soalan set 1.doc

11
MODUL GEMILANG EKONOMI ASAS SOALAN 1 SOALAN 1 [SET 1] 1 (a) Gambar merujuk kepada sumber ekonomi. Terangkan sumber ekonomi lain terlibat dalam pemprosesan sesuatu barang [4 markah] (b) Berikut ialah maklumat tentang sistem ekonomi yang diamalkan di negara David dan Kaka Negara David Negara Kaka Sumber ekonomi bebas di miliki Sumber ekonomi dimiliki oleh oleh rakyat kerajaan dan individu Jelaskan tiga perbezaan antara ciri-ciri sistem ekonomi tersebut [ 6 markah] (c) Gambar di bawah ini menunjukkan masalah asas ekonomi yang sedang difikirkan oleh seorang pengusaha Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh pengusaha tersebut [4 markah] Panel Perunding Mata Pelajaran EA 1 3757/2 Nampaknya harga minyak dah naik , akan naikkan kos , kena gunakan teknologi tinggi untuk hasilkan produk makanan baru kita

Transcript of soalan set 1.doc

MODUL GEMILANG EKONOMI ASASSOALAN 1

SOALAN 1 [SET 1]1 (a) Gambar merujuk kepada sumber ekonomi.

Terangkan sumber ekonomi lain terlibat dalam pemprosesan sesuatu barang[4 markah]

(b) Berikut ialah maklumat tentang sistem ekonomi yang diamalkan di negara David

dan Kaka

Negara David

Negara Kaka

Sumber ekonomi bebas di miliki

Sumber ekonomi dimiliki oleh

oleh rakyat

kerajaan dan individu

Jelaskan tiga perbezaan antara ciri-ciri sistem ekonomi tersebut

[ 6 markah]

(c) Gambar di bawah ini menunjukkan masalah asas ekonomi yang sedang difikirkan oleh seorang pengusaha

Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh pengusaha tersebut

[4 markah]d) Berikut menunjukkan penyata gaji En. Khairi yang bekerja di Telekom Malaysia.

Jika harga petrol pada tahun 2013 RM 1.80 seliter. Menjelang tahun 2014, harga petrol meningkat kepada RM 2.20 seliter.i) Hitungkan upah benar 2013 dan 2014

[2m]

ii) Berikan rumusan anda di 1d)(i)

[1m]

-e) Gambar 1 menunjukkan sejenis barang dalam ekonomi.

GambarSungai Pahan

(i) Apakah jenis barangan tersebut?

[1 markah ]

(ii) Bagaimanakah barangan tersebut boleh menjadi barang ekonomi. [KBAT] [3 markah]f) Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan suatu bentuk pelaburan. [KBAT]

Terangkan bagaimana pelaburan modal insan boleh dilakukan oleh sesebuah syarikat

[3 markah]SOALAN 1 [SET 2]1 (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan faktor pengeluaran

Jelaskan dua faktor pengeluaran tersebut.

[4 markah](b) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Kementerian

Pembangunan Bandar dan Luar Bandar.

Projek Jalan Raya

RM60 juta

Projek Perumahan

RM55 juta

Bagaimanakah masalah ekonomi tersebut diselesaikan?

[5 markah]

(c) Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara Azman dan Azizah.

(i)Apakah sistem ekonomi yang diamalkan di Amerika Syarikat?

[1markah]

(ii)Bezakan ciri-ciri sistem ekonomi seperti di 1(c)(i) di atas.

[5markah]

(d)Bagaimana sistem ekonomi di Jepun menyelesaikan masalah bagaimana dan

untuk siapa barang dikeluarkan

[4 markah]

(e) Maklumat di bawah berkaitan dengan punca pendapatan

JohanFazrul

Kelulusan : Ijazah Perniagaan

Pekerjaan : Eksekutif Perniagaan

Gaji : RM4 500

Pendapatan lain : Tiada

Kelulusan : Ijazah Perniagaan

Pekerjaan : Berniaga

Keuntungan: RM1,000 - RM10,000

Pendapatan lain : Tiada

Setujukah anda bahawa pendapatan Fazrul lebih tinggi berbanding Johan. Berikan empat alasan.

[4 markah]

(f) Maklumat berikut berkaitan dengan cara PuanRohayu membelanjakan wang.

Menerima wang pampasan kemalangan jalan raya RM250 000

Pilihan 1Pilihan 2

Membeli rumah untuk dijadikan

rumah sewaMembeli Saham

Harga RM250 000Kadar dividen/bonus 7.7%

Wajarkah Puan Rohayu memilih untuk membeli saham. Berikan empat alasan. KBAT

[4 markah]

SOALAN 1 [SET 3]1 (a)Gambar di bawah menerangkan cita-cita seorang usahawan bernama Darwisy

Jelaskan dua sumber-sumber ekonomi utama yang diperlukan oleh Encik

Darwisy untuk mencapai cita-citanya.

[4 markah]b) Gambar dibawah menunjukkan perbualan berkaitan dengan masalah ekonomi.

(a) Bezakan dua masalah ekonomi yang di hadapi oleh dua sahabat tersebut.

[4 markah]b) Gambar 1 menunjukkan barang dalam ekonomi

i) Apakah jenis barangan tersebut? [1 markah]

ii) Bagaimanakah barangan tersebut boleh menjadi barang ekonomi. [3 markah]c) Gambar dibawah menunjukkan perbualan berkaitan dengan sistem ekonomi.

Bezakan ciri-ciri sistem ekonomi Sally dan Maria selain yang disebut dalam dialog di atas [ 6 markah]d) Gambar di bawah ini menunjukkan seorang usahawan yang berjaya dengan produk kilangnya.

Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh pengusaha tersebut [ 4 markah ]1e) Berikut merupakan slip gaji yang diterima oleh seorang pekerja di Telekom Malaysia dan tingkat harga bagi 2 jenis barang.TahunAyam

(kg )Daging

(kg)

2012RM 10 .00 RM 22.00

2013RM 12.00RM 28.00

Jika upah benar yang diterima oleh Encik Saiful tidak berubah iaitu RM 3500 sebulan. i) Hitungkan upah benar pada tahu 2012 dan 2013

[ 2 markah ]

Nyatakan rumusan anda di (1) ei)

[ 1 markah ]1f) Gambar di bawah menunjukkan jenis pekerjaan yang Puan Salmah telah ceburi.

Jelaskan faktor Pn. Salmah bertukar kerja kepada guru.

[ 3 markah ]SOALAN 1 [SET 4]

1. (a)Gambar menunjukkan perbualan antara dua individu.

Terangkan bagaimana masalah ekonomi tersebut diselesaikan. [6 markah] (b) Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan barang dalam ekonomi.

Gambar 1 Gambar 2i) Apakah jenis barangan bagi gambar 1 tersebut? [1 markah]ii) Bezakan kedua-dua jenis barang tersebut? [ 4 markah ]( c ) Dialog menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan sumber pendapatan Encik Ali

Huraikan dua sumber pendapatan Encik Ali selain daripada yang dinyatakan di atas. [4m](d) Petikan di bawah berkaitan dengan sebuah syarikat makanan segera di Malaysia.

i) Apakah pelaburan?

ii) Terangkan bentuk-bentuk pelaburan yang telah dijalankan oleh Syarikat Burger Ramly.

(d) Maklumat berikut berkaitan dengan satu ciri sistem ekonomi negara X.

(i)Apakah sistem ekonomi negara X?

[1 markah]

(ii)Huraikan dua ciri lain sistem ekonomi tersebut.

[4 markah]

Nampaknya harga minyak dah naik , akan naikkan kos , kena gunakan teknologi tinggi untuk hasilkan produk makanan baru kita

PENYATA GAJI 2014

GAJI POKOKRM1500 POTONGAN RM 800

ELAUN PERUMAHANRM 300

ELAUN SARA DIRIRM 250

GAJI RM2050 GAJI BERSIH RM1250

Sesebuah syarikat boleh dibangunkan dengan memberi suntikan kepada modal insan.

Tun Dr Mahathir bin Mohamed

Encik Haikal berusia 25 tahun yang bekerja sebagai jurutera di Syarikat Amran Sdn Bhd

Tuan Haji Amran merupakan pemilik Syarikat Amran Sdn Bhd mempunyai 988 orang pekerja

Jadi, sistem ekonomi mereka tak samalah dengan negara kita? Walau bagaimanapun , saya tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Malaysia.

Saya baru balik melancong dari Amerika Syarikat. Di sana, pengguna dan pengeluar berkuasa penuh dalam ekonomi.

Aku ingin menjadi seorang pengeluar rotan yang berjaya!!

Arif, dulu awak kata awak nak mengeluarkan kasut dan perabot

Ya Khairul, Tapi syarikat kami menghadapi masalah ekonomi. Syarikat keluarkan kasut aje.

Betul tu, saya yang tak ada syarikat pun menghadapi masalah yang sama

Oh, Maria di negara saya, kami bebas membuat pilihan. Malah kami juga yang menentukan barang yang ingin kami beli dan jual.

Sally di negara saya, kami tiada kebebasan membuat pilihan terhadap aktiviti ekonomi. Malah keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan

Syarikat Maju Enterprise, akan meluaskan pasaran produk Sos Cili sehingga ke peringkat antarabangsa. Oleh itu kami akan menambah jumlah pengeluaran kepada 10,000 unit sehari.

Pekerjaan : Guru

Gaji : RM 5500

Jarak : 5km dari rumah

Kelulusan akademik : Ijazah

Waktu bekerja : 8 jam

Pekerjaan : Eksekutif Pemasaran

Gaji : RM 5500

Jarak : 25km dari rumah

Kelulusan akademik : Ijazah

Waktu bekerja : waktu pejabat

Model baru kereta proton dah keluarlah.

Proton sebenarnya ingin keluarkan 2 jenama kereta baru iaitu Espira dan Exora. Tapi mereka memutuskan untuk mengeluarkan Exora

Jangan lupa wang pencen awak tu perlu di zakatkan.

Imah, anak kita kirim wang untuk kita. Nampaknya bulan ini boleh belanja besar

Rangkaian Makanan Segera Melaburkan RM 20 Juta.

Burger Ramly ingin membesarkan rangkaian perniagaanya. Sebanyak 10 buah cawangan baru akan dibuka dengan perbelanjaan RM 20 juta. Burger Ramly berasa yakin tentang pasaran makanan segera di Malaysia. Keadaan politik dan perniagaan yang stabil serta suatu profil penduduk yang masih muda turut menjadi faktor yang meyakinkan pengurusan Burger Ramly untuk melabur.RM6 juta daripada RM10 juta itu akan digunakan untuk membina bangunan baru manakala RM4 juta akan digunakan untuk menaikkan taraf bangunan yang sedia ada.

Harga barang ditentukan oleh mekanisme harga

Individu dan firma bebas menguasai pasaran

Panel Perunding Mata Pelajaran EA13757/2