Soklan Bm Mac
-
Upload
rizal-ismail -
Category
Documents
-
view
218 -
download
1
description
Transcript of Soklan Bm Mac
Soalan 1 hingga 4
A. Soalan Tatabahasa
Simpulan bahasa
1. Si Anak Harimau ________________cara untuk keluar dari gua yang gelap itu.
A. mencari makan B. mencari akal
C. mencari air D. mencari maut
2. “Oh, kamu datang untuk ______________________, ya!” kata Sang Serigala.
A. terhutang budi B. panjang akal
C. menyerah diri D. darah daging
3. Poniah sentiasa _______________apabila Cikgu Rashid menerangkan pelajaran yang diajar.
A. ulat buku B. otak cair
C. ringan tulang D. pasang telinga
4. __________________itu selalu membuat bising dan mengganggu orang yang melalui simpang di taman itu.
A. Ringan tulang B. Ulat buku
C. Otak cair D. Kutu embun
Soalan 5 hingga 9
Kata Sendi Nama
5. Amirahayu dan kawan-kawannya membersihkan kawasan ______ luar rumah asuhan itu.
A. di B. kepada
C. ke D. dari
6. Majlis jamuan yang diadakan itu _____________hari Ahad ini.
A. dari B. kepada
C. di D. pada
7.Hamid membaca surat khabar ______________berbincang tentang latihan Bahasa Melayu.
A. sambil B. kecuali
C. tetapi D. dan
8. Boon Seng mengambil sepotong kek _____________menyuapkan ke mulut adiknya.
A. lalu B. kerana
C. supaya D. untuk
9. Puan Latifah memasak makanan istimewa ____________hari lahir bapanya.
A. lalu B. kerana
C. supaya D. untuk
Soalan 10 hingga 13
Kata majmuk
10. Ada sebuah ______________________di ruang dapur rumah kami.
A. peti surat B. meja makan
C. nasi lemak D. tandas awam
11. “Mereka sedang menyertai acara ______________ dalam sukaneka itu.
A. terompah ajaib B. terompah gergasi
C. terompah cina D. terompah hantu
12. “Ini ___________________untuk nenek, ambillah.” Kata Lili sambil menghulur sebungkus buah limau kepada neneknya.
A. buah hati B. buah kaki
C. buah fikiran D. buah tangan
13. Ramai tetamu berselera makan __________________ yang dihidangkan oleh Pak Cik Kasim.
A. nasi minyak B. ruang tamu
C. bunga telur D. merah jambu
Soalan 14 hingga 16
Kata Seru
14. _____________, saya mendapat 100% dalam mata pelajaran Bahasa Melayu!
A. Oh B. Amboi
C. Syabas D.Eh
15.___________________, hebatnya Dawam ! Dia berjaya menang dalam acara berlari dalam guni.
A. Wah B. Aduhai
C. Amboi D. Syabas
16. ________________, cantiknya kereta Proton Saga!
A. Amboi B. Eh
C. Aduh C. Oh
Soalan 17 hingga 20
Pengucapan bertatasusila
17. Ibu, ___________________ saya menyertai rombongan sekolah ke Melaka bersama-sama kakak?
A. bolehkah B. dapatkah
C. adakah D. maafkan
18. ______________ mak cik, mak cik tukang masak di warung ini?
A. Jangan B. Maaf
C. Sila D. Tidak
19. “Puan Latifah, Kami ingin __________________kebenaran menggunakan meja ini untuk mengulangkaji pelajaran” kata Poniah.
A. membantu B. meminta
C. izin D. suruh
20. Cikgu, ____________________ kami ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan.
A. izinkan B. mohonkan
C. maafkan D. dapatkah
21. “Pak cik, ________________ lah duduk di kerusi ini.” Kata Amin kepada orang yang cacat itu.
A. minta B. jangan
C. sila D. izin
Soalan 22 hingga 25
Kata sama makna / sinonim dengan kata bergaris dalam ayat.
22. Hatinya sentiasa girang kerana dapat bermain layang-layang pada hari itu.
A. marah B. murung
C. biasa D. gembira
23. Dalam acara sukan paralimpik, Kusaini memperoleh pingat emas dalam permainan angkat berat.
A. mendapat B. menjadi
C. menziarahi D. menyuruh
24. Murid-murid berkumpul di dewan sekolah kerana ada majlis penyampaian hadiah .
A. berbaris B. berpisah
C. beratur D. berhimpun
25. Lim Mooi seorang budak yang sangat pandai.
A. lagak B. pintar
C. seronok D. alpa
Soalan 26 hingga 37
Kata Tanya.
26. ________________harapan tetamu yag hadir di majlis itu?
A. Siapakah B. Apakah
C. Bagaimanakah D. Berapakah
27. ______________ beliau dilahirkan?
A. Apakah B. Berapakah
C. Di manakah D. Mengapakah
Soalan 28 hingga 30
Pilih ayat yang betul
28.
A. Masuk,Lily jemputlah di dalam ada.
B. Jemputlah masuk, Lily ada di dalam.
C. Lily ada jemputlah di dalam masuk.
D. Di dalam masuk, Lily ada jemputlah.
29.
A. Jangan bermain di tepi jalan raya.
B. Bermain jangan di jalan raya tepi.
C. Di jalan raya bermain di tepi jangan.
D. Jangan di tepi jalan raya bermain.
30.
A. Tolong buku susun di dalam almari ini.
B. Tolong susun di dalam buku ini almari.
C. Tolong susun buku almari di dalam ini.
D. Tolong susun buku di dalam almari ini.