sosiolinguistik

33
sosiolinguistik Mohd Jeffery Ibrahim & Harith Asraf Bin Lamdin

description

sosiolinguistik

Transcript of sosiolinguistik

sosiolinguistik

sosiolinguistikMohd Jeffery Ibrahim& Harith Asraf Bin Lamdin

SosiolinguistikSosiolinguistik berasal daripada gabungan sosio dan linguistik.Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi dengan Linguistik. Sosiolinguistik adalah ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.

Maksud istillah masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa. Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan seperti perbezaan bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab, dll. Kesemuanya diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatika, dll.

Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak.Bidang ini memberi pengertian umum, rasional dan empirikel serta bersifat umum (Soekanto, 1982).Linguistik memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikel, kenyataan struktur, penggolongan dan rumus bahasa.

Kita menilai orang bukan hanya dengan apa yang dituturkan oleh seseorang tetapi juga bagaimana kedengarannya bahasa yang diucapkan.Timbulnya kesedaran baru dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak boleh dipisahkan antara Perilaku Bahasa dan Perilaku Sosial (Loveday, 1982).

Ahli linguistik Antropologi berpendapat bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai keseluruhan yang bersifat Monolitik (Satu) (Fishman, 1968). . Bahasa itu hanya akan bermakna dan berfungsi sekiranya digunakan dalam kehidupan seharian. . Sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor sosial seperti bahasa dialek, bahasa pembakuan, perancangan bahasa, dll.

Sosiologi Bahasa pula mengkaji kesan Bahasa terhadap masyarakatnya.Aspek-aspek ini terdiri daripada norma dan nilai masyarakat, harapan masyarakat, suasana yang wujud dalam masyarakat, dll.Dell Hymes (1962), bahasa yang digunakan seharian dalam perbicaraan melalui telefon, bergurau, berbual kosong, dll dikenali sebagai Etngrafi pertuturan (The Ethnography of Speaking).

Kesemua yang dibincangkan tadi dapat disimpulkan dalam 4 perkara:- i. Ahli Sosiolinguistik percaya kenyataan sosial tidaklah boleh diselesaikan melalui jadual ataupun statistik tetapi pada kenyataannya dibangunkan dalam Proses Interaksi. Ahli Antropologi menganalisis cerita dongeng, cerita rakyat, teka-teki dan upacara keagamaan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat lama.

ii. Kajian juga dijalankan bagaimana norma-norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya pertuturan Kelas Pertengahan dan Kelas Atasan masyarakat Inggeris. iii. Banyak indikator linguistik yang memberikan maklumat sosial bermula daripada bahasa loghat, pemilihan kosa kata dan tatabahasa. Trudgil (1974), menunjukkan perbezaan sosial orang Inggeris yang berasal dari Norway.

iv. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik juga menjadi sasaran kajian Sosiolinguistik. Lembaga seperti Academie Francaise secara rasmi menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Peranchis. Pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi pernah diakukan sebagai satu eksploitasi bahasa.

Bahasa Maori diajar kepada mereka yang berkulit putih di New Zealand.Bahasa Rusia diajar di negara blok Timur Eropah.Terdapat usaha untuk memasukkan bahasa pribumi ke dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika.Indonesia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa Nasional Indonesia seperti yang dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda mempunyai bilangan penutur yang jauh lebih ramai daripada bahasa Melayu.

Aspek-Aspek Sosial dalam Bilingualisme dan Multilingualisme adalah juga penting dalam kajian sosiolinguistik. Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kelompok-kelompok minoriti di pelbagai negara.Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam amalan meminjam perkataan asing.

Konferens pertama Sosiolinguistik berlangsung di University of California di Los Angeles pada tahun 1964.Salah satu hasil daripada konferens dirumuskan oleh Dittmar (1976). i. Identiti Sosial Penutur ii. Identiti Sosial Pendengar dalam komunikasi iii.Lingkungan sosial tempat peristiwa perbicaraan berlaku.

iv. Analisis terhadap dialek-dialek sosial.v. Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur.vi. Tingkatan ragam linguistik.vii. Penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik. . Dalam Budaya Malaysia, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris digunakan dengan meluasnya. . Masyarakat Majmuk di Malaysia menggunakan kedua-dua bahasa tersebut sebagai alat komunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai situasi secara rasmi dan tidak rasmi.

Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai BudayaPengenalan Guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya dan membimbing murid-muridnya.Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik.guru-guru perlu memahami latar belakang murid yang diajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya samaada perlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasaPenggunaan bahasa sangat berkait rapat dengan latar belakang murid terutama budaya di mana murid itu dibesarkan dan menjalani kehidupannya.

Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai BudayaBahasa yang dipertutur oleh manusia adalah suatu anugerah Tuhan. Manusia menyampaikan hasrat, meluahkan rasa dan mengemukakan pandangan melalui pertuturan.Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dalam kehidupan sosialnya sejak manusia dicipta oleh Tuhan.Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks.

Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai BudayaKata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap, kepercayaan, fahaman, dan pandangan dan sekali gus bahasa sebenarnya suatu realiti budaya.Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan pengalaman yang dilalui, sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta pengalaman yang baharu

Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai BudayaApakah yang anda faham tentang sosiolinguistik?Kebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan manusia dengan bahasaKebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan manusia dengan bahasaBahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat MalaysiaNamun begitu, Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yang masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri

Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai BudayaWalau pun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum di Malaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masingmasing tanpa sebarang sekatan

Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa PengantarKepelbagaian bahasa serta budaya di Malaysia merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam membina rakyat bersatu padu.Pemimpin Negara sejak zaman sebelum mencapai kemerdekaan lagi telah nampak isu bahasa dan etnik ini.Sekiranya anda mengkaji Laporan-Laporan berhubung Pendidikan anda akan ketahui bahawa kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan bahasa kepada rakyat Tanah Melayu.Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah perkara mudah dan perlu diberi perhatian sewajarnya

Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa PengantarApakah pentingnya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar kepada sebuah Negara seperti Malaysia?

Dalam laporan Cheesman (1946) didapati bahawa di dalam satu kelas di sebuah kelas sekolah Inggeris, terdapat murid-murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelas jenis bahasa. Seandainya, murid-murid ini tidak menguasai satu bahasa yang sama sebagai bahasa pengantar, maka pasti guru berhadapan dengan masalah untuk menyampaikan pengajarannya dan murid tidak akan memperoleh ilmu, apa lagi untuk menyatupadukan mereka.

Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa PengantarSedarkah anda bahawa perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan budaya dan perbezaan budaya yang ketara tidak akan membawa perpaduan antara kaum atau etnik?

Bahasa IbundaAkta pendidikan 1996 mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar tetapi turut memperluaskan skop dan mengambil kira kepentingan etnik lain. Pengajaran bahasa cina dan bahasa tamil di sekolah kebangsaan dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid diperuntukan.Peruntukan yang sama kepada penggunaan bahasa kaum asli dan bahasa asing yang lain sekiranya terdapat permintaan ibu bapa sekurang-kurangnya 15 orang murid. memberi peluang kepada semua etnik untuk mempelajari bahasa ibunda di sekolah sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.Bahasa Kadazan-Dusun, bahasa Iban dan bahasa Semai antara bahasa etnik yang turut dijadikan subjek di sekolah.UPSI telah menawarkan latihan guru dalam bahasa Iban dan Kadazan-Dusun pada peringkat sekolah menengah bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjaga keindahan bahasa ibunda etnik-etnik di Malaysia.

Bahasa IbundaInstitut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus tersebut sebagai komponen elektif dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Penawaran kursus-kursus ini adalah untuk mempertahankan variasi bahasa ibunda di Malaysia.Sistem pendidikan Negara mementingkan bahasa ibunda etnik berbanding Negara-Negara lain yang kurang memberi terhadap pelbagai bahasa ibunda milik etnik-etnik lain.

Peranan Guru dalam Aspek SosiolinguistikApa itu Sosiolinguistik??

Sosiolinguistik:

kajian tentang bahasa dan hubungannya dengan masyarakat. Mengikut Janet Holmes, ahli sosiolinguistik berminat mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat, bagaimana bahasa berbeza dalam konteks sosial yang berbeza, termasuk fungsi bahasa dan bagaimana bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud-maksud sosial melalui komunikasi.

Sosiologi bahasa:

kajian tentang masyarakat dan kaitannya dengan bahasa. Meliputi juga hal-hal di luar bahasa seperti perancangan bahasa dan dasar bahasa. Kajian ini juga meliputi kajian tentang norma penggunaan bahasa, atau pola penggunaan bahasa sosial, termasuk sikap terhadap bahasa dari sudut penerimaannya dalam masyarakat penutur yang lebih besar.

Linguistik:

kajian tentang bahasa yang meliputi kajian tentang bunyi hingga kepada analisis bentuk pertuturan (sintaksis) dan tulisan. Bila dikaitkan dengan masyarakat pengguna, bidang ini dikaitkan juga dengan kebolehan manusia untuk berhubung, atau untuk melahirkan perasaan dan fikiran (Edward Sapir). Jika dikaitkan dengan konsep bahasa sebagai alat perhubungan, linguistik mengkaji struktur bahasa, kerana struktur bahasa yang betul sahaja melahirkan fikiran yang betul (Ferdinand de Saussure).

Peranan Guru dalam Aspek SosiolinguistikGuru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik.Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya.Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.kegiatan kokurikulum adalah saluran terbaik untuk memartabatkan Bahasa kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif, menyeronokkan serta memanfaatkan murid

Peranan Guru dalam Aspek SosiolinguistikBagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di Malaysia, guru boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan pembelajaranContohnya, menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Melayu, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani.Kepelbagaian permainan tradisional milik etnik-etnik ini dapat digunakan sebagai pendekatan Games based learning dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peranan Guru dalam Aspek SosiolinguistikPenggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan sahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang tediri daripada pelbagai etnik, malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka.Sekiranya guru mampu meneruskan dan mentadbirkan hal ini dengan berkesan, setiap etnik tidak berasa tersisih, sebaliknya menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya.