Nota Sosiolinguistik

28
Nota Sosiolinguistik ( Kuiz ) BAB 1 SOSIOLINGUISTIK: SATU PENGENALAN Beberapa Persoalan Mengapa kita bercakap perkara yang sama dengan cara yang berlainan? Mengapa kita perlu merujuk kepada persekitaran untuk menjawab soalan? Adakah perkara-perkara seperti ini penting? Mengapa penting? Teori Whorf-Sapir Bahasa ibunda seseorang penutur membentuk satu siri kategori yang bertindak sebagai rangka yang menjadi asas bagi orang itu melihat dunia sekitarnya, menentukan bagaimana dia mengkategori serta memahami fenomena-fenomena yang berbeza- beza, dan mencorakkan masyarakat penuturnya dengan cara mempengaruhi atau menentukan pandangan hidup (world-view) mereka. Sosiolinguistik: Satu Pengenalan Kesemua persoalan tadi boleh dijawab apabila kita menghurainya dengan menggunakan ilmu sosiolinguistik. Bidang sosiolinguistik merupakan bidang yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Tumpuan kajian bidang ini kepada aspek pengguna dan penggunaan sesuatu bahasa dalam masyarakat. Pengguna ialah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek Penggunaan pula ialah kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dalam sesuatu situasi Definisi Sosiolinguistik Hymes (1966) Sosiolinguistik mengkaji perlakuan bahasa dari segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu reaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan. Fishman (1968) Ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi itu,dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga

description

nota sosiolinguistik dalam bahasa melayu

Transcript of Nota Sosiolinguistik

Page 1: Nota Sosiolinguistik

Nota Sosiolinguistik ( Kuiz )

BAB 1

SOSIOLINGUISTIK: • SATU PENGENALAN

• Beberapa Persoalan• Mengapa kita bercakap perkara yang sama dengan cara yang berlainan?• Mengapa kita perlu merujuk kepada persekitaran untuk menjawab soalan?• Adakah perkara-perkara seperti ini penting?• Mengapa penting?• Teori Whorf-Sapir

Bahasa ibunda seseorang penutur membentuk satu siri kategori yang bertindak sebagai rangka yang menjadi asas bagi orang itu melihat dunia sekitarnya, menentukan bagaimana dia mengkategori serta memahami fenomena-fenomena yang berbeza-beza, dan mencorakkan masyarakat penuturnya dengan cara mempengaruhi atau menentukan pandangan hidup (world-view) mereka.

• Sosiolinguistik: Satu Pengenalan• Kesemua persoalan tadi boleh dijawab apabila kita menghurainya dengan

menggunakan ilmu sosiolinguistik.• Bidang sosiolinguistik merupakan bidang yang menumpukan perhatian terhadap

bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan.• Tumpuan kajian bidang ini kepada aspek pengguna dan penggunaan sesuatu bahasa

dalam masyarakat.• Pengguna ialah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya

dialek• Penggunaan pula ialah kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dalam sesuatu situasi• Definisi Sosiolinguistik• Hymes (1966)

Sosiolinguistik mengkaji perlakuan bahasa dari segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu reaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan.

• Fishman (1968)Ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi itu,dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan mengubah satu sama lain dalam masyarakat bahasa.

• Hudson (1980)Kajian gabungan yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat (dan organisasinya) yang menggunakan bahasa tersebut.

• Nik Safiah Karim (1988)Kajian yang meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat seperti kajian terhadap bahasa, dialek dan ideolek, kedwibahasaan, etnografi bahasa, sikap terhadap bahasa, dan perancangan bahasa.

• Nababan (1993)Kajian yang membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan.

• Sejarah Sosiolinguistik• Kesedaran bahawa terdapat hubungan yang erat antara bahasa dengan masyarakat

telah lama wujud.

Page 2: Nota Sosiolinguistik

• Pada mulanya, persoalan bahasa dan masyarakat hanya dibangkitkan oleh ahli antropologi.

• Ahli bahasa kurang memberati persoalan ini kerana pengaruh aliran sturktural yang lebih mementingkan aspek struktur formal bahasa.

• Ahli bahasa melihat disiplin linguistik sebagai satu disiplin formal dan menumpukan perhatian mereka kepada bentuk bahasa seolah-olah bahasa wujud terlepas daripada pengguna dan penggunaan.

• Walau bagaimanapun, keadaan ini mula berubah apabila ahli bahasa menyedari akan wujudnya hubungan yang erat antara bahasa dan masyarakat.

• Mereka sedar bahawa pengkajian bahasa tanpa mengaitkan dengan masyarakat akan mengetepikan beberapa aspek penting dan menarik, dan menyempitkan pandangan terhadap disiplin ilmu bahasa itu sendiri.

• Ahli bahasa mula menyedari bahawa bahasa berfungsi dalam masyarakat dan bahawa bahasa berubah dan berkembang selaras dengan perubahan dan perkembangan yang berlaku kepada penuturnya.

• Bahasa digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor seperti siapa yang bercakap, kepada siapa, di mana, dan tentang apa.

• Semenjak itu, kajian yang bersifat sosiolinguistik semakin bertambah meliputi pelbagai bidang.

• Sosiolinguistik: Satu Disiplin• Walaupun dikatakan sosiolinguistik mengkaji aspek hubungan antara bahasa dengan

masyarakat, namun untuk mentakrifkan secara tepat pola hubungan tersebut bukanlah perkara mudah.

• Kesulitan ini berlaku kerana hubungan antara bahasa dengan masyarakat merangkumi banyak aspek.

• Beberapa pandangan ahli sosiolinguistik mengenai hal ini:• Fishman (1968)

Pattern co-variation of language and society. Kajian yang mementingkan kewujudan kelainan bahasa seperti dialek (geografi dan sosial), laras, gaya bahasa dalam sesebuah komuniti bahasa.

• Gumperz & Hymes (1972)Kajian yang meneliti bahasa dalam konteks penggunaannya. Dalam usaha untuk berkomunikasi secara efektif (dalam sesuatu bahasa) penutur harus memiliki keupayaan sejadi berbahasa yang merangkumi pemahaman terhadap semua aspek yang berkaitan dengan konteks pertuturan termasuk budaya sesuatu bahasa.

• Eastman (1975)Sociolinguistics is concerned with the interaction of language and setting. Banyak hasil kajian sosiolinguistik yang berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat.

• Dittmar (1976)Kajian yang memberi tumpuan kepada aspek perhubungan antara kepelbagaian bahasa dengan kepelbagaian sosial (dianggap sebagai kajian sosiolinguistik tulen)

• Untuk memudahkan pemahaman, dapat dikatakan sosiolinguistik menumpukan pengkajian terhadap:

* Interaksi antara kelompok

* Penggunaan bahasa

* Sikap anggota masyarakat terhadap bahasa

Page 3: Nota Sosiolinguistik

* Norma-norma bahasa

* Tingkah laku dan perubahan norma bahasa• Hubungan bahasa dengan masyarakat boleh ditinjau dari 5 sudut:

* Tugas / fungsi bahasa sebagai alat pewarisan kebudayaan

* Bahasa sebagai lambang dan identiti masyarakat* Bahasa sebagai cermin dan penentuan bagi kelainan masyarakat / susun lapis masyarakat

* Hubungan bahasa dengan komponen keadaan / suasana

* Jenis-jenis bahasa dan hubungannya dengan pertembungan masyarakat• Terdapat bidang kajian yang dikatakan hampir sama dengan kajian sosiolinguistik

iaitu bidang kajian sosiologi bahasa. Walau bagaimanapun terdapat perbandingan (persamaan dan berbezaan) di antara keduanya.

• Persamaan Bidang Sosiolinguistik dengan Sosiologi Bahasa• Kedua-dua ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa adalah bersinonim atau

membawa pengertian yang lebih kurang sama.• Terdapat pertindanan antara domain sosiolinguistik dan sosiologi bahasa (iaitu

domain sosial).• Kedua-dua bidang kajian adalah berkaitan atau berhubungan dengan bahasa.• Perbezaan Bidang Sosiolinguistik dengan Sosiologi Bahasa• Terdapat lima perbezaan utama di antara bidang sosiolinguistik dengan bidang

sosiologi bahasa iaitu perbezaan 1. Matlamat 2. Penekanan3. Sifat kajian4. Jenis inferen daripada aksi pertuturan5. Ruang lingkup kajian

• Perbezaan Matlamat• Sosiolunguistik merupakan kajian terhadap hubungan bahasa dengan masyarakat

yang bermatlamat memahami struktur bahasa.• Sosiologi bahasa bermatlamat untuk memahami struktur masyarakat.• Perbezaan Penekanan• Kajian sosiolinguistik memberi penekanan kepada aspek bahasa seperti tatabahasa,

perbendaharaan kata, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik.• Sosiologi bahasa memberi penekanan kepada aspek masyarakat iaitu individu atau

kumpulan individu yang menuturkan bahasa tersebut.• Perbezaan Sifat Kajian• Sosiolinguistik lazimnya dikaitkan dengan sifat kajian yang mikro atau kuantitatif

iaitu lebih khusus, terperinci, memanfaatkan jumlah informan yang sedikit, mengehadkan skop kajian dan mungkin berupa kajian jangka pendek.

• Sosiologi bahasa pula sering dikaitkan dengan sifat kajian yang makro atau kualitatif iaitu kajian terhadap hubungan masyarakat dengan bahasa dalam skala yang lebih besar.

• Perbezaan Inferen DaripadaAksi Pertuturan

Page 4: Nota Sosiolinguistik

• Jenis inferen daripada aksi pertuturan dalam bidang sosiolinguistik adalah bersifat peribadi dan stilistik.

• Sosiologi bahasa pula menjurus kepada sosiobudaya dan sosiologi itu sendiri.• Perbezaan Ruang Lingkup Kajian• Kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik

tersebut dapat dibahagikan kepada 4 kelompok utama iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosial, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial.

• Kajian yang mementingkan kewujudan variasi bahasa seperti ideolek (geografi dan sosial), laras, stail, dan sebagainya dalam komuniti bahasa. Ciri variasi bahasa yang dikaji berasaskan kepada tiga unsur iaitu berinteraksi, berubah dan mengubah antara satu sama lain dalam masyarakat bahasa.

BAB 2

BAHASA DAN VARIASI BAHASA DALAM MASYARAKAT BAHASA• BAHASA• Bahasa ialah alat komunikasi yang digunakan oleh manusia dalam masyarakat

kehidupannya sehari-hari untuk bekerjsama dan berhubungan bagi melestarikan kebudayaannya serta menyebarkan dan mengembangkan pemikirannya dalam kalangan para anggota masyarakatnya serta generasi penerusnya.

• Beberapa orang tokoh bahasa memperincikan pengertian bahasa seperti berikut:• Sapir (1921)Suatu kaedah bukan naluri (noninstinct) bagi manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi, dan keinginan melalui simbol-simbol yang lahir secara sedar• Bloch & Trager (142)Suatu sistem lambang-lambang bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi.• Chomsky (1957)Suatu set ayat yang mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad.• Ferdinand de Saussure (1974)Sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya bersifat psikologi. Gabungan dan hubungan kedua-duanya dalam rantaian ucapan mestilah mengikut hukum-hukum tatabahasa.• Nababan (1984)Suatu sistem perisyaratan (semiotik) yang terdiri daripada unsur-unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu (fonem, morfem, kata, frasa, klausa, dan ayat).• Asmah Haji Omar (1988)Bahasa ialah firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut.

FUNGSI BAHASA• Bahasa mempunyai pelbagai fungsi iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan

seperti menggambarkan sesuatu suasana atau fungsi representasi.• Nababan (1984) menyenaraikan 4 golongan fungsi bahasa iaitu

1. Fungsi kebudayaan

Page 5: Nota Sosiolinguistik

2. Fungsi kemasyarakatan

3. Fungsi perorangan

4. Fungsi pendidikan• Fungsi Kebudayaan• Bahasa menjadi sarana untuk mengembangkan sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh

sesuatu bangsa.• Melalui bahasa, unsur-unsur kebudayaan, sifat sesuatu kebudayaan bangsa dapat

dibiakkan dikembangkan, disebarkan, diperluaskan, dan• Bahasa juga berfungsi sebagai jalur, relung, atau laluan untuk meneruskan dan

melestarikan sesuatu kebudayaan (dari satu generasi ke satu generasi).• Bahasa menjadi penyenarai, pemaktub, dan penginventori ciri-ciri atau fitur kebudayaan.• Fungsi Kemasyarakatan• Terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Berdasarkan bidang pemakaian bahasa (penggunaan bahasa dalam masyarakat)

2. Berdasarkan ruang lingkup

a. Bahasa kelompok (kawasan kedaerahan)b. Bahasa kebangsaan berfungsi sebagai lambang kebanggaan kebangsaan,

lambang jati diri bangsa, dan sebagai alat penyatuan suku kaum dan bangsa

• Fungsi Perorangan• Melibatkan 7 fungsi bahasa oleh Halliday (1973)

1. Fungsi instrumental

Penggunaan bahasa untuk mengarah atau meminta sesuatu

2. Fungsi pengendalian

Penggunaan bahasa untuk mengawal dan mengendalikan peristiwa yang berlaku.

3. Fungsi pemerianPenggunaan bahasa untuk membuat penyataan, menyampaikan fakta, menjelaskan, atau melaporkan

4. Fungsi interaksi

Penggunaan bahasa untuk mewujudkan perhubungan antara sesama individu

5. Fungsi peribadi

Page 6: Nota Sosiolinguistik

Penggunaan bahasa untuk meluahkan perasaan, emosi, keinginan (bersifat peribadi)

6. Fungsi heuristik

Penggunaan bahasa untuk mendapatkan ilmu pengetahuan (bertanya)

7. Fungsi khayalanPenggunaan bahasa di luar sedar dan boleh diinterpretasi dalam bentuk penulisan (cerita)

• Fungsi Pendidikan• Terbahagi kepada 4 iaitu:

1. Fungsi integratif

Penggunaan bahasa sebagai alat penyatuan kaum (bahasa Melayu diajar di sekolah kepada semua pelajar)

2. Fungsi instrumentalPenggunaan bahasa untuk mendapatkan sesuatu seperti status, pekerjaan dll (untuk belajar di UUM, pelajar antarabangsa perlu lulus ujian penempatan bahasa Melayu dan Inggeris)

3. Fungsi kultural (budaya)

Penggunaan bahasa untuk mengenali dan menghargai sesuatu sistem nilai dan cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat.

4. Fungsi penalaranFungsi yang memberi lebih banyak tekanan kepada penggunaan bahasa sebagai alat berfikir, bertaakul, mengerti dan menciptakan konsep-konsep.

• DIALEK• Umumnya dialek ialah satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi bentuk sebutan,

tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku.• Dialek didefinisikan sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh

sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. • Ia mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada

bentuk baku (dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata-kata - leksikal) tetapi perbezaannya tidak begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

• Dialek juga difahami sebagai satu kelainan bahasa yang masih ada ciri-ciri dan sifat-sifat saling memahami.

• Penentuan status sesuatu dialek kadang-kadang kabur dan menyukarkan kerana pelbagai faktor, misalnya berkaitan garis sempadan politik.

• Terbahagi kepada 3 pecahan iaitu:

1. Dialek sosial (social dialect)

2. Dialek daerah (regional dialect)

3. Dialek seketika (temporal dialect)

Page 7: Nota Sosiolinguistik

• Dialek Sosial• Dialek sosial juga dikenali sebagai dialek kelas atau sosiolek.• Dialek ini digunakan oleh kumpulan penutur mengikut kelas sosial mereka. • Dalam dialek sosial juga terdapat beberapa kelainan bahasa seperti bahasa kasar, halus

dan neutral. • Semua kelainan sosial ini menunjukkan ciri-ciri pengguna bahasa yang ditentukan oleh

situasi sosial.• Penggunaan bahasa berserta susun lapis masyarakatnya adalah berasaskan susun lapis

(stratifikasi) masyarakat Melayu, kerana dalam masyarakat Melayu terdapat satu susun lapis masyarakat yang berbeza kedudukan dan juga bahasanya.

• Keadaan ini boleh dijelaskan melalui gambar rajah susun lapis masyarakat berikut:• Dialek Daerah• Dialek daerah atau regional dialect, local dialect, geographical dialect, territorial

dialect ialah dialek yang dituturkan oleh kumpulan manusia dalam satu-satu kawasan geografi.

• Za’ba (2002) menjelaskan dialek / bahasa daerah sebagai rupa bahasa yang terpakai dalam percakapan dalam satu-satu daerah atau bahagian negeri dengan mempunyai pelat sebutan yang terkhas bagi daerah itu dan berlainan daripada bunyi sebutan bahasa umum yang rata-rata dipakai dalam perhubungan umum, dalam percakapan, dan suratan.

• Konsep ruang bagi dialek daerah dikenali sebagai ruang geografi linguistik iaitu suatu kawasan tempat satu jenis kelainan bahasa yang sama dituturkan.

• Sempadan kawasan geografi linguistik ditandai oleh satu garis khayalan yang disebut sebagai isoglos.

• Pada garis isoglos, dialek di dalam satu kawasan bercampur dengan dialek di dalam kawasan yang berhampiran.

• Penentuan dialek daerah banyak bergantung kepada ruang geografi politik / sempadan negeri.

• Dialek Seketika• Dialek seketika juga dikenali sebagai dialek temporal atau State of Language / Etat de

Langue.• Dialek ini dilihat dari sudut zaman, iaitu penggunaan dialek mengikut perkembangan

zaman seperti bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu zaman Melaka, bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa Melayu zaman pramoden, dan bahasa Melayu zaman moden.

• Antara satu zaman dengan zaman yang lain terdapat perbezaan dari segi bunyi dan perkataan.

• Teori Berkaitan Dialek• Area Defined Theory

Teori yang berasaskan kepada kewujudan dialek disebabkan oleh perbezaan daerah.• Socially Defined Theory

Teori yang berasaskan kepada perbezaan dialek disebabkan oleh tatatingkat masyarakat.

• Marked Pattern TheoryTeori pola bertanda iaitu setiap dialek mempunyai ciri-ciri bunyi atau yang lainnya yang khas sebagai perbezaannya dengan dialek yang lain.

• Drift Theory (Teori Hanyut)

Page 8: Nota Sosiolinguistik

Bahasa akan terus berkembang selagi masyarakat penggunanya bertambah. Ia akan terus meresap ke dalam bahasa lain atau dialek lain.

• Different Locality Theory (Teori Perbezaan Lokaliti)Sesuatu bahasa berbeza disebabkan oleh daerah yang berbeza kerana pengalaman dan pengetahuan yang berbeza.

• Wave Theory (Teori Gelombang)Bentuk-bentuk bahasa berasal dari satu jenis dialek atau bahasa dan selepas itu mengembang dan tersebar luas ke kawasan yang lebih besar menjadi bahasa / dialek yang ada kaitan dengan induknya yang asal.

• Faktor Kewujudan Dialek• Kawasan / geografi

Terpisah dari segi tempat/kawasan. Keadaan muka bumi yang berbeza seperti gunung, pulau, sungai besar dan lain-lain lagi. Contohnya dialek Kedah dan Kelantan berbeza disebabkan terpisah oleh Banjaran Gunung Titiwangsa.

• Penjajahan / politikBahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia walaupun dari induk yang sama iaitu Melayu-Riau tetapi terpisah apabila dipengaruhi oleh politik yang berbeza – Tanah Melayu (Inggeris), Riau (Belanda).

• PengalamanPengalaman-pengalaman yang berlainan menghasilkan dialek yang berlainan seperti kata yang digunakan berbeza dari segi sebutan atau tidak wujud ditempat tersebut. Contohnya perkataan gewe, gerek, kaseh, buah ati, endot, marka.

• MasaDalam bahasa Melayu terdapat dua perbezaan bahasa iaitu ada bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Kedua-duanya berbeza dari segi masa. Bahasa klasik diguna pakai pada zaman dahulu tetapi era moden telah bertukar ke bahasa Melayu moden.

• PerdaganganAkibat daripada perdagangan, masyarakat belajar menguasai bahasa. Contohnya tersebar pengaruh bahasa Arab, Portugis dan Cina pada zaman kegemilangan Melayu Melaka. Hasilnya lahir pelbagai dialek seperti Baba Nyonya.

MASYARAKAT BAHASA• Masyarakat bahasa juga dikenali sebagai komuniti bahasa.• Setiap masyarakat mempunyai komuniti bahasa sendiri.• Sesebuah masyarakat penutur mesti dapat menunjukkan nilai bahasanya. • Dengan cara itu dapat menjadikan mereka sebuah masyarakat yang setia kepada

bahasanya.• Sikap ini perlu dipupuk dari peringkat individu terlebih dahulu, dan kemudian barulah

kepada masyarakat yang lebih besar.• Konsep Masyarakat Bahasa• Charles Hocket (1958)

Seluruh peringkat manusia yang berhubungan antara satu sama lain, sama ada secara langsung atau tidak, melalui satu bahasa yang sepunya.

• Levi-Strauss (1968)Sebuah masyarakat yang terkandung di dalamnya individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang berkomunikasi antara satu sama lain.

• John Gumperz (1968)

Page 9: Nota Sosiolinguistik

Kumpulan manusia yang dicirikan oleh interaksi biasa melalui lambang-lambang verbal yang dikongsi bersama dan bertolak dari agregat yang serupa dengan perbezaan yang jelas dalam penggunaan bahasa

• John Lyons (1970)

Semua orang yang menggunakan suatu jenis bahasa atau dialek.• Hartmann & Stork (1976)

Sekumpulan manusia yang biasanya tinggal dalam satu kawasan, bertutur dengan menggunakan satu kelainan bahasa, atau bahasa baku yang sama.

• Ciri-Ciri Masyarakat Bahasa• Masyarakat yang menggunakan sesuatu bahasa• Dalam kawasan-kawasan tertentu, atau kelas-kelas tertentu• Menggunakan satu bentuk bahasa atau dialek yang serupa• Menggunakan lambang-lambang verbal• Bahasa dan Masyarakat• Diglosia• Billingualisme• Multilingualisme• Diglosia • Diglosia ialah fenomena yang berlaku apabila terdapat lebih daripada satu kelainan

bahasa dalam masyarakat.• Diperkenalkan oleh Ferguson (1959), yang menerangkan perbezaan penggunaan

kelainan bahasa disebabkan oleh perbezaan situasi yang berupa kelas sosial, konteks dan juga jantina.

• Ferguson membahagikan bahasa kepada dua jenis berdasarkan taraf, iaitu kelainan bertaraf rendah (L) dan bertaraf tinggi (H).

• Kelainan rendah (L) ialah jenis kelainan yang digunakan dalam situasi kehidupan seharian, di rumah dan dalam suasana pekerjaan di peringkat bawahan.

• Kelainan jenis tinggi (H) pula digunakan dalam perbincangan tentang hal-hal keagamaan, pendidikan, ekonomi, dan dalam bidang-bidang lain yang dianggap tinggi dan formal.

• Menurut Fishman (1967) diglosia ialah penyebaran lebih daripada satu kelainan bahasa dalam situasi yang berbeza.

• Diglosia dalam masyarakat ekabahasa ditandai dengan perkataan-perkataan tertentu yang disebut berbeza antara satu situasi dengan situasi yang lain.

• Perbezaan tersebut berlaku akibat adanya dialek dalam masyarakat bahasa tersebut.• Secara kesimpulannya, diglosia menerangkan fenomena bahasa yang berlaku dalam

masyarakat akibat terdapatnya tatatingkat sosial iaitu ada golongan yang berstatus tinggi dan golongan yang berstatus rendah.

• Situasi Diglosia di Malaysia• Diglosia ekabahasa

Wujud apabila satu kelainan bahasa diangkat menjadi bahasa standard (H) dan kelainan-kelainan lain daripada bahasa yang sama itu dianggap bentuk substandard atau bukan standard (L).

• Diglosia dwibahasa / pelbagai bahasaWujud apabila bahasa Melayu standard dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi (H), dan bahasa ibunda penutur lain di Malaysia dianggap bentuk substandard atau bukan standard (L)

• Diglosia Ekabahasa di Malaysia

Page 10: Nota Sosiolinguistik

• Diglosia ekabahasa yang terdapat dalam masyarakat Melayu di Malaysia terbahagi dua iaitu:

1. Kelainan diraja (H)

a. Kelainan diraja standard

b. Kelainan diraja bukan standard

2. Kelainan bukan diraja (L)

a. Kelainan bukan diraja standard

b. Kelainan bukan diraja bukan standard

Kelainan diraja (H)

Kelainan yang digunakan dalam hubungan kebahasaan apabila sekurang-kurangnya satu pihak terdiri daripada keluarga diraja. Kelainan diraja biasanya adalah kelainan bahasa yang halus, yakni bahasa yang digunakan dengan penuh sopan santun dan adab tertib dalam apa keadaan sekalipun.

1. Kelainan diraja standardKelainan standard yang digunakan dalam bahasa tulisan dan komunikasi lisan di kalangan raja dalam konteks rasmi.

2. Kelainan diraja bukan standardKelainan diraja mengikut negeri. Antara satu kelainan diraja bukan standard negeri dengan negeri yang lain mempunyai perbezaan ciri-ciri tertentu

Kelainan bukan diraja (L)

Kelainan bukan diraja ialah kelainan bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa.

1. Kelainan bukan diraja standardkelainan bahasa Melayu standard yang menjadi bahasa (H) dalam diglosia di Malaysia. Kelainan ini merupakan kelainan yang menjadi bahasa pengantar dan diajarkan di sekolah-sekolah sbg mata pelajaran. Ia juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta menjadi lingua franca dalam hubungan antara kaum di Malaysia.

2. Kelainan bukan diraja bukan standardMerujuk kepada kelainan yang disebut sebagai dialek geografi atau dialek daerah bahasa Melayu di Malaysia seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dll. Ia juga merupakan kelainan yang digunakan dalam lingkungan interaksi tidak rasmi dalam konteks hubungan kebahasaan orang Melayu di Malaysia.

• Diglosia Dwibahasa di Malaysia• Jadual di bawah dapat memberikan gambaran yang hampir tepat mengenai situasi

sebenar mengenai diglosia pelbagai bahasa di Malaysia.

Page 11: Nota Sosiolinguistik

H HH Bahasa Melayu Standard

HL Bahasa Inggeris

L LH Semua bahasa bumiputera / bukan bumiputera

LL Bahasa pijin • Oleh kerana bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

negara, maka secara tidak langsung bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa tinggi (H).

• Pada mulanya bahasa Inggeris diletakkan sebagai bahasa pertengahan (M). Walau bagaimanapun, senario kini memperlihatkan bahasa Inggeris dianggap bahasa berprestij dalam kalangan pengguna bahasa di Malaysia, dan diletakkan sebagai bahasa tinggi yang rendah (HL)

• Hal ini merujuk kepada keadaan lebih rendah jika dibandingkan dengan taraf bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan

• Semua bahasa bukan bumiputera (bahasa Cina, Tamil, Punjabi, Telegu, Benggali dll) dan bahasa bumiputera (bahasa orang Asli, Kadazan, Iban, Bidayuh, Dusun dll) dianggap sebagai bahasa rendah yang lebih tinggi (LH) daripada bahasa kacukan seperti bahasa pijin.

• Bahasa pijin diletakkan sebagai bahasa rendah rendah (LL) kerana sifat bahasa ini yang dikatakan sebagai bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa dan tidak pula boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.

• Billingualisme• Juga dikenali sebagai kedwibahasaan.• Perkara ini berlaku dalam dua keadaan:

1. Seseorang yang mengamalkan dan menggunakan dua bahasa dalam kehidupan harian.

2. Seseorang yang mengetahui dan menguasai dua bahasa dalam kehidupan harian.

Konsep Mengamalkan dan Menggunakan• Menggunakan dan memakai dua bahasa sebagai bahasa basahan sehari-hari.• Contohnya keadaan apabila seseorang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

dalam kehidupan. • Dengan kata lain, seseorang itu menggunakan bahasa tersebut bertukar ganti (sekejap

Melayu, sekejap Inggeris dan seterusnya)

Konsep Mengetahui dan Menguasai• Seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang dua bahasa tetapi tidak semestinya

mengamalkan dalam kehidupan harian.• Wujud dalam keadaan berikut:

1. Menguasai kedua-dua bahasa - (ambilingual)

2. Menguasai kedua-dua bahasa tidak sama baik - (dwibahasawan)3. Sangat menguasai satu bahasa, sementara satu lagi bahasa sangat lemah - (pengetahuan pasif)

Page 12: Nota Sosiolinguistik

4. Menguasai kedua-dua bahasa, tetapi menyembunyikan pengetahuan salah satu bahasa (tidak pernah bercakap / menulis / menggunakan bahasa tersebut) – (covert bilingual)

• Faktor Kewujudan Bilingualisme• Masyarakat majmuk

Dalam masyarakat majmuk, kepelbagaian bahasa wujud hingga menyebabkan pengetahuan mengenai bahasa lain dianggap lumrah

• Pertembungan budayaDi kota-kota besar, penutur pelbagai bahasa sering bertembung, berinteraksi dan berkomunikasi, yang membawa kepada penguasaan bahasa kedua

• Penjajahan Kedatangan penjajah membawa bahasa mereka menyebabkan keperluan untuk menguasai bahasa kedua sangat penting (menjajah dan dijajah)

• PerdaganganPara pedagang perlu mengetahui dan memahami bahasa lain untuk berinteraksi bagi pelbagai urusan (melariskan jualan, mendapatkan pelanggan baru, transaksi perdagangan)

• PengembaraanPengembara yang mengembara merentasi sempadan geografi politik akan mempelajari pelbagai bahasa (contohnya Marco Polo dan Ibn Battutah)

• Pengembangan agamaSetiap agama di dunia memiliki bahasa khas sebagai alat untuk mengembangkan agama. Bahasa Arah misalnya, dipelajari dan dikuasai untuk mendalami ilmu mengenai Islam.

• PendidikanMalaysia telah melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membenarkan penggunaan bahasa pengantar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris di sekolah. Di universiti, kerajaan menggalakkan pelajar mempelajari bahasa lain sebagai persediaan ke alam pekerjaan

• Dasar BahasaKerajaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Semua kaum wajib menguasai dan mengamalkannya

• Kahwin campurDalam perkahwinan campur, suami berbahasa lain dan isteri berbahasa lain akan melahirkan kedwibahasaan dalam keluarga tersebut.

• Kesan Bilingualisme• Gangguan bahasa (linguistic interference)• Pertukaran kod (code-switching)• Percampuran kod (code-mixing)• Penganjakan bahasa / pemindahan bahasa (language shift)• Asimilasi bahasa (linguistic assimilation)• Bahasa pijin (pidgin language)• Bahasa kreol (creole language)• Poliglosia (polyglossia)• Gangguan bahasa (linguistic interference)• Proses penyimpangan daripada norma kedua-dua bahasa yang berlaku dalam bahasa

yang digunakan oleh dwibahasawan kesan daripada kebiasaan menggunakan lebih daripada satu bahasa.

• Gangguan berlaku dari 6 segi iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, ungkapan, dan kosa kata.

Page 13: Nota Sosiolinguistik

Fonologi• Gangguan dari segi sebutan kerana kecelaruan membunyikan sesuatu fonem. Contoh

Radio - redio

Program - progrem

Asid - esid

Morfologi• Peminjaman banyak morfem terikat daripada bahasa asing. Contoh

Cerpenis - pencerpen

Beliawanis - pemudi

Menganalisa - menganalisis

Sintaksis• Pengaruh bahasa lain (contohnya bahasa Inggeris dan Arab) dalam ayat bahasa Melayu.

Contoh:

a. Maka kemudian dari itu, bertakwalah kepada Allah.

b. Sunat berbuka atas tamar.

c. Akan Dikau kami sembah dan akan Dikau juga kami memohon pertolongan.

d. Perubahan tersebut yang mana banyak menjejaskan fenomena alam, telah …

e. Hal ini terjadi adalah kerana tabiat semula jadi …

Semantik• Wujud perubahan makna kerana faktor:

1. Perubahan budaya dan penggunaan kata

Khalwat – bersunyi / bermukah

2. Berlainan makna kerana berlainan sudut pandangan

First floor – tingkat satu / tingkat dua (kerana ada konsep ground floor)

Right bank – tebing kiri / tebing kanan

3. Terjemahan yang sama, tetapi konsepnya berlainan

Konsep leaf green / hijau daun (dinilai dari kawasan yang berbeza)

Ungkapan

Page 14: Nota Sosiolinguistik

• Setiap ungkapan dalam sesuatu bahasa merupakan kata-kata yang diulang-ulang sehingga menjadi satu ungkapan yang tetap.

• Apabila ungkapan ini diterjemah, sedikit sebanyak akan mengubah terjemahan tersebut dari sudut pengertian dan maknanya.

• Contoh:

“Terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya” diterjemahkan sebagai

“Out of the frying pan into the fire”

Kosa kata• Wujud kosa kata sinonim yang lebih banyak jumlahnya dalam satu-satu bahasa.• Menjadi masalah sekiranya digunakan pada tempat yang salah.• Contohnya perkataan orang (Melayu), insan (Arab) dan manusia (sanskrit) dalam ayat:

1. Tiga ----- pencuri

2. Kita sebagai ----- yang berakal

3. Sebagai ----- kamil , para wali mempunyai …• Contoh lain: masak - goreng, sangai, rebus, celur, kukus, bakar, panggang, gril, salai.• Pertukaran kod (code-switching)• Pertukaran dari satu bahasa ke satu bahasa lain yang disebabkan oleh perubahan tajuk

yang dibicarakan atau petukaran orang yang disapa.• Tajuk: menggunakan bahasa Inggeris apabila membincangkan tajuk yang berkaitan

teknologi dan inovasi, kemudian menukar ke bahasa Melayu apabila berbicara tentang seni dan budaya Melayu.

• Orang: menggunakan bahasa Melayu ketika bercakap dengan ibu bapa, sebaliknya menukar ke bahasa Inggeris apabila bertutur dengan rakan yang berpendidikan barat.

• Percampuran kod (code-mixing)• Berlaku apabila seseorang menukar-nukarkan bahasanya secara berganti-ganti untuk

satu tajuk perbincangan yang sama.• Contohnya apabila membicarakan sesuatu tajuk, penutur menggunakan bahasa Inggeris

dan bahasa Melayu secara berganti-ganti. Contoh:Well, as far as I am concerned, they all tu kalau diajak berbincang, very difficult. Masing-masing ada problem. Tapi, kalau nak dapat projek, semua come in front. Not fair right?

• Penganjakan bahasa / pemindahan bahasa (language shift)• Berlaku apabila seseorang yang telah mengetahui bahasa ibundanya kemudian

mempelajari satu bahasa lain, dan selepas itu meninggalkan bahasa ibundanya, dan menganjak atau berpindah ke bahasa kedua.

• Dengan erti kata lain, pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa lain. Contoh:Sebelum mesyuarat, semua ahli mesyuarat bercakap dalam bahasa Melayu. Semasa mesyuarat berlangsung, semua ahli mesyuarat menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.

• Penalosa (1981) mengatakan terdapat 5 penganjakan bahasa yang besar dalam dunia moden, iaitu

1. Pengambilan bahasa vernakular untuk kegiatan kerajaan (di Jerman)

Page 15: Nota Sosiolinguistik

2. Menerima pakai bahasa Eropah (di Australia, New Zealand, Cameron, Afrika)

3. Penyebaran bahasa Inggeris dan Perancis (kesan penjajahan di Filipina, Iran)

4. Proses perusiaan – Russification (di Thailand, Indonesia)

5. Penggantian bahasa import dengan bahasa peribumi (di Malaysia – Inggeris –Melayu)

• Asimilasi bahasa (linguistic assimilation)• Berlaku biasanya di kalangan imigran yang telah menerima bahasa tempatan sebagai

bahasa sehari-hari.• Apabila sampai pada generasi terkemudian, mereka yang akhir ini biasanya mengambil

terus bahasa tempat mereka bermukim, dan tidak menggunakan bahasa ibu bapa mereka.

• Pengasimilasian bahasa berlaku serentak dengan pengasimilasian budaya.• Bahasa pijin (pidgin language)• Hasil daripada pertembungan dua atau lebih bahasa, dan bersifat sementara. • Unsur-unsur dari kedua-dua bahasa bercampur aduk sehingga menimbulkan satu bentuk

bahasa baru yang tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.• Contohnya pertembungan bahasa Cina dan bahasa Melayu di pasar telah melahirkan

bahasa pasar yang sistem dan peraturannya tidak lagi boleh dirujuk kepada salah satu daripada bahasa asalnya, sama ada bahasa Cina atau bahasa Melayu.

• Bahasa kreol (creole language)• Bahasa kreol ialah bahasa pijin yang telah mantap.• Pertembungan dua bahasa yang berlainan asal usul telah menyebabkan wujud bahasa

pijin, yang akhirnya mempunyai satu sistem bahasa tersendiri, dengan penutur jatinya sendiri, dan tidak lagi bersifat sementara.

• Contohnya kreol Cina Baba dan Chetiar di Melaka.• Perbezaan Pijin dan Kreol

Pijin • Bahasa kacukan yang belum mantap• Pola bahasanya sukar dikenal pasti• Tiada penutur yang menggunakannya sebagai bahasa pertama• Contoh: bahasa pasar

Kreol• Bahasa kacukan yang telah mantap• Pola bahasanya dapat dikenal pasti• Mempunyai penutur yang menggunakannya sebagai bahasa pertama• Contoh: bahasa Cina Baba di Melaka• Poliglosia (polyglossia)• Wujud dalam suasana kepelbagaian bahasa, dialek atau laras bahasa yang kedudukannya

juga pelbagai.• Dalam masyarakat poliglosia terdapat perhubungan:

1. Intra-group (dalaman) – penggunaan antara bahasa Melayu baku, dialek Melayu, bahasa Melayu baku di negeri-negeri bahagian, bahasa Melayu lisan, bahasa Melayu basahan dll.

2. Inter-group (luaran) – penggunaan bahasa Melayu pasar, Manglish (Malaysian English)

Page 16: Nota Sosiolinguistik

• Multilingualisme• Juga dikenali sebagai kepancabahasaan.• Merujuk kepada keadaan kemampuan seseorang untuk bertutur atau menggunakan

banyak bahasa.• Multilingualisme wujud dalam negara majmuk.• Keadaan menunjukkan bahasa di Malaysia:

1. Dialek Melayu semenanjung – 17

2. Dialek Cina – lebih dari 5

3. Masyarakat India – lebih dari 8

4. Peribumi semenanjung (asli) – 14

5. Peribumi Sarawak – 32

5. Peribumi Sabah – 57

BAB 3

PERUBAHAN BAHASA DAN MASYARAKAT

KONSEP PERUBAHAN BAHASA• Perubahan bahasa bermaksud penyesuaian atau penggantian fitur-fitur dalam sesuatu

bahasa, iaitu dari satu peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan sejarahnya.• Perubahan tersebut akan memberi kesan kepada sistem bunyi atau sebahagian

daripadanya, sistem tatabahasa, perbendaharaan kata, dan lain-lain.• Perubahan bersifat sejagat, berterusan sehingga ke peringkat tertentu, dan mengikut pola

tertentu.• Akamajian, Demers, Farmer, dan Harnish (1990) membahagikan tajuk perubahan

bahasa kepada dua bahagian:

1. Perubahan individu

Perubahan spontan dalam sesuatu bahasa oleh seorang penutur

2. Perubahan komuniti

Penyampaian atau pengongsian sebenar perubahan itu dalam kalangan penutur dalam sesebuah komuniti bahasa

SEBAB BERLAKU PERUBAHAN BAHASA• Peredaran masa• Kedudukan jarak penutur yang jauh• Halangan bentuk muka bumi• Ciri-ciri sosial yang berbeza• Perbezaan latar belakang• Peredaran Masa

Page 17: Nota Sosiolinguistik

• Peredaran masa menyebabkan perubahan sesuatu perkataan yang melibatkan beberapa elemen seperti dari segi fonologi, morfologi, sintaksis dan kosa kata.

• Kedudukan Jarak Penutur Yang Jauh• Penggunaan bahasa yang berbeza kerana faktor jarak.• Misalnya pemastautin di negeri Kedah yang berhijrah ke bandar Kuala Lumpur,

biasanya akan terlibat dalam proses perubahan bahasa.• Mereka akan cuba menggunakan bahasa yang digunakan oleh pemastautin di

Kuala Lumpur agar memudahkan perhubungan.• Halangan Bentuk Muka Bumi• Perbezaan bentuk muka bumi telah menyebabkan perubahan bahasa berlaku

kerana setiap tempat mempunyai keistimewaan tersendiri yang membezakannya dengan tempat lain.

Ciri-ciri Sosial Yang Berbeza• Ciri-ciri sosial yang berbeza melibatkan hal yang berkaitan dengan status sosial,

adat, budaya, kepercayaan dll.• Perubahan bahasa membantu menyelesaikan masalah sinonim bagi kata yang

hampir sama.• Contoh:

wanita, perempuan, gadis, dara, perawan, cewek, puteri, ratu, diva, isteri, ibu, betina

• Perubahan bahasa pasti berlaku untuk menentukan status sosial seseorang yang bergelar wanita.

Perbezaan Latar Belakang• Perbezaan latar belakang melibatkan perbezaan yang khusus seperti perbezaan

pendidikan, kewangan, pengalaman, pengaruh dll.• Perubahan bahasa dalam perbezaan ini berlaku kerana faktor kesesuaian penutur.• Kita sering beranggapan bahawa orang yang berpendidikan biasanya, mengubah

bahasanya menjadi lebih sopan untuk membezakannya dengan orang yang tidak berpendidikan.

• Contoh:

proses menegur, mengkritik, memperli, memperlekeh, menguji, mengajar

PROSES PERUBAHAN BAHASA• Perubahan bunyi• Perubahan fonem• Perubahan morfem• Penggantian kata• Proses asimilasi• Proses haplologi• Penciptaan akronim• Proses lewah pembetulan• Perubahan makna• Peluasan makna• Penyempitan makna• Penggubalan kata baru• Perubahan makna kerana perubahan dialek

Page 18: Nota Sosiolinguistik

• Proses hanyutan fonetik• Kemusnahan kata• Proses pembakuan sebutan• Proses perubahan penggunaan kata• Penggunaan dialek• Kata slanga

Perubahan Bunyi• Perubahan bunyi seperti yang terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu kuno dengan

bahasa Melayu moden

Perubahan Fonem• Perubahan fonem seperti yang terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu kuno dengan

bahasa Melayu moden

Perubahan Morfem• Perubahan morfem seperti yang terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu kuno dengan

bahasa Melayu moden

Penggantian Kata• Penggantian kata seperti yang terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu moden awal

dengan bahasa Melayu moden kini

Proses Asimilasi• Proses dua bunyi yang menjadi sama atau serupa disebabkan oleh pengaruh satu bunyi

kepada satu bunyi yang lain.

Proses Haplologi• Pelenyapan satu atau lebih bunyi yang serupa dan berturutan dalam pertuturan• Akronim / Penggemblengan• Bentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dalam

sejumlah perkataan, atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu.

Proses Lewah Pembetulan• Juga dikenali sebagai proses hypercorrection.• Proses menghilangkan fonem yang bersifat lewah (membazir) dan menggantikannya

dengan fonem lain.• Proses Hanyutan Drift• Juga dikenali sebagai proses phonetic drift• Proses menggugurkan fonem tertentu mengikut prosedur / langkah tertentu

Perubahan Makna• Perubahan makna atau pemindahan makna bermaksud menukar definisi / konsep sesuatu

kosa kata kepada definisi / konsep yang berlainan sama sekali• Proses ini dipengaruhi oleh peredaran masa• Peluasan Makna• Meluaskan sesuatu definisi / konsep bagi sesuatu kosa kata

Penyempitan Makna

Page 19: Nota Sosiolinguistik

• Konsep ini merujuk kepada keadaan makna asal dalam kosa kata asing yang bersifat umum kepada lebih spesifik.

Penggubalan Kata Baru• Penciptaan kosa kata baru sebagai memenuhi keperluan semasa.• Contohnya kosa kata kiwi (sejenis burung yang terdapat di New Zealand). • Kemudian kosa kata tersebut dijadikan jenama bagi barang yang digunakan untuk

menggilap kasut kulit.• Sekarang, kiwi juga diterima sebagai kata kerja (kolokial).• Contoh ayat: Tolong kiwikan kasut saya.

Perubahan Makna Akibat Perubahan Dialek• Makna berubah akibat dialek • Kehilangan / Kemusnahan Kata• Kosa kata yang hilang / lenyap / musnah daripada penggunaan pada masa sekarang.• Kosa kata tersebut hanya boleh dilihat pada prasasti-prasasti lama• Contohnya seperti kosa kata kavuatanna, bharyya, vadhana, punarapi, vajrasarina• Kosa kata yang terdapat dalam teks Melayu klasik.• Contohnya seperti kosa kata arakian, kalakian, syahdan, sahibul hikayat

Proses Pembakuan Sebutan• Sebutan baku bahasa Melayu yang dilancarkan pada penggal kedua persekolahan pada

tahun 1988 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah salah satu daripada proses perubahan bahasa yang berlaku dalam bahasa Melayu.

• Sebelum itu terdapat sebutan dialek Johor-Riau, sebutan Indonesia, dan dialek Melayu.• Perubahan ini telah memantapkan proses penyusunan sebutan baku yang lebih

sistematik.

Perubahan Penggunaan Kata• Perubahan yang melibatkan penggunaan kata bagi sesetengah status sosial sahaja kepada

penggunaan kata untuk umum• Penggunaan Dialek Setempat / Bahasa Asing Sebagai Bahasa Basahan • Penggunaan dialek setempat dan bahasa asing dalam bahasa Melayu sebagai bahasa

basahan sudah menjadi lumrah akibat proses perubahan bahasa

Kata Slanga• Kosa kata yang dicipta untuk kumpulan tertentu dengan tujuan untuk membezakan

kumpulan tersebut dengan kumpulan lain.• Banyak kata selanga telah diserap masuk dalam bahasa Melayu.• Contohnya seperti perkataan tuang (ponteng), cun (cantik), melepak (tidak buat sebarang

aktiviti)

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa. Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research) yang menggabungkan dua disiplin, iaitu

Page 20: Nota Sosiolinguistik

sosiologi dan linguistik. Dengan sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat. Pengkajian dan pengajian sosiolinguistik bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial, iaitu sama ada sesuatu struktur bahasa itu menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau sebaliknya

Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya. Bidang sosiolinguistik terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini telah menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri.