SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000...

23
Tumpu pendidikan anak OKU SPR JANGAN Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 24 - 31 Mac 2017, 25 Jamadilakhir - 3 Rejab 1438 BERITA PENUH MUKA � 7 Impian jadi realiti BERITA PENUH MUKA � JANGAN GADAI INTEGRITI Kejayaan tidak boleh berlaku jika eksekutif atau pentadbir bergelumang dengan rasuah. Mahu berjaya hari ini, esok dan akan datang, kita mesti pertahankan integriti dan amalan urus tadbir baik DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI Dato’ Menteri Besar DOLAK DALIK 5 Raja Muda Selangor terima anugerah 14

Transcript of SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000...

Page 1: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

Tumpu pendidikan anak OKU

SPR JANGAN

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 24 - 31 Mac 2017, 25 Jamadilakhir - 3 Rejab 1438

BERITA PENUH MUKA �

7

Impian jadi realiti

BERITA PENUH MUKA �

JANGANGADAI

INTEGRITI

Kejayaan tidak boleh berlaku jika eksekutif atau pentadbir

bergelumang denganrasuah. Mahu berjaya

hari ini, esok dan akandatang, kita mesti

pertahankan integritidan amalan

urus tadbir baik

DATO’ SERIMOHAMED AZMIN ALI

Dato’ Menteri Besar

DOLAK DALIK

5

Raja Muda Selangor terima anugerah

14

Page 2: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

Utama2 SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

136,272 pengundi tanpa alamat

Apa penjelasan SPR Selangor?OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Pengerusi Suru-hanjaya Pilihan Raya (SPR) Sela-ngor, Datuk Seri Hashim Abdul-lah dituntut memberi penjelasan berhubung isu 136,272 pengundi tanpa alamat dibangkitkan Kera-jaan Negeri.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, tin-dakan suruhanjaya itu menggu-nakan maklumat pengundi tidak lengkap dalam melaksanakan cadangan persempadanan semu-la menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat.

Katanya, ia secara jelas meng-

gambarkan sikap sambil lewa SPR dan pengerusinya dalam melak-sanakan cadangan berkenaan.

“Apakah SPR sudah melak-sanakan proses pembersihan dalam senarai pemilih sebelum melakukan syor persempadanan kawasan pilihan raya.

“Apakah langkah SPR seterus-nya dengan senarai 136,272 pen-gundi tanpa alamat ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permoho-nan Kerajaan Negeri untuk men-yoal balas Hashim.

Rodziah berkata, tindakan suruhanjaya di bawah Jabatan

Perdana Menteri itu dilihat bagi memenuhi agenda tersembunyi pihak tertentu dan bukannya me-lindungi kepentingan rakyat.

Katanya, kegagalan Hashim tampil dengan penjelasan mu-nasabah berhubung persoalan ditimbulkan juga hanya mengikis keyakinan rakyat terhadap SPR.

“Rakyat sedang menilai setiap tindakan dilakukan Hashim. Saya bimbang keadaan tidak diurus-kan dengan baik ini menyebab-kan rakyat bosan terhadap sistem pilihan raya Malaysia dan memilih untuk mengabaikan tanggung-jawab mereka sebagai pengundi,” katanya.

Siapa pegawai penasihat persempadanan semula?

Rancang masa depan ATM

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan digesa meng-umumkan dua nama pegawai yang dipilih Yang di-Pertuan Agong bagi membuat syor persempadanan bahagian pilih- an raya kepada Suruhanjaya Pil-ihan Raya (SPR).

Ketua Pembangkang, Da-tuk Seri Dr Wan Azizah Wan Is-mail berkata, pegawai dilantik berdasarkan Fasal 115 (2) Per-lembagaan Persekutuan perlu mempunyai pengetahuan luas berkenaan topografi dan ta-buran penduduk bagi memberi nasihat dalam unit kajian semu-la pilihan raya persekutuan.

“Ini penting kerana nasihat dua pakar itu adalah asas ke-pada keperluan proses persem-padanan semula.

“Integriti kerajaan dan SPR perlu telus terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ” katanya.

Bercakap dalam sidang me-dia di lobi Parlimen, Wan Azizah turut menggesa proses per-sempadanan semula itu dihen-tikan sehingga perkara terbabit dijelaskan kepada rakyat.

“Memandangkan ini tun-tutan Perlembagaan, ia perlu dijelaskan secara tuntas," kat-anya.

Wan Azizah berkata, selaku Ketua Pembangkang yang di-berikan kepercayaan, beliau tidak teragak-agak membawa perkara itu kepada perhatian Yang di-Pertuan Agong jika SPR tidak menjelaskan pakar terbabit.

Henti beri alasanSHAH ALAM - BERSIH 2.0 mendakwa ala-san Malaysia masih belum bersedia melak-sanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik kerana bimbang dipersalahkan jika timbul masalah membuktikan ketidakceka-pan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 dalam kenyataan berkata, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sepatutnya menjelas-kan kesukaran proses pendaftaran pengundi automatik dan bukan bersembunyi di se-balik jawapan kabur jika serius ingin melak-sanakannya.

“Pendaftaran pengundi automatik ber-makna rakyat Malaysia secara automatik di-daftarkan sebagai pengundi apabila mereka mencapai umur 21, sekali gus mempercepat-kan proses pendaftaran.

“Pendaftaran pengundi dihubungkan se-cara elektronik kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan menghapuskan kekurangan alamat, salinan penyertaan dan mengeluarkan orang yang meninggal dunia serta meragukan daripada daftar pemilih.

"Pendaftaran pengundi automatik adalah proses pembersihan membetulkan daftar pe-milih,” katanya.

Menurut kenyataan itu, masalah pendaf-taran pengundi tidak sepatutnya timbul ter-hadap empat juta rakyat Malaysia yang layak jika sistem sedia ada dirasakan cukup cekap.

Sebaliknya, NGO seperti BERSIH 2.0 dan parti politik terpaksa membuka gerai pendaftaran pengundi kepada orang awam mendaftar sebagai pengundi bagi mengisi kekurangan itu.

KUALA LUMPUR - Yang di-Per-tuan Agong Sultan Muham-mad V mengingatkan pegawai muda Angkatan Tentera Ma-laysia (ATM) supaya proaktif dalam membantu merancang masa depan angkatan tentera, sesuai dengan perkembangan semasa.

Seri Paduka bertitah, ini ke-rana ancaman bentuk baharu mula dirasakan ketika proses globalisasi pada masa kini.

“Sebagai seorang pegawai tentera yang berijazah, beta berharap saudara saudari seka-lian akan lebih berkemampuan menghadapi cabaran kerjaya masa depan dengan penuh yakin serta semangat jati diri yang tinggi.

“Usaha meningkatkan pe-ngetahuan dan ilmu ketente-raan harus diteruskan untuk membolehkan saudara saudari sensitif dengan perkembangan teknologi pertahanan semasa,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah demiki-an ketika menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentau-liahan Diraja dan Pengurnia- an Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan Angkatan Tentera Malaysia 2017 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, lapor BERNAMA.

Sultan Muhammad V tu-rut mengingatkan pegawai muda ATM untuk menjaga ni-lai peribadi dan akhlak supaya tidak terjebak dengan gejala tidak sihat.

“Maruah dan imej ATM bo-leh terjejas akibat tindakan segelintir pegawai yang tidak bermoral dan tidak amanah,” titah baginda.

Baginda bertitah, setelah dibekalkan dengan asas profe-sion ketenteraan, sewajarnya pegawai muda ATM bersedia meneruskan tradisi angkatan tentera yang sanggup berkor-ban mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan negara.

“Profesion ketenteraan adalah kerjaya unik. Kerjaya ini menekankan dua elemen penting iaitu kemahiran ke-tenteraan juga kepakaran profesional dalam pelbagai bidang seperti kejurute-raan, sains dan pengurusan strategik.

“Gabungan kedua-dua ele-men ini akan memberi kesan kepada usaha meningkatkan keupayaan pertahanan ne-gara. Beta yakin dengan ilmu yang ada, saudara saudari akan dapat menyumbang ke arah pembentukan angkatan tentera kredibel dan disegani,” titah baginda.

Pada istiadat itu, Sultan Mu-hammad V menyampaikan watikah pentauliahan kepada 339 Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan yang tamat latihan ketenteraan bagi tempoh empat hingga lima tahun, sepanjang penga-jian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Integriti kerajaan dan SPR perlu telus terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) WAN AZIZAHKetua Pembangkang

Page 3: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

Utama3SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Penjawat awam diingatkan supaya memperta-hankan integriti dan ketelusan bagi terus mengungguli penca-paian ekonomi cemerlang dalam negara.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun berdepan cabaran ge-tir ketika ini, Selangor perlu me-mastikan ekonomi negeri terus berkembang maju dan pesat.

Katanya, ekonomi asas bukan hanya membabitkan aspek per-tumbuhan, perdagangan dan pelaburan tetapi merangkumi in-tegriti, pengurusan, ketelusan ser-ta institusi berwibawa.

“Kita mungkin negeri maju dan kaya tetapi rakyat akan menderita serta tidak dapat bertahan jika kerajaan mengamalkan rasuah.

“Ini peringatan penting untuk kita semua,” katanya ketika meras-mikan Majlis Perhimpunan Bula-nan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, pada 20 Mac lalu.

Mohamed Azmin berkata, pen-capaian hebat Kerajaan Negeri ke-tika ini perlu dipertahankan dan angka yang dibentangkan boleh menjadi aspirasi untuk lebih ber-daya saing bagi mengangkat mar-tabat rakyat ke peringkat lebih tinggi.

“Saya yakin kecemerlangan Se-langor boleh terus dipetahankan penjawat awam.

“Kejayaan tidak boleh ber-laku jika eksekutif atau pentad-bir bergelumang dengan rasuah. Mahu berjaya hari ini, esok dan akan datang, kita mesti perta-hankan integriti dan amalan urus tadbir baik,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, laporan dari Insititusi Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MEIR) mengesahkan Selangor menjadi negeri terpenting ke-pada Malaysia mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Prestasi ekonomi Malaysia dibantu Selangor dengan men-dominasi sektor pembuatan dan pembinaan di negara ini.

Ungguli pencapaian ekonomi

Pertahan integriti, ketelusan

SUBANG JAYA - Sime Darby Pro-perty Berhad melancarkan projek Rumah Selangorku kedua di Se-langor yang dinamakan Pangsa-puri Harmoni di Putra Heights, di sini, pada 21 Mac lalu.

Pembangunan empat blok ke-diaman dilengkapi 1,700 unit di lokasi strategik itu menawarkan dua jenis rumah iaitu C1 berke-luasan 800 kaki persegi dan D dengan keluasan 1,000 kaki per-segi.

Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Majlis perasmian disempur-nakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sambil

Lagi projek Rumah Selangorku dilancardiiringi Exco Perumahan, Pengu-rusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Sa-mad; Pengarah Eksekutif Lem-baga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim dan Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad, Dato’ Jauhari Hamidi.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby, Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah.

Pangsapuri Harmoni 1 turut dilengkapi tempat letak kereta lima setengah tingkat, dua pon-dok pengawal, dewan orang ra-mai dan kawasan hijau bagi ak-tiviti kemasyarakatan.

Sementara itu, Mohamed Az-min dalam ucapannya berkata,

Kerajaan Negeri akan terus me-nyatakan sokongan kepada Sime Darby Property yang memiliki reputasi cemerlang dalam mem-bangunkan projek hartanah di Malaysia.

“Kerajaan Negeri akan men-dukung dan menyokong Sime Darby Property dalam usaha membina lebih banyak rumah mampu milik kerana produk me-reka berkualiti dan terjamin un-tuk masa depan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan keputusan Sime Darby Pro- perty untuk melabur di Sela-ngor adalah keputusan tepat dan strategik kerana status Selangor sebagai negeri termaju serta pe-nyumbang terbesar kepada Kelu-aran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

BATANG KALI - Kejayaan menye-diakan 22,494 unit Rumah Se-langorku melepasi sasaran awal 15,000 unit mendorong Kera-jaan Negeri untuk kekal optimis menyediakan 30,000 unit rumah mampu milik menjelang 2018.

Exco Perumahan, Penguru-san Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Sa-mad berkata, jumlah itu mampu dicapai berpandukan tuntutan menyediakan projek perumahan mampu milik di negeri ini.

“Sasaran (terkini) kita adalah 30,000 unit untuk dilancarkan, pada 2018 dan Kerajaan Neg-eri tiada masalah menyediakan keperluan unit itu.

“Namun, masalah timbul apa-bila pembeli gagal mendapat pembiayaan bank tetapi kita menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-

Sel) yang membolehkan pembeli menyewa rumah terlebih dahulu dan bayaran sewa itu ditolak un-tuk milikan selanjutnya,” katanya.

Bagaimanapun. Iskandar ber-kata, kemampuan Kerajaan Ne-geri kini terhad ekoran kegagalan Putrajaya memastikan Bank Ne- gara melonggarkan syarat pem-belian rumah.

Beliau berkata, polisi Bank Negara menetapkan syarat pem-belian terlalu tinggi, sekali gus menyukarkan pembeli mendapat pinjaman dari bank tempatan.

“Dalam keadaan sekarang, ti-dak guna sediakan unit rumah banyak jika mereka gagal mendapat pinjaman bank.

“Ini bermakna, Bank Negara perlu melihat kembali polisi un-tuk membantu dan memudah-kan rakyat mendapatkan pinjam-an,” katanya.

Optimis sedia ��,��� kediaman mampu milik

Page 4: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

Utama4 SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

Reformasi Mahkamah Syariah Selangor

Tingkat martabat Islam sejagatOLEH ERMIZI MUHAMAD

BATANG KALI - Langkah Ja-batan Kehakiman Syariah Se-langor (JAKESS) memperkenal-kan Rumah Transit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) mem-bolehkan sesi perbicaraan Mahkamah Syariah Selangor meneruskan prosiding pada waktu malam dipuji.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, inisiatif itu adalah se-bahagian usaha pentadbiran negeri mereformasikan pen-gurusan Mahkamah Syariah di negeri ini.

Mohamed Azmin berkata, ia juga sejajar hasrat Kera-jaan Negeri untuk konsisten mengiktiraf martabat dan ke-pentingan masyarakat Islam di Selangor.

“Ini memang tujuan kita un-tuk memastikan kes tertang-guh dapat diselesaikan segera. Malah, sejak Ketua Hakim Syarie Selangor, Dato’ Mohd Naim Mokhtar dilantik, beliau banyak melakukan reformasi dalam mahkamah syariah.

“Tidak sekadar lanjutan prosiding pada waktu malam, tetapi Selangor mendahului pembabitan golongan wanita

sebagai hakim syarie.“Ini satu perkembangan

yang belum pernah dilakukan di negeri lain, dan kita akan ter-uskan usaha ini supaya institu-si Mahkamah Syariah Selangor dapat diangkat martabatnya bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan Islam,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Mohamed Azmin diminta mengulas pelaksa-naan program ‘fast track’ Kera-jaan Negeri yang diwujudkan JAKESS dalam usaha memper-cepatkan perjalanan kes dan mengurangkan bilangan kes tertunggak.

Usaha pembaharuan JAKESS dipujiSHAH ALAM - Usaha dalam penambahbaikan yang dilak-sanakan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dipuji kerana memudahkan urusan khususnya bagi kaum wanita dalam mendapatkan hak mereka.

Exco Kesihatan,Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, program inovasi dan inisiatif dilaksanakan itu memberi impak besar kepada sistem perundangan dan kehaki-man syariah.

“Inisiatif JAKESS memberi ke-mudahan terutamanya kepada golongan wanita mendapatkan hak seperti membubarkan

perkahwinan, tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian dan hak penjagaan anak dan seb-againya.

“Ia juga memelihara wanita daripada aspek keselamatan, emosi dan kewangan,” katanya dalam kenyataan.

Daroyah berkata, antara pro-gram dilaksanakan ialah mem-perkenalkan proses kerja ‘fast track’ bagi kes permohonan cerai oleh pasangan yang mencapai persetujuan bercerai.

“JAKESS hanya memerlukan kurang enam jam bagi meny-

elesaikan kes mereka sehingga perintah bertulis dikeluarkan

berbanding proses kerja

lama yang mengambil masa ber-bulan-bulan.

Tambahnya lagi, penceraian melalui Hakam merupakan alter-natif untuk wanita menamatkan perkahwinan atas sebab ber-lakunya shiqaq dan hilangnya “mawaddah wa rahmah” dalam perkahwinan sekali gus menyela-matkan mereka daripada ‘digan-tung tak bertali’.

JAKESS juga memperkenalkan Rumah Transit Bahagian Sokon-gan Keluarga (BSK) bagi mem-bantu penyediaan kemudahan penginapan kepada mereka yang mempunyai urusan di mahka-mah Syariah Selangor tetapi ting-gal jauh dari lokasi mahkamah.

JAKESS turut mengambil inisi-atif mengadakan sesi perbicaraan pada sebelah malam atau yang dikenali sebagai “Night Court” bagi membantu pihak yang sukar menghadiri prosiding di mahka-mah pada waktu siang.

“Memperlihatkan perkemban-gan positif dalam institusi kehaki-man Syariah, ternyata memberi banyak kemudahan sekali gus memberi keadilan kepada semua pihak dengan jaminan perkhid-matan yang terbaik, cepat, efektif dan efisien," katanya.

Isu perkuburan bukan Islam dibincang SHAH ALAM - Mesyuarat dan perbincangan berkenaan pe-rancangan dan pembangunan perkuburan bukan Islam diada-kan bersama Jabatan Perancang-an Bandar dan Desa Selangor (JPBD), baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Haniza Talha berkata, be-berapa kawasan di bawah pen-tadbiran Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya (MBPJ) tiada lagi yang boleh dibangunkan untuk tanah perkuburan bagi semua agama.

“Bagi mengatasi masalah itu, JPBD mengenalpasti beberapa lokasi untuk dibangunkan Tanah Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) iaitu Sepang dan Seme-nyih.

“Tanah perkuburan itu akan dipecahkan kepada kawasan perkuburan Islam, Kristian, Bud-dha dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan.

Haniza berkata, Kerajaan Ne-geri mengambil serius terhadap

perancangan dan pembangun-an untuk kesejahteraan semua kerana keperluan terhadap tanah perkuburan sangat penting bagi semua bangsa.

“Di Selangor, segala hal ehwal selain daripada Islam adalah be-rada di bawah JK Hal Ehwal Selain Islam (JK HESI). JK HESI dan JPBD juga sedia maklum berkenaan masalah kekurangan tanah.

“Oleh itu, JPBD melakukan unjuran keperluan tanah untuk perkuburan bagi semua agama dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.

Mesyuarat terbabit di-pengerusikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Rancangan Pembangunan.

Wakil daripada komuniti Kris-tian termasuk Archbishop of Kuala Lumpur turut menerang-kan permasalahan berkenaan tanah perkuburan Kristian yang tidak mencukupi dan lain-lain hal berkaitan.

‘Dengan izin’ di DNS wajar disertakan Bahasa MelayuSHAH ALAM - Ahli Dewan Ne-geri Selangor disarankan me-ningkatkan penggunaan Bahasa Melayu semasa berhujah dalam persidangan Dewan Negeri Se-langor (DNS).

Perkara itu dibangkitkan Pengerusi Wadah Selangor, Nik Mohd Yusoff Nik Ismail, ketika menyertai sesi soal jawab Semi-nar Antara Budaya: Ilmu, Agama – Idealogi dan Bahasa anjuran Institut Darul Ehsan (IDE) di Au-ditorium IDE, di sini, pada 15 Mac lalu.

“Lebih bagus jika Ahli Berhor-mat yang mahu menggunakan ungkapan Bahasa Inggeris di dalam dewan bukan sahaja ber-kata ‘dengan izin’ tetapi perlu juga nyatakan dalam Bahasa Me-layu dahulu.

"Selepas itu, barulah minta ‘dengan izin’ dan diikuti ungkap-

an dalam Bahasa Inggeris untuk menguatkan lagi atau mem-perkayakan hujahnya,” katanya.

Sementara itu, ADN Hulu Kelang, Saari Sungib ketika mengulas isu sama, menyifat-kan cadangan itu baik untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan ahli DNS.

“Ini cadangan baik dan saya akan praktikkan bila dewan bersidang selain menguarkan kepada rakan lain supaya me-reka juga mengambil langkah sama,” katanya ketika ditemui SelangorKini, pada seminar sama.

Katanya, selain mampu me-martabatkan Bahasa Malaysia, amalan itu sedikit sebanyak turut meningkatkan pengua-saan ADN untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Ia juga memelihara wanita daripada aspek keselamatan, emosi dan kewanganDAROYAH ALWIExco Kesihatan,Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga

Page 5: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

Utama5SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Tengku Amir Shah terima Beret MerunOLEH DEWI ABDUL RAHMAN

MELAKA - DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Shara-fuddin Idris Shah dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehor-mat 10 Briged PARA di Kem Terendak, Sungai Udang, di sini, pada 15 Mac lalu.

Penganugerahan itu adalah peng-hormatan tertinggi daripada pasukan berkenaan kepada individu, pemimpin tinggi tentera atau kerajaan di dalam serta luar negara.

Ia juga pengiktirafan terhadap indi-vidu dipilih berdasarkan kecemerlan-gan perhubungan perkhidmatan dan penerimaan ke dalam pasukan elit, Pa-sukan Aturgerak Cepat 10 Briged PARA.

Majlis penganugerahan disempur-nakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Dataran Parawood sambil disaksikan Orang Be-

sar Istana, Datuk Syed Budriz Putra Ja-malullail Syed Amir Abidin Jamallulail dan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr Mohamad Hashim Mohd Ali.

Sebelum itu, Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan pameran pera-latan terjun, persenjataan dan kender-aan digunakan anggota 10 Briged PARA serta demonstrasi dinamik membabit-kan 77 pegawai dan 1,198 anggota.

Aksi terjun bebas enam penerjun menggunakan payung ‘combat mili-tary tactical glider’ dari ketinggian 5,000 kaki, demonstrasi tempur tanpa senjata (TTS), human wave, free fall, serangan seksyen dan renang tempur turut dia-dakan.

Selain itu demonstrasi membabit-kan anggota penembak tepat dari Kompani Pandura Para, dibantu kua-sa tembakan artileri dan mortar serta penggunaan bom jangka untuk me-

SAY Ada Gaya cungkil bakat baru anak mudaSUBANG - Tiga anak muda ber-bakat berjaya ke peringkat akhir SAY Ada Gaya melalui kempen menginspirasi belia yang dina-makan SAY Ignite 2017 anjuran Selangor Youth Community (SAY) di bawah naungan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafud-din Idris Shah.

Ketiga peserta akhir bakal berentap merebut hadiah ke-seluruhan RM9,500 dan diberi peluang program mentor ber-sama duta SAY Ada Gaya, Alti-met, pada 1 April ini.

Mereka berjaya ke pering-kat akhir adalah penyanyi, Ika Mustafa dan Muhammad Akmal Harith serta penari berkumpul-an, Dynamic Duo.

Pada peringkat separuh ak-hir pada 14 Mac lalu, seramai 10 peserta berentap dan tiga peserta teratas dipilih dan di-adili tiga juri membabitkan penaung SAY, Tengku Amir Shah; penyanyi, Damian Mikhail dan Penolong Pengurus Besar Sunway Group, Bernard Paul.

Pengurus Kanan SAY, Zaife-rez Hadzere Zainal berkata, SAY Ada Gaya adalah pertandingan mencari bakat baru melalui in-spirasi daripada rancangan Te-livisyen ‘Britain’s Got Talent’ yang dilihat berjaya mencung-kil bakat baru di United King-dom.

Katanya, program itu terbu-ka buat semua belia berumur 18 hingga 35 tahun dengan

memuat naik video bakat me-reka melalui laman Web SAY.

“Sebanyak 86 video diterima membabitkan beberapa seg-men antaranya nyanyian, tarian, bermain alat muzik, papan se-laju, dan yoyo.

“Ini adalah landasan bagi bakat baru belia yang diiktiraf supaya dapat diangkat ke tahap lebih tinggi,” katanya kepada SelangorKini selepas Program SAY Ada Gaya di Sunway Pyra-mid.

Zaiferez berkata, SAY IGNITE 2017 digubal untuk meraikan kepelbagaian bakat dan latar belakang belia khususnya su-paya dapat membentuk masa depan Selangor yang lebih di-namik dan progresif.

musnahkan kawasan.Turut mendapat perhatian ialah demon-

strasi keyakinan diri dari menara serbaguna membabitkan ‘abseiling dan repelling’, ser-ta ‘fast roping’.

Di samping itu, Tarian Perang dan Tactical Combat Casualty Course (TCCC) juga diper-sembahkan kepada baginda, pada peng- hujung demonstrasi yang berlangsung ki-

ra-kira sejam itu.Tengku Amir Shah adalah satu-satunya ke-

rabat Diraja yang mengikuti Kursus Asas Pasu-kan Aturgerak Cepat (APAC) siri 2/2016, pada 5 September hingga 2 Oktober 2016.

Baginda juga ditauliahkan Leftenan Muda dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD) dan menerima Watikah Tauliah Pegawai Muda Tentera Darat Luar Negara, pada tahun lalu.

Page 6: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

Utama6 SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KLANG - Pejabat Tanah Daerah (PTD) Klang menandatangani Ikrar Bebas Ra-suah (IBR) sebagai tanda komited dan sentiasa berusaha meningkatkan integ-riti dalam sistem penyampaian perkhid-matannya kepada masyarakat.

Pegawai Daerah Tanah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor berkata, usaha itu menzahirkan komitmen seluruh war-ga kerja supaya tidak akan berkom-promi dengan sebarang unsur rasuah.

“Melalui penzahiran ini, ia mem-bantu mewujudkan tahap tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti tinggi.

“Ikrar ini juga sebagai satu   aku janji dalam sesebuah organisasi me-merangi rasuah, di samping memberi kepercayaan kepada orang awam ba-hawa segala urusan kami telus dan ti-

dak terbabit dengan jenayah rasuah, penyelewengan juga salah guna kuasa,” katanya kepada SelangorKini selepas majlis menandatangani IBR, pada 16 Mac lalu

Sementara itu, Pengarah Suru-hanjaya Pencegahan Rasuah Malay-sia (SPRM) Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, PTD Klang adalah agensi kedua di Selangor yang menandatangani IBR sebagai usa-ha mewujudkan perkhidmatan adil, telus dan bebas rasuah.

“Kita berharap lebih banyak agensi lain akan turut serta menandatangani ikrar ini.

“IBR juga akan membuktikan kete-lusan sesebuah organisasi itu dan jika berlaku pembabitan rasuah agensi bertanggungjawab perlu melapor-kan kepada SPRM,” katanya.

KLANG - Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDTK) sen-tiasa mengamalkan budaya kerja ber-prestasi tinggi dan berintegriti dalam m e n y a m p a i k a n perkhidmatannya ke-pada masyarakat.

Pegawai Daerah dan Tanah

Klang, Mohd Zainal Mohd Nor berkata, pihaknya menjalan-kan fungsi unit inte-griti sejak 2014 seiring dengan penubuhan Unit Integriti di pe-ringkat pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Elemen integriti adalah salah

satu etika penting dan nadi ke-pada pencapaian hasil kerja.

“Selain penubuhan unit in-tegriti, kita juga menyertai dan mengendalikan beberapa pro-gram berkaitan integriti de-ngan menyasarkan memberi kesedaran serta kefahaman ke-pada semua kakitangan PDTK,” katanya.

Sebelum itu, difahamkan

PDTK juga pernah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Selan-gor dalam menjayakan Program Kembara Integriti di Pulau Ke-tam, pada 2016.

Beliau sendiri menjalankan pemeriksaan secara mengejut ke atas semua pegawai rekod kewangan dan perolehan di Unit Kewangan dan Unit Hasil.

“Setakat ini, selama saya berkhidmat di PDTK, tidak ada kes rasuah atau salah guna kua-sa dalam kalangan kakitangan.

“Saya berharap program IBR ini dapat memberi mesej kepa-da Kerajaan Negeri, agensi dan jabatan kerajaan serta orang awam bahawa kita komited un-tuk bebas daripada rasuah,” ka-tanya.

JERAM - Sebuah ladang ter-nakan ayam yang melaku-kan sambungan air secara haram menerima padah apabila premis terbabit di- serbu Pengurusan Air Se-langor Sdn Bhd (Air Se-langor) dan Suruhanjaya Perkhidmatan air Negara (SPAN), pada 15 Mac lalu.

Operasi bersepadu itu di-lakukan selepas mendapat maklumat dan siasatan mempercayai pengurusan ladang terbabit melakukan kerja melang-gari peraturan, lebih setahun lalu.

Ketua Komunikaksi Korporat Air Sela-ngor, Amin Lin Abdullah berkata, pintasan tidak sah disyaki dilakukan pengurusan ladang terbabit menyebabkan pihaknya mengalami kerugian kira-kira RM129,000 atau 56,000 meter padu air.

“Dalam tempoh dinyatakan itu, Air Sela-ngor hanya mengenakan caj RM36 sebulan.

“Mereka mempunyai paip air sah tetapi membuat sambungan melalui paip pin-tas daripada paip utama Air Selangor ke ladang ternakan dengan semua air digu-nakan dimasukkan ke dalam tangki simpa-nan untuk cucian dan lainnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Unit Komu-nikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna, Bahagian Pengurusan Korporat SPAN, Hi-

syam Samad berkata, di bawah peruntu-kan undang-undang Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (akta 655), tiada sesiapa selain pemegang lesen bo-leh membuat sambungan ke sesalur uta-ma awam atau paip air perkhidmatan.

“Jika didapati bersalah, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 123(3) akta sama,” katanya.

Siasatan SPAN mendapati, premis ter-babit mempunyai akaun bekalan air sah berdaftar dengan Air Selangor atas satu nama individu dan digunakan hanya un-tuk kegunaan rumah pekerja.

Manakala, sambungan bekalan air se-cara tidak sah digunakan untuk menam-pung kegunaan operasi harian ladang berkenaan.

Sambungan haram, ladang ternak ayam diserbu

Ikrar Bebas Rasuah

Giliran PTD Klang tandatangan

Komited terus bebas rasuah

Page 7: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

7SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

Utama

OLEH NAZLI IBRAHIM

KOTA DAMANSARA - Kerajaan Ne-geri memperuntukkan RM3 juta untuk membantu pusat pendidikan khas me-nyediakan program khusus pemba-ngunan golongan anak orang kelainan upaya (OKU) di negeri itu.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehw-al Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pusat pendidikan khas itu mampu menjadi jambatan meng-hubungkan Kerajaan Negeri dengan anak istimewa dan ibu bapa mereka.

“Kita tahu kesukaran dihadapi pusat seperti ini kerana pendidikan anak khas memerlukan banyak keperluan seperti terapi pertuturan dan fisioterapi yang bukannya murah serta memerlukan pa-kar berkos tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Ne-geri kepada dua taska sempena Early Intervention Programme (EIP) di Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall, di sini, pada 20 Mac lalu.

Daroyah turut berharap pusat pen-didikan khas di Selangor dapat men-jalankan tanggungjawab dengan ber-kesan bagi memastikan golongan istimewa itu mampu berjaya dalam hidup.

Katanya, tidak mustahil golongan kistimewa itu boleh berdikari dan berja-ya dalam hidup seperti dibuktikan ahli perniagaan, Samrizat Sazli Samsudin.

“Kita berharap pusat pendidikan ini dapat menjadikan anak istimewa ber-jaya seperti Shamrizat, sekali gus men-jadi bukti kepada ibu bapa dunia tidak berakhir walaupun memiliki anak OKU.

"Jangan anggap ia sebagai bebanan tetapi rahmat pemberian tuhan,” ka-tanya.

Terdahulu, Daroyah menyerahkan sumbangan RM100,000 kepada Eden Firdaus dan RM50,000 kepada Andra Uphill Salak Tinggi.

Majlis penyerahan itu turut dihadiri Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Radzlan Jalaluddin.

Sedia dana RM3 juta

KOTA DAMANSARA - Walaupun hampir 38 inisiatif diwujudkan di bawah program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali masih mencari idea untuk memastikan kekayaan di negeri itu dapat diagihkan dengan lebih menyeluruh.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, hal itu dapat dilihat apabila Mo-hamed Azmin mencetuskan idea mewu-judkan Skim Peduli Sihat, pada tahun ini.

“Di bawah IPR, kita memiliki hampir 38 inisiatif untuk semua peringkat umur tetapi Dato’ Menteri Besar sentiasa me-mikirkan apakah lagi sumbangan yang boleh diberikan kepada rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Daroyah berkata, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan

RM1.9 bilion bagi membiayai pelbagai program kebajikan untuk rakyat, sejak 2008.

Katanya, walaupun menelan belanja besar, namun rizab Kerajaan Negeri terus bertambah sehingga mencecah RM3.6 bilion, sekali gus mencatatkan rekod ter-baik setakat ini.

"Saya menyarankan rakyat Selangor ti-dak melepaskan peluang untuk menyer-tai program IPR bagi memperbaiki taraf kehidupan keluarga masing-masing," ka-tanya.

Antara program IPR yang mendapat perhatian adalah skim mikrokredit HIJ-RAH, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti dan lain-lain.

MB masih 'dahaga' cari idea bantu rakyat

KOTA DAMANSARA - Selain Skim Peduli Sihat bernilai RM500 untuk keluarga ber-pendapatan bawah RM3,000, ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) juga boleh memohon skim terbabit.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi ber-kata, hal itu ekoran golongan terbabit me-merlukan perbelanjaan rawatan perubatan besar berbanding kanak-kanak normal.

“Ibu bapa yang ada anak istimewa ini boleh mendapatkan kad peduli sihat ber-nilai RM200,” katanya.

Katanya, inisiatif itu sekali gus mem-buktikan Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya memastikan tiada golongan yang tercicir daripada berkongsi hasil kekayaan Selangor.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta untuk membiayai program Peduli Sihat yang dilancarkan, pada tahun ini.

OKU boleh mohon skim Peduli Sihat

Ibu bapa yang ada anak istimewa ini boleh mendapatkan kad peduli sihat bernilai RM200

DAROYAH ALWIExco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga

Upaya anak istimewa

Page 8: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

Nasional8 SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

SHAH ALAM - Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyam-but baik keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Ha-rapan (PAKATAN) menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pakatan pem-bangkang.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tatkala negara dilanda krisis kepimpinan, ke-melut ekonomi dan gejala ra-suah di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, rakyat mahu-kan pimpinan alternatif yang berupaya mengambil alih kua-sa daripada Umno-Barisan Na-sional (BN).

“Penyatuan ini adalah lang-kah penting menewaskan BN selain memantapkan lagi agen-da mereformasi negara.

“AMK sudah memulakan proses perbincangan di pering-kat pemuda untuk menghasil- kan manifesto pilihan raya yang boleh dipersetujui semua pihak demi kebaikan rakyat,” katanya dalam kenyataan

Beliau berkata, langkah se-terusnya adalah memastikan PAKATAN dan setiap anggo-tanya boleh berdiri teguh di atas satu dasar bersama dan membawa mesej ketersediaan memimpin negara dengan hala

Langkah tewaskan Umno-BN

tuju jelas.PAKATAN secara rasmi me-

nyambut kehadiran PPBM dalam blok pembangkang ke-tika keputusan itu dibuat sebu-lat suara dalam mesyuarat Maj-lis Presiden, pada 20 Mac lalu.

PPBM yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Ma-hathir Mohamad kini akan di-daftarkan sebagai ahli pakatan pembangkang.

AMK sudah memulakan proses perbincangan di peringkat pemuda untuk menghasilkan manifesto pilihan raya yang boleh dipersetujui semua pihak demi kebaikan rakyat

NIK NAZMI NIK AHMADKetua AMK

Kerajaan Persekutuan kekurangan dana

Peruntukan hospital baru susut ��.�%OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didakwa menga-lami kekurangan dana untuk membina hospital baru seba-nyak 93.6 peratus, kata Ahli Par-limen Kampar, Dr Ko Chung Sen.

Beliau berkata, hal itu kera-na Kerajaan Persekutuan seka-dar memperuntukkan RM177 juta untuk pembinaan hospital baru, pada tahun ini berban- ding RM273 juta, pada 2016.

“Malaysia mempunyai nisbah

katil hospital terendah 1.99 bagi 1,000 penduduk. Ini dibuktikan dengan barisan menunggu yang panjang di hospital kerajaan.

“Berdasarkan jawapan diberi-kan Menteri Kesihatan, hospital kerajaan memerlukan 13,562 ka-til, pada 2030 dengan peningka-tan nisbah dari 1.99 kepada 2.3 katil bagi 1,000 penduduk.

“Anggaran dana yang diper-lukan berjumlah RM1.35 juta setahun berdasarkan anggaran RM1.5 juta bagi satu katil,” ka-tanya di lobi Parlimen, di sini,

hari ini.Chung Sen berkata, Kerajaan

Persekutuan seharusnya sedia maklum populasi penduduk di negara ini meningkat 1.6 pera-tus sepanjang tahun yang me-nyaksikan keperluan bertam-bah hampir 960 katil.

“Kerajaan memerlukan RM2.796 juta setahun untuk pertambahan 1,864 katil.

“Dengan peruntukkan RM177 juta bagi tahun ini, kita kekurangan peruntukan hampir 93.6 peratus,” katanya.

Page 9: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

Nasional9SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Pengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ter-tipu lagi dengan janji ditaburkan Umno-Barisan Nasional (BN) apa-bila kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘mencapati’ janji untuk memberi bantuan persekolahan dan Bau-car Buku 1 Malaysia (BB1M) se- perti dinyatakan di dalam mani-festo PRU-13 lalu.

Pengarah Komunikasi KEADI-LAN, Fahmi Fadzli berkata, dalam Manifesto PRU-13, BN berjanji memberi bantuan persekolahan RM150 dan BB1M RM300.

“Perbezaan RM50 memang kecil bagi menteri dan golon-gan berpendapatan tinggi teta-pi bagi rakyat, nilai itu memberi banyak makna terutama kepada mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi untuk diman-faatkan menimba ilmu,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, ibu bapa dan penjaga dibeberapa sekolah berkata, anak mereka dimaklu-kan pihak sekolah bahawa ban-

Lagi janji ‘dicapati’

Babit bantuan persekolahan

tuan persekolahan hanya disa-lurkan pada Mei ini berbanding 20 Januari seperti diumumkan, pada awalnya.

Sementara itu, satu sumber dalaman sekolah menengah memaklumkan kepada Selan-gorKini, beberapa sekolah sudah mula membuat bayaran bantuan RM100 kepada pelajar tingkatan satu dan dua sahaja, pada awal bulan ini dan masih menunggu peruntukan untuk diagihkan ke-pada pelajar tingkatan tiga hing-ga lima pula.

“Janji RM150 tetapi sudah mahu tamat penggal masih RM100. Bantuan ini juga ga-gal mencapai matlamat merin-gankan beban ibu bapa ketika awal musim persekolahan teta-pi sehingga kini ramai belum terima.

“Perkara ini menyulitkan ibu bapa khususnya golongan ber-pendapatan rendah kerana hal ini dah dijanjikan kerajaan su-dah tentu mereka meletakkan harapan ia boleh meringankan beban,” katanya.

SHAH ALAM - Kerajaan Malay-sia sepatutnya mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara dengan mengada-kan perbincangan segera antara Kuala Lumpur-Pyongyang bagi membolehkan mereka pulang.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, soal keselamatan itu adalah perkara keutamaan ke-tika ini sementara langkah men-jernihkan hubungan dua hala kedua-dua negara boleh difikir-kan kemudian.

“Kerajaan dilihat tidak sepa-kat dalam menangani kirisi ini dengan kenyataan yang dike-luarkan Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman), Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ti-dak senada.

“Sementara Ketua Polis Nega-ra (Tan Sri Khalid Abu Bakar) le-bih mengutamakan penyiasatan terhadap identiti terbunuh dan mengambil sikap agresif terha-

dap kerajaan Korea Utara. Ini ti-dak membantu dalam menyele-saikan ketegangan,” katanya.

Beliau berpendapat Malaysia memerlukan bantuan negara ketiga seperti China atau negara neutral untuk memainkan pe-ranan selaku orang tengah bagi mencari penyelesaian supaya keadaan tidak berlarutan lebih lama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam dilaporkan berkata, rundingan rasmi antara Malaysia dan Korea Utara hanya akan dilakukan dalam masa ter-dekat.

Kerajaan Korea Utara pada 7 Mac lalu dilaporkan mengeluar-kan larangan sementara ke atas 11 rakyat Malaysia daripada me-ninggalkan negara itu.

Namun, dua rakyat Malaysia Stella Lim serta Nyanaprakash Muniandy dibenarkan mening-galkan Korea Utara selang dua hari kemudian dan kini dilapor-kan berada di Beijing.

Segera perbincangan demi keselamatan negara

Page 10: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

10Ekonomi

SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

Impian tercapai

Buka kilang kek dengan HIJRAHOLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Sepasang sua-mi isteri melahirkan rasa syu-kur atas keprihatinan Kerajaan Negeri melaksanakan skim HIJ-RAH yang membantu mereka mengembangkan perniagaan dan menjana pendapatan.

Pemilik Kilang Kolam Emas Sdn Bhd, Zukahida Kasim ber-kata, pada awalnya, beliau hanya membuat kek buah kukus se-cara kecilan dirumah sebelum memohon HIJRAH dan lulus pinjaman pertamanya RM5,000, pada 2015.

“Pinjaman diterima kami gu-nakan sebaik mungkin membeli perkakas dan keperluan lain.

“Tidak sampai setahun, kami berjaya melangsaikan pinja-man dan bermula April 2016, kami membuat keputusan untuk membuka kilang kek.

“HIJRAH juga meluluskan pin-jaman fasa kedua kami seba-nyak RM20,000, pada September 2016,” katanya kepada Selangor-Kini ketika penyampaian baucar HIJRAH RM50,000, baru-baru ini.

Pasangannya, Onnie Zurin Abu yang merupakan pengurus kewangan berkata, oleh kerana beliau menerima pertambahan permintaan peruncitan serta potensi perkembangan pernia-gaan, HIJRAH Cawangan Batu Tiga meluluskan skim baucar

Perusahaan kecil sederhana diunjur sumbang ��% KDNKKUALA LUMPUR - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tem-patan diunjur menyumbang sekurang-kurangnya 37 pera-tus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, tahun ini.

Presiden Persatuan PKS Ma-laysia, Datuk Kang Hua Keong, berkata sasaran berkenaan

boleh dicapai jika mereka me-ngambil kesempatan daripada projek pembangunan seperti inisiatif ‘satu jalur, satu jalan’ (B&R) China dan ekonomi digi-tal di negara ini.

PKS tempatan menyumbang 35.9 peratus daripada KDNK negara, pada 2015 dan beliau yakin angkanya akan lebih

tinggi, pada 2016.Hua Keong berkata B&R tu-

rut mengenal pasti 65 negara yang disambungkan dengan China dan PKS perlu merebut peluang pelaburan di pasaran antarabangsa.

“Sejak pelaksanaan inisiatif B&R pada 2015, China melihat Malaysia sebagai pintu masuk

ke pasaran ASEAN dan Timur Tengah,” katanya ketika Fo-rum Prospek Ekonomi Malaysia 2017 baru-baru ini, lapor BER-NAMA.

Beliau berkata, PKS juga akan mendapat manfaat kesan limpahan daripada inisiatif B&R seperti projek Kereta Api Pan-tai Timur.

Hua Keong berkata, lang-kah itu adalah antara cara yang dapat meningkatkan peng-gunaan produk tempatan dan memacu sumbangan PKS ke-pada pertumbuhan KDNK.

Pada masa ini, beliau berka-ta, hanya 20 peratus dari10,000 anggota Persatuan PKS mene-rima pakai e-dagang.

HIS terokai pasaran antarabangsa

berkenaan.“Kita juga berjaya memasuki

beberapa pasar raya di Lembah Klang, awal tahun ini. Giant juga menawarkan kita untuk menjadi pembekal di 103 outlet di selu-ruh Malaysia.

“Disebabkan kapisiti kecil, kami mohon bantuan HIJRAH untuk pinjaman seterusnya dan

diluluskan selepas HIJRAH mem-buat lawatan dan melihat poten-si syarikat kami,” katanya.

Zurin juga mengingatkan ke-pada orang ramai yang mem-buat pinjaman HIJRAH perlulah menggunakan sepenuhnya pin-jaman terbabit untuk mengem-bangkan perniagaan dan bukan perkara peribadi.

SHAH ALAM - Promosi pela-buran berkonsepkan halalan toyyiban yang dijalankan Halal International Selangor (HIS) de-ngan kerjasama Invest Selangor berjaya menarik minat negara asing seperti Taiwan, China dan Korea Selatan untuk menerokai pasaran halal sedunia.

Exco Hal Ehwal Agama Is-lam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kam-pung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, negara ter-babit kemudiannya mengeluar-kan produk makanan halal yang

mampu menembusi pasaran an-tarabangsa.

“Hari ini dalam urusan per-niagaan halal peringkat anta-rabangsa membabitkan per-niagaan trilion dolar Amerika Syarikat yang cukup pesat dan apabila kita memperkenalkan konsep halalan ini melalui HIS ke China, Korea dan Taiwan, mereka sangat bersedia.

“Akhirnya mereka mengeluar-kan barangan makanan teruta-manya dan menembusi ke pa-saran negara Islam itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Maj-lis Pelancaran Pemerkasaan Kon-sep Halalan Toyyiban di SACC Mall di sini, pada 11 Mac lalu.

Ahmad Yunus berkata, sebe-lum ini negara terbabit berha-dapan isu pensijilan halal apa-bila tiada badan khusus yang mengendalikannya.

Bagaimanapun, katanya, selepas mendapat sijil halal, pengeluar produk terbabit ber-upaya menembusi pasaran luar negara termasuk di negara Islam sendiri.

Pinjaman diterima kami gunakan sebaik mungkin membeli perkakas dan keperluan lain. Tidak sampai setahun, kami berjaya melangsaikan pinjaman dan bermula April 2016, kami membuat keputusan untuk membuka kilang kekZUKAHIDA KASIMPemilik Kilang Kolam Emas Sdn Bhd

Page 11: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

11SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

ADN

1,300 penyertaan

Hari Sukan Taman Medan meriah

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Hari Sukan Taman Me-dan 2017 disambut mariah dengan pe- nyertaan 1,300 belia pelbagai kaum.

Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Ha-niza Talha berkata, lapan jenis sukan di-pertandingkan antaranya futsal, bola sepak padang, badminton, takraw, bola keranjang, bola jaring, kabadi dan tamiya.

Katanya, penyertaan menggalakkan

itu bukan sahaja dari dun Taman Medan tetapi juga luar kawasannya.

"Penganjuran ini sudah menginjak tiga tahun dan kami mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan setiap tahun.

"Malah, banyak lagi penyertaan ter-paksa ditolak ekoran kekangan petugas tidak mencukupi," katanya kepada Sela-ngorKini.

Haniza berkata, hari sukan itu diada-kan sebagai landasan mencungkil dan menggilap bakat sukan dalam kalangan belia.

Pada masa sama, Haniza turut mahu sukan kabadi diberi perhatian serius

Kerajaan Negeri ekoran penyertaan menggalakan.

"Jika sukan ini diperkenalkan di peringkat lebih tinggi, su-dah tentu bukan sahaja disertai kaum India tetapi kaum lain," ka-tanya.

Beliau turut mencadangkan Kerajaan Negeri untuk mengan-

jurkan Liga Sukan yang disertai semua DUN.

Acara sukan terbabit diadakan serentak bermula jam 9 pagi dan

hadiah RM15,000 ditawarkan kepada Jo-han lapan kategori terbabit.

DUN Selat Klang rai pelajar cemerlang ����SHAH ALAM - DUN Selat Klang me-ngambil inisisatif menghargai pelajar di kawasan dengan mengadakan satu Maj- lis Anugerah Pelajar Cemerlang 2016, baru-baru ini

Menerusi laman facebook, Dr Halimah Ali berkata, pihaknya menjemput pela-jar yang memperoleh keputusan ce-merlang dengan kelayakan minima bagi UPKK (8A), PSRA (Mumtaz), UPSR (4A), SMA/SMU (Mumtaz), PT3 (7A), STAM (Mumtaz), STPM (CGPA 3.3) dan SPM (7A) untuk mendaftar di pejabat-nya bagi memperoleh anugerah.

“Majlis anugerah ini dibuka khas untuk

pelajar yang tinggal di DUN ini sahaja.“Mereka hanya perlu memohon di

Pejabat ADN Selat Klang dengan mem-bawa salinan slip peperiksaan, salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa serta pengesahan alamat sebagai war-ga,” katanya.

Katanya, permohonan perlu dihantar ke pejabat ADN Selat Klang selewatnya, pada 31 Mac ini.

Pada tahun lalu, seramai 209 pelajar menerima anugerah pelajar cemerlang termasuk enam penerima anugerah Best Of The Best (BOTB) bagi DUN Selat Klang.

Page 12: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

Album12 SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

Album13SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

Ahli Parlimen Selayang, William Leong hadir ke program pemeriksaan mata percuma kepada penduduk setempat di kawasan beliau

ADN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman menyertai program 4x4 Outdoor bersama belia Kampung Kubu Gajah ke Hutan Jerangkang Pahang

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turun padang menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Dengkil

ADN Ijok, Dr Idris Ahmad

turun padang menyantuni

peserta di Kem Kesihatan DUN

Ijok 2017

ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei hadir menyampaikan baucar kepada peserta yang layak di Majlis Penyerahan Baucer Skim HIJRAH Selangor DUN itu

ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee

Hiong turun padang

mengedarkan sumbangan Food

Stamp Selangor kepada orang

kelainan upaya di sekitar DUN

beliau

ADN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail membawa wanita di DUN itu mengikuti rawatan mammogram di KPJ Shah AlamADN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran melihat pelan Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Harapan bagi tujuan pembangunan semula di kawasan diluluskan Kerajaan Negeri

ADN Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz menyampaikan sijil kepada peserta kursus pastri jangka pendek di Kolej Komuniti Hulu Langat

Page 13: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

14Rencana

SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

Pendemokrasian Perumahan

Realisasi impian rakyat miliki rumah

OLEH AFIX REDZUAN

Selangor tidak memandang kelembapan pasaran harta-nah semasa sebagai peng-

halang untuk terus merangka pelan kelangsungan projek Rumah Selangorku yang kian mendapat tempat di hati rakyat.

Tanpa boleh disanggah, kelu-lusan 89,007 permohonan pem-binaan Rumah Selangorku sejak insentif pembinaan Rumah Se-langorku diperkenalkan, pada 2015 menunjukkan kesediaan pemaju merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri menyediakan ke-diaman mampu milik di samping tawaran faedah berpanjangan kepada pemaju terlibat.

Exco Perumahan, Penguru-san Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Sa-mad berkata berdasarkan statis-tik semasa, 20,295 unit dalam proses pembinaan, sementara 656 unit sudah berjaya disiapkan sepenuhnya.

"Kita menjangkakan 2,880 unit dapat disiapkan sehingga peng-hujung 2017. Setakat ini, 24,700 unit sudah mendapat kebenaran merancang (KM), manakala 3,803 darinya sudah mendapat kelulu-san pelan bangunan memohon," katanya.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sendiri menyifatkan kesediaan syarikat pemaju hartanah mega seperti Sime Darby Property melabur di Selangor sebagai keputusan te-pat bersesuaian dengan status Selangor sebagai negeri termaju serta penyumbang terbesar ke-pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Seperti diungkapkan Penga-rah Urusan Sime Darby Property Berhad, Dato’ Jauhari Hamidi, mereka bersedia membina 4,000 unit Rumah Selangorku dalam tempoh tiga tahun selepas mem-bina 8,000 rumah mampu milik di seluruh negara, sejak 2007.

Antara lokasi Rumah Sela-ngorku adalah di Bandar Bukit Raja, City of Elmina, USJ Heights, Bukit Jelutong dan Serenia City.

Di sebalik angka memberang-sangkan, Kerajaan Negeri ter-

paksa berhadapan cabaran kelewatan pemaju mengemu-kakan permohonan kebenaran merancang atau pelan bangunan membabitkan 39,553 unit.

Iskandar berkata, berdasarkan perjanjian jual beli, pemaju perlu menyiapkan rumah dijual sele-wat-lewatnya 36 bulan selepas perjanjian ditandatangani.

"Kita memandang serius pemaju yang tidak menghantar kebenaran merancang atau pelan bangunan selepas mendapat ke-lulusan daripada Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri menghantar amaran dan memanggil syarikat terbabit tetapi tindakan lebih drastik perlu dilakukan seperti menghalang kelulsan projek lain sehingga permohonan KM dan pelan bangunan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempat-an bagi Rumah Selangorku," ka-tanya.

Katanya, kelulusan Kerajaan Negeri dibatalkan sekiranya pemaju gagal membuat permo-honan selepas tempoh tertentu.

Dalam menyelusuri pemba-ngunan rumah mampu milik, Kerajaan Negeri terus diasak de-ngan tomahan kononnya tidak lagi membina Rumah Selangorku Jenis A yang menawarkan harga jualan sekitar RM42,000 dengan keluasan 700 kaki persegi.

Hakikatnya, dari 132,906 per-mohonan Rumah Selangorku, 92,997 atau 70 peratus permoho-nan adalah untuk rumah Jenis A, sejak 2014 dan bukan daripada tempoh pendaftaran rumah kos rendah dimulakan.

Sekali lagi dakwaan tidak ber-asas itu disanggah dengan fakta apabila 10,667 unit dari 89,007 unit yang akan dibina adalah Rumah Selangorku Jenis A.

Tidak ketinggalan, terdapat rungutan daripada segelintir pemaju yang mempertikaikan keperluan membina rumah Je-nis A atau dahulunya dikenali se-bagai rumah kos rendah atas alas- an ia hanya akan dihuni warga asing dan menjadi 'neraka dunia' buat warga tempatan

"Ia sekaligus menafikan tuduh-an Pembangkang (Barisan Na-sional) bahawa Kerajaan Negeri

tidak lagi membina rumah Je-nis A. Kerajaan Negeri prihatin dengan golongan berpendapat-an rendah dan masih mewajib-kan pemaju membina rumah berharga RM42,000 walaupun mendapat rungutan daripada se-setengah pemaju.

"Alasan tiada lagi perminta-an rumah Jenis A adalah tidak benar. Alasan kedua pemaju adalah rumah kos rendah dise-wakan kepada warga asing atau menjadi 'neraka dunia' pen-duduk. Ia sebenarnya terjadi se-belum adanya polisi Rumah Se-langorku," katanya.

Dengan adanya polisi Rumah Selangorku, rakyat tidak perlu khuatir isu monopoli pemilikan rumah kos rendah yang ha-nya menguntungkan segelintir pihak hasil daripada sikap bi-rokrasi dan mendahulukan kro-ni seperti di zaman pemerintah-an lampau.

Kini, Kerajaan Negeri sedaya upaya memastikan rakyat Se-langor memiliki kediaman sen-diri pada harga munasabah bagi menempuh hari mendatang dengan penuh ketenangan.

Ayuh mendaftar menerusi Lembaga Perumahan dan Har-tanah Selangor (LPHS) untuk memiliki rumah idaman anda.

Page 14: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

15SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

SINAR HARIAN • 16CM X 3 COLS (12.3CM)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :03-5544 7922/7965 atau 5544 7150/7676

Peluang keemasan untuk anak-anak muda yang ingin menjadi usahawan tani.Program usahawan Agro Generasi Muda Selangor (Agrogems) adalah merupakan satu program memperkasa dan mewujudkan golongan generasi muda yang berminat untuk melaksanakan projek pertanian dan penternakan.

BAYARAN

RM10.00SAHAJA

Tempat :Dewan Orkid, Tingkat 4,Bangunan Wisma PKPS,

Shah Alam, Selangor

Tarikh :25hb Mac 2017 (Sabtu)Masa :8.00pg - 5 petang

Pendaftaran dibuka sekarang secara atas talian.Tarikh tutup pendaftaran 22hb Mac 2017

Seminar Agrogems (Agro Generasi Muda Selangor) 2017

Syarat-syarat Penyertaan• Umur 18-40 tahun

• Warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak Selangor• Menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun

• Terbuka kepada yang sedang menjalankan projek dan belum

1 • PELUANG PERNIAGAAN

DALAM SEKTOR PERTANIAN

2 • PROGRAM PENTERNAKAN

AYAM KAMPUNG DAN

IKAN AIR TAWAR

PESERTA AKAN DIDEDAHKAN:

Program di bawah Jawatankuasa TetapPemodenan Pertanian & Industri Asas Tani,

Kerajaan Negeri Selangor

Page 15: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

16Fokus

SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Nasib anak pe-kerja ladang di Selangor terus mendapat pembelaan Kerajaan Negeri menerusi tabung pendi-dikan berbentuk biasiswa bagi tujuan pembelajaran.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kera-jaan Prihatin, V Ganabatirau ber-kata, sebanyak 45 permohon pelajar anak pekerja ladang dilu-luskan sehingga kini bagi mene-rima bantuan pendidikan insti-tusi pengajian tinggi.

“Kita menerima banyak per-mohonan, namun ada yang ter-paksa ditolak kerana memberi keutamaan kepada keluarga miskin berpendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah serta ibu atau bapa tunggal.

“Tahun lalu, kami melulus-kan kira-kira 60 permohonan, manakala lebih 30 permohonan bantuan pengajian tinggi diteri-ma, pada tahun lalu,” katanya ke-pada SelangorKini.

Ganabatirau berkata, fasa

pertama bantuan sudah dilak-sanakan tahun ini dan pem-bayaran dilakukan secara terus kepada IPT terlibat.

Katanya, antara syarat yang perlu dipenuhi adalah ibu dan bapa mesti pekerja ladang atau bekas pekerja ladang yang dila-hirkan di Selangor atau bermas-tautin di negeri ini tidak kurang dari lima tahun.

“Kita juga memberi keu-tamaan kepada anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran, manakala bagi yang kurang berpendidikan, kita menggalakkan mereka menyer-tai Kolej INPENS.

“Walaubagaimanapun, masih ramai lagi tidak tahu bantuan dan perlu diingatkan jika keluarga itu berkemampuan, permohonan mereka terpaksa ditolak untuk memberi laluan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Dalam Belanjawan 2017 lalu, Kerajaan Negeri turut mengu-mumkan pembinaan asrama anak pekerja ladang untuk men-gupayakan komuniti itu dalam

SHAH ALAM - Pembelajaran anak pekerja ladang terus ditambah baik dengan inisiatif Kerajaan Negeri melaksanakan program pen-didikan secara ‘one-off’.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, pro-gram itu bagi membantu memperkasakan pendidikan mereka secara terus serta diting-katkan dari masa ke masa.

“Program ini bertujuan menambah ilmu dalam subjek teras kepada pelajar sekolah rendah dengan memberi keutamaan kepada empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Ba-hasa Inggeris, Matematik dan Sains.

“Saya sudah melaksanakan program ini se-jak 2014 dan akan terus memberi penambah-baikan dari tahun ke tahun,” katanya mengu-las perkara itu.

Pada masa sama, Ganabatirau berkata, program itu hanya boleh dilaksanakan me-lalui program motivasi atau kelas bimbingan secara ‘one-off’ mengikut kawasan terpilih.

Katanya, Unit Perancangan Ekonomi Se-langor (UPEN) tidak membenarkan beliau mengadakan program lanjutan secara bula-nan kerana program pendidikan berada di bawah jawatankuasa pendidikan.

“Oleh itu, apa yang saya usahakan adalah mengadakan program motivasi Ujian Pe-nilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau kelas memperkasakan Bahasa Melayu seperti yang sudah dilaksanakan.

“Antaranya program Cintai Bahasa Ke-bangsaan atau Bahasa Melayu Mudah Difa-hami selama sehari atau dua hari mengikut keperluan,” katanya.

SHAH ALAM - Pembinaan rumah teres yang dijanjikan kepada pe-kerja ladang Taman Permata, Dengkil yang berdepan kele-watan kini bergantung sepenuh-nya kepada Kerajaan Persekutuan.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Pri-hatin dan Pekerja Ladang, V Gana-batirau berkata, penyediaan tanah seluas 30 ekar di Ampar Tenang sudah diserahkan sepenuhnya ke-pada Kerajaan Persekutuan untuk tindakan lanjut.

Katanya, walaupun urusan terbabit mengambil sedikit masa, namun ia berjaya diselesaikan pada awal tahun lalu dalam per-janjian bersama.

“Pada 2014, Kerajaan Ne-geri

mengenal pasti satu tapak di ladang Ampar Tenang milik Sime Darby berdekatan Dengkil seluas 30 ekar yang dibeli dengan nilai RM13 juta.

“Tanah itu sudah diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan walaupun berdepan pelbagai isu seperti caj premium tinggi dan mereka berjanji akan membina 400 rumah secara per-cuma.

“Kini, kita hanya menunggu janji itu ditunaikan,” katanya ke-pada SelangorKini.

Enggan didakwa hanya tahu menuding jari, Ganabatirau ber-kata, Kerajaan Negeri sudah memainkan peranan sebaiknya

dalam melaksanakan tanggung-jawab kepada penduduk di ka-wasan terbabit.

Katanya, Kerajaan Persekutuan tidak perlu menunggu lama un-tuk menunaikan janji membina rumah kerana beliau dimaklum-kan sebelum ini peruntukan un-tuk tujuan itu sudah disediakan.

“Saya difahamkan baru-baru ini, Menteri Kesejahteraan Ban-dar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ada membuat lawatan dan berjanji akan menyiapkan rumah itu.

“Setahu saya, Kerajaan Perse-kutuan juga memiliki peruntu-kan untuk membina rumah itu sejak 2014, namun masih tiada

perkembangan.“Kita tidak mahu mempoli-

tikkan isu ini, cuma minta tunai segera tanggungjawab mereka,” katanya.

Sebelum ini, media melapor-kan penduduk masih menagih janji berkenaan isu pengambilan tanah yang didakwa masih be-lum diselesaikan.

Tagih janji Kerajaan Persekutuan

Tidak pinggir anak pekerja ladang

Terima manfaat sama rata

arus perdana pembangunan.Sekolah terbabit dicadang un-

tuk dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri bersebelahan Sekolah Jenis Kebangsaan Ta-mil Midlands di Seksyen 7, di sini dengan peruntukan RM4 juta.

Tambah baik kualiti pembelajaran

Page 16: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

17SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

Pertanian

Tambah baik kualiti pembelajaran

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

TAWARAN PRA-KELAYAKAN SEBAGAI KONTRAKTOR PANEL PAIP DAN METER

BAGI KERJA-KERJA KECEMASAN

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AiS) ingin mempelawa kontraktor-kontraktor yang mempunyai kepakaran dan pejabat operasi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya untuk menyertai proses Pra-Kelayakan ini. Kontraktor yang berminat diminta menyerahkan Borang Permohonan yang lengkap berserta maklumat-maklumat sokongan yang dinyatakan dalam borang tersebut. Kontraktor yang berjaya dalam Pra-Kelayakan akan disenarai pendek dan dilantik sebagai kontraktor panel tambahan AiS (tertakluk kepada keperluan dan kelulusan Pengurusan AiS).

Bil. Perkara Penerangan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

SKOP KERJA

KATEGORI PERMOHONAN

KEPERLUAN WAJIB

BORANG PERMOHONAN

PENYERAHAN BORANG PERMOHONAN

LAIN-LAIN

TARIKH TUTUPPERMOHONAN

Menjalankan kerja-kerja KECEMASAN melibatkan kerja paip dan meter secara tunggu sedia (stand by) mengikut Jadual Kadar Harga (JKH) SYABAS.

1. Kerja-kerja penyenggaraan paip pecah dan bocor

2. Kerja-kerja penukaran dan pengalihan meter

1. Berdaftar dengan:-

1.1 SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)1.2 CIDB (Pengkhususan : CE01, CE21, CE20 dan CE39)1.3 SPAN Permit D (Bekalan Air) : (i) Selangor (ii) W.P Kuala Lumpur (iii) W.P Putrajaya

(Bagi perkara 1.3(i), (ii), (iii), sila rujuk kepada Borang Permohonan untuk perincian wilayah/daerah kerja yang berkaitan) 1.4 SPAN Permit A2 (Tukang Paip) – Pemilik Perniagaan / Pekerja

1. Boleh diperolehi di Jabatan Perolehan, Tingkat 32, Bangunan TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai, 59200 KUALA LUMPUR ; ATAU

2. Memohon borang melalui e-mel ke ([email protected]) ; ATAU

3. Laman Web SYABAS (www.syabas.com.my).

Dokumen Borang Pra-Kelayakan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan dalam sampul yang perlu ditandakan “PRE-Q PAIP/METER” dan dialamatkan kepada :-

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD Jabatan Perolehan Tingkat 32, Bangunan TM Annexe 2,Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai,59200 KUALA LUMPUR.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi no. berikut :

1. En. Muhammad Umar B. Hussain (03-2088 5397) / (e-mel : [email protected])2. En. Mohd Hassan B. Mohamed Zin (03-2088 5386) / (e-mel : [email protected])3. En. Wan Mazlan Wan Zakaria (03-2088 5722) / (e-mel : [email protected])

1. KONTRAKTOR PANEL PAIP/METER SYABAS SEDIADA ATAU KONTRAKTOR YANG TELAH MENGHANTAR PERMOHONAN ENAM (6) BULAN DARIPADA TARIKH IKLAN INI TIDAK PERLU UNTUK MEMOHON SEMULA.

2. SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENDAPAT SEBARANG MAKLUMBALAS DARIPADA PIHAK SYABAS DALAM TEMPOH EMPAT (4) BULAN DARIPADA TARIKH PENGHANTARAN DOKUMEN MAKA PERMOHONAN DIANGGAP TIDAK BERJAYA.

Permohonan ini terbuka sepanjang masa dan keperluan pelantikan adalah tertakluk kepada kelayakan serta keperluan syarikat.

AiS berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan, serta membatalkan proses Pra-Kelayakan ini dan menolak kesemua permohonan tanpa menanggung sebarang liabiliti bagi pemohon yang terlibat atau menyatakan sebab musababnya. Sebarang permohonan untuk mengubah maklumat selepas penyerahan Dokumen Pra-Kelayakan ini tidak akan dilayan.

Selangor Fruits Valley (SFV)

Dibuka sempena cuti sekolahOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Selepas tujuh tahun tidak menerima pengunjung, Selangor Fruits Valley (SFV) kini dibuka semula sempena cuti persekolahan penggal pertama.

Pembukaan SFV itu bermula 18 hingga 26 Mac ini dengan tiket bagi kanak-kanak dan warga emas, RM4 serta dewasa RM7.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, Kerajaan Negeri menjangkakan 5,000 pengunjung hadir sepanjang cuti sekolah ini.

Katanya, pembukaan itu ekoran sam-butan yang menggalakkan sewaktu Ta-hun Baru Cina, baru-baru ini.

"Seramai 700 pengunjung direkodkan pada pembukaan sambutan itu dan kita mendapat maklum balas positif, pujian serta cadangan untuk dibuka cuti seko-lah ini walaupun tidak diuar-uarkan secara meluas.

"Kita jangkakan SFV menerima kira-kira 5,000 pengunjung hadir," katanya kepada SelangorKini.

Zaidy berkata, ketika ini, 90 peratus in-frastruktur sudah dibina untuk fasa awal

dan dijangkakan akan siap keseluru-hannya dalam tempoh terdekat.

Katanya, pembukaan rasmi kepada umum dijangka akan dibuka, pada Mei ini.

Terdahulu, Pengurus Besar Kumpu-lan Perbadanan Kemajuan Pertanian Se-langor (PKPS), Tamby Omar Mohammed berkata kawasan tanaman pertanian itu sudah mula mengeluarkan hasil teruta-ma kelapa pandan, jambu batu, kacukan nangka dan cempedak (nangcem) serta buah-buahan bermusim.

Dengan pembukaan semula SFV, pi-haknya turut menawarkan beberapa tarikan baharu termasuk laman herba, taman herba, penternakan dan penge-luaran madu kelulut, taman rusa, taman arnab di menara tinjau, selain penter-nakan kam-bing serta ladang kelapa pan-dan.

SFV yang berkeluasan 1,000 ekar itu dijangka akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan pertanian di Selangor dan melengkapi produk pelancongan di da-erah berdekatan.

Orang ramai boleh mengunjungi SFV di KM7, Jalan Batang Berjuntai, Rawang, Selangor.

Projek Agrobox tambah pendapatan keluargaSHAH ALAM - Buat julung kalinya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melak-sanakan Projek Agrobox ‘Agro for Business’ di Dataran Anak Muda, PJS 1, pada 18 Mac lalu.

Projek Agrobox adalah salah satu pro-gram dilaksanakan MBPJ sebagai Bulan Landskap Petaling Jaya 2017, sepanjang Mac ini.

Program itu mendapat kerjasama Peja-bat DUN Taman Medan, Pusat Usahawan UM, Malaysian Sustainable Agriculture dan Komuniti PPP PJS1:South Avenue.

Ahli Dewan Taman Medan (ADN) Ta-man Medan, Haniza Talha berkata, Agro-box merupakan projek perintis untuk komuniti bandar, menghasilkan produk organik untuk komuniti juga sumber me-

nambah pendapatan keluarga.Katanya, projek itu juga adalah pro-

jek pertanian yang diambil MBPJ sebagai model untuk dilaksanakan di lain komu-niti bandar di Petaling Jaya.

“Produk dihasilkan 100 peratus or-ganik, menggunakan bahan tumbuhan dan semulajadi, selamat, berkhasiat dan enak.

“Kaedah tanaman sayuran di atas permukaan dan ternakan ikan tilapia di bawah dalam kontena merupakan teknik akuaponik. Kelestarian kaedah ini de-ngan sisa buangan ikan dikitar semula kepada sayuran.

“Akar sayur menyerap nutrisi dan se-terusnya tumbesaran sayuran ditanam akan berlaku,” katanya.

Page 17: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

18PBT

SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Kes demam denggi mencatatkan penu-runan 47 peratus di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), sejak Jan-uari hingga Februari lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahamd Dahlan berkata, 895 kes demam deng-gi dicatatkan berbanding 1,707 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.

Katanya, menerusi pelan-caran Semburan Aerosol Satu Rumah, Satu Aerosol yang di-lancarkan Kerajaan Negeri untuk semua pihak berkuasa tempatan, MPSJ memilih Pang-sapuri Sri Tanjung, USJ 16 se-bagai lokasi tapak pelancaran program.

“Sebanyak 200 tin aerosol disumbangkan Kerajaan Nege-ri diedar ke rumah yang men-

200 tin aerosol diedar

Kes denggi menurun

jalani pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Penduduk juga dimaklum-kan secara terus berkaitan

bang Jaya.Katanya MPSJ bersama Peja-

bat Kesihatan Daerah Petaling akan membuat kawalan denggi secara ‘fogging’ dan ‘larvasid-ing’ seperti ditetapkan.

“Jika penduduk turut mem-beri kerjasama dengan mem-buat semburan di dalam rumah, selain nyamuk Aedes dapat dihapuskan ia secara ti-dak langsung dapat menurunk-an demam denggi.

“Ahli majlis juga digalakkan melaksanakan aktivii gotong-royong bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP) menghapus-kan tempat pembikan Aedes,” katanya,

Katanya, ahli majlis boleh memohon pembelian aerosol daripada ADN kerana kerajaan Negeri menyalurkan peruntuk-kan RM10,000 di setiap DUN untuk program semburan aero-sol.

SHAH ALAM - Enam premis pusat siber beroperasi tanpa lesen di seki-tar Jeram dan Tanjung Karang dike-nakan tindakan sitaan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, tinda-kan penguatkuasaan diambil seju-rus menerima aduan awam serta risikan awal terhadap premis ter-babit sebelum operasi dijalankan.

Katanya, 111 unit komputer di-sita di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MDKS 2007.

“Operasi dijalankan selama dua hari dan hasil pemeriksaan mendapati semua pemilik premis gagal mengemukakan lesen per-niagaan.

“Hasil serbuan turut mendapati sebuah premis menawarkan hadiah berunsur perjudian dibayar melalui bonus sehingga RM100,000,” ka-tanya.

Mohd Azhar berkata, MDKS se-dang mengumpul maklumat bagi mendakwa pemilik premis yang membenarkan penyewa menya-lahgunakan premis mereka.

Katanya, tindakan penguatkua-saan tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung pe-nyalahgunaan premis perniagaan.

“Kepada pengusaha pusat si-ber haram yang masih berdegil meneruskan operasi, hentikan segera atau berdepan tindakan da-ripada MDKS.

“MDKS juga akan membatalkan lesen premis perniagaan pusat si-ber kepada pengusaha yang ber-lesen jika didapati melanggar syarat termaktub di dalam peraturan lesen atau mendapat aduan pelanggaran syarat polis,” katanya.

Orang ramai yang ingin menya-lurkan aduan mengenai pusat si-ber mencurigakan boleh berbuat demikian menerusi aplikasi SPARKS.

Enam pusat siber tanpa lesen disita

pencegahan denggi dan peng-gunan aerosol secara selamat,” katanya.

Hisham berkata, terdapat 17

lokasi direkod sebagai lokasi panas demam denggi terma-suk di DUN Sri Serdang, Seri Kembangan, Kinrara dan Su-

KUALA SELANGOR - Sebuah kilang ais diarah menghentikan operasi serta merta kerana bero-perasi di dalam keadaan kotor dan tanpa lesen.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, tin-dakan dilakukan ekoran penarikan semula lesen dikeluarkan kepada kilang terbabit, pada Januari lalu.

Katanya, penarikan lesen dibuat ekoran kegagalan mematuhi Per-aturan 394A(Standard bagi Ais Yang Selamat Digunakan) Per-aturan-Peraturan Makanan 1985 dari segi infrastruktur.

“Pengusaha kilang juga di-dapati gagal mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) yang boleh memberi risiko kemudaratan kepada pengguna.

“Selain itu, pengusaha kilang turut mengingkari arahan dan meneruskan aktiviti tanpa kebe-naran/lesen dibawah peruntukan

Kilang ais kotor ditutupUUK Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MDKS) 2007,” katanya.

Mohd Azhar berkata, tindakan kompaun juga dikeluarkan selepas hasil siasatan MDKS mendapati pemilik premis menggajikan pe-kerja tanpa suntikan vaksin Tifoid dibawah peruntukan Undang-Un-dang Kecil Pengendali Makanan (MDKS) 2007.

Katanya, kompaun juga dike-luarkan ekoran kegagalan kilang

menjaga persekitaran dalam ke-adaan bersih di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDKS) 2007.

“Peniaga dinasihatkan untuk menyelidik terlebih dahulu latar belakang syarikat yang membekal-kan ais kepada mereka.

“Jika terdapat keraguan, pe-niaga disaran segera melaporkan kepada MDKS melalui aplikasi SPARKS,” katanya.

Page 18: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

19SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

PBT

OLEH ERMIZI MUHAMAD

MORIB - Penganjuran Program Morib Beach Ultimate Frishbee diyakini mampu menyun-tik semangat kesukanan generasi muda di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Yassin Alwi ber-kata, program anjuran sepenuhnya MDKL dengan kerjasama Tourism Selangor itu di-wujudkan bagi memperkenalkan Kuala La-ngat sebagai destinasi pelancongan sukan di Selangor.

“Program ini pada dasarnya adalah usaha MDKL meningkatkan serta memberi ga-lakan supaya masyarakat menyertai aktiviti sihat.

“Sasaran kita pada awalnya terbuka ke-pada semua lapisan umur tetapi keuta-maannya kepada golongan muda.

“Sukan ini menariknya kita jalankan di pantai pasir dengan persekitaran lebih mencabar dan ini menjadi tarikan terbaru kepada MDKL secara amnya juga kepada Selangor,” katanya.

Beliau ditemui SelangorKini selepas hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang program di Dataran Pantai Morib, pada 18 Mac lalu.

Penyertaan kejohanan julung kalinya itu turut mendapat sambutan baik daripada

Morib Beach Ultimate Frishbee

Rancak pelancongan sukan MDKL

MORIB - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mensasarkan kutipan hasil cukai sebanyak RM50 juta untuk tempoh 2017.

Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Yassin Alwi berkata, hasil kutipan itu disalurkan bagi pembaikan fasiliti dan perkhidmatan MDKL kepada masyarakat setempat.

“Hasil cukai yang kita sasarkan setakat ini lebih kurang RM50 juta dan kita sa-ngat optimis mampu mencapai sasaran itu kerana pembayar cukai memberi ker-jasama baik.

“Mereka tahu bukan sahaja membayar cukai itu sebagai tanggungjawab korpo-rat tetapi juga sebagai amanat secara ber-sama.

“Pada masa sama, hasil cukai ini akan dipulangkan kepada masyarakat dengan memberikan perkhidmatan terbaik di daerah ini,” katanya kepada SelangorKini.

Dalam isu berasingan, Mohd Yassin memaklumkan MDKL kini giat melak-sanakan pelan perancangan jangka panjang dan program berterusan untuk merancakkan lagi pembangunan eko pelancongan di daerah itu.

Beliau berkata, ini termasuk usahasa-ma bersama agensi Kerajaan Negeri un-tuk menarik lebih ramai pelancong ke destinasi Pantai Morib yang sinonim di daerah itu.

“Perancangan sudah dibuat untuk membangunnkan industri eko pelan-congan, namun untuk tempoh ini se-gala perancangan masih lagi tertakluk di bawah kelulusan jawatankuasa,” ka-tanya.

Sasar cukai RM�� juta

lebih 10 kumpulan mewakili pelbagai insti-tusi pendidikan seluruh negeri.

Pasukan Nest Universiti Teknologi Mara (UiTM Perlis) dinobatkan sebagai juara ke-seluruhan bagi kategori Senior Beach Ulti-mate Men’s Open 2017 dengan membawa pulang wang tunai RM1000 berserta medal.

Pasukan AUE Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam berada di kedudukan ke-dua dengan membawa pulang wang tunai RM700 dan medal.

Pasukan TURF juga mewakili Univer-siti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam) di kedudukan ketiga, membawa pulang wang tunai RM500 dan medal.

Sementara, bagi kategori Bons Ultimate Mix’s, pasukan Lycans Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam) berada di kedudu-kan pertama dan membawa pulang wang tunai RM500 serta medal.

Pasukan Pirates Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berjaya di tempat ke-dua dengan membawa pulang wang tunai RM300 dan medal serta Ulti Mustang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM Gom-bak) berada di kedudukan ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM200 dan medal.

Pemain Harith Zafry dari kumpulan AUR dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Page 19: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

20Pendidikan

SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Selangor dijang-ka menerajui program latihan teknikal dan vokasional (TVET) di negara ini dengan menye-diakan pelbagai latihan di dua institusi pendidikan negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, sektor pendidikan yang menawarkan kemahiran itu penting dalam menentukan ke-jayaan pelajar akan datang.

“Pendidikan adalah pela-buran penting menjadikan sese-buah negeri maju dan menjadi cabaran kepada kita bagaimana ingin menerajui usaha mengim-bangi keluaran graduan mengi-kut keperluan.

“Ketika ini, kita melahirkan banyak graduan, namun tiada pekerjaan sesuai dengan kema-hiran dan pengetahuan pela-jar,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, pada 20 Mac lalu.

Mohamed Azmin berkata,

Lahir graduan berkualiti

Selangor peneraju TVET Kerajaan Negeri perlu mendeka-ti pendidikan TVET bagi menja-min masa depan negara.

Katanya, ia bakal dilak-sanakan di dua institusi pen-didikan negeri iaitu Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej An-tarabangsa Inpens.

“Kita perlu mengambil con-toh negara maju antaranya Je-pun dan Jerman yang mem-berikan tumpuan besar dalam program sedemikian,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama Exco, pimpinan tertinggi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pakar dari badan profesional mengadakan 'retreat' di Port Dickson, baru-baru ini.

Dalam 'retreat' itu, tiga perkara diberi tumpuan anta-ranya ekonomi, pendidikan dan perumahan.

Dalam Belanjawan 2017 lalu, Mohamed Azmin mencadan-gkan RM5 juta untuk program TVET di Inpens bagi memper-kasakan pendidikan vokasional yang akan membekalkan tena-ga mahir kepada industri.

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali mengucapkan tahniah kepada semua calon Sijil Pela-jaran Malaysia (SPM) 2016 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Dalam laman sosial Face-booknya, Mohamed Azmin tu-rut berterima kasih kepada ibu bapa dan guru yang memain-kan peranan penting dalam mendidik generasi muda.

Katanya, peranan mereka itu dapat melahirkan insan berke-mahiran dan berilmu.

“Detik yang mendebarkan akhirnya tiba. Saya mengucap-kan selamat mengambil kepu-tusan SPM 2016 buat adik-adik semua dan mendoakan kejayaan milik anda!

“Tahniah juga buat ibu bapa dan guru yang memainkan pe-ranan penting mendidik generasi muda menjadi insan berkemahir-an dan berilmu,” tulisnya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia ber-sama pelajar dengan menye-diakan pelbagai sokongan dan bantuan pendidikan.

“Kita sentiasa bersama pe-lajar dalam perjalanan yang bakal bermula menuju ke men-ara gading dengan pelbagai sokongan dan bantuan pendi-

MB ucap tahniah kepada lepasan SPM SHAH ALAM - Seminar Antara

Budaya: Ilmu Agama-Idealogi dan Bahasa anjuran Institut Da-rul Ehsan (IDE) menjadi medan perkongsian ilmu antara para il-muan daripada pelbagai agensi termasuk institusi pengajian tempatan.

Seminar di Auditorium IDE itu menampilkan beberapa ahli aka- demik seperti Pensyarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (UM), Profesor Emeritius Dr Shaharir Mohd Zain dengan kertas kerja bertajuk Kos Peng-abaian Kebudayaan Dalam Pen-terjemahan Sains dan Matema-tik Inggeris – Melayu.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Teras, Univer-siti Sains Islam Malaysia (USIM), Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah USIM, Ros Mahwati Ah-mad Zakaria membentangkan kertas kerja Perbandingan Pen-jilidan dan Iluminasi al-Quran

Melayu dan Cina Sebelum Abad ke-20 masihi.

Manakala, Pensayarah Uni-versiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Tarmizi Hasrah memben-tangkan kertas kerja bertajuk Pertembungan Bahasa di Ma-layonesia: Kelihan Terhadap Ba-hasa Jawi, Pengurusan Politik Eropah di Alam Melayu.

Turut membentangkan ker-tas kerja adalah Pensyarah Ins-titut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Rohaizat Abdul Wahab; Pensyarah Program Pascasiswa-zah, Pusat Pengajian Pendidik-an Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM), Nurul Fatini Jaafar dan Muhammad Naim Fakhirin Rezani dari Universiti Malaya.

Seminar yang diadakan sepanjang hari itu turut dihadiri Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib.

Medan kongsi ilmu

dikan,” katanya.Seramai 8,647 dari 434,535

atau 2.13 peratus calon SPM 2016 memperoleh semua A (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki ber-banding 9,721 calon, pada 2015.

SPM 2016 mencatatkan in-deks Gred Purata Nasional (GPN) lebih baik iaitu 5.10 ber-banding 5.15, pada 2015.

Tahniah juga buat ibu bapa dan guru yang memainkan peranan penting mendidik generasi muda menjadi insan berkemahiran dan berilmu

MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Page 20: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

21SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

Agama

WAKTU SOLAT SELANGOR24 - 31 Mac 2017

18 Jamadilakhir - 3 Rejab 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

24 Jumaat 5:51 6:01 7:15 1:22 4:26 7:25 8:3425 Sabtu 5:50 6:00 7:15 1:22 4:25 7:25 8:3426 Ahad 5:50 6:00 7:14 1:22 4:24 7:25 8:3427 Isnin 5:49 5:59 7:14 1:21 4:23 7:24 8:3328 Selasa 5:49 5:59 7:14 1:21 4:22 7:24 8:3329 Rabu 5:48 5:58 7:13 1:21 4:21 7:24 8:3330 Khamis 5:48 5:58 7:13 1:21 4:20 7:24 8:3331 Jumaat 5:48 5:58 7:12 1:20 4:21 7:24 8:33

24 Jumaat 5:53 6:03 7:17 1:25 4:28 7:27 8:3625 Sabtu 5:52 6:02 7:16 1:24 4:27 7:27 8:3626 Ahad 5:52 6:02 7:16 1:24 4:26 7:27 8:3627 Isnin 5:52 6:02 7:15 1:24 4:25 7:27 8:3628 Selasa 5:01 6:01 7:15 1:23 4:24 7:26 8:3529 Rabu 5:50 6:01 7:15 1:23 4:23 7:26 8:3530 Khamis 5:50 6:00 7:14 1:23 4:22 7:26 8:3531 Jumaat 5:50 6:00 7:14 1:22 4:23 7:26 8:35

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG - Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) membawa mesej dititahkan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Id-ris Shah dalam menjadikan ne-geri itu sebagai tanda aras keta-madunan pimpinan Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pem-bangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tema itu ber-sesuaian dengan senario semasa yang menyaksikan banyak kes

salah laku membabitkan pe-mimpin, sejak akhir-akhir ini.

“Keadaan ini amat bertepatan dengan situasi hari ini terhadap pelbagai isu salah tadbir urus dan salah laku pemimpin terlibat rasuah.

“Penerapan ini yang kita mahu bawa kepada pemimpin di Se-langor tidak kira dalam keluarga, jabatan, agensi, malahan ke pe-ringkat Kerajaan Negeri kerana kita mahu tadbir urus baik, kete-lusan, kebertanggungjawaban dan integriti diterapkan dalam kepimpinan di semua lapisan

peringkat,” katanya.Ahmad Yunus berkata demiki-

an selepas merasmikan Karnival 3K di Masjid At-Taqwa, Kampung Bukit Kapar, pada 17 Mac lalu.

Beliau berkata, karnival itu turut membawa agenda mem-perkasakan aqidah ahli sunnah wal jamaah ekoran semakin ba-nyak kefahaman dan ajaran sesat menggugat kesejahteraan umat Islam di negara ini.

Katanya, mesej memperka-sakan institusi kekeluargaan turut diketengahkan supaya melahirkan generasi baik, pada masa hadapan.

BATANG KALI - Kerajaan Negeri kekal konsisten memenuhi keper-luan rakyat dalam segenap aspek termasuk pendirian terbuka un-tuk terus membantu pembaikan dan peningkatan fasiliti pemba-ngunan masjid di negeri ini.

Dato Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Ke-rajaan Negeri sedia meluluskan sejumlah bantuan kepada Mas-jid As-Sajidin Kampung Sentosa Batang Kali, di sini.

Katanya, permohonan itu amat wajar diberi pertimbangan khas memandangkan ia sudah dibina sejak 1995 dan dikunjungi ramai.

“Justeru, pengurusan mera-sakan ada keperluan untuk me-naik taraf beberapa kemudahan asas di masjid ini.

“Saya sudah memohon kepa-

da pegawai kewangan negeri un-tuk meneliti permohonan ini dan mengambil tindakan segera,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Mohamed Azmin meneruskan tradisi turun padang meninjau permasalahan pen-duduk dan berpeluang menunai-kan solat Jumaat di Masjid As-Sa-jidin, Batang Kali bersama lebih 500 jemaah lain.

Batang Kali adalah kawasan Dewan Undangan Negeri yang dipimpin wakil rakyat Barisan Na-sional (BN), Dato Mat Nadzari Ah-mad Dahlan.

Terdahulu, SelangorKini di-maklumkan pengurusan masjid memohon bantuan RM130,000 bagi kerja pembaikan fasiliti dan program keagamaan di institusi ibadat itu.

SHAH ALAM - Tiga keluarga mang-sa kebakaran yang ditempatkan di Dewan Taman Gemilang, Dengkil menerima sumbangan beg keleng-kapan diri dan kewangan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), baru-baru ini.

Pengurus Operasi Bahagian Pro-mosi dan Sumbangan, Md Ariffin Jaafar berkata, ia adalah inisiatif YIDE dalam menyumbang tenaga bagi meringankan beban mangsa terjejas ekoran bencana berkenaan.

Katanya, YIDE turut mendapat kerjasama sukarelawan YIDE, Ja-batan Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang dan RELA dalam mengagih-kan sumbangan.

“Laporan awal diperolehi keba-karan membabitkan tiga unit rumah teres di Taman Gemilang.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik bomba,” ka-tanya dalam kenyataan.

Pada 9 Mac lalu, YIDE menyam-paikan sumbangan kepada Seko-lah Rendah Agama Seksyen 3 Shah Alam yang diwakili Guru Besar, Fil-zah Mohd Nor.

Terdahulu, sekolah berkenaan di-

Junjung titah Sultan Selangor

�K realisasi tanda aras pimpinan Islam

YIDE bantu mangsa kebakaran

landa angin ribut dan menyebabkan sebahagian kantin tambahan yang digunakan untuk pelajar tahap 1 diterbangkan angin.

Pada tarikh sama, YIDE turut me-nyalurkan sumbangan bencana ke-pada empat keluarga mangsa keba-karan di Taman Bukit Kuantan, Klang membabitkan 15 mangsa.

Md Ariffin berkata, program ban-tuan merupakan tanggungjawab sosial korporat YIDE terhadap rakyat

Selangor.“Selain bantuan bencana, YIDE

juga berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim dengan melak-sanakan program agihan sumbangan kewangan, bantuan pendidikan serta perkhidmatan Rawatan Hemodialisis yang dikawal selia Pusat Dialisis MAIS.

“YIDE akan terus menyampaikan sumbangan kebajikan kepada rakyat Selangor dalam usaha menjadikan-nya negeri berkebajikan,” katanya.

Konsisten tingkat fasiliti masjid

Page 21: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

22Wanita

SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SUBANG JAYA - Kerajaan Ne-geri sentiasa mendukung peranan wanita sebagai agen perubah-an selaras matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam 'Sustainable Development Goals' (SDGs) 2030 untuk men-capai kesaksamaan jantina dan membangun daya upaya kaum itu.

Exco kesihatan, kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pengli-batan kaum wanita tidak wajar dinafikan seiring peranan dan sumbangan mereka dalam me-macu pertumbuhan ekonomi negeri.

"Kerajaan Selangor mengi-ktiraf peranan wanita dalam me-nyumbang kepada pembangun-an sosioekonomi dan modal insan di negeri ini.

"Kita juga berbangga dengan pencapaian wanita yang menda-

hului negeri lain dengan memi-liki 15 Ahli Dewan Negeri wanita atau 27 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Sambut-an Hari Wanita di Geno Hotel, di sini, pada 21 Mac lalu.

Pada masa sama, Daroyah juga melahirkan rasa bangga terha-dap prestasi 41 peratus penjawat awam wanita di negeri ini anta-ranya dua hakim di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, tujuh hakim di Mahkamah Rendah Sya-riah Selangor dan lantikan 59 ahli majlis wanita.

"Kerajaan Negeri juga melan-tik wanita untuk menerajui Per-badanan Kemajuan Negeri Se-langor (PKNS), badan berkanun yang menjadi penyumbang be-sar kepada hasil negeri.

"Ini membuktikan keseriusan Kerajaan Selangor dalam menga-rusperdanakan wanita terhadap pentadbiran negeri," katanya.

KOTA DAMANSARA - Pusat Pen-didikan Khas Eden Firdaus bakal menawarkan biasiswa kepada golongan berpendapatan ren-dah yang memiliki anak istimewa untuk menerima pembelajaran terbaik.

Pengarahnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, ramai ibu bapa tidak dapat menghantar anak istimewa ke sekolah bersesuaian ekoran menelan perbelanjaan tinggi berbanding sekolah biasa.

Katanya, biasiswa itu diberikan menerusi sumbangan RM100,000 yang dihulurkan Kerajaan Negeri kepada pusat pendidikan terbabit.

"Saya ingin memberi semula duit ini kepada anak Selangor di luar sana dengan mewujudkan skim biasiswa melalui sumba-ngan Kerajaan Negeri.

"Menerusi sumbangan ini, kita boleh sediakan lapan hingga 10 tempat untuk pembelajaran me-reka secara percuma dan ini im-pian saya,” katanya ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri kepada dua taska sempe-na Early Intervention Programme (EIP), di sini, pada 20 Mac lalu.

Pada masa sama, Idham yang juga pelakon dan pengarah filem terkenal itu berkata, surat ta-waran biasiswa kepada mereka yang layak akan diserahkan ke-tika Karnival Kesedaran Autisme Eden Firdaus, pada 28 April ini.

Katanya, beliau ingin memas-tikan sistem kokurikulum terbaik yang dimiliki pusat pendidikan khas itu dapat dikongsi dengan rakyat Selangor.

Sementara itu, pemilik Pusat

KOTA DAMANSARA - Ibu bapa yang memiliki anak istimewa diingatkan supaya tidak berputus asa memberi pendidikan kepada golongan ter-babit kerana mereka juga mampu berjaya dalam kehidupan masing-masing setelah meningkat dewasa.

Perkara ini dibuktikan ahli perniagaan yang juga pemilik Pusat Pendidikan Khas Andra Up-hill, Samrizat Sazli Samsudin, 36, apabila berjaya membuka pusat pendidikan khas untuk anak istimewa di Salak Tinggi, Sepang, sejak enam bulan lalu.

Mengimbau pengalaman membesar sebagai penghidap autisme, Samrizat berkata, beliau sama seperti kebanyakan penghidap autisme lain yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Semasa kanak-kanak, walaupun berada dalam dunia sendiri tetapi saya ada kelebihan mampu mengingati lebih 30 angka yang disu-sun secara rawak.

"Bagaimanapun, seluruh ahli keluarga, rakan dan isteri melayan saya seperti biasa tetapi de-ngan cara tertentu. Saya berterima kasih kepa-da mereka," katanya.

Samrizat berkata, pengalamannya sebagai penghidap autisme juga

menjadi inspirasi ke-padanya membuka pusat pendidikan khas bagi membantu golongan istimewa itu mampu berdikari.

Terdahulu, beliau menerima sumbangan RM50,000 daripada

Kerajaan Negeri untuk menaik taraf dan menam-

bah baik fasiliti di pusat pendi-

dikan mi-liknya.

Capai kesaksamaan jantina

Wanita agen perubahan negeri

Eden Firdaus tawar biasiswa anak istimewa Penghidap autisme buka pusatpendidikan khas OKU

Pendidikan Khas Andra Uphill, Samrizat Sazli Samsudin berka-ta, sumbangan RM50,000 yang diterima akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan di situ.

"Kita berikan semula kepa-da masyarakat dengan menaik taraf pusat sedia ada untuk me-nampung permintaan tinggi

selain menambah baik aspek ke-selamatan dan keselesaan pelajar.

"Kita juga akan membantu ibu bapa kurang berkemam-puan menghantar anak ke pusat kami dengan ker-jasama Jabatan Keba-jikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Menerusi sumbangan ini, kita boleh sediakan lapan hingga 10 tempat untuk pembelajaran merekasecarapercuma dan inilah impian saya

AHMADIDHAMPengarah Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus

Page 22: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

23SelangorKini 24 - 31 Mac 2017

Sukan

BESTARI JAYA - Kejohanan Sukan Anta-ra Fakulti Kali Kedua Universiti Selangor (UNISEL) 2017 berlangsung jaya dengan pe-nyertaan lebih ramai pelajar berbanding ke-johanan sebelumnya.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dato' Dr Mo-hammad Redzuan Othman berkata, dengan jumlah penyertaan lebih besar, ia memberi kebaikan kepada UNISEL dalam mempel- bagaikan aktiviti dan memakmurkan kampus.

“Ini adalah sebahagian usaha UNISEL memakmurkan kampus kerana beberapa isu timbul sejak beberapa tahun apabila pelajar mengosongkan kampus setiap kali tiba hujung minggu.

“Ternyata kemeriahan ditunjukkan mem-buktikan kampus akan terus hidup pada hu-

BESTARI JAYA - Proses penam-bahbaikan kemudahan sukan di Universiti Selangor (UNISEL) di sini dirancang supaya ia dapat menganjurkan pelbagai kejohan-an utama selain digunakan se-bagai pusat latihan sukan.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari ber-kata, UNISEL mempunyai kemu-dahan diperlukan daripada pel- bagai aspek bagi tujuan itu na-mun memerlukan kerja baik pu-lih ekoran kebanyakannya sudah melebihi 10 tahun.

Katanya, peningkatan dan penambahbaikan itu memberi kelebihan kepada UNISEL bagi menganjurkan pelbagai kejo-hanan seperti Kejohanan Sukan Antara Fakulti Kali Kedua UNISEL 2017.

“Ia kejohanan baik, namun kemudahan sukan yang ada di sini lebih 10 tahun, maka saya perlu berbincang dengan Dato Menteri Besar untuk melihat bagaimana ia boleh dibaik pu-lih.

“Secara tidak langsung (apabi-la ditambah baik) ia boleh dijadi-kan sebagai pusat latihan sukan pada masa depan untuk pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau ber-kata, UNISEL melalui proses perkembangan membanggakan dengan kewujudan pusat latihan kayak yang sudah terbina di uni-versiti berkenaan.

“Kita sudah membuat satu pusat latihan kayak dan akan di-perbanyakkan lagi dalam peran-cangan masa depan,” katanya.

jung minggu dan saya kira ia mencapai matla-mat kerana pelajar menunjukkan komitmen tinggi dan kesediaan untuk terbabit dalam program sukan dirancang,” katanya kepada SelangorKini selepas majlis perasmian sukan berkenaan, pada 17 Mac lalu.

Majlis perasmian disempurnakan Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Beliau berkata, dengan kejayaan pengan-juran kejohanan itu, UNISEL merancang un-tuk mengadakannya lebih baik pada masa depan dengan menambah acara supaya dapat disertai lebih ramai pelajar.

Katanya, UNISEL akan menggunakan semua kemudahan dimiliki seperti pusat latihan sukan kayak yang berpotensi untuk dimajukan.

“Sudah tentu matlamat lebih besar untuk mencungkil bakat baru dalam bidang sukan dan saya yakin aktiviti sebegini mampu di-realisasikan pada masa akan datang.

“Kejohanan ini mampu diadakan lebih baik melalui perancangan rapi dengan pe-nyertaan penaja kerana matlamat UNISEL bukan setakat menganjurkannya tetapi melahirkan bakat atlet peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Kejohanan Sukan Antara Fakulti Kali Ke-dua UNISEL 2017 berlangsung di Kompleks Sukan UNISEL, di sini.

Kemudahan sukanUNISEL jadi pusat latihan

Semarak gaya hidup sihat kampus

FAKULTI YANG MENYERTAIl Fakulti Perniagaan dan Perakaunan

l Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran

l Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial

l Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat

l Fakulti Pembangunan Pengajian Asasi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Atlet cemerlang berjaya mengharumkan Sela-ngor di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dirai dalam Majlis Anugerah Sukan Nege-ri Selangor (ASNS) 2015-2016, pada 31 Mac ini.

Bertempat di Hotel Concorde, Exco Generasi Muda, Sukan, Ke-budayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari ber-kata, acara tahunan itu diadakan sebagai motivasi dan pemang-kin semangat kepada atlet baru untuk meningkatkan kualiti bagi mengharumkan nama negeri ke peringkat tertinggi.

“Antara objektif penganjuran ini adalah sebagai tanda peng-hargaan kepada ahli sukan yang mengharumkan nama negeri serta mencapai kejayaan cemer-lang dalam acara sukan negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Ia juga bertujuan menge-ratkan hubungan antara peng-giat sukan dengan wakil media dalam membantu menaikkan

Anugerah Sukan Negeri Selangor (ASNS)

Tawar insentif RM��,���

semangat atlet. “Selain itu, objektifnya bagi

mempertemukan atlet baru dan bekas atlet di samping dapat

bertukar pendapat serta idea mempertingkatkan kualiti diri dalam perkembangan sukan ta-nah air,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Anugerah Sukan Negeri di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor yang

turut dihadiri Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Zubir Idrus.

Pada masa sama, DYMM Sul-tan Sharafuddin Idris Shah di-jangka berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis penganugerahan.

ASNS tahun ini memperta-ruhkan lapan kategori utama, antaranya Anugerah Olahraga-wan dan Olahragawati, Anu-gerah Olahragawan dan Olah-ragawati Harapan, Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan, Anu-gerah Pasukan Terbaik, Anu-gerah Jurulatih Terbaik dan Anu- gerah Khas.

Pemenang bakal menerima insentif kemenangan wang tunai antara RM3,000 dan RM5,000 dengan jumlah ke-seluruhan RM25,000 berserta trofi.

Page 23: SPR JANGAN DOLAK DALIK - selangorkini.my · Harga ditawarkan antara RM170,000 hingga RM270,000 dengan anggaran nilai pemban-gunan kasar RM359 juta, yang dijangka siap dalam tempoh

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

23

OLEH HAFIZAN TAIB

BESTARI JAYA - PKNS FC diminta membalas kepercayaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah dengan mengatasi cabaran Pilihan Singapura untuk menjuarai Piala Sultan Selangor 2017 di Singapura pada 6 Mei ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, ber-

kata pemilihan kelab itu bagi mewakili negeri

s e b a g a i

SHAH ALAM - PKNS FC berazam melakukan yang terbaik bagi membalas kepercayaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah, untuk membawa pulang Piala Sultan Selangor ke negeri itu.

Presidennya, Siti Zubaidah Abd Jabar berkata, pihaknya men-junjung kasih atas titah Sultan Selangor yang berkenan PKNS FC mewakili Selangor dalam per-tandingan piala berprestij itu.

Katanya, ia adalah penghor-matan kepada kelab bola sepak kelolaan agensi Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Se-langor (PKNS).

“Pasukan beriltizam meng-hadiahkan kemenangan dan membawa pulang trofi Piala Sul-tan Selangor ke pangkuan DYMM Tuanku dan rakyat Selangor, pada tahun ini.

“Kita berusaha mempersem-bahkan mutu permainan meng-hiburkan dan berkualiti dalam perlawanan penuh dengan tradisi yang menjadi simbolik kepada hubungan istimewa di antara dua kerajaan atas semangat kesukan-an diinspirasikan Tuanku Sultan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merakamkan penghar-gaan terima kasih kepada selu-ruh rakyat Selangor khususnya peminat dan penyokong bo-lasepak negeri itu yang bersatu di bawah semangat kesukanan kerana menyokong PKNS FC me-wakili Selangor.

Mewakili negeri sebagai Pilih-an Selangor, PKNS FC menentang Pilihan Singapura dalam perlawa-nan diadakan di Stadium Nasional Singapura pada 6 Mei ini.

Piala Sultan Selangor

PKNS FC diiktirafPilihan Selangor pada kejohanan itu adalah satu penghormatan dan seharusnya PKNS FC mengguna-kan segala kesempatan terhidang bagi mencatat kejayaan.

“Ini bukan satu pengiktirafan sahaja tetapi cabaran kepada PKNS FC untuk membaiki kepu-tusan mereka dan juga menun-jukkan keupayaan mereka dalam pertandingan itu.

“Ia satu kelebihan yang saya kira patut diambil peluang oleh PKNS FC,” katanya kepada SelangorKini.

Walaupun mengakui skuad bimbingan E Elavarasan berdepan cabaran getir daripada The Lions tetapi Amirudin berharap PKNS FC berupaya memikul tanggungja-

wab berkenaan demi menaikkan nama negeri dalam pertandi-

ngan itu.“Ini tang-

gungjawab be-sar kepada PKNS FC dan diharap mereka mampu

memikulnya de-ngan mengambil

peluang yang ada untuk membuktikan ke-

mampuan,” ka-tanya.

Menurut la-poran, Sultan Selangor me-nitahkan perkara

Azam rampas kembali Piala Sultan Selangor

itu berdasarkan surat diutuskan Pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abdul Karim Munisar ke-pada Presiden PKNS FC, Siti Zubai-dah Abd Jaafar.

Pertandingan bermula 2001 se-cara tradisi mempertemukan Selan-gor dan Singapura namun pemili-han The Red Ants tahun ini bukan perkara baru kerana Majlis Perban-daran Petaling Jaya (MPPJ) pernah berbuat demikian pada edisi 2004.

Dalam kejohanan diadakan di Stadium Nasional Singapura, PKNS FC selaku Pilihan Selangor akan menentang juara bertahan, Pilihan Singapura dalam perla-wanan utama selepas pertemuan Veteran Selangor dan Veteran Si- ngapura diadakan terlebih da-hulu.

Perlawanan itu dilangsung-kan selepas pertemuan Veteran Selangor dan Veteran Singapura diadakan terlebih dahulu.

Piala Sultan Selangor adalah hasil cetusan ilham Sultan Sela-ngor yang diada-kan sejak 2001.

Ini bukan satu pengiktirafan sahaja tetapi cabarankepada PKNS FCuntuk membaiki keputusan mereka dan juga menunjuk-kan keupayaanmereka dalampertandingan itu

AMIRUDIN SHARIExco Sukan Selangor

Gam

bar o

leh

PKN

S FC

Pasukan beriltizam menghadiahkan kemenangan dan membawa pulang trofi Piala Sultan Selangor ke pangkuan DYMM Tuanku

dan rakyat Selangor pada tahun ini

Anugerah SukanNegeri Selangor

tawar insentif RM��,���

SITI ZUBAIDAHPresiden PKNS FC