soalan struktur

download soalan struktur

of 2

description

we

Transcript of soalan struktur

SOALAN STRUKTUR(40 MARKAH)

B. Pilih dan tuliskan jawapan yang sesuai bagi pernyataan di bawah.

A Agama BuddhaB Agama SikhC Agama KristianD Agama HinduE Agama Islam

1. Penganut lelaki memakai kain turban di kepala.2. Sambutan Hari Vaisakhi diadakan di Gurdwara.3. Penganut ini melakukan upacara pembaptisan di gereja.4. Menantikan kedatangan Santa Claus yang membawa hadiah.5. Membuat kolam menggunakan beras berwarna-warni di rumah.6. Bersembahyang dengan membakar colok di rumah atau di tokong.7. Menunaikan solat lima kali sehari dan berpuasa di bulan Ramadhan.8. Mempercayai bahawa limau mandarin membawa nasib baik dan kemewahan.9. Penganut agama ini menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.10. Upacara perkahwinan dilakukan di kuil atau di rumah pengantin perempuan oleh seorang ketua agama.

(20 Markah)

C. Gariskan jawapan yang betul.

1. Orang yang mengamalkan nilai baik hati akan sentiasa memberikan sumbangan dengan ( berani, ikhlas, sambil lewa ) untuk kebaikan orang lain.2. Murid yang mempunyai budi pekerti ( mulia, sederhana, rendah ) akan disukai oleh rakan dan guru.3. Murid-murid hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang baik dan berkelakuan ( sopan, buruk, keji ).4. Kita perlulah menghormati ( adat resam, adat perpatih, adat Melayu ) dan kebudayaan kaum lain.5. Bercakaplah dengan ( kasar, sopan, sambil lewa ) dengan orang yang lebih tua daripada kita.6. Murid yang rajin tidak akan ( bersemangat, bersungguh-sungguh, berputus asa ) untuk mencapai kejayaan.7. Sebelum sesuatu tindakan diambil, kita perlulah ( memikirkan, merenung, mimpikan )kesan yang akan diterima.8. Pemimpin yang berkaliber akan sentiasa ( membimbing, mengasuh, mendidik) dan menjaga rakyat dengan penuh bertanggungjawab.9. Mengaji al-Quran menjadi amalan penganut agama ( Kristian, Hindu, Islam ).10. Ucapan ( terima kasih, tahniah, takziah ) perlu diberikan kepada keluarga yang kematian ahli keluarga.

( 10 Markah)

D. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah.1. Yao Jin tidak membuat bising dan mematuhi peraturan semasa menemani Henry ke gereja. 2. Walaupun Nizaril sering pergi ke pusat siber untuk mendapatkan maklumat melalui internet, dia tidak pernah melayari laman web yang berunsur negatif.3. Ganesh selalu bertutur secara kasar dengan pengusaha kantin sekolah dan warga sekolah yang lain.4. Airizal sering ke masjid untuk solat berjemaah dengan harapan dia dapat membentuk pemikiran positif dalam dirinya.5. Hyun Bin berani menegakkan kebenaran dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh apabila dia dituduh mencuri dompet Rania.6. Adrian memakai samfu berwarna merah semasa menghadiri upacara kematian bapa saudaranya.7. Balarajan menolak ajakan kawan-kawannya untuk merokok di tandas sekolah.8. Syafikah dan Aleyah merupakan sahabat baik. Mereka sentiasa bersedia memberikan bantuan antara satu sama lain apabila diperlukan.9. Watson tidak menyertai aktiviti kokurikulum kerana dia lebih gemar bermain permainan video di rumah.10. Raveena memakai pakaian mencolok mata semasa menghadiri majlis perkahwinan kakak kawannya. ( 10 Markah )