Spe Bab2

16
BAB 2 BAB 2 Konsep Manusia Konsep Manusia daripada Perspektif daripada Perspektif Islam dan Barat Islam dan Barat

description

 

Transcript of Spe Bab2

  • 1. BAB 2 Konsep Manusia daripada Perspektif Islam dan Barat

2. PROSES KEJADIAN MANUSIA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

  • Menurut wahyu, asal kejadian manusia ialah tanah. Ini merujuk kepada kisah kejadian Adam a.s yang diciptakan oleh Allah sebagai manusia pertama di dunia. Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di bumi, bertugas mengelola dan memanfaatkan kemakmurannya. Allah berfirman yang bermaksud:
  • Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan ke atasnya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.
  • (Surah al-Baqarah, ayat 31)

3.

  • Justeru di dalam Al-Quran, Allah telah menjelaskan bahawa asal kejadian manusia melalui dua proses. Proses pertama ialah Allah telah menciptakan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s daripada tanah manakala proses yang kedua pula, Allah menciptakan manusia melalui hukum Sunnahtullah. Di dalam Al-Quran telah menyatakan manusia terdiri daripada jasad jasmani dan rohani.
  • UNSUR JASMANI
  • Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa kejadian manusia itu berasal daripada tanah. Firman Allah SWT yang bermaksud:
  • Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan segumpal tulang belulang.Kemudian tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Dan sesudah itu Kami jadikan ia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha sucilah Allah pencipta yang paling baik. "
  • (Al-Mukminun: 12,13 dan 14)

4.

  • UNSUR ROHANI
  • "Dan apabila Aku (Allah) sempurnakan kejadian-Nya serta aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku) maka hendaklah kamu merendahkan diri padanya.
  • (AL-Hijr:29)
  • Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa unsur rohani menjadi sebahagian daripada diri manusia untuk hidup apabila Allah meniupkan roh ke dalam jasad. Walau bagaimanapun segala hal yang berkaitan dengan roh tidak dijelaskan kerana ia adalah rahsia dan urusan Allah. Unsur rohani juga mempunyai keperluandalam memastikan roh dalam keadaan sihat seperti solat, berzikir, membaca al-Quran dan segala bentuk amalan kebaikan dan kebajikan yang membolehkan kita mendekatkan diri kepada Allah. Sebagaimana firman Allah SWT yang bererti:
  • "Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorkannya. "
  • (As-Syams: 8-10)

5.

  • Menurut sebuah hadis dari Ibnu Abbas meriwayatkan tanah yang menciptakan Adam a.s diambil daripada beberapa tempat.
  • Kepala Adam terdiri daripada tanah Baitul Muqaddis kerana terletaknya otak dan akal manusia
  • Telinga daripada bukit Tursina kerana ia adalah alat pendengaran dan tempat untuk menerima nasihat
  • Dahi dari tanah Iraq kerana ia adalah tempat sujud kepada Allah
  • Muka daripada tanah Aden kerana la adalah tempat berhias dan tempat kecantikan manusia
  • Mata daripada tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk melihat dan menarik perhatian
  • Gigi daripada tanah Al-Kaustsar kerana ia adalah tempat memanis
  • Tangan kanannya daripada tanah Kaabah ia adalah tempat untuk mencari rezeki dan mengadakan kerjasama sesama manusia
  • Tangan kiri daripada tanah Paris ia adalah tempat digunakan untuk beristinjak
  • Perut daripada tanah Khurasan ia adalah tempat lapar dan kehausan
  • Kemaluan daripada tanah Babylon di situlah tempat memuaskan nafsu seks dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa dan maksiat
  • Tulang daripada tanah Tursina ia adalah alat peneguh tubuh badan manusia
  • Dua kaki daripada tanah India ia adalah tempat berdiri dan berjalan
  • Hati daripada tanah Syurga Firdaus tempat iman bertakhta, ilmu, keyakinan, kemahuan dan sebagainya
  • Lidah daripada tanah Tha'if tempat mengucapkan syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah SWT.

6.

  • KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT HUKUM SUNNATULLAH
  • Menurut wahyu insan ialah makhluk yang istimewa. Allah menciptakan dalam bentuk yang khusus melalui proses evolusinya sendiri mengikut Hukum Sunnatullah. Firman Allah,
  • Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani).
  • Terdapat beberapa proses peringkat kejadian manusia menurut Al-Quran.Antaranya merupakan proses-proses mengikut Hukum Sunnatullah.
  • Talqaih (permanian)
  • Proses kejadian manusia bermula dengan saripati air mani sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
  • kemudian Dia menciptakan keturunannya dari saripati air mani yang hina (al-Sajdah:ayat 8)
  • Nutfah(proses permanian)
  • Proses persenyawaan bermula setelah berlakunya percampuran air mani.Firman Allah yang bermaksud:
  • Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat .
  • (al-Insan:ayat 2)

7.

  • Nutfah(proses permanian)
  • Proses persenyawaan bermula setelah berlakunya percampuran air mani.Firman Allah yang bermaksud:
  • Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat .
  • (al-Insan:ayat 2)
  • Alaqah(segumpal darah)
  • Peringkat pembentukanalaqahialah pada hujung minggu pertama atau hari ke tujuh. Pada hari yang ke tujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim. Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah yang bermaksud;
  • Kemudian air mani itu Kami jadkan segumpal darah(al-Mukminum:14)
  • Mudghah(seketul daging)
  • Pembentukan mudghah berlaku setelah segumpal darah berkembang menjadi seketul daging Firman Allah yang bermaksud :
  • lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging (al-Mukminun :14).
  • Izam(tulang) danlahm (daging)
  • Seterusnya pembentukan tulang belulang telah berlaku dan dibalut dengan daging. Ini dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud :
  • lalu kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya kami membalutkan izam dengan daging (al-Mukminun :14)
  • Khalqan akhar
  • Kemudian peringkat perkembangan fizikal berlaku yang dikenali sebagai khalqan akhar dan seterusnya janin terus berkembang hingga sempurna penciptaan bentuk rupa manusia.

8. KEDUDUKAN TEORI EVOLUSI DARWIN

  • Teori Evolusi Darwin berasaskan kepada hipotesis sejarah yang menegaskan bahawa manusia dan makhluk lain berkembang melalui rantai perkembangan jenis kejadian daripada bentuk yang bersahaja kepada yang komplikasi dan dari bentuk primitif kepada maju dari segi fizikal dan pemikiran. Evolusi juga adalah salah satu daripada teori yang tercetus daripada fahaman materialisme iaitu aliran yang berpandangan bahawa semua yang tercipta dan wujud bersifat kebendaan. Teori ini turut mendakwa bahawa semua hidupan berasal daripada benda mati melalui kejadian-kejadian kebetulan. Kenyataan tersebutbertentangan dengan pengiktirafan bahawa Allah telah menciptakan alam semesta ini.

9.

  • Selain itu, teori evolusi telah dinafikan oleh penemuan-penemuan sains. Buktinya, rekaan di dalam hidupan adalah sangat kompleks dan hebat seperti di dalam dunia benda-benda mati, kita dapat melihat betapa sensitifnya keseimbangan-keseimbangan yang terdapat pada atom-atom, pencantuman atom-atom, penbentukan mekanisme dan struktur seperti protein, enzim, dan sel yang dihasilkan.Keajaiban rekaan ini telah membatalkan Darwinisme pada penghujung abad ke 20.
  • Penolakan Teori Evolusi Secara Saintifik
  • Teori evolusi adalah doktrin yang berasal daripada Yunani Purba dan telah dimajukan secara komersial pada abad ke-19. Perkembangan paling penting yang menjadikan teori ini tersohor dalam dunia sains adalah buku oleh Charles Darwin bertajukThe Origin of Speciesyang diterbitkan pada 1859. Di dalam buku ini, Darwin menafikan bahawa Allah telah menjadikan spesies-spesies hidupan yang berbeza di bumi ini secara berasingan. Menurut Darwin, semua hidupan mempunyai satu leluhur yang sama dan mereka dibezakan dengan perubahan-perubahan kecil melalui peredaran zaman. Teori Darwin tidak berasaskan kepada penemuan-penemuan sains yang kukuh kerana dia menganggap semua yang wujud dengan satu "andaian". Berikutan itu, Darwin gagal berhadapan dengan persoalan-persoalan kritikal yang cuba ditanggapinya melalui bukunya yang bertajuk"Difficulties of the Theory".

10.

  • Bahagian Ketiga
  • PANDANGAN ISLAM TENTANG MAKHLUK DAN MANUSIA
  • Islam merupakan agama yang universal iaitu merangkumi semua aspek kehidupan termasuk kejadian tentang makhluk dan manusia. Mengikut pandangan Islam Allah yang berkuasa dalam mencipta kejadian makhluk dan manusia seperti yang ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud;
  • Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Ia berkehendak ( untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia
  • (Surah Al-Baqarah: 117 )
  • Setiap kejadian mempunyai fungsi serta peranannya sendiri. Kejadian makhluk dan manusia merupakan bukti tentang keagungan, kekuasaan, kehendak dan kebesaran Tuhan Yang Menciptakannya. Bagi golongan yang mahu berfikir seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang merenung setiap kejadian alam contohnya kejadian matahari dalam mencari hakikat ketuhanan. Kejadian mata yang dikurniakan oleh Allah sebagai alat penglihatan cukup untuk membuktikan kekuasaan Allah, Allah S.W.T telah menyusun mata terdiri dari tujuh lapis.Setiap lapisannya mempunyai sifat dan fungsinya yang khusus. Seandainya satu lapisan sahaja yang hilang, maka mata tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna. Begitulah bukti kebijaksanaan Allah, oleh itu kita sepatutnya rasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan dan menghindari daripada berfikir bahawa sesuatu benda walaupun sebesar zarah yang ada di langit mahupun di bumi terlepas dari mempunyai hikmah Allah di sebalik kejadiannya. Maka wajiblah seluruh makhluk di alam ini sujud serta menyembah Allah.

11.

  • PERANAN MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH
  • Sebagaimana Allah Maha Pencipta telah menjelaskan tentang asal kejadian atau unsur kejadian manusia, demikian juga telah menjelaskan tentang hakikat siapakah dia sebenarnya manusia itu. Demi untuk kebaikan manusia sendiri dengan rahmat dan inayah Allah kepada manusia maka Allah tidak sekali-kali menyerahkan usaha untuk mengenal sendiri yang diketahuinya mempunyai kelemahan-kelemahan dan kekurangan. Siapakah sebenarnya manusia?

12.

  • Manusia adalah hamba, hamba kepada Allah Maha Pencipta, kerana setiap yang dicipta itu pada hakikatnya adalah hamba kepada yang menciptanya. Sebagai hakikatnya hamba maka ia tidak mempunyai apa-apa di atas dirinya atas tenaganya dan juga atas apa yang dhasilkan olehnya. Jika seorang manusia itu menjadi hamba kepada tuannya, seperti yang terkandung dalam undang-undang sivil Islam maka Si hamba itu tidak mempunyai atau memiliki dirinya, tenaganya dan hartanya. Kesemuanya itu adalah menjadi hakmilik kepada tuannya. Menepati dengan hakikat bahawa manusia itu hamba yang mengabdi kepada Allah maka hidupnya itu adalah pengabdian kepada Allah. Dunia ini adalah masjid yang luas sebagai medan pengabdian kepada Allah yang amat luas seluas usia hidup dan seluas-luas usia muka bumi ini Oleh yang demikian manusia mesti tunduk patuh, taat setia mengikut dan menurut perintah Allah dengan sujud dan menyerah diri kepada-Nya. Penyerahan diri kepada-Nya meliputi penyerahan diri kepada Allah dalam Akidah, Akhlak, Ibadah dan Syariah. Firman Allah yang bermaksud:
  • Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar Tauhid (Mengesakan Allah) dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain).
  • (Al-An'am : 79)

13.

  • PERANAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH
  • Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada makhluk yang lain. Bagi memegang status sebagai khalifah Allah, manusia mesti melaksanakan konsep kehambaan dan penyerahan diri kepada Allah.Ini kerana manusia yang berserah diri dan taat kepada perintah-Nya akan memastikan segala aturan alam berada dalam kesejahteraan dan kedamaian. Justeru khalifah Allah dianugerahkan sifat "al-Siyadah atau Ketuanan" untuk menjadi Tuan ke atas segala makhluk dan segala ciptaan di atas muka bumi ini.Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan tugas khalifah tersebut. Sebagai khalifah di bumi, manusia berperanan terhadap tiga hubungan iaitu :
  • HuquqAllah (Hak Allah)
  • Huquq al-AdamiyyinatauAl-Nas(Hak Sesama Manusia)
  • Huquq al-Ibad(Hak Sesama Makhluk)

14.

  • Huquq Allah
  • Dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia berfungsi sebagai hamba dengan mentauhidkan Allah dan bersyukur kepada Allah. Tauhid bererti tunggal atau esa. Maka mentauhidkan Allah bererti mengakui, meyakini dan mengimani keesaan Allah dengan segala sifat-sifat yang sempurna disertai dengan keyakinan yang teguh bahawa tiada sekutu bagi-Nya dan tiada sesuatu yang menyamai-Nya pada kesempurnaan tersebut.
  • Huquq al-Adamiyyin
  • Sesungguhnya agama Islam telah menetapkan satu undang-undang untuk memupuk hubungan yang baik sesama manusia, walaupun berlainan agama. Iaitu melalui perpaduan, kerana perpaduan amat penting dalam kehidupan kita dalam sebuah masyarakat, negara dan seterusnya bagi umat sejagat. Ini kerana hanya dengan cara tersebut sahajalah yang dapat melahirkan umat yang kuat,saling berganding bahu serta pemedulian, maka perdamaian tentu saja akan dapat dicapai dan permusuhan akan dapat dihindarkan. Dengan perpaduan, keindahan persaudaraan dapat kita saksikan dalam sesebuah masyarakat. Perpaduan juga dapat menjamin kehidupan yang harmoni dan aman. Sekaligus mengelakkan berlakunya permusuhan, perpecahan dan tindakan buruk sesama manusia. Dengan perpaduan, manusia akan membuat pembangunan masyarakat yang membawa kemajuan negara. Seterusnya dengan perpaduan yang lebih global di peringkat antarabangsa akan mencetuskan hubungan kenegaraan untuk membina tamadun umat. Kesedaran terhadap pentingnya ikatan yang kukuh di dalam sesebuah masyarakat dapat membantu kita untuk membina sebuah negara yang kuat dan mantap samada dari sudut kerukunan rakyatnya, kestabilan ekonomi, kekebalan pertahanan bersandarkan kepada semangat perpaduan semua.

15.

  • Huquq Al-Ibad (Hak Sesama Makhluk)
  • Manusia merupakan salah satu ciptaan Allah yang diberi amanah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini kerana dikurniakan akal. Akal merupakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia dan ianya tidak dikurniakan kepada makhluk-makhluk lain. Sebenarnya manusia serta makhluk ciptaan Allah yang lain saling bergantungan serta saling memerlukan. Makhluk ciptaan Allah bukan hanya manusia tetapi segala benda yang wujud seperti matahari, bulan, air, tumbuh-tumbuhan, gunung-gunung, tanah, binatang dan lain-lain. Sebagai khalifah manusia wajib mengabdikan diri kepada Allah.. Manifestasi pengabdian kepada Allah diberikan kepada manusia atas dasarkepercayaan bahawa manusia adalah pemegang amanah Allah untuk memakmurkan kehidupan di bumi. Firman Allah yang bermaksud:
  • Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-gunung, maka mereka enggan untuk memikul amanah Allah dan khuatir akan mengkhianatinya, dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia amat zalim dan jahil.
  • (surah al-Ahzaab :72)

16. http://wanbk.page.tl