SPI BIL 1_2008

download SPI BIL 1_2008

of 4

Transcript of SPI BIL 1_2008

  • 8/3/2019 SPI BIL 1_2008

    1/4

    PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAOffice of Director-General of Education Malaysia

    ARAS 8, BLOK E8

    Level 8, Block E8

    KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

    Government Complex Parcel E,

    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUANFederal Government Administrative Centre

    62604 PUTRAJAYA

    Tel:03-8884 6077

    Fax:03-8889 4548

    Laman web:http: www.moe.gov.my.

    KP(BS-DSR)8787/002/1/JId.3 ( 3 ) 7Januari 2008

    Semua Pengarah Pelajaran Negeri

    Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan,

    SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 /2008:PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA ARAB DAN KELAB JAWI DAN KHAT DISEKOLAH RENDAH YANG MELAKSANAKAN PROGRAM j-QAF

    Latar Belakang

    Mata pelajaran Bahasa Arab dan Model Pemulihan Jawi telah diajar di sekolah rendahKementerian Pelajaran Malaysia yang telah melaksanakan Program j-QAF mulai pada tahun2005. Untuk mengukuhkan pengetahuan mereka mengenai tajuk-tajuk yang dipelajari bagikedua pelajaran tersebut, adalah wajar pihak sekolah menjalankan pelbagai aktivitikokurikulum di luar bilik darjah.

    2. Menyedari keperluan ini, Persatuan Bahasa Arab dan Kelab Jawi dan Khathendaklah ditubuhkan di semua sekolah rendah yang melaksanakan Program j-QAF sebagaisalah sebuah persatuan dan kelab di bawah persatuan Akademik. Kewujudan PBA dan KJK

    dapat menyemai minat dan mempertingkatkan kualiti pencapaian murid dalam kedua-dua matapelajaran tersebut.

    Rasional

    Penubuhan Persatuan Bahasa Arab di peringkat sekolah rendah adalah lanjutan daripada

    penubuhan Persatuan Bahasa Arab sekolah menengah. Penubuhannya akan membantu muridmempertingkatkan penguasaan bahasa Arab dan sebagai asas memantapkan komunikasimereka dalam Bahasa Arab.

    3.

    4. Penubuhan Kelab Jawi dan Khat pula berdasarkan pengumuman YB MenteriPelajaran semasa majlis pelancaran Karnival Jawi dan Khat peringkat kebangsaan pada 28September 2007 yang lalu sebagai langkah mengekalkan warisan budaya bangsa.

  • 8/3/2019 SPI BIL 1_2008

    2/4

    Matlamat

    5.berilmu dan berketrampilan dalam usaha membentuk modal insan minda kelaspertama dan mencapai misi nasional.

    Melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia,

    Objektif

    6. Objektif penubuhan Persatuan Bahasa Arab Dan Kelab Jawi Dan Khat diSekolah Rendah yang melaksanakan Program J-Qaf ialah

    6.1 Membantu murid dalam penguasaan bacaan dan tulisan jawi sertadapat melatih mereka berkomunikasi dalam Bahasa Arab melaluipelbagai aktiviti yang dijalankan dalam persatuan.

    6.2 Menyemai minat murid untuk mencintai tulisan jawi sebagai warisanbangsa dan mencungkil bakat dan daya kreativiti murid dalamtulisan, pemikiran dan pembacaan yang berkaitan dengan jawi.

    6.3 Membentuk dan melahirkan murid-murid yang inovatif dan kritismelalui aktiviti dan pertandingan yang dijalankan oleh persatuandan kelab.

    6.4 Mewujudkan ruang dan peluang kepada murid-murid

    mengembangkan minat dan potensi diri melalui penyertaan dalamberbagai aktiviti yang dijalankan dalam persatuan dan kelab.

    Keahlian

    7. Terbuka kepada semua murid Tahap Dua iait u Tahun 4, Tahun 5 danTahun 6 di semua sekolah yang melaksanakan Program j-QAF.

    Cadangan Aktiviti

    8.kemudahan dan persekitaran serta kemampuan murid bagi Persatuan BahasaArab dan Kelab Jawi dan Khat.

    Pihak sekolah boleh melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan

    Persatuan Bahasa Arab

    Berikut dicadangkan beberapa aktiviti Persatuan Bahasa Arab yang bolehdijadikan contoh:

    a) Majlis ihtifal Bahasa Arab peringkat sekolahb) Kuiz Bahasa Arabc) Perbual an Bahasa Arabd) Minggu Bahasa Arab

  • 8/3/2019 SPI BIL 1_2008

    3/4

    e) Pertandingan Buku Skrap Bahasa Arab

    f ) Pertandingan membaca syair Arabg) Lawatan sambil belajar.

    h) Pertandingan Musamarah (Choral Speaking).i) Dikir Bahasa Arab

    Kelab Jawi dan Khat

    Berikut dicadangkan beberapa aktiviti Kelab Jawi dan Khat yang bolehdijadikan contoh:

    a) Kursus menulis Khatb) Pertandingan membaca jawi

    c) Pertandingan menjawi dan merumikan petikand) Lawatan Sambil Belajare) Sudut Minda Jawi

    f) Membina Kolaj Jawig) Kem mesra jawih) Menyediakan Folio Jawi

    8.kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawabdi Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah, Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan.

    Kerjasama Y. Bhg. Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan

    Sekian, terima kasih.

    s.k.1. Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Husein

    Menteri Pelajaran Malaysia

    2. Y.B. Dato' Hon Choon KimTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia

    3. Y.B. Dato' Hj. Noh bin OmarTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia

  • 8/3/2019 SPI BIL 1_2008

    4/4

    4. Y. B. D at in P a du ka K om al a De vi Setiausaha Parlimen,Kementerian Pelajaran Malaysia

    5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia

    6 . Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian PelajaranMalaysia

    7 . Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Kementerian Pelajaran Malaysia

    8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia

    9 . Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian PelajaranMalaysia.

    1 0 . Penasihat Undang-Undang Kementerian PelajaranMalaysia

    11. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran

    Malaysia