sosiolinguistik

60
1.0 Pendahuluan Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics : the scientific study or language). Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik? Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak- agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian 1

Transcript of sosiolinguistik

Page 1: sosiolinguistik

1.0 Pendahuluan

Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David

Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula

menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics :

the scientific study or language). Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa

secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik?

Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur

menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui

pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan

kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik

menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains.

Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya

ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan

objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh

agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu

linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang

benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, contohnya bagaimana

bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara

formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem,

kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan

secara objektif dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil

kajian ini pula boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2).

Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik

mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif (

Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik

Komparatif ( Comparative Linguistics), Sosiolinguistik ( Sociolinguistics),

Neurolinguistik ( Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik

Terapan,( Applied Linguistics), Psikolinguistik ( Psycholinguistics). Bidang

sosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan

kebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C.

1

Page 2: sosiolinguistik

Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Istilah Sosiolinguistik digunakan sebagai

pengenalan kepada kajian yang dimaksudkan. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang

sekitar tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi Istilah

Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalam

kebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa.

2.0 Sejarah Ilmu Sosiolinguitik

Ramai linguis meyakini Panini (500 SM) sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik. Dalam

karyanya yang berjudul Astadhayayi—satu buku yang berisi tentang stilistik bahasa—

pengkajian sosiolinguistik yang mulai mendapat perhatian. Baru beberapa abad

kemudian, tepatnya pada abad 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897)

untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah dan

hubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Perkembangan kajian

sosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa

bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat.

Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggap

sebagai pelopor linguistik moden. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916)

sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu,

beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi,

misalnya langage, langue dan parole ( Prof. Dr. J.W.M. Verhaar,1983:1). Langage

bererti bahasa pada umumnya iaitu semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa.

Langue pula bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur tertentu,

misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa

Melayu merupakan bahasa-bahasa atau langue-langue tersediri. Langue dianggap bahasa

kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu. Parole bermaksud pertuturan atau

bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagai idiolek. Tak lama selepas itu, langkah

de Saussure ini mendapat sambutan oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Serikat,

seperti  Franz Boas, Edward Sapir, dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa

kajian bahasa, budaya, dan kognisi.

2

Page 3: sosiolinguistik

Istilah sosiolinguistik digunakan pertama sekali oleh seorang guru bernama

Harver Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Tokoh ini sebelumnya melihat

kajian linguistik tidak memiliki perhatian terhadap realitai sosial. Setahun berikutnya,

Weinreich (1953) menulis Language in Contact, yang diikuti dengan kemunculan karya-

karya besar lain dalam bidang ini. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar

tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi Istilah

Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalam

kebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa.

Sehingga hari ini sosiolinguistik menjadi ilmu yang mantap dan menarik perhatian

banyak orang.

3.0 Definisi Umum Sosiolinguistik

Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik,

menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada

pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Dengan itu, mudah untuk

mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa.

Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan

dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Maksud istilah

masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak

yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok,

pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubungan-perhubungan dan

perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. Maksud istilah bahasa pula mencakupi

gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris,

Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura,

Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti bahasa

golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dan

sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola

bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik.

3

Page 4: sosiolinguistik

Selanjutnya mari kita kaji dulu batasan kedua yang akan dipadukan ini. Sosiologi

adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan,

termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu

kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertian-pengertian

umum, rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50).

Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk-

bentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional,

empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur,

peggolongan, dan rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan

bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi

pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya

mikrolinguistik).Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial

dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan

simbol) interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya

yang diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling ber-

hubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6). Sesungguhnya kita

maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang

kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa ada

orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang

berlainan; sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek

ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan,

pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya.

Kamus Dewan edisi keempat (2007), sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan

hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum, sosiolinguistik juga

melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga

menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka kita akan melihatnya sebagai satu

bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan, 2007).

Selanjutnya, manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk

menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu

sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat

untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam.

4

Page 5: sosiolinguistik

Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tanda

dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Bagaimana seseorang itu bercakap,

cara ia menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan, bagaimana ia menyusun frasa dan

ayat-ayat tertentu, serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan

menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang

diterimanya. Daripada apa yang dicakapkan, seseorang itu dapat menangkap sikap dan

pendiriannya, pekerjaannya, dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Bidang-bidang

seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. Di samping itu, sosiolinguistik

juga turut mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam

sesebuah masyarakat Melayu seperti “aku”, “patik”, “beta”, “engkau”, “anda”, “pak cik”,

“mak cik”, “abang”, “adik”, “encik”, “tuan”, “puan”, “dato”, “tan sri”, “puan sri” dan

seumpamanya.

Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi

bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau kita dapati istilah

sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan

masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. Apabila dipertalikan dengan bahasa

maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin

gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan

oleh masyarakat tersebut. Jadi, kedua-dua ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa

nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun

membawa pengertian yang sama, kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan

berdasarkan dua aspek, iaitu penekanan dan sifat kajian. Pertama kajian sosiologi bahasa

memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa.

Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian

mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini

sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat

dalam misalnya, pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya

tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan

yang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970:

6 dan Labov 1977: 183-184).

5

Page 6: sosiolinguistik

Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah

dialektologi dan sosiolinguistik. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih

memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan

pendekatan diakronis. Di samping itu, sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk

mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa

dengan kriteria ekstralinguistik, serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa

yang digunakan. Cakupan kedua, retorika dan sosiolinguistik. Retorika bertujuan untuk

menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertugas

menjelaskannya. Di pihak lain, sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat

keahlian-keahlian berbahasa. Perbezaan lain adalah, retorika berfokus pada fungsi

persuasif bahasa, sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang

berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik

mikro dan makro. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalam

interaksinya dalam kelompok kecil dan informal, sedangkan pendekatan sosiolinguistik

makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar.

Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya

dengan individu lain, sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi

perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia, jenis kelamin,

pendidikan, pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti.

4.0 Definisi Sosiolinguistik Mengikut Pendapat Tokoh

Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud

sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang

menggunakannya. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). Dalam hal ini,

pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara.

Pertama, struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan

linguistik. Kedua, struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial.

Ketiga, kedua-dua aspek, yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. Keempat,

6

Page 7: sosiolinguistik

terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan struktur

sosial. yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya.

Dalam Kamus Dewan 1994:1533 ) istilah sosio dianggap sejajar dengan sosial

yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Linguistik

pula merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa, khususnya unsur yang membentuk

sistem bahasa. Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan linguistik dapat

ditakrifkan sebagai disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang

menggunakan bahasa tersebut ( Hudson 1998 ). Dalam kata lain, dua komponen utama

yang sering dijadikan bahan kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa

berkenaan. Sosiolinguistik juga merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian

ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan

juga luar Negara.

Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik

sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan

masyarakat. Menurut Dell Hymes (1966 ), sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji

bahasa daripada segi hubungan antara latar ( setting ), peserta ( participant ), tajuk

perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang

oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim,

1981: 4 ). Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan

bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam

disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial, dan sebaliknya, pemakaian data

dan analisis sosial dalam linguistik

Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah

bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri

penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan

mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Dengan perkataan lain,

sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam

konteks sosial dan kebudayaan. . Selanjutnya, menurut J.A. Fishman (dalam Suwito,

1985: 5) mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. Kajian bahasa

sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial, seperti

7

Page 8: sosiolinguistik

status sosial, tingkat pendidikan, umur, jenis kelamin, tingkat ekonomi dan faktor situasi,

iaitu siapa berbicara, dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, di mana, dan mengenai

masalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak, what language, to whom,

and when. Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai pembelajaran

tentang karakteristik variasi bahasa, karakteristik fungsi bahasa, dan karakteristik

pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi, sehingga menyebabkan perubahan-

perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya.

Menurut Wolfram dan Fasold (1974, xiii-xiv), jenis kajian yang termasuk bawah

kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik

tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktor-

faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa,

bahasa dalam konteks sosialnya, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah

sosial.

Sejajar dengan pendapat di atas, Eastman (1975,115) menyatakan bahawa

sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi

antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. Menerusi beliau menerusi

kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi

masyarakat. Contohnya, hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, kajian

terhadap repetoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian

bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa, dan kajian-kajian yang sekategori.

Rene Appel (dalam Suwito, 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik

menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam

masyarakat, sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi,

serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. Pemakaian bahasa

(language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit.

Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan

pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.

Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua

aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Tercakup dalam hubungan yang

dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa, dan perancangan bahasa.

8

Page 9: sosiolinguistik

Nabahan (1993,2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan

membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan

(variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor

kemasyarakatan (sosial). Menurut Nababan lagi (1993,3) secara lebih khusus pernyataan

di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial

dan kebudayaan; kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam

bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan

penggunaan bahasa dalam masyarakat.

Abdul Chaer dan Agustina (1995:3) merumuskan sosiolinguistik sebagai

gabungan dari kata sosiologi dan linguistik. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan

ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga, serta

proses sosial yang ada di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau

kajian tentang bahasa. Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu sosiolinguistik yang

merupakan bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat.

Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996:7) telah merangkum semua

pendapat tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau

menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam

masyarakat, kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu

melainkan sebagai masyarakat sosial. Oleh itu, segala sesuatu yang dilakukan manusia

dalam bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya.

Downes (1998,9) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabila

beliau mendifinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan

kepada faktor sosial, termasuk faktor konteks, sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau

bahasa). Menurut Downes (1998,15) lagi, kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan

kepada kepada dua jenis. Pertama, kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas,

iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya

dalam skala yang besar. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa

dengan kategori sosial seperti kelas, jantina, geografi, kehormatan dan sebagainya, dalam

konteks perubahan sejarah. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut

sosiolinguistik kolerasi, kajian variasi, dialektologi perbandaran moden atau

sosiolinguistik tulen. Kedua, huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi

9

Page 10: sosiolinguistik

pertuturan berskala kecil. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik, analisis

perbualan, etnografi komunikasi, analisis wacana, semiotik sosial atau linguistik kritis.

Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa, ilmu sosiolinguistik adalah

kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Batasan kajian ilmu

sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. Jika bahasa

yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual, itu adalah

diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatik

yang mengkaji makna.

5.0 Bidang-bidang Cakupan Ilmu Sosiolinguistik

Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat

termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap, cara menyebut perkataan, bunyi-

bunyi perkataan, penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya. Sosiolinguistik

juga adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan

sistem gelaran dalam masyarakat Melayu. Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik begitu

luas untuk dikaji.

Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topik

seperti berikut:

Kesetiaan terhadap bahasa, pergeseran bahasa dan peluputan bahasa.

Perancangan bahasa

Laras bahasa, variasi bahasa dan ragam bahasa

Bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, pidgin, dan kreol

Bilingualisme dan multilingualisme

Kesantunan bahasa

Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia

sebagai bahasa ilmu.

Sikap terhadap bahasa

10

Page 11: sosiolinguistik

5.1. Kesetiaan Terhadap Bahasa, Pergeseran Bahasa dan Peluputan Bahasa.

Kamus Dewan edisi ke-4, maksud bagi perkataan setia ialah teguh hati atau tetap

hati. Manakala kesetiaan pula bermaksud keteguhan hati berkaitan dengan hal-hal yang

berkaitan. Konsep kesetiaan terhadap bahasa oleh pengguna bahasa/ ahli/ anggota

masyarakat dapat ditakrifkan sebagai sikap penutur yang positif terhadap sesuatu bahasa.

Penutur-penutur perlu yakin terhadap kemampuan bahasa, berkenaan sebagai alat

pemikiran dan juga sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu yang memiliki sifat

kesempurnaan yang menjadikan bahasa Melayu itu tepat, berkesan dan sesuai dengan

tugas dan situasi penggunaannya. Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang

memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan

keindahan (Abdul Hamid Mahmood, 1997: 85). Penutur bahasa Melayu seharusnya

bangga menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tidak merojakkan bahasa Melayu.

Pergeseran bahasa meliputi komuniti yang berlainan, komuniti besar berkuasa,

faktor sosial, perbezaan sosial, migrasi, politik, pendidikan, penyebaran dan promosi

bahasa lain, dasar bahasa dan peranan media. Pergeseran komuniti besar berkuasa iaitu

golongan kelas menengah yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris daripada

bahasa Melayu. Jadi kewujudan mereka mungkin tidak begitu membantu memesatkan

perkembangan bahasa Melayu. Komuniti yang berlainan telah dikatakan bahawa ramai

orang memegang pandangan umum iaitu setiap kaum itu memutuskan satu bahasa, tetapi

pemerhatian yang lebih rapat terhadap setiap kaum akan mendedahkan keadaan yang

sangat berbeza. Setiap kaum sebenarnya mempunyai subkaum, dan setiap satunya

menuturkan bahasa yang berlainan. Seterusnya, dasar bahasa dalam sesebuah negara juga

menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. Misalnya dasar bahasa di Singapura bahawa

terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan

bahasa Tamil. Dasar seperti ini seolah-olah menggambarkan bahawa bahasa Melayu

Sentral dikelilingi oleh bahasa-bahasa lain yang periferal. Begitu juga dalam sistem

pendidikan di negara-negara ini, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diajar di sekolah-

sekolah tetapi dengan memberi pemberatan kepada bahasa Inggeris. Peranan media yang

berperanan penting di dalam mewujudkan pergeseran bahasa misalnya media

bertanggungjawab menyalurkan pelbagai maklumat dalam pelbagai bahasa seperti dalam

11

Page 12: sosiolinguistik

bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan sebagainya. Seterusnya, perbezaan

sosial juga menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. Kedudukan yang berbeza di

antara masyarakat akan menyebabkan wujudnya pergeseran bahasa di kalangan mereka.

Misalnya golongan elit menggunakan bahasa Inggeris di dalam pertuturan seharian

mereka manakala bagi golongan yang sederhana, mereka tentu menggunakan bahasa

pasar dalam pertuturan mereka. Pergeseran bahasa juga wujud disebabkan oleh adanya

penyebaran dan promosi bahasa lain. Misalnya, sesetengah individu atau organisasi lebih

suka menyebarkan dan mempromosi bahasa lain.

Peluputan bahasa dianggap sebagai zaman pemalapan bahasa Melayu. Zaman

malap bagi martabat bahasa Melayu ini memberi cabaran yang paling besar kepada

pejuang bahasa Melayu. Pada masa kini, kerajaan Malaysia telah mewujudkan

pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini akan menyebabkan

berlakunya peluputan bahasa. Seterusnya, bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua

manakala bahasa Inggeris dijadikan bahasa pertama dan bahasa pengantar semua mata

pelajaran lain di semua sekolah nasional. Kerajaan pada hari ini juga mengambil

keputuan membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris di Institusi Pengajian Tinggi bagi

tujuan mempertingkatkan ilmu dalam bidang sains dan teknologi dan yang paling kritikal

penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pemimpin dimana para pemimpin ini tidak

segan silu lagi menggunakan bahasa Inggeris di tempat-tempat sepatutnya digunakan

bahasa Melayu. Misalnya, dalam sesuatu mesyuarat rasmi kerajaan( mesyuarat yang 90%

daripada anggotanya terdiri daripada orang Melayu dan dipengerusikan oleh orang

Melayu) di dapati lebih 80% bahasa yang digunakan ialah bahasa Inggeris atau bahasa

Inggeris bercampur Melayu, padahal bahasa Melayu adalah bahasa rasmi, bukan bahasa

Inggeris. Berlaku juga dalam penggunaan Bahasa Melayu di Sektor Korporat dan Swasta

berada di bawah paras bahaya dan amat membimbangkan. Penggunaan bahasa Melayu

amat rendah, malah ada golongan tertentu seperti yang tersiar dalam akhbar baru-baru ini

mengatakan bahawa pihak swasta memusuhi bahasa Melayu. Kejutan yang paling utama

adalah tentang terkuburnya semua sekolah aliran Melayu. Tamatnya era persekolahan

Melayu ini bermula dengan penutupan sekolah rendah sebanyak 41 buah dan 13 buah

sekolah menengah.

12

Page 13: sosiolinguistik

5.2. Perancangan Bahasa

Perancangan bahasa dianggap sebagai sebahagian daripada sosiolinguistik.

Perancangan bahasa adalah satu bidang yang dimasukkan ke dalam perancangan negara.

Ada banyak dasar yang dibentuk dalam membina negara dan identiti Malaysia yang

melibatkan perancangan bahasa. Sebenarnya perancangan bahasa bukanlah satu perkara

baru. Apabila manusia sudah mula membina sistem tulisan, maka itu sudah mula

dianggap sebagai suatu aspek perancangan bahasa. Dalam kurun yang lalu, banyak

negara yang merdeka daripada kuasa yang menjajahnya. Penjajah bukan sahaja

menguasai negara itu daripada segi politik, tetapi juga daripada segi bahasa dan

budayanya. Ini menyebabkan penduduk-penduduk asli negara-negara tersebut mundur

dan identitinya tertekan. Selepas merdeka, negara-negara ini tidak lagi terpaksa

menggunakan bahasa penjajah bagi urusan pentadbiran dan pendidikan. Apabila

dimerdekakan mereka mula membangunkan negara bangsa masing-masing. Ini

termasuklah Malaysia. Oleh sebab itu, kita lihat apakah langkah-langkah perancangan

bahasa yang dilakukan di Malaysia bagi membina identiti sendiri, dan juga

mendemokrasikan ilmu.

5.2.1 Perancangan Taraf Bahasa Kebangsaan

Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, ada beberapa langkah

yang dilakukan bagi membina bangsanya. Pertama, para pemimpin Persekutuan Tanah

Melayu memilih bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan dimaktubkan dalam

Perlembagaan Negara. Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menjadi Malaysia

selepas 1963. Mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Ini adalah

langkah yang dikenali sebagai perancangan taraf Bahasa Melayu diberi taraf dan

martabat baru.

Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu diberi fungís-fungsi khusus. Fungsi

tersebut ialah bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran negara, dan digunakan

13

Page 14: sosiolinguistik

sebagai bahasa penghantar pendidikan. Inilah dasar yang membolehkan, buat pertama

kalinya, pelajar Melayu dari luar bandar mendapat pendidikan melalui bahasa sendiri.

Dasar ini dibentuk oleh Menteri Pelajaran pertama Persekutuan Tanah Melayu iaitu, Tuan

Abdul Razak Hussein, pada zaman penjajahan Inggeris, pendidikan menengah dan tinggi

hanya dalam bahasa Ingerís. Pada masa itu hanya sepuluh pratus anak-anak Melayu yang

mendapat pendidikan sekolah menengah, dan tidak pun sampai ke universiti setiap tahun.

Itupun dalam bidang sastera. Bilangan pelajar Melayu yang sampai ke universiti dalam

bidang sains boleh dikira dengan jari. Bahasa Melayu telah mendemokrasikan

pendidikan. Pendidikan sampai kepada semua lapisan rakyat. Itulah sumbangan terbesar

Tun Abdul Razak Hussein kepada bangsa Melayu. Anak-anak Melayu dari luar mula

menjadi doktor, jurutera, ahli sains dan lain-lain. Kejayaan Bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar pendiditan memang tidak dapat dinafikan.

Namun dasar ini berubah kembali kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar sains dan matematik pada tahun 2003. alasan kerajaan ialah bagi membolehkan

pelajar menguasai bahasa Inggeris untuk kepentingan global. Dasar ini dijangka akan

membawa penduduk luar bandar, estet, dan kawasan miskin di bandar kembali kepada

keadaan sebelum merdeka. Mereka tidak akan mampu belajar bahasa Inggeris dengan

baik, dan sekali gus tersisih daripada pendidikan. Dasar ini banyak dibantah oleh Badan

Bukan Kerajaan seperti Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Persatuan Linguistik

Malaysia (PLM), Gabungan Penulis Nasional (GAPENA,) Akademi Sains Malaysia

(ASASI), dan lain-lain.Mereka menyusulkan supaya sains dan matematik terus diajar

dalam bahasa Melayu sebab dasar ini terbukti berjaya. Badan-badan bukan kerajaan ini

sama sekali tidak menentang pembelajaran bahasa Inggeris. Cuma mestilah bahasa

Inggeris diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja, dan sekiranya perlu diberi penekanan

yang lebih kuat. Bukan bagi mengajar sains dan matematik di sekolah.

14

Page 15: sosiolinguistik

5.2.2 Perancangan Bahan.

Sejak awal merdeka lagi kerajaan sudah menyedari perlunya bahasa Melayu

dirancangkan bagi menjalankan fungsinya sebagai bahasa pengantar dan bahasa

pentadbiran. Bagi membolehkan bahasa Melayu menjalankan fungsi tersebut, maka

bahasa Melayu itu sendiri perlu dibina daripada segi sistem ejaan, perkataan, istilah,

tatabahasa, dan penggunaannya. Perancangan begini dipanggil perancangan bahan, iaitu

bahasa itu sendiri dijadikan bahan perancangan. Bagi menjalankan tugas-tugas ini,

Dewan Bahasa dan Pustaka didirikan pada tahun 1956 di Johor Bahru. Kemudian Dewan

Bahasa dan Pustaka dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun berikutnya. Selama

hampir 50 yahun, Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menjalankan tugas-tugasnya

sebagai yang termaktub dalam akta penubuhannya.

Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menyusun sistem ejaan baharu bagi Bahasa

Malayu, baik ejaan rumi mahupun jawi. Sistem ejaan yang digunakan sekarang adalah

hasil usahanya. Dalam bidang peristilahan pula, Dewan Bahasa dan Pustaka pula

mencipta istilah-istilah ilmu yang diperlukan. Bahasa Melayu sudah berkembang menjadi

sebuah bahasa moden. Pada tahun 1955, semasa Persekutuan Tanah Melayu merdeka,

bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah-sekolah rendah sahaja. Pada masa ini bahasa

Melayu digunakan bagi menyampaikan ilmu di maktab dan universiti.

5.2.3 Pengisian Bahasa Melayu

Satu lagi usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang banyak mencapai kejayaan ialah

rancangan pengisian bahasa Melayu. Ada dua aspek pengsian ini. Pertama, banyak buku

ilmu dikarang atau diterjemahkan bagi kepentingan sekolah rendah, sekolah menengah,

maktab, dan universiti. Kedua, sastera Melayu juga berkembang pesat. Banyak hasil

sastera dihasilkan dan ramai penulis dilahirkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan

Pustaka.

15

Page 16: sosiolinguistik

5.3. Laras Bahasa, Variasi Bahasa dan Ragam Bahasa

Dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Bahasa

merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat. Bahasa digunakan oleh

masyarakat untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa.

Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran, pendapat, perasaan, hasrat dan

seumpamanya. Bahasa boleh digunakan untuk menerangkan hal-hal mengenai sejarah,

sastera, agama, ekonomi, sains, pertanian, perubatan dan berbagai bidang lain.

Laras bahasa dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu

yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian

konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan,

hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan, waima secara lisan atau penulisan

(Nik Hassan Basri Nik. Ab. Kadir, 2005a: 355). Masyarakat yang maju sudah

mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk memperkatakan pelbagai konsep

ilmu dan hal-hal yang berkaitan kemajuan.

Menurut Halliday (1968) laras merupakan variasi bahasa yang berdasarkan

fungsi. Laras berubah mengikut situasi. Seseorang penutur akan mengubah laras

bahasanya bergantung kepada situasi, iaitu dengan siapa seseorang itu bercakap, tajuk

percakapan, suasana, bentuk percakapan, cara percakapan dilakukan sama ada lisan atau

tulisan. Halliday membezakan dialek dengan laras bahasa berdasarkan dua faktor, iaitu

pengguna dan penggunaanya.

Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa

Melayu antaranya, variasi bahasa iaitu kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor

teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek, merupakan variasi bahasa

apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat

bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.

Idiolek, Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan

penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi

sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti

kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Seterusnya

16

Page 17: sosiolinguistik

dialek kawasan, variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan.

Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara

mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa,

Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera

bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang

Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa

Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya

berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Istilah dialek sosial yang dikaitkan

dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan

situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-

bahasa yang formal. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada

tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Bahasa mempunyai masyarakat penuturnya sendiri. Makin banyak jumlah

penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Makin luas daerah penyebaran

satu-satu bahasa itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari sagi penggunaannya.

Di Malaysia, misalnya, sudah wujud berbagai-bagai kelainan bahasa atau variasi bahasa

mengikut daerah yang berlainan. Kelainan bahasa atau variasi bahasa berdasarkan daerah

itu disebut dialek, seperti dialek Kelantan, dialek Perak, Dialek Johor dan seumpamanya.

Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-

faktor sosial, sepeti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, kedudukan sosio-ekonomi

penutur yang berbeza-beza. (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, 1993: 29). Menurut

Chambers 1983, bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek, dan penutur-penutur dialek-

dialek ini pula saling faham-memahami antara satu sama lain. Istilah dialek berasal

daripada perkataan Yunani dialektos yang pada mulanya dimulakan dalam hubungannya

dengan keadaan bahasanya (Ayatrohaedi, 1979:1 ). Di Yunani terdapat perbezaan-

perbezaan kecil didalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing,

tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka merasa

mempunyai bahasa yang berbeza (Meillet, 1967:69). Mengikut Mario A. Pei, dialek

adalah variasi daripada satu tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam

satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam

kawasan tertentu dan berlainan dari bentuk standard baik dari segi sebutan, tatabahasa

17

Page 18: sosiolinguistik

atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk

dianggap sebagai satu bahasa yang lain. (Mario A. Pei, 1960: 56).

Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat

(Leonard Bloomfield 1967:50 ). Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia

sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Malayu. (A. Teew 1961:43). Bahasa Melayu

sekarang ini telah menjadi bahasa Kebangsaan negara ini dan sejak 13 Mei 1969 bahasa

tersebut dikenal sabagai Bahasa Malaysia (Asmah Haji Omar 1976:1). Bahasa Malaysia

sekarang merupakan bahasa standard yang menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Kini

sudah wujud pelbagai variasi Bahasa Melayu, seperti bahasa Melayu pasar, variasi cakap

mulut, variasi cakap surat, variasi bahasa kacukan, variasi Bahasa Melayu Lama, variasi

Bahasa Melayu Moden, variasi Bahasa Rasmi, dan Variasi Bahasa Melayu Baku.

Seterusnya, setiap dialek setempat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan

Sarawak, terdapat idiolek-idiolek, iaitu kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan

oleh individu yang berlainan, dan kelainan stilistik yang terjadi akibat daripada konteks

yang berlainan (Mario A. Pei 1966:119). Semua kelainan ini disebut dialek. Sungguhpun

terdapat kelainan-kelainan tetapi perkara tersebut tidak harus terkeluar daripada had

saling kefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong dalam

satu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan kelainan-kelainan stilistik di dalam

dialek-dialek tersebut, tetapi penutur-penuturnya masih saling memahami diantara satu

sama lain ketika berkomunikasi.

Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.Dialek berbeza dari segi:

a Sebutan

Contoh: Perkataan ``air’’ disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

B Gaya lagu bahasa

Contoh: Dialek Melayu Sabah biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada

Negeri Sembilan.

c. Tatabahasa

18

Page 19: sosiolinguistik

Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan –kan.

Perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).

(d) Kosa kata

Contoh: kəpitiŋ (dialek Melayu Sabah bermaksud ketam)

Kesedaran bahawa bahasa itu mempunyai variasi-variasinya sudah lama dibincangkan

oleh ahli-ahli bahasa. Mereka mendapati bahawa satu-satu bahasa itu, misalnya Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Jepun mempunyai banyak variasi

atau kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur-penuturnya untuk pelbagai macam

tujuan, keadaan, aspek bidang, dan tempat.

Seterusnya, secara umumnya, ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan

bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan

bahasa tidak formal.  Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi,

seperti urusan surat-menyurat, semasa mengajar atau bertutur dengan orang yang kita

tidak kenal mesra atau lebih tinggi status dan pangkatnya. Bahasa formal mengambil kira

sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu

bahasa itu sepenuhnya. Ia digunakan dengan betul dan teratur. Bahasa formal merujuk

kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi

pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal.

Bahasa formal tidak sama dengan bahasa rasmi. Bahasa rasmi menyatakan taraf sesuatu

bahasa, manakala bahasa formal merujuk kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa.

Oleh tu, bahasa formal lebih mementingkan penggunaan bahasa yang sesuai dengan

konteks penggunaan bahasa itu, ganti nama yang berpadanan dan kata-kata aluan yang

tersusun rapi.  Bahasa formal biasanya memerlukan penggunaan nahu yang lengkap dan

tidak melanggar hukum tatabahasa Melayu. Selain itu, bahasa formal juga memerlukan

intonasi yang sempurna, bersesuaian dengan konteks. Secara ringkasnya, bahasa formal

bersifat lebih rasmi den teratur dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan.  

19

Page 20: sosiolinguistik

Manakala bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi

tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari, khususnya dengan orang yang kita kenal

mesra. Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira

sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu

bahasa itu sepenuhnya. Bahasa tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara,

iaitu percampuran kod. Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan

dalam perhubungan, umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain. Percampuran

kod merupakan salah satu ciri yang paling menonjol dalam Bahasa Melayu tidak formal.

Percampuran kod berbeza dengan pertukaran kod. Pertukaran kod ialah penggunaan

bahasa yang rapi dan terkawal. Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk

memerikan suatu kesan tertentu.

Contoh : I suka menggunakan komputer kerana ia sophisticated dan mempercepatkan

kerja-kerja pejabat I yang bertimbun-timbun.

Terdapat perbezaan yang ketara antara bahasa tidak formal dengan bahasa formal

iaitu dari segi pilihan ganti nama. Bahasa tidak formal menggunakan nama sendiri bagi

ganti nama orang pertama. Kadang-kadang ganti nama bahasa Inggeris ‘I’ dan ‘you’

digunakan untuk menggambarkan unsur kemesraan antara sahabat karib. Contohnya,

‘Imah tak mau ke bandar sorang-sorang’. Manakala dalam bahasa formal nama sendiri

tidak boleh digunakan untuk menggantikan saya. Contoh, ‘Saya tidak mahu ke bandar

seorang diri’. Seterusnya penggunaan kata gelaran dalam bahasa tidak formal tidak

terdapat kata gelaran lengkap yang digunakan. Contoh, ‘Pakcik duduk dengan sapa? Tak

sunyi ke pakcik duduk sorang-sorang?’. Manakala dalam bahasa formal, kata gelaran

digunakan selengkap-lengkapnya. Kata gelaran hormat seperti encik, puan, tuan  dan kata

gelaran jawatan seperti doktor, inspektor, cikgu, profesor dan sebagainya digunakan

sepenuhnya dalam perbualan formal. Contoh, ‘Encik tinggal dengan siapa?Tidakkah

encik berasa sunyi tinggal seorang diri?’. Perbezaan dari segi penggunaan kata singkatan

atau unsur kependekan dalam bahasa tidak formal kata singkatan banyak sekali

digunakan.  Seperti, tidak → tak, hendak → nak, mahu→mau, adik →dik, bapak→ pak.

Contoh, ‘Makcik duduk kat P.J. , kat sana ada pasar malam. Macam-macam barang boleh

20

Page 21: sosiolinguistik

beli’. Dalam bahasa formal tidak terdapat langsung kata singkatan kerana bahasa ini

menitikberatkan penggunaan bahasa yang lengkap dan teratur. Contoh, ‘Saya tinggal di

Petaling Jaya, di sana ada pasar malam. Kami boleh membeli segala macam barang

keperluan’.  Seterusnya, unsur ‘-lah’ dalam bahasa tidak formal, unsur ini banyak

digunakan dalam perbualan.Contoh, ‘Kau ni asyik termenunglah. Telefonlah buah hati

engaku tu. Manalah tahu kot-kot dia ada kat rumah’. Manakala dalam bahasa formal

unsur ini tidak digunakan. Contoh, ‘Awak ini asyik termenung sahaja. Cuba telefon buah

hati awak. Mungkin dia ada di rumah’. Seterusnya, percampuran kod dalam bahasa tidak

formal, percampuran kod atau penggunaan kata-kata daripada bahasa lain seperti bahasa

Kantonis, Hokkien, Arab, Inggeris dan Tamil ke dalam bahasa Melayu sering digunakan

dalam perbualan. Contoh, ‘I tak dapat ambik anak I from school hari ini. I ada meeting

hari nilah’. Contoh dalam bahasa formal, ‘Saya tidak dapat menjemput anak saya dari

sekolah hari ini kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting’. Selain itu, aspek

intonasi dalam bahasa tidak formal, intonasi mengiringi ungkapan-ungkapan yang lebih

pendek dan tidak memberikan pola intonasi sepenuhnya manakala dalam bahasa formal,

intonasi lebih lengkap digunakan untuk menggambarkan segala pola intonasi, seperti

dalam ayat penyata dan ayat tanya.

 

5.4 Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Pidgin, dan Kreol

5.4.1 Bahasa Kebangsaan

Menurut Kamus Dewan, 1970: 58, bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diterima dan

digunakan oelah ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa

bahasa dan loghat yang lain-lain. Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa yang dipilih oleh

sesebuah negara, khususnya negara yang mencapai kemerdekaan sebagai bahasa lambang

identiti negara yang berdaulat. Setiap negara yang merdeka memilih satu bahasa sebagai

lambang jati diri bagi negara yang meredeka, di samping lambang-lambang kebangsaan

yang lain seperti bendera kebangsaan, bunga kebangsaan, budaya kebangsaan, lagu

kebangsaan dan seumpamanya.

21

Page 22: sosiolinguistik

Bahasa Kebangsaan lazimnya dipilih daripada sebuah bahasa bumiputera,

bukannya bahasa asing atau bahasa penjajah bahasa yang dipilih untuk dijadikan sebagai

bahasa kebangsaan itu lazimnya terdiri darpada bahasa yang digunakan dan difahami

umum, dan mempunyai tradisi tulisan dan tradisi persuratan dan sastera. Di Malaysia

bahasa yang dipilih untuk didaulatkan sebagai bahasa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa

Melayu. Soalnya, mengapakah Bahasa Melayu telah dipilih dan dijadikan bahasa

kebangsaan negara ini?

Sememangnya, negara Malaysia mempunyai banyak bahasa yang boleh dipilih

untuk dijadikan bahasa kebangsaan. Pertama, di Malaysia terdapat bahasa-bahasa

bumiputera seperti Bahasa Melayu, Bahasa Iban (di Sarawak), Bahasa Kadazan (di

Sabah) dan seumpamanya. Selain itu, terdapat juga bahasa Jawa, Bahasa Acheh, Bahasa

Mandailing dan sebagainya yang dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh mereka

yang berhijrah dari kepulauan Indonesia. Kedua, di Malaysia terdapat juga bahasa orang-

orang asli. Ketiga, terdapat bahasa-bahasa yang berasal dari bahagian selatan India dan

Sri Lanka seperti bahasa Tamil, Telugu, Malayalam yang semuanya menjadi anggota

bahasa rumpun Dravidia. Keempat terdapat bahasa-bahasa golongan Indo-Eropah seperti

Bahasa Inggeris, Hindustan, Banggali, dan Urdu. Kelima, adanya Bahasa Arab yang

termasuk kedalam rumpun bahasa Semitik. Sesungguhnya jumlah pemakainya tidak

begitu banyak tetapi bahasa Arab masih mempunyai pengaruh terutamanya dalam

pendidikan agama di Negaa kita. Akhir sekali ialah bahasa Kreol dalam kalangan orang-

orang Portugis di Melaka, dan bahasa Pidgin atau bahasa pasar, iaitu bahasa campur-aduk

antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan seumpamanya.

Berdasarkan sejarah permastautin bahasa-bahasa di Malaysia, kita dapat

membahagikan bahasa-bahasa yang ada itu kepada dua bahagian, iaitu bahasa bumiputera

dan bahasa bukan bumiputera. Bahasa bumiputera ialah Bahasa Melayu, bahasa-bahasa

orang asli, dan bahasa-bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Bahasa-bahasa ini

dikategorikan bahasa bumiputera kerana bahasa-bahasa ini merupakan bahasa penduduk

asal negara ini, bukan bahasa yang datang dari luar. Bahasa-bahasa yang digolongkan

sebagai bahasa bukan bumiputera ialah bahasa yang dibawa masuk dari luar seperti

Bahasa Inggeris, Bahasa Jawa, Bahasa Acheh, dan sebagainya.

22

Page 23: sosiolinguistik

Antara bahasa-bahasa bumiputera itu Bahasa Melayulah yang mempunyai jumlah

pemakai yang banyak. Orang yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda

juga paling tinggi jumlahnya. Dibandingkan dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain

tidak dapat menandingi jumlah pemakai bahasa Malayu. Pun begitu, tiap-tiap bahasa

mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah

tertentu. Malah bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh-puluh dialek yang

berlainan seperti dialek kedah, dialek Negeri Sembilan, dialek Johor, dialek Pulau

Pinang, dialek Melayu Sabah, Dialek Melayu Sarawak, dan sebagainya.

Tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri

mengikut daerah-daerah tertentu. Malah Bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh-

puluh dialek yang berlainan seperti dialek Kedah, dialek Perak, dialek Kelantan, dialek

Melayu Sabah, dialek Terengganu, dialek Pahang, dialek Melayu Sarawak dan

sebagainya. Dialek-dialek digunakan oleh orang-orang tertentu adalah percakapan

dengan anggota keluarga mereka ataupun dengan orang yang berasal dari daerah yang

sama bagi mereka. Dalam percakapan antara orang-orang dari berlainan daerah atau

dalam penggunaan bahasa secara tidak formal, bahasa Melayu yang digunakan adalah

Bahasa Melayu daerah atau Bahasa Melayu umum bukannya Bahasa Melayu Standard

atau Bahasa Melayu baku seperti yang digunakan di sekolah-sekolah.

Berdasarkan beberapa faktor dan permasalahan itu sudah sewajarnya kita memilih

Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa kebangsaan negara ini bagi melambangkan jati

diri negara sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Banyak lagi faktor lain

yang menyokong pilihan tersebut. Antaranya termasuklah faktor bahasa Melayu itu

merupakan bahasa pengantar perdagangan di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang

lalu. Pedagang-pedagang dari negara China, India dan Arab sejak abad ketujuh lagi

mendapati bahawa mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu dalam urusan

perniagaan mereka. Faktor lain seterusnya ialah bahasa Melayu juga sudah mempunyai

sistem tulisan yang sempurna, mempunyai tradisi sastera yang cukup banyak, dan

mempunyai jumlah penutur yang paling banyak berbanding dengan bahasa-bahasa

bumiputera yang lain.

23

Page 24: sosiolinguistik

5.4.2 Bahasa Rasmi

Menurut Kamus Dewan (1970: 59), bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Bahasa rasmi

juga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di

sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru

mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan

bahasa rasmi negara. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Malaysia telah memilih

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa

rasmi negara.

Berkenaan dengan pemilihan satu-satu bahasa untuk dijadikan bahasa rasmi, tidak

dijadikan syarat bahawa bahasa rasmi itu semestinya bahasa kebangsaan. Bahasa rasmi

boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang difikirkan sesuai asalkan bahasa

itu mempunyai sistem tulisan, tradisi sastera dan boleh dijadikan bahasa perhubungan

antara kerajaan dengan rakyat jelata. Bahasa itu, boleh dipilih sama ada bahasa

kebangsaan negara, atau bahasa penjajah, ataupun salah satu bahasa tempatan atau bahasa

bumiputera negara itu. Misalnya negara Indonesia telah mengambil Bahasa Indonesia

dijadikan bahasa kebangsaan dan Bahasa Indonesia juga dijadikan bahasa rasmi negara

itu. Di negara Singapura keadaannya agak berbeza. Singapura telah menobatkan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaannya, dan telah mengambil empat bahasa yang

berlainan untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yang mempunyai

pelbagai bangsa dan bahasa. Empat bahasa rasmi negara itu ialah Bahasa Tamil, Bahasa

Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

5.4.3 Pidgin

Pidgin juga dikenal sebagai bahasa pasar (Kamus Dewan, 1996: 88). Bahasa pasar ialah

bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau

bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan

Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.

Bahasa pasar merupakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa ibunda dengan

bahasa kedua yang cuba dituturkannya.

24

Page 25: sosiolinguistik

Menurut Asmah Haji Omar (1982: 99), bahasa pasar dihuraikan sebagai berikut:

“Due to the intermingling between the Malay and the non-Malay, mostly in the

market place, there is arisen pidgin Malay known locally as Bahasa Pasar. This form of

communication uses Malay words which are fitted into other structural muduls in

particular the Chines and Tamil ones”.

Bahasa pasar atau pidgin tidak mempunyai sistem tatabahasa yang tertentu.

Maksudnya bahasa pasar tidak gramatis sifatnya jika dibanding dengan bahasa baku.

Penutur bahasa pasar menggunakan kata-kata dalam Bahasa Melayu dengan dicampur

aduk dengan bahasa asing, iaitu bahasa ibunda penutur itu. Jika pentutr itu orang Cina,

maka kata-kata daripada bahasa Cina dicampuradukkannya dengan Bahasa Melayu.

Lazimnya kata-kata Bahasa Melayu dicampuradukkan dengan kata bahasa asing

dan mengucapkannya mengikut struktur ayat bahasa asing. Dari segi intonasi atau lagu

bahasa juga, didapati terpengaruh oleh intonasi bahasa asing seperti Bahasa Cina dan

Bahasa Tamil, Bahasa Benggali, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Menurut Za’ba, gaya

yang dipakai ketika orang-orang Melayu bercakap sama-sama Melayu dinamakan ‘gaya

cakap mulut sahaja’ dan jika yang dipakai di antara orang Melayu dengan bangsa lain

atau di antara orang bangsa lain yang berlainan bangsa dinamakan ‘bahasa pasar’.

Berikut diberikan beberapa contoh bahasa pasar:

a. You free tak malam ni. You datanglah my house and kita boleh study

sama. Family I tak de so u boleh temankan I kat umah.

a. Lu mau beli ikan ke. Ini ikan cukup baik le. Lu beli manyak-manyak. Lu

pilih dulu cali beto-beto baik punya. Wa cakap beto, wa tak tipu lu la,

manyak mulah oi.

b. Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca. Hari-hari dia sekolah

pagi. Dia naik itu api kereta.

25

Page 26: sosiolinguistik

Za’ba, dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menggunakan istilah bahasa

kacukan bagi bahasa pasar. Beliau menyatakan antara bahasa Malayu pasar termasuklah

bahasa Melayu-Cina, Melayu-Baba, Melayu-Tamil, Melayu Benggali, dan Melayu –

Inggeris.

Orang asing yang menggunakan bahasa pasar tidak pandai menuturkannya

mengikut sebutan orang Melayu. Mereka mengucapkan Bahasa Melayu pasar mengikut

telor bahasa mereka. Orang Melayu pula suka memudahkan sebutan Bahasa Melayu dan

menyebutnya juga mengikut telor bahasa asing supaya maksudnya senang difahami. Sifat

ini sering diperkatakan sebagai sifat orang Melayu zaman-berzaman, iaitu sifat sedia

menyesuaikan diri dan pertuturan mereka dengan persekitarannya dengan tujuan untuk

lebih mudah dan senang difahami. Sepatutnya, pada saat kita sedang memupuk Bahasa

Melayu moden ini, lebih baik sekiranya orang Melayu jangan ‘merendahkan’ taraf

Bahasa Melayu yang baik, ragam Bahasa Melayu jati, supaya mereka dapat menjadi

contoh kepada orang-orang bukan Melayu. Dengan demikian Bahasa Melayu baku dapat

diwujudkan dengan lebih cepat. (Nik Safiah Karim, 1993:33). Berikut diperturunkan

contoh Bahasa Melayu pasar yang diberikan oleh Za’Ba.

“Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak; tidak lama dia nanti cukup baik

dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk

apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan

dia punya emak punya susu saja. Jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya

makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena

belanja”.

(Dipetik daripada Pelita Bahasa Melayu)

5.4.4 Kreol

Bahasa Kreol merupakan keturunan dari bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi

sekelompok orang yang berasal dari latar belakang berbeza-beza. Kajian umum

menunjukkan (khususnya yang dilakukan oleh Derek Bickerton) bahawa bahasa-bahasa

kreol yang ada di dunia menunjukkan adalah kesamaan, khususnya dari segi tatabahasa

yang terarah pada teori tatabahasa universal. Bahasa Kreol ini juga dipengaruhi oleh

26

Page 27: sosiolinguistik

kosakata-kosakata yang dibawa oleh para penuturnya. Seterusnya, bahasa kreol

berkembang kerana berkumpulnya berbagai orang dari latar belakang yang berbeza,

maksudnya, dalam suatu daerah terjadi pertembungan antara penduduk asli dan

pendatang yang satu sama lain berbeza bahasa. Sejak itu, penggunaan komunikasi yang

terdiri dari bahasa dominan, terpengaruh oleh kosakata-kosakata yang dibawa oleh orang-

orang tersebut. Pada mulanya bahasa inilah yang disebut Pidgin, dengan kosakata yang

sangat sederhana. Namun, ketika mengalami proses kreolisasi, tata bahasanya mengalami

perkembangan sehingga menjadi bahasa yang stabil dan terpisah dari bahasa induknya.

Sebagian besar bahasa Kreol ini berakar dari bahasa-bahasa Indo-Eropa sebagai bahasa

dasarnya.

5.5. Bilingualisme dan Multilingualisme

5.5.1 Bilingualisme

Penutur bilingualisme atau bilingualism juga dikenali sebagai penutur dwibahasa atau

lebih dari satu bahasa. Secara umumnya, menurut Mackey dan Fishman (Abdul Chaer &

Leonie Agustina, 1995:112) penutur bilingualisme dapat ditakrifkan sebagai penggunaan

dua kod bahasa oleh seseorang penutur dalam pergaulannya dengan orang lain secara

bergantian.

Seseorang itu harus menguasai kedua-dua bahasa itu untuk menggunakan kedua-

dua bahasa. Pertama, bahasa ibundanya sendiri atau bahasa pertama dan yang kedua

adalah bahasa lain yang menjadi bahasa keduanya. Orang yang menggunakan dua bahasa

tersebut diistilahkan sebagai bilingual. Dalam keadaan bilingualisme, sesebuah bahasa

akan menjadi dominan, dan yang lain menjadi ‘subordinat’, iaitu bahasa yang melibatkan

proses terjemahan daripada bahasa dominan.

Menurut Abdul Chaer & Leonie Agustina, selain istilah bilingualisme, terdapat

istilah multilingualisme atau aneka bahasa, iaitu penguasaan dua jenis atau lebih bahasa

dalam komunikasi seharian secara bertukar ganti. Berikut dinyatakan pendapat beberapa

orang tokoh :

27

Page 28: sosiolinguistik

a. Bloomfield (1933) dalam bukunya Language mengatakan bahawa

bilingualisme adalah kemampuan seseorang penutur untuk menggunakan dua bahasa

dengan sama baiknya.

b. Robert Lado (1964) mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan

menggunakan bahasa oleh seseorang dengan sama baik atau hampir sama baik yang

menjurus kepada pengetahuan dua bahasa dan tingkatannya. Maksudnya, penguasaan

terhadap dua bahasa itu tidak perlu sama baiknya; jika bahasa keduanya kurang mahir

juga dikira sebagai bilingualisme.

c. Haugen (1961), tahu akan dua bahasa atau lebih bererti bilingual. Seseorang

bilingual tidak perlu aktif menggunakan kedua bahasa itu tetapi memasai dengan

memahaminya sahaja. Menurut Haugen lagi, mempelajari bahasa kedua yakni bahasa

asing, akan memberikan pengaruh terhadap bahasa pertamanya.

d. Diebold (1968) menyebut terdapat bilingual pada tahap awal seperti kanak-kanak

yang sedang mempelajari bahasa kedua pada tahap permulaan.

e. Bernard Spolsky (1998) menyatakan “speakers of a single language (putative

monolinguals) control various styles and levels of that language, it is very common that

people develop some knowledge and ability in a second language and so become

bilingual. The simplest definition of a bilingual is a person who has some functional

ability in a second language. This may vary from a limited ability in one or more

domains, to very strong command of both languages (which is sometimes called balanced

bilingualism)”.

Ketika seseorang memakai dua bahasa dalam pergaulan dengan orang lain, dia

berdwibahasa, iaitu dia melaksanakan kedwibahasaan yang disebut bilingualisme atau

penutur bilingual. Bilingualisme adalah kebiasaan menggunakan dua bahasa dalam

interaksi dengan orang lain. Menurut Nabahan (1993:27) membezakan “kedwibahasaan”

(untuk kebiasaan) dan “kedwibahasawanan” (untuk kemampuan) dengan menggunakan

istilah “bilingualisme” dan “bilingual.” Bilingual merupakan suatu kemampuan

seseorang menggunakan dua bahasa atau lebih.

28

Page 29: sosiolinguistik

Weinreich (1968:1) menjelaskan, “the practice of alternately using two languages

will be called bilingualisme, and the person involved, bilingual” ertinya ‘peristiwa

pemakaian dua bahasa atau lebih secara bergantian oleh seseorang penutur disebut

kedwibahasaan, dan orang yang berdwibahasaan disebut dwibahasawan’. Hubungan

logik antara bilingualisme dan penutur bilingual, adalah bahawa tidak semua yang

mempunyai ciri bilingual mempraktikkan bilingualisme dalam kehidupan sehari-hari,

kerana penggunaannya bergantung pada situasi kebahasaan lingkungannya.

Orang yang tahu dua bahasa menggunakan satu bahasa selama dia di satu tempat

atau keadaan (dalam waktu yang pendek atau lama), dan memakai bahasa yang kedua

kalau dia berada di tempat atau keadaan yang lain (dalam waktu pendek atau lama).

Bilingualisme seperti ini dilaksanakan secara berurutan yang dapat berjarak waktu yang

lama. Namun dapat juga kita mengerti bahawa tidak dapat seseorang mengerjakan

bilingualisme tanpa dia mempunyai ciri bilingual tersebut (Nababan, 1993: 28).

Pengertian tentang kedwibahasaan selalu berkembang luas kerana istilah

kedwibahasaan bersifat nisbi atau relatif (Suwito, 1996:48). Pada mulanya

kedwibahasaan selalu didefinisikan sebagai native control of two languages atau

mempunyai dua bahasa seperti menguasai bahasa ibunya (Bloomfileld, 1968: 56).

Kedwibahasaan, iaitu jika kefasihan dalam kedua-dua bahasa itu adalah lebih kurang

sama, maka ia disebut penutur bilingual seimbang atau disebut oleh Halliday (1964)

ambilingualisme atau dalam peristilahan kita penutur ambilingual (Nababan, 1993: 33).

Kebanyakan penutur tidak semestinya cekap dalam dua bahasa-bahasa. Mereka

mungkin lebih cekap dalam satu bahasa dan kurang cekap dalam sebuah lagi. Di

Malaysia bukan luar biasa untuk mencari orang yang dianggap sebagai seimbang

bilingual (kefasihan serupa dalam dua atau lebih bahasa) dan sesiapa yang semilingual

(kekurangan-kekurangan mereka dalam kedua-dua bahasa berbanding dengan

monolingual). Rakyat Malaysia kebanyakannya adalah penutur dwibahasa dan banyak

juga penutur pelbagai bahasa. Oleh itu, bilingualisme ialah satu fenomena

kedwibahasaan yang semakin meluas di Malaysia (Gaudart, 1992; Nair-Venugopal,

2000; dan Ain Nadzimah Abdullah).

29

Page 30: sosiolinguistik

5.5.2 Multilingualisme

‘Multi’ ialah kata gabungan yang menunjukkan banyak dan kepelbagaian (Kamus Dewan

Edisi Ketiga:906). Manakala ‘lingua’ pula membawa maksud bahasa yang digunakan

sebagai bahasa perantaraan (Kamus Dwibahasa Oxford:233). Ini bermaksud

multilingualisme ialah berbilang dan berbagai-bagai serta kepelbagaian penggunaan

bahasa atau aneka bahasa. Multilingualisme pada umumnya dihubungkan dengan

masyarakat multilingual, masyarakat yang menggunakan lebih dari satu bahasa apabila

berkomunikasi sesama anggota masyarakat.

Sebagai contoh, kita diajar sejak kecil lagi menggunakan bahasa Tamil, apabila

dewasa kita mengenali bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dan turut menggunakan

bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan masyarakat Melayu misalnya. Ini bermakna

kita mempunyai semangat perpaduan dan kemajmukan yang tinggi, maka kerana itulah

kita menggunakan bahasa-bahasa lain mengikut persekitaran. Jadi jelaslah di sini

multilingualisme adalah kepelbagaian penggunaan bahasa. Tiga bahasa yang digunakan

oleh penutur multilingual inilah yang mewujudkan multilingualisme. Sesetengah negara

bersifat multiligual kerana negara-negara ini mempunyai dua atau lebih bahasa rasmi,

bahasa kebangsaan atau bahasa daerah. Sebagai contoh negara Singapura yang

mempunyai empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil di

samping bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas.

Seorang penutur yang mengetahui pelbagai bahasa bolehlah ditakrifkan sebagai

multilingualisme, dan mereka yang mempunyai kemahiran-kemahiran komunikasi lebih

satu bahasa, boleh menjadi aktif atau pasif. Lebih mudah jika dijelaskan bahawa tiga

bahasa adalah digunakan untuk menggambarkan situasi-situasi dalam mana dua atau tiga

bahasa-bahasa yang terlibat. Individu-individu pelbagai bahasa telah memperoleh

sekurang-kurangnya satu bahasa sepanjang zaman kanak-kanak namun bahasa-bahasa

lain mungkin diperolehi secara langsung atau tidak langsung, iaitu melalui pendidikan

formal atau pendidikan tidak formal. Dalam takrif yang lebih luas, seseorang multilingual

boleh berkomunikasi lebih satu bahasa, dan menjadi aktif sama ada melalui bercakap dan

menulis atau pasif dengan cara mendengar dan membaca.

30

Page 31: sosiolinguistik

Multilingualism boleh dirujuk untuk satu kejadian mengenai satu penutur yang

menggunakan dua atau lebih bahasa, sebuah masyarakat yang mana menggunakan dua

atau lebih bahasa, atau antara individu-individu yang menggunakan bahasa-bahasa lain.

Multilingualism boleh dengan tegas ditafsirkan sebagai penutur asli seperti dalam dua

atau lebih bahasa. Ia juga mungkin ditafsirkan sebagai penutur bukan asli seperti masih

dapat berkomunikasi dalam dua atau lebih bahasa.

Walaupun seseorang penutur multilingual amat cekap dalam dua atau lebih

bahasa, yang dipanggil kecekapan komunikatif, penutur tersebut mungkin tidak

mempunyai keseimbangan dalam pertuturannya. Ahli bahasa mengkategorikan

kecekapan berbahasa ini kepada tiga kategori, iaitu Compound Bilinguals, Coordinate

Bilinguals, dan Subordinate Bilingual.

Seterusnya, Terdapat beberapa ciri penutur multilingual, iaitu orang yang minat

akan bahasa asing selain bahasa ibundanya; orang yang mendapati bahawa terdapat

kepentingan dalam konteks kehidupannya untuk mempelajari bahasa kedua seperti

individu yang terlibat dalam bidang perniagaan, pengumpulan maklumat, hiburan dan

sebagainya; penghijrahan oleh kaum imigran; penduduk-penduduk yang mendiami

kawasan sempadan antara dua negara; kanak-kanak yang ibu bapanya bertutur dalam

bahasa yang berlainan seperti, anak yang bertutur dalam bahasa Melayu standard tetapi

ibu bapanya bertutur dalam dialek ibunda; kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang

menguasai bahasa kedua. Dalam konteks ini, ibu bapa akan menerapkan konteks baru

penggunaan bahasa kedua tersebut; dan lain-lain.

5.6. Kesantunan Bahasa

Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen

sosiolinguistik dalam pendidikan bahasa. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau

peraturan yang wujud dalam berbahasa, di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk

bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadab atau kurang

ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan

ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika

berkomunikasi. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara

31

Page 32: sosiolinguistik

individu yang berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan

norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa

sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat

tersebut. Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan

sebaliknya.

Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu

sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang diperlihatkan melalui

pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan

penanda-penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Semakin

banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat

kesantunan si penutur. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang-

orang Melayu yang dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang

lain. Walau bagaimanapun, kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau

masyarakat itu bersifat khusus. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa

atau masyarakat itu mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Ini

adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama

kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan.

Namun pada masa kini, kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika

berkomunikasi. Bahasa sebenarnya wujud kerana kata, tiada kata tiadalah bahasa.

Perhubungan untuk menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan

seorang dan seterusnya antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat

yang lainnya di seluruh jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas, 1988:31). Bahasa

bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat (fakta) semata-mata, tetapi turut

berperanan dalam menyampaikan perasaan prejudis penggunanya.

Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran, dengan

bahasa pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Kerana bahasa juga, kita

menyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. Singkatnya, bahasa

adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka dengan bahasa yang kita

gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita,

32

Page 33: sosiolinguistik

sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia

sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya.

Yang kurik itu kundi,

yang merah itu saga,

yang baik itu budi,

yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi

menggambarkan budi seseorang. Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainya

menggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. Kesantunan bahasa

adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan. Selain itu

penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Kurangnya aspek kesantunan

berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan oleh gangguan emosi, mungkin

sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si penutur maka terkeluarlah kata-

kata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar nadanya. Hal ini boleh jadi disengajakan

ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan

fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai

dibuai perasaan emosi tersebut.

Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa

Melayu dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga

boleh menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Hal ini terjadi pada mereka

yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak di didik dalam

masyarakat Melayu. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap juga

kurang pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak

bersekolah. Walau bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya

ditentukan secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Di mana

sering kali terjadi apabila pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan

menuduh pihak yang bercakap itu berlaku kurang sopan terhadapnya, misalnya si penutur

33

Page 34: sosiolinguistik

sengaja menuturkan sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar, padahal si

penutur tidak pernah berniat untuk berbuat demikian.

Terdapat beberapa cara menunjukkan cara kesantunan berbahasa, di antaranya

ialah cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya

tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Terdapat juga pelbagai situasi

yang berbeza yang menuntut kita, yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang

menepati situasi dan kehendak sosial. Maka kita harus menggunakan bahasa yang

bersesuaian, nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi

dan sekeliling. Hal yang perlu juga selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi

ayat-ayat dalam bahasa Melayu dengan tepat (ayat yang betul dari segi nahu bahasa

Melayu) ialah berkebolehan menggunakan bahasa Melayu yang sesuai (yang mematuhi

adat dan resam berbahasa Melayu) mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang

sudah tentu harus mematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu. Oleh itu,

para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan

dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis dan

imigresen akan memberikan perkhidmatan dengan penuh beradab melalui tutur kata yang

mesra, bersopan dan sentiasa ingin membantu. Senyuman yang diberikan haruslah ikhlas

dan anggaplah ianya sebagai hadiah atau sedekah. Ini adalah cara tidak langsung dapat

meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam serta

menaikkan imej perkhidmatan. Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakan dengan

sikap ramah dan terbuka. Rasulullah Sallalahu Wasallam bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara."

Kepentingan kesantunan berbahasa bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk guru,

rakan sekerja dan para pelanggan yang memerlukan khidmat kita.

Sebagai kesimpulan, kita harus mempertahankan penggunaan aspek kesantunan

bahasa ketika kita berkomunikasi. Kesantunan berbahasa ketika kita berinteraksi akan

membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada satu pun individu yang akan

sakit hati pada kita yang mempunyai kesantunan bahasa ketika berinteraksi antara satu

dengan yang lain. Oleh sebab itulah penggunaan kesantuanan bahasa itu perlu ketika

berkomunikasi kerana kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi

34

Page 35: sosiolinguistik

bahasa, beradab dan bersopan, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan

orang lain. Seperti yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal

dengan budi pekerti dan kesantunan bahasa yang mulia.

5.7 Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan dan Bahasa Malaysia

Sebagai Bahasa Ilmu.

5.7.1 Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan

Dengan Bahasa Melayu dalam pendidikan dimaksudkan penggunaan Bahasa Melayu

sebagai satu mata pelajaran dan sekaligus peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar ilmu dalam sistem pendidikan. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan

sebenarnya bermula sejak awal abad ke-13 lagi, iaitu dengan kemasukan agama Islam ke

Nusantara. Pada waktu itu Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa ilmu dan bahasa

falsafat. Lanjutan daripada perkembangan itu, para ulama tempatan yang pulang dari

menuntut ilmu di Timur Tengah, dan ulama-ulama serta pedagang-pedagang dari Timur

Tengah dan India yang pulang ke Nusantara telah melakukan kerja mubaligh mereka

dengan mengunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa lisan penyampaian ilmu agama

Islam dan juga sebagai bahasa penulisan dalam kita-kitab yang ditulis mereka. Istana-

istana juga pada masa itu merupakan pusat perkembangan kesusasteraan Melayu.

Sejak dahulu lagi Bahasa Melayu digunakan oleh pedagang-pedagang

antarabangsa sebagai lingua france. Penjajah Belanda dan Inggeris menggunakannya

sebagai lingua france untuk berhubung dengan raja-raja dan rakyat ditanah jajahan

mereka, iaitu Indonesia dan Malaya sejak awal abad ke-16. Menjelang abad ke-19 Bahasa

Melayu mula menerima bibit-bibit permodenan dan bersedia memainkan peranannya,

pertama sebagai bahasa perdagangan, kedua sebagai bahasa kesusasteraan dan

kebudayaan tinggi, ketiga sebagai bahasa ilmu dan falsafat, dan keempat sebagai bahasa

pentadbiran dan diplomatik. Pada masa orang-orang Eropah datang ke sini, Bahasa

Melayu sudah sedia kukuh kedudukannya sebagai lingua franca di kepulauan Melayu,

sehingga pedagang-pedagang, mubaligh-mubaligh, dan pegawai-pegawai kolonial

35

Page 36: sosiolinguistik

memperlihatkan minat dan usaha menyusun daftar-daftar kata, kamus-kamus, terjemahan

kitab-kitab Injil ke dalam Bahasa Melayu, malah ada pula yang cuba menyusun nahu

Bahasa Melayu.

Seterusnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan moden telah dimulakan

oleh golongan elit ilmuan agama Islam dan golongan awam pula menggunakannya dalam

pembelajaran agama Islam melalui Bahasa Melayu lisan. Penggunaan Bahasa Melayu

dalam pendidikan formal berlaku sejak tertubuhnya sekolah-sekolah Melayu dan maktab-

maktab perguruan Melayu. Sekolah Melayu yang pertama didirikan pada tahun 1821 di

Gelugor, PualuPinang. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu

peringkat selepas pendidikan rendah telah bermula dengan tertubuhnya Maktab Melayu

di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 1878 untuk melatih guru-guru Melayu bagi

Negeri-negeri Selat. Serentak dengan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat rendah

dan maktab, pendidikan mengenai Bahasa Melayu juga turut berkembang dalam bidang

penulisan buku tatabahasa yang berjudul A Grammar or the Malayan Language, with

an Introduction and Paraxis dan diberi judul Melayu dalam tulisan Jawi sebagai Kitab

Ilmu Nahu dan Saraf dari Bahasa Melayu, dalam tahun 1812.

Pada pertengahan pertama abad ke-20 perkembangan Bahasa Melayu di Malaya

di pengaruhi oleh perkembangan bahasa yang berlaku di Indonesia, pemerintah Belanda

telah menubuhkan Balai Pustaka dalam tahun 1917 untuk menerbitkan buku-buku bacaan

umum. Di Malaya, atas permintaan Pengetua Sultan Idris Training College, Bahagian

Terjemahan di Jabatan Pelajaran, Kuala Lumpur dipindahkan ke maktab itu dalam tahun

1924, dan disusun semula pada tahun 1925 seta diberi nama baru ”Pejabat Karang-

Mengarang Sultan Idris Training College, tanjung Malim.” Seterusnya, kemunculan

Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 yang berperanan sebagai membina,

menyempurnakan dan memperkembangkan Bahasa Melayu supaya dapat memainkan

peranannya dengan sempurna dalam dunia pendidikan dinegara ini bukan sedikit. Fungsi-

fungsinya yang lain yang tidak kurang pentingnya seperti penerbitan pelbagai jenis buku

dan jurnal turut membantu menjayakan peranan Bahasa Melayu dalam pendidikan di

negara ini. Berdasarkan begitu banyak buku teks, kamus majalah, istilah, dan bahan-

bahan bacaan yang sudah diterbitkan dalam Bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah-

36

Page 37: sosiolinguistik

sekolah, maktab dan universiti, dapatlah dibuat rumusan bahawa Bahasa Melayu sudah

pun berjaya memainkan peranannya dalam pendidikan di negara ini.

5.7.2 Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Ilmu.

Bahasa Malaysia sebagai ilmu dimaksudkan peranan Bahasa Malaysia sebagai pengantar

ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu ilmu

Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran, dan Undang-Undang di samping

sastera dan agama. Dengan perkataan lain Bahasa Malaysia harus boleh berfungsi sebagai

bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai

hal baru dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang kejuruteraan, Bahasa

Malaysia harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal

tentang kejuruteraan awam, kejururteran elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal,

dan kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial

dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah

tangga dan sebagainya. (Nik Safiah Karim, 1986:6). Sebagai bahasa ilmu Bahasa

Malaysia harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai

untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnya

apabila memperkatakan konsep ekonomi, maka perlulah Bahasa Malaysia mempunyai

perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan

konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan

dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. Bahasa Malaysia

perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa

yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis,

yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya.

Menurut Havranek (dalam Garvin1984), satu-satu bahasa yang mencapai taraf

sebagai bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektualan bahasa

dan kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu. Dengan keintelektualan bahasa

dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaan menyampaikan buah fikiran dan

hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan

fikiran. Mengikut Havranek, kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah

37

Page 38: sosiolinguistik

penggunaan laras saintifik yang berusaha menghasilkan bentuk bahasa yang tepat yang

mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa dicapai, terutama

melalui perbendaharaan kata, dan sebagainya melalui sistem bahasa. Seterusnya, bahasa

itu juga perlu mempunyai ciri kesempurnaan, iaitu sifat-sifat yang menjadikan satu-satu

bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaanya.

Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan,

kelenturan, kepelbgaian, keberkesanan, dan keindahan. Akhir sekali bahasa itu harus

mempunyai ciri bahasa. Maksudnya bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan,

pendapat dan buah fikiran itu harus mempunyai perkataan yang sedap didengar,

bertenaga dan menarik dan dapat menyentuh perasaan hati pembaca atau pendengar.

Bahasa yang mengandungi unsur-unsur ini banyak terdapat dalam laras sastera. Namun

demikian, bahasa indah ini juga boleh didapati dalam bidang-bidang lain juga.

Contohnya. ’Kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan’

5.8 Sikap Terhadap Bahasa (language attitude)

Untuk memahami apa yang dikatakan sikap terhadap bahasa terlebih dahulu haruslah

dijelaskan maksud sikap itu. Kata sikap boleh tertumpu kepada bentuk tubuh, posisi

berdiri yang tegak, perilaku atau gerak- geri dan perbuatan atau tindakan yang dilakukan

berdasarkan pandangan (pendirian, keyakinan, atau pendapat) sebagai reaksi terhadap

sesuatu yang berlaku. Sesungguhnya, sikap itu adalah fenomena kejiwaan, yang biasanya

termanifestasi dalam bentuk tindakan atau perbuatan. Namun, menurut banyak penelitian

tidak selalu yang dilakukan secara lahiriah merupakan cerminan dari sikap batiniah.

Banyak faktor yang mempengaruhi hubungan sikap batin dan perilaku lahir.

Menurut Triandis (1971:2-4) berpendapat bahawa sikap adalah persiapan terhadap

sesuatu kejadian yang dihadapi. Menurut Lambert (1967:91-102) pula menyatakan

bahawa sikap itu terdiri dari tiga komponen iaitu kognitif, afektif dan konatif. Ketiga-tiga

komponen ini pada umumnya berhubungan dengan erat. Anderson (1974:37)

membahagikan sikap kepada dua bentuk iaitu sikap kebahasaan dan sikap nonkebahasaan

seperti sikap politik, sikap sosial, sikap estetis, dan sikap keagamaan. Kedua-dua jenis

38

Page 39: sosiolinguistik

sikap ini dikaitkan dengan keyakinan atau kognisi mengenai bahasa. Oleh itu, menurut

Anderson, sikap bahasa adalah tata keyakinan atau kognisi yang relatif berjangka

panjang, sebahagian mengenai bahasa, mengenai objek bahasa yang memberikan

kecenderungan kepada seseorang untuk bertindak dengan cara tertentu yang

disenanginya. Namun, perlu diperhatikan kerana sikap itu boleh berbentuk positif dan

negatif. Begitu juga sikap terhadap bahasa. Umpamanya, pada akhir tahun 50-an masih

banyak golongan intelektual di Indonesia yang masih bersikap negatif terhadap bahasa

Indonesia.

Seterusnya, ketiga-tiga ciri bahasa yang dikemukakan olah Mathiot dan Garvin

(1968) iaitu kesetiaan bahasa yang mendorong masyarakat mempertahankan bahasa

mereka dan akan terus mencegah sekiranya ada pengaruh bahasa lain.. Ciri kebanggaan

bahasa yang akan mendorong masyarakat mengembangkan bahasanya dan

menggunakannya sebagai lambang identiti dan kesatuan masyarakat. Seterusnya

kesedaran adanya norma bahasa yang mendorong masyarakat menggunakan bahasanya

dengan cermat dan santun. Ciri ini merupakan faktor yang sangat besar pengaruhnya

terhadap perbuatan iaitu kegiatan menggunakan bahasa. Ketiga-tiga ciri ini merupakan

sikap positif terhadap bahasa. Sebaliknya, jikalau ketiga-tiga ciri ini sudah hilang atau

kabur dalam diri seseorang itu atau sekelompok penutur, sikap negatif akan berlaku

terhadap bahasa masyarakat itu. Tanpa adanya kesedaran atau semangat untuk

mempertahankan bahasanya merupakan salah satu petanda bahawa kesetiaan terhadap

bahasanya sudah lemah. Sikap negatif terhadap sesuatu bahasa juga boleh terjadi apabila

masyarakat itu sendiri yang tidak ada perasaan bangga terhadap bahasanya sendiri dan

lebih mengagungkan bahasa orang lain. Faktor politik, ras, etnik, kelompok juga

merupakan faktor yang boleh menyebabkan masyarakat bersikap negatif terhadap

bahasanya sendiri. Salah satu cara untuk mengatasi sikap negatif ini ialah dengan

melaksanakan pendidikan bahasa.

Kesimpulannya, sikap terhadap bahasa begitu penting kerana boleh

mempengaruhi seseorang untuk menggunakan sesuatu bahasa masyarakatnya sendiri dan

bukan bahasa orang lain, dalam masyarakat yang bilingual atau multilingual.

39

Page 40: sosiolinguistik

6.0 Kesimpulan

Ilmu sosiolinguistik merupakan cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan

menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar Negara.

Ilmu ini begitu luas dan menarik untuk dikaji sehinggalah pada masa kini. Sosiolinguistik

dikatakan termasuk dalam kajian ilmu linguistik kerana terdapat hubungan antara kedua-

dua perkara tersebut. Kita lihat sahaja perkataan sosiolinguistik itu sendiri yang telah

menggabungkan dua perkataan iaitu sosio dan linguistic, dimana sosio itu adalah perkara

yang berkaitan dengan sosial dan linguistik itu sudah jelas dengan maksud kajian bahasa

secara saintifik dan empirikal. Walaupun terdapat banyak pendapat beberapa tokoh

tentang makna sosiolinguistik, namun konsep bahasa dan masyarakat itu tetap ada dan

tidak boleh dipisahkan kerana, dalam kajian sosiolinguistik, bahasa dan masyarakat

adalah berkaitan. Oleh sebab itulah kajian sosiolinguistik termasuk dalam salah satu

cabang kajian linguistik yang menjadi tumpuan para pengkaji linguistik.

Sosiolinguistik mengkaji bahasa sebagai yang digunakan dalam masyarakat.

secara lebih khusus bidang sosiolinguistik melihat bagaimana ahli masyarakat

menggunakan bahasa-bahasanya dalam konteks-konteks yang berlainan. Dalam hal ini,

latar ahli masyarakat, sama ada daripada segi daerah, taraf pendidikan, taraf sosial,

pekerjaaan, umur, dan jantina semuanya memberi kesan kepada bahasa yang

digunakannya. Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik juga begitu luas untuk dikaji hal ini

kerana bidang ini berkaitan dengan masyarakat. Ekoran daripada itu ramai pengkaji-

pengkaji baru bidang sosiolinguistik berminat untuk membuat kajian berkaitan ilmu

sosiolinguitik ini.

40