([email protected]) dan Perlu pilih sekolah ikut ...

1
DIA boleh memilih pelbagai sekolah me- nengah baik dengan agregat 239 yang diraih bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada tahun lalu. Tetapi Tasneem Begum Mohd Mustapha sebaliknya memilih melanjutkan pengajian- nya di Sekolah Seni Singapura (Sota). Pelajar 13 tahun yang minat bidang kesus- asteraan ini mahukan suasana persekolahan yang dapat terus mengasah bakatnya dalam bidang penulisan. “Alhamdulillah masyarakat di Sota bany- ak menyokong pembangunan pelajar. Guru saya sering menggalak saya agar menyuara- kan sebarang keprihatinan yang berlegar dalam fikiran saya, sesuatu yang jarang laku- kan semasa di sekolah rendah. “Ini yang membuat saya lebih yakin dan membolehkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan sihat di dalam kelas dan lebih bersifat terbuka,” ujarnya yakin. Tasneem yang fasih dan lancar bertutur dalam kededua bahasa Inggeris dan Melayu kini merupakan pelajar tahun satu dalam pro- gram Seni Kesusasteraan di SOTA. Dia telah dipilih memasuki sekolah itu me- nerusi skim Kemasukan Langsung ke Sekolah (DSA), selain perlu menghadiri proses pemili- han yang merangkumi sesi wawancara dan uji bakat sebelum ditawarkan tempat. Menurut Tasneem, guru-gurunya banyak memberinya ruang dan peluang untuknya berfikiran lebih kreatif dan meluaskan imagi- nasi melebihi buku teks dan suasana di dalam kelas. “Apa yang menarik soalan tidak logik juga dibenarkan bagi menggalak dan memupuk si- fat ingin tahu,” katanya. Anak bongsu dua beradik ini juga menam- bah bahawa sebelum ini dasar imaginasinya agak terhad kerana dia hanya diberi tajuk atau gambar dan kemudian mengolah cerita. Tetapi dalam program yang diikutinya di Sota, dia diajar pelbagai genre dan digalak mengembangkan ideanya secara terperinci. “Saya sering membuat banyak kajian dan pastinya pembelajaran ditambah kerana kita akan membincangkan kandungan yang dikaji dan membahasnya bersama pelajar lain,” ujar Tasneem. Ibunya, Cik Zeenath Begum Shaik Adam Sahib, 53 tahun, berkata keputusan memilih Sota didorong guru kelas anaknya, Cik Irene Tan di Sekolah Rendah Telok Kurau. Ternyata pilihan itu memanfaatkan kera- na pengetahuan anaknya semakin ber- kembang apabila di Sota. “Tasneem dapat berbincang dengan bijak berhubung isu yang seringkali dibincangkan orang dewasa. Latihan berfikiran secara krea- tif dan mengongsi idea secara terbuka telah membuat Tasneem lebih yakin dan menyuar- akan pandangannya secara tersusun,” tam- bah suri rumah itu. JARAK sahaja bukan faktor dalam memilih sekolah. Kebolehan si anak memenuhi poten- si sebenarnya di sekolah tersebut juga cukup menjadi perhatian Cik Salmah Kamat dan suaminya, Encik Kamsani Haji Yusoff. Bersama anak mereka, Ilyasdzairil Kamsani, 15 tahun, Cik Salmah, 56 tahun, dan Encik Kamsani, 55 tahun, te- lah memilih Sekolah Menengah Spec- tra yang mengambil masuk pelajar me- nengah satu pertamanya pada 2014. Sekolah tersebut yang terletak han- ya 10 minit dari rumah mereka di Woodlands merupakan sekolah khas bagi pelajar Normal Teknikal. Ternyata, keputusan mereka itu san- gat tepat. “Saya sangat suka dengan sekolah ini. Saya perhatikan banyak kegiatan luar darjah yang dilakukan, banyak pe- luang yang diberi kepada pelajar dan Il- yas pun sangat aktif dengan kegiatan yang disediakan sekolahnya,” kata Cik Salmah. Potensi anaknya itu dapat dikembangkan dan mindanya semakin luas dengan pelajaran dan pengalaman di sekolah, tambah beliau. Ilyasdzairil yang mendapatkan agre- gat 116 bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tiga tahun lalu merupakan kumpulan pelajar pertama Sekolah Menengah Spectra. Dia mewakili sekolah itu dalam su- kan bola sepak – sukan yang amat dige- marinya. Malah, dia pernah ke China bagi me- wakili Singapura dengan kelab bola sepak yang dianggotainya, Boon Keng Football Club. Tidak setakat cemerlang dalam keg- iatan luar darjah, pelajar yang bakal melangkah ke menengah empat pada tahun hadapan itu menerima anugerah bulanan Pelajar Terbaik bagi keti- ga-tiga tahun di sekolahnya itu. Pada masa yang sama, anak bongsu tiga beradik itu tidak pernah mengabai- kan pelajarannya. Dia mendapat markah cemerlang bagi kesemua empat mata pelajaran- nya. Bagi Bahasa Inggeris dan Matema- tik, Ilyasdzairil berjaya mendapat gred A, sementara bagi Bahasa Melayu Asas dan Teknologi Maklumat (IT), dia meraih gred B. “Pelajaran saya tidak terabai. Malah, saya suka cara guru saya menga- jar. Mereka sangat memahami dan akan terangkan pelajaran sampai kami faham,” ujarnya. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Menengah Spectra, mereka boleh mengunjungi se- si Rumah Terbuka sekolah itu hari ini. IBU bapa boleh membantu mem- buat pilihan bijak dalam menentu- kan sekolah menengah yang sesuai bagi anak mereka dengan memasti- kan sekolah tersebut memenuhi mi- nat anak tersebut. Ini kerana si anak perlukan sekita- ran yang dapat membangunkan ke- peribadian mereka secara holistik dari segi akademik dan karakter. Namun dalam proses itu, penting bagi ibu bapa menangani jangkaan dan harapan mereka agar tidak me- nimbulkan tekanan terhadap anak tersebut. Demikian merupakan antara pan- duan yang diberikan pakar yang di- hubungi berhubung penglibatan ibu bapa dalam pemilihan sekolah me- nengah yang sesuai bagi anak mere- ka. Timbalan Pengarah bahagian Pen- didikan di Yayasan Mendaki, Cik Sharifah Fairuz Alsagoff, berkata be- berapa pertimbangan perlu diambil kira sebelum menyenaraikan enam sekolah pilihan pelajar. Menurutnya, setiap pelajar unik dan memiliki bakat terpendam dalam sesuatu bidang, seperti muzik, tarian, sukan atau penulisan kreatif. Justeru, penting bagi ibu bapa menimbangkan sekiranya ada di an- tara sekolah yang bakal disertakan dalam senarai pilihan sekolah menawarkan peluang untuk terus membangunkan minat anak mereka. “Ibu bapa perlu membimbing anak mereka mengenal pasti bebera- pa sekolah atau laluan pendidikan yang sesuai dengan keperluan, keu- payaan dan cara pembelajaran anak mereka,” ujarnya. Ketua Tahun (Year Head) darjah lima dan enam Sekolah Rendah An- chor Green, Cik Kalyani Varathara- jullu, juga berkata ibu bapa boleh menimbangkan kegiatan kokuriku- lum (CCA) yang dapat memper- tingkat minat dan potensi anak mere- ka. “Pembangunan karakter selalu- nya dapat diperolehi menerusi CCA, program kepimpinan pelajar dan pro- gram pengayaan lain yang ditawar- kan sekolah tersebut. “Lantaran itu, aspek CCA ini ju- ga boleh diambil kira ibu bapa dan pelajar semasa membuat pilihan sekolah menengah,” katanya. Visi, misi dan nilai yang dipegang sekolah juga merupakan antara fak- tor yang perlu dipertimbangkan ibu bapa kerana ia memainkan peranan penting dalam membentuk identiti pelajar, kata Ketua Tahun darjah dua dan lima dari Sekolah Rendah Meridien, Cik Stefane Lee. “Pelajar akan lebih cenderung memainkan peranan lebih aktif dalam membangunkan nama baik sekolah sekiranya mereka dapat mengaitkan diri dan menjunjung nilai yang dipegang sekolah terse- but,” ujarnya yang merupakan seba- hagian daripada Kumpulan Pemban- gunan Pelajar di sekolahnya. Sungguhpun demikian, ibu bapa juga tidak seharusnya meletakkan harapan terlalu tinggi pada anak mereka untuk memasuki sekolah yang dianggap baik tetapi jauh dari rumah Masa perjalanan ulang-alik sekolah perlu diambil kira kerana memandangkan kesemua sekolah menengah kini bermula pada waktu pagi dan CCA dijalankan selepas waktu sekolah, masa berehat anak mereka akan terjejas jika rumah ter- letak jauh dari sekolah. “Adalah lebih baik memilih sekolah yang mudah diakses dari ru- mah, sama ada dengan menaiki MRT atau bas. Mengambil lebih dari- pada dua bas ulang-alik ke sekolah akan menambah masa perjalanan anak anda,” tambah Cik Sharifah. Yang penting, menurut Cik Var- atharajullu, ialah membincangkan se- baik-baiknya dengan anak serta men- dengar pandangan mereka sebelum membuat keputusan. “Pada akhirnya, anak itu yang akan menghadiri sekolah yang dipi- lihnya sepanjang empat hingga lima tahun akan datang. “Jadi mereka perlu rasa gembira dengan pilihan sekolah mereka,” ka- tanya lagi. Cik Varatharajullu juga menasi- hati pelajar agar tidak memilih sekolah kerana mahu ke sekolah yang sama dengan teman mereka. “Pelajar perlu tahu mereka bakal melangkah ke sekitaran baru dan akan ada banyak peluang membuat kawan baru dan pada masa yang sa- ma mengekalkan persahabatan den- gan kawan sekolah rendah,” ujar- nya. Akur, Cik Lee juga menambah ba- hawa pelajar perlu bertanggung- jawab atas pilihan yang dibuat dan bersedia menyertai mana-mana sekolah yang telah mereka senarai- kan. Beliau turut menggalak ibu ba- pa dan pelajar agar mengunjungi ru- mah terbuka yang diadakan pel- bagai sekolah menengah dalam be- berapa hari ini. Pilih Sota kerana mahu asah bakat dalam bidang sastera Jarak dari rumah antara faktor dipertimbangkan Perlu pilih sekolah ikut keupayaan, minat pelajar PILIHAN TERBAIK: Cik Zeenath Begum Shaik Adam Sahib menyokong pilihan anaknya, Tasneem Begum Mohd Mustapha, ke di Sota agar dapat terus mengasah bakatnya dalam bidang penulisan. – Foto M.O. SALLEH PILIH YANG DEKAT DENGAN RUMAH: Cik Salmah Kamat dan suaminya, Encik Kamsani Haji Yusoff, memilih Sekolah Menengah Spectra yang terletak hanya 10 minit dari rumah bagi anak mereka, Ilyasdzairil. – Foto KHALID BABA Memang bukan mudah memilih sekolah menengah yang sesuai. Tetapi ibu bapa boleh memainkan peranan lebih aktif, selain melibatkan anak mereka dalam proses pemilihan sekolah.Wartawan SHAHIDA SARHID ([email protected]) dan NUR FATHIN AWALLUDIN ([email protected]) mendapatkan pandangan pakar serta mengetengahkan dua pelajar yang memilih sekolah menengah yang sesuai dengan minat dan keupayaan mereka. Berita Harian | Sabtu, 26 November 2016 9 Berita SETEMPAT

Transcript of ([email protected]) dan Perlu pilih sekolah ikut ...

Page 1: (sshahida@sph.com.sg) dan Perlu pilih sekolah ikut ...

DIA boleh memilih pelbagai sekolah me-nengah baik dengan agregat 239 yang diraih bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada tahun lalu.

Tetapi Tasneem Begum Mohd Mustapha sebaliknya memilih melanjutkan pengajian-nya di Sekolah Seni Singapura (Sota).

Pelajar 13 tahun yang minat bidang kesus-asteraan ini mahukan suasana persekolahan yang dapat terus mengasah bakatnya dalam bidang penulisan.

“Alhamdulillah masyarakat di Sota bany-ak menyokong pembangunan pelajar. Guru saya sering menggalak saya agar menyuara-kan sebarang keprihatinan yang berlegar dalam fikiran saya, sesuatu yang jarang laku-kan semasa di sekolah rendah.

“Ini yang membuat saya lebih yakin dan membolehkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan sihat di dalam kelas dan lebih bersifat terbuka,” ujarnya yakin.

Tasneem yang fasih dan lancar bertutur dalam kededua bahasa Inggeris dan Melayu kini merupakan pelajar tahun satu dalam pro-gram Seni Kesusasteraan di SOTA.

Dia telah dipilih memasuki sekolah itu me-nerusi skim Kemasukan Langsung ke Sekolah (DSA), selain perlu menghadiri proses pemili-han yang merangkumi sesi wawancara dan uji bakat sebelum ditawarkan tempat.

Menurut Tasneem, guru-gurunya banyak memberinya ruang dan peluang untuknya

berfikiran lebih kreatif dan meluaskan imagi-nasi melebihi buku teks dan suasana di dalam kelas.

“Apa yang menarik soalan tidak logik juga dibenarkan bagi menggalak dan memupuk si-fat ingin tahu,” katanya.

Anak bongsu dua beradik ini juga menam-bah bahawa sebelum ini dasar imaginasinya agak terhad kerana dia hanya diberi tajuk atau gambar dan kemudian mengolah cerita.

Tetapi dalam program yang diikutinya di Sota, dia diajar pelbagai genre dan digalak mengembangkan ideanya secara terperinci.

“Saya sering membuat banyak kajian dan pastinya pembelajaran ditambah kerana kita akan membincangkan kandungan yang dikaji dan membahasnya bersama pelajar lain,” ujar Tasneem.

Ibunya, Cik Zeenath Begum Shaik Adam Sahib, 53 tahun, berkata keputusan memilih Sota didorong guru kelas anaknya, Cik Irene Tan di Sekolah Rendah Telok Kurau.

Ternyata pilihan itu memanfaatkan kera-na pengetahuan anaknya semakin ber-kembang apabila di Sota.

“Tasneem dapat berbincang dengan bijak berhubung isu yang seringkali dibincangkan orang dewasa. Latihan berfikiran secara krea-tif dan mengongsi idea secara terbuka telah membuat Tasneem lebih yakin dan menyuar-akan pandangannya secara tersusun,” tam-bah suri rumah itu.

JARAK sahaja bukan faktor dalam memilih sekolah.

Kebolehan si anak memenuhi poten-si sebenarnya di sekolah tersebut juga cukup menjadi perhatian Cik Salmah Kamat dan suaminya, Encik Kamsani Haji Yusoff.

Bersama anak mereka, Ilyasdzairil Kamsani, 15 tahun, Cik Salmah, 56 tahun, dan Encik Kamsani, 55 tahun, te-lah memilih Sekolah Menengah Spec-tra yang mengambil masuk pelajar me-nengah satu pertamanya pada 2014.

Sekolah tersebut yang terletak han-ya 10 minit dari rumah mereka di Woodlands merupakan sekolah khas bagi pelajar Normal Teknikal.

Ternyata, keputusan mereka itu san-gat tepat.

“Saya sangat suka dengan sekolah ini. Saya perhatikan banyak kegiatan luar darjah yang dilakukan, banyak pe-

luang yang diberi kepada pelajar dan Il-yas pun sangat aktif dengan kegiatan yang disediakan sekolahnya,” kata Cik Salmah.

Potensi anaknya itu dapat dikembangkan dan mindanya semakin luas dengan pelajaran dan pengalaman di sekolah, tambah beliau.

Ilyasdzairil yang mendapatkan agre-gat 116 bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tiga tahun lalu merupakan kumpulan pelajar pertama Sekolah Menengah Spectra.

Dia mewakili sekolah itu dalam su-kan bola sepak – sukan yang amat dige-marinya.

Malah, dia pernah ke China bagi me-wakili Singapura dengan kelab bola sepak yang dianggotainya, Boon Keng Football Club.

Tidak setakat cemerlang dalam keg-iatan luar darjah, pelajar yang bakal melangkah ke menengah empat pada

tahun hadapan itu menerima anugerah bulanan Pelajar Terbaik bagi keti-ga-tiga tahun di sekolahnya itu.

Pada masa yang sama, anak bongsu tiga beradik itu tidak pernah mengabai-kan pelajarannya.

Dia mendapat markah cemerlang bagi kesemua empat mata pelajaran-nya.

Bagi Bahasa Inggeris dan Matema-tik, Ilyasdzairil berjaya mendapat gred A, sementara bagi Bahasa Melayu Asas dan Teknologi Maklumat (IT), dia meraih gred B.

“Pelajaran saya tidak terabai. Malah, saya suka cara guru saya menga-jar. Mereka sangat memahami dan akan terangkan pelajaran sampai kami faham,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Menengah Spectra, mereka boleh mengunjungi se-si Rumah Terbuka sekolah itu hari ini.

IBU bapa boleh membantu mem-buat pilihan bijak dalam menentu-kan sekolah menengah yang sesuai bagi anak mereka dengan memasti-kan sekolah tersebut memenuhi mi-nat anak tersebut.

Ini kerana si anak perlukan sekita-ran yang dapat membangunkan ke-peribadian mereka secara holistik dari segi akademik dan karakter.

Namun dalam proses itu, penting bagi ibu bapa menangani jangkaan dan harapan mereka agar tidak me-nimbulkan tekanan terhadap anak tersebut.

Demikian merupakan antara pan-duan yang diberikan pakar yang di-hubungi berhubung penglibatan ibu bapa dalam pemilihan sekolah me-nengah yang sesuai bagi anak mere-ka.

Timbalan Pengarah bahagian Pen-didikan di Yayasan Mendaki, Cik Sharifah Fairuz Alsagoff, berkata be-berapa pertimbangan perlu diambil kira sebelum menyenaraikan enam sekolah pilihan pelajar.

Menurutnya, setiap pelajar unik

dan memiliki bakat terpendam dalam sesuatu bidang, seperti muzik, tarian, sukan atau penulisan kreatif.

Justeru, penting bagi ibu bapa menimbangkan sekiranya ada di an-tara sekolah yang bakal disertakan dalam senarai pilihan sekolah menawarkan peluang untuk terus membangunkan minat anak mereka.

“Ibu bapa perlu membimbing anak mereka mengenal pasti bebera-pa sekolah atau laluan pendidikan yang sesuai dengan keperluan, keu-payaan dan cara pembelajaran anak mereka,” ujarnya.

Ketua Tahun (Year Head) darjah lima dan enam Sekolah Rendah An-chor Green, Cik Kalyani Varathara-

jullu, juga berkata ibu bapa boleh menimbangkan kegiatan kokuriku-lum (CCA) yang dapat memper-tingkat minat dan potensi anak mere-ka.

“Pembangunan karakter selalu-nya dapat diperolehi menerusi CCA, program kepimpinan pelajar dan pro-gram pengayaan lain yang ditawar-kan sekolah tersebut.

“Lantaran itu, aspek CCA ini ju-ga boleh diambil kira ibu bapa dan pelajar semasa membuat pilihan sekolah menengah,” katanya.

Visi, misi dan nilai yang dipegang sekolah juga merupakan antara fak-tor yang perlu dipertimbangkan ibu bapa kerana ia memainkan peranan

penting dalam membentuk identiti pelajar, kata Ketua Tahun darjah dua dan lima dari Sekolah Rendah Meridien, Cik Stefane Lee.

“Pelajar akan lebih cenderung memainkan peranan lebih aktif dalam membangunkan nama baik sekolah sekiranya mereka dapat mengaitkan diri dan menjunjung nilai yang dipegang sekolah terse-but,” ujarnya yang merupakan seba-hagian daripada Kumpulan Pemban-gunan Pelajar di sekolahnya.

Sungguhpun demikian, ibu bapa juga tidak seharusnya meletakkan harapan terlalu tinggi pada anak mereka untuk memasuki sekolah yang dianggap baik tetapi jauh dari rumah

Masa perjalanan ulang-alik sekolah perlu diambil kira kerana memandangkan kesemua sekolah menengah kini bermula pada waktu pagi dan CCA dijalankan selepas waktu sekolah, masa berehat anak mereka akan terjejas jika rumah ter-letak jauh dari sekolah.

“Adalah lebih baik memilih sekolah yang mudah diakses dari ru-mah, sama ada dengan menaiki MRT atau bas. Mengambil lebih dari-pada dua bas ulang-alik ke sekolah akan menambah masa perjalanan anak anda,” tambah Cik Sharifah.

Yang penting, menurut Cik Var-atharajullu, ialah membincangkan se-baik-baiknya dengan anak serta men-

dengar pandangan mereka sebelum membuat keputusan.

“Pada akhirnya, anak itu yang akan menghadiri sekolah yang dipi-lihnya sepanjang empat hingga lima tahun akan datang.

“Jadi mereka perlu rasa gembira dengan pilihan sekolah mereka,” ka-tanya lagi.

Cik Varatharajullu juga menasi-hati pelajar agar tidak memilih sekolah kerana mahu ke sekolah yang sama dengan teman mereka.

“Pelajar perlu tahu mereka bakal melangkah ke sekitaran baru dan akan ada banyak peluang membuat kawan baru dan pada masa yang sa-ma mengekalkan persahabatan den-gan kawan sekolah rendah,” ujar-nya.

Akur, Cik Lee juga menambah ba-hawa pelajar perlu bertanggung-jawab atas pilihan yang dibuat dan bersedia menyertai mana-mana sekolah yang telah mereka senarai-kan. Beliau turut menggalak ibu ba-pa dan pelajar agar mengunjungi ru-mah terbuka yang diadakan pel-bagai sekolah menengah dalam be-berapa hari ini.

Pilih Sota kerana mahu asah bakat dalam bidang sastera

Jarak dari rumah antara faktor dipertimbangkan

Perlu pilih sekolah ikut keupayaan, minat pelajar

PILIHAN TERBAIK: Cik Zeenath Begum Shaik Adam Sahib menyokong pilihan anaknya, Tasneem Begum Mohd Mustapha, ke di Sota agar dapat terus mengasah bakatnya dalam bidang penulisan. – Foto M.O. SALLEH

PILIH YANG DEKAT DENGAN RUMAH: Cik Salmah Kamat dan suaminya, Encik Kamsani Haji Yusoff, memilih Sekolah Menengah Spectra yang terletak hanya 10 minit dari rumah bagi anak mereka, Ilyasdzairil. – Foto KHALID BABA

Memang bukan mudah memilih sekolah menengah yang sesuai. Tetapi ibu bapa boleh memainkan peranan lebih aktif, selain melibatkan anak mereka dalam proses pemilihan sekolah.Wartawan SHAHIDA SARHID ([email protected]) dan NUR FATHIN AWALLUDIN ([email protected]) mendapatkan pandangan pakar serta mengetengahkan dua pelajar

yang memilih sekolah menengah yang sesuai dengan minat dan keupayaan mereka.

Berita Harian | Sabtu, 26 November 2016 9

Berita SETEMPAT