Solat Membentuk Kepribadian Muslim

3
“SOLAT MEMBENTUK KEPRIBADIAN MUSLIM” SALAM -PUJI- PUJIAN & SELAWAT KE ATAS NABI SAW Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis, yang saya hormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan jam randiknya, rakan- rakan seperjuangan dan seterusnya hadirin- hadirat sekalian. “SOLAT MEMBENTUK KEPRIBADIAN MUSLIM” Begitulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini sebelum untaian2 isi saya persembahkan, izinkan saya menerangkan pengertian solat terlebih dahulu!! Pengertian solat dari sudut bahasa ialah doa atau memohon kebajikan dan juga pujian. Manakala dari sudut syarak pula, solat diertikan dengan ”beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadat kepada Allah S.W.T. dengan mengikut semua syarat yang telah ditentukan”. Pengertian solat yang dikemukakan oleh ulama fiqh ini menggambarkan ibadat solat secara lahiriah saja. Oleh itu ulama tasawuf menambahkan lagi definisi solat ini dengan pengertian solat secara batin, iaitu ”mengadap jiwa kepada Allah S.W.T. secara yang boleh mendatangkan rasa takut kepadanya, dan melahirkan di dalam jiwa rasa keagungan, kemuliaan, kebesaran, kesempurnaan dan kekuatanNya”. Jika digabungkan kedua-dua pengertian ini barulah lahir kemanisan dalam mengerjakan solat. Oleh itu, marilah bersama saya menghayati bagaimanakah amalan solat boleh membentuk keperibadian muslim. Hadirin dan Hadirat Sekalian, Solat boleh melengkapkan diri manusia dengan sifat-sifat yang terpuji, dan bagi orang yang mengerjakan solat mereka mendapat petunjuk daripada Allah Taala serta mereka beroleh kejayaan. Firman Allah Taala yang bermaksud: Alif laam miin. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka. Di dalam ibadat solat, kita dapati bahawa ia menanamkan satu sifat yang sangat penting iaitu ketaatan kepada pemimpin. Semasa solat berjemaah, makmun wajib mengikuti segala pergerakan imam. Jika makmun tertinggal tiga rukun solat bersama imam, maka solatnya akan terbatal. Oleh itu, seorang muslim yang sentiasa menjaga solatnya terutama secara berjemaah . dia akan menjadi seorang yang patuh dan taat kepada pemimpinnya.

description

tajuk syarahan sempena mtq

Transcript of Solat Membentuk Kepribadian Muslim

Page 1: Solat Membentuk Kepribadian Muslim

“SOLAT MEMBENTUK KEPRIBADIAN MUSLIM”

SALAM-PUJI- PUJIAN & SELAWAT KE ATAS NABI SAW

Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis, yang saya hormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan jam randiknya, rakan- rakan seperjuangan dan seterusnya hadirin- hadirat sekalian.

“SOLAT MEMBENTUK KEPRIBADIAN MUSLIM”

Begitulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini

sebelum untaian2 isi saya persembahkan, izinkan saya menerangkan pengertian solat terlebih dahulu!!Pengertian solat dari sudut bahasa ialah doa atau memohon kebajikan dan juga pujian.

Manakala dari sudut syarak pula, solat diertikan dengan ”beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadat kepada Allah S.W.T. dengan mengikut semua syarat yang telah ditentukan”. Pengertian solat yang dikemukakan oleh ulama fiqh ini menggambarkan ibadat solat secara lahiriah saja. Oleh itu ulama tasawuf menambahkan lagi definisi solat ini dengan pengertian solat secara batin, iaitu ”mengadap jiwa kepada Allah S.W.T. secara yang boleh mendatangkan rasa takut kepadanya, dan melahirkan di dalam jiwa rasa keagungan, kemuliaan, kebesaran, kesempurnaan dan kekuatanNya”. Jika digabungkan kedua-dua pengertian ini barulah lahir kemanisan dalam mengerjakan solat.

Oleh itu, marilah bersama saya menghayati bagaimanakah amalan solat boleh membentuk keperibadian muslim.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Solat boleh melengkapkan diri manusia dengan sifat-sifat yang terpuji, dan bagi orang yang mengerjakan solat mereka mendapat petunjuk daripada Allah Taala serta mereka beroleh kejayaan.

Firman Allah Taala yang bermaksud: Alif laam miin. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka.

Di dalam ibadat solat, kita dapati bahawa ia menanamkan satu sifat yang sangat penting iaitu ketaatan kepada pemimpin. Semasa solat berjemaah, makmun wajib mengikuti segala pergerakan imam. Jika makmun tertinggal tiga rukun solat bersama imam, maka solatnya akan terbatal. Oleh itu, seorang muslim yang sentiasa menjaga solatnya terutama secara berjemaah . dia akan menjadi seorang yang patuh dan taat kepada pemimpinnya.

Hadirin sekalian, banyak lagi sifat-sifat terpuji yang akan lahir kesan dari solat yang ditunaikan misalnya menjaga tuturkata, mengawal pandangan dari melihat kepada perkara yang haram dan paling penting, ketaqwaan kepada Allah pada setiap masa.

Page 2: Solat Membentuk Kepribadian Muslim

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

2.Solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke lembah kehinaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apa pendapat kamu jika sebatang sungai berada di depan rumah seorang daripada kamu, kemudian ia mandi sebanyak lima kali setiap harinya, apakah tersisa kotoran darinya? Sahabat menjawab: Tentu tidak tersisa sedikit pun kotoran. Baginda SAW bersabda: Demikianlah perumpamaan solat, ia berfungsi sebagai penggugur dosa dan kesalahan." (Hadis riwayat Muttafaqun'Alaih)

Hadirin sekalian, Lihatlah!Betapa pemurahnya dan pengasihnya Allah kepada kita…dengan memperuntukkan masa lebih kurang 5 minit sahaja sebanyak 5 kali sehari, maka Allah akan mengugurkan kita daripada dosa2 yang telah kita perbuat pada hari tersebut!!Namun, harus diingat ya..hadirin sekalian..melainkan dosa2 besar yang kita perlu bertaubat nasuha.

Dengan solat juga, hati menjadi tenang dan jiwa sejuk. Solat ibarat sumber mata air sejuk yang tidak pernah kering oleh terik perjalanan dunia. Justeru itu, orang yang berakal sihat pasti amat bergembira mencelupkan dirinya ke dalam mata air solat lima kali sehari semalam secara berjemaah. 

Solat juga boleh mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan kemungkaran. Sebagaimana firman Allah, maksudnya: 

“Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-’Ankabut, ayat 45)

Hadirin sekalin, ini adalah jaminan Allah SWT, bila kita menjaga solat yakni perintah Allah SWT, maka Allah akan menjaga kita…

Ihfazillaha, yahfazka!! Jagalah Allah SWT( yakni dengan menunaikan perintahNYA) , nescaya , Dia akan menjagamu!!Sebaliknya orang yang meninggalkan sembahyang digelar orang yang tenggelam dalam hawa nafsu yang bakal menjadi ahli neraka. Firman Allah S.W.T.yang bermaksud:Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

3. Solat juga dapat mengajar manusia tentang disiplin. Orang yang melakukan solat dengan baik dan khusyuk akan mengekalkan disiplin kebersihan pada dirinya menjadi bersih tubuh badan, pakaian mahu pun tempat tinggalnya. Seorang

Page 3: Solat Membentuk Kepribadian Muslim

musolli atau org yang bersolat sudah pasti akan terbiasa mengekali dirinya dalam keadaan bersih dan suci.Selain itu solat juga mengajar tentang disiplin waktu.

Syeikh Hasan al-Banna, seorang pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pernah berpesan kepada semua remaja muslim ; "Jika kamu mendengar seruan azan, segeralah tunaikan solat berjemaah walaupun sesibuk manapun kamu. Oleh itu saya ingin berpesan kepada semua hadirin agar setiap kali kita mendengar laungan azan untuk solat kita mesti segera untuk mendirikan solat sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Hal sedemikian secara beransur-ansur akan membina disiplin waktu dalam diri kita semua.InsyaAllah !

Sebelum bicara dinoktah, ingin saya berkongsi cerita..

Diceritakan, bahawa Muhammad al-Fatih dan tenteranya ketika ingin menakluk kota Istanbul seperti dijanjikan Rasulullah SAW dalam hadisnya, tidak pernah meninggalkan solat wajib, rawatib dan tahajud sejak baligh. 

Jiwa dan roh solat mereka telah berhubungan langsung dengan Allah iaitu sumber segala kekuatan. Itulah barangkali kunci kejayaan utama kejayaan beliau dan tenteranya menakluk kota Istanbul yang menjadi kota khalifah Islam terkenal hingga berkurun lamanya.

Assalamualaikum wtb!!!