Spm Eko Minggu 17

5
SPM EKONOMI – MINGGU 17 IMBANGAN PEMBAYARAN TIPS : Akaun Dagangan. Digunakan untuk merekod urus niaga berkaitan eksport dan import barang-barang nampak. Akaun Perkhidmatan. Merekod urus niaga berkaitan eksport dan import perkhidmatan bagi tempoh satu tahun. Akaun Pendapatan. Merupakan bayaran dividen oleh sesebuah negara kepada pelabur asing. KESILAPAN LAZIM 1. Jumlah eksport Malaysia: RM84,400 juta. Jumlah import Malaysia: RM82,200 juta. Imbangan dagangan Malaysia di atas adalah A. negatif B. positif C. kurangan D. seimbang Jawapan pelajar : C Jawapan betul : B Penerangan - Imbangan dagangan: Jumlah eksport – jumlah import

description

spm eko

Transcript of Spm Eko Minggu 17

Page 1: Spm Eko Minggu 17

SPM EKONOMI – MINGGU 17IMBANGAN PEMBAYARAN

TIPS : Akaun Dagangan.

Digunakan untuk merekod urus niaga berkaitan eksport dan import barang-barang

nampak.

Akaun Perkhidmatan.

Merekod urus niaga berkaitan eksport dan import perkhidmatan bagi tempoh satu

tahun.

Akaun Pendapatan.

Merupakan bayaran dividen oleh sesebuah negara kepada pelabur asing.

KESILAPAN LAZIM

1. Jumlah eksport Malaysia: RM84,400 juta.Jumlah import Malaysia: RM82,200 juta.

Imbangan dagangan Malaysia di atas adalahA. negatifB. positif C. kuranganD. seimbang

Jawapan pelajar : C Jawapan betul : B

Penerangan - Imbangan dagangan: Jumlah eksport – jumlah import RM84,400 juta – RM82,200 juta RM16,6600 (positif)

Page 2: Spm Eko Minggu 17

MCQ - SPM EKONOMI MINGGU 17 1.

Jumlah eksport Malaysia: RM84,400 juta.Jumlah import Malaysia: RM82,200 juta.

Imbangan dagangan Malaysia di atas adalahA. negatifB. positif C. kuranganD. seimbang

2. Antara sekatan berikut, yang manakah mendatangkan hasil kepada kerajaan?A. EmbargoB. KuotaC. TarifD. Subsidi

3. Seorang pelancong Singapura datang ke Malaysia dengan menaiki kapal terbangPenerbangan Malaysia (MAS). Bayaran tambang ini akan direkodkan dalamA. akaun dagangan nampakB. akaun modalC. akaun perkhidmatanD. akaun pindahan

4. Perbezaan antara nilai eksport dan import semua barangan dalam akaun dagangan nampak dikenali A. imbangan perkhidmatanB. imbangan akaun semasaC. imbangan daganganD. imbangan bayaran pindahan

5. Sekatan bukan ekonomi merupakan A. larangan mengimport barang-barang dari sesebuah negaraB. sekatan dalam bentuk peratusan nilai barang import C. sekatan dalam bentuk kuantiti barang yang diimport D. syarat yang dikenakan sebelum sesuatu barang boleh diimport

6. Firma Malaysia melaburkan modal di Jepun

Pengaliran modal ini dicatatkan dan direkodkan dalam A. debit akaun modalB. kredit akaun modalC. akaun pergerakan kewanganD. kredit akaun dagangan

Page 3: Spm Eko Minggu 17

7. Bantuan dan derma kepada mangsa banjir

Bentuk bayaran pindahan di atas akan direkodkan ke dalamA. akaun pendapatanB. akaun pindahan semasaC. akaun perkhidmatanD. akaun modal

8. Malaysia mengeksport kayu balak ke Amerika Syarikat

Malaysia akan menerima bayaran dari Amerika Syarikat dan dikreditkan ke dalamA. akaun dagangan B. akaun modalC. akaun pindahan semasaD. akaun perkhidmatan

9. Bayaran dividen oleh sesebuah negara kepada pelabur asing

Akaun ini akan dikreditkan ke dalamA. akaun perkhidmatanB. akaun daganganC. akaun pendapatanD. akaun pindahan semasa

10. Jumlah penerimaan kewangan antarabangsa kurang

daripada jumlah pembayaran ke luar negara.

Imbangan pembayaran di atas disebutA. imbangan pembayaran lebihanB. imbangan pembayaran kuranganC. imbangan pembayaran seimbangD. imbangan pembayaran semasa

Page 4: Spm Eko Minggu 17

SOALAN SUBJEKTIF - SPM EKONOMI MINGGU 17

1. Nyatakan dua kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa.

Jawapan:

a) Memperbaiki imbangan pembayaran. mengurangkan jumlah import barang. mengurangkan jumlah pembayaran kewangan.

b) Melindungi industri muda.

daripada bersaing dengan barang import yang kosnya lebih rendah dan dijual dengan harga lebih murah.

industri tempatan dapat meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran.

2. Apakah kesan buruk terhadap pengguna jika sekatan Perdagangan Antarabangsa dikenakan? Jawapan:

Merugikan pengguna untuk menikmati barang keperluan kehendak pada harga yang berpatutan.

Merugikan pengguna dari segi perbelanjaan. Pengguna menghadapi masalah pilihan yang terhad terhadap barangan import. Merugikan pengguna untuk mendapatkan barangan yang lebih berkualiti pada

harga yang berpatutan.