Soalan Tutorial Edu3083

5

Click here to load reader

description

Soalan

Transcript of Soalan Tutorial Edu3083

SOALAN TUTORIAL

1.Kongsi cerita/isu-isu guru melanggar etika keguruan dengan rakan sekelas anda.Penyalahgunaan masa. Biasanya waktu persekolahan di negara kita selama 6 jam bagi sekolah rendah. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran, guru tidak menepati masa kelaur dari kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchating, berwassup, melepak di kantin atau bilik-bilik tertentu, menjalankan kerja sambilan di sekolah hingga menganggu kerja hakiki mereka.

2.Bincang sebab-sebab berlaku ketidakpatuhan etika keguruan.Merujuk kepada isu yang dinyatakan, terdapat dua sebab utama kenapa masalah penyalahgunaan masa ini berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama disebabkan oleh individu itu sendiri atau guru, dalam hal ini iaitu guru mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Sebilangan guru yang terlibat pula, ada yang terpaksa menjadi guru walaupun tidak berminat kerana kerjaya guru menjadi pilihan terakhir dan bagi mereka kerjaya guru amat mudah dan mempunyai masa yang panjang untuk berehat. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang diamanahkan sehinggakan tiada rasa tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik bagi mendidik anak bangsa. Bagi sebilangan mereka, yang penting setiap bulan mereka memperoleh gaji tanpa menjalankan tanggungjawab dengan amanah.

Punca yang kedua kerana sikap pentadbir sekolah. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila pentadbir juga lepas tangan dalam menangani masalah ini, maka guru-guru yang terlibat lebih berani untuk melakukan pelanggaran etika tersebut. Segelintir pentadbir juga, terlalu mempercayai guru-guru di bawah pentadbiran mereka. Hal ini menyebabkan segelintir guru mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak pentadbir.

3.Cadangkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kepada seseorang guru yang gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan intergriti.Isu-isu yang melibatkan etika keguruan yang sangat banyak berlaku pada hari ini telah menjejaskan akautabiliti guru. Secara amnya, isu yang membabitkan etika keguruan telah melunturkan akauntabiliti yang ada dalam diri guru yang tidak terlibat dengan sebarang kes salah laku tersebut atas persepsi umum yang dibuat oleh masyarakat.Apabila persepsi negatif ditujukan kepada akauntabiliti keguruan, maka segala tindakan yang dilakukan oleh guru akan mendapat respon yang pelbagai khususnya daripada ibu bapa dan masyarakat amnya.Di samping itu, lunturnya integriti yang ada pada seorang guru kesan daripada isu seperti hadir lewat ke sekolah. Ianya bukan sahaja akan mengakibatkan hilangnya kepercayaan dan rasa hormat terhadap rakan sejawat dan murid-murid, bahkan secara tidak langsung akan melambatkan aspek pengurusan dan pengelolaanSelain itu, kualiti pembelajaran murid juga akan turut terkesan akibat daripada etika guru yang telah menjejaskan akauntabiliti keguruan itu sendiri. Sebagai contoh, murid yang menjadi mangsa kepada guru yang tidak mengamalkan kod etika keguruan serta menjalankan akauntabilitinya sebagai guru akan merasa mereka seolah-olah guru berkenaan garang dan susah untuk didekati.Harus diingat bahawa, hal seperti ini adalah penyumbang utama kepada jatuhnya akauntibiliti profesion perguruan dalam kaca mata masyarakat pada hari ini, lebih-lebih lagi dengan tersiarnya berita-berita negatif berkenaan isu keguruan di segenap sumber media massa.

4.Bincang/dapatkan maklumat isu-isu melibatkan penyalahgunaan masa dan wang yang mungkin berlaku di sekolah. Cadangkan cara-cara mengatai masalah tersebut.Cara-cara mengatasi isi-isu tersebut, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari masa ke semasa terhadap prestasi guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa dan wang di sekolah adalah terbatas. Pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti guru yang terlibat dalam melanggar etika keguruan tersebut. Pentadbir boleh memberikan nasihat kepada guru terbabit. Jika, guru tersebut melakukan tindakan yang sama berulang kali, pentadbir boleh mengambil tindakan tatatertib kepada guru berkenaan. Hal ini bagi memberi kesedaran dan pengajaran kepada guru tersebut dan guru-guru lain jika melakukan kesalahan melanggar etika yang serius.Selain itu, rakan sejawat juga boleh memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah dengan memberikan nasihat dan dorongan. Jika rakan sejawat selalu mengingatkan antara satu sama lain tentang kesalahan yang dilakukan, mungkin kesalahan tersebut tidak berulang.Peranan individu itu sendiri, dalam mengubah sikap ke arah yang lebih positif seperti bertanggungjawab dan amanah. Guru yang terlibat boleh sentiasa muhasabah diri tentang apa yang dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenal pasti dan diperbaiki. Hal ini juga boleh menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Guru juga perlu bijak dalam memilih kawan yang bersikap positif supaya boleh membimbing mereka ke arah yang lebih baik.

DISEDIAKAN OLEH:HAIRUL ANUAR BIN ISMAILPPG AMBILAN JUN 2011SAINS 1U/P :PUAN FARIDAH BINTI DIN