penghijrahan umat Islam dari Kota Mekah ke Madinah merupakan satu tindakan

perancangan yang penuh dengan pengiraan jangka jauh untuk menterjemahkan Gagasan dan

Wawasan Islam dalam bentuk penyusunan masyarakat bernegara. Berdasarkan kenyataan di

atas, anda dikehendaki membuat satu penulisan ilmiah tentang Peristiwa Hijrah dan

pengajarannya kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Penulisan ilmiah ini mestilah dirujuk daripada sumber-sumber yang muktabar serta bahan

rujukan yang diakui kesahihannya. Pelajar perlu menjadikan rubrik tugasan yang disertakan

sebagai panduan utama dalam menyiapkan tugasan ini.

[Jumlah: 40 markah]

3

Page 4: soalan OUM

Rubrik Tugasan

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4Pengenalan dan latar belakang tentang peristiwa Hijrah Menurut Islam

1

Tidak dinyatakan pendahuluan dan pengertian dan latar belakang Hijrah menurut Islam.

Menyatakan tentang pengertian dan latar belakang Hijrah menurut Islam dihuraikan terlalu ringkas.

Menyatakan tentang pengertian dan latar belakang Hijrah menurut Islam dihurai secara sederhana.

Pendahuluannya sesuai dan menyatakan tentang pengertian dan latar belakang Hijrah menurut Islam dihurai dengan baik dan berpandukan dalil yang muktabar.

Pengenalannya sesuai dan jelas. Pernyataan tentang pengertian dan latar belakang Hijrah menurut Islam dihurai dengan jelas dan disertai dengan bukti.(Dalil Al-Quran, Assunnah atau pendapat ulamak/sarjana Islam).

4

Huraian Faktor berlakunya Hijrah

2

Tidak dinyatakan penghuraian tentang Faktor berlakunya Hijrah.

Penghuraian tentang Faktor berlakunya Hijrah dihurai dengan ringkas.

Penghuraian tentang Faktor berlakunya Hijrah dihurai dengan sederhana.

Penghuraian tentang Faktor berlakunya Hijrah dihurai dengan baik. Ada dalil dari Al-quran dan As-sunnah serta pendapat daripada para ulamak.

Penghuraian tentang Faktor berlakunya Hijrah dihurai dengan jelas dan disertai dengan bukti serta tersusun.Ada dalil dari Al-quran dan Assunnah serta pendapat daripada para ulamak.

8

Huraian tentang peristiwa penyusunan masyarakat bernegara dengan memfokuskan kepada PerlembagaanMadinah.

2

Tidak dinyatakan penghuraian tentang peristiwa penyusunan masyarakat bernegara dengan memfokuskan kepada PerlembagaanMadinah.

Penghuraian secara ringkas tentang peristiwa penyusunan masyarakat bernegara dengan memfokuskan kepada PerlembagaanMadinah.

Penghuraian secara sederhana tentang peristiwa penyusunan masyarakat bernegara dengan memfokuskan kepada PerlembagaanMadinah.

Penghuraian secara baik tentang peristiwa penyusunan masyarakat bernegara dengan memfokuskan kepada PerlembagaanMadinah. Ada dalil dari Al-quran dan As-sunnah serta pendapat daripada para ulamak.

Penghuraian dengan jelas dan disertai dengan bukti /dalil yang muktabar serta tersusun tentang peristiwa penyusunan masyarakat bernegara dengan memfokuskan kepada PerlembagaanMadinah.

8

Page 5: soalan OUM

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4Pengajaran peristiwa Hijrah kepada masyarakat Islam di Malaysia 3

Tidak dinyatakan penghuraian tentang Pengajaran peristiwa Hijrah kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Penghuraian secara ringkas tentang Pengajaran peristiwa Hijrah kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Penghuraian secara sederhana tentang Pengajaran peristiwa Hijrah kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Penghuraian secara baik tentang Pengajaran peristiwa Hijrah kepada masyarakat Islam di Malaysia. Ada dalil dari Al-quran dan As-sunnah serta pendapat daripada para ulamak.

Penghuraian dengan jelas dan disertai dengan bukti serta tersusun tentang Pengajaran peristiwa Hijrah kepada masyarakat Islam di Malaysia. Ada dalil dari Al-quran dan As-sunnah serta pendapat daripada para ulamak.

12

Kesimpulan, cadangan dan bahan rujukan

2

Tiada kesimpulan dan tiada bahan rujukan.

Kesimpulan terlalu ringkas dan hanya dua atau satu bahan rujukan. Tidak mengikut sistem APA.

Kesimpulan yang diberi tidak tersusun dengan baik serta bahan rujukan dua dan tiga bahan rujukan.Tidak mengikut sistem APA.

Kesimpulan yang tersusun dan meliputi kebanyakan fakta penting serta merujuk kepada sekurang-kurangnya empat atau lima bahan rujukan. Ditulis mengikut system APA.

Kesimpulan yang menarik dan meliputi keseluruhan fakta penting .Penulisan yang senang difahami serta merujuk kepada sekurang-kurangnya Lima bahan yang muktabar.Ditulis mengikut system APA.

8

JUMLAH MARKAH 40