Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

13
SULIT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL. 1. Yang manakah antara berikut tidak termasuk dalam system pembiakan lelaki A. Testis B. Skrotum C. uterus D. Sperma 2. _____________ menghasilkan ovum A. Tiub fallopio B. uretra C. ovum D. testis 3. Antara pernyataan di bawah, yang betul tentang pengurusan diri dan emosi semasa haid : i. Sentiasa menukar tuala wanita (4-6 jam sekali) ii. Meluahkan perasaan dengan cara positif seperti beriadah, membaca buku cerita, melukis dan lain-lain iii. Tidak melakukan senaman seperti biasa iv. Dapatkan rehat secukupnya A. i, ii, iii B. i, iii, iv C. i, ii, iv D. Semua di atas 1

description

sas

Transcript of Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

Page 1: Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

SULITPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL.

1. Yang manakah antara berikut tidak termasuk dalam system pembiakan lelaki

A. Testis

B. Skrotum

C. uterus

D. Sperma

2. _____________ menghasilkan ovum

A. Tiub fallopio

B. uretra

C. ovum

D. testis

3. Antara pernyataan di bawah, yang betul tentang pengurusan diri dan emosi

semasa haid :

i. Sentiasa menukar tuala wanita (4-6 jam sekali)

ii. Meluahkan perasaan dengan cara positif seperti beriadah, membaca

buku cerita, melukis dan lain-lain

iii. Tidak melakukan senaman seperti biasa

iv. Dapatkan rehat secukupnya

A. i, ii, iii B. i, iii, iv

C. i, ii, iv D. Semua di atas

4. Seseorang lelaki perlu bersyukur dilahirkan sebagai lelaki kerana lelaki

mempunyai kelebihan tertentu seperti berikut kecuali

A. Mempunyai kekuatan fizikal melebihi kaum wanita

B. Bertindak sebagai ketua keluarga

C. sifat lemah lembut

D. Bentuk fizikal dan otot lebih sasa daripada wanita

1

Page 2: Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

SULITPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

5. Berikut adalah tujuan perkahwinan kecuali :

A. Mendapatkan zuriat

B. Memenuhi fitrah manusia

C. Mengelakkan maksiat

D. Memperoleh kekayaan

6. Kawan kamu hilang keyakinan diri kerana memiliki muka yang berjerawat. Dia

sering diejek oleh rakan-rakan yang lain. Apakah tindakan kamu?

i. Turut mengejek dirinya dan memulaukannya

ii. Menasihatinya supaya bersabar.

iii. Menghasut kawan-kawan lain supaya menjauhkan diri daripadanya.

iv. Mencadangkan kepadanya supaya menjaga kebersihan dan kesihatan

diri dengan betul.

A. i & ii B. ii & iv

C. ii & iii D. i & iv

7. Lihat gambar di bawah. Manakah antara yang berikut merupakan sentuhan

yang selamat?

i ii iii

iv v vi

A. i, ii, ii, iv B. i, iv, v

C. ii, iii, iv D. iii, iv, vi

2

Page 3: Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

SULITPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

8. Berikut ialah tindakan-tindakan yang perlu kamu lakukan jika kamu

terserempak dengan individu yang tidak dikenali dan dia mengajak kamu

untuk pergi ke suatu tempat, kecuali ;

A. Mengikutinya ke tempat yang mahu dibawanya

B. Menjerit meminta tolong

C. Menjauhkan diri daripada individu tersebut

D. Tidak mempedulikannya

9. Antara yang berikut manakah kumpulan makanan yang mengandungi

karbohidrat?

A. Nasi, roti, mi, bijirin, ubi-ubian

B. Sayur-sayuran dan buah-buahan

C. Ikan, daging, ayam, susu, telur

D. Minyak dan mentega

10. Berikut adalah padanan kumpulan makanan dan kepentingannya yang betul,

kecuali

A. Karbohidrat → Memberi tenaga

B. Protein → Membantu tumbesaran

C. Lemak → Mengekalkan kesihatan

D. Vitamin → Mencegah Penyakit

11. Berikut adalah set sarapan pagi yang berkhasiat untuk seorang murid

berumur 10 tahun kecuali

A. Sepinggan nasi goreng, segelas air susu dan sepotong buah betik

B. 2 keping roti, hirisan telur rebus dan timun, sapuan mentega, segelas

horlicks

C. Sebiji burger, 2 batang sosej dan air berkarbonat

D. Semangkuk mee sup, segelas Milo dan sepotong tembikai

12. Ciri-ciri PENTING yang perlu diperhatikan pada label makanan ialah

A. Kualiti, produk, tarikh luput dan kandungan bahan

B. Warna, illustrasi, kualiti kertas yang digunakan

C. Tarikh pembuatan, nama dan alamat pengeluar

D. Bentuk tulisan, kekreatifan nama produk

3

Page 4: Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

SULITPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

13. Antara kesan jangka pendek inhalan ialah

A. Memanjangkan usia

B. Awet muda

C. Tidak boleh berfikir dengan waras

D. Menambahkan tenaga

14. Tabiat menghidu gam dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan

masalah-masalah berikut

A. Sesak nafas

B. Kerosakan otak, ketagihan dan strok

C. Sakit gigi

D. Sakit tulang belakang

15. Jika kamu tahu orang yang kamu sayangi adalah seorang pemabuk, kamu

mempunyai hak untuk berasa

A. Gembira

B. Teruja

C. Kecewa

D. Bangga

16. Berikut adalah cara untuk mengelak pembelian makanan serta minuman

beralkohol kecuali

A. Membuat pembacaan terhadap nama-nama lain alkohol

B. Berkata tidak terhadap ajakan rakan ke restoran yang menawarkan

alkohol

C. Mengenalpasti tanda “TIDAK HALAL” atau “ALKOHOL” di pasaraya

D. Memasuki mana-mana restoran yang dirasakan menarik

17. Definisi konflik ialah

A. Keadaan resah, cemas, tegang akibat tekanan mental atau fizikal

B. perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain

C. merasa bangga terhadap diri sendiri

D. permuafakan di antara orang di sekeling kita

4

Page 5: Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

SULITPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

18. Di antara berikut, yang manakah merupakan situasi stress?

A. Murung dan tidak gembira

B. Adik-beradik bergaduh

C. Perbalahan semasa mesyuarat

D. Perceraian ibu bapa

19. Stres boleh diatasi dengan

A. Membuat jadual belajar, berdoa dan berbincang dengan rakan

B. Melemparkan kemarahan pada adik-adik

C. Melibatkan diri dengan gejala sosial

D. Melawan cakap ibu bapa

20. Pilih gambar yang menunjukkan situasi konflik

A B C D

21. Antara berikut, yang manakah peranan dan tanggungjawab ahli keluarga yang betul?

A. Ibu belajar dengan bersungguh-sungguh dan menerima pendapat ahli keluarga seadanya.

B. Saya Membuat keputusan dalam semua perkara.

C. Bapa Memberi kebenaran terhadap aktiviti yang akan dilakukan.

D. Abang Memberi kasih sayang dan mengambil tahu aktiviti anak-anak.

5

Page 6: Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

SULITPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Bagi soalan 22 hingga 24, isikan tempat kosong.

22. Kita jangan mudah _________________ dengan gejala sosial.

A. sayangi

B. terpengaruh

C. dihargai

D. yakin

23. Ibu dan bapa perlu memberi _______________ sepenuhnya terhadap anak-anak.

A. perhatian

B. wang

C. kebebasan

D. kelonggaran

24. Saya rasa lebih _______________ jika ahli keluarga memberi sokongan untuk hadapi cabaran hidup.

A. terpengaruh

B. lemah semangat

C. masalah

D. dihargai

25. Berikut adalah penyakit berjangkit kecuali

A. cacar

B. campak

C. beguk

D. kanser

6

Page 7: Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

SULITPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

26. Pilih penyakit dan simptomnya yang betul.

A. Beguk Kelenjar liur membengkak

B. cacar Sesak nafas

C. konjunktivis Sakit sendi

D. Selsema Degupan jantung cepat atau tidak teratur

27. Baca dan jawab pantun teka-teki di bawah.

Asap rokok, bulu haiwan dan debu,

Pencetus penyakit yang dihidapi,

Rasa lelah sering mengganggu,

Penyakit apakah nafasnya berbunyi?

A. Diabetis

B. Penyakit jantung

C. Asma

D. Penyakit Buah Pinggang

28. Pilih jenis penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin

. A. Campak

B. Asma

C. Cirit birit

D. Konjuntivis

29. Antara gambar berikut, yang manakah merupakan amalan hidup sihat yang

boleh diamalkan untuk mencegah penyakit tidak berjangkit?

i ii iii iv

A. i, ii, iii C. ii, iii, iv

B. i, iii, iv D. i, ii, iv

7

Page 8: Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

SULITPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

30. Isikan jadual aktiviti mingguan yang kosong dengan aktiviti yang menunjukkan amalan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit tidak berjangkit.

Oktober

Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu9

Berenang10 11

Berbasikal12

Jogging13 14

Main badminton

15Berkebun

A. Tidur petang, lepak di pusat beli-belah

B. Makan di restoran makanan ringan, bermain kasut roda

C. Menonton televisyen, menghisap rokok

D. Bersenam, bermain futsal

31. Pilih gabungan ciri-ciri rakan sebaya yang baik.

A. Kemas, Bertanggungjawab, Ambil Berat

B. Selekeh, Pembuli, Bongkak,

C. Bijak, Sombong, Bangga diri

D. Peramah, Kedekut, Rajin

32. Rakan sebaya bermaksud

A. adik-beradik kita.

B. rakan yang sama umur dengan kita dan terdiri daripada pelbagai bangsa.

C. rakan yang sama bangsa dengan kita.

D. rakan yang rapat dengan kita.

8

Page 9: Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

SULITPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

33. Laman internet berikut adalah contoh laman maya yang sesuai dan baik untuk anda kecuali

A. Frog VLE

B. Facebook

C. Eduweb tv

D. bharian.com

34. Rakan mengajak kamu menconteng dinding sekolah. Apakah yang patut kamu lakukan?

A. Turuti ajakan rakan

B. Menasihatinya supaya tidak menconteng dinding tersebut

C. Mencari pensel warna yang sesuai untuk menconteng dinding tersebut

D. Mengajak kawan-kawan lain untuk turut menconteng dinding tersebut.

35. Pilih watak yang sesuai dijadikan contoh teladan oleh rakan sebaya.

A. Nani merupakan seorang murid yang sangat pintar. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Dia kerap dipuji oleh guru dan menjadi pelajar contoh. Namun A agak sombong dan terlalu memilih rakan sebaya yang ingin didampingnya.

B. Ravi merupakan atlet sekolah yang hebat. Dia aktif dalam semua jenis sukan dan mewakili sekolah sehingga ke peringkat tertinggi. Namun begitu, Ravi suka berkawan dengan remaja jalanan yang suka menyalahgunakan bahan dan kerap ponteng sekolah.

C. Ah Seng merupakan murid biasa. Dia berasal daripada keluarga yang sederhana. Pakaiannya lusuh, tetapi penampilannya tetap kemas setiap hari. Ah Seng mempunyai prestasi yang sederhana dalam bidang pelajaran dan sukan. Dia seorang murid yang baik hati dan suka membantu orang lain.

D. John merupakan murid yang nakal. Setiap hari dia akan menimbulkan masalah di sekolah seperti tidak menghormati guru dan bergaduh dengan rakan-rakan. Di rumah juga dia selalu tidak mendengar kata ibu bapanya dan bersikap biadab dengan mereka. Walaubagaimanapun, dia mempunyai rupa paras yang kacak dan penampilan yang segak.

9

Page 10: Soalan P Akhir Tahun 2015 Sk

SULITPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

36. Bantu mula bermaksud rawatan atau __________ ______ yang diberikan kepada mangsa untuk mengurangkan kesakitan atau mengelakkan kecederaan menjadi bertambah teruk sebelum mangsa dihantar ke hospital atau klinik berhampiran.

A. rawatan susulan

B. bantuan awal

C. pertolongan cemas

D. pembedahan kecil

37. Jenis-jenis kecederaan ringan adalah seperti berikut kecuali

A. luka C. lebam

B. calar D. hilang anggota

38. Berikut adalah pernyataan yang betul kecuali :

A. Luka tidak perlu dibasuh

B. Tampal plaster pada calar jika perlu

C. Balut luka dengan kain kasa untuk mengelakkan pendarahan

D. Jika terseliuh, jangan urut.

39. Seorang rakan anda melecur akibat terkena air panas semasa menjalankan eksperimen sains, yang manakah antara berikut keutamaan wajar anda lakukan segera

A. Sapu anti septik pada kesan lecur

B. Sejukkan tempat melecur dengan air

C. Membalut dengan kain bersih dengan segera

D. Menghubungi ambulan untuk bantuan

40. Yang manakah tidak terdapat dalam peti pertolongan cemas

A. Kapas C. Plaster

B. Antiseptik D. Picagari

10