SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

66

Transcript of SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Page 1: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia
Page 2: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

OBJEKTIF

Membincangkan peranan manusia dan faktor kemuliaannya.

Menjelaskan matlamat penciptaan manusia.

Membincangkan etika dan nilai manusia menurut perspektif Islam dan sains.

Page 3: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

**PENDAHULUAN**

Manusia adalah makhluk Allah yang memiliki sifatkejadian paling baik. Kejadian terbaik ini menjadikanmanusia layak menjawat jawatan khalifah di muka bumi.Merekalah yang diamanahkan Allah mentadbir dunia inidengan melaksanakan arahan dan perintah daripadaPenciptanya.

Al-Quran sebagai wahyu Allah menyebut perihalmanusia ini dengan tiga bentuk istilah, iaitu:

1- Insan seperti dalam Surah al-Sajdah 32: 7

Terjemahan: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakan-Nya kejadian manusia (insan) berasaldaripada tanah.

Page 4: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

2- Basyar seperti dalam Surah al-Rum 30: 20

Terjemahan: Dan antara tanda-tanda yang membuktikankekuasaan-Nya (menghidupkan kamu semula), bahawa Dia(Allah) menciptakan kamu daripada tanah; setelah sempurnasahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadimanusia (basyar) yang hidup bertebaran di muka bumi.

3- Bani Adam seperti dalam Surah al-Isra’ 17: 70

Terjemahan: Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam (bani Adam); dan Kami telah beri merekamenggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut;dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripadabenda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan merekadengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yangtelah Kami ciptakan.

Page 5: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

PERANAN MANUSIA

Salah satu daripada kemuliaan manusia ialah manusiadilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi. Allah S.W.Tmenciptakan manusia sebagai khalifah-Nya denganperanan yang sangat besar. Firman Allah S.W.T:

Terjemahan:Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanahkepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanyaenggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akanmengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia.Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.

(Surah al-Ahzab 33: 72)

Page 6: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Ayat tersebut menegaskan betapa manusia sanggupmemikul amanah yang berat ini walaupun mengetahuikekurangan dan halangan yang bakal dihadapi. Manusiaberperanan meneroka serta mengambil faedah daripadahasil bumi bagi tujuan kemakmuran hidup.

Peranan manusia bukan sekadar khalifah semata-matakerana jika dibiarkan lambat laun manusia akan menjadizalim serta melampaui batas. Justeru, Allah S.W.Tmenghendaki supaya manusia sedar hakikat diri merekasebagai hamba Allah.

Page 7: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Dengan status hamba ini, manusia akan menjadipenguasa mahupun pemerintah yang patuh, taat sertatunduk kepada peraturan Allah walaupun mempunyaikuasa, pangkat, kedudukan dan harta kekayaan yangbanyak.

Bagi melaksanakan tugas khalifah ini manusiamemerlukan ilmu. Selain ilmu wahyu dan kenabian,ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam bendademi untuk menguasai alam benda bagi dipergunakanuntuk melaksanakan tugas khalifah dan untukmelaksanakan konsep pengabdian serta penyerahan.

Page 8: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

PERANAN MANUSIA

HAMBA KHALIFAH

Page 9: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

1- Peranan Manusia Sebagai Hamba

Manusia diturunkan ke dunia ini bukannya tanpa visidan misi atau peranan dan tugas. Manusiamempunyai kedudukan dan tugas yang telahdiamanahkan kepadanya, yang terbawa bersamasejak dia dilahirkan di muka bumi ini. Firman AllahS.W.T.:

Terjemahan: “Dan Aku tidak menciptakan jin danmanusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”.

(Surah al-Zariyat 51:56)

Page 10: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Tugas utama manusia adalah melakukan ibadah ataupengabdian yang ditujukan khas hanya kepada Allah dantidak kepada selain-Nya.

Sebagai hamba Allah, maka manusia harus menurutkemahuan dan perintah Allah serta meninggalkan segalalarangan-Nya.

Ibadah adalah semua perkataan dan perbuatan zahirataupun batin yang disukai dan diredai oleh Allah S.W.T.Ibadah dalam Islam meliputi semua aspek aktivitikehidupan manusia daripada adab makan dan minum,mencari rezeki, sehingga hubungan antara negara; samaada pada waktu perang atau damai.

Page 11: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Semua kerja yang dilakukan oleh petani, pegawai,peniaga, nelayan, atau askar di perbatasan dapatmenjadikan kerja mereka sebagai ibadah apabilamemenuhi syarat-syarat berikut:

i- Aktiviti yang dilakukan dibenarkan oleh Allah.

ii- Aktiviti tersebut disertakan dengan niat yang ikhlas

iii-Akitiviti dilakukan dengan cara bersungguh-sungguh, teliti dan ihsan

iv- Konsisten menjaga agar tidak melanggar hukumAllah

Page 12: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Menurut Quraish Shihab (2008:119), paling tidak adatiga hal yang menandai keberhasilan seseorangmencapai hakikat ibadah:

i- Si pengabdi tidak menganggap apa yang beradadalam genggaman tangannya sebagai milik peribadinya,tetapi milik siapa yang kepadanya dia mengabdi.

ii- Segala aktivinya hanya berkisar pada apa yangdiperintahkan oleh siapa yang kepadanya ia mengabdiserta menghindar daripada apa yang dilarangnya.

iii- Tidak memastikan sesuatu untuk dia laksanakanatau hindari kecuali dengan mengaitkannya dengankehendak siapa yang kepadanya ia mengabdi. Ibadahdan pengabdian hanya ditujukan kepada Rabb, iaituTuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam.

Page 13: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Manusia mempunyai dua tugas ibadah, pertama,beribadah kepada Allah baik dalam pengertian sempitmaupun luas.

Beribadah dalam erti sempit maksudnya mengerjakanibadah khusus secara ritual sahaja seperti solat, puasa,haji, dan sebagainya. Sedangkan ibadah dengan ertiluas adalah melaksanakan semua aktiviti baik dalamhubungan dengan secara vertikal kepada Allah S.W.Tmau pun secara horizontal dengan sesama manusiadan makhluknya yang lain seperti flora dan faunasesuai dengan ketentuan-ketentuan syariat Allah S.W.Tdan hadis Rasulullah.

Page 14: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Manusia diminta beribadah kepada Allah bukan berartiAllah perlukan kita. Bagi Allah walaupun semuamanusia di dunia ini menyembah-Nya, melakukansujud pada-Nya, taat pada-Nya, tidaklah hal tersebutsemakin menyebabkan meningkatnya kekuasaan Allah.

Demikian juga sebaliknya jika semua manusiamenentang Allah, maka hal ini tak akan mengurangisedikitpun kekuasaan Allah. Allah memerintahkansupaya manusia beribadah sebenarnya adalah untukkepentingan manusia sendiri, sebagai tanda terimakasih kepada-Nya, atas nikmat yang diberikan-Nya, danagar manusia menjadi orang yang bertaqwa (al-Qaradawi, 2001:95-96).

Page 15: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

2- Peranan Manusia Sebagai Khalifah

Manusia telah diberikan satu kuasa autonomi untuk tugas kekhalifahan yang telah diamanahkan oleh Allah kepadanya untuk menjaga dan memelihara muka bumi ini (al-Maududi, 1974:14).

Page 16: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 30:

Terjemahan: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirmankepada para Malaikat, “Sesungguhnya Aku hendakmenjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Merekaberkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan(khalifah) di bumi itu orang yang akan membuatkerusakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami senantiasa bertasbih dengan memujiEngkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman,“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidakkamu ketahui.”

Page 17: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Manusia yang mempunyai kedudukan sebagai khalifahdi bumi ini berperanan memakmurkan bumi dansegala isinya (Abdul Karim Othman, 1978:17).

Memakmurkan bumi bererti mensejahterakankehidupan di dunia ini. Untuk itu manusia wajibberilmu, bekerja, beramal soleh, berbuat baik kepadadiri, keluarga, masyarakat, dan lingkungan hidup sertamenjaga keseimbangan dan kelestarian bumi yangdidiami sesuai dengan tuntutan syariat Allah.

Dengan demikian manusia diharap akan dapatmencapai tujuan hidupnya, memperoleh keredaanAllah di dunia dan akhirat.

Page 18: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Khilafah dalam bahasa Arab bererti “wakil”. Posisimanusia di dalam alam ini, dari sudut kacamataIslam, ialah sebagai khilafah untuk Allah yangmewakili Allah dalam kerajaan-Nya. Berdasarkan halini, dia tidak boleh bertindak dalam kerajaan inimelainkan mengikut mandat perwakilan danberkewajiban menjalankan tugas yang diberikanAllah kepadanya.

Page 19: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Dalam urusan berkaitan dengan perwakilan:

i- Tuan empunya harta pemilik adalah yang hakiki,bukan orang yang orang yang menjadi wakil.

ii- Hendaklah orang ini bertindak terhadap hartamengikut seperti yang disuruh dan dikehendaki olehpemilik sebenar harta.

iii-Tidak harus baginya membelakangkan suruhan-suruhan pemilik harta dan melampaui batas-batasyang digariskan untuk diri dan kerjanya.

iv- Dia berkewajipan antara lain membelanjakan hartaitu sebagaimana yang dikehendaki, bukansebagaimana yang dikehendaki oleh dirinya sendiri.

Page 20: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Perlu ditekankan di sini bahawa Islam tidakmenyerahkan urusan khilafah ini kepada orang ataukeluarga atau lapisan manusia yang tertentu, tetapi diamenyerahkannya kepada seluruh anggota masyarakatmanusia yang percaya dengan prinsip-prinsip asasidaripada tauhid dan risalah di samping mempunyaikecekapan dan persediaan untuk melaksanakan segalaapa yang dikehendaki oleh prinsip khilafah itu.

Page 21: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

TUJUAN HIDUP MANUSIA

Antara persoalan penting yang selalu menjadi topikperbahasan dalam kalangan ahli falsafah Barat danTimur ialah tentang merumuskan tujuan hidupmanusia.

Manusia umumnya ketika hidup di dunia ini sama adaia menjalani hidupnya dengan mengikuti aruskehidupan, atau berani melawan arus, ataupunmenyesuaikan diri dengan arus. Tetapi apa yang dicaridengan melawan arus, menyesuaikan diri dengan arus,atau pasrah kepada arus, tidak pernah difikirkan secaraserius

Page 22: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Menurut ajaran Islam, tujuan hidup manusia ialahuntuk mendapatkan keredhaan Allah. Allah berfirmandalam surah al-Baqarah ayat 207 yang ertinya:

Terjemahan: “Dan antara manusia ada orang yangmengorbankan dirinya kerana mencari keredhaanAllah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya”.

Page 23: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Redha ertinya suka, suatu yang disukai. Jadi, segalapertimbangan tentang tujuan hidup seorang muslimperlu terlebih dahulu merujuk sama ada sesuatu itudiredhai Allah S.W.T atau tidak.

Antara kriteria sesuatu itu diredhai Allah atau tidakialah kesesuaian sesuatu perbuatan yang dilakukandengan syariat Allah. Sesuatu yang dilarang oleh Allahpasti tidak diredhai dan dengan melakukannya ataumelanggar perintah-Nya maka seseorang akanmendapat dosa. Ringkasnya, redha Allah perludijadikan hala tuju terakhir bagi semua kegiatantersebut.

Page 24: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

FAKTOR KEMULIAAN INSAN

1- Ketaqwaan asas kemuliaan manusia

Manusia adalah makhluk yang dimuliakan baik darisudut kuantiti ataupun kualiti seperti mana yang telahdijelaskan dalam surah al-Isra, ayat 70:

Terjemahan: “Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, memberi mereka pengangkutan di darat danlaut, dan Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik,kami lebihkan mereka atas banyak makhluk yang kamiciptakan dengan kelebihan yang sempurna”.

Page 25: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Kemudian dalam surah al-Hujurat: 13 yangbermaksud;

Terjemahan: “Wahai manusia, sesungguh Kami telahmenciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, danmenjadikan kamu berbagai bangsa dan kaum supayakamu dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain.Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu disisi Allah adalah orang yang paling taqwa”.

Deklarasi al-Quran yang sedemikian jelas ini walaubagaimanapun tidak ramai yang menyedari bahawaIslam telah memberi darjat kemuliaan yang tinggikepada manusia tanpa melihat perbezaan asalketurunan, tempat lahir, bahasa dan batas-batasgeografi. Mereka semua adalah daripada satuketurunan, iaitu Nabi Adam a.s.

Page 26: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Ingatlah wahai manusia, sesungguhnya tuhan kamuadalah satu dan sesungguhnya bapa kamu adalahsatu. (Oleh itu) ingatlah tidak ada perbezaan antaraorang Arab dan bukan Arab, dan tidak juga orangbukan Arab atas orang Arab, orang yang berkulitputih atas yang berkulit hitam dan yang berkulithitam atas yang berkulit putih kecuali dengan taqwa”(Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Page 27: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

2- Manusia makhluk istimewa

Manusia dalam pandangan Islam merupakan makhlukteristimewa dan termulia mengatasi semua makhluklain yang diciptakan Allah (Surah al-Tin, 95:4).Berbanding makhluk lain, Allah telah melengkapkanpada diri manusia dengan sifat rohaniah dan jasmaniahserta potensi yang layak bagi mencapai setinggi-tingginilai kehidupan dan semulia-mulia matlamat hidupyang ditetapkan untuknya.

Page 28: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Bahkan para malaikat yang telah dicipta Allah daripadanur cahaya tidak dapat mengatasi keistimewaan manusia.Firman Allah:

Terjemahan: “Sesungguhnya Kami telah memuliakananak-anak Adam, memberi mereka kenderaanpengangkutan di darat dan di laut, dan Kami beri merekarezeki daripada yang baik-baik, kami lebihkan merekaatas banyak makhluk yang kami ciptakandengankelebihan yang sempurna”. (al-Isra, 17: 70)

Page 29: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Kesempurnaan bentuk manusia sebenarnya tidakterhad pada dimensi fizikal semata-mata. Namun,keistimewaan yang lebih utama adalah dimensi non-fizikalnya yang bersifat roh yang ditiupkan kepadamanusia ketika masih dalam kandungan ibunya.

Dengan perkataan lain, dimensi mental dan spiritualmanusia yang merupakan anugerah Allah yang tidakada tolok bandingnya. Potensi dan fakulti spiritual iniyang telah memungkinkan manusia menggunakan akal,memanfaatkan daya kognitif dan emosinya dalammemahami dan menerima sesuatu pengalamanberinteraksi dengan alam bagi memenuhi keperluanhidupnya. Kelebihan yang seumpama ini tidak terdapatpada haiwan dan makhluk-makhluk lain.

Page 30: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Penemuan moden ilmu khususnya neurologi danfisiologi menyerlahkan kehebatan manusia makhlukciptaan Allah. Sebagai contoh, otak manusia yangtanpanya penemuan-penemuan sains dan tekonologitidak mungkin wujud seperti yang kita lihat sekarang.

Sememangnya mempunyai keunikan di mana semuamaklumat tersimpan dalam bahagian memori otakmanusia yang diistilahkan sebagai neokorteks(Neokorteks adalah kulit otak yang tergulung danterlipat-lipat sedemikian rupa agar dapat menempatidan menutup kedua belahan otak besar atauserebrum).

Page 31: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Fungsi terpenting neokorteks ini antara lain adalahberfikir, merasa, dan mengingat. Kulit otak inimengingat melalui rakaman pada sel-sel sarafnya. Iamerakam aktiviti manusia yang bersangkutan, baikkegiatan motorik, kegiatan sensorik mahubpunkegiatan asosiatif.

Pembahagian kerja untuk kegiatan-kegiatan ini disebuthomunculus otak. Maka ketika di Padang Mahsyarnanti, homunculus otak manusia itulah yang akanmelaporkan seluruh rakaman aktiviti kita di dunia.Yang lebih menarik lagi otak sebenarnya tidak pernahmelupakan apapun dan otak juga tidak mampuberbohong (Misykat Tafsir Kontemporer al-Quran,2010:1-3).

Page 32: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

3- Manusia suci secara fitrah

Manusia juga merupakan makhluk yang telah diciptaAllah dengan fitrah asalnya adalah suci dari sejaklahirnya sudah beriman kepada keesaan Allah.Rasulullah s.a.w. bersabda:

Terjemahan: Tidak ada seorang anakpun yang terlahirkecuali dia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Makakemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikananak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”. (Riwayat al-Bukhari)

Page 33: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Sungguh pun demikian, manusia masih bebasmembuat pilihan antara melakukan kebaikan ataukejahatan dan dengan pengaruh persekitaran eksternaldia dapat beransur-ansur terpengaruh danmenyeleweng daripada keimanan asalnya.

Allah tidak menafikan kemungkinan pengaruh jahatboleh terjadi pada manusia. Malah mereka akan terusterjerumus dalam apa saja bentuk kejahatan dankerosakan kecuali jika mereka betul-betul beriman danberamal soleh.

Page 34: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

ETIKA DAN NILAI MANUSIA

Kehidupan manusia tidak boleh lari dari nilai akhlakdan etika. Setiap perbuatan tidak akan terlepasdaripada nilai baik mahupun buruk serta dosa danpahala.

Etika dan nilai yang lahir daripada diri seseorangmenjadi ukuran baik atau buruknya seseorang individu.Bahkan bagi mereka yang tidak berpegang kepadamana-mana agama menjadikan akhlak dan etikasebagai piawai bagi balasan yang bakal mereka terimadi akhirat kelak.

Page 35: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Cuma bezanya ialah, dalam Islam, akhlak dan etikayang ada pada manusia hendaklah bersumberkankepada wahyu dan tidak semata-mata bergantungkepada akal sahaja.

Page 36: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

MORAL DAN ETIKA MANUSIA

Manusia dan akhlak atau moral merupakan dua entitipenting yang membentuk kemanusiaan dan menentukaneksistensinya, sama ada dihormati atau dihina.

Manusia tanpa akhlak tidak akan menjadi manusia yangmanusiawi. Walaupun manusia mungkin boleh dipisahkandaripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga mungkinboleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, bolehhidup tanpa wang dan harta, boleh hidup tanpa pasangantetapi manusia tidak boleh hidup tanpa atau dipisahkandaripada akhlak dan moral.

Page 37: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Rasa bermoral atau berakhlak adalah sifat semulajadidan selama berabad-abad telah menjadi ukuran bagimembenarkan sifat-sifat tertentu dan mencela sifat-sifat lainnya (al-Maududi, 1974:42).

Sememangnya diakui, moral yang baik sepertikeadilan, kebenaran, keberanian, kejujuran, danketaatan tetap mendapat sanjungan. Manakalakepalsuan, ketidakadilan, kezaliman, danpemungkiran janji tetap tidak boleh diterima walau dimana-mana pun manusia itu berada. Demikian jugakeadaannya dalam hal kriteria baik buruk tingkah lakukolektif masyarakat.

Page 38: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Ukuran-ukuran moral manusia pada hakikatnyaadalah universal dan telah diketahui benar olehmanusia sepanjang masa. Baik dan buruk bukanrekaan yang harus dicari-cari. Semua itu adalahrealiti yang cukup dikenal dan difahami oleh semuaorang.

Perasaan tentang baik dan buruk adalah inherendalam watak manusia. Lantaran, al-Quran cukupdengan menggunakan terminologi al-ma’ruf untukmenerangkan sesuatu yang baik lagi terpuji dan al-munkar untuk sesuatu perbuatan yang tercela.

Page 39: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Ukuran-ukuran moral yang telah berada secarainheren dalam diri manusia telah dinyatakan dalamal-Quran:

Terjemahan: “Maka diilhamkan pada dirinya tentangjahatnya dan taqwanya”. (al-Syams, 91: 8)

Page 40: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Jika nilai moral atau akhlak dikatakan sebagai bersifatuniversal, lantas timbullah persoalan-persoalan yangantaranya; Mengapa masih terdapat juga konfliktingkah laku sesama manusia?, Mengapa munculfalsafah-falsafah moral yang sedemikian banyak danberbeza antara satu sama lain?, Apakah yangmendasari perbezaan-perbezaan itu?, Apa pulakeunikan akhlak Islam di tengah-tengah sistem etikayang ada?, Atas dasar apakah Islam dikatakanmempunyai sistem moral yang sempurna?, Apakahsebenarnya sumbangan Islam dalam bidang etikamanusia?

Page 41: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Dalam menjawab persoalan-persoalan tersebutmenurut al-Maududi (1967) sebab-sebab utamanyaantara lain ialah:

i- Sistem moral ciptaan manusia gagal mengintegrasikanpelbagai perkara makruf atau nilai-nilai kebaikan dannorma-norma akhlak dalam menetapkan konsep danaplikasinya untuk kehidupan.

ii-Perbezaan juga berpunca pada kriteria asas bagimenilai perbuatan-perbuatan baik atau buruk.Demikian juga terdapat perbezaan pada menentukanfaktor-faktor yang mendorong sesuatu perbuatandilakukan.

Page 42: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

iii- Perkara lain yang tidak kurang pentingnya menjadipenyebab perbezaan ialah terdapat pelbagaipandangan semesta atau world view tentangperanan dan hakikat manusia, tujuan hidup, hakikatketuhanan dan alam.

Page 43: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Pandangan Barat tentang Moral Manusia

Thomas Hobbes (1588-1679), seorang ahli falsafah Baratabad ke 16M dan penganut faham hedonisme atauepicureanisme mengatakan bahawa semua perbuatanmanusia bertujuan untuk mendapatkan kenikmatan dankeinginan berseronok serta menjadi motivasi utama yangmendorong manusia melakukan sesuatu perbuatan.

Hobbes juga berpendapat bahawa yang dinamakan baik ituapabila memenuhi kehendak nafsu manusia. Ia sama sekalitidak ada kaitan dengan kepercayaan-kepercayaan agamaatau metafizik

Page 44: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Setiap kebaikan mesti dikaitkan dengan kehendakseseorang. Berdasarkan pandangan beliau ini,Hobbes juga dikenal sebagai ahli falsafah moralsubjektivisme.

Ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804)yang lahir di Königsberg, Prussia berpendapatbahawa setiap perbuatan manusia yang dikatakanbermoral ialah apabila bertujuan untuk menunaikansuatu tugas demi tugas itu sendiri.

Page 45: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Baginya melakukan perbuatan sebagai tugas termasukdalam amalan moral semua manusia yang menjadikanrasional akal sebagai asas moral manusia. MenurutKant, kebaikan sesuatu perbuatan dinilai berdasarkanpada hukum atau norma-norma moral atau nilai-nilaiuniversal bukan pada akibat atau kesan perbuatan.Falsafah etika Kant digolongkan dalam etikadeontologi.

Sebenarnya terdapat bermacam-macam falsafah moralyang menjadi pegangan masyarakat Barat. Tetapiumumnya kerana pengaruh ajaran sekularisme,mereka mengenepikan kepercayaan kepada Tuhan danhari akhirat sebagai sebahagian daripada kod etikamereka dalam aktiviti-aktiviti sosial.

Page 46: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Mereka lebih cenderung membataskan ajaran agamapada kehidupan peribadi semata-mata dan tidak adakaitan dengan kehidupan sosial.

Falsafah moral Barat boleh dikategorikan kepada duaasas. Pertama, sistem falsafah moral yang berasaskansekularisme yang membataskan aplikasi nilai moralpada urusan individu sahaja. Kedua, sistem falsafahmoral yang menolak kepercayaan agama dan hariakhirat.

Page 47: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

AKHLAK DALAM ISLAM

Kata akhlak diambil daripada bahasa Arab yangberbentuk kata jamak atau plural, kata mufrad atausingularnya ialah khuluq yang diertikan oleh parasarjana sebagai perangai, tabiat, kebiasaan, maruahdan sebagainya.

Dari segi istilah menurut Ibn Miskawayh (1030M),akhlak ialah keadaan kejiwaan seseorang yangmendorongnya melakukan suautu perbuatan atautingkah laku tanpa memerlukan pertimbangan fikiran.

Page 48: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Perkataan lain yang sering digunakan dengan ertiakhlak ialah etika dan moral. Etika berasal daripadakata Greek ethos. Perkataan etika dan moral dalambahasa Inggeris selalu berlaku tukar gantipenggunaannya.

Etika adalah falsafah moral itu sendiri, iaitu suatudisiplin ilmu falsafah yang membincangkan hakikatperbuatan baik dan buruk, benar atau salah danmerangkumi pembahasan tentang sistem, teori,prinsip, dan nilai-nilai moral.

Dewasa ini, perkataan etika lebih sering digunakanmenggantikan perkataan moral yang berarti perbuatanyang mengikut piawai tingkah laku yang baik.

Page 49: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Jika ditinjau dari segi perbezaan ketiga-tiga perkataanakhlak, etika, dan moral, didapati bahawa akhlaklebih menumpukan kepada aspek kejiwaanberbanding aspek luaran yang dilihat sebagai buktimencerminkan gambaran hati seseorang.

Manakala moral atau etika melihat tingkah-lakuluaran sebagai aspek perbincangan atau kajian.Kemudian akhlak juga lebih menggunakan autoritiwahyu sebagai neraca atau sumber nilai di sampingakal rasional sementara moral dan etika banyakberpandukan kepada rasional akal semata-mata.

Page 50: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

MATLAMAT AKHLAK

Islam telah meletakkan usaha mencari keredhaan Allahsebagai matlamat akhir setiap tingkah-laku manusiabaik zahir maupun batin, sesuai dengan world viewnyatentang peranan atau tugas manusia dan kehidupan.

Standard of judgment atau piawai penilaian yangberpusat pada keredhaan Allah merupakan inti ataunucleus yang di sekelilingnya berputar seluruh tindakandan perbuatan manusia.

Page 51: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

SUMBER AKHLAK

Al-Quran dan Sunnah adalah rujukan danperbendaharan bagi nilai-nilai murni Islam yanguniversal dan kekal sepanjang zaman dalam segalakeadaan. Hadis Rasulullah s.a.w menegaskan:

Terjemahan: “Sesungguhnya aku diutuskan hanyasemata-mata untuk menyempurnakan akhlak yangmulia”. (Riwayat al-Baihaqi)

Page 52: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Allah S.W.T telah memuji Rasulullah kerana akhlaknyayang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran.Firman Allah S.W.T :

Terjemahan: “Sesungguhnya engkau seorang yangmemiliki peribadi yang agung (mulia)”.

(Al-Qalam, 68:4)

Page 53: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

SKOP AKHLAK ISLAM

Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenapperkara yang berkaitan dengan kehidupan manusiasama ada hubungan manusia dengan Allah, hubunganmanusia dengan manusia dan hubungan manusiadengan makhluk lain.

1- Akhlak dengan Allah

*Beriman kepada Allah tanpa mensyirikannya;

*Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat danpatuh hanya kepada Allah;

Page 54: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

*Sentiasa bertaubat kepada Allah;

*Sentiasa mencari keredhaan Allah dalam segalakeadaan;

*Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dansunat-sunat yang merupakan amalan yang dicintaiAllah.

2- Akhlak dengan manusia

*Akhlak dengan Rasulullah; iaitu beriman dengan penuhkeyakinan bahawa nabi Muhammad adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalahkepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnahyang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan.

Page 55: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

*Akhlak dengan ibubapa; iaitu berbuat baik (berbakti)ke pada ibu bapa. Berbuat baik di sini mengandungierti meliputi dari segi perbuatan, perkataan, dantingkah laku. Contohnya, berkata dengan sopan danhormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanyadan menjaga keperluan hidupnya apabila merekatelah uzur dan sebagainya.

Page 56: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

3- Akhlak kepada jiran tetangga

*Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jirantetangga, tidak menyusahkan atau mengganggu merekaseperti membunyikan televisyen kuat-kuat, tidakmembuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakitihati mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidaksopan dan sebagainya.

4- Akhlak dengan anak-anak

*Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Antarayang ditekankan ialah disembelih aqiqahnya, diberi namadengan baik-baik, dihindarkan ia daripada perkara-perkarayang memudharatkan, dan diberi pengajaran danpendidikan akhlak yang baik.

Page 57: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

5- Akhlak dengan kaum kerabat

*Berbuat baik kepada keluarga terdekat merupakanperbuatan terpuji yang sangat digalakkan. FirmanAllah:

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamuberlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberikepada kaum kerabat. (al-Nahl, 16:90)

Page 58: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

6- Akhlak terhadap makhluk selain manusia:

*Malaikat: Akhlak Islam menuntut seseorang muslimsupaya menghormati para malaikat dengan menutupkemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada oranglain yang melihat.

*Jin: Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullahs.a.w. melarang membuang hadas kecil di dalamlubang-lubang yang terdapat najis dan tulang-tulangyang dibuang kerana ia adalah makanan jin.

Page 59: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

* Haiwan ternakan: Haiwan yang digunakan untukmembuat kerja tidak boleh dibebani di luarkesanggupan. Malah ketika hendak menyembelihuntuk dimakan sekalipun, maka hendaklahpenyembelihan dilakukan dengan cara yang palingbaik.

* Haiwan bukan ternakan: tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti mencederakannyadengan menggunakan batu dan sebagainya. Islammenetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemaridengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupanmanusia dan kehidupan lainnya.

Page 60: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

MORAL DAN PERATURAN UNDANG-UNDANG

Untuk menegakkan pelaksanaan nilai-nilai akhlakdalam kalangan masyarakat manusia dalam semuaaspek kehidupan, Islam di samping menggunakanpenguatkuasaan undang-undang Syariahnya, tetapiyang lebih diutamakan adalah dorongan batin ataudalaman manusia yang berasaskan keimanan kepadaAllah dan hari akhirat.

Lantaran itu, keimanan yang teguh perlu diterap dandihayati oleh umat Islam dengan cara meyakinibahawa:

Page 61: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

i- Tingkah-lakunya sentiasa dilihat Allah dalam segalawaktu dan tempat.

ii- Dia dapat menyembunyikan dirinya daripada seluruhdunia tetapi tidak sekali-kali daripada Allah.

iii- Dia dapat menipu setiap orang tetapi ia tidak dapatmenipu Allah.

iv- Dia dapat lari daripada genggaman manusia tetapidaripada genggaman Allah tidak sama sekali.

Page 62: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

v-Dunia hanya dapat melihat kehidupan luar daripadadirinya tetapi Allah mengetahui segala niat dan cita-cita batinnya.

vi-Ia boleh sementara hidupnya melakukan apa sajayang disukai, tetapi betapapun ia mesti mati danberdepan dengan pengadilan Allah di alam akhiratyang mana tidak berlaku semua kezaliman,penipuan, sogok, simpati dan penyelewengan kuasatetapi yang berlaku adalah keadilan sepenuhnya.

Page 63: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Dengan keimanan yang teguh seperti di atasmasyarakat Islam akan tetap berada pada jalan danlandasan makruf dan terhindar daripada terjerumusdalam lumpur dosa maksiat.

Tentunya semua penguatkuasaan hukum syariah disamping pendidikan yang berkesan amat membantudalam menegakkan pelaksanaan nilai-nilai akhlakdalam kehidupan yang penuh cubaan dan dugaan ini.

Page 64: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

KESIMPULAN

Manusia sebagai makhluk Allah berposisi tinggiberbanding dengan makhluk-makhluk yang lain.Status manusia di sisi Allah tidak ditentukan olehbahan baku ia diciptakan, melainkan dari wujudnyaroh yang ditiupkan kepadanya dan kempuan rohaniyang Allah kurniakan kepadanya.

Kelebihan yang ada pada manusia itu adalah untukkepentingan melaksanakan fungsinya sebagai hambaAllah dan sebagai khalifah-Nya di bumi.

Page 65: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

Kejadian manusia yang berbeza dengan kejadianmakhluk lain. Manusia bukan jelmaan atau hasilevolusi dari makhluk lain sepertimana yangditanggapi oleh teori Darwin.

Bagi melaksanakan fungsi manusia, Allah telahmenyediakan sumber alam yang lengkap dan dapatdikuasai oleh manusia dengan persediaan ilmu,hidayah dan wahyu.

Page 66: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 08 status tjawabmanusia

SOALAN ULANGKAJI

1-Bincangkan fungsi dan peranan manusia dijadikanoleh Tuhan.

2-Huraikan faktor kemuliaan manusia berbandingmakhluk lain.

3-Bincangkan matlamat penciptaan manusia dari aspekkehambaan dan kekhalifahan.

4-Bincangkan etika dan nilai bagi manusia.