Soalan2 sjh1024

download Soalan2 sjh1024

of 7

description

Perkembangan kurikulum sejarah dalam pendidikan malaysia

Transcript of Soalan2 sjh1024

No. Kod: SJH 10241. Perkataan Sejarah berasal daripada bahasa Greek.Berikan secara ringkas maksud sejarah?Menurut R.G. Collingwood, sejarah adalah satu proses yang tidak putus2 antara ahli sejarah dengan faktanya atau antara masa kini dengan masa lampau.[4m]2. Reka bentuk kurikulum Pelajaran Sejarah dari Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah mengikut hasrat pendidikan negara masa kini.Terangkan dua asas yang mendasari penggubalan KSSR.i. pendekatan bersepaduii. pendidikan yang saksama untuk semua muridiii. perkembangan individu secara menyeluruhiv. pendidikan seumur hidup

[4m]3. Pada dasranya Pendidikan Sejarah mempunyai matlamat yang jelas sesuai dengan hala tuju negara.Nyatakan dua matlamat Pendidikan Sejarah di sekolah rendah.i. memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahuii. mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarahiii. menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysiaiv. menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial[4m]7. nyatakan empat cara bagaimana kurikulum Sejarah dapat membentuk perpaduan antara kaum.i. Tema yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan setiap kaum itu dari aspek politik, ekonomi dan sosial perlulah diberi fokus dalam menyusun kurikulumii. Latihan guru Sejarah perlu disesuaikan dengan matlamat dan objektif kurikulum Sejarah itu sendiri, yang meletakkan integrasi dan asas perpaduan sebagai matlamat yang hendak dicapai kerana guru merupakan pelaksanaiii. Pedagogi berkaitan integrasi kaum perlu dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh agar dapat diserapkan dalam kursus-kursus untuk guru praperkhidmatan ini dengan lebih berkesan.iv. penerapan nilai dalam kurikulum Sejarah sama ada daripada aspek kemasyarakatan mahupun politik[4m]8. salah satu pendekatan Sejarah ke arah perpaduan ialah menanam kesedaran, toleransi dan kepekatan berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara.Jelaskan dua usaha kerajaan ke arah mencapai matlamat tersebut.i. Dasar Ekonomi Baru (Deb). Dalam pelaksanaan DEB, terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan dan memupuk perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.ii. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.

[4m]9. senaraikan empat disiplin ilmu Sejarah.i. sejarah politikii. sejarah ekonomiiii. sejarah masyarakativ. sejarah pendidikanv. sejarah sosial[4m]10. kurikulum Sejarah Sekolah Rendah Mata Pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang.Nyatakan empat daripada enam tunjang tersebut.i. Komunikasiii. Kemanusiaaniii. Sains dan teknologiiv. Kerohanian, sikap dan nilaiv. Keterampilan dirivi. Perkembangan fizikal dan estetika[4m]BAHAGIAN B[30m]Jawab semua soalan.1. menurut R.G. Collingwood, tujuan mempelajari sejarah adalah untuk mendapatkan pengetahuan diri manusia.Bincangkan bagaimana Pendidikan sejarah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.Pengetahuan sejarah mencakupi pengetahuan yang luas dalam bidang seperti falsafah, kemanusiaan, moral, budaya, ketamadunan dan politik sesuatu bangsa dan negara.Pengetahuan sejarah juga meluaskan world-view dan persepsi seseorang tentang perkembangan, isu-isu,, pergolakan dan trend-trend yang berlaku dalam konteks global. [10m]2. Kandungan kurikulum sejarah memberi penenkanan ke atas penghayatan dan iktibar peristiwa sejarah.Perincikan kenyataan di atas dengan contoh-contoh yang sesuai.[10m]3. Pentaksiran dilakukan secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai cara.Jelaskan bagaimana pentaksiran secara kajian kes bagi mata pelajaran sejarah dilaksanakan.[10m]BAHAGIAN C[30m]Jawab dua soalan.1. Mata pelajarah sejarah dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah amata pelajaran yang wajib bagi semua pelajar di peringkat sekolah menengah. Melalui pendidikan sejarah, identiti bangsa dapat diterap dalam kalangan pelajar dan dapat merealisasi pembinaan negara bangsa.Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. [15m]2. banding beza kurikulum sejarah antara KBSR (Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik) dan KSSR.KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia Dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan sistematik.Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi, Kemanusiaan, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Keterampilan Diri, Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika menjadi bidang utama dalam KSSR.Penambahbaikan reka bentuk dalam KSSR bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani independent learning.Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat perubahan dalam pengajaran masing2 sama ada daripada segi kaedah, strategi serta teknik mengajar.KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran.Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam KBSR. Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan2 daripada buku teks, bahan2 lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid Tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam mata pelajaran teras dan elektif. Pelaksanaan KSSR berasaskan modular telah menggunakan bahan2 pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.Perbezaan antra dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui focus setiap kurikulum. Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logic. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, focus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam pelaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam pelaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.Penilaian KSSR berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.649 patah perkataan[15m]3. Disiplin ilmu Sejarah merangkumi pengkajian tentang politik, ekonomi, masyarakat, pendidikan dan sosial.Perincikan sejarah politik dengan memberi contoh-contoh yang relevan.[15m]