Sorotan Literatur

6
9 Bab 2 SOROTAN LITERATUR

description

Sorotan Literatur

Transcript of Sorotan Literatur

Page 1: Sorotan Literatur

9

Bab 2

SOROTAN LITERATUR

Page 2: Sorotan Literatur

8

Page 3: Sorotan Literatur

9

Penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan oleh IPPTN menunjukkan beberapa dapatan yang berkaitan dengan masalah pengangguran. Dapatan yang diperoleh daripada Kajian Masalah Pengangguran di Kalangan Siswazah (Morshidi et al., 2004a) yang berfokus kepada siswazah daripada bidang Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan mempunyai kaitan dengan tempat kerja (workplace) adalah seperti

berikut: (a) Siswazah perlu memenuhi keperluan bidang pekerjaan (bidang pengajiannya

sesuai). (b) Siswazah mesti menyesuaikan diri dengan kehendak dan suasana kerja serta

mudah untuk dilatih semula sesuai dengan keperluan industri dan syarikat. (c) Siswazah mesti mempunyai keupayaan berkomunikasi dalam bahasa

Inggeris, di samping memiliki pencapaian akademik yang baik dan pengetahuan teknikal.

(d) Siswazah mesti memiliki serba sedikit pengalaman pekerjaan, pengetahuan am, kesedaran awam dan sosial, kemahiran kepimpinan dan mengelola, kemahiran ICT serta kemahiran antara perseorangan (yakni bergaul dan bekerja sebagai satu pasukan).

(e) Siswazah mesti bersikap proaktif dan berinisiatif serta berpengetahuan tentang suasana tempat kerja, seperti mengetahui carta organisasi kerja, aspek pengurusan dan latar belakang syarikat.

Laporan ini juga menekankan punca siswazah tidak berjaya mendapat pekerjaan, iaitu:

(a) Siswazah lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, khususnya dari segi kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris.

(b) Siswazah mengalami masalah untuk berkomunikasi dan tiada kemahiran antara perseorangan.

(c) Siswazah tidak berupaya mengaplikasikan pengetahuan dalam alam pekerjaan.

(d) Siswazah tidak proaktif, tiada inisiatif dan mengalami masalah untuk melaksanakan secara kendiri sesuatu arahan kerja.

(e) Siswazah bermasalah dari segi: terlalu memilih kerja, tidak boleh bekerja dalam pasukan, tidak sanggup belajar daripada pekerja bawahan, terlalu berkira, mementingkan bidang tugas atau spesifikasi kerja semata-mata, mementingkan hierarki dan status dan berpandangan sempit.

(f) Siswazah tidak realistik kerana mendesak majikan membayar gaji yang tinggi dalam keadaan ekonomi yang lembab.

Hampir semua majikan yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka memerlukan kakitangan yang mahir berbahasa Inggeris. Kemahiran bahasa Inggeris yang diperlukan tertumpu kepada kemahiran menulis dan bertutur. Kelemahan ini dapat

Sorotan Literatur

Ratna Roshida Abdul Razak dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

2

Page 4: Sorotan Literatur

Ratna Roshida Abdul Razak dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

10

dikesan dalam penulisan siswazah sewaktu mereka memohon pekerjaan secara bertulis. Hampir semua majikan dalam kajian yang lepas menimbulkan keupayaan berbahasa Inggeris sebagai keperluan dalam pekerjaan. Lepasan universiti tempatan umumnya mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris yang rendah. Bahasa Inggeris mempunyai kelebihan kerana banyak bahan rujukan dan maklumat terkini ditulis dalam bahasa ini berbanding dengan yang terdapat dalam bahasa Malaysia. Dalam era globalisasi, banyak maklumat terkini dan dinamik disalurkan melalui bahasa Inggeris. Dapatan yang diperoleh juga menunjukkan bahawa pengangguran bukan disebabkan tahap pencapaian akademik siswazah, tetapi fenomena tersebut disebabkan kemahiran insaniah yang kurang diberikan penekanan dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn mengatakan bahawa kebanyakan siswazah tidak aktif berinteraksi dalam kerja berpasukan dan kurang komitmen dalam pekerjaan mereka (Dewan Masyarakat, Februari 2006). Berkeyakinan dan berkeupayaan untuk bergaul merupakan ciri peribadi siswazah yang diutamakan, di samping sikap dan minat mereka terhadap kerjaya. Peningkatan kemahiran berbahasa tentunya boleh meningkatkan keyakinan diri dan seterusnya melahirkan sikap-sikap yang baik terhadap kerja. Kemahiran berbahasa secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi kemahiran berkomunikasi. Sekiranya perlu disimpulkan satu kemahiran yang perlu ada pada seseorang lepasan universiti yang dapat menjadi landasan untuk peningkatan dirinya dalam alam pekerjaan, kemahiran tersebut ialah kemahiran berbahasa dan berkomunikasi (Quek, 2005). Kajian Pencapaian Akademik dan Kebolehgunaan Tenaga Siswazah di Institusi Pengajian Tinggi (Morshidi et al., 2004b) mendapati kemahiran berbahasa Inggeris mempunyai kesan yang signifikan terhadap kebarangkalian bekerja. Oleh hal yang demikian, penguasaan bahasa Inggeris amat penting bagi seseorang siswazah untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, terutama di sektor swasta. Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini tentang kemahiran komunikasi yang dikehendaki oleh majikan dan kemahiran yang dimiliki siswazah adalah menyamai pandangan siswazah dalam Kajian Masalah Pengangguran yang lalu. Kajian ini juga merumuskan bahawa kemahiran berfikir, khususnya yang berkaitan dengan analisis, nilai dan aplikasi membantu untuk meningkatkan peluang siswazah mendapatkan pekerjaan. Kesimpulan dapatan ini ialah siswazah daripada semua bidang pengajian mendapat pendedahan yang luas terhadap teknologi maklumat. Kurikulum universiti yang ada sekarang menggalakkan siswazah supaya memahirkan diri mereka dengan ICT tetapi pengembangan insaniah juga perlu diutamakan. Kajian Kurikulum Universiti, Penilaian Terhadap Persediaan Siswazah ke Alam Pekerjaan (Ambigapathy dan Aniswal, 2005) (yang melibatkan responden seramai

Page 5: Sorotan Literatur

Sorotan Literatur

11

dua ratus empat belas orang daripada pihak majikan) menegaskan bahawa kurikulum universiti perlu dibentuk untuk membantu pelajar mengembangkan daya kreativiti, menjadi lebih inovatif dan memiliki kemahiran berfikir. Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh siswazah ialah kemahiran berkomunikasi yang dianggap sangat penting apabila mereka mula bekerja. Mereka juga perlu sentiasa peka dan mempunyai pengetahuan tentang isu-isu semasa. Sifat ini dapat memantapkan kemahiran berfikir secara kritis siswazah dan mereka boleh bertindak balas secara spontan terhadap sebarang perkembangan. Hampir semua majikan dalam kajian kes ini menimbulkan keupayaan berbahasa Inggeris sebagai keperluan dalam pekerjaan. Siswazah universiti tempatan umumnya mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris yang rendah. Hampir semua majikan yang ditemu bual juga menyatakan bahawa mereka memerlukan kakitangan yang mahir berbahasa Inggeris. Perkara ini menarik kerana majikan yang ditemu bual terlibat dengan pelanggan dari luar negara. Kemahiran bahasa Inggeris yang diperlukan tertumpu kepada kemahiran menulis dan bertutur. Kelemahan ini dapat dikesan dalam penulisan siswazah sewaktu mereka memohon pekerjaan secara bertulis. Keseluruhannya, majikan yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan kepakaran khusus dalam kalangan calon kakitangan baharu mereka. Kebanyakan majikan akan memberikan latihan asas yang bersesuaian dengan tugas dan bidang kerja kakitangan. Berkeyakinan dan berkeupayaan untuk bergaul merupakan ciri peribadi yang diutamakan, di samping sikap dan minat terhadap kerjaya. Peningkatan kemahiran berbahasa tentunya boleh memberi keyakinan diri dan seterusnya melahirkan sikap yang baik terhadap kerja. Perwatakan dan sifat peribadi yang baik boleh dipupuk melalui kemahiran berbahasa dan pengetahuan yang luas. Satu lagi kajian telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menilai kebolehpasaran siswazah universiti tempatan (2007). Kajian ini dijalankan bagi melihat keperluan kemahiran berbahasa Inggeris dan kebolehpasaran belia berijazah di syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa dan GLC (Government Linked Companies) di Malaysia. Kajian ini melibatkan 33 buah

syarikat GLC, 10 buah syarikat multinasional dan 22 buah syarikat tempatan. Mereka mendapati bahawa keperluan untuk merombak semula kurikulum pendidikan pada tahap IPTA adalah kritis memandangkan bahawa hanya 17 peratus atau 19 daripada 65 sampel syarikat dalam kajian menganggap siswazah keluaran IPTA tempatan adalah kompetens bagi pekerjaan. Kajian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di IPTA serta prestasi semasa kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar IPTA dijalankan oleh Zuraidah Mohd. Don et al. (2006). Data yang telah dihimpunkan telah diusahakan bersama antara penyelidik dari Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beberapa cadangan telah diketengahkan hasil kajian itu.

Page 6: Sorotan Literatur

Ratna Roshida Abdul Razak dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

12

Pertama, rombakan semula objektif program kemahiran bahasa Inggeris yang ditawarkan di IPTA: Hasil pembelajaran program harus merangkumi kompetens dan kemahiran bahasa yang membolehkan pelajar menguasai bahasa Inggeris bagi keperluan akademik, pekerjaan dan sosial. Pendekatan menyerap (immersion) juga harus diwujudkan untuk pelajar yang lemah berbahasa Inggeris supaya dapat mendekatkan jurang perbezaan dalam penguasaan bahasa Inggeris dengan lebih efisien dan efektif (seperti di UIA). Kedua, satu peperiksaan English Language Exit Test

(Norizan et al., 2006) telah juga disarankan kerana MUET merupakan satu ujian penempatan bagi calon kemasukan baru di IPTA. Ketiga, mereka menyarankan supaya pelajar tahun akhir mengambil ujian yang dipanggil MECT (Malaysian English Competency Test) yang telah dibentuk oleh kumpulan kajian IRPA yang diketuai oleh Norizan Abdul Razak (2005-2007). Ujian ini merupakan satu ‘exit English language test’

iaitu calon siswazah akan dinilai dari aspek kompetens berbahasa Inggeris untuk tempat kerja. Disarankan bahawa ujian ‘exit’ ini diwajibkan kepada semua bakal

siswazah di IPTA supaya mereka sedar akan pentingnya penguasaan bahasa Inggeris dalam dunia pekerjaan. Jelas bahawa semua hasil kajian menunjukkan bahawa umumnya kemahiran asas yang diperlukan oleh majikan tertumpu kepada kemahiran yang berkaitan dengan bahasa, komunikasi, keupayaan bekerja secara berkumpulan dan sikap serta keperibadian. Sehubungan dengan itu, kajian yang akan dijalankan ini merupakan kesinambungan kepada kajian-kajian yang pernah dijalankan oleh IPPTN. Walau bagaimanapun, tema kajian ini ialah Kurikulum Universiti dan Keperluan untuk Memperoleh Pekerjaan. Dapatan kajian ini diperlukan untuk menyokong dapatan yang telah diperoleh daripada kajian sebelum ini. Semua dapatan ini dapat dijadikan input baharu kepada penggubal dasar di KPT. Kajian ini akan berlandaskan satu rangka yang mempunyai empat komponen utama yang boleh dikelaskan sebagai kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21, iaitu: (i) literasi alaf digital (digital age literacy); (ii) komunikasi efektif (effective communication); (iii) pemikiran inventif (inventive thinking); dan (iv) produktiviti tinggi (high productivity).

Accelerating technological change, rapidly accumulating knowledge, increasing global competition and rising workforce capabilities around the world 21st century skills essential. (www.21stCenturySkills.org/documents/framework flyer–073207.PDF)

Empat komponen yang dinyatakan di atas merupakan kerangka teori dan asas bagi analisis dan perbincangan dalam kajian ini. Kebanyakan kajian tentang pengangguran siswazah dijalankan secara meluas dan kuantitatif. Kajian ini pula bersifat kualitatif dan kuantitatif, mendalam dan bertujuan memberikan satu gambaran yang holistik tentang masalah pengangguran dalam kalangan siswazah universiti, terutama siswazah sains dan ICT.