Socrates vs Alfarabi
Transcript of Socrates vs Alfarabi
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
1/12
Socrates (469 399)
Socrates dilahirkan di Athens, Greece pada 470 SM. Bapa beliau ialah
seorang pengukir batu manakala emaknya seorang bidang. Dia diajar oleh bapanya
membuat arca batu. Sejak muda lagi, Socrates sentiasa bertanya soalan yang telahmenjadikannya terkenal. Beliau mempelajari drama, sains, astronomi dan geometridan selalu menyoal tentang apa yang dipelajari. Dia sungguh berminat membahasa
denganguru-gurunya dan selalu bertanya bagaimana menentukan sesuatu itu salahdan benar.
Apabila bapanya meninggal, dia mewarisi segala harta dan jawatan sebagai
pegawai kerajaan. Oleh kerana dia memiliki harta, dia diwajibkan menyertaitentera Athens dan terpaksa berperang, walau pun beliau tidak bersetuju dengan
peperangan. Apabila dia kembali daripada medan peperangan, dia melakukan apayang dia benar-benarmenikmati iaitu untuk mengajar. Beliau akan
bersiar-siar di jalan-jalan di Athens, bertanya soalan, membahaskan isu-isu, dan
mencari jawapan.
Kebanyakan guru-guru lain mengenakan bayaran untuk berkongsipengetahuan mereka, tetapi Socrates tidak mengenakan apa-apa bayaran pun. Beliau
lebih berminat memberi inspirasi kepada orang lain untuk berfikir.
Kadangkala pelajar-pelajar akan berasa kecewa dengan beliau kerana dia tidak
memberi syarahan atau jawapan. Sebaliknya, beliaumenegaskan bahawa mereka
perlu belajar dengan bertanya soalan, membahaskanisu-isu dan mencari kesimpulanyang logikal. Malangnya, kaedah pengajaran dan keinginan untuk berkongsi
pengetahuan telah menyebabkan kejatuhannya.
Apabila beliau berusia 70 tahun, beliau telah dihadapkan ke mahkamah atastududahan menyembah tuhan-tuhan yang aneh. Penuduhnya berkata bahawa beliau
telah mengajar anak-anak muda untuk berfikir tentang isu-isu dan ini dianggapsebagai berbahaya. Beliau didapati bersalah dan dihukum mati. Walaupun kawan-
kawannya merancang untuk membantunya melarikan diri dari penjara, beliauenggan. Setelah menghabiskan begitu banyak masa mencari pengertian apa itu
benar atausalah,beliau merasakan ia adalah salah untuk melarikan diri daripada
keputusan kerajaan. Beliau memberitahu kawan-kawannya, Tiada bermakna sekiranyakita sebagai manusia tidak membincang tentang kemuliaan, dan kehidupan kita tak
bermakna sekiranya kita tidak memeriksa atau mempersoal apa yang dlakukan.
Jadi, pada bulan Februari, 399 SM, Socrates membuat keputusan untukmenamatkan riwayatnya dengan meminum Hemlock sejenis racun. Pernyataan
terakhir beliau adalah,
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
2/12
Masa telah sampai, kita berpisah mengikut jalan berasingan. Saya mati dan kamu
hiduphanya Tuhan yang tahu manakah lebih baik"
Plato, salah seorang pelajar beliau yang telah mencatat segala hujah-hujah Socrates
berpendapat: Socrates ialah seorang yang paling bijak dan adil pada zamannya.
Plato telah menulis idea-idea Socrates dalam buku-bukunya yang
dipanggil Dialogue. Selain Plato, ahli-ahli falsafah Yunani seperti Xenophon,
Aristotle dan Aristophanes juga telah mencatat hujah-hujah Socrates sertamemberikan pemahaman yang mendalam tentang pemikiran beliau.
Musik
Socrates agak konservatif, dan membenarkan hanya lagu dan
melodi yangsederhana. Melodi yang rentaknya memberi perasaan keberanian
digalakkantetapi melodi membawa perassn kesedihan atau melodi yang terlalu
rancak dan berunsur kemeriahan atau berpesta dilarang sama sekali(Sudah tentu Socrates akan melarang lagu rock!). Hanya alat musik yang mudah
seperti lyre (sejenis gambus) dibenarkan (399d).
Gimnastik
Socrates menekankan kepentingan gimnastik kerana dia percaya bahawa minda
yang sihatberkait rapat dengan badan yang sihat. Juga, senaman dapat untuk
mencegah daripada penyakit penggunaan ubat-ubatan. Beliau jugamencadangkankesederhanaan dalam makanan dan minuman (Lihat Rajah 5.1).
Pergerakan, sukan dan permainan mengajar kanak-kanak mengkordinasi badanmerekasupaya mencapai keharmonian.Sambil itu, kanak-kanak yang terlibat dengan kefiatan fizikal akan mempelajari kesederhanaan.
Mereka akan tahu bila hendak berusaha bersungguh-sungguhdan bila hendak mengundur diri dan
berehat. Kemahiran seumpama ini sungguh berfaedah kerana kanak-kanak akan tahumengamal
kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan.
Matematik
Apabila seorang kanak-kanak mula membesar, dia harus mula belajar matematik.
Mula dengan pengiraan dan diikuti dengangeometri satah (plane geometry) danakhirnya geometri pepejal.
Menurut Socrates, matematik adalah sangat penting (Lihat Rajah 5.2). Bagaimanakah seseorang
itu dapat menjalankan perniagaan atau mentadbir negara jika dia tidak dapat membezakan di
antara banyak dan sedikit, atau menggunakan wang atau sumber- sumber. Juga, sebelum
seorang pemimpin dapat merancang sesuatu peperangan dan mengatur tenteranya, dia mesti
tahu dimensi atau keluasan medan perang.
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
3/12
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
4/12
Jika kanak-kanak didedahkan kepada cerita-cerita untuk menunjukkan kebaikan dan
tidak terdedah kepada cerita-cerita buruk, mereka akan belajar untuk menghargai
kebaikan dan keadilan dan membenci ketidakadilan.
Penyoalan Socratic (Socratic Questioning)
Pada suatu hari lewat sampai ke suatu majlis. Ini adalah kerana beliau suka
berhenti semasa dalam perjalanan untuk mereflek atau berfikir secara mendalam
mengenai pemikirannya. Bila sampai ke majlis berkenaan, lelaki bernama Agathon
yang merupakan tuan rumah menjemput Socrates duduk disebelahnya kerana diaingin berkongsi idea dengan Socrates. Pada ketika itu, Socrates menjawab;
langkah baik jika hikmah (wisdom) boleh dikongsi dengan duduk bersebelahan
seseorang seolah-olah ia mengalir daripada cawan yang penuh kepada cawan yang
kosong sehingga kedua-dua cawan itu sama penuh.(Symposium, 175d).Socrates berpendapat pengetahuan yang disampaikan tidak berkesan sekiranya pelajar hanya
mendengar secara pasif. Kaedah Penyoalan Socratic (Socratic Questioning Method) yang
diperkenalkan adalah satu kaedah interaktif dimana guru dan pelajar bersama-sama mencari
jawapan melalui dialog. Kaedah ini merupakan satu kaedah 'maieutic' dimana guru berperanan
sebagai bidan. Guru mencungkil pengetahuan yang sedia ada dalam minda pelajar yang mereka
tidak sedar memiliki.
Dengan secara halus, guru mengarahkan perbincangan melalui penyoalan yanglama-
kelamaan membawa kepada kebenaran. Tujuan beliau bukanlah untuk mempengaruhi pemikiran
pelajar tetapi membantu mereka bertumpu kepada apa yang penting dan benar. Tugas guru
ialah membawa pelajar ke arah cahaya atau kebenaran melalui penyoalan (511c-d). Pelajar
didedahkan kepada pelbagai pandangan dan tidak menghadkan pemikiran mereka kepada idea-
idea yang ternyata sahaja. Mereka digalakkan membuka minda mereka kepada idea-idea baru dan
asing.
Socrates tidak mengajar pelajar apakah yang harus difikir tetapi membantu mereka
merealisasi potensi semula jadi mereka.
b) Mainan (Play)
Selain bercerita dan penyoalan, Socrates menyatakan bahawa pendidikan yang
baik perlu merupakan seperti mainan. Mainan yang disokong oleh beliau
hendaklah mainan yang bertanggungjawab. Mainan iru mesti mempunyai niat yang
serius. Socrates berkata, "Jangan menggunakan kekerasan dalam melatih kanak-
kanak tetapi jadikan latihan berkenaan seperti memainkan" (537a).
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
5/12
PEMIKIRAN FILSAFAT PENDIDIKAN MENURUT SOCRATES (470-399 SM)
Pada titik waktu ini dalam sejarah filsafat muncullah salah seorang pemikir besar kuno (470-399 SM)
yang mana gagasan-gagasan filosofisnya dan metode pengajarannya ditunjukan untuk
mempengaruhi secara mendalam dan abadi terhadap teori dan praktik pendidikan diseluruh dunia
Barat. Socrates yang dilahirkan di Athena, is adalah putra seorang pemahat dan seorang bidan yang
hanya sedikit dikenal kecuali nama mereka, yaitu Sophonicus dan Phaenarete (Smith, 1986: 19).
Adapun prinsip-prinsip dasar pendidikan menurut Socrates adalah, metode dialektis, yang digunakan
oleh Socrates yang mana telah menjadi dasar teknis pendidikan yang direncanakan untuk
mendorong seorang belajar untuk berpikir secara cermat, untuk menguji coba diri sendiri dan untuk
memperbaiki pengetahuannya. Seseorang guru tidak memaksa wibawanya atau memaksa gagasan-
gagasan atau pengetahuan kepada seorang siswa, yang mana seorang siswa dituntut untuk
mengembangkan pemikirannya sendiri dengan berpikir secara kritis, ini adalah suatu metode untuk
meneruskan inteleknya dan mengembangkan kebiasaankebiasaannya dan kekuatan mental.
Tujuan pendidikan yang benar menurut Socrates adalah untuk merangsang penalaran yang cermat
dan disiplin mental yang akan menghasilkan perkembangan intelektual yang terus menerus danstandar moral yang tinggi (Smith, 1986: 25).
Dengan menggunakan metode mengajar yang dialektis ini Socrates menunjukkan bahwa jawaban-
jawaban terbaik atas pertanyaan moral menurut pendapatnya adalah cita-cita yang diajarkan oleh
para pendiripendiri agama, cita-cita yang melekat pada ketuhanan, cinta pada umat manusia,
keadilan, keberanian, pengetahuan tentang kebaikan dan kejahatan, hormat terhadap kebenaran,
sikap yang tak berlebih-lebihan, kebaikan hati, kerendahan hati, toleransi, kejujuran, segala
kebajikankebajikan lama. Salah satu pendirian Socrates yang terkenal bahwa kekuatan utari
adalah pengetahuan. Jadi bagi Socrates yang terkenal, adanva pendidikan sudah membuktikan
bahwa keutamaan tidak dapat diajarkan dan pendidikan tidak mungkin dijalankan.
Seruan alternatif Socrates ditujukan pada kemampuan manusia untuk berpikir menertibkan,
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
6/12
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
7/12
Salah satu fakta yang paling penting tentang Socrates, sering dianggap sebagai korban dibuat untuk
individu terdidik, dan ia dijatuhi hukuman mati untuk berkongsi pengetahuan dan berfikir dengan ahlifalsafah.
Kaedah SocraticBarangkali sumbangan Socrates yang terbesar kepada pemikiran Barat ialah kaedah dialektik (menjawab
suatu persoalan soalan dengan suatu persoalan baru) bernama Kaedah Socratic yang digunakan untukmembincangkan konsep-konsep kunci moral seperti Kebaikan dan Keadilan. Kaedah ini mula-mula
diterangkan oleh Plato di dalam Socratic Dialogue.
Untuk menyelesaikan suatu permasalahan, seseorang akan bertanyakan soalan dan setelah menemui
jawapannya, dia akan menemui jawapan bagi menyelesaikan masalahnya. Ini telah membawa kepadapermulaan Kaedah Saintifik, di mana dinyatakan bahawa langkah pertamanya ialah untuk menamakanpermasalahan dalam bentuk sebuah soalan. Untuk ini, Socrates dianggap sebagai bapa political philosophy
dan ethics atau falsafah moral, dan sebagai pencetus kesemua tema besar dalam falsafah Barat umumnya.(Kaedah ini mungkin telah dicadangkan oleh Zeno dari Elea, tetapi Socrates menambahbaik dan
mengaplikasikannya dalam permasalahan ethics.)
Dalam kaedah ini, suatu rangkaian soalan-soalan diajukan untuk membantu seseorang atau sebuahkumpulan untuk mengetahui kepercayaan dasar mereka dan sejauh mana pengetahuan yang mereka ada.Kaedah Socratic ialah kaedah negatif penghapusan hipotesis (hypothesis elimination), di mana hipotesis-
hipotesis yang lebih baik ditemui dengan cara mengenalpasti dan menyahkan hipotesis-hipotesis yangmembawa kontradiksi (contradictions). Ia direkabentuk untuk memaksa seseorang memeriksa
kepercayannya dan kesahihan kepercayaan tersebut. Socrates pernah berkata Aku tahu kau takkanpercayakanku, tetapi Kecemerlangan Manusia yang tertinggi ialah untuk menyoal diri sendiri dan mereka
yang lain.
Alfarabi
Manakala, bagi Al-Farabi, matlamat utama pendidikannya ialah melahirkan manusia
atauindividu yang sempurna. Menurut Al-Farabi, manusia yang sempurna (
al insan al kamil
) ialahmanusia yang dapat menguasai budi mulia teoretikal dan budi mulia praktikal.
budimulia harus menjadi sebati dengan gaya hidup seseorang dan dia mesti sanggup
bertindak. Budi mulia hendaklah diingini oleh semua dan tidak dianggap sebagai
sesuatu yangmembebankan.
(Al-
Farabi, Fusil mabadiahl al
-madina al-fadila in Kitab al-Milla,edited by Muhsin Mahdi, Beirut, Imprimerie catholique,
1968, p.24)
matlamat pendidikan Al-Farabi adalah berteraskan ilmu Al-Quran dan Pendidikan Islam.
Matlamatnya berkisar tentangpenguasaan nilai, pengetahuan, dan kemahiran dalam mencapai
kebahagiaan dan kesempurnaandalam diri individu tersebut,
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
8/12
thecultivation of the intellect should be the highest aim of education
(Miriam Galston, thepolitical philosophy of Alfarabi, 1990)
Bagi Al-Farabi pula, matlamat pendidikannya boleh tercapai dengan pembentukansuatu
komuniti ideal dimana orang tolong-menolong dan bekerjasama ke arah
pencapaiankebahagiaan.
allwork together in order to attain happiness
(Al-
Farabi, Mabadia
hl al-madina al-fadilaEdited by Albert Nusri Nadir, Beirut Imprimerie catholique, 1959, p.
97)
Matlamat pendidikan Al-Farabi juga menyentuh tentang matlamat mendidik pemimpin
yangsempurna untuk mengurus masyarakat menjadi komuniti ideal. Menurut Al-Farabi,
individu bukan mempelajari warisan kebudayaan negara tetapi menguasai ilmu
yangmembawa kepada kematangan perasaan, pertimbangan, pengadilan, tindakan
danmemperkembangkan pemikiran kritis
.
(Al-
Farabi, Mabadia
hl al-madina al-fadila Editedby Albert Nusri Nadir, Beirut Imprimerie catholique, 1959, p.
97)
alam kurikulumnya, Al-Farabi menekankan keutamaan pembelajaran Al-Quran dan
Pengajianislam yang lain seperti
fiqh
(undang-undang),
qanun
(undang-undang Islam), dan
kalam
(teologi).Dalam mempelajari ketiga-tiga ilmu yang dianggap penting, Al-Farabi turut
menyuarakan ilmu-ilmu keduniaan yang juga dikatakan penting dalam memahami hukum
alam dan dalammengesakan Allah. Diantara subjek-subjek yang diberi perhatian oleh Al-
Farabi termasuklahBahasa, Logik, Matematik, Sains dan Muzik.Penguasaan bahasa amat
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
9/12
penting. Al-Farabi menggalakkan para pelajar untuk menguasai bahasa-bahasa yang lain agar
ilmu-ilmu yang terdapat dalam bahasa yang berbeza dapat dikaitkan. Al-Farabi sendiri telah
menguasai beberapa bahasa lain yang membolehkannya untuk membandingbezakan budaya
dan bahasa. Menurut Al-Farabi, kemahiran tatabahasa memudahkan pelajaruntuk
mengekspresi diri. Tanpa kebolehan berbahasa, seseorang tidak akan dapat belajar
danberkembang dengan baik.
thesequence of learning must begin with the language and its structure
i.e. its grammar,so that the students can express himself as do the people who speak that
language, without this ability, he will not be able to understand others nor they him, and he
will not
develop properly. Mastery of the common language, the foundation for all other kinds of
knowledge, is therefore indispensable.
(Al-Farabi)Selanjutnya, Al-Farabi memberi penekanan kepada ilmu Logik. Kita sendiri tahu
yang Al-Farabibegitu minat dan mahir tentang ilmu Logik kerana dia banyak menghabiskan
masanya menelaahbuku-buku hasil tulisan Aristotle yang bekisar tentang ilmu Logik.
Menurut Al-Farabi, ilmuLogik dapat membantu pelajar mendalami ilmu Sains dan
Matematik untuk refleksi yang warasdan teratur. Menurutnya, Matematik adalah tahap
tertinggi dalam hirarki sains teoretikal.
S
esiapa yang ingin mempelajari seni teoretikal mula dengan mempelajari nombor dandiikuti
dengan pengukuran dan kemudi
an optiks.
(Al-Farabi
Al-Farabi turut menyediakan pembahagian Matematik kepada tujuh bahagian
iaitu:1.Nombor2.Geometri3.Sains
Perspektif 4.Astronomi5.Muzik 6.Dinamiks7.MekaniksMenurut Al-Farabi, pengajaran
Matematik perlu dimulakan dengan pengajaran Nombor keranaNombor adalah tepat, jelas
dan tidak mengelirukan pelajar serta melatih intelek pelajar. Selaindari itu, Matematik perlu
diajar secara berperingkat-peringkat bermula dengan yang konkrit danboleh diukur kepada
yang lebih abstrak. Bermula dengan pengiraan, diikuti dengan geometriyang hendak diajar
supaya tidak wujud ketidaktentuan. Kemudian pelajar diajar Sains Perspektif,Astronomi,
Muzik, Dinamiks dan akhir sekali Mekaniks. Barulah pelajar boleh didedahkankepada Sains
Semulajadi yang berkaitan dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
10/12
Seterusnya, Al-Farabi menekankan Sains sebagai satu subjek yang penting. Al-
Farabimengklasifikasikan Sains dengan tujuan pendidikan. Menurut Al-Farabi, pendidikan
Sainsadalah tidak bermakna dan tidak berguna jika pelajar tidak dibenarkan
untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar.
Sains hanya berguna jika ia dapat dikaitkan dengan dunia sebenar dan pelajar mestidiberi
peluang
mengaplikasikannya
.
Tujuan pengajaran Sains juga telah ditakrifkan oleh Al-Farabi untuk mencapai beberapa
objektif.Objektif pertama sebagai panduan asas dalam pemilihan subjek. Yang kedua, sebagai
panduanuntuk memahami hirarki Sains. Yang ketiga, membantu memastikan tahap
sepatutnyapembelajaran sesuatu ilmu Sains itu dan akhirnya untuk membantu pelajar
menguasai subjek-subjek yang perlu dipelajari sebelum mereka mendakwa telah menguasai
bahagian-bahgian Sainsyang tertentu
First, the classification was intended as a general guide for students in the choice of subjects
that would be beneficial to them. Second, the classification enabled students tounderstand the
hierarchy of Sciences. Third, its various divisions and subdividsions werehelpful in
determining the extent to which specialization may be legitimately pursued.Finally, the
classification informed students of the subjects they must master before they
can claim mastery in a particular field.
(Osman Bakar, Classification of Knowledge inIslam, 1992)Al-Farabi tidak mengasing-
asingkan ilmu Sains ini dengan Sains Islam seperti
tafsir, Hadith
,
shariah
, atau
tawhid.
Ilmu Sains Islam sentiasa menjadi dominasi kepada ilmu-ilmu Sains yanglain. Pada akhirnya,
Al-Farabi dan para ilmuwan Islam yang lain telah memperkenalkan dimensibaru pengetahuan
dan mengintegrasikan ilmu Sains ini dengan Sains Islam dengan skemabersepadu
What Al-Farabi and later philosophers did was to introduce new dimensions of knowledge
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
11/12
and integrate these with religious sciences within a unified scheme.
(Rosnani Hashim,2011)
Menurut Al-Farabi pula, seorang guru itu perlulah seorang yang bermoral tinggi, tidak
taksubdengan harta, terdidik dengan sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada), ingin
mencarikebenaran, sukarela dan tidak dipaksa kecuali dalam keadaan yang mendesak.
Peranan guru yangdiutarakan oleh Al-Farabi telah kita bincangkan pada sesi di atas yang
sama dengan hujah Platoterhadap peranan guru.Al-Farabi telah mengetengahkan beberapa
kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh paraguru untuk mencapai tahap pembelajaran
yang optimu. Al-Farabi memperkenalkan KaedahDemonstrasi dan Kaedah Memujuk Kaedah
Demonstrasi-
Guru bercakap dan sesuai untuk pengetahuan khusus. Pelajar digalakkan berdebat dan
memberi pendapat.
Kaedah Memujuk-
Guru bercakap dengan memberi contoh, metafora dan iluistrasi.Pelajar digalakkan
menggunakn sensori sentuhan,visual dan pendengaran untuk mempelajari sesuatu.
(Al-Farabi, Falsafat Aristutalis, edited by Muhsin Mahda, Beirut, Darmajallat al-
chir,1961)
Al-Farabi turut menyatakan perbezaan antra Hafalan dan Kefahaman.
Hafalan ialah apabila pelajar mengulangi perkataan atau ungkapan berkali-kali
sehinggadia hafal seperti mempelajari bahasa, menghafal Al-Quran dan lagu serta
puisi.Sebaliknya, Kefahaman pula apabila pelajar memahami maksud dan dapat
menginterpretasi sesuatu bahan tulisan.
(Al-Farabi, Al-Burhan).
Menurut Al-Farabi
,
Kefahamanadalah lebih baik dari konsep hafalan kerana pelajar memahami konsep,
prinsip dan teori yang dikuasai dan dapat mengaitkan maklumat baru yang dipelajari
dengan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.
(Al-
Farabi, Ajwibat masa ilsu ilaanha)
-
8/13/2019 Socrates vs Alfarabi
12/12
Oleh yang demikian, Al-Farabi menekankan betapa pentingnya guru menerangkan
konsepdengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. Langkah-langkah yang
dicadangkan olehAl-Farabi ialah:1.Guru bermula dengan mencari perkataan yang sama
maksud dengan konsep yanghendak diterangkan.2.Memberi definisi konsep yang
berkenaan.3.Penerangan tentang bahagian-bahagian konsep yang berkenaan.4.Penerangan
ciri-ciri khusus dan ciri-ciri umum konsep berkenaan.5.Menggunakan metafora, analogi,
ilustrasi dan contoh untuk menjelaskan konsepberkenaan. Al-Farabi juga mencadangkan guru
menyelitkan unsur permainan dalam pengajaran. Permainanpendidikan bertujuan mencetus
pemikiran kreatif dan pembelajaran aktif ddi kalangan pelajar.Selain dari itu. Al-Farabi juga
menekankan kepentingan menilai hasil pembelajaran. Tujuanpeperiksaan ialah untuk
menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang ilmu.Menurutnya, untuk menilai
kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep dan prinsip, bahan-bahanseperti kompas, sempoa,
pembaris, dan skala hendaklah disediakan untuk kegunaan pelajar