sosio emosi

download sosio emosi

of 20

description

edu 3102

Transcript of sosio emosi

1.0 Pengenalan

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.

Peringkat perkembangan kanak kanak adalah hasil daripada pengaruh proses proses biologi , kognitif dan sosio emosi ( Santrock , 2008 ) .

Secara ringkas , pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak melalui peringkat peringkat seperti berikut :

Peringkat bayi ( 0 2 tahun )

Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat . Sifat sifat asas manusia seperti bahasa , kebolehan fizikal , kebolehan menjalin hubungan emosi mula kelihatan .

Peringkat kanak kanak ( 3 11 tahun )

Kanak kanak dapat bermain menggunakan imaginasi , perkembangan bahasa yang cepat , penggunaan otot otot halus dan kemahiran bersosial . Mereka juga mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan semasa alam dewasa kelak serta mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan .

Peringkat remaja ( 12 20 tahun )

Sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami . Boleh berfikir secara abstrak , logika dan sistematik serta menjalin perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari .1.1 Pengertian perkembangan manusia

Paul Eggan & Don Kauchak mengatakan : ....the concept of developement ,the ordery , durable changes in a learner resulting from a combination of learning , experience , and maturation . Jelasnya , Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri sesorang hasil daripada kematangan , pembelajaran dan pengalaman .

Slavin ( 1997 ) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan dan mengapa individu tumbuh dan membesar , menyesuai diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa .

Beliau berpendapat , individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal , perkembangan personaliti , perkembangan sosioemosional , perkembangan kognitif , bahasa dan lain lain .

Kesimpulannya , perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami oleh individu yang bersifat kualitatif , tidak dapat diukur tapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa .1.2 Ciri ciri perkembangan

Perkembangan merupakan satu bidang yang multidimensi dan pelbagai . Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada empat dimensi utama iaitu perkembangan biologi , perkembangan kognitif , perkembangan emosi dan perkembangan sosial .

Perkembangan adalah perubahan dari segi kemahiran atau kebolehan . Semasa umur seseorang meningkat , proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi . Misalnya , apabila kaki kanak-kanak telah kuat dan mampu memikul berat badan sendiri, barulah dia bersedia untuk belajar berjalan .

Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat peringkat perkembangan tertentu . Individu akan belajar tingkahlaku yang sesuai dengan peringkat umurnya daripada orang orang yang signifikan dalam hidupnya .Contohnya , orang tua berusia 80 tahun mengalami proses perubahan dari segi mempelajari cara berinteraksi dgn cucunya

Selain itu , perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran . Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum .Misalnya , kanak-kanak yang dilahirkan dengan bakat melukis tetapi tanpa persekitaran yang memupuk bakat ini mungkin tidak boleh mencapai potensinya sebagai pelukis .

Perkembangan adalah bersifat kumulatif terutama perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran . Oleh itu , kehidupan sekarang dipengaruhi oleh apa yang kita lalui .Perkembangan yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza daripada individu yang lain .1.3 Prinsip asas perkembangan fizikal

Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki . Selepas kelahiran , saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan , kaki dan tangan . Seseorang kanak kanak dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir .

Seterusnya , arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar . Perkembangan bermula pada tulangbelakang dan menuju kearah luar badan . Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir dalam perkembangan fizikal badan .

Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik . Sebagai contoh , sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu , bayi akan menangis dengan kuat . Selepas beberapa bulan jika perkara yang sama berlaku , bayi akan menangis tetapi boleh menunjukkan kepada kepalanya sakit . Apabila bayi telah menguasai kebolehan berbahasa , bayi akan dapat memberitahu kepalanya yang sakit .

Prinsip yang terakhir ialah aspek perkembangan fizikal berkembang pada tahap yang berbeza . Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan yang maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa yang lebih lama . Begitu juga dengan kreativiti yang boleh berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja .2.0 Peringkat peringkat perkembangan

Dalam sesebuah kelas , pelajar berbeza dari segi tinggi dan bentuk badan . Ada pelajar yang tinggi dan kurus , sementara yang lain rendah dan bertubuh sederhana serta mempunyai warna kulit yang berlainan. Ada pelajar yang peramah dan ada yang suka bersendirian. Itulah fenomena di dalam sebuah kelas . Peringkat perkembangan kanak kanak boleh dibahagikan kepada beberapa aspek , iaitu perkembangan fizikal , perkembangan kognitif , perkembangan bahasa dan perkembangan sosio emosi .

Di sini , peringkat perkembangan fizikal kanak kanak boleh dibahagi kepada prenatal , bayi , kanak kanak dan remaja . 2.1 Perkembangan fizikal prenatal

Dari detik persenyawaan sel sperma dengan sel ovum dan terbentuknya sel anak , individu sudah berbeza dari orang lain kerana dia mewarisi baka hasil percantuman 23 kromosom dan gen dari ibu dan 23 kromosom lagi daripada bapanya . Oleh yang demikian ciri atau rupa fizikal seseorang adalah berbeza dari aspek bentuk badan , warna mata dan warna rambut , jenis rambut , bentuk hidung , mata dan lain lain .

Sheldon ( 1942 ) dalam Rodieger , Capaldi et.al ( 1996 ) misalnya telah mengkategori temperamen mengikut bentuk badan . Menurutnya ada tiga kategori bentuk badan iaitu , endomorphs ialah individu yang berbentuk bulat , mesomorphs ialah individu yang mempunyai otot otot yang kuat sementara individu yang kurus dan tinggi digolongkan dalam ektomorphs .Tret personaliti endomorphs ialah suka bergaul , relaks dan mementingkan kepuasan diri ( self indulgences ) tapi mudah diserang tekanan perasaan ( manic depressive disorders ) . Individu mesomorphs pula bersifat asertid , agresif , bertenaga , kuat bersukan tapi ada tanda tanda boleh terlibat dalam sktiviti delinkuen . Sementara individu ektomorf pula bimbang ( intense ) , suka bersendirian dan pendiam dan mudah diserang schizophrenia . Walau bagaimanapun pendapat beliau telah ditolak oleh pengkaji sebagai tidak saintifik .2.2 Perkembangan fizikal bayi ( Lahir hingga 2 tahun )

Pada dua tahun yang pertama , pertumbuhan dan perkembangan bayi berlaku pada kadar yang pesat . Berat badan bayi bertambah lebih kurang 10 kg dan ketinggian bayi bertambah 40 cm . Saiz dan kompleksiri otak bertambah . Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan apabila bayi berumur antara enam bulan hingga lapan bulan . Sekuen pertumbuhan gigi penting dan pada dasarnya , pertumbuhan gigi pada gusi bawah dahulu kemudian diikuti dengan pertumbuhan gigi pada gusi atas . Sekuen yang sebaliknya akan menyebabkan posisi rahang tidak tepat dan kejajaran gigi yang tidak sempurna .

Kemahiran motor kasar bayi bertambah dengan laju . Bayi mula memusingkan badan , merangkak dan berjalan .Dalam masa yang sama , perkembangan otot otot halus ( jari tangan ) membolehkan bayi mencapai , mengenggam dan mengkoordinasi antara mata dan tangan .

Di akhir tahun kedua , kemahiran motor dan koordinasi bayi bertambah baik dan berupaya melakukan aktiviti yang kompleks seperti berlari , berjalan , memegang pensel dan melukis .

2.2.1 Implikasi kepada penjagaan dan pembelajaran bayi

Simulasi visual dan pendengaran perlu untuk bahagian bahagian otak bayi yang terbabit untuk menyusun maklumat . Justeru , pengalaman rutin yan gmenyediakan simulasi ini dapat merangsang organisasi perkembangan otak bayi . Bayi yang tidak menerima simulsi simulasi ini mempunyai risiko perkembangan otaknya terganggu .

2.3 Perkembangan fizikal kanak kanak

Kanak kanak biasanya bermula daripada dua hingga dua belas tahun . Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat daripada perkembangan kanak kanak lelaki . Kemahiran motor dalam berlari , melompat , melontar , menyepak , menangkap dan menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan koordinasi menjadi lebih baik . Pada peringkat awal kanak kanak , otot- otot kasar sudah berkembang tetapi otot otot halus belum berkembang dengan sempurna .

Biasanya di peringkat kanak kanak , pertumbuahan dan perkembangan lebih bercorak penambahbaikan kemahiran psikomotor yang sedia ada . Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti .

Ketinggian dan berat badan kanak kanak meningkat . Ketinggian kanak kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai kemuncaknya pada 12 tahun manakala ketinggian kanak kanak lelaki mula bertambah antara umur 10 hingga 12 tahun dan mencapai kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun . Lazimnya , kanak kanak menjadi lebih kurus .

Pada umur sebelas tahun apabila kanak kanak hampir cukup umur atau dewasa , kanak kanak kelihatan lebih kuat , cepat dan berkebolehan untuk memberi perhatian kepada aktiviti atau tugasan yang diberi kepada mereka . Perkembangan otot otot halus , koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi bagi kanak kanak menulis dengan lebih teratur , belajar alat alat muzik dan permainan mengikut jantina secara kebiasaannya .

2.3.1 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

Guru dinasihatkan supaya membantu kanak kanak setakat mana yang perlu sahaja . Bantuan yang berlebihan akan menggalakan kebergantungan kanak kanak kapada ibu bapa atau guru dan menimbulkan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri . Selain itu , kanak kanak juga akan mendapat kepuasan apabila melakukan sesuatu dengan sendiri . Guru harus mengingati diri sendiri bahawa setiap murid berkembang pada tahap yang berbeza beza dan guru tidak seharusnya membandingkan kanak kanak antara satu sama lain . Oleh sebab kanak kanak agak aktif pada peringkat ini , guru boleh merancang dan menyediakan aktiviti aktiviti yang mengambil kira tentang perkembangan otot .

2.4 Perkembangan fizikal remaja

Di akhir zaman kanak kanak , satu siri perubahan biologi dan psikologi akan berlaku yang akan membawa mereka kealam remaja . Jelasnya , kanak kanak akan matang dari segi fizikal , peranan mereka dalam masyarakat turut berubah dan mereka juga berubah dari segi kandungan dan kompleksnya .

Perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja ialah baligh , Baligh bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus . Semasa baligh , isyarat daripada bahagian hipotalamus yang berbeza ini berkomunikasi dengan kelenjar pituitary untuk menambahkan pengeluaran hormon pertumbuhan dan juga hormon yang merangsang perkembangan gonad . Gonad kemudian akan menambahkan pengeluaran hormon seks dan hormon ini akan merubah bentuk badan kanak kanak kepada bentuk badan remaja lelaki dan perempuan yang matang .

Pada peringkat remaja , kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah cepat dan pesat , sama seperti kadar perkembangan semasa bayi .Perubahan fizikal seperti ketinggian , saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa . Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh .

Transformasi yang paling ketara semasa baligh merupkakan perkembangan seksual iaitu kebolehan pembiakan . Sistem pembiakan mula membesar dan menjadi matang seperti orang dewasa dan ciri seksual primer mula berfungsi . Remaja perempuan mendapat haid dan remaja lelaki mela mengeluarkan mani . Serentak itu yang jelas dan nyata ialah ciri seksual sekunder .

Bagi remaja lelaki , rambut halus mula kelihatan di atas bibir , dagu , pipi dan ketiak . Rambut halus ini beransur menjadi kasar dan hitam . Suara remaja lelaki mula garau dan badan mula menjadi maskulin , Di akhir akil baligh remaja lelaki mempunyai misai , jambang , janggut , bahu dan dada lebar , pinggul kecil dan bentuk yang tinggi dan tegap .Bagi remaja perempuan , estrogen menjadikan punggung mreaka lebih lebar , buah dada membesar dan pinggang mengecil . Remaka perempuan juga kehilangan suara keanak anakan .Setahun atau dua tahun selepas mencapai kemuncak lonjakan pertumbuhan remaja perempuan akan mendapat haid pertamanya .

Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki dan akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan .2.4.1 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

Penganjuran aktiviti ceramah , kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya , rupa dan bentuk badannya . Oleh kerana remaja paada peringkat ini lebih sensitif terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan , adalah wajar mereka diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat . Guru juga harus merancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan menjadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat dan guru haruslah mengurangkan peluang remaja perempuan diperhati oleh remaja lelaki semasa aktiviti senaman .

Perubahan remaja tidak sahaja bermakna otot otot bertambah kuat dan perubahan koordinasi , Akil baligh juga menandakan kematangan remaja dari segi seksual . Oleh itu , kursus dan ceramah tentang aktiviti seks dan sistem pembiakan haruslah disediakan supaya remaja mengetahui aspek aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka . Tambahan pula , tingkah laku seksual memerlukan remaja membuat pilihan . Guru perlu menyediakan peluang untuk remaja berbincang dan bertanya tentang perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka agar remaja dapat membuat pilihan yang tepat .

3.0 Peringkat Perkembangan Kognitif

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir , memberi pendapat , memahami , mengingati perkara perkara yang berlaku di persekitaran masing masing yang melibatkan aktiviti mental seperti ingatan , mengkategori , merancang , menaakul , menyelesaikan masalah , mencipta , berimaginasi dan lain lain . Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu .

Perkembangan kognitif kanak kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak kanak dab berpusat kepada perubahan pemikiran kanak kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan yang seterusnya .

3.1 Peringkat Sensorimotor ( 0 2 tahun )

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari interaksi fizikal bayi dengan persekitaran.

Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.

Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak akan mencapai peringkat pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori. Sebelum ini berlaku, kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada di penglihatan mereka out of sight, out of mind. Selain daripada itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga menunjukkan permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan.

Dalam tahap ini juga, kanak-kanak boleh mengulang semula proses ini ke asal. Misalnya, memasukkan balik objek ke dalam bekas dan menutupnya.

3.2 Peringkat Pra Operasi ( 2 7 tahun )

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Peringkat permulaan di dalam peringkat praoperasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu ( objek/oergerakan fizikal) dengan simbol. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya. Proses ini dinamakan fungsi semiotik.

Dalam proses fungsi semiotik, perkembangan berbahasa akan berlaku dengan pesat. Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Pemikiran kanak-kanak menumpukan kepada keadaan fizikal daripada konsep yang lebih abstrak dan mereka tidak dapat melakukan proses balik semula secara mental iaitu membalikkan proses kepada asal.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini juga menunjukkan sikap egosentrik. Sikap egosentrik kanak-kanak membawa maksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.

Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.

Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

3.2.1 Implikasi ke atas pengajaran dan pembelajaran

Guru boleh menggunakan bahan yang konkrit dan arahan guru haruslah pendek dan bersertakan contoh kerana kanak kanak pada peringkat ini susak memahami sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain . Guru hendaklah berhati hati dengan penggunaan perkataan kanak kanak kerana kadang kala perkataan tersebut membawa pelbagai makna . Selain itu , hands-on terhadap sesuatu kemahiran untuk memberi pengalaman dan pendedahan kepada mereka .

3.3 Peringkat Operasi Konkrit ( 7 11 tahun )

Pada peringkat ini, kanak-kanak berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit.

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan. Pada konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas, iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi compensation dan prinsip keterbalikan.

Prinsip identiti bermaksud kanak-kanak sudah tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.Manakala prinsip ganti rugi membawa maksud kanak-kanak tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain.Prinsip keterbalikan adalah kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.

Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga menguasai proses pengelasan. Di dalam proses ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Proses pengelasan berkembang apabila kanak-kanak mula menyedari sesuatu objek dikelaskan kepada sesuatu ciri juga boleh tergolong dalam kumpulan yang lain juga.Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun juga merupakan satu pencapaian dalam peringkat ini. Dalam proses ini, kanak-kanak boleh membuat susunan logik seperti A