Stpm Pam Kertas1 Set3

17
SULIT* Halaman 1 900/1 STPM 2005 JABATAN PELAJARAN PERAK PENGAJIAN AM KERTAS 1 SET 3 LEARNING TO SCORE (ANEKA PILIHAN) (Dua jam) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KER TAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Kertas soalan ini terdiri daripada 16 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2005 STPM 900/1 [Lihat sebelah SULIT*

description

STPM PA SKOR A JPN 2005

Transcript of Stpm Pam Kertas1 Set3

Page 1: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 1

900/1 STPM 2005

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 1 SET 3

LEARNING TO SCORE

(ANEKA PILIHAN) (Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 16 halaman bercetak Jabatan Pe lajaran Negeri Perak 2005

STPM 900/1 [Lihat sebelah

SULIT*

Page 2: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 2

1. Antara berikut yang manakah benar tentang prinsip Islam Hadhari? I Kerajaan yang adil dan beramanah II Mengubah pemikiran rakyat melalui media massa

III Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif IV Mewujudkan persekitaran fizikal yang baik dan persekitaran sosial yang

mengutamakan nilai-nilai murni

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

2. Antara berikut yang manakah benar tentang strategi kerajaan untuk mencapai matlamat

Dasar Kependudukan Negara ? I Menyediakan dasar cukai dan insentif-insentif dalam belanjawan kerajaan. II Menyediakan program perumahan percuma bagi golongan berpendapatan

rendah. III Memberi bantuan kewangan kepada graduan untuk melangsungkan

perkahwinan mereka. IV Mempergiatkan peranan pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara bagi meningkatkan kadar kesuburan dan kelahiran.

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

3.

• Mengurangkan pengimportan barangan • Mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara

Objektif di atas sesuai dengan perlaksanaan

A Dasar Perindustrian Negara B Dasar Pe rsyarikatan Malaysia C Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia D Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

4. Yang manakah antara berikut benar tentang Dasar Wawasan Negara? I Mewujudkan masyarakat yang saksama dan bersatu padu II Pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu K-ekonomi

III Merupakan strategi dan program Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 IV Mengambil kira strategi Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pertanian Negara

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 3: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 3

5. Antara program yang disusun oleh kerajaan untuk merealisasikan hasrat Dasar Pandang ke Timur ialah mengadakan

I Latihan perindustrian dan Teknikal II Projek usahawan pembinaan kapal dengan Jepun

III Kerjasama yang erat dengan Jepun dan Korea Selatan IV Program penghantaran pelajar dan pekerja ke negara-negara berkenaan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

6. Apakah matlamat Dasar Bersih, Cekap dan Amanah ?

I Berani membuat keputusan tanpa merujuk orang lain II Meningkatkan semangat atau memotivasikan pekerja untuk bekerja dengan

lebih baik III Memastikan kakitangan awam secara luaran sentiasa dalam keadaan kemas

dan bersih IV Mewujudkan satu etika kerja yang baik dan mengutamakan pekerjaan lebih

daripada diri sendiri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

7.

• Memindahkan tanggungjawab dan fungsi-fungsi sektor awam kepada sektor swasta • Mengurangkan beban kewangan kerajaan • Meningkatkan mutu perkhidmatan

Pernyataan di atas merujuk kepada A Dasar Penswastaan B Dasar Pe rsyarikatan C Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara D Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

8.

• Mengadakan program pertanian berkelompok • Pengumpulan kampung yang berdekatan untuk dijadikan bandar kecil

Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas ? A Dasar Urbanisasi Negara B Dasar Kependudukan Negara C Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998 – 2010) D Dasar Hala Cara Baru Pembangunan Kampung dan Desa

Page 4: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 4

9. • Meningkatkan pembangunan ekonomi anggota • Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal • Mengurangkan pergantungan Negara Dunia Ketiga kepada pihak Utara

Pernyataan di atas merujuka kepada objektif

A Dialog Selatan -Selatan B Suruhanjaya Selatan-Selatan C Mesyuarat Menteri Luar Dunia Ketiga D Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)

10. Antara berikut, pilih pernyataan yang melibatkan Malaysia

I Mengkritik Perjanjian Antartika II Menjadi tuan rumah Dialog Utara-Selatan

III Pengunduran tentera Rusia dari Afghanistan IV Menyertai Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di

Namibia

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

11.

• Merunding semula beban hutang luar Negara -Negara Membangun • Menyusun semula syarat-syarat perdagangan • Memindahkan teknologi dan kepakaran dari Utara ke Selatan

Pernyataan di atas berkaitan dengan syarat-syarat pembentukan

A Kumpulan G –15 B Orde Baru Ekonomi Dunia (NIEO) C Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) D Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

12. Antara berikut yang manakah merupakan punca yang menjejaskan kerjasama ekonomi

antara negara anggota ASEAN? A Undang-undang perdagangan yang berbeza B Keadaan politik di sesetengah negara anggota kurang stabil C Negara-negara anggota lebih mengutamakan kepentingan domestik daripada

kepentingan bersama D Sistem pemerintahan yang berbeza-beza melemahkan persefahaman dalam

kalangan negara anggota

Page 5: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 5

13. • Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) • Persatuan Negara -negara Asia Tenggara (ASEAN) • Kesatuan Eropah (EU)

Antara berikut yang manakah merupakan persamaan objektif bagi pertubuhan di atas ?

I Menggalakkan pelaburan asing II Kerjasama ekonomi yang bersifat serantau

III Mencapai pendirian bersama dalam isu-isu ekonomi IV Menyeragamkan tarif perdagangan dan menggunakan mata wang yang sama

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

14. Antara berikut yang manakah merupakan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh

negara-negara membangun dalam usaha memperdagangkan komoditi utamanya? I Hasil pertanian bermutu rendah II Harga yang rendah dan tidak stabil

III Persaingan sengit daripada negara -negara maju IV Sekatan tarif dan bukan tarif oleh negara -negara maju

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

15. Antara berikut yang manakah objektif Pergerakan Negara -negara Berkecuali (NAM) ?

I Menyatupadukan penduduk dunia II Mendaulatkan keutuhan wilayah sesebuah negara

III Mengeratkan kerjasama ketenteraan dengan negara-negara maju IV Mengelakkan campur tangan negara-negara maju dalam hal ehwal negara lain

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

16. Pilih pernyataan yang benar tentang G – 15

I Kumpulan ini diketuai oleh Amerika Syarikat II Sidang kemuncak yang pertamanya berlangsung di Kuala Lumpur

III Kumpulan ini berusaha menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa IV Ditubuhkan untuk mempercepatkan pelaksanaan program-program kerjasama

Selatan-Selatan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 6: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 6

17. • Menggalakkan kerjasama dalam bidang perdagangan, penyelidikan, ekonomi dan

sosial • Memberi bantuan kemudahan penyelidikan dan biasiswa melalui Rancangan

Colombo Pernyataan di atas adalah sebahagian daripada objektif penubuhan

A ASEAN B Komanwel C Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC ) D Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

18.

• Pulau Batu Putih • Pulau Ligitan dan Pulan Sipadan • Kepulauan Natuna Anambas

Antara berikut badan manakah yang berkuasa untuk menyelesaikan rebutan kepulauan di atas ? A Komanwel B Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) C Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) D Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

19. I Kerjasama Selatan-Selatan

II Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) III Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) IV Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)

Antara pertubuhan di atas, yang manakah dapat meningkatkan pasaran barangan eksport Malaysia ? A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

20. Antara berikut yang manakah benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu Antartika ?

I Malaysia menerima Perjanjian Antartika 1959 II Malaysia membenarkan pembangunan dan eksploitasi di An tartika jika

Malaysia turut terlibat III Malaysia mahu hasil penyelidikan di Antartika dinikmati bersama oleh negara -

negara di dunia IV Malaysia mahu kawasan Antartika diisytiharkan sebagai kawasan yang bebas

daripada ujian senjata nuklear

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 7: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 7

21. Antara berikut yang manakah ciri-ciri konsep asas sesebuah negara? I Raja yang berdaulat

II Sebuah kerajaan yang berwibawa III Mempunyai perlembagaan bertulis IV Keupayaan membuat perhubungan dengan negara lain

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

22. Antara berikut yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa?

I Badan Kehakiman hanya menjalankan kuasa kehakiman II Badan Perundangan hanya dibenarkan membuat undang-undang III Badan Perundangan dibenarkan menjalankan pemerintahan negara IV Badan Eksekutif hanya dibenarkan menjalankan pentadbiran negara sahaja

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

23. Antara berikut yang manakah menyebabkan seseorang terlucut kewarganegaraannya ?

A Warganegara itu melawat negara Israel B Seorang wanita warganegara dengan cara pendaftaran kematian suami C Ibu bapanya telah menolak taraf warganegara dan dia ketika itu berusia 18 tahun D Dia telah bermastautin di negara asing selama lima tahun berturut-turut atas sebab

perkhidmatannya dengan Kerajaan Persekutuan 24. Kerajaan boleh memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera

dengan I Bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam bagi kaum bukan bumiputera

adalah seimbang dengan kaum bumiputera II Mewujudkan lebih banyak peluang bagi bumiputera memegang jawatan dalam

perkhidmatan awam III Memperuntukkan peluang khas bagi bumiputera mendapatkan permit dan lesen

perniagaan IV Pelajar bukan bumiputera turut diberi peluang sama rata untuk mendapatkan

biasiswa

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 8: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 8

25. Senarai Bidang Kuasa Perkara I Senarai Persekutuan II Senarai Negeri III Senarai Bersama

X Pemindahan status tanah Y Perkapalan antarabangsa dan pelabuhan Klang Z Perlindungan hidupan liar

Padankan perkara X, Y dan Z dengan senarai bidang kuasa yang betul. I II III

A X Y Z B Y X Z C Z Y X D Z X Y

26. Antara berikut yang manakah sumber-sumber hasil kerajaan negeri ?

I Lesen teksi II Cukai pusat hiburan

III Saman yang dibayar oleh pesalah trafik IV Cukai kedai yang menjual minuman keras

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

27. Antara pernyataan di bawah, yang manakah perlu melalui Majlis Kewangan Negara? I Penetapan jumlah belanjawan tahunan setiap kerajaan negeri II Pemberian pinjaman kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri

III Penetapan peruntukan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri IV Penentuan bayaran pampasan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

28. Antara berikut yang manakah kuasa budi bicara Raja ?

I Melantik seorang Menteri Besar II Melantik Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri

III Menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Islam IV Merasmikan pembukaan penggal Dewan Undangan Negeri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 9: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 9

29. I Melantik ahli Dewan Negara II Menggubal rang undang-undang III Merasmikan pembukaan penggal Parlimen IV Memperkenankan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen

Antara berikut yang manakah benar tentang Dewan Rakyat dan Dewan Negara ?

Dewan Rakyat Dewan Negara A B C D

I dan II I dan III I dan IV

III dan IV

III dan IV II dan IV II dan III I dan II

30. Antara berikut yang manakah benar tentang Majlis Raja-Raja?

I Mengadili tuduhan terhadap raja -raja II Berkuasa untuk membuat undang-undang Islam

III Berhak untuk mempertimbangkan soal-soal berkaitan dasar negara IV Memupuk hubungan yang erat antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan

Persekutuan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

31. Antara berikut yang manakah benar tentang badan eksekutif negara?

A Badan yang menjalankan pentadbiran negara B Badan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang negara C Badan yang bertanggungjawab melantik kakitangan perkhidmatan awam D Badan tertinggi yang menggubal dasar negara dan mempunyai kuasa pemerintahan

negara 32.

• Memodenkan sistem pentadbiran awam dengan memperkemaskan penggunaan komputer dan kaedah komunikasi moden

Agensi pusat yang bertanggungjawab dalam hal di atas ialah

A Unit Perancang Ekonomi (EPU) B Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) C Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) D Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

33. Antara berikut yang manakah benar ten tang badan berkanun ?

I Tidak boleh menubuhkan anak syarikat II Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965

III Semua kakitangannya merupakan kakitangan awam IV Anggaran belanjawannya mesti diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 10: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 10

34. Jabatan manakah yang menjalankan peranan yang lebih kurang sama dengan Jabatan

Perdana Menteri di peringkat negeri? A Pejabat Kewangan Negeri B Unit Perancang Ekonomi Negeri C Pejabat Penasihat Undang-undang D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

35. Antara berikut yang manakah benar berkaitan Yang di-Pertua Negeri ?

I Dipilih secara sulit oleh Majlis Raja-Raja II Merupakan sebahagian daripada Badan Perundangan Negeri

III Berkuasa memberi pengampunan terhadap kesalahan yang dilakukan di negerinya.

IV Mempunyai kuasa budi bicara untuk menolak permohonan membubarkan Dewan Undangan Negeri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

36. Antara berikut yang manakah tujuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung ditubuhkan ? A Memberi peluang kepada ahli-ahli politik peringkat cawangan mentadbirkan

kampung B Memberi peluang penduduk kampung untuk merancang dan melaksanakan projek

pembangunan C Memberi peluang kepada penduduk kampung untuk terlibat dalam menjayakan

projek pembangunan D Memberi pendedahan kepada penduduk kampung tentang pengendalian mesyuarat

untuk kemajuan kampung. 37. Antara berikut yang manakah benar tentang keanggotaan Ahli Majlis Kerajaan

Tempatan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 ? I Yang Dipertua Majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri

II Anggota majlis dipilih menerusi proses pilihan raya III Tempoh perkhidmatan ahli majlis adalah selama 3 tahun IV Setiausaha merupakan pegawai pentadbir utama kerajaan tempatan

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

38. Antara mahkamah berikut, yang manakah boleh mendengar rayuan ?

A Mahkamah Persekutuan B Mahkamah Tinggi C Mahkamah Sesyen D Mahkamah Penghulu

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 11: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 11

39. Mahkamah rayuan yang tertinggi bagi semua kes jenayah dan sivil dalam Persekutuan

ialah A Mahkamah Persekutuan B Mahkamah Rayuan C Mahkamah Tinggi D Mahkamah Sesyen

40. Antara berikut yang manakah benar tentang tindakan sepatutnya diambil oleh Perdana

Menteri jika beliau tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-hli Dewan Rakyat?

I Meletakkan jawatan bersama-sama menteri-menterinya II Memegang jawatan sehingga pilihan raya akan datang

III Menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen IV Melantik seorang ahli Dewan Rakyat melalui 2/3 sokongan ahli dewan untuk

menggantikan beliau

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

41.

• Menyediakan pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera • Memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat

Penyataan di atas merupakan objektif

A Perbendaharaan Malaysia B Unit Perancang Ekonomi (EPU) C Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) D Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

42. Dalam rayuan kes jenayah, biasanya rayuan yang dibuat berkaitan dengan

I kos yang dikenakan II sabitan kesalahan ke atas seseorang itu

III tempat seseorang itu patut dipenjarakan IV Berat atau ringannya sesuatu hukuman itu

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

43. Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan perkara -perkara berikut

I Mengurus pengundian melalui pos II Menentukan calon dalam pilihan raya

III Menyelia dan menyemak daftar pemilih IV Menyampaikan keputusan pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 12: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 12

44. Pernyataan berikut adalah benar tentang pilihan raya di Malaysia I Pengundi yang dimasukkan ke hospital layak mengundi

II Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas layak mengundi III Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab mengawal keselamatan

pengundi semasa pilihan raya IV Tentera yang bertugas semasa pilihan raya tidak boleh mengundi kerana

menghadapi masalah jarak yang jauh

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

45. Antara berikut yang manakah menjadi penasihat kepada Sultan atau Yang Di-Pertua

Negeri dalam pentadbiran Kerajaan Negeri ? A Dewan Undangan Negeri B Setiausaha Kerajaan Negeri C Menteri Besar atau Ketua Menteri D Penasihat Undang-undang Negeri

Soalan 46 dan 47 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.

Jadual 1: Hasil Kerajaan Persekutuan 1998-2000 (RM Juta)

Sumber 1998 1999 2000 Jumlah Hasil 56710 56690 59897 Jumlah hasil cukai 45336 44391 47580 Jumlah hasil bukan cukai 11374 12299 12317

46. Pilih pernyataan yang benar tentang jadual di atas.

I Dalam tempoh 1998-2000, jumlah hasil cukai meningkat lebih 8% II Dalam tempoh 1998-2000, jumlah hasil bukan cukai meningkat lebih 8.3%

III Dalam tempoh 1998-2000, jumlah hasil Kerajaan Persekutuan meningkat lebih 5.6%

IV Dalam tempoh 1998-2000, kadar peningkatan jumlah hasil cukai melebihi kadar peningkatan jumlah hasil

A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV

47. Dalam bajet 2000, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM78025 juta . Berapa

peratuskah pinjaman dan penggunaan aset kerajaan untuk menampung belanjawan ini ? A 23.23% B 30.26% C 38.10% D 147.16%

Page 13: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 13

Soalan 48 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini.

Jadual 2 : Tangkapan Bagi Kesalahan Imigresen di Malaysia, Tahun 1995-97 Tangkapan bagi kesalahan imigresen Warganegara

1995 1996 1997 Indonesia 33258 41766 25237 Bangladesh 13389 7380 5735 Thailand 3009 1680 4705 Filipina 6304 5300 938 Pakistan 1213 501 1493 Lain-lain 6248 5491 7817 Jumlah 63421 62118 45925

48. Antara berikut pernyataan yang manakah yang benar ?

I Jumlah tangkapan bagi imigresen bertambah dari tahun 1995 hingga 1997 bagi semua warganegara

II Jumlah tangkapan bagi warganegara Bangladesh dari tahun 1995 hingga tahun 1997 berkurang sebanyak 57 .2%

III Tangkapan bagi warganegara Indonesia melebihi 50% daripada keseluruhan jumlah tangkapan bagi tahun 1997

IV Jumlah tangkapan warganegara Indonesia dari tahun 1996 hingga tahun 1997 berkurang sebanyak lebih daripada 24.1%

A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV

49. Sebuah syarikat penjanaan kuasa elektrik swasta mengenakan bayaran penggunaan

elektrik kepada pengguna rumah dengan kadar yang berikut:

100 unit pertama (dalam kiraan kilowatt) = 20 sen seunit 300 unit berikutnya = 23 sen seunit 300 unit berikutnya = 26 sen seunit

Purata penghuni rumah Encik X menggunakan sebanyak 18 kilowatt sehari. Berapakah bayaran yang perlu dibayar oleh Encik X untuk penggunaan elektrik bagi jangka masa 30 hari ?

A RM124.50 B RM125.40 C RM152.40 D RM372.60

Page 14: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 14

Soalan 50 hingga 52 berdasarkan Jadual 3 dan Jadual 4 di bawah ini. Jadual 3 : Pembayaran Bulanan Untuk Pinjaman Bagi Setiap RM1,000.00

Jadual 4 : Jumlah Pinjaman

RM50,000 dan ke bawah 8.25% RM50,001 hingga RM100,000 8.50% RM100,001 dan ke atas 9.00% Hartanah yang telah siap * 9.25% Hartanah yang belum siap 10.00%

Nota: * Hartanah yang mempunyai Sijil Kelayakan Menduduk/Tinggal 50. Puan Salmah telah memohon pinjaman bank untuk membeli sebuah rumah berkembar

yang berharga RM150,000. Dia telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM40,000 dan bakinya akan dibayar secara ansuran selama 20 tahun. Berapakah bayaran ansurannya ? A RM 949.30 B RM 973.50 C RM1006.50 D RM1017.50

51. Selepas tempoh 20 tahun , Puan Salmah telah selesai membayar ansuran pinjaman

rumahnya. Berapakah jumlah yang sebenarnya dibayar untuk membeli rumah itu ? A RM267832.00 B RM273640.00 C RM281560.00 D RM284200.00

52. Berapakah keuntungan bank selepas Puan Salmah selesai membayar hutang

pinjamannya? A 107.12% B 112.40% C 119.60% D 134.96%

Kadar Faedah Jangka Masa (Tahun) 8.25% 8.50% 9.00% 9.25% 10.00%

1 5

10 12 15 18 20

90.21 21.01 12.56 11.20 9.89 9.00 8.63

90.52 21.16 12.75 11.45 10.04 9.25 8.85

90.68 21.45 12.99 11.64 10.36 9.56 9.15

91.04 21.58 13.13 11.11 10.59 9.68 9.25

91.54 21.98 13.56 12.23 10.96 10.16 9.79

Page 15: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 15

Soalan 53 dan 54 berdasarkan jadual 5 di bawah.

Jadual 5 : Perubahan Mata Wang Negara (Mata Wang) Harga Belian

(RM) Harga Jualan

(RM) Kos Harian

Australia (Dolar) Britain (Paun) Amerika Syarikat (Dolar)

2.78 7.00 3.78

2.82 7.12 3.82

300(A.Dolar) 350(Paun) 250(US Dolar)

53. Encik Ong bercadang melancong ke Australia dan Britain. Berapakah belanja yang

diperlukan mengikut jadual kadar pertukaran di atas selama 3 hari di Australia dan 4 hari di Britain? A RM10,230 B RM11,302 C RM12,506 D RM13,608

54. Jika Encik Ong bercadang membelanjakan RM13,000 untuk melancong ketiga-tiga buah

negara bagi tempoh masa yang sama, berapakah baki perbelanjaan selepas berbelanja ? A RM1,692.00 B RM1,910.00 C RM4,414.00 D RM4,984.00

55. Pendapatan bulanan Encik Ahmad kurang RM500 daripada Encik Hamid.

Pendapatan Encik Leong ialah RM1300, iaitu RM50 lebih daripada Encik Ahmad. Berapakah pendapatan bulanan Encik Hamid ? A RM750.00 B RM1250.00 C RM1300.00 D RM1750.00

Soalan 56 Berdasarkan Jadual 6 di bawah ini.

Jadual 6 : Guna Tenaga di Malaysia Mengikut Sektor pada tahun 1980 dan 1990 Sektor 1980(%) 1990(%) Ikhtisas dan Teknikal Pentadbiran dan Pengurusan Perkeranian Jualan Perkhidmatan Pengeluaran Pertanian

7 2 8

10 9

36 28

9 2

10 12 11 28 28

JUMLAH 100 100 000’orang 000’orang Jumlah Guna Tenaga 4836000 6621000

Page 16: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 16

56. Yang manakah benar tentang Jadual ? I Guna tenaga di sektor pertanian tidak berubah

II Guna tenaga di sektor perkhidmatan telah meningkat sebanyak 2% III Guna tenaga di sektor perkeranian telah meningkat daripada 386 880 000

kepada 662 100 000 IV Kadar pertumbuhan guna tenaga telah meningkat sebanyak 36.9% dari

tahun 1980 hingga 1990

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

57.

• Encik X membeli barangan A dan B dengan bayaran RM90.00. • Harga barangan B adalah 20% lebih murah daripada barangan A.

Berapakah harga barangan B ?

A RM10 B RM18 C RM40 D RM50

Soalan 58 berdasarkan Jadual 7 di bawah ini.

Jadual 7 : Kaunter-kaunter Terpilih di BSKL pada 31 Januari 2005 Saham Jumlah

Saham (unit)

Harga belian (RM)

Harga tertinggi

(RM)

Harga terendah

(RM)

Dividen (%)

Harga pada akhir tahun

2004

P Q R S T

1000 2000 3000 4000 5000

1.00 1.50 1.00 2.00 1.50

2.20 3.10 1.50 2.80 3.00

1.20 1.00 0.80 2.00 2.20

8 10 7 8 5

1.80 2.50 1.20 2.35 2.40

58. Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang pelaburan yang dibuat oleh Encik Lim?

I Beliau akan memperoleh keuntungan kira-kira 80.0 % jika semua sahamnya dijual pada harga tertinggi

II Beliau akan memperoleh wang sebanyak RM3250 jika semua sahamnya dijual pada akhir tahun 2004

III Beliau akan memperoleh dividen berjumlah RM 1060 jika semua sahamnya tidak dijual pada akhir tahun 2004

IV Beliau akan memperoleh keuntungan cuma RM2100 jika semua sahamnya terpaksa dijual pada harga terendah

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

Page 17: Stpm Pam Kertas1 Set3

SULIT*

Halaman 17

59. Encik Ali dan Encik Abu ditugaskan untuk menanam pokok bunga di dua buah taman yang sama luasnya. Encik Ali mengambil masa 2 jam 30 minit untuk menanam pokok bunga seluas ¼ daripada taman itu. Nyatakan dalam minit masa yang akan diambil oleh Encik Abu untuk menyiapkan kerja -kerja penanaman pokok bunga seluruh taman jika keupayaan Encik Abu adalah 3 kali ganda keupayaan Encik Ali ?

A 113 minit B 125 minit C 150 minit D 200 minit

60. Sebuah Jet Bomber A berkelajuan 2000 Km sejam, manakala jet Bomber B berkelajuan 1200 km sejam. Jika jet Bomber B bertolak pada pukul 1.00 petang , dan Bomber A bertolak pada pukul 1.30 petang. Pukul berapakah kedua-dua jet berkenaan sampai ke destinasi yang sama?

A 2.05 petang B 2.10 petang C 2.15 petang D 2.20 petang