soto ayam.docx

4
Soto ayam Bahan Kisar 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inc halia 1 inc kunyit hidup 3 batang serai ~ di titik. ( ita guna 2 batang sahaja sebab ita kisar semua sekali ) 1 inc lengkuas ~ yang ni ita tambah Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup. Bahan Tumis dan Rempah 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih ~ yang ni ita letak 1 sudu besar sahaja 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum cengkih 4 biji pelage Bahan lain 1 ekor ayam ~ potong 4 ( ita potong kecil-kecil) Air secukupnya Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa 2 kiub ayam ~ yang ni ita tambah 2 sudu besar santan ~ yang ni ita tambah Mula-mula kita panaskan minyak Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus Masukkan juga jintan putih dan jintan manis serta lada sulah.

description

soto ayam.docx

Transcript of soto ayam.docx

Page 1: soto ayam.docx

Soto ayam

Bahan Kisar

5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 inc halia1 inc kunyit hidup3 batang serai ~ di titik. ( ita guna 2 batang sahaja sebab ita kisar semua sekali )1 inc lengkuas ~ yang ni ita tambah

Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.

Bahan Tumis dan Rempah

1 sudu kecil jintan manis1 sudu kecil jintan putih2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih ~ yang ni ita letak 1 sudu besar sahaja1 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang5 kuntum cengkih4 biji pelage

Bahan lain

1 ekor ayam ~ potong 4 ( ita potong kecil-kecil)Air secukupnyaMinyak untuk menumisGaram dan gula secukup rasa2 kiub ayam ~ yang ni ita tambah2 sudu besar santan ~ yang ni ita tambah 

Mula-mula kita panaskan minyakKemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harumKemudian masukkan bahan yang di kisar halusMasukkan juga jintan putih dan jintan manis serta lada sulah.Masak hingga garing dan terbit minyakKemudian masukkan air secukupnyaBiarkan air mendidihBila dah didih, masukkan ayam dan kiub ayamBiarkan kuah merenihPerasakan dengan garam dan gula secukup rasaAkhir sekali masukkan sedikit santan jika suka

Page 2: soto ayam.docx

Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.

Keluarkan ayam dan toskanLarikan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasanKemudian boleh lah di siat halus. * ayam ita pula, ita potong kecil, jadi ita tak payah nak siat, ita terus aje goreng.

BEGEDIL AYAM

1 kg kentang250 gm ayam yang telah di rebus dan di siat halus-halus2 biji telur1/2 cawan bawang gorengdaun sup dan daun bawang ~ di cincang halus2 sudu teh lada sulahgaram secukup rasaSedikit minyak untuk meggoreng.

Kentang di kupas, kemudian di hiris nipis bulatGoreng kentang hingga kuning keemasanKemudian di tumbuk atau di lumatkan halusAyam yang kita ambil dari soto tadi, jangan goreng ya.. kita larikan sedikit yang tak goreng punya dan kita siat-siat halus atau kita ramas-ramas hingga halusAnda boleh juga guna daging cincang, jika guna daging cincang, goreng sebentar daging dengan sedikit garam hingga daging empukSatukan kentang lumat dalam bekas.Masukkan ayam atau daging cincang ( ikut pilihan anda), kemudian masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang di cincang, lada sulah dan garam secukup rasaKemudia kacau rata hingga semua sebatiKemudian bulat-bulatkan kecil-kecilBuat sampai habis

Telur, pecahkan dalam bekas, letakkan secubit aje garam dan kocok lepasPanaskan sedikit minyak dalam luali leper. (jangan guna minyak banyak nanti ia serap minyak )Celupkan begedil dalam telur dan kemudian goreng dalam kualiBila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya.

SAMBAL KICAP

15 tangkai cili padi6 ulas bawang putih1/2 cawan kicap manissecubit garam2 biji limau kasturi

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur

Page 3: soto ayam.docx

Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garamKisar halusTuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi

Soto ni di makan bersama

Mee Kuning atau nasi himpit atau mee halus

Taugeh

Bawang goreng

Daun sup dan daun bawang ~ hiris halus

Kacang goreng

Suhun Goreng

Daging ayam yang di goreng dan di siat halus

Cara menghidangnya pulaLetakkan nasi himpit dalam mangkukLetakkan daging ayam, taugeh, suhun dan kacang gorengCurahkan supTaburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawangLetakkan begedil dan juga sambal kicap