impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia
STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA ... · Jawatankuasa teknikal Standard...
-
Upload
truongthuy -
Category
Documents
-
view
282 -
download
0
Transcript of STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA ... · Jawatankuasa teknikal Standard...
PERSIDANGAN PSIKOLOGI MODAL INSAN I 09 OKTOBER 2017
Penutup B icara yab dato ’ ser i dr . ahmad zah id b in ham id i
“Pakar-pakar Psikologi perkhidmatan awam merupakan penjaga layar dalam
mengemudi pelayaran menuju ke arah destinasi menjadi sebuah negara maju.”
1
I S U 0 3 / 2 0 1 7 B p s m . n r e
STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN
PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017
Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerima trofi dan sijil Penarafan Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) 2017 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Persidangan Psikologi Modal Insan pada 09 Oktober 2017 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
SEKILAS PENERIMAAN SIJ IL P E N A R A F A N B I N T A N G S T A N D A R D K U A L I T I P E R K H I D M A T A N P S I K O L O G I SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017………………………1 & 2
TERAPI KETAW A/
HUMOR………3 & 4
SEKILAS BENGKEL DASAR
P E M I S A H D A N K U R S U S
PEMANTAPAN RAKAN PEM-
B I M B I N G P E R K H I D M A T A N
AW AM TAHUN 2017………... .6
S E R B A R I N G K A S
PERANAN DAN MATLAMAT
AKRAB…………………..…. .8
Penarafan 5 Bintang
Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di bawah Seksyen Pembangunan Modal Insan (SPMI), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia t e l a h m e n e r i m a penganugerahan penarafan lima (5) bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia Tahun 2017 oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Trofi dan sijil penarafan tersebut telah disampaikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada YBhg. Dato’ Seri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha NRE di Persidangan Psikologi Modal Insan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsan Putrajaya (PICC) pada 09 Oktober 2017
yang lalu.
Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling telah memenangi anugerah tersebut melalui Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Tahun 2017 yang telah dilaksanakan pada 04 Ogos 2017 di Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 9,
Wisma Sumber Asli.
Jawatankuasa teknikal Standard Kualiti Perkhidmatan Sumber Manusia (SKPSSM) yang bersidang pada 18 September 2017 telah memutuskan bahawa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berjaya memperoleh lima (5) bintang dalam Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia Tahun 2017. Pencapaian kecemerlangan ini diharap dapat diteruskan dan dikekalkan
pada masa hadapan.
Perkhidmatan Bilik Bimbingan
dan Kaunseling
Kementerian dan Jabatan/ Agensi
NRE:
NRE:
Bilik Terapi, Aras 9,
Wisma Sumber Asli
Putrajaya
FRIM:
Pusat Latihan Arboreta
Ibu Pejabat FRIM
PERHILITAN:
Bilik AKRAB
PERHILITAN,
Paya Indah Wetlands (PIW)
JPSM:
Bilik Diptrokarpa
Blok Cengal
Ibu Pejabat JPSM
YBrs. En. Che Kodir bin Baharum, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) NRE dan pegawai Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling meraikan kejayaan bersama YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha NRE.
2
“Tertawalah
dan
ukirlah
senyuman
yang
paling manis
kerana
selain
sedekah,
senyuman itu
ibarat
lukisan
rahsia hati…
Ketawa dan
senyuman itu
tidak
menyakitkan
tetapi
menjadi
penawar hati
yang sakit.”
Photo Caption
3
TERAPI KETAWA/ HUMOR
Humor atau ketawa adalah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan dan merupakan penawar kepada kesedihan. Pakar menyatakan bahawa ketawa adalah kebaikan untuk merehatkan otot -otot yang tegang, menambahkan kemasukan oksigen yang lebih kepada dalam darah dan boleh merendahkan tahap tekanan darah. Apabila seseorang itu gembira, ia bagai satu mekanisme semula jadi di dalam badan dan
seterusnya sistem imun akan meningkat.
Dewasa ini banyak teori mengatakan sebab mengapa orang tertentu menghidap jenis kanser tertentu kerana sistem imun tubuh mereka yang
lemah akibat hidup tertekan.
Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa ketawa akan mencetuskan pengeluaran dua bahan kima neuropeptida yang dinamakan Endorphin dan Enkefalin. Kedua-dua bahan kimia yang dihasilkan dikenali penawar kesakitan semua jadi badan. Sehubungan itu, dipercayai bahawa ketawa yang menyebabkan badan anda mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin dan non-adrenalin dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Dapatan daripada kajian Universiti of California, Ameika Syarikat mendapati bahawa menonton video berbentuk humor selama satu (1) jam dapat mengurangkan penghasilan hormone stress dan membantu sistem imun
badan menentang virus dan bakteria.
Golongan perubatan percaya
bahawa ketawa bukan sekadar terapi
yang mampu mengubat tekanan atau
ketegangan bahkan ia membantu
menghindari pelbagai penyakit
berbahaya termasuk kanser, sakit
jantung, kencing manis dan tekanan
darah tinggi. Kanak-kanak berumuir
antara empat hingga enam tahun
banyak ketawa dari orang dewasa 400
kali sehari berbanding hanya 15 kali
sehari dikalangan orang dewasa.
Justeru tidak hairan jika orang dewasa
lebih mudah diserang penyakit serta
mengalami masalah tekanan dan
kemurungan.
Menurut kajian bahawa individu
yang ketawa 100 kali dalam tempoh
24 jam sama dengan bersenam sela-
ma 10 minit di atas mesin larian atau
menunggang basikal selama 15 minit,
Namun begitu, ketawa yang
keterlaluan boleh membawa tragedi. Ia
boleh membawa kesan yang negatif
kepada beberapa penyakit seperti
penyakit jantung dengan sesak nafas,
demam selsema dan pasca -
pembedahan.
Kesimpulannya, ketawa adalah
baik untuk kesihatan kerana ia boleh
mengurangkan tekanan sama ada dari
fizikal atau mental dan menggerakkan
semua organ dalaman anda. Meskipun
begitu, ketawa yang sihat seharusnya
disertai hati yang ikhlas sehingga anda
merasa bahagia. Mereka yang
ketawa dengan tahap humor yang
tinggi biasanya lebih fleksibel dan
mampu melihat segala sesuatu dari
sudut yang lebih positif.
Marilah belajar untuk tertawa dan
ketawa selalu untuk menceriakan
kehidupan kita sendiri.
Pujangga ada
menyebut :
”SENYUM ITU
KELOPAK.
KETAWA ITU
BUNGA YANG
SEMPURNA
KEMBANGNYA”.
4
AKRAB Penggerak Budaya Keprihatinan
Unconditional Positif Regard
Konsep Unconditional Positif Regard yang
diaplikasikan oleh para kaunselor boleh juga
diterapkan oleh ahli-ahli AKRAB ketika
menyampaikan perkhidmatan dan membantu rakan
sekerja yang lain. Sebagai pembimbing konsep ini
hendaklah dipraktikkan oleh semua penyedia
perkhidmatan bimbingan tanpa mengira keturunan
rakan sekerja. Prinsip persaudaraan sesama rakan
sekerja haruslah diperluaskan melalui nilai
kemanusiaan yang berdasarkan sifat kasih sayang
dan saling bantu membantu sesama rakan sekerja
tanpa mengira jantina, umur, bangsa dan agama
dan perkara ini juga perlulah diterapkan dalam
konteks perkhidmatan pembimbing. Sabda Nabi
SAW,
Ertinya: “Barang siapa yang tidak mengasihi yang
lebih kecil dari kami serta tidak menghormati yang
lebih tua dari kami bukanlah daripada golongan
kami.” (riwayat Al-Bukhari dalam kitab Adabul
Mufrad)
Sebagai seorang AKRAB yang bertauliah, sudah
sepatutnya mempunyai satu disiplin ilmu dan
kemahiran membantu ahli-ahli AKRAB dalam
memahami psikologi manusia berdasarkan prinsip-
prinsip bimbingan dan kaunseling menjadi panduan
dalam mewujudkan satu pemikiran yang tulen dan
dapat menerima keunikan rakan tanpa syarat.
Perbanyakan Sesi Bimbingan
Dalam sesi bimbingan, ahli-ahli AKRAB perlu
bertindak membantu rakan sekerja dan melihat
individu itu dari pelbagai perspektif dengan penuh
rasa hormat dan tidak prejudis serta menghormati
harga diri dan maruahnya. Dalam erti kata lain,
pembimbing mampu mewujudkan hubungan dan
suasana yang boleh mendorong rakan sekerja
menghadapi masalah dan persoalan hidupnya.
Akhirnya rakan yang dibimbing jelas terhadap
pencapaian matlamatnya. Nyata sekali kemampuan
yang biasanya ditonjolkan dalam sesi bimbingan,
jika dibawa dan dipamerkan ke dalam realiti
kehidupan seharian, maka ia akan memberi
keyakinan dan kepercayaan warga kerja bahawa
AKRAB adalah pencetus budaya keprihatinan
organisasi.
5
Motivasi Diri
Masyarakat hari ini terdedah kepada
banyak permasalahan dalam kehidupan
berkerjaya. Memetik sumber daripada
Berita Harian Bertarik 25 Jun 2011, 15
Peratus daripada rakyat Malaysia
mengidap penyakit mental dengan
kebanyakannya menderita pada tahap
ringan seperti tekanan jiwa serta
kebimbangan berlebihan. Masalah-
masalah lain seperti masalah rumah
tangga, ketidakpuasan hati di tempat
kerja, kos hidup yang meningkat adalah
antara masalah yang dihadapi oleh
pekerja-pekerja hari ini. Berdasarkan
pemerhatian, kesemua masalah ini
adalah berpunca kurang berilmu.
Memang terdapat di kalangan rakan
sekerja yang kurang kemahiran dan ilmu
dalam menguruskan urusan harian
kehidupan.
Peningkatan ilmu di kalangan rakan
sekerja perlu diambil kira dalam
menunjukkan sikap keprihatinan.
Anggota perkhidmatan awam yang kaya
dengan pengetahuan dan kemahiran
amat relevan dan penting dalam era
masyarakat yang berasaskan ilmu iaitu
knowledge-based society. Dalam Islam
memang menggalakkan umatnya
supaya sentiasa memberikan
nasihat,bimbingan untuk berkongsi ilmu
antara satu sama lain.
Sabda Rasulullah SAW,
Maksudnya: “Barang siapa yang
menyembunyikan ilmu, Allah SWT akan
mengekangnya dengan tali kekangan
dari api neraka.” (riwayat Al-Hakim)
Ahli-ahli AKRAB juga boleh
mengadakan program bimbingan
kelompok kecil untuk memberikan
motivasi kepada rakan sekerja. Kaedah
memberikan motivasi ilmu boleh
dilakukan dalam kelompok kecil seperti
mana dalam sabda Nabi. SAW yang
bermaksud;
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap
amalan memiliki masa semangat dan
setiap masa semangat memiliki masa
putus asa (futur).” (riwayat Al-Bazzar)
Amalan keprihatinan AKRAB untuk
sama-sama memberikan ilmu dan
motivasi kepada rakan-rakan sekerja
berupaya membantu jabatan dalam
mewujudkan suasana keseronokan
bekerja. Sebuah buku yang berjudul
Fish, tulisan Lundin, Paul dan
Christensen, telah memberikan empat
rahsia untuk meningkatkan motivasi dan
produktiviti pekerja iaitu choose your
attitude, play, make their day and be
present. Penulis mengungkapkannya
dalam satu perenggan iaitu;
As you enter this place of work please
choose to make today a great day. Your
colleagues, customers, team members,
and you yourself will be thankful. Find
ways to play. We can be serious about
our work without being serious about
ourselves. Stay focused on order to be
present when your customers and team
members most need you. And should
you fell your energy lapsing, try this sure
-fire remedy; find someone who needs a
helping hand, a word of support, or a
good ear-and make their a day.
Perlu juga diingatkan, dalam
mewujudkan keseronokan bekerja
adalah penting bagi ahli-ahli AKRAB
mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam memahami kehendak
sebagai seorang pekerja dan majikan.
Role Model
Kerjaya dalam perkhidmatan awam
sesuatu yang dinamik dan banyak
transformasi telah berlaku. Dasar
kerajaan yang menekankan penjawat
awam perlu sentiasa mengambil sikap
Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai
panduan dalam melaksanakan tugas
harian. Sikap ini pula perlu disokong
dengan satu lagi akronim – PCI-
‘Productivity, Creativity an Inovation’,
Kedua-dua akronim diwar-warkan
supaya perkhidmatan awam tidak dilihat
bagai sentiasa cepat berpuas hati
dengan pencapaian dalam urusan
harian, atau selesa dengan “business as
usual”. Keadaan ini menyebabkan
terdapat sebilangan kecil rakan sekerja
yang keliru dan tidak bersedia terhadap
persekitaran perkhidmatan yang
dinamik.
Melalui disiplin psikologi, manusia
dikatakan belajar melalui proses
peniruan. Ahli AKRAB perlu turut
menjelaskan dan menunjukkan melalui
perlakuan bagaimana bertindak dengan
Cepat, Tepat dan Integriti (CTI). Albert
Bandura telah menulis dalam bukunya
Psychological Modeling: Conflicting
Theories merujuk kepada kajian
pembelajaran melalui proses peniruan
sama ada perkara yang baik atau
sebaliknya. AKRAB prihatin dan
keharmonian terjalin perlukan
penghayatan sesuai dengan mengenal
pasti dan menunjukkan rakan-rakan
sekerja yang tidak faham dengan
konsep Cepat, Tepat dan Integriti (CTI).
AKRAB tidak bersifat membuat penilaian
dan penghakiman terhadap rakan
sekerja yang belum bersedia terhadap
cara kerja yang dimaksudkan, tetapi
sebaliknya prihatin, empati terhadap
keadaannya cuba memberikan input dan
sokongan yang diperlukan. Peranan
sebagai role model ini hendaklah
dipraktikkan di kalangan ahli-ahli
AKRAB terlebih dahulu untuk
memastikan ahli AKRAB tidak tergolong
dalam kelompok rakan sekerja yang
bermasalah. Berdasarkan pemerhatian
dan laporan aduan, terdapat ahli AKRAB
yang tidak berupaya menunjukkan ciri-
ciri dengan konsep Cepat, Tepat dan
Integriti dan terbabit dengan
mencemarkan imej sebagai ahli AKRAB.
Situasi ini tersangatlah kecil
bilangannya.
Ahli AKRAB juga diminta menunjukkan
tingkah laku dan mengamalkan sifat
penyayang, memahami, percaya,
menerima, sabar, pendengar, berfikiran
positif,empati dan asertif. Pengamalan
sifat-sifat ini merupakan gambaran yang
menunjukkan keprihatinan sebagai ahli
AKRAB.
ementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menganjurkan Bengkel Dasar Pemisah bersekali dengan Kursus Pemantapan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam
(AKRAB) Tahun 2017. Program ini melibatkan Pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) semua jabatan/ agensi di bawah NRE, Pegawai Penilai Prestasi Khas I dan II, AKRAB Care dan juga ahli-ahli AKRAB. Taklimat berkaitan pelaksanaan dasar pemisah telah disampaikan oleh Puan Siti Mahani binti Muhazir dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, manakala slot ceramah Laughter Therapy bagi kursus AKRAB telah disampaikan oleh Dr. Norzah binti Abd Ghani dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Encik Sadli bin Osman dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam yang bertajuk Tanggungjawab AKRAB Care. Program ini juga turut melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) yang melibatkan pelajar dari Ma’ahad Miftah Al-Ulum, Bukit Canggang, Dengkil Selangor. Antara objektif program ini dijalankan:- Memberi pemahaman kepada Pegawai Khidmat Pengurusan Jabatan/ Agensi di
bawah NRE, PPPK I / II dan AKRAB Care yang dilantik agar berperanan sewajar-nya berlandaskan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015: Pelaksanaan Dasar Pemisah Bagi Pegawai Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam;
Memberi pemahaman yang lebih jelas kepada ahli AKRAB mengenai fungsi dan
peranan mereka di Jabatan/ Agensi masing-masing; dan
Meningkatkan kemahiran bimbingan dalam melaksanakan fungsi sebagai ahli AKRAB.
Secara keseluruhannya, Bengkel Dasar Pemisah dan Kursus Pemantapan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi tahun 2017 telah dapat dilaksanakan melalui perkongsian bijak (smart partnership) bersama AKRAB Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Paya Indah Wetlands.
BENGKEL DASAR PEMISAH
DAN KURSUS
PEMANTAPAN RAKAN
PEMBIMBING PERKHIDMATAN
AWAM TAHUN 2017
NRE
10 - 13 OKTOBER 2017
PAYA INDAH WETLANDS
(PIW)
Majlis Perasmian Bilik AKRAB PERHILITAN telah disempurnakan oleh YBrs
Ketua Pengarah PERHILITAN, YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim pada
9 Jun 2017 di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.
Majlis ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah I, Encik Fakhrul Hatta bin
Musa, Timbalan Ketua Pengarah II, Encik Hasnan bin Yusop, Pengerusi
AKRAB PERHILITAN, Encik Noor Alif Wira bin Osman dan Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Priscilla Bong Anak Samson Onggie.
6
7
8
R akan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau AKRAB adalah berkonsepkan kepada bimbingan
rakan sebaya atau rakan sejawat yang bertindak sebagai pembantu kepada warga jabatan. Ia
boleh juga merangkumi aspek persahabatan dan perhubungan kerja, semangat kekitaan, semangat
kerja, kebajikan dan kepentingan warga sesuatu jabatan.
Sehubungan itu, warga AKRAB perlu sentiasa sensitif kepada perasaan, reaksi dan tindakan yang
diambil oleh rakan sejawat dan seterusnya memberikan bantuan dan sokongan yang sewajar-nya.
Prinsip kerahsiaan hendaklah diutamakan dalam menjalankan aktiviti AKRAB. Antara peranan yang
boleh dimainkan oleh AKRAB di dalam organisasi ialah:
i. Membantu mewujudkan perkhidmatan penyayang disamping pendengar yang baik ke arah
meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan.
ii. Membantu mempelopori program-program transformasi jabatan ke arah pembentukan budaya
kerja yang beretika dan berdisiplin.
iii. Membantu menggalakkan dan meningkatkan semangat kekitaan.
iv. Mewujudkan sikap sopan santun dan hormat-menghormati.
v. Membantu menggalakkan dan mengenengahkan kesedaran dan kefahaman tentang kebajikan,
keperluan, serta kepentingan rakan sejawat.
vi. Membantu mewujudkan suasana kerja yang ceria selalu dan harmoni.
BERKONGSI PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN
SOKONGAN KEPADA
TRANSFORMASI
MEMPERKUATKAN SEMANGAT
MENEGUHKAN TRANSFORMASI
DIRI
BERKONGSI PERMASALAHAN
BUDAYA KERJA BERPASUKAN