SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

16
Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Lebuh Pasar Besar, Telefon: 2922066 50604 Kuala Lumpur. Kawat : ‘PELAJARAN’ ______________________________________________________________ _____________ KP(BS)859I/Jld. II/(45) 11hb Mac, 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia. Y.B. Dato'/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah Kelab-kelab Komputer telah mula ditubuhkan di sekolah-sekolah di atas inisiatif sendiri sebagai salah satu daripada Kegiatan Ko-Kurikulum sejak tabun 1981 lagi. Sementara itu, Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan mata pelajaran Pengenalan Kepada Komputer ke dalam Kurikulum formal sekolah mulai tahun ini. 2. Adalah menjadi hasrat Kementepan Pelajaran supaya program formal pendidikan komputer dan kegiatan kelab komputer ini dapat diselaraskan supaya boleh mencapai matlamat rancangan pendidikan komputer di negara ini. 3. Dengan yang demikian, Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah ini diedarkan untuk makluman dan tindakan Y.B. Dato'/tuan. Sila edarkan juga Panduan ini kepada semua sekolah di negeri Y.B. Datuk/tuan.

description

SPI

Transcript of SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

Page 1: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,Lebuh Pasar Besar, Telefon: 292206650604 Kuala Lumpur. Kawat : ‘PELAJARAN’___________________________________________________________________________

KP(BS)859I/Jld. II/(45)

11hb Mac, 1986

Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia.

Y.B. Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1986

Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah

Kelab-kelab Komputer telah mula ditubuhkan di sekolah-sekolah di atas inisiatif sendiri sebagai salah satu daripada Kegiatan Ko-Kurikulum sejak tabun 1981 lagi. Sementara itu, Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan mata pelajaran Pengenalan Kepada Komputer ke dalam Kurikulum formal sekolah mulai tahun ini.

2. Adalah menjadi hasrat Kementepan Pelajaran supaya program formal pendidikan komputer dan kegiatan kelab komputer ini dapat diselaraskan supaya boleh mencapai matlamat rancangan pendidikan komputer di negara ini.

3. Dengan yang demikian, Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah ini diedarkan untuk makluman dan tindakan Y.B. Dato'/tuan.

Sila edarkan juga Panduan ini kepada semua sekolah di negeri Y.B. Datuk/tuan.

Sekian. T erima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Page 2: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

PANDUANPENUBUHANDANPENGURUSANKELAB KOMPUTER SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Pelaksanaan rancangan pendidikan komputer di negara ini adaIah melalui dua strategi secara formal melalui mata pelajaran PnlgenaIan Kepada Komputer dan secara tidak formal melalui kegiatan kelab komputersekolah. Program Pengenalan Kepada Komputer perkenalkan secara percubaan mulai 1986 di 20 buah sekolah menengah di seluruh Negara. Buat permulaannya program ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar di Tingkatan IV dan akan diajar satu waktu seminggu di daIam kelas.

Kegiatan kelab komputer pula telah berjalan sebagai sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum sekolah sejak 1981 lagi. Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran agar kelab komputer akan memainkan peranan sebagai penggenap dan pelengkap kepada kurikulum formal. Kegiatan kelab komputer menyediakan peluang dan kemudahan kepada mereka yang berminat untuk mendalami pengetahuan di dalam bidang komputer.

Sehubungan dengan ini adalah wajar dan perlu panduan penubuhan dan pengurusan kelab komputer sekolah diadakan untuk menyelaraskan kegiatan kelab dengan pelaksanaan program Pengenalan Kepada Komputer.

2. MATLAMAT KELAB KOMPUTER SEKOLAH

2.1 Untuk memberi pengetahuan asas kepada pelajar yang berminat mengenaipenggunaan komputer dan keupayaannya untuk membolehkan mereka

mengendalikan urusan hidup seharian dalam masyarakat yang semakin berorienttasikan komputer.

2.2 Untuk membolehkan pelajar yang lebih cenderung memperolehi kesediaan yang berguna bagi melanjutkan pengetahuan mereka kelak di dalam bidang komputer.

3. OBJEKTIF

Objektif penubuhan kelab komputer sekolah adalah untuk:

3.1 Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan mengenai apa dia komputer, keupayaan komputer dan hadnya.

3.2 Membiasakan pelajar dengan penggunaan kompmter

3.3 Menyediakan peluang dan kemudah mempelajari pengaturcaraan komputer kepada pelajar (dan guru).

3.4 Memberikan pelajar peluang mendalami aspek-aspek penggunaan computer yang diminatinya.

Page 3: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

3.5 Memudahkan pelajar menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan berasaskan komputer.

3.6 Memberikan pelajar kesedaran mengenai penyalahgunaan komputer.

3.7 Menggalakkan perkongsian ide dan maklumat di kalangan pelajar, di antara kelab, dan dengan institusi-institusi dan individu-individu di dalam masyarakat.

3.8 Mendedahkan peIajar kepada peluang-peluang pekerjaan berkaitan dengan komputer.

3.9 Menggalakkan aktiviti-aktiviti rekreasi dan sosialisasi di kalangan ahli berbilang kaum melalui hobi yang sama.

3.10 Membolehkan kemahiran-kemahiran komputer digunakan secara berkesan dalam memberi khidmat kepada pelajar-pelajar lain di sekolah dan masyarakat umumnya.

3.11 Mengurangkan kekeliruan dan kekhuatiran mengenai peranan komputer di dalam masyarakat, dan memupuk sikap yang positif terhadap kegunaannya.

4. DASAR PENVBUHAN KELAB KOMPUTER SEKOLAH

4.1 Usaha Sendiri

Sekolah-sekolah digalakkan menubuh kelab komputer melalui usaha sendiri.

4.2 Penglibatan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar SekoIah/Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru.

Sekolah-sekolah sewajamya melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) dan/atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) di dalam penubuhan kelab komputer sekolah.

4.3 Penglibatan Masyarakat Umum

4.3.1 Penglibatan masyarakat umum, sama ada orang perseorangan, badan-badan kebajikan, persatuan atau kumpulan boleh diizinkan, kerana penubuhan kelab komputer memerlukan perbelanjaan mengurus yang besar dan kepakaran teknikal yang tertentu.

4.3.2 Penglibatan pihak-pihak ini hendaklah:a) mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, dan peraturan-peraturan yang akan dikuatkuasakan dari sema sa ke sema oleh Kementerian Pelajaran.

b) dengan syarat sekolah rnendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar Sekolah-Sekolah (Pengarah Pelajaran Negeri).

c) sewajarnya bertujuan utama meningkatkan tahap 'celik komputer'

Page 4: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

(computer literacy) di kalangan pelajar, khususnya, dan masyarakat, umumnya, dan bukan bertujuan rnembuat penjualan jangka pendek komputer ke sekolah-sekolah atau mengambil kesempatan mengenakan bayaran yang tinggi untuk perkhidmatan mereka.

4.4 Penglibatan pihak swasta

4.4.1 Penglibatan pihak swasta yang bercorak perniagaan hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti dalam Para 4.3.2 di atas.

4.4.2 Sekolah hendaklah mengambil pendirian yang berhati-hati dan teliti terhadap pihak swasta yang bercorak perniagaan yang ingin membantu sekolah dalam menubuhkan kelab computer masing-masing.

4.4.3 Surat-surat perjanjian jual-beli, sewa-beli, sewa dan/atau urusniaga (transaction) lain dalam. apa jua bentukpun hendaklah disemak dengan teliti, khususnya syarat-syarat perjanjian yang berhubung dengan pihak-pihak yang rnemikul tanggungan (liabilities). Jika perlu surat-surat perjanjian ini hendaklah dirujuk kepada peguam.

5. PENGURUSAN KELAB KOMPUTER SEKOLAH

5.1 Organisasi dan Pengurusan Kelab

5.1.1 Penasihat

(a) Penasihat terdiri daripada guru yang mengajar apa jua mata pelajaran. Di samping minat yang rnendalam dan motivasi yang tinggi, adalah amat penting guru penasihat rnempunyai dedikasi dan rasa penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.

Di antara peranan guru penasihat ialah:

i) Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang akan menolong merancang dan mengurus aktiviti kelab.

ii) Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan menghasilkan aktiviti-aktiviti yang:

- menarik dan memelihara minat pelajar yang berbeza-beza kebolehan dalam penggunaan komputer.

- mempunyai keseimbangan dari segi nilai pengetahuan, nilai sosialisasi dan nilai rekreasinya.

iii) Mengatur jadual (schedule) bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli jawatankuasa.

Page 5: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

iv) Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan oleh kelab (dicadangkan sekali seminggu).

v) Mengadakan perhubungan dengan penasihat kelab komputer sekolah-sekolah lain dalam usaha mendalami pengetahuannya dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti kelab.

b) Bilangan guru penasihat bergantung kepada bilangan ahli.

c) Penasihat kelab komputer seelok-eloknya mendapat pendedahan dalam penggunaan komputer dan/atau mengikuti latihan dalam pengurusan kelab komputer sekolah.

Kandungan latihan sekurang-kurangnya meliputi:

- Pengenalan kepada sistem komputer. - Pengaturcaraan BASIC, LOGO (dan lain-lain).- Pemprosesan Perkataan.- Pangkalan Data.- Hamparan.- Sistem 'authoring'.- Sampel perisian pendidikan.- Lawatan ke Kelab komputer sekolah-sekolah lain. - Kaedah 'Pengurusan Kelab Komputer'.

Kandungan kursus ini boleh dianggap asas untuk merancangkan latihan untuk ahli jawatankuasa/ketua kumpulan.

c) Peranan yang dimainkan oleh penasihat barangkali menjadi faktor penentu dalam menjamin perkembangan subur kelab komputer

5.1.2 Jawatankuasa

a) Jawatankuasa hendaklah dianggotai oleh pelajar-pelajar yang bertanggungjawab. Jika perlu ahli jawatankuasa boleh dilantik oleh guru penasihat sendiri dan tidak dipilih oleh ahli-ahli.

b) Jawatankuasa boleh terdiri daripada

PengerusiNaib Pengerusi Setiausaha Bendahari

dan Ahli Jawatankuasa yang bertindak sebagai Ketua Kumpulan

(Bilangan ahli jawatankuasa bergantung kepada bilangan ahli).

Page 6: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

c) Ahli jawatankuasa perlu diberi latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka memainkan peranan penyeliaan membantu guru dalam kerja-kerja amali.

d) Pengiktirafan tanggungjawab dan peranan ahli jawatankuasa hendaklah diberi sebagai insentif kepada mereka.

5.1.3 Keahlian

a) Keahlian terbuka kepada semua pelajar dengan mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga.

b) Keahlian hendaklah tidak tertumpu kepada pelajar-pelajar yang berada sahaja. Usaha-usaha untuk membolehkan pelajar-pelajar yang kurang mampu tetapi berminat dan berkebolehan hendaklah juga diikhtiarkan.

c) Bilangan ahli hendaklah suatu bilangan yang dapat memastikan penjadualan yang licin, penyelarasan yang baik dan interaksi yang optimum.

d) Untuk sesi ‘hands-on’ tidak lebih daripada 2 orang pelajar diperuntukkan kepada sebuah computer.

e) Keahlian dikira gugur apabila seseorang ahli meninggalkan sekolah.

5.1.4 Waktu Belajar

a) Jumlah waktu belajar Komputer elok dihadkan kepada tidak lebih daripada 2 jam seminggu bagi seseorang pelajar.

b) Waktu belajar komputer hendaklah di luar jadual waktu rasmi sekolah.

5.1.5 Bayaran

a) Yuran yang dikenakan kepada seseorang ahli hendaklah tidak meIebihi $10.00 sebulan.

b) AhIi tidak boleh dikenakan sebarang bayaran lain.

c) Semua kutipan wang oleh kelab komputer hendaklah direkod oleh kelab dan disimpan di dalam akaun wang SUWA sekolah, memandangkan jumlah wang yang terlibat adalah banyak.

Page 7: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

5.1.6 Latihana) Latihan untuk pelajar/ahli boleh dikendalikan oleh guru penasihat,

guru pembantu, pelajar-pelajar yang telah mahir ataupun pengajar sambilan.

b) Sekiranya pihak luar dilibatkan untuk memberi latihan, maka pelajar tidak holeh dikenakan sebarang bayaran tambahan kepada yuran yang dibayarnya.

Catatan

Pihak sekolah perlu mendapat kebenaran daripada Pendaftar Sekolah-Sekolah (Pengarah Pelajaran Negeri), jika melibatkan pengajar dari luar.

c) Latihan boleh dibuka kepada guru-guru di sekolah berkenaan dengan syarat mereka juga membayar yuran yang ditetapkan.

5.1.7 Penggunaan Kemudahan Kelab Komputer

Kemudahan kelab komputer boleh digunakan oleh ahli-ahli jawatankuasa kelab, guru-guru dan kakitangan pejabat sekolah untuk kerja-kerja pentadbiran kelab/sekolah dan pengajaran/pembelajaran mata-mata pelajaran, dengan syarat kerja-kerja ini dilakukan di luar waktu kelab mengadakan aktiviti-aktivitinya.

5.2 Aktiviti kelab komputer

Di antara aktiviti yang dicadangkan ialah:

5.2.1 Aktiviti berterusan

a) Sesi ‘Pendedahan kepada Komputer' (Computer awarenes.)

b) Pengajaran pengaturcaraan: BASIC, LOGO, PASCAL dan

c) perisian pendidikan dan perisian aplikasi.

d) Penggunaan sistem 'authoring'.

e) Surat berita (newsletter)/buletin.

f) Perjumpaan/mesyuarat kelab.

g) Pelajar dikehendaki mengisi butir-butir dalam buku log penggunaan makmal untuk membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal.

Sementara itu beberapa peraturau lain, seperti mewajibkan pelajar mengenakan 'tag’ pengenalan diri, atau pakaian seragam sekolah dan/atau lencana, dan seumpamanya semasa berada di dalam makmal, adalah terserah kepada budibicara sekolah/guru penasihat kelab (jika

Page 8: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

difikirkan perIu).

5.3.4 Makmal komputer sebaik-baiknya berhawa dingin, bukan untuk keselesaaan pengguna tetapi untuk kesempumaan peralatan komputer. Hawa dingin tidak perlu jika makmal komputer terIindung daripada cahaya matahari (direct sunlight). Di dalam hal ini, kipas kotak (box fan) lebih sesuai daripada kipas biasa.

5.3.5 Makmal komputer harus menggunakan meja-meja khas, bukan meja-meja kelas yang biasa kerana meja-meja begini tidak rata.

5.3.6 Unit pengimbang kuasa. (power stabilizer units) adalah dinasihatkan dipasang, terutamanya di kawasan-kawasan yang sering berlaku gangguan elektiik.

5.3.7 Makmal Komputer sebaik-baiknya diletakkan di tingkat satu atau lebih tmggi, dan/atau sekurang-kurangnya pintu dan jendela dipasangkan 'grill' bagi mengelakkan kecurian.

5.3.8 Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading) mesti dielatkan.

5.3.9 Segala ubahsuain dan pendawaian di dalam makmal/bilik komputer hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pembangunan Jabatan Pelajaran Negeri.

5.3.10 Kelab hendaklah menyimpan ‘inventory’ semua perkakasan dan perisian. Butir-butir ini direkodkan di dalam buku stok khas.

5.3.11 Semua perkakasan komputer sebaik-baiknya hendakIah diinsurankan.

5.3.12 MakmaI komputer hendaklah bersih daripada habuk dan pasir. Di antara Iangkah yang boleh diambil ialah:

a) Lokasi makmal hendaklah seberapa jauh yang mungkin daripada jalanraya.

b) Papan tulis putih (white board) lebih sesuai digunakan daripada papan hitam/hijau yang biasa

c) Mungkin tidak keterlaluan sekiranya semua pengguna makmal diIarang daripada berkasut di dalam makmal.

5.4 Perkhidmatan Sokongan

Perkhidmatan sokongan yang baik sepatutnya diberi pertimbangan semasa memilih model computer.

Page 9: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

6. PERKAKASAN

6.1 Sistem permulaan terdiri daripada unit pemprosesan pusat (CPU), satu pemacu cakera, monitor dan papan kekunci yang sebaik-baiknya unit-unit berasingah, atau boleh diasingkan (detachable).

6.2 Mikrokomputer untuk tujuan pendidikan seelok-eloknya mempunyai ciriciri berikut:

a) Kuasa sekurang-kurangnya 8 bit.

b) Muatan (RAM) sekurang-kurangnya 64 kilobyte.

c) Mempunyai perisian 'first party', sama ada DOS atau perisian aplikasi dan boleh menjalankan perisian 'third party'.

d) Boleh menjalankan banyak perisian 'public domain' yang sesuai untuk pendidikan.

e) Mempunyai sistem 'authoring'.

f) Talian elektrik hendaklah seberapa sedikit yang mungkin dan terlindung supaya tidak membahayakan keselamatan pelajar.

6.3 Sebuah pencetak (printer) boleh dikongsi bagi 5 - 10 set mikrokomputer

7. PERISIAN

7.1 Perisian-perisian hendaklah yang berguna dalam bidang pengurusan dan pengajaran/pembelajaran di sekolah.

7.2 Untuk tujuan perlindungan daripada Akta Hak Cipta, semua perisian hendaklah diperolehi daripada pengedar berlesen.

8. PUSAT KOMPUTER DAERAH/NEGERI

8.1 Pusat Komputer Daerah dan/atau Negeri boleh ditubuhkan untuk memenuhi keperluan beberapa buah sekolah yang berdekatan, dalam usaha mengurangkan kos mengadakan kemudahan makmal komputer. Projek ini memungkinkan penggunaan maksimum kemudahan yang ada dengan mengambilkira sumber-sumber yang terhad.

8.2 Pusat Komputer Daerah/Negeri boleh mempelbagaikan fungsi di antara lain dengan bertindak sebagai:

a) Pusat kegiatan komputer bagi pelajar-pelajar

b) Urusetia, terutamanya untuk mengedar surat berita, jumal komputer dan perisian yang telah dimajukan oleh pihak-pihak tertentu.

Page 10: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

c) Biro nasihat/bimbingan/syor-syor mengenai pengurusan kelab komputer sekolah

d) Pusat menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan perkembangan (R & D works) dalam bidang perkembangan perisian komputer.

e) Pusat latihan guru kelab komputer sekolah bagi daerah/negeri.

f) Pusat pameran perkakasan, perisian dan bahan bacaan komputer.

Page 11: SPI 5 1986 Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer S

RUJUKAN YANG BERKAITAN

1. School GenecaI Regulations, 1951.

2. The School (Societies) Regulations, 1956.

3. The.School (Tours) Regulations, 1957.

4. KP.8609/1/(72) Surat siaran “Ceramah/Syarahan/Pertandingan Kuiz untuk murid-murid di Sekolah Menengah dan penuntut-penuntut di Maktab Perguruan dari Orga-nisasi dan Individu lain”, bertarikh 6 Mac 1975.

5. KP(BS)8591/Jld. 11/(7) Surat Pekeliling Ikhtisas BiI. 7/1983 “Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Muhibbah Sekolah", bertarikh 11 April 1983.

6. KP(BS)8591/Jld. II/(21) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1984 “Peraturan Mengenai Masuk ke Kawasan Sekolah Untuk Membuat Tinjauan/Pemerhatian/Siasatan/Temu-duga Dengan Guru-Guru dan Murid-Murid di Sekolah serta Maklumat-Maklumat Sekolah oleh Organisasi dan Individu luar”, bertarikh 6 April 1984.

7. KP(BS)8591/Jld.II/(43) Surat Pekeliling.Ikhtisas BiI. 3/1986 “Penyelarasan Pelakana-an Kurikulum PengenaIan Kepada Komputer dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah”, bertarikh 7 Mac 1986

DAFTAR KATA

Sistem ‘authoring’

Perisian ‘first party’

Perisian ‘third party’

Perisian ‘public domain’

Perisian yang membolehkan pengguna menyediakan pelajaran (lesson) dengan komputer tanpa pengetahuan/pengalaman pengaturcaraan.

Perisian khusus yang dihasilkan oleh pengusaha sesuatu model perkakasan yang berkenaan, dan dilindungi oleh hakcipta.

Perisian yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat perisian (software houses) yang bukan pengusaha perkakasan berkenaan,dan dilindungi oleh hakcipta.

Perisian yang ditulis oleh orang-orang awam, perseorangan atau kumpulan, tanpa hakcipta dan dengan itu orang ramai bebas membuat salinan.