SOP PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN...
Transcript of SOP PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN...
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
BAB 3
SOP PENJUALAN
BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
1. TUJUAN SOP
1.1 Prosedur Standard Operasi ( Standard Operating Procedure -SOP) Penjualan Barang Kes Berasaskan Petroleum (selepas ini dirujuk sebagai SOP ini) bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dalam melaksanakan penjualan barang kes/barang sitaan yang berasaskan bahan petroleum yang disita di bawah Akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Semua Pegawai Penguatkuasa, Penolong Pegawai Penguatkuasa dan Pembantu Penguatkuasa, KPDNKK hendaklah membuat rujukan kepada SOP ini dalam melaksanakan penjualan setelah mendapat arahan.
1.2 Barang kes berasaskan petroleum merupakan bahan yang bersifat mudah terpeluwap, terdedah kepada kemungkinan susut kandungan, mudah terbakar dan tidak selamat untuk penyimpanan dalam tempoh yang lama. Barang berkenaan adalah bahan bukti kepada kesalahan yang disiasat. Ianya perlu dipelihara dengan baik, dan jika perlu dijual, maka ia hendaklah dibuat dengan sebaiknya bagi tujuan pembuktian kesalahan dan pendakwaan (chain of evidence). Antara barang kes yang dimaksudkan barang kes berasaskan petroleum ini pada masa kini ialah:-
- Diesel
- Petrol
- Gas Petroleum Cecair (LPG)
1.3 Kuasa penjualan barang kes dirampas tersebut merupakan kuasa yang diberikan secara perundangan di bawah Seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Kawalan Bekalan 1961, serta di bawah akta-akta lain tertakluk jenis kesalahan yang dilakukan.
1.4 SOP ini memberi panduan kepada semua Pegawai Penguatkuasa di semua peringkat dalam memastikan barang kes berkaitan diurus penjualannya dengan baik; agar siasatan yang dijalankan adalah kemas dan lengkap sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan pengkompaunan atau pendakwaan.
1.5 Selain melantik R.O sendiri atau I.O untuk menjalankan proses penjualan barang barang kes, KSPgk/KPPN/KPPD boleh melantik mana-mana pegawai Penguatkuasa KPDNKK lain untuk tujuan ini, tetapi hendaklah secara bertulis. R.O, I.O atau Pegawai lain yang dilantik khusus untuk tujuan melaksanakan penjualan ini selepas ini akan dirujuk sebagai IOX.
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
2. SKOP PEMAKAIAN SOP
SOP ini adalah terpakai bagi penjualan barang kes berasaskan bahan petroleum dalam tindakan kes di mana-mana satu daripada peringkat berikut;
(a) sejurus selepas rampasan / penyitaan;
(b) semasa siasatan dijalankan; dan
(c) selepas kes selesai.
dan seterusnya menguruskan hasil jualannya sehinggalah kes diarahkan tutup.
3. APAKAH MAKSUD BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM?
3.1 Bagi tujuan khusus SOP ini, barang kes berasaskan petroleum merujuk kepada:-
(a) Minyak Diesel
Minyak galian yg digunakan sbg bahan api oleh enjin diesel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
(b) Minyak Petrol
Minyak yang digunakan untuk menjalankan enjin berasaskan petrol.
(c) Gas Petroleum Cecair
Gas butana atau propana yg dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dalam tabung gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
3.2 Siapakah yang biasanya membeli, memiliki, menyimpan, menggunakan atau menjual semula barangan berasaskan petroleum ini?
(a) Minyak Diesel
(i) Selain untuk kegunaan kenderaan awam berasaskan enjin diesel seperti kereta, bas, kapal dll, ianya juga digunakan untuk jentera kecil/besar di kilang pengeluaran, perusahaan samada sebagai pembekal tenaga utama mahupun sebagai tenaga sokongan (backup energy).
(ii) Orang perseorangan bebas membeli minyak diesel untuk diisi terus ke dalam tangki asal kenderaan di stesen-stesen minyak seluruh negara. Bagaimanapun, di kawasan sempadan negara, kenderaan asing juga boleh membeli minyak diesel
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
untuk diisi terus ke dalam tangki asal kenderaan, tetapi tertakluk kawalan secara pentadbiran. Ianya tidak boleh dijual semula kepada pihak lain.
(iii) Syarikat-syarikat perusahaan samada kecil atau besar pula boleh membeli dan menyimpan minyak diesel untuk kegunaan mesin danjentera syarikat daripada pemborong-pemborong berlesen,dengan syarat mereka memiliki Surat Kuasa daripada pejabat KPDNKK. Surat Kuasa ini sah untuk suatu tempoh tertentu, dan perlu diperbaharui sebagaimana syarat ditetapkan. Ianya juga tidak boleh dijual semula kepada pihak lain.
(iv) Pemegang lesen sah (runcit/borong) di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 pula oleh membeli minyak diesel daripada syarikat minyak yang sah, menyimpan di mana-mana premis yang dibenarkan dan menjualnya semula kepada mana-mana pihak yang dibenarkan sebagaimana dalam syarat-syarat khas lesen.
(b) Minyak Petrol
(i) Selain untuk kegunaan kenderaan berasaskan enjin petrol seperti kereta, bas, kapal dll, ianya juga digunakan untuk jentera kecil/besar di kilang pengeluaran, perusahaan samada sebagai pembekal tenaga utama mahupun sebagai tenaga sokongan (backup energy)
(ii) Orang perseorangan bebas membeli minyak petrol untuk diisi terus ke dalam tangki asal kenderaan di stesen-stesen minyak seluruh negara. Bagaimanapun, di kawasan sempadan negara, kenderaan asing juga boleh membeli minyak petrol untuk diisi terus ke dalam tangki asal kenderaan, tetapi tertakluk kawalan secara pentadbiran. Ianya tidak boleh dijual semula kepada pihak lain.
(iii) Syarikat-syarikat perusahaan samada kecil atau besar pula boleh membeli dan menyimpan minyak petrol untuk kegunaan mesin dan jentera syarikat daripada pemborong-pemborong berlesen, dengan syarat mereka memiliki Surat Kuasa daripada pejabat KPDNKK. Surat Kuasa ini sah untuk tempoh satu tahun, dan perlu diperbaharui setiap tahun berikutnya. Ianya juga tidak boleh dijual semula kepada pihak lain.
(iv) Pemegang lesen sah (runcit/borong) di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 pula boleh membeli minyak petrol daripada syarikat minyak yang sah, menyimpan di mana-mana premis yang dibenarkan dan menjualnya semula kepada mana-mana
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
pihak yang dibenarkan sebagaimana dalam syarat-syarat khas lesen.
(c) Gas Petroleum Cecair
(i) Kegunaannya bagi tujuan menjadi bahanapi untuk memasak samada di rumah mahupun di premis perniagaan serta sebagai bahanapi sokongan dalam sektor perindustrian.
(ii) Orang perseorangan bebas membeli, menyimpan dan mengguna Gas Petroleum Cecair (LPG) bersaiz 12/14 kg bagi tujuan kegunaan memasak , kecuali di kawasan sempadan negara di mana kawalan penjualannya dibuat secara perundangan serta pentadbiran. LPG ini tidak boleh dijual semula kepada mana-mana pihak lain.
(iii) Syarikat-syarikat perusahaan samada kecil atau besar pula boleh membeli dan menyimpan LPG untuk kegunaan mesin dan jentera syarikat daripada pemborong-pemborong berlesen, dengan syarat mereka memiliki Surat Kuasa daripada pejabat KPDNKK. Surat Kuasa ini sah untuk tempoh satu tahun, dan perlu diperbaharui setiap tahun berikutnya. LPG ini juga tidak boleh dijual semula kepada mana-mana pihak lain.
(iv) Pemegang lesen sah (runcit/borong) di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 pula boleh membeli LPG daripada syarikat minyak yang sah, menyimpan di mana-mana premis yang dibenarkan dan menjualnya semula kepada mana-mana pihak yang dibenarkan sebagaimana dalam syarat-syarat khas lesen.
3.3 Apakah sifat barang kes berasaskan bahan petroleum? Kenapa pelupusan melalui kaedah penjualan perlu dilaksanakan?
(a) Barang kes berasaskan petroleum merupakan bahan yang bersifat mudah terpeluwap, terdedah kepada kemungkinan susut kandungan, mudah terbakar dan tidak selamat untuk penyimpanan dalam tempoh yang lama. Barang berkenaan adalah bahan bukti kepada kesalahan yang disiasat dan perlu dipelihara bagi tujuan pembuktian kesalahan dan pendakwaan (chain of evidence).
(b) Pegawai Penyiasat kes perlu serta merta merancang tindakan susulan berhubung pengurusan barang kes kerana pelbagai kemungkinan berlaku jika ianya ditangguhkan dan disimpan untuk suatu tempoh yang lama.
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
(c) Sekiranya I.O dilantik selepas penjualan barang kes berasaskan petroleum telah dilaksanakan oleh IOX, maka segala dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan kepada I.O
(d) Penjualan barang kes ini kepada pihak yang layak adalah salah satu pendekatan terbaik sekiranya Kertas Siasatan telah dibuka , siasatan ke atas suatu kesalahan telah dimulakan dan didapati penyimpanan barang kes/barang sitaan ini terdedah kepada risiko di atas.
(e) Walaubagaimanapun, penjualan barang kes ini hendaklah diurus dengan sebaiknya bagi mempastikan keadilan dan ketelusan kepada semua pihak yang terlibat, serta mengelakkan sebarang risiko kepada IO atau IOX.
4. KUASA MELUPUSKAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM DI BAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 SERTA AKTA LAIN.
4.1 Kuasa pelupusan barang kes berasaskan petroleum tersebut merupakan kuasa yang diberikan secara perundangan di bawah Seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Kawalah Bekalan 1961, serta di bawah akta-akta lain tertakluk jenis kesalahan yang dilakukan.
4.2. Jadual C1 memaparkan kuasa yang diperuntukkan kepada Timbalan Pengawal di bawah semua akta yang dikuatkuasakan dalam pelupusan barang kes.
4.3 Petrol, diesel dan LPG telah diwartakan sebagai barang kawalan dan disenaraikan sebagai barang berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Jadual Bahagian I dan Bahagian II, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 )
4.4 Punca kuasa secara perundangan bagi penjualan barang kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 diberikan sebagaimana berikut;
(a) Seksyen 12 (1) (a) (ii) AKB 1961;
Penjualan selepas sitaan atau semasa siasatan. Hasil Jualan disimpan dalam Akaun Deposit Kerajaan;
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
(b) Seksyen 20 (4) AKB 1961;
Dalam senario Rampasan Tanpa Tuan (RTT), jika tiada tuntutan dalam masa 30 hari dan kes diberi arahan NFA, pelucuthakan barang kawalan dan pelupusan boleh dibuat secara penjualan. Hasil Jualan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Bagi barangan lain yang disita, ianya boleh dilucuthak di bawah Sek 20 (5) AKB 1961 dan jika dijual, hasil jualannya juga dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
(c) Seksyen 22A AKB 1961;
Sekiranya barang kawalan tidak dikembalikan kepada OKK, sebaliknya diberi arahan pelucuthakan secara penjualan selepas pengkompaunan. Hasil Jualan dijadikan Hasil Kerajaan; DAN
(d) Seksyen 26 (2) AKB 1961;
Pelucuthakan barang kawalan selepas prosiding Mahkamah dan arahan pelupusan secara penjualan. Hasil Jualan dijadikan Hasil Kerajaan.
4.5 Semua pelupusan barang kes berasaskan petroleum di bawah akta lain hendaklah berpandukan kuasa sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual C1.
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Jadual C1 : Kuasa Timbalan Pengawal dalam Pelupusan Barang Kes di bawah semua akta yang dikuatkuasakan KPDNKK (Rujuk Bersama Lampiran H01 )
Power to sell seized goods Power of Disposal Appointment & Powers of DC Delegation of Power
Sec. 12 (b)- NFA case Sec. 3- Appointment of officers
Sec. 22A (2)- Compound case Sec. 4- responsibilities of Officers
Sec. 26- Court's order DC under the direction and control of C
Draft of Sec. 47- Power of AC to sell
goods Sec. 44 (2) - Court's order Sec. 3- Appointment officersSec. 57 -C/DC may
delegate all/any of
1a AmendmentSec. 44 (3) - NFA case Sec. 3 (4)- DC can exercise all C's power.
his powers to any AC
Sec.59 - Compound Case
Sec. 55A- Court's order Sec. 3- Appointment of officers
Sec. 56 (2) - Compound case DC can exercise all C's power.
Sec. 3 - Appointment of officers
DC can exercise C's power (limited)
Sec. 58 (3) -Compound case Sec. 3 - Appointment of officers
Sec. 35 (2)- Court's order DC can exercise C's power (limited)
Sec. 35 (3) & (7)- NFA case
Sec. 34A- Compound case Sec. 26-Appointment of Chief Inspector
Sec. 28A- Court's order DCI can exercise all CI's power.
Sec. 28A (3) & (7)- NFA case
Sec.35 (2)- Court's order Sec. 3 - Appointment of officers
Sec. 35 (3) & (7)- NFA case DC can exercise C's power (limited)
Sec. 40- Compound case
Sec.35 (2)- Court's order Sec. 3 - Appointment of officers
Sec. 35 (3) & (7)- NFA case DC can exercise C's power (limited)
Sec. 40- Compound case
Sec.54 (2)- Court's order Sec. 5 (2) -Appointment of DC and AC
Sec. 54 (3) & (7)- NFA case by the Corporation. Sec. 5 (4)
Sec. 41A - Compound case Sec. 5 (4) DC/AC can exercise C's power
Sec. 131 (2)- Court's order Sec. 7- Appointment of officers
Sec. 131 (3) & (7)- NFA case DC can exercise all C's power
Sec. 146- Compound case
Sec.46 (2)- Court's order Sec. 3 - Appointment of officers
Sec. 46 (3) & (7)- NFA case DC can exercise C's power (limited)
Sec. 34(3) - Compound case
Sec.47 (2)- Court's order Sec. 3- Appointment of officers
Sec. 47 (3) & (7)- NFA case DC can exercise all C's power.
Sec. 63(4) - Compound case
Sec.32 (2)- Court's order Sec. 26 - Appointment of officers
Sec. 32 (3) & (7)- NFA case DC can exercise all C's power.
Sec. 63(4) - Compound case
12 APD 1972
Sec. 32 (8)- Sale of perishable
goods NIL
APD 201111
Sec. 49 - Seizure of perishable
goodsSec.61-Delegation of
C & DC's power; but
could be revoked any
time
2
ActsNo.
8 AHC 1987
ACO 200010
3
APP 19999
1 AKB 1961
Sec. 12 (a) (ii)-Power of C to
order that controlled articled to
be sold
Sek. 13- Delegation of
C's powers in writing
NILNILASB 1967
NILNIL
4
5
Sec.26-Delegation of
C's power
7
6
NIL
Proviso under Sec. 14 (2) (b) Sec. 17A - Compound caseAKH 1946
NILNILATS 1972
NIL
Sec. 37- Seizure of perishable
goodsPCAPA 2011
AJLSAP 1993
NIL
Sec. 35 (8)- Sale of perishable
goodsAJL 1993
Sec. 131 (8)-sale of perishable
goods NIL
NIL
Sec. 35 (8)- Sale of perishable
goods
ProvisionS of specific law
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
5. TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SEJURUS SELEPAS RAMPASAN/ PENYITAAN KE ATAS BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
5.1 Setiap tindakan kes yang melibatkan rampasan barang kes berasaskan petroleum hendaklah segera dilaporkan kepada Pegawai Penyelia Operasi / Pemeriksaan.
5.2 Kenyataan Pemeriksaan Premis (KPP) dan Akuan Penyitaan (AP) hendaklah dikeluarkan dan diberi sesalinan kepada OYDS.
5.3 Sekiranya Rampasan Tanpa Tuan (RTT), sesalinan AP hendaklah ditinggalkan atau ditampal di tempat yang mudah dilihat di premis di mana sitaan barang kawalan dilakukan. Gambar HENDAKLAH diambil menunjukkan kawasan persekitaran tempat kejadian, tempat barang kes dijumpai, keadaan barang kes dan tempat di mana AP ditinggalkan. Barang kes berasaskan petroleum hendaklah seberapa segera yang mungkin dialihkan dengan kaedah sewajarnya dari tempat kejadian.
5.4 Secara ringkasnya, dalam Jadual C2 berikut ditunjukkan tanggungjawab pegawai di semua peringkat dan tindakan yang patut diambil dalam menguruskan barang kes/barang sitaan berasaskan petroleum:-
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
A. ARAHAN PELUPUSAN MELALUI PENJUALAN (SELEPAS RAMPASAN / SITAAN DIBUAT)
R.O/I.O atau pegawai team
serbuan
1. Dapatkan atau daftarkan no. KS atau EP sebagaimana Prosedur Kaedah Pengelasan dan Tempoh Penyelesaian Kes oleh Pegawai Serbuan sebelum penjualan yang dilaksanakan untuk dijadikan rujukan.
2. Sediakan Diari Penyiasatan berhubung tindakan di tempat kejadian semasa penyitaan, kebenaran dan proses penjualan barang kes untuk dikandungkan dalam KS atau EP.
IOX 3. Terima arahan KSPgk/KPPN/KPPD untuk mohon kelulusan pelupusan barang kes.
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
4. Serah KS kepada KSPgk/KPPN/KPPD.
KSPgk/KPPN/KPPD 5. Terima KS dan beri arahan pelupusan barang kes melalui kaedah penjualan.
IOX 6. Kemukakan Laporan Ringkas Bagi Permohonan Pelupusan Barang Kes Bagi Setiap Kes Lampiran 1 dan sediakan Sijil Ekshibit Lampiran 2 kepada KSPgk/KPPN/KPPD untuk mendapatkan kelulusan.
KSPgk/KPPN/KPPD 7. Keluarkan Perintah Menjual Barang Rampasan, minitkan semula Kertas Siasatan kepada IOX.
IOX 8. Terima arahan pelupusan barang kes (melalui kaedah penjualan) dan kandungkan Perintah Menjual Barang Rampasan dalam KS.
9. Pastikan sampel barang kawalan diambil sebagaimana Arahan Kerja Mengambil Sampel dalam SOP berkaitan yang sedang berkuatkuasa.
10. Laksanakan penjualan.
11. Laporkan kembali kepada KSPgk/KPPN/KPPD.
KSPgk/KPPN/KPPD 12. Semak & pastikan rakaman percakapan IOX, Pegawai Serbuan dan setiap anggota serbuan yang berperanan dalam pengendalian petrol, diesel & LPG diambil dan dikandungkan dalam KS atau EP.
IOX 13. Pastikan sesalinan dokumen penjualan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat secara Akuan Serah Terima, untuk dikandungkan dalam KS atau EP.
B. ARAHAN PELUPUSAN MELALUI PENJUALAN (SEMASA SIASATAN MASIH DIJALANKAN)
KSPgk/KPPN/KPPD 1. Pastikan setiap tindakan kes yang melibatkan rampasan / penyitaan petrol, diesel atau LPG didaftarkan dengan no. KS atau EP serta diberi pengelasan kes sebagaimana Prosedur Kaedah Pengelasan dan Tempoh Penyelesaian Kes oleh Pegawai Serbuan.
2. I.O bagi kes telah dilantik.
3. IOX telah dilantik secara bertulis.
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
IOX 4. Dapatkan Perintah Menjual Barang Rampasan daripada Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Pengawal Bekalan dan dikandungkan dalam KS atau EP.
5. Pastikan sampel barang kawalan telah diambil sebagaimana Arahan Kerja Mengambil Sampel dalam S.O.P berkaitan yang sedang berkuatkuasa.
6. Laksanakan penjualan.
7. Laporkan kembali kepada KSPgk/KPPN/KPPD.
KSPgk/KPPN/KPPD 8. Pastikan rakaman percakapan I.O atau Pegawai Yang Bertanggungjawab Ke Atas Penjualan Petrol, Diesel atau LPG Yang Disita, Pegawai Serbuan dan setiap anggota serbuan yang berperanan dalam pengendalian petrol dan diesel diambil dan dikandungkan dalam KS atau EP.
IOX 9. Pastikan sesalinan dokumen penjualan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat secara Akuan Serah Terima, untuk dikandungkan dalam KS atau EP;
C. ARAHAN PELUPUSAN MELALUI PENJUALAN (SELEPAS KES SELESAI)
Terdapat beberapa cara penyelesaian kes bagi KS iaitu;
(i) Kes selesai secara pendakwaan di Mahkamah;
(ii) Kes selesai secara pengkompaunan;
(iii) Kes selesai secara arahan TPR – No Further Action (NFA)
(i) Kes Selesai Secara Pendakwaan di Mahkamah
P.O 1. Laporan Keputusan Kes (LKK) dilaporkan secara bertulis dalam Kertas Siasatan, Perintah Mahkamah HENDAKLAH dikandungkan dalam Kertas Siasatan, Keputusan Kes Pendakwaan dicatat di Mukasurat 4 KS.
KSPgk/KPPN/KPPD 2. IOX terima arahan untuk penjualan barang kes.
IOX 3. Pastikan suatu Perintah Mahkamah (bertulis) di bawah Seksyen 26 Akta Kawalan Bekalan 1961 diperolehi secara bertulis daripada Pegawai Pendakwa atau TPR yang mengendalikan kes pendakwaan.
4. Sekiranya mana-mana perkara di perenggan 3 tidak lengkap, Pegawai Penyiasat HENDAKLAH merujuk semula
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
KS tersebut kepada PO atau TPR untuk melengkapkan maklumat berkenaan.
5. Sekiranya Perintah Mahkamah (bertulis) di bawah Seksyen 26 (2) Akta Kawalan Bekalan 1961 memerintahkan barang kawalan dilucuthak kepada Pengawal Bekalan atau Kerajaan Malaysia, pastikan Sijil Pelupusan Barang Rampasan dimohon dan diperolehi daripada Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Pengawal Bekalan untuk menentukan cara pelupusan dengan cara jualan. Hasil Jualan dijadikan Hasil Kerajaan.
6. Laksanakan penjualan.
7. Laporkan kembali kepada KSPgk/KPPN/KPPD.
8. Pastikan segala dokumen berhubung penjualan dikandungkan dalam KS.
(ii) Kes Selesai Melalui Pengkompaunan
KU/PENYELIA
1. Bagi kes yang telah dijelaskan kompaun dan barang kes diarahkan untuk dipulangkan kepada OKK, sekiranya barang kes ini belum pernah dijual, maka ianya perlulah dipulangkan dalam bentuk fizikal barang kes itu sendiri. Manakala sekiranya ianya telah dijual sebelumnya dan hasil jualan disimpan dalam akaun amaanah kerajaan, maka hasil jualan ini hendaklah dipulangkan kepada OKK.
2. I.O atau pegawai yang bertanggungjawab ke atas penjualan barang kes telah dilantik secara bertulis
IOX 3. Pastikan bukti penyelesaian kes secara pengkompaunan dikandungkan dalam Kertas Siasatan.
4. Pastikan suatu Sijil Pelupusan Barang Rampasan di bawah Seksyen 22A Akta Kawalan Bekalan 1961 diperolehi daripada Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Pengawal Bekalan dengan arahan pelupusan secara penjualan.
5. Laksanakan penjualan
6. . Laporkan kembali kepada KSPgk/KPPN/KPPD
7. Pastikan sesalinan dokumen penjualan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat secara Akuan Serah Terima, untuk dikandungkan dalam KS atau EP;
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
(iii) Kes Selesai Secara Arahan TPR (No Further Action atau NFA)
KSPgk/KPPN/KPPD 1. Pastikan arahan NFA jelas dan dikandungkan dalam KS.
2. Bagi kes yang dihasilkan sebelum Januari 2015 di bawah AKB 1961, arahan pelupusan barang kawalan boleh dibuat oleh KSPgk/KPPN/KPPD dengan syarat;
i. Kesalahan adalah di bawah Seksyen 20(1) AKB 1961; dan
ii. Pelupusan dibuat di bawah Seksyen 20(4) AKB 1961.
3. Sekiranya barang kes diputuskan untuk dipulangkan, dan barang tersebut tidak pernah dijual, maka ianya dipulangkan dalam bentuk fizikal barang kes itu sendiri. Sekiranya ia telah dijual sebelumnya dan hasil jualan disimpan dalam Akaun Amanah Kerajaan, maka hasil jualan ini hendaklah dipulangkan kepada OKK.
4. Sekiranya barang kes hendak dijadikan hasil kerajaan, maka ianya hendaklah dijual sekiranya belum pernah dijual sebelumnya. Sekiranya ia telah dijual sebelumnya dan hasil jualan disimpan dalam akaun amanah kerajaan, maka hasil jualan ini hendaklah dijadikan hasil kerajaan.
5. Keluarkan arahan kepada I.O.
I.O 6. Pastikan arahan TPR – No Further Action (NFA) dinyatakan secara bertulis dan jelas dalam Kertas Siasatan.
7. Pastikan suatu Sijil Pelupusan Barang Rampasan diperolehi daripada Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Pengawal ;
(i) untuk pemulangan kepada pemilik; ATAU
(ii) dijadikan hasil kerajaan
8. Laksanakan pemulangan atau penjualan untuk dijadikan hasil kerajaan.
9. Kandungkan semua dokumen berkaitan dalam KS dan laporkan kembali kepada KSPgk/KPPN/KPPD.
KSPgk/KPPN/KPPD 10. Semak dan arahkan KUS.
Jadual C2
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
6. KAEDAH-KAEDAH PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Pengawal Bekalan hendaklah memastikan pelaksanaan kaedah penjualan barang kes berasaskan petroleum dipatuhi sepertimana yang dinyatakan di bawah SOP ini. Penjualan barang kes ini boleh dilaksanakan dalam tiga (3) kaedah iaitu;
6.1 Jualan Secara Sebut Harga;
(a) Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah dilantik oleh Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Pengawal Bekalan untuk membuka dan menjadualkan sebutharga. Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga pegawai di mana seorang hendaklah terdiri daripada Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Pengawal Bekalan sebagai Pengerusi.
(b) Sebut Harga hendaklah dibuka oleh Jawatankuasa Sebut Harga pada tarikh dan masa ditetapkan.
(c) Notis Sebut Harga hendaklah diwar-warkan kepada seramai yang mungkin bakal pembeli yang layak, dan sekurang-kurangnya kepada tiga pihak yang layak membeli. Iklan ini boleh dibuat dengan cara dipaparkan di laman Web kementerian, diedar ke pejabat-pejabat KPDNKK negeri melalui email rasmi, dipamerkan secara notis di pejabat-pejabat kerajaan setempat seperti Majlis Daerah, Pejabat Daerah dsbnya. Tempoh iklan ini hendaklah tidak kurang daripada 7 hari bekerja.
(d) Tawaran sebut harga hendaklah menggunakan Surat Pelawaan beserta Syarat-Syarat Ke Atas Pembeli Petrol, Diesel Atau Lpg Rampasan (Lampiran C).
(e) Harga jualan adalah tertakluk tawaran yang tertinggi dan memenuhi syarat-syarat Sebutharga yang ditetapkan.
(f) Tawaran Sebut Harga dan Persetujuan Membeli (Lampiran 10) hendaklah dikemukakan dengan menggunakan sampul berlakri dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga Kementerian/Jabatan sebelum tarikh dan waktu yang ditetapkan. Sebut Harga yang diterima lewat tidak boleh dipertimbangkan.
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
(g) Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah menyenaraikan semua tawaran yang diterima dengan menggunakan borang yang tealah ditetapkan dan menandatangani jadual Sebut Harga tersebut.
(h) Pembida yang berjaya hendaklah diberitahu dengan kadar segera. Sekiranya pembida yang terpilih menolak tawaran, Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah menimbang tawaran-tawaran lain atau memutuskan pelawaan sebut harga semula.
(i) Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga boleh melantik mana-mana pegawai untuk menguruskan penjualan.
(j) IOX hendaklah memastikan:-
(i) Pembeli atau wakil dipelawa untuk menyaksikan penjualan (jika tidak hadir, ditujukkan usaha mempelawa kehadiran),
(ii) Gambar semasa proses penjualan diambil
(iii) dokumen berhubung penjualan dikandungkan dalam KS.
(k) Jadual C3 di bawah menunjukkan proses Sebutharga ini:-
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
TUGASAN I.O/URUSETIA/AJK SEBUTHARGA BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
IOX 1. Terima arahan untuk laksanakan penjualan barang kes melalui kaedah sebutharga.
2. Sediakan senarai nama AJK Buka Sebutharga & AJK Sebutharga untuk kelulusan KSPgk/KPPN/KPPD.
3. Sediakan memo rasmi lantikan AJK.
KSPgk/KPPN/KPPD 4. Tandatangani memo lantikan.
5. Arahkan IOX tubuh urusetia (minimum 3 orang , diketuai oleh I.O).
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
IOX/Urusetia 6. Sediakan tawaran dan iklan sebutharga serta tarikh kuatkuasa.
7. Paparkan dan sebarluaskan iklan tawaran sebutharga
8. Sediakan Peti Sebutharga Berkunci
9. Tentukan hari lawatan tapak oleh bakal pembida
10. Sediakan surat panggilan Mesyuarat AJK Buka Sebutharga dan AJK Sebutharga
AJK Buka Sebutharga & AJK
Sebutharga
11. Adakan mesyuarat dan sediakan laporan ringkas berkaitan.
12. Serahkan kembali dokumen kepada Urusetia Sebutharga.
IOX/Urusetia 13. Maklumkan pembida yang berjaya dan tidak berjaya.
14. Pulangkan deposit sebutharga (jika ada).
15. Tentukan hari pembeli yang berjaya hadir untuk mengambil barang kes dan membuat pembayaran sepenuhnya.
16. Lengkapkan semua dokumen dan serahkan bersama bayaran kepada kerani kewangan pejabat.
17. Minitkan dan serahkan semua dokumen kepada I.O.
I.O 18. Laksanakan apa-apa tindakan lain berkaitan siatan.
19. Setelah siasatan lengkap dan dimuktamadkan, kemukakan utk arahan.
KSPgk/KPPN/KPPD 20. Arahkan KS untuk KUS.
Jadual C3
(l) Contoh dokumen-dokumen dan proses Sebut Harga adalah seperti di Lampiran C1 - C10.
6.2 Jualan Terus
(a) Kaedah Jualan Terus boleh dilaksanakan dalam keadaan berikut;
(i) Situasi tindakan kes melibatkan ancaman keselamatan, kesukaran logistik, lokasi kejadian yang jauh dan terpencil, kesukaran perhubungan dan pengangkutan, minyak bercampur dan kos penjagaan yang tidak munasabah atau faktor-faktor lain
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
yang munasabah di mana memerlukan tindakan segera, selepas mendapat kebenaran / persetujuan Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Pengawal.
(ii) Penjualan petrol dan diesel secara jualan terus juga boleh dilaksanakan sekiranya kuantiti yang disita tidak melebihi 200 liter, manakala LPG (berisi) tidak melebihi 10 silinder 12/14 kg selepas mendapat kebenaran KSPgk/KPPN/KPPD.
Kebenaran/persetujuan Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Pengawal Bekalan hendaklah direkodkan dalam Kertas Siasatan.
(b) Pembeli yang layak membeli barang kes dalam Kaedah Jualan Terus
- Peruncit/Pemborong berlesen yang sah;
- Pemegang permit yang sah;
- Pemilik (OYDS) berlesen atau pemegang permit/Surat Kuasa sahaja.
(c) Jadual C4 berikut adalah proses melaksanakan jualan terus ke atas barang kes:-
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
KAEDAH JUALAN TERUS
Ketua Pasukan 1. Dapatkan persetujuan KSPgk / KPPN / KPPD untuk jualan terus
KSPgk/KPPN/KPPD 2. Lantik IOX.
3. Beri arahan untuk jualan terus.
4. Tentukan syarikat pembeli.
5. Keluarkan Perintah Menjual (Lampiran C09).
IOX
6. Terima arahan pelupusan barang kes secara jualan terus
7. Uruskan penjualan kepada pembeli yang ditentukan
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
8. Contoh cerakinan (sampel) dalam kuantiti yang sesuai hendaklah diambil sebelum penjualan terus dilaksanakan. (rujuk SOP Pemeriksaan/Penyiasatan –Sampling) .
9. Laksanakan sukatan atau timbangan dan rekodkan (rujuk contoh di lampiran). Bagi Gas LPG, ianya hendaklah termasuk unit yang disimpan bagi tujuan menunggu Laporan Kimia diterima. Pembeli boleh mengambil unit ini pada masa lain asalkan bayarannya telah dilaksanakan sekali gus dalam jualan dimaksudkan.
10. Keluarkan surat pelawaan dan sertakan bersama syarat-syarat (rujuk contoh)
11. Pastikan pembeli mengemukakan surat persetujuan (rujuk contoh)
12. Laksanakan penjualan dan terima bayaran
13. Kemukakan bayaran serta dokumen berkaitan kepada kerani kewangan seberapa segera yang boleh
14. Buat akuan serahan dokumen penjualan kepada I.O kes
15. Laporkan kembali kepada KSPgk/KPPN/KPPD.
KSPgk/KPPN/KPPD 16. Arahkan I.O lengkapkan KS bagi tujuan melengkapkan siasatan selanjutnya.
Jadual C4
(d) Contoh dokumen Jualan Sebutharga adalah seperti di Lampiran D1 -D7.
6.3 Jualan Secara Sebut Harga Bertempoh/Mengikut Penggiliran
(a) Jualan Secara Sebut Harga Bertempoh/Mengikut Penggiliran adalah satu kaedah jualan yang dibenarkan dilaksanakan di peringkat pejabat KPDNKK Negeri dan Cawangan/Daerah. Ia adalah satu pilihan selain daripada Jualan Secara Sebut Harga dan Jualan Terus.
(b) Dalam kaedah jualan ini, pejabat KPDNKK Negeri dan Cawangan/Daerah yang bercadang atau telah mengamalkan kaedah ini hendaklah menyelenggara satu senarai pembeli barang rampasan berasaskan petroleum ini yang layak. Syarikat yang terlibat hendaklah memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan sama seperti dalam JualanSecara Sebutharga.
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
(c) Pejabat KPDNKK Negeri dan Cawangan/Daerah boleh menentukan sendiri kaedah penentuan giliran syarikat yang ada dalam senarai ini untuk membeli barang rampasan berasaskan petroleum, secara pentadbiran. Bagi tujuan ini, berikut dihuraikan secara ringkas kaedah-kaedah yang boleh diamalkan:-
i. Contoh 1 - Jika terdapat 12 syarikat yang layak dalam senarai di pejabat negeri dan cawangan/daerah, 6 daripadanya boleh dimasukkan dalam senarai pembeli untuk tempoh Januari hingga Jun, manakala 6 lagi dimasukkan dalam senarai pembeli untuk tempoh Julai hingga Disember. Dalam tempoh 6 bulan berkenaan, hanya 6 syarikat yang tersenarai ini sahaja yang ditawarkan untuk mengemukakan sebutharga dan semestinya tawaran sebutharga yang tertinggi di kalangan 6 syarikat inilah yang akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Sebutharga .
ii. Contoh 2 – Pejabat negeri dan cawangan/daerah membuat satu Sebut Harga Bertempoh untuk tempoh sah selama 6 bulan di awal tahun. Sebutharga ini dibuka dalam keadaan tindakan kes belum dihasilkan dan ia sebagai persediaan awal pejabat. Semua syarikat yang ada dalam senarai pentadbiran diminta mengemukakan tawaran sebutharga secara sulit ke atas barangan sitaan berikut mengikut sukatan:-
Petrol - harga tertinggi/terendah seliter
Disel - harga tertinggi/terendah seliter
LPG (isi) - harga 1 kg (ditentukan oleh pejabat)
LPG (kosong)- harga tertinggi/terendah 1 silinder
Mana-mana sebutharga yang diterima akan diselenggara mengikut urutan harga tertinggi dan seterusnya. Syarikat yang mengemukakan tawaran sebutharga yang menepati syarat-syarat yang dikemukakan terutama dari segi harga dan kelayakan hendaklah dimaklumkan secara bersurat. Begitulah juga syarikat yang gagal menepati syarat-syarat yang dikemukakan terutama dari segi harga dan kelayakan, juga perlu dimaklumkan secara bersurat (jika ada).
Sekiranya ada tindakan kes dihasilkan, syarikat yang menawarkan harga tertinggi dalam tempoh ini akan secara automatic diberi keutamaan untuk membeli barang rampasan berkenaan. Jika ia tidak mahu membeli atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, maka tawaran akan dibuat kepada pembeli
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
berikutnya mengikut susunan dalam senarai yang ada, dan begitulah seterusnya.
Sebelum berakhirnya tempoh 6 bulan pertama ini, tawaran sebutharga hendaklah dibuka sekali lagi untuk tempoh 6 bulan berikutnya, sama seperti di atas.
iii. Contoh 3 – Pejabat negeri dan cawangan/daerah membuat satu Sebut Harga Bertempoh untuk tempoh sah selama 12 bulan di awal tahun. Sebutharga ini dibuka dalam keadaan tindakan kes belum dihasilkan dan ia sebagai persediaan awal pejabat. Semua syarikat yang ada dalam senarai pentadbiran diminta mengemukakan tawaran sebutharga secara sulit ke atas barangan sitaan berikut mengikut sukatan:-
Petrol - harga tertinggi/terendah seliter
Disel - harga tertinggi/terendah seliter
LPG (isi) - harga 1 kg (ditentukan oleh pejabat)
LPG (kosong)- harga tertinggi/terendah 1 silinder
Mana-mana sebutharga yang diterima akan diselenggara mengikut urutan harga tertinggi dan seterusnya. Sekiranya ada tindakan kes dihasilkan, syarikat yang menawarkan harga tertinggi dalam tempoh ini akan secara automatic diberi keutamaan untuk membeli barang rampasan berkenaan. Jika ia tidak mahu membeli atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, maka tawaran akan dibuat kepada pembeli berikutnya mengikut susunan dalam senarai yang ada, dan begitulah seterusnya.
(d) Apa-apa kaedah sebutharga bertempoh/ mengikut penggiliran lain yang sesuai mengikut situasi-situasi setempat boleh dilaksanakan. Walaubagaimanapun, pejabat negeri dan cawangan/daerah hendaklah membuat format sendiri segala borang-borang berkaitan sebutharga bertempoh/mengikut penggiliran ini secara pentadbiran.
(e) Prinsip penjualan seperti di perenggan 10.12 adalah dititikberatkan dalam proses sebutharga bertempoh/ mengikut penggiliran ini.
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
7. PERKARA PENTING SEMASA PROSES SUKATAN ATAU TIMBANGAN KUANTITI BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
7.1 Sepanjang tempoh sukatan/timbangan kuantiti petrol, diesel atau LPG dilakukan, ia hendaklah disaksikan oleh IOX dan pembeli atau wakilnya.
7.2 Laporan sukatan kuantiti sebenar petrol diesel atau LPG hendaklah dikeluarkan dan diserahkan salinan asal kepada IOX manakala sesalinan kepada pembeli.
7.3 IOX hendaklah memastikan Laporan Sukatan kuantiti sebenar petrol, diesel atau LPG dikandungkan dalam Kertas Siasatan.
7.4 Sekiranya terdapat perbezaan kuantiti Petrol, Diesel atau LPG yang dinyatakan dalam Akuan Penyitaan selepas laporan sukatan kuantiti sebenar diperolehi oleh IOX, suatu laporan polis hendaklah dibuat oleh IOX berhubung perbezaan tersebut.
7.5 IO hendaklah memastikan Laporan polis berhubung perbezaan kuantiti diterima dari IOX dan dikandungkan dalam Kertas Siasatan.
7.6 Pembeli hendaklah melengkapkan dan menandatangani Akuan Penerimaan Petrol, Diesel Atau Lpg Oleh Pembeli yang turut ditandatangani oleh IOX dan saksi.
8. SYARAT-SYARAT KE ATAS PEMBELI BARANG KES BERASASKAN BAHAN PETROLEUM SECARA SEBUTHARGA
Mana-mana pembeli barang kes berasaskan Petroleum hendaklah mematuhi semua syarat-syarat berikut:-
(a) Pihak yang layak membeli barang kes yang ditawarkan menerusi Sebutharga hendaklah mengemukakan maklumat dan dokumen yang sah dan benar sahaja, samada semasa menyertai sebut harga mahupun semasa berjaya ditawarkan untuk membeli barang kes tersebut.
(b) Pihak yang layak membeli hendaklah menyediakan satu sesalinan dokumen berkaitan lesen CSA dan PDA, permit atau surat kelulusan untuk mempunyai dalam milikan atau di bawah jagaan kawalannya
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Petrol, Diesel atau LPG. Lesen CSA dan PDA, permit atau surat kelulusan hendaklah masih dalam tempoh sah.
(c) Pembeli hendaklah menanggung sepenuhnya kos dan tenaga kerja untuk urusan sukatan kuantiti dan membawa Petrol, Diesel atau LPG dari tempat sitaan ke premis pembeli menggunakan pengangkutan lori tangki, lori dan peralatan berkaitan.
(d) Pembeli hendaklah menyelesaikan bayaran (Cash on Delivery) sama ada dalam bentuk tunai, wang pos atau bank-draf. Bayaran dalam bentuk wang pos atau bank-draf hendaklah atas nama Pengawal Bekalan Malaysia.
(e) Pembeli hendaklah bersedia untuk membawa keluar diesel atau petrol dari tempat sitaan dalam tempoh masa munasabah yang ditentukan oleh pejabat ini.
(f) KPDNKK tidak bertanggungjawab terhadap barang kawalan selepas proses pindahan barang ke atas kenderaan pengangkutan pembeli. Petrol, Diesel atau LPG yang dibeli hendaklah dibawa terus ke premis pembeli mengikut alamat kelulusan yang diberikan dalam lesen/permit/surat kelulusan.
(g) Petrol, Diesel atau LPG yang telah dibawa ke alamat premis pembeli ini tidak boleh dipindahkan dengan apa cara sekalipun ke tempat lain, melainkan mengikut maksud kegunaan/kelulusan lesen/permit/surat kelulusan yang telah diberikan;
(h) Sekiranya status pembeli adalah peruncit yang berlesen, maka petrol, diesel atau LPG yang dibeli dari pejabat ini hanya boleh dijual kepada orang yang layak sahaja.
(i) Barang kes berasaskan petroleum yang telah dijual kepada pembeli yang layak tidak dibenarkan sama sekali untuk disalahgunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang; contohnya Gas LPG subsidi diisi semula ke silinder industri bagi mengaut keuntungan secara tidak sah..
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
(j) Pembeli tidak boleh mengemukakan apa-apa tuntutan gantirugi dalam apa jua bentuk kepada kerajaan sekiranya timbul apa-apa bentuk kesulitan di pihaknya sendiri, atau mana-mana pihak yang lain, berkaitan Petrol, Diesel atau LPG rampasan yang dibeli olehnya.
(k) Semua tawaran sebutharga hendaklah mengemukakan deposit 10% daripada harga tawaran. Deposit Sebutharga sebanyak 10% ini hendaklah disertakan bersama Borang Tawaran. Setelah keputusan sebut harga diperolehi, deposit ini akan diselaraskan kepada penyebutharga yang berjaya atau dikembalikan kepada yang gagal.
Setiap penerimaan deposit 10% daripada harga tawaran hendaklah dikeluarkan resit rasmi dan terimaan tersebut hendaklah dalam kadar segera dimasukkan dalam Akaun Deposit KPDNHEP (sebelum ini dikenali sebagai Akaun Amanah). Akauntan/Kerani kewangan bertanggungjawab untuk menguruskan pemulangan deposit tersebut kepada penyebutharga yang gagal.
(l) Pengawal Bekalan/Timbalan Pengawal Bekalan boleh membenarkan apa-apa syarat tambahan atau pindaan jika perlu. Pegawai yang bertanggungjawab Ke Atas Penjualan Petrol, Diesel atau LPG Yang Disita hendaklah memastikan syarat-syarat tersebut dimaklumkan kepada setiap bakal pembeli.
9. SENARAI PIHAK YANG LAYAK UNTUK MEMBELI PETROL, DIESEL DAN LPG SITAAN SAMADA SECARA SEBUTHARGA ATAUPUN JUALAN TERUS
Jadual C5 berikut adalah senarai pihak yang layak untuk membeli barang kes berasakan petroleum, samada melalui kaedah sebutharga, mahupun kaedah jualan terus.
PRODUK PIHAK YANG LAYAK MEMBELI
Dokumen sokongan
HARGA JUALAN KEPADA PEMBELI
YANG BERJAYA
PETROL, DIESEL
i. Pemborong berlesen
1. Lesen CSA yang sah;
Tawaran harga yang tertinggi dan pembeli
[Pind. 4.9.2018]
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
JADUAL C5
10. PENGURUSAN HASIL JUALAN (RUJUK BERSAMA BAB H)
10.1 Pembeli/wakil hendaklah membuat bayaran Dalam Kadar Segera sama ada secara Tunai, Wang Pos Atau Bank-Draf selepas sukatan kuantiti sebenar Petrol, Diesel atau LPG dimuktamadkan dan dilaporkan.
10.2 IOX hendaklah memastikan Resit resmi (Kew. 38/Kew 38E) dikeluarkan Dalam Kadar Segera setelah bayaran diterima sepertimana Arahan Perbendaharaan.
10.3 IOX hendaklah memastikan bayaran sama ada secara Tunai, Wang Pos Atau Bank-Draf yang diterima daripada penjualan tersebut diserahkan Dalam Kadar Segera kepada Pembantu Tadbir (Kewangan) pejabat / pegawai yang diberi kebenaran khusus secara bertulis oleh pemungut.
ii. Pemegang permit / Surat Kuasa Petrol, Diesel
iii. Pemilik (OYDS) yang berlesen atau memiliki permit / Surat Kuasa
iv. Syarikat pembekal utama petrol / diesel
Atau
2. Permit / Surat Kuasa yang sah
memenuhi syarat-syarat ditetapkan
GAS LPG (LPG SERTA TONG /
SILINDER)
i. Pemborong berlesen
ii. Pemegang permit / Surat Kuasa LPG
iii. Pemilik (OYDS) yang berupa pemegang lesen borong/runcit atau pemegang permit / Surat Kuasa LPG
iv. Syarikat pembekal utama Gas LPG
1. Lesen CSA yang sah;
atau
2. Permit / Surat Kuasa yang sah
Tawaran harga yang tertinggi dan pembeli memenuhi syarat-syarat ditetapkan
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
10.4 Serahan bayaran hendaklah dibuat secara permohonan bertulis (MEMO) yang mengandungi maklumat berikut;
No. Fail Kes;
Nama OKT (Individu / Syarikat)
No.Kad Pengenalan (Individu) / No. Passport (Individu)/
No. Pendaftaran Perniagaan/Syarikat;
Amaun (RM) di resit;
No. Resit (dengan Lampiran Resit); DAN
Tarikh Resit.
10.5 Pembantu Tadbir (Kewangan) pejabat / pegawai yang diberi kebenaran khusus secara bertulis oleh pemungut dan hendaklah Dalam Kadar Segera memasukkan ke dalam bayaran ke dalam Akaun Amanah Kerajaan;
(a) bagi penjualan selepas sitaan; atau
(b) bagi penjualan dalam siasatan
10.6 Akaun Hasil Kerajaan bagi kes yang telah selesai.
Dalam situasi penerimaan bayaran mempunyai sebarang masalah, pihak kewangan Pejabat / pegawai yang diberi kebenaran khusus secara bertulis oleh Pemungut hendaklah memaklumkan IOX.
10.7 Status kes melibatkan Hasil Jualan yang telah dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Kerajaan hendaklah dipantau dari semasa ke semasa dan Pegawai Pengurus Akaun Amanah hendaklah mengambil tindakan penyelarasan dengan pihak kewangan Pejabat setelah kes selesai sama ada;
(a) dilucuthak dan dijadikan Hasil Kerajaan; atau
(b) dikembalikan kepada pihak yang berhak;
sebagaimana ditetapkan dalam Perintah / Arahan Mahkamah atau Sijil Pelupusan Barang Rampasan yang dikeluarkan oleh Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Pengawal Bekalan.
10.8 Permohonan Bertulis berhubung penyelarasan Akaun Amanah Kerajaan sama ada dijadikan Hasil Kerajaan atau dikembalikan hendaklah dikemukakan oleh Pegawai Pengurus Akaun Amanah kepada pihak kewangan Pejabat bersama dokumen-dokumen berikut;
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
(a) Salinan Minit / Laporan Keputusan Kes; atau
(b) Arahan atau Perintah Mahkamah Mahkamah; atau
(c) Sijil Pelupusan Barang Rampasan; dan
(d) Salinan Resit Kew.38 (Hasil Jualan); atau
(e) Salinan petikan no. resit dari catatan KS atau semakan Akaun Belum Bayar (ABB) (jika salinan resit gagal dikesan);
10.9 Dalam setiap urusan dengan pihak kewangan Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat hendaklah memastikan;
(a) Resit Rasmi (Kew. 38);
(b) Penyata Pemungut;
(c) Baucar Bayaran (jika dijadikan Hasil Kerajaan); dan / atau (mengikut transaksi terlibat)
(d) Baucar Jurnal Pengembalian (jika Amaun Hasil Jualan dikembalikan); diserahkan kepada pemohon iaitu;
(i) IOX ; ATAU
(ii) Pegawai Pengurus Akaun Amanah.
10.10 IOX dan Pegawai Pengurus Akaun Amanah hendaklah memastikan segala dokumen berhubung amaun Hasil Jualan dalam Akaun Amanah Kerajaan dan penyelarasannya dikandungkan dalam Kertas Siasatan
10.11 IOX dan Pegawai Pengurus Akaun Amanah hendaklah memastikan maklumat berhubung amaun Hasil Jualan dalam Akaun Amanah Kerajaan dan penyelarasannya direkodkan dikemaskini dalam Buku Daftar Kertas Siasatan dan data kes.
10.12 Pinsip Pengurusan Penjualan Barang Kes Berasaskan Petroleum;
(a) Semua pegawai hendaklah menguruskan penjualan Diesel/Petrol/LPG Sitaan dengan cara berhati-hati kerana di akhir kes, hasil jualan ini akan tertakluk kepada salah satu daripada arahan berikut:-
(i) dilucuthak dan dijadikan Hasil Kerajaan; atau
(ii) dikembalikan kepada pihak yang berhak
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
(b) Semua tawaran sebutharga bagi penjualan diesel/petrol/LPG Sitaan adalah bermatlamatkan untuk mendapatkan nilai jualan yang tertinggi. Jawatankuasa Sebutharga hendaklah telah disalurkan satu purata nilai pasaran semasa sebagai panduan untuk membuat penilaian.
(c) Jawatankuasa Sebutharga berhak untuk membuka semula sebutharga berkenaan sekiranya didapati tiada mana-mana tawaran yang diterima munasabah nilainya, berbanding purata nilai pasaran semasa. Sebutharga semula ini hendaklah dimaklumkan kepada semua pembida yang telah mengemukakan sebutharga sebelumnya.
11. KUASA PENGECUALIAN KHAS DALAM MELAKSANAKAN KAEDAH PENJUALAN
11.1 Pegawai Yang Menjalankan Kuasa Timbalan Pengawal diberi kuasa untuk mengarahkan proses penjualan mengikut kaedah yang difikirkan patut dan bersesuaian sebagai jalan penyelesaian terbaik pada sesuatu situasi pada masa tersebut, dengan syarat ianya dimaklumkan kepada Pengarah Penguatkuasa secara rasmi.
11.2 Pengarah Penguatkuasa boleh mengeluarkan arahan semasa lain yang bersifat “case to case basis” hanya apabila perlu , tanpa bermaksud untuk meminda atau mengecualikan mana-mana peruntukan di dalam SOP ini; tertakluk kepada merit situasi atau keperluan semasa,yang mana berkenaan.
12. PERLINDUNGAN PEGAWAI DAN PERKARA BERKAITAN TATATERTIB
12.1 Apa-apa percanggahan tindakan dengan SOP ini atau pelaksanaan tindakan yang tidak dinyatakan secara spesifik dalam SOP ini, jika dilaksanakan mengikut budi bicara dan suci hati dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud melaksanakan prosedur ini, maka ia adalah termasuk di bawah maksud Seksyen 23 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 melainkan dibuktikan sebaliknya.
12.2 Apa-apa tindakan yang merujuk kepada perenggan 11.1 dan 11.2 oleh mana-mana Pegawai Penguatkuasa, Penolong Pegawai Penguatkuasa dan
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Pembantu Penguatkuasa yang melaksanakan arahan tersebut, hendaklah direkodkan secara bertulis dan dikandungkan dalam Kertas Siasatan.
13. KEGAGALAN MEMATUHI S.O.P AKIBAT KECUAIAN ATAU SECARA SENGAJA.
Sebarang kegagalan mematuhi S.O.P ini akibat kecuaian yang serius atau secara sengaja tanpa alasan yang munasabah boleh disabitkan di bawah ingkar perintah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
SENARAI LAMPIRAN
BIL PERKARA LAMPIRAN
1 Contoh Surat lantikan lantikan pegawai yang bertanggungjawab ke atas penjualan petrol, diesel atau LPG yang disita
C01
2 Kebenaran Menjalankan Kuasa Berhubung Pengurusan Barang Sitaan
C02
3 Sijil Pelupusan Barang Rampasan C03
4 Contoh Akuan Serah-Terima Dokumen Penjualan Daripada Iox Kepada Pegawai Penyiasat (IO)
C04
5 Contoh Memo Bertulis IOX Kepada Pemb. Tadbir Kewangan Untuk Memasukkan Terimaan Hasil Jualan
C05
6 Contoh Laporan Sukatan/Kandungan Bahan Mudah Terbakar ( Disel, Petrol & Lpg )
C06a – C06b
7 Contoh Surat Pelawaan Untuk Membeli Minyak Diesel/Petrol Rampasan (JUALAN TERUS)
C07a
8 Contoh Surat Persetujuan Untuk Membeli Minyak Diesel / Petrol Rampasan (JUALAN TERUS)
C07b
9 Contoh Akuan Penerimaan Barang Rampasan oleh Pembeli (JUALAN TERUS)
C07c
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
10 Contoh dokumen-dokumen proses Sebutharga C08a - C08e
11 Perintah Menjual Barang Rampasan C09
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Lampiran C01
LANTIKAN PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENJUALAN PETROL, DIESEL ATAU LPG YANG DISITA
Lantikan Rasmi Untuk Mengetuai Dan Mengurus Penjualan Diesel/Petrol/Lpg Sitaan
1. Adalah dengan ini Tuan/Puan____________________________ berjawatan
Pen.Pegawai Penguatkuasa KP29 dilantik untuk mengetuai dan mengurus penjualan
diesel sitaan sebagaimana butiran berikut:-
No. Kertas Siasatan :
Tarikh Sitaan :
Kuantiti Sitaan (Diesel) :
Nama I.O :
2. Penjualan ini hendaklah dibuat mengikut S.O.P yang sedang berkuatkuasa
dan hendaklah disempurnakan dan dilaporkan kembali selewat-lewatnya pada atau
sebelum______________________.
3. Sekian, harap maklum.
TADBIR URUS CEMERLANG, MASA DEPAN GEMILANG.
Saya yang menurut perintah,
_______________________
Nama:
Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor D.E
Tarikh: 17 Ogos 2017
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Lampiran C02
KEBENARAN MENJALANKAN KUASA BERHUBUNG PENGURUSAN BARANG SITAAN DI BAWAH AKTA-AKTA YANG DIKUATKUASAKAN OLEH
BAHAGIAN PENGUATKUASA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengawal/Ketua Inspektor pada menjalankan kuasa Timbalan Pengawal / Timbalan Ketua Inspektor, saya MOHD ROSLAN BIN MAHAYUDIN, Pengarah Penguatkuasa dengan ini memberikan kebenaran kepada OTHMAN BIN NAWANG (No. K/P : 570705-02-5591), Pegawai Penguatkuasa N52 yang bertugas di Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya untuk menjalankan kuasa memberi arahan berhubung perkara berikut:-
1. Penjualan barang sitaan daripada jenis yang mudah musnah atau mengikut tabiinya lekas rosak, mudah terbakar atau penjagaannya melibatkan belanja dan kesulitan yang tidak munasabah;
2. Pelucuthakan bagi barang sitaan yang disifatkan telah dilucuthakkan apabila tiada pendakwaan dan tiada penerimaan notis tuntutan atau tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis tuntutan; dan
3. Pelepasan atau pelupusan barang sitaan.
Di bawah peruntukkan:-
i. Akta Kawalan Bekalan 1961 dan perundangan subsidiari di bawahnya;
ii. Akta Sewa Beli 1967 dan perundangan subsidiari di bawahnya;
iii. Akta Timbang dan Sukat 1972 dan perundangan subsidiari di bawahnya;
iv. Akta Hakcipta 1987 dan perundangan subsidiari di bawahnya;
v. Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 dan perundangan subsidiari di bawahnya;
vi. Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan perundangan subsidiari di bawahnya;
vii. Akta Cakera Optik 2000 dan perundangan subsidiari di bawahnya,
viii. Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan perundangan subsidiari di bawahnya;
ix. Akta Perihal Dagangan 2011 dan perundangan subsidiari di bawahnya;
x. dan lain-lain undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dari semasa ke semasa.
Pemberian kuasa ini adalah sah dan berkuatkuasa selama tempoh masa Pegawai yang namanya dinyatakan di
atas berkhidmat di Bahagian Penguatkuasa, KPDNKK Putrajaya.
Bertarikh pada : 27 November 2014
(DATO’ MOHD. ROSLAN BIN MAHAYUDIN) PENGARAH PENGUATKUASA, BAHAGIAN PENGUATKUASA,
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Rujukan: KPDN(PGK)100-1/9/4
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Lampiran C03
AKTA KAWALAN BEKALAN 1961
SIJIL PELUPUSAN BARANG-BARANG RAMPASAN RUJUK KES: AKB-2014-001X-XXX
Pada menjalankan kuasa-kuasa Pengawal yang diberikan di bawah seksyen 12(1)(a)(ii)
Akta Kawalan Bekalan 1961, saya Fahmi Bin Kasim, Penolong Pengawal Bekalan
Malaysia dengan ini mengarahkan barang-barang yang disita daripada XXXXXXXX,
(no.k/p : XXXXXXXXX), beralamat XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX, 80150
Johor Bharu pada XX XXXX 2014 jam 01.00 petang dan dilupuskan dengan cara :
Dimusnahkan
Dikembalikan
Deposit dijadikan hasil kerajaan / Kapal XXXXXX 001 diserah pada NRRET
Jualan secara jual lelong
Jualan secara sebutharga
Jualan secara tender
Ke atas barang-barang berikut:
Perihal Barang Kuantiti
1. XXXXXXXXXXX 001 01 unit
………………………………………. (FAHMI BIN KASIM) b/p. Timbalan Pengawal Bekalan Malaysia Tarikh :
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Lampiran C04
CONTOH AKUAN SERAH-TERIMA DOKUMEN PENJUALAN DARIPADA
IOX KEPADA PEGAWAI PENYIASAT (IO)
NOMBOR K/SIASATAN : AKB-2013-0003-HQR
TARIKH JUALAN : 24.07.2017
BARANG YANG DIJUAL & KUANTITI : MINYAKDIESEL 3000 ltr
NILAI JUALAN : RM 5750
NO. RESIT KEWANGAN : E90765432
TARIKH RESIT KEWANGAN : 24.07.2017
DOKUMEN-DOKUMEN SEBUTHARGA : Laporan J/K Sebutharga Bil
2/2017 HQR
…………………………………………………………………………………………
Diserahkan oleh Pegawai yang Diterima oleh
bertanggungjawab Ke Atas Penjualan , Peg. Penyiasat Kes
Petrol, Diesel atau LPG Yang Disita (IOX)
……………………… …………………………
Tandatangan Tandatangan
Nama Penuh: Nama Penuh:
Tarikh: Tarikh:
(Sekiranya jualan dilaksanakan oleh IOX)
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Lampiran C05
CONTOH MEMO BERTULIS IOX KEPADA PEMB. TADBIR KEWANGAN
UNTUK MEMASUKKAN TERIMAAN HASIL JUALAN
No. Fail Kes : AKB-2013-0003-HQR
Nama OKT (Individu / Syarikat) : Kajang Steel Trading
No. Kad Pengenalan (Individu) : Lee Chong Wah
/ No. Passport (Individu) 670213-04-6715
No. Pendaftaran Perniagaan/Syarikat;
Amaun (RM) di resit; : RM 5750.00
No. Resit (dengan Lampiran Resit); DAN : E90765432
Tarikh Resit. : 24.07.2017
…………………………………………………………………………………………
……
Diserahkan oleh Pegawai yang Diterima oleh
bertanggungjawab Ke Atas Penjualan , Pemb.Tadbir Kewangan
Petrol, Diesel atau LPG Yang Disita
……………………… …………………………
Tandatangan Tandatangan
Nama Penuh: Nama Penuh:
Tarikh: Tarikh:
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Lampiran C06a
CONTOH LAPORAN SUKATAN/KANDUNGAN BAHAN
MUDAH TERBAKAR (DIESEL, PETROL & LPG)
NO. KERTAS SIASATAN :
NAMA R.O :
NAMA I.O :
TARIKH KEJADIAN: :
GAS LPG
BIL
BUTIRAN
KUANTITI
(kg)
KUANTITI
(Unit)
1 Gas silinder LPG berisi jenama PETRONAS @ 12KG 1,068 89
2 Gas silinder LPG berisi jenama PETRONAS @ 14KG 1,078 77
3 Gas silinder LPG kosong jenama PETRONAS @ 12KG 70
4 Gas silinder LPG kosong jenama PETRONAS @ 14KG 40
5 Gas silinder LPG berisi jenama SOLAR @ 12KG 1,284 107
6 Gas silinder LPG berisi jenama SOLAR @ 14KG 5,194 371
7 Gas silinder LPG kosong jenama SOLAR @ 12KG 234
8 Gas silinder LPG kosong jenama SOLAR @ 14KG 160
9 Gas silinder LPG kosong jenama BHP @ 12KG 7
10 Gas silinder LPG kosong jenama MIRA @ 14KG 4
JUMLAH: 8,624 1,159
Disahkan oleh:
…………………..
Nama Penuh :
Jawatan :
(R.O atau I.O bertanggungjawab bagi melaporkan perkara di atas walaupun proses jualan dijalankan oleh pegawai lain)
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Lampiran C06b
CONTOH LAPORAN SUKATAN/KANDUNGAN BAHAN
MUDAH TERBAKAR (DIESEL, PETROL & LPG)
NO. KERTAS SIASATAN :
NAMA R.O :
NAMA I.O :
TARIKH KEJADIAN: :
DIESEL
BIL
BUTIRAN
KUANTITI
(liter)
1 Minyak Diesel Dalam 1 Tangki Skid Bertanda A 6,400
2 Minyak Diesel Dalam 1 Tangki Skid Bertanda B 2,000
3 Minyak Diesel Dalam 7 tong plastic kapasiti 20 liter 140
JUMLAH: 8,140
Disahkan oleh:
…………………..
Nama Penuh :
Jawatan :
(R.O atau I.O bertanggungjawab bagi melaporkan perkara di atas walaupun proses jualan dijalankan oleh pegawai lain)
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN CO7a
Contoh Surat Pelawaan Untuk Membeli Minyak Diesel/Petrol Rampasan (JUALAN TERUS)
BAHAGIAN PENGUATKUASA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM
NEGERI KOPERASI DAN KEPERGUNAAN LOT 2G-3, ARAS 2 & 3, PRESINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62623 PUTRAJAYA
Rujukan kami : Tarikh:
PENGURUS SYARIKAT ABC
LOT 3A, JALAN KEBUN KLANG
Tuan,
PELAWAAN UNTUK MEMBELI MINYAK PETROL/DIESEL KES : AKB 2/2008 (HQR)
Tuan adalah dengan ini dipelawa untuk menyatakan persetujuan bagi membeli
barang-barang rampasan sebagaimana butiran berikut :
1.1 Nama barang
: Diesel
Diesel
1.2 Kuantiti Anggaran : 4,000 liter 1.3 Tempat Simpanan : Dalam skid tank (tidak alih) 1.4 Lokasi : Ladang Kelapa Sawit 2
Jalan Ulu Langat Selangor
1.5
Harg
a
Taw
aran
:
RM
6,00
0.00
Harga Tawaran : RM 6,000.00 .
2. Sekiranya tuan berminat dan bersedia untuk memenuhi syarat-syarat
sebagaimana di Lampiran, sila kemukakan persetujuan segera ke pejabat ini
mengguna surat persetujuan spt di Lampiran selewat-lewatnya pada/atau sebelum
jam………tarikh……. Harga yang ditawarkan hendaklah termasuk semua kos yang
terlibat seperti kos pemindahan dan pengangkutan.
3. Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada …………………………… ditalian
……………………………………….
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
b.p. Pengarah Penguatkuasaa
Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi Kepenggunaan
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN C07b
Contoh Surat Persetujuan Untuk Membeli Minyak Diesel / Petrol Rampasan
(JUALAN TERUS)
SYARIKAT ABC
LOT 3a, JALAN KEBUN, KLANG,
SELANGOR TEL : 03 25667788 FAX : 03
25667778
Tarikh :
Kepada :
Bahagian Penguatkuasa,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan
Lot 2G3, Aras 2 & 3, Presint 2
62623 Putrajaya
Tel : 03 88825500 Fax : 03 88826425
(u.p: ………………………………..)
Tuan,
PERSETUJUAN UNTUK MEMBELI MINYAK DIESEL / PETROL RAMPASAN
Dengan hormatnya, saya merujuk kepada surat daripada pihak tuan bertarikh 14
Mei 2009 berhubung perkara diatas.
2. Sehubungan dengan itu, saya bersetuju untuk membeli minyak disel dianggar berjumlah ………. liter pada harga RM 6000. (tertakluk kuantiti ini tiada perubahan) Saya turut bersedia untuk memenuhi semua syarat yang dikenakan di Lampiran. berkaitan pembelian minyak diesel ini . 3. Kami bersedia memindahkan minyak disel ini keluar dari tempat kejadian pada bila-bila masa selepas kelulusan pihak Tuan, Sekian, terima kasih
_tt
Nama : X X X X X X X X
No. K.P : 630207115005
Jawatan : Pengurus
(Cop jika ada)
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN C07c
Contoh Akuan Penerimaan Barang Rampasan Oleh Pembeli
(JUALAN TERUS)
Adalah saya …………………………………………….. no kad pengenalan
…………………………… jawatan Pengurus Kewangan dari syarikat
X X X X X X X X X X X X X X X X X dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membeli
& menerima barang seperti berikut.
a) Nama barang kawalan : Minyak Diesel (bertanda)
b) Kuantiti : r4000liter
c) Tarikh dan masa terima : 08.09.08 - 16.30 pm
d) Tempat simpanan : Tangki skid - alamat di atas
e) Harga belian : RM 6000.00
Saya memahami dan bersetuju mematuhi segala arahan/syarat yang ditetapkan oleh
pihak tuan. Dengan ini saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan di atas
adalah benar. Saya juga mengesahkan tidak akan membuat apa-apa tuntutan lagi kepada
pihak Tuan kerana urusan pembelian ini telah dimuktamadkan selepas saya menerima
resit rasmi dari pejabat Tuan.
Nama Penyerah NamaPenerima
Jawatan Jawatan
No. K/P No K/P
Tarikh/Masa Tarikh / Masa
Saksi
Jawatan
No /KP
Tarikh / Masa
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Lampiran C08a
MEMO (DALAMAN)
BAHAGIAN PENGUATKUASA
Tuan, Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa tuan / puan adalah dilantik sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa sebut harga Bil 2/2017 bagi membeli serta mengangkut gas silinder LPG seperti berikut : Pengerusi : En. Abdul Halim Bin Pakri – Ketua Unit Bekalan dan Harga Ahli: 1) En. Taha Bin Julai – KU Ekshibit 2) Cik Tilma Binti Samsi – KU Pengurusan 3. Bagi urusan pembukaan peti sebut harga Bil 2/2017 membeli serta mengangkut gas silinder LPG seperti berikut :
Kepada :
SEPERTI SENARAI EDARAN LAMPIRAN “A”
s.k. 1. Timbalan Pengarah (COK) 2. Timbalan Pengarah (CPP) 3. KSEL 4. KSPLP
Daripada: Pengarah Bahagian Penguatkuasa
Rujukan : SEBUTHARGA BIL: 2/2017
Tarikh : JUN 2017
LANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA SEBUTHARGA DAN JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT HARGA
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
3.1. PPP T/K Nazrulhisham Bin Hamudi 3.2. PPP Osman Bin Mohamad 3.3. PPP Muhammad Azzahari Bin Buhri
4. Kerjasama tuan / puan di dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, (DATO’ MOHD ROSLAN BIN MAHAYUDIN) Samb : 6008 e-mail : [email protected]
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN “A”
Ruj : Sebutharga Bil.2/2017 SENARAI EDARAN
1) En. Abdul Halim Bin Pakri – KU Bekalan dan Harga
2) En. Taha Bin Julai – KU Ekshibit
3) Cik Tilma binti Samsi – KU Pengurusan
4) PPP T/K Nazrulhisham bin Hamudi – UPE
5) PPP Osman bin Mohamad – SPLP
6) PPP Muhammad Azzahari Bin Buhri – Unit Operasi UKBH
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Lampiran C08b
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
PUTRAJAYA
SEBUTHARGA BIL 2/2017
MEMBELI SERTA MENGANGKUT GAS SILINDER LPG
YANG DISIMPAN DI STOR KOMPLEKS PENYIMPANAN BAHAGIAN PENGUATKUASA
NILAI,NEGERI SEMBILAN
NAMA SYARIKAT : ..........................................................
ALAMAT : ..........................................................
..........................................................
............................................................
NO KES : AKB 2016-0021-HQR
TARIKH TUTUP: 15 JUN 2017 @ 12.00 tengahari
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
NO. SEBUTHARGA: BIL. 2/2017
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
PELUPUSAN BARANG KES GAS SILINDER LPG
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
PUTRAJAYA
1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat berlesen yang berminat untuk membeli Gas silinder
LPG seperti berikut:
BIL
BUTIRAN
KUANTITI
(kg)
KUANTITI
(Unit)
1 Gas silinder LPG berisi jenama PETRONAS @ 12KG 1,068 89
2 Gas silinder LPG berisi jenama PETRONAS @ 14KG 1,078 77
3 Gas silinder LPG kosong jenama PETRONAS @ 12KG 70
4 Gas silinder LPG kosong jenama PETRONAS @ 14KG 40
5 Gas silinder LPG berisi jenama SOLAR @ 12KG 1,284 107
6 Gas silinder LPG berisi jenama SOLAR @ 14KG 5,194 371
7 Gas silinder LPG kosong jenama SOLAR @ 12KG 234
8 Gas silinder LPG kosong jenama SOLAR @ 14KG 160
9 Gas silinder LPG kosong jenama BHP @ 12KG 7
10 Gas silinder LPG kosong jenama MIRA @ 14KG 4
JUMLAH: 8,624 1,159
2. Gas LPG boleh dilihat pada 7 Jun 2017 dan 8 Jun 2017 di antara jam 10.00 pagi hingga jam
4.00 petang di Setor Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa Nilai Negeri
Sembilan.Tawaran sebutharga boleh dibuat dengan mengisi Borang Sebutharga Pelupusan
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Barang kes Gas Silinder LPG BIL. 2/2017 dan dimasukkan ke dalam sampul surat berserta
lak. Sila pastikan no sebut harga dicatatkan dipenjuru atas sampul surat sebut harga. Serahan
tangan sebut harga dibuat ke alamat yang tertera dibawah dengan memasukkan ke dalam kotak
yang disediakan pada atau sebelum 15 Jun 2017 @ 12.00 tengahari.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Mohd Suhaizi Bin Samat di talian 03-88826255/
019-3987879 atau di alamat:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi & Kepenggunaan.
Seksyen Barang kes dan Logistik
Aras 3, Bahagian Penguatkuasa.
No. 13, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62623 Putrajaya.
3. Tarikh Tutup Sebutharga pada 15 Jun 2017 jam 12.00 tengahari. Sebutharga yang diterima
lewat tidak akan di pertimbangkan.
BAHAGIAN 4
BAB 3 – PENJUALAN BARANG KES BERASASKAN PETROLEUM
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Lampiran C09
AKTA KAWALAN BEKALAN 1961
(AKTA 122)
PERINTAH MENJUAL BARANG RAMPASAN
RUJUKAN KES : AKB 2016-0010-HQR
Pada menjalankan kuasa-kuasa Pengawal yang diberikan di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta
Kawalan Bekalan 1961, saya Othman Bin Nawang, Pegawai Bekalan Malaysia dengan
ini mengarahkan barang-barang yang disita daripada Wong Kee Chin beralamat Premis
Tanpa Nama, No.29, Jalan Indah, Batu 12, Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor
pada 25.04.2017 jam 11.30 pagi, dijual dan hasilnya dimasukan ke dalam Akaun Amanah
Kerajaan Sementara sehingga kes selesai ke atas barang-barang berikut:
Perihal Barang Kuantiti
1) Gas silinder LPG 14kg(Solar) (berisi) 106 tong
……………………………………………. OTHMAN BIN NAWANG
b.p. Pegawai Bekalan Malaysia