STRATEGI MEMORI DAN KOGNITIF: …. JurnMemoKog-MEDC.pdf · 1 STRATEGI MEMORI DAN KOGNITIF:...

15
1 STRATEGI MEMORI DAN KOGNITIF: PENGGUNAANNYA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Kamarul Shukri B. Mat Teh Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia Mohamed Amin B. Embi Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Tinjauan literatur menunjukkan kepentingan strategi memori dan kognitif dalam pembelajaran bahasa pelajar. Kajian ini dijalankan untuk menerokai tentang penggunaan strategi memori dan kognitif dalam kalangan pelajar bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama. Sampel terdiri daripada 460 orang pelajar Tingkatan 4 yang dipilih secara rawak daripada 13 buah Sekolah Menengah Agama di Terengganu. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik kendiri untuk mengukur penggunaan strategi memori dan kognitif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan strategi memori dan kognitif dalam kalangan responden adalah rendah. Justeru, implikasi pedagogi mencadangkan agar pelajar diberi kesedaran tentang kepentingan strategi memori dan kognitif, mengadakan bengkel latihan, dan memaksimumkan penggunaan kedua-dua strategi tersebut. Implikasi kajian lanjutan dengan mereplikakan kajian ini dan mempelbagaikan metode kajian turut dikemukakan. Kata kunci: strategi memori, strategi kognitif, strategi pembelajaran bahasa, bahasa Arab. ABSTRACT Review of literature showed the importance of memory and cognitive strategies on students language learning. This study was conducted to explore the use of memory and cognitive strategies among Religious Secondary School students while they are learning Arabic. The sample consisted of 460 Form 4 students drawn from thirteen Religious Secondary School students in Terengganu. Data was collected using self-report questionnaire measuring the employment of memory and cognitive strategies. Result of the study showed that the memory and cognitive strategies use of these participants was low. Therefore, pedagogical implications were suggested such as raising learners’ awareness of memory and cognitive

Transcript of STRATEGI MEMORI DAN KOGNITIF: …. JurnMemoKog-MEDC.pdf · 1 STRATEGI MEMORI DAN KOGNITIF:...

1

STRATEGI MEMORI DAN KOGNITIF: PENGGUNAANNYA DALAM

PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Kamarul Shukri B. Mat Teh

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia

Mohamed Amin B. Embi

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Tinjauan literatur menunjukkan kepentingan strategi memori dan kognitif dalam

pembelajaran bahasa pelajar. Kajian ini dijalankan untuk menerokai tentang penggunaan

strategi memori dan kognitif dalam kalangan pelajar bahasa Arab di Sekolah Menengah

Agama. Sampel terdiri daripada 460 orang pelajar Tingkatan 4 yang dipilih secara rawak

daripada 13 buah Sekolah Menengah Agama di Terengganu. Data dikumpulkan

menggunakan soal selidik kendiri untuk mengukur penggunaan strategi memori dan kognitif.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan strategi memori dan kognitif dalam

kalangan responden adalah rendah. Justeru, implikasi pedagogi mencadangkan agar pelajar

diberi kesedaran tentang kepentingan strategi memori dan kognitif, mengadakan bengkel

latihan, dan memaksimumkan penggunaan kedua-dua strategi tersebut. Implikasi kajian

lanjutan dengan mereplikakan kajian ini dan mempelbagaikan metode kajian turut

dikemukakan.

Kata kunci: strategi memori, strategi kognitif, strategi pembelajaran bahasa, bahasa Arab.

ABSTRACT

Review of literature showed the importance of memory and cognitive strategies on students

language learning. This study was conducted to explore the use of memory and cognitive

strategies among Religious Secondary School students while they are learning Arabic. The

sample consisted of 460 Form 4 students drawn from thirteen Religious Secondary School

students in Terengganu. Data was collected using self-report questionnaire measuring the

employment of memory and cognitive strategies. Result of the study showed that the memory

and cognitive strategies use of these participants was low. Therefore, pedagogical

implications were suggested such as raising learners’ awareness of memory and cognitive

2

strategies, providing strategy training, and maximizing the use of both strategies.

Implications for further research, such as replicating the current study and employing

multiple methods were also included.

Keywords: memory strategy, cognitive strategy, language learning strategy, Arabic language.

PENDAHULUAN

Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) adalah langkah atau tindakan khusus yang diambil oleh

para pelajar untuk memudahkan pemerolehan, penyimpanan, pengingatan, dan penggunaan

maklumat sehingga menjadikan pembelajaran lebih mudah, lebih cepat, lebih

menyeronokkan, lebih kendiri, lebih efektif, dan lebih senang dipindahkan ke suasana baru.

Ia melibatkan prosedur mental dan komunikatif untuk mempelajari dan menggunakan bahasa

dalam kerangka mempertingkatkan pencapaian dan penguasaan bahasa sasaran.

Beberapa kajian mengenai hubungan SPB dengan penguasaan bahasa menunjukkan strategi

pembelajaran memberi kesan positif ke atas prestasi bahasa. Pelajar cemerlang menggunakan

pelbagai strategi (Oxford & Burry-Stock 1995; Oxford 2001) dan mengkoordinasi

penggunaan strategi secara lebih efektif berbanding pelajar lemah bahasa (Vann & Abraham

1990). Ia berpotensi untuk menjadi alat pembelajaran yang sangat berkuasa (O’Malley et al.

1985). Justeru, perhatian yang serius hendaklah diberikan oleh guru, pelajar, dan pengkaji

bahasa terhadap SPB demi kejayaan pembelajaran bahasa.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Antara strategi utama pembelajaran bahasa yang berperanan besar dalam mempercepat dan

mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa ialah strategi memori dan kognitif (Oxford

1990). Oleh itu, tidak hairanlah apabila strategi tersebut sering menjadi salah satu elemen

utama dalam taksonomi SPB. Para penyelidik SPB seperti Rubin (1987), O’Malley dan

Chamot (1990), Oxford (1990), Purpura (1997), dan Macaro (2001) telah menjadikan strategi

kognitif dan memori sebagai salah satu konstruk yang membentuk pengklasifikasian SPB

masing-masing.

Kebanyakan pengkaji berpandangan bahawa strategi kognitif dan memori adalah sama. Ia

merupakan strategi yang melibatkan proses kognitif di dalam pembelajaran bahasa seperti

memahami, menyimpan, mendapatkan semula dan menggunakannya. Strategi-strategi yang

3

digunakan semasa memanipulasikan bahan pembelajaran melibatkan pelbagai teknik yang

berbeza. Ia merupakan analisis secara langsung dan berterusan, transformasi, atau sintesis

bahan pembelajaran melalui penggunaan sumber, penyusunan, ringkasan, penghuraian,

perlambangan, pemindahan maklumat dan seumpamanya.

Oxford (1990) pula berpandangan strategi memori dan kognitif adalah merupakan dua

perkara yang berbeza. Strategi memori adalah teknik-teknik yang digunakan untuk

menyimpan, memperoleh semula, dan memindahkan maklumat daripada bentuk fakta kepada

kemahiran. Contohnya, membentuk kumpulan kata kerja seperti kata kerja transitif atau tidak

transitif. Strategi kognitif pula bertujuan memanipulasikan bahasa dan ia membolehkan

pelajar memahami dan menghasilkan makna. Antara contohnya ialah menganalisis secara

kontrastif dengan melihat perkataan dalam bahasa ibunda yang hampir sama bunyi dan

maknanya dengan perkataan dalam bahasa sasaran. Sesetengah pengkaji berpendapat,

pemisahan antara strategi memori dan kognitif di dalam taksonomi Oxford adalah agak sukar

untuk digambarkan (MacIntyre 1994). Namun begitu, Oxford (1996) dan Lan & Oxford

(2003) menegaskan bahawa kajian-kajian terdahulu menunjukkan strategi memori berfungsi

dengan cara yang berbeza daripada kebanyakan strategi kognitif dari segi kekerapan

penggunaan. Strategi memori lebih tertumpu kepada penghafazan dan pengingatan. Manakala

strategi kognitif pula lebih tertumpu kepada penggunaan bahasa. Memandangkan

pengklasifikasian SPB oleh Oxford adalah lebih komprehensif dan digunakan oleh ramai

penyelidik di seluruh dunia maka kewujudan strategi pembelajaran bahasa memori dan

kognitif sebagai dua strategi yang berbeza telah diterima oleh hampir kesemua sarjana

penyelidikan SPB.

Kajian mengenai penggunaan strategi memori dan kognitif adalah lebih banyak dilakukan di

dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Jarang sekali maklumat mengenai penggunaan kedua-

dua strategi tersebut oleh para pelajar bahasa Arab dapat dikongsikan. Oleh itu, kajian

mengenai penggunaan strategi memori dan kognitif dalam pembelajaran bahasa Arab adalah

wajar dilakukan bagi mengumpul maklumat dan mengetahui pola penggunaan strategi-

strategi tersebut. Perbezaan jenis bahasa dari segi linguistik dan ortografi merupakan antara

faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi dalam pembelajaran bahasa sasaran (Grabe

1986; Douglas 1992). Justeru, perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa Arab dari segi

linguistik dan ortografi dijangkakan akan mencorakkan tahap dan jenis strategi memori dan

kognitif pelajar bahasa Arab, dan ia merupakan satu perkara yang perlu dikaji. Strategi

4

memori dan kognitif yang kerap digunakan oleh pelajar semasa mempelajari bahasa Melayu

mungkin tidak dapat digunakan ketika mempelajari bahasa Arab, dan begitulah juga

sebaliknya. Justeru, kajian ini dijangkakan dapat membantu pelajar untuk memperbaiki

kemahiran kognitif dan mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa Arab mereka.

TUJUAN KAJIAN

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti tahap penggunaan strategi memori dan kognitif dalam kalangan

pelajar sekolah menengah agama semasa mempelajari bahasa Arab.

2. Mengenal pasti jenis strategi memori dan kognitif yang digunakan oleh pelajar

sekolah menengah agama semasa mempelajari bahasa Arab.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian kuantitatif ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah agama di Terengganu. Ia telah

melibatkan para pelajar Tingkatan Empat di tigabelas buah sekolah menengah agama

Terengganu. Berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970),

bilangan sampel yang diperlukan dalam kajian ini (yang mempunyai jumlah populasi 1691

orang) adalah seramai 313 orang. Namun begitu, seramai 460 orang sampel yang dipilih

secara rawak telah terlibat di dalam kajian ini.

Instrumen soal selidik telah digunakan bagi mengumpul maklumat tentang penggunaan

strategi memori dan kognitif dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama semasa

mempelajari bahasa Arab. Item-item soal selidik tersebut dipilih, diubahsuai dan ditambah

berdasarkan konstruk memori dan kognitif yang terdapat di dalam SILL (Oxford 1990) versi

7.0.

ANALISIS DATA

Bagi menentukan tahap penggunaan strategi memori dan kognitif, data telah dianalisis

menggunakan statistik deskriptif. Nilai min yang diperoleh ditafsirkan menggunakan cara

interpretasi yang dicadangkan oleh Oxford (1990). Beliau telah meletakkan kriteria penilaian

tahap penggunaan strategi pembelajaran bahasa seperti di dalam Jadual 1.

Jadual 1 Interpretasi Skor Min Tahap Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Tinggi Sentiasa benar (sentiasa) 4.5 hingga 5.0

5

Selalunya benar (kerap kali) 3.5 hingga 4.4Pertengahan Biasanya benar (kadang-kadang) 2.5 hingga 3.4

Rendah Biasanya tidak benar (sekali-sekala) 1.5 hingga 2.4Tidak pernah benar (tidak pernah) 1.0 hingga 1.4

Secara umumnya, statistik deskriprif menunjukkan bahawa tahap penggunaan strategi

memori (M = 2.00, S.P. = 0.60) dan kognitif (M = 2.06, S.P. = 0.61) dalam kalangan pelajar

sekolah menengah agama semasa mempelajari bahasa Arab adalah rendah.

Jadual 2 menunjukkan frekuensi penggunaan strategi memori dalam pembelajaran bahasa

Arab oleh para pelajar sekolah menengah agama. Penggunaan sub strategi “mencipta

hubungan mental” (BA1, BA2, dan BA3) didapati berada pada tahap yang rendah. Seramai

66.9% responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi “menghubungkait”

(BA1), 71.1% responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi “membuat

pengelasan” (BA2), dan 78.7% responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan

strategi “meletakkan perkataan dalam konteks” (BA3).

Bagi sub strategi “menggunakan imej dan bunyi” (BA4, BA5, BA6, BA7, dan BA10), para

pelajar didapati menggunakannya pada tahap yang rendah. Ini terkecuali bagi strategi

“membuat peta semantik” (BA5) yang penggunaannya pada tahap sederhana di mana seramai

46.1% responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi tersebut. Seramai

66.5% responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi BA4 dan 63.4%

responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi BA10 di mana kedua-

duanya merupakan strategi “menggunakan imejan”. Seramai 88% responden tidak pernah

dan biasanya tidak menggunakan strategi BA6 dan 92.2% tidak pernah dan biasanya tidak

menggunakan strategi BA7 di mana kedua-duanya adalah strategi “menggambarkan bunyi

dalam ingatan”.

Tahap penggunaan sub strategi “menggunakan tindakan” yang diwakili oleh strategi

“menggunakan tindakbalas fizikal dan sensasi” (BA8) adalah rendah di mana seramai 68.4%

responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi tersebut. Strategi

“mengulangkaji secara berstruktur” (BA9) yang mewakili sub strategi “mengulang kaji

dengan baik” juga didapati digunakan pada tahap yang rendah dengan 81.7% responden tidak

pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi tersebut.

6

Jadual 2 Frekuensi (Dalam Peratusan), Min, dan Sisihan Piawai Strategi Memori (N = 460) No

Item Strategi 1 2 3 4 5 Min S.P.

BA1 Menghubungkan pengetahuan dan maklumat yang telah diketahui dengan sesuatu yang baru dipelajari dalam bahasa Arab.

29.1 37.8 23.7 7.2 2.2 2.15 0.99

BA2 Mengelaskan perkataan-perkataan yang baru dipelajari menurut persamaan ciri-ciri yang terdapat antaranya.

33.9 37.2 17.0 8.0 3.9 2.10 1.08

BA3 Berlatih membuat ayat dengan perkataan yang baru dipelajari supaya senang mengingatinya.

40.9 37.8 15.0 4.6 1.7 1.88 0.94

BA4 Menghubungkan bunyi perkataan baru dengan imej atau gambar bagi perkataan tersebut supaya memudahkan mengingatinya.

36.3 30.2 19.3 9.3 4.8 2.16 1.15

BA5 Mengingati perkataan baru dengan membuat gambaran minda tentang situasi di mana perkataan itu sepatutnya digunakan.

17.6 28.5 29.6 16.3 8.0 2.68 1.17

BA6 Menggunakan kaedah rima (bunyi bersajak) untuk mengingati perkataan baru.

66.3 21.7 8.7 2.6 0.7 1.49 0.81

BA7 Menggunakan kad imbasan untuk mengingati perkataan baru.

77.0 15.2 6.1 0.9 0.9 1.33 0.70

BA8 Melakonkan perkataan yang baru dipelajari dalam bentuk perbuatan untuk memudahkan mengingatinya.

36.7 31.7 19.3 9.3 2.8 2.09 1.08

BA9 Mengulang kaji pelajaran bahasa Arab dengan kerap.

39.1 42.6 14.6 2.6 1.1 1.83 0.84

BA10 Mengingati perkataan atau frasa baru dengan mengingati lokasinya pada halaman buku atau di mana kali pertama melihat atau mendengarnya.

29.1 34.3 18.5 12.6 5.4 2.30 1.17

Berdasarkan Jadual 3 yang memaparkan kekerapan penggunaan strategi kognitif, penggunaan

sub strategi “berlatih” didapati berada di tahap yang rendah. (BB11, BB12, BB13, BB14,

BB15, BB16, dan BB17). Seramai 65% responden tidak pernah dan biasanya tidak

menggunakan strategi “mengulang” (BB11). Bagi strategi “berlatih menggunakan sistem

bunyi dan tulisan” pula, seramai 73.5% responden tidak pernah dan biasanya tidak

menggunakan strategi BB12, 64.3% responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan

strategi BB13, 56.5% responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi

BB14, dan 68.2% responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi BB15.

Manakala bagi strategi “berlatih secara semula jadi” pula, seramai 75.9% responden tidak

pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi BB16, dan seramai 92.2% responden tidak

pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi BB17.

7

Bagi sub strategi “menerima dan menghantar mesej” (BB18 dan BB19), para pelajar didapati

menggunakan strategi “menggunakan pelbagai sumber untuk menerima dan menghantar

mesej” (BB18) pada tahap yang rendah dengan seramai 88.5% responden tidak pernah dan

biasanya tidak menggunakan strategi tersebut. Manakala bagi strategi “mendapatkan idea

dengan cepat” (BB19) pula, tahap penggunaannya adalah sederhana di mana seramai 47.8%

responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi tersebut.

Penggunaan sub strategi “menganalisis dan menaakul” adalah berada pada tahap yang rendah

melainkan strategi “menganalisis secara kontrastif” (BB20) di mana tahap penggunaannya

adalah sederhana. Seramai 51% responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan

strategi BB20 ini. Bagi strategi “menaakul secara deduktif” (BB21), seramai 79.6%

responden tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi tersebut. Bagi strategi

“menganalisis pernyataan” pula, seramai 63.7% responden tidak pernah dan biasanya tidak

menggunakan strategi BB22 dan seramai 67.2% responden tidak pernah dan biasanya tidak

menggunakan strategi BB23.

Tahap penggunaan sub strategi “mencipta struktur untuk input dan output” yang diwakili oleh

strategi “membuat ringkasan” (BB24) pula adalah rendah. Seramai 80.9% responden

menyatakan tidak pernah dan biasanya tidak menggunakan strategi tersebut.

Jadual 3 Frekuensi (Dalam Peratusan), Min, dan Sisihan Piawai Strategi Kognitif (N = 460) No Item

Strategi 1 2 3 4 5 Min S.P.

BB11 Menyebut atau menulis perkataan-perkataan Arab yang baru berulang kali.

25.4 39.6 21.3 9.8 3.9 2.27 1.06

BB12 Meniru cara pertuturan orang Arab.

48.3 25.2 17.2 7.4 2.0 1.89 1.05

BB13 Berlatih dengan bunyi atau abjad bahasa Arab.

32.8 31.5 21.3 10.0 4.3 2.21 1.13

BB14 Menggunakan perkataan-perkataan Arab yang diketahui dengan pelbagai cara.

26.3 30.2 25.7 12.0 5.9 2.40 1.16

BB15 Berusaha untuk memulakan perbualan dalam bahasa Arab.

36.5 31.7 18.7 10.0 3.0 2.11 1.10

BB16 Menonton program atau filem berbahasa Arab di TV atau mendengar nasyid Arab di radio untuk mempertingkat kemahiran mendengar atau bertutur.

47.0 28.9 15.7 6.1 2.4 1.88 1.03

BB17 Membaca bahan-bahan berbahasa Arab untuk hiburan. Contoh: membaca buku cerita, majalah, atau surat khabar Arab.

73.5 18.7 5.2 1.7 0.9 1.37 0.74

8

BB18 Menulis nota, mesej, surat, atau lapuran dalam bahasa Arab.

68.9 19.6 8.3 2.4 0.9 1.46 0.81

BB19 Membaca petikan teks Arab secara sepintas lalu untuk mendapat idea umum sebelum mengulang untuk membacanya secara terperinci.

19.3 28.5 25.7 13.3 13.3 2.72 1.28

BB20 Mencari perkataan-perkataan bahasa Melayu yang menyamai perkataan baru dalam bahasa Arab.

21.7 29.3 24.8 14.3 9.8 2.61 1.24

BB21 Cuba mencari kaedah pembentukan perkataan atau ayat dalam bahasa Arab.

53.3 26.3 13.0 5.7 1.7 1.76 0.99

BB22 Mencari makna perkataan Arab dengan membahagikannya kepada beberapa bahagian yang difahami.

41.1 22.6 15.2 13.7 7.4 2.23 1.31

BB23 Memahami apa yang didengari atau dibaca tanpa menterjemahkannya perkataan demi perkataan ke dalam bahasa Melayu.

33.7 33.5 23.0 8.3 1.5 2.10 1.01

BB24 Membuat ringkasan maklumat-maklumat bahasa Arab yang baru didengari atau baca.

48.3 32.6 11.5 5.7 2.0 1.80 0.98

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Oxford (1990) berpandangan bahawa strategi memori merupakan strategi yang sangat

bertenaga dan berpengaruh. Namun begitu, kajian ini mendapati tahap penggunaan strategi

memori adalah rendah. Dapatan ini adalah konsisten dengan dapatan beberapa kajian di Asia

(al-Otaibi 2004; al-Wahibee 2000; Chou 2002; Hong 2006; Lai 2005; Lan 2005; Riazi 2007).

Kajian Alosh (1997) ke atas Pelajar Cemerlang Bahasa yang mempelajari bahasa Arab di

Arabic Language and Culture Summer Institute di Universiti Ohio, Amerika juga mendapati

strategi memori merupakan strategi paling kurang digunakan oleh kumpulan tersebut.

Hanya strategi “membuat peta semantik” dari sub strategi “menggunakan imej dan bunyi”

digunakan pada tahap sederhana. Strategi lain seperti “menghubungkait”, “membuat

pengelasan”, “meletakkan perkataan dalam konteks” dari sub strategi “mencipta hubungan

mental”, “menggunakan imejan”, “menggambarkan bunyi dalam ingatan” dari sub strategi

“menggunakan imej dan bunyi”, “menggunakan tindakbalas fizikal dan sensasi” dari sub

strategi “menggunakan tindakan” dan “mengulang kaji secara berstruktur” dari sub strategi

“mengulang kaji dengan baik” adalah digunakan pada tahap kekerapan yang rendah.

Kajian Politzer dan McGroarty (1985), serta Huang dan Naerssen (1987) melaporkan bahawa

pelajar Asia lebih kerap menggunakan strategi memori. Namun begitu, ia lebih menjurus

kepada strategi memori yang bersifat tradisi seperti teknik menghafal dan mengingat ayat

9

atau kaedah tatabahasa. Dengan kata lain, apabila kajian SPB hanya melibatkan strategi

memori yang menjurus ke arah penghafalan maka pelajar Asia sememangnya dijangkakan

menggunakannya secara kerap. Namun, apabila ia melibatkan strategi memori yang terkini

dan canggih seperti yang terdapat dalam SILL maka pelajar Asia berkemungkinan didapati

jarang menggunakannya. Pandangan ini disokong oleh dapatan kajian SPB al-Wahibee

(2000) dan al-Otaibi (2004) ke atas pelajar Arab Saudi, dan Riazi (2007) ke atas pelajar Qatar

dengan menggunakan SILL. Meskipun orang-orang Arab terkenal dengan kekuatan dan

kekerapan penggunaan strategi memori penghafalan seperti dalam pengajian hafalan al-

Qur’an dan al-Hadith (al-Swelem 1997), namun kajian al-Wahibee (2000), al-Otaibi (2004),

dan Riazi (2007) mendapati strategi memori merupakan kategori strategi yang paling kurang

digunakan.

Kajian Arrow (2004) terhadap dua kumpulan pelajar berbangsa Amerika dan Jepun yang

mempelajari bahasa China di Universiti Methodist, barat daya Amerika menunjukkan kedua-

dua kumpulan menggunakan strategi memori dengan kerap. Namun begitu, kumpulan pelajar

berbangsa Jepun lebih banyak menggunakan strategi memori yang bersifat tradisional seperti

menulis berkali-kali dan menyebut berulang-ulang untuk menghafal. Sementara itu, pelajar

berbangsa Amerika lebih kerap membuat imejan, menggunakan kad imbasan, dan bunyian.

Mereka berpendapat strategi yang digunakan oleh pelajar berbangsa Jepun tidak akan dapat

membantu mereka untuk mengingati perkataan bahasa China.

Memandangkan kebanyakan strategi memori di dalam soal selidik kajian ini adalah bersifat

terkini dan canggih, maka tidak hairanlah apabila tahap penggunaan strategi tersebut didapati

rendah berbanding kategori lain. Namun begitu, penggunaan strategi memori yang besifat

tradisi oleh responden masih dianggap sangat rendah (rujuk Jadual 2). Dengan kata lain,

tahap penggunaan strategi memori oleh responden sememangnya adalah rendah dan ia

disokong oleh dapatan beberapa kajian lain. Umpamanya, kajian Osman (1993) menunjukkan

bahawa bilangan perbendaharaan kata BA yang dimiliki oleh para pelajar yang baru diterima

masuk ke Fakulti Pengajian Islam UKM adalah di sekitar antara 500 hingga 1000 perkataan.

Padahal mengikut sukatan pelajaran bahasa Arab, para pelajar sepatutnya telah dapat

menguasai sejumlah 2000 perbendaharaan kata pada peringkat menengah rendah dan 3000

perkataan pada peringkat menengah atas. Oleh itu, pelajar yang lulus SPM sepatutnya

mempunyai perbendaharaan kata BA antara 3000-5000 perkataan. Jurang yang besar

menunjukkan bahawa teknik menghafal yang merupakan strategi memori tradisi telah tidak

10

digunakan secara maksimum dan kerap bagi meningkatkan jumlah perbendaharaan kata

pelajar. Kajian mengenai penggunaan kamus (Ishak 1994; Syakirah 2004) mendapati pelajar

bahasa Arab kurang menggunakan kamus. Dapatan ini turut mencerminkan bahawa teknik

menghafal dalam kalangan pelajar BA tidak digunakan dengan sebaiknya kerana penggunaan

kamus sangat berkait rapat dengan penghafalan perkataan atau frasa. Kesimpulannya, selain

daripada kurang mendapat pendedahan tentang penggunaan strategi memori yang terkini,

canggih, dan berperingkat, kumpulan pelajar tersebut juga kurang menggunakan strategi

memori tradisi secara maksimum.

Menurut O’Malley dan Chamot (1990), dan Oxford (1990), strategi kognitif kebiasaannya

merupakan SPB yang paling popular dan kerap digunakan oleh pelajar bahasa. Namun

begitu, kajian ini menunjukkan bahawa strategi kognitif merupakan antara strategi utama

yang paling kurang digunakan oleh pelajar sekolah menengah agama. Mereka

menggunakannya pada tahap yang rendah sama ada pada peringkat kategori utama atau pada

kebanyakan item strategi. Dapatan ini adalah menyamai dengan dapatan kajian Chou (2002)

di Taiwan, al-Otaibi (2004) di Arab Saudi, dan Park (2005) di Korea. Namun begitu,

beberapa kajian menunjukkan strategi kognitif merupakan strategi yang paling kerap

digunakan (Doering 1999; Ho 2004; Hong 2006).

Hanya dua strategi kognitif digunakan oleh pelajar sekolah menengah agama pada tahap

kekerapan yang sederhana, iaitu strategi “mendapatkan idea dengan cepat” dari sub strategi

“menerima dan menghantar mesej”, dan “menganalisis secara kontrastif” dari sub strategi

“menganalisis dan menaakul”. Manakala strategi lain seperti “mengulang”, “berlatih

menggunakan sistem bunyi dan tulisan”, “berlatih secara semula jadi” dari sub strategi

“berlatih”, “menggunakan pelbagai sumber untuk menerima dan menghantar mesej” dari sub

strategi “menerima dan menghantar mesej”, “menaakul secara deduktif”, “menganalisis

pernyataan” dari sub strategi “menganalisis dan menaakul” dan “membuat ringkasan” dari

sub strategi “mencipta struktur untuk input dan output” digunakan pada tahap yang rendah.

Kekurangan penggunaan strategi kognitif yang ketara mungkin disebabkan oleh

ketidakmampuan atau keengganan pelajar untuk berlatih, menganalisa, dan menaakul semasa

mempelajari bahasa Arab. Dapatan ini mengukuhkan andaian bahawa populasi yang dikaji

tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai cara pembelajaran bahasa kedua/asing.

Mereka mungkin tidak didedahkan kepada cara untuk melakukan transformasi, analisis

11

secara terarah, atau sintesis bahasa. Akibatnya, penggunaan SPB oleh kumpulan ini berada

pada tahap yang rendah.

Di samping itu, kekurangan penggunaan strategi kognitif turut mencerminkan sikap pelajar

terhadap mata pelajaran bahasa Arab. Mereka lebih melihatnya sebagai subjek akademik

semata-mata dan kurang meletakkannya sebagai alat komunikatif. Persepsi ini boleh

dibuktikan dengan terdapatnya item “membaca bahan-bahan berbahasa Arab untuk hiburan”,

dan “menulis nota, mesej, surat, atau laporan dalam bahasa Arab” dalam senarai sepuluh

peratus strategi yang paling kurang digunakan. Ini ditambah pula dengan item “membuat

ringkasan maklumat-maklumat bahasa Arab yang baru didengar atau baca”, “menonton

program atau filem berbahasa Arab di TV atau mendengar nasyid Arab di radio untuk

mempertingkat kemahiran mendengar atau bertutur” dan seumpamanya yang juga digunakan

pada tahap rendah.

Senario ini secara tidak langsung turut menggambarkan tentang tahap penggunaan bahasa

Arab di luar kelas persekolahan yang sangat rendah. Strategi-strategi yang kebiasaannya

dilakukan di luar kelas sangat kurang dipraktikkan. Perkara ini disokong oleh maklumat

tentang latar belakang responden berkaitan jumlah jam belajar BA di luar kelas persekolahan

dalam seminggu. Tiada seorang pelajar pun yang mempelajari BA di luar kelas persekolahan

lebih daripada 7 jam dalam satu minggu. Hanya 7 orang (1.5%) mempelajarinya antara 6

hingga 7 jam, 14 orang (3%) mempelajarinya antara 4 hingga 5 jam, 89 orang (19.4%)

mempelajarinya antara 2 hingga 3 jam, dan majoriti pelajar (350 orang = 76.1%)

mempelajarinya antara 0 hingga 1 jam. Kajian Ab. Halim dan Wan Mohamad (2006) turut

menunjukkan bahawa budaya penggunaan bahasa Arab dalam aktiviti harian para pelajar

adalah terlalu rendah.

IMPLIKASI KAJIAN

Strategi memori dan kognitif yang berada pada tahap penggunaan rendah menunjukkan

pelajar berkemungkinan tidak mempunyai kemahiran belajar yang baik dan berkesan.

Padahal kedua-dua strategi tersebut adalah sangat penting dalam pembelajaran bahasa kerana

ia melibatkan pemprosesan yang mendalam di mana hubungan mental dibina antara

maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada, dan memanipulasikan bahasa bagi

membolehkan pelajar memahami dan menghasilkan makna. Oleh itu, strategi tersebut

12

sewajarnya diberi perhatian kerana ia merupakan strategi yang sangat bertenaga untuk

memperbaiki kemahiran bahasa Arab.

Guru perlu menunjuk ajar cara penggunaan strategi memori seperti mencipta hubungan

mental, menggunakan imej dan bunyi, mengulang kaji dengan baik, dan menggunakan

perbuatan. Pelajar tidak harus dibiarkan berasa memadai dengan strategi memori yang

bersifat tradisional seperti menghafal dan menulis berulang kali. Teknik-teknik terkini yang

lebih sistematik dan khusus perlu didedahkan kepada populasi kajian. Strategi yang

memaksimumkan aktiviti pemprosesan maklumat seperti mencipta hubungan mental,

menggunakan imej, bunyi, dan tindakan perlu dikembangkan. Melalui cara ini, proses mental

dalam pembelajaran bahasa asing/kedua akan bertambah baik. Strategi kognitif yang

melibatkan latihan, menerima dan menghantar mesej, menganalisis dan menaakul, dan

mencipta struktur untuk input dan output juga perlu dilatihkan kepada pelajar bahasa.

Kesemua ini boleh dilakukan dengan mengadakan bengkel kesedaran SPB dan belajar-cara-

belajar bahasa.

Disamping itu, sikap pelajar terhadap bahasa Arab perlu diubah agar mereka bukan hanya

sekadar menganggap ia sebagai subjek yang perlu lulus. Pelajar perlu bersikap positif dengan

berusaha untuk mengusai sebaik mungkin bahasa Arab. Pihak sekolah perlu menyediakan

program, kemudahan dan peluang kepada pelajar untuk lebih banyak menggunakan bahasa

sasaran di luar kelas persekolahan. Melalui cara ini, pelajar lebih berpeluang untuk

menggunakan pelbagai strategi memori dan kognitif secara kerap. Sekali gus, ia akan

meningkatkan tahap pencapaian dan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar.

Kajian mengenai penggunaan strategi memori dan kognitif ini perlu diteruskan.

Sementelahan pula, kajian seumpama ini adalah kurang dijalankan di dalam konteks

pembelajaran bahasa Arab. Kajian yang menggunakan pelbagai metode juga dilihat wajar

dilakukan bagi mendapat keputusan kajian yang konsisten dan boleh dipertanggungjawabkan.

RUJUKAN

Alosh, M.M. (1997). Learner, text, and context in foreign language acquisition: an Arabic

perspective. Ohio: Ohio State University.

13

al-Otaibi, Ghazi Nawar. (2004). Language learning strategy use among Saudi EFL students

and its relationship to language proficiency level, gender and motivation. Disertasi

Ph.D. Indiana University of Pennsylvania.

al-Swelem, B. (1997). Teachers’ facilitation of children’s learning in the elementary

classroom in Saudi Arabia: do teachers foster strategic behavior in children? Disertasi

Ph.D. University of Wisconsin-Madison.

al-Wahibee, Khalid M. (2000). The relationship between language learning strategies and the

English language oral proficiency of Saudi university level ESL students. Disertasi

M.A. University of Kansas.

Arrow, Ju-Chuan. (2004). Learning Chinese characters: a comparative study of the learning

strategies of students whose native language is character-based. Disertasi Ph.D.

University of Oklahoma.

Chou, Y. (2002). An exploratory study of language learning strategies and the relationship of

these strategies to motivation and language proficiency among EFL Taiwanese

technological and vocational college students. Disertasi Ph.D. University of Iowa.

Doering, Lynda. (1999). Language learning strategies of younger second language learners.

Disertasi M.A. University of Western Ontario.

Douglas, M.O. (1992). Development of orthography-related reading/writing strategies by

learners of Japanese as a foreign language. Disertasi Ph.D. University of Southern

California.

Grabe, W. (1986). The transition from theory to practice in teaching reading. Dlm. Dubim, F.,

Eskey, D. E. & Grabe, W. (pnyt.). Teaching second language reading for academic

purpose, hlm. 25-48. Reading, MA: Addison-Wesley.

Ho, C-M. (2004). The use of language learning strategies by Chinese-speaking international

ESL program students and their self-perceived social distance with the target

language group. Disertasi Ph.D. University of Houston.

Hong, Kyungsim. (2006). Beliefs about language learning and language learning strategy use

in an EFL context: a comparison study of monolingual Korean and bilingual Korean-

Chinese university students. Disertasi Ph.D. University of North Texas.

Huang, X. & Van Naerssen, M. (1987). Learning strategies for oral communication. Applied

Linguistics 8: 287-307.

Ishak Rejab. (1994) Dlm. Mustafa Hj Dolah. Penggunaan kamus al-Marbawi di kalangan

pelajar tingkatan lima sekolah menengah agama di Negeri Sembilan. Tesis Sarjana.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

14

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30 (3): 607-610.

Lai, Ying-Chun. (2005). Language learning strategy use and language proficiency for English

as a foreign language (EFL) learners in Taiwan. Disertasi Ph.D. University of

Southern California.

Lan, R.L. (2005). Language learning strategies profiles of EFL elementary school students in

Taiwan. Disertasi Ph.D. University of Maryland.

Lan, R.L. & Oxford, R.L. (2003). Language learning strategy profiles of elementary school

students in Taiwan. International Review of Applied Linguistics in Language

Teaching 41 (4): 339-379.

Macaro, E. (2001). Learning strategies in foreign and second language classrooms. London

and New York: Continuum.

MacIntyre, P.D. (1994). Toward a social psychological model of strategy use. Foreign

Language Annals 27 (2): 185-195.

O’Malley, J.M. & Chamot, A.U. (1990). Learning strategies in second language acquisition.

Cambridge: Cambridge University Press.

O’Malley, J.M., Chamot, A.U., Stewner-Manzanares, G., Russo, R. P. & Kupper, L. (1985).

Learning strategies applications with students of English as a second language.

TESOL Quarterly 19: 557-584.

Osman Hj Khalid. (1993). Pengajian bahasa Arab di sekolah-sekolah dan pusat pengajian

tinggi di Malaysia. Dlm. Ismail Ab. Rahman, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd & Mohd

Yasin Muda (pnyt.). Isu-isu pendidikan Islam di Malaysia: cabaran dan harapan,

hlm. 210-217. Kuala Terengganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.

Oxford, R.L. (1990). Language learning strategies: what every teacher should know. New

York: Newbury House.

Oxford, R.L. (pnyt.). (1996). Language learning strategies around the world: Cross-cultural

perspectives. Honolulu: University of Hawaii, Second Language Teaching and

Curriculum Center.

Oxford, R.L. (2001). Language learning styles and strategies. Dlm. M. Celce-Murcia, (pnyt.).

Teaching English as a second language, hlm. 359-366. Boston: Heinle and Heinle.

Oxford, R.L. & Burry-Stock, J.A. (1995). Assessing the use of language learning strategies

worldwide with the ESL/EFL version of the strategy inventory for language learning

(SILL), System 23 (1): 1-23.

15

Park, Sung Hee. (2005). Language learning strategies and the relationship of these strategies

to motivation and English proficiency among Korean EFL students. Disertasi Ph.D.

University of Kansas.

Politzer, R.L. & McGroarty, M. (1985). An exploratory study of learning behaviors and their

relationship to gain in linguistic and communicative competence. TESOL Quarterly

19: 103-123.

Purpura, J.M. (1997). An analysis of the relationships between test takers’ cognitive and

metacognitive strategy use and second language test performance. Language Learning

47 (2): 289-325.

Riazi, A. M. (2007). Language learning strategy use: perceptions of female Arab English

majors. Foreign Language Annals 40 (3): 433-440.

Rubin, J. (1987). Learners strategies: theoretical assumptions, research history and typology.

Dlm. A. Wenden & J. Rubin (pnyt.). Learner strategies in language learning, hlm.

15-29. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Syakirah Mohd Razman. (2004). Penggunaan kamus dalam pembelajaran BAK: satu tinjauan

di kalangan pelajar tingkatan tiga di empat buah SMKA. Kertas Projek Sarjana.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Vann, R.J. & Abraham, R.G. (1990). Strategies of unsuccessful language learners. TESOL

Quarterly 24 (2): 177-198.