STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN...
-
Upload
hoangthien -
Category
Documents
-
view
287 -
download
6
Transcript of STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN...
1
LEM/TEK/44
(BAHAGIAN G)
Mac 2012
Lembaga Perlesenan Tenaga
Atom (AELB)
Standard Pengiktirafan Baru
dan Pengiktirafan Semula
Berdasarkan Kaedah
Program Pendidikan
Berterusan (Continuous
Education Programme - CEP)
No. Dokumen :
JKPPPS/7
STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN
PENGIKTIRAFAN SEMULA
BERDASARKAN KAEDAH
PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN
(CONTINUOUS EDUCATION PROGRAMME - CEP)
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Batu 24, Jalan Dengkil
43800 Dengkil
Selangor
Laman web: www.aelb.gov.my
Tel: 03-892258888 Faks: 03-89223685
2
Standard ini telah disedia oleh Jawatankuasa Kebangsaan Persijilan Pegawai
Perlindungan Sinaran (JKPPPS). Ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada:
1. Prof. Dr. Abd. Aziz Tajuddin
(Pengerusi)
Universiti Sains Malaysia
2. Prof. Madya Dr. Muhamad
Samudi Yasir
Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Dr. Abd. Nassir Ibrahim Persatuan Ujian Tanpa Musnah Malaysia
(MSNT)
4. Dr. Noriah Mod Ali Agensi Nuklear Malaysia
5. Ir. Dr. Mohamad Puad Abu Agensi Nuklear Malaysia
6. Tn. Hj. Azizin Zainudin Petronas Nasional Berhad
7. Tn. Hj. Yaziz Yunus Wakil industri
8. En. Bazli Sapiin Kementerian Kesihatan Malaysia
9. Pn. Azleen Mohd. Zain Pusat Perubatan Universiti Malaya
10. Pn. Monalija Kostor Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
11. Pn. Noor Fitriah Bakri Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
12. Pn. Noraini Razali
(Setiausaha)
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
3
BIL KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. Tujuan 1
2. Pendahuluan 1
3. Justifikasi pelaksanaan Program Pendidikan Berterusan
(CEP)
2
4. Jenis Aktiviti CEP 2
5. Penetapan Kaedah Pelaksanaan CEP
a. Pengiktirafan pekerja iaitu pengiktirafan baru atau
pengiktirafan semula
b. Agensi penganjur kursus
2
6. Tarikh Kuatkuasa 4
7. Lampiran 1: Aktiviti CEP dan Mata Pemberat serta Contoh
Pengiraan Pemarkahan CEP
5
8. Lampiran 2: Buku Log CEP 8
1
TUJUAN
1. Dokumen ini bertujuan memberi panduan kepada Pegawai Perlindungan Sinaran
(PPS)/ Penyelia Sinaran (PY) dan lain-lain jawatan yang setara termasuk Pengendali
Perunding, Tenaga Pengajar dan lain-lain jawatan untuk permohonan pengiktirafan baru atau
pengiktirafan semula dengan menggunakan kaedah Program Pendidikan Berterusan (CEP).
PENDAHULUAN
2. Subperaturan 16 (1), Peraturan-peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan
Sinaran Keselamatan Asas) 2010 menyatakan bahawa pemegang lesen hendaklah mengambil
kerja seorang PPS dan Subperaturan 16(2) pula menyatakan walau apa pun Subperaturan (1),
pemegang lesen boleh mengambil kerja seorang pakar yang berkelayakan sebagaimana yang
diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk menjalankan kewajipan seorang PPS.
3. AELB menetapkan bahawa seseorang PPS/PY yang dilantik hendaklah lulus
Peperiksaan Persijilan PPS sebagaimana yang ditetapkan oleh AELB. Peperiksaan yang
dikendalikan oleh AELB adalah bertujuan menguji tahap pemahaman calon mengenai
penggunaan radas, prosedur perlindungan sinaran, prosedur kendalian biasa, prosedur semasa
keadaan luar biasa dan sebagainya.
4. Pada masa ini tempoh maksimum pengiktirafan baru sebagai PPS/PY yang diberi oleh
AELB adalah selama 5 tahun. Mereka yang akan tamat pengiktirafannya dan masih ingin
menjadi PPS/PY, dikehendaki memohon kepada AELB untuk mendapatkan pengiktirafan
semula dengan cara:
a. Tanpa menduduki peperiksaan dengan mengemukakan maklumat berikut:
i. Mengemukakan permohonan kepada AELB tidak kurang daripada 30
hari dan tidak lebih daripada 60 hari sebelum pengiktirafannya tamat;
ii. Mempunyai rekod perkhidmatan yang memuaskan semasa bertugas
sebagai PPS/PY;
iii. Tidak putus tugas (practice) melebihi setahun dan ini hendaklah
disahkan oleh Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL)
dengan menandatangani Perkara 5 di dalam borang permohonan;
iv. Telah menghadiri kursus perlindungan sinaran (yang dikendalikan oleh
agensi yang diiktiraf dalam tempoh 3 tahun terakhir perkhidmatannya
sebagai PPS/PY; dan
v. Bagi aktiviti Radiografi Industri (NDT), PPS/PY berkenaan mestilah
tidak pernah menerima dos terkumpul melebihi 18 mSv/tahun
kalendar.
b. Dengan menduduki peperiksaan yang akan melalui proses seperti
pengiktirafan baru.
2
JUSTIFIKASI PELAKSANAAN CEP
5. Berdasarkan kepada Perkara 4.a.iv di atas, seseorang PPS/PY dan Pengendali
Perunding serta lain-lain jawatan yang memohon untuk lantikan semula hanya perlu
menghadiri kursus perlindungan sinaran sekali dalam tempoh 3 tahun.
6. AELB hanya mengiktiraf kursus perlindungan sinaran yang berbentuk kursus
refresher dan awareness yang diikiraf, dan tidak ada peruntukan bagi kursus-kursus lain.
Syarat dilihat kurang memberi galakan dan insentif kepada PPS/PY dan Pengendali Perunding
untuk terus meningkatkan ilmu dan kompetensi dalam bidang tugas sebagai PPS/PY. Oleh
itu, bagi meningkatkan ilmu dan kompetensi khususnya dalam keselamatan sinaran, PPS/PY
dan Pengendali Perunding perlu mengikuti CEP.
7. CEP bermaksud sebarang kursus, seminar, persidangan atau program latihan lain yang
berkaitan dengan sekuriti dan keselamatan sinaran mengion yang boleh diterima sebagai
memenuhi sebahagian daripada kehendak untuk memastikan PPS/PY dan Pengendali
Perunding mendapat maklumat atau pengetahuan yang terkini berhubung dengan sekuriti dan
keselamatan sinaran bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggung jawab
dengan baik dan sempurna .
8. Tujuan CEP ini juga adalah untuk menggalakkan PPS/PY dan Pengendali Perunding
sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta kesedaran di dalam perlindungan
sinaran bagi memastikan keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan teknologi nuklear dan
sinaran selamat, terjamin dan terkawal. Selain itu, ia juga bagi memastikan PPS/PY dan
Pengendali Perunding yang dilantik lebih berkualiti dan produktif dalam meningkatkan
kemajuan dalam kerjaya.
JENIS AKTIVITI CEP
9. Berikut merupakan 6 aktiviti CEP berkaitan perlindungan sinaran (mengion) yang
telah dikenalpasti dan perlu diikuti oleh PPS/PY dan Pengendali Perunding bagi membolehkan
pengiktirafan semula:
a. Kursus yang diiktiraf oleh AELB
b. Kursus dalaman (inhouse training) anjuran pemegang lesen sendiri
c. Persidangan/ Seminar/ Bengkel/ Dialog/ Taklimat
d. Aktiviti badan ikhtisas/ Persatuan
e. Pengiktirafan kepakaran
f. Penerbitan/ Penulisan
PENETAPAN KAEDAH PELAKSANAAN CEP
10. Penetapan kaedah pelaksanaan CEP terbahagi kepada 2 iaitu:
a. Pengiktirafan pekerja iaitu pengiktirafan baru atau pengiktirafan semula
a.1. Kaedah Pengiktirafan Baru
3
i. PPS/PY dan Pengendali Perunding hendaklah dilantik terlebih dahulu
oleh pemegang lesen dengan mengemukakan permohonan kepada AELB
seperti yang ditetapkan .
ii. Bagi calon yang memohon pengiktirafan kurang daripada tempoh
setahun selepas tarikh lulus peperiksaan, tempoh sah perlantikan
adalah 5 tahun .
iii. Walaubagaimanapaun, sekiranya calon telah lulus peperiksaan PPS
dan tidak mengemukakan permohonan untuk diiktiraf sebagai PPS, PY
atau Pengendali Perunding selepas setahun dari tarikh lulus
peperiksaan PPS, calon berkenaan perlu mengemukakan rekod
penglibatan beliau dalam aktiviti CEP dan tempoh sah pengiktirafan
adalah bergantung kepada mata pemberat CEP yang diperolehi pada
tahun semasa.
a.2. Kaedah Pengiktirafan Semula
i. Sekiranya PPS/ PY dan Pengendali Perunding ingin melanjutkan
tempoh pengiktirafan selepas tamat tempoh sah, tempoh sah
pengiktirafan semula bagi jawatan yang dipohon adalah bergantung
kepada purata mata pemberat CEP bagi tempoh 3 tahun iaitu purata
jumlah keseluruhan mata bagi aktiviti (Lampiran 1) .
ii. Tempoh sah pengiktirafan semula PPS/ PY dan Pengendali Perunding
dan lain-lain jawatan, yang diperolehi oleh pemohon adalah
berdasarkan jumlah mata pemberat CEP yang ditetapkan seperti
berikut:
> 30 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 5 tahun
21 - 30 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 3 tahun
11 - 20 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 2 tahun
0 - 10 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 1 tahun
iii. Calon hendaklah mengemukakan buku log sepertimana Lampiran 2
untuk penilaian AELB.
11. Walaubagaimanapun, sekiranya calon gagal mencapai 20 mata untuk 3 kali berturut-
turut semasa pembaharuan, PPS/PY dan lain-lain jawatan perlu dinilai semula untuk tujuan
verifikasi semula pengiktirafan.
12. Selain itu, setiap pekerja sinaran perlu menghadiri dan mengumpul sekurang-
kurangnya 10 mata pemberat untuk setiap tahun bagi memastikan semua pekerja sentiasa
mendapat ilmu pengetahuan yang terkini mengenai perlindungan sinaran.
b. Agensi penganjur kursus
b.1. Kaedah atas Penganjur Kursus
4
i. Dalam melaksanakan kaedah CEP, latihan atau kursus perlindungan
sinaran terbuka kepada semua penganjur kursus perlindungan sinaran
dan ianya tidak tehad kepada pemegang lesen di bawah Akta
Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) sahaja.
ii. Oleh yang demikian, bagi penganjur kursus perlindungan sinaran yang
memerlukan pengiktirafan mata CEP daripada AELB, penganjur
hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis dengan
mengemukakan maklumat kursus perkara berikut:
Tempoh dan tarikh
Agenda
Objektif dan sasaran
Kandungan dan silibus
iii. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 6
bulan sebelum kursus diadakan.
TARIKH KUATKUASA
13. Kaedah CEP ini berkuatkuasa 1 April 2012.
5
Lampiran 1
AKTIVITI CEP DAN MATA PEMBERAT SERTA CONTOH PENGIRAAN
PEMARKAHAN CEP
A. Jenis Aktiviti CEP dan Mata Pemberat
Bil Aktiviti Mata
Pemberat
Catatan
1. Kursus yang diiktiraf oleh
AELB
1.1 Sehari (8 jam) 5
1.2 2 hari atau lebih 10
1.3 Kurang dari 8 jam Jumlah jam x
0.5
2. Kursus dalaman (inhouse
training) anjuran
pemegang lesen sendiri
2.1 Peserta 1
2.2 Penceramah 3 Mata maksimum setahun adalah 12
setahun
3. Persidangan/ Seminar/
Bengkel/ Dialog/ Taklimat
Penganjur perlu kemukakan
agenda dan silibus
Kursus selain awareness dan
refresher perlu dinilai
berdasarkan mata pemberat
3.1 Peserta 5 Sekiranya terlibat di peringkat
antarabangsa, mata pemberat x 2
3.2 Pembentang kertas kerja 15
3.3 Jumlah jam yang telibat
dengan topik perlindungan
sinaran
Jumlah jam x
0.5
Contoh: suatu persidangan
diadakan selama 3 hari,
walaubagaimanapun topik
perlindungan sinaran hanya 6 jam.
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Batu 24, Jalan Dengkil
43800 Dengkil
Selangor www.aelb.gov.my
Tel: 03-89225888 Fax: 03-89223686
6
Bil Aktiviti Mata
Pemberat
Catatan
Oleh yang demikian, jumlah jam
yang diambilkira untuk CEP
adalah 6 jam
4. Aktiviti badan ikhtisas/
Persatuan
4.1 Presiden/ Naib Presiden/
Setiausaha/ Bendahari
10
4.2 AJK 5
4.3 Ahli Biasa 3
5. Pengiktirafan kepakaran
5.1 Penggubal, Pemeriksa,
Juruaudit, Penilai
10
5.2 Pembantu Pemudah cara 5
5.3 Menghadiri mesyuarat dan
terlibat dengan aktiviti yang
berkaitan
3
5.3.1 Pengerusi 5 Sekiranya terlibat di peringkat
antarabangsa, mata pemberat x 2
5.3.2 AJK 3
5.3.3 Ahli 2
6. Penerbitan/ Penulisan
6.1 Editor 20
6.2 Penilai 10
7
Lampiran 1
B. Kaedah Sistem Pemarkahan CEP
Bagi mendapatkan pengiktirafan semula, kaedah pemarkahan adalah seperti berikut:
Mata CEP untuk tahun Pertama [Bil.1 + Bil.2 + Bil.3 + Bil.4 + Bil.5 + Bil.6] = a mata
Mata CEP untuk tahun Kedua [Bil.1 + Bil.2 + Bil.3 + Bil.4 + Bil.5 + Bil.6] = b mata
Mata CEP untuk tahun Ketiga [Bil.1 + Bil.2 + Bil.3 + Bil.4 + Bil.5 + Bil.6] = c mata
Purata untuk 3 tahun { (a+b+c)/3 } = d mata
Contoh pengiraan:
Seseorang calon PPS atau pekerja sinaran hadir untuk kursus seperti berikut:
Tahun 2011- Peserta kursus refresher anjuran Agensi Nuklear Malaysia
Tahun 2011- Peserta persidangan/ taklimat anjuran AELB
Tahun 2012 - Pembentang kertas kerja pada persidangan perlindungan sinaran
anjuran Agensi Nuklear Malaysia
Tahun 2012- Peserta persidangan di mana topik perlindungan sinaran hanya 4
jam
Tahun 2012 dan tahun 2013 - Penceramah kursus awareness untuk pekerja
sinaran sebanyak 3 kali setahun
Oleh yang demikian, pengiraan mata CEP untuk 3 tahun adalah seperti berikut:
Mata CEP untuk tahun 2011 [5 + 5] = 10 mata
Mata CEP untuk tahun 2012 [15 + 4(0.5) + 10 ] = 22 mata
Mata CEP untuk tahun 2013 [10] = 10 mata
Jumlah = 42 mata
Purata yang dikumpul untuk 3 tahun = 42/3 = 14 mata
Oleh itu, tempoh sah pengiktirafan semula sebagai PPS adalah selama 2 tahun
8
Lampiran 2
BUKU LOG PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN (CEP)
Buku Log ini hendaklah dilengkapkan oleh semua calon sebelum mengemukakan permohonan pengiktirafan baru atau pengiktirafan semula kepada AELB
Nama: Jawatan:
No Kad
Pengenalan:
No. Kad Pekerja
Sinaran (jika ada):
Alamat
Pejabat:
Syarikat:
No. lesen:
Sila catatkan semua rekod aktiviti CEP dalam jadual dibawah
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Batu 24, Jalan Dengkil
43800 Dengkil
Selangor www.aelb.gov.my
Tel: 03-89225888 Fax: 03-89223686
PERLU DILENGKAPKAN OLEH PEMOHON PERLU DILENGKAPKAN OLEH OBTL
Tarikh
penglibatan
Kategori
CEP (1-6)
Penerangan aktiviti CEP
(senaraikan aktiviti) Tempat Penganjur
Bil.
jam /
hari
Mata
Pemberat
*Kaedah
verifikasi
Tandatangan
OBTL/ Tarikh
9
PENGIRAAN MATA PEMBERAT (Pemohon perlu melengkapkan pengiraan mata pemberat yang dikumpul untuk 3 tahun terakhir)
a. Mata pemberat CEP untuk tahun Pertama [1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6] = .............. mata
b. Mata pemberat CEP untuk tahun Kedua [1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6] = .............. mata
c. Mata pemberat CEP untuk tahun Ketiga [1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6] = .............. mata
d. Purata untuk 3 tahun { (a + b + c) / 3 } = .............. mata
UNTUK KEGUNAAN AELB SAHAJA
Tarikh permohonan: Rujukan permohonan:
Jumlah mata pemberat diperolehi:
Catatan/ Ulasan Pegawai Penilai:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Keputusan:
LULUS/ GAGAL
( ....................................................)
b.p: Ketua Pengarah
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Tarikh: ..........................................
10