Strategi Merapatkan Hubungan Kaum

3
Strategi-strategi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum. Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita. Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. A. Rukun Negara Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik. Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut: (a) Kepercayaan kepada Tuhan; (b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara; (c) Keluhuran Perlembagaan; (d) Kedaulatan Undang-undang; dan (e) Kesopanan dan Kesusilaan. Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif. B. Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu: i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan. C. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu.Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:

Transcript of Strategi Merapatkan Hubungan Kaum

Page 1: Strategi Merapatkan Hubungan Kaum

Page 2: Strategi Merapatkan Hubungan Kaum

i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di Malaysia. iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum. D. Bahasa Kebangsaan Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah menjalankan kempen untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan ‘Gerakan Cintailah Bahasa Kita’. E. Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan, yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara dengan mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik. Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan. Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan. F. Integrasi Antara Wilayah Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah. Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik. Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen nasional. Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia. Oleh : Shahril Affandi bin Mat Yusof 770309115393 / PPG Sains Kumpulan 3

Page 3: Strategi Merapatkan Hubungan Kaum