Pengenalan Kaum India

55
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN KAUM INDIA 2 2.0 MAKLUMAT RINGKAS TENTANG KAUM INDIA 3 - 27 3.0 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA KAUM INDIA 28 4.0 REFLEKSI KUMPULAN 29 - 30 5.0 BIBLIOGRAFI 31 6.0 BORANG KOLABORASI 32 1

Transcript of Pengenalan Kaum India

Page 1: Pengenalan Kaum India

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN KAUM INDIA 2

2.0 MAKLUMAT RINGKAS TENTANG

KAUM INDIA 3 - 27

3.0 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

KAUM INDIA 28

4.0 REFLEKSI KUMPULAN 29 - 30

5.0 BIBLIOGRAFI 31

6.0 BORANG KOLABORASI 32

7.0 JADUAL PERLAKSANAAN TUGAS 33

8.0 RUJUKAN DAN LAMPIRAN 34 - 40

9.0 ESEI KERJA KURSUS INDIVIDU 41

JOSEPH BANSA 42

MUHAMMAD FARID ISMAIL 43

WONG TOH UNG 44

1

Page 2: Pengenalan Kaum India

1.0 Pengenalan Kaum India

Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka

yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

Sejarah

Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu.

Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan

keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa

pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat

— Pulau Pinang, Melaka dan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga

1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh,

pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan,

pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan

orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:

peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat

sejak dekad 1870-an; dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian. 

Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri

terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di

India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan

penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di

Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000.

Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan

Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun

itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan

mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan

Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang

India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8

juta).

2

Page 3: Pengenalan Kaum India

2.0 MAKLUMAT RINGKAS TENTANG KAUM INDIA

WARISAN BUDAYA INDIA

Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum

India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari

Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman

penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih

baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu,

mereka turut membawa budaya mereka yang unik.

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah

satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk

di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri

kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat

resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan

kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan

perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu

maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

 Tanda Hormat

Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang

kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau

makanan dan  mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat

kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai

tanda kebaikan dan kesyukuran.

Peranan Keluarga

Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan

peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah

umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu.

Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.

3

Page 4: Pengenalan Kaum India

Perkahwinan

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati.

Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat

tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa  amatlah penting bagi

segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib

buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan

pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di

rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu

kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan

untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.

Sewaktu Mengandung

Adat Valaikaappu  dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau

usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk

gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan

ibu” dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk

melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa

jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing.

Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat

perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali

sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini

termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan,

sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan

diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut

diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut

didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air

kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut

4

Page 5: Pengenalan Kaum India

akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan

bunga oleh suaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang

dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu

vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara.

Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai

jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.

Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat

dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini

akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Kelahiran

Kelahiran seorang bayi adalah  acara penting keluarga dan masyarakat. Semua

saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir

keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara

penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi

dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya.

Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari

kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu

mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu

persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara

yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada

hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat.

Potong Tali Pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar

kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan

5

Page 6: Pengenalan Kaum India

ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak

digunakan oleh ahli sihir.

SELEPAS KELAHIRAN

Menyapu Madu

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada

lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang

merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala

digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya

bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah

bayi dan memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut

bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu

tumbesaran bayi tersebut.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga,

kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa

masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau

sebarang malapetaka dari pada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang

dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali

mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.

Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut

dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi

dulang aalati dibuang.

6

Page 7: Pengenalan Kaum India

Mandi Selepas Bersalin

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga

yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu

pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.

Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak

dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu

yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si

ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin.

Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita

yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi

dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan

herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan

sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang

belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga

turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang

hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk

mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi

ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian

punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap

kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak

dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk

meluruskan anggota badan bayi.

 Mendodoi Bayi

Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara  ini

juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan

dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi

7

Page 8: Pengenalan Kaum India

tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan

dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

Memberi Nama

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama

dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan

oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan

dengan dewa-dewa.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh

kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan

dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan

mempengaruhi perwatakannya kelak. 

8

Page 9: Pengenalan Kaum India

9

Page 10: Pengenalan Kaum India

10

Page 11: Pengenalan Kaum India

11

Page 12: Pengenalan Kaum India

12

Page 13: Pengenalan Kaum India

13

Page 14: Pengenalan Kaum India

14

Page 15: Pengenalan Kaum India

15

Page 16: Pengenalan Kaum India

16

Page 17: Pengenalan Kaum India

17

Page 18: Pengenalan Kaum India

18

Page 19: Pengenalan Kaum India

19

Page 20: Pengenalan Kaum India

20

Page 21: Pengenalan Kaum India

21

Page 22: Pengenalan Kaum India

22

Page 23: Pengenalan Kaum India

23

Page 24: Pengenalan Kaum India

24

Page 25: Pengenalan Kaum India

25

Page 26: Pengenalan Kaum India

26

Page 27: Pengenalan Kaum India

27

Page 28: Pengenalan Kaum India

3.0 Persembahan Multimedia Kaum India

28

Page 29: Pengenalan Kaum India

4.0 Refleksi Kumpulan

Kami berasa bersyukur kerana berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dalam

masa yang telah diberi. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami dapat melalui

perlaksanaan kerja kursus ini terutama dalam membuat persembahan multimedia yang

berkaitan dengan kaum India. Jika dahulu, kami hanya tahu pasal kaum India

berkenaan dengan Hari Deepavali dan cerita India di rancang program TV2 dan TV3.

Pengetahuan berkenaan kaum India amatlah cetek. Tetapi sekarang kami lebih

mengetahui tentang mereka. Hal ini terjadi disebabkan di Sarawak susah untuk melihat

atau berjumpa dengan orang India berbanding di Semenanjung Malaysia. Kami

sekumpulan bekerjasama dalam mencari maklumat tentang kaum India melalui sumber

buku, internet dan temubual dengan orang yang merupakan kaum India asli yang masih

lagi berpegang teguh dengan ajaran agama Hindu. Hari perayaan utama kaum India

ialah Deepavali di mana perayaan ini disambut sebagai hari cahaya. Pantang larang

kaum India yang kami baru tahu ialah pantang larang ketika tetamu berkunjung ke

rumah. Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang

menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini dipercayai membawa sial.

Masyarakat India juga menekankan tidak boleh makan di tempat gelap kerana takut

makanan akan dikongsi dengan hantu. Setiap kaum pasti ada adat dalam menyambut

kelahiran bayi begitu juga dengan kaum India dimana, dalam menyambut kelahiran

bayi, semua ahli keluarga akan dimaklumkan tentang kelahiran seseorang bayi. Setelah

itu, apabila bayi dilahirkan , ahli keluarga tidak boleh menjalankan sebarang upacara

keagamaan selama 16 hari. Pada hari ke 16 merupakan hari menamakan bayi tersebut.

Pada masa tersebut, rumah dan buaian akan dihias dengan begitu cantik. Dalam acara

ini, jiran-jiran akan dijemput bagi memeriahkan majlis. Dalam memberikan nama yang

sesuai kepada bayi, seorang ahli agama akan dirujuk untuk mencari nama yang

bertuah dan bersesuaian dengan bintang akrasanya mengikut kalender Hindu. Dalam

memberikan nama bayi, bayi tersebut dipangku satu persatu oleh golongan tua dan

dinyanyikan lagu agama oleh golongan wanita. Kami sekumpulan saling bertolak-ansur

dan tolong menolong dalam melaksanakan kerja kursus ini. Sekarang kami lebih

mengenali antara satu sama lain dan berkaitan dengan masyarakat India. Pantang

larang kaum India hampir sama dengan mana-mana kaum di Malaysia kerana semua

29

Page 30: Pengenalan Kaum India

pantang larang ini muncul bagi mencegah atau menggelakkan kanak-kanak kecil

membuat benda yang tidak senonoh atau benda yang boleh mendatangkan

kecederaan kepada mereka. Setiap pantang larang ada rasionalnya. Kami juga belajar

bagaimana menggunakan perisian photoshop untuk mengedit gambar yang digunakan.

Disamping itu, kami membuat video menggunakan movie maker dimana benda ini

adalah baru bagi kami. Kami juga menjalankan temubual dengan salah seorang kaum

India untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih. Sekarang kami tahu bagaimana

untuk mengedit gambar, membuat video, membuat sari kata atau dalam bahasa

Inggeris iaitu “subtitle” dan bagaimana memasukkan suara di dalam video. Semua ini

memberikan pengalaman baru dan pengetahuan baru kepada kami. Kami bertuah

kerana diberi peluang untuk melaksanakan kerja kursus ini. Kami berharap kerja kursus

seperti ini akan dijalankan secara berterusan. Perlaksanaan kerja kursus ini menjadikan

kami sebagai bakal guru menjadi lebih mantap dan berpengetahuan. Kemahiran yang

kami dapat perlu ada pada semua guru bagi membolehkan proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih interaktif dan berkesan.

30

Page 31: Pengenalan Kaum India

5.0 Bibliografi

(n.d.). Retrieved Februari 19, 2013, from http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf

(n.d.). Retrieved Februari 20, 2013, from http://www.scribd.com/doc/25521662/Pantang-Larang-Kaum-India

(n.d.). Retrieved Februari 21, 2013, from http://dr-chedet.blogspot.com/2008/06/multi-racial-malaysia.html

(n.d.). Retrieved Februari 22, 2013, from http://malaysiana.pnm.my/01/01030102ind_bersalin.htm

(n.d.). Retrieved Februari 21, 2013, from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185-masyarakat-majmuk/3243-masyarakat-india-di-malaysia.html

(n.d.). Retrieved Februari 19, 2013, from http://www.scribd.com/doc/25521662/Pantang-Larang-Kaum-IndiaA.Masjid, N. A. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxfard Fajar Sdn.Bhd.

Deraman, A. (1953). Perayaan. Selangor Darul Ehsan: Tien Wah Press (Pte) Limited.

Hanum, Z. (1987). Tradisi dan Budaya. Selangor Darul Ehsan: Kim Hup Lee Printing Co Pte Ltd.

M.Rajatheran. (1994). Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Noriati A.Rashid, B. P. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.

31

Page 32: Pengenalan Kaum India

6.0 BORANG KOLABORASI

NAMA PELAJAR : JOSEPH ANAK BANSA, MUHAMMAD

………………………………………….FARID ISMAIL, WONG TOH UNG

KUMPULAN : PISMP KAJIAN SOSIAL AMB JAN 2011

MATA PELAJARAN :BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KOD KURSUS : EDU 3106

PENSYARAH : CIK PATMAH BINTI BUSTAMAN

TARIKHPERKARA YANG

DIBINCANGKANULASAN TANDATANGAN

18 Feb 2013Penyerahan tugasan oleh

pensyarah

Pensyarah

menerangkan perkara

mengenai tugasan

20 Feb 2013

Mencari maklumat dan

bahan-bahan yang

berkaitan dalam internet

dan pusat sumber

Mencari daripada

pelbagai bahan

22 Feb 2013Menghantar draf awal

kepada pensyarah

Memberikan gambaran

awal tugasan yang

dilaksanakan

24 Feb 2013Memperbaiki dan

mengemaskan tugasan

Berbincang mengenai

kelemahan tugasan

1 Mac 2013 Menghantar tugasanTugasan dihantar

kepada pensyarah

32

Page 33: Pengenalan Kaum India

7.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS

Kursus : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

Nama : JOSEPH ANAK BANSA, MUHAMMAD FARID ISMAIL,

………………………WONG TOH UNG

Langkah Aktiviti/ResponPihak

TerlibatTarikh Catatan

1Menghadiri taklimat

KKBI Pensyarah

2 Menerima KKBIPelajar dan

pensyarah18/2/2013

3

Mengumpul

maklumat yang

berkaitan

Pelajar 20/2/2013

4Menyediakan rangka

KKBIPelajar 22/2/2013

5

Berbincang mengenai

rangka yang telah

dibuat bersama-sama

pensyarah

Pelajar dan

pensyarah24/2/2013

6 Melengkapkan KKBI Pelajar 27/2/2013

7 Menghantar KKBI Pelajar 1/3/2013

33

Page 34: Pengenalan Kaum India

8.0 Rujukan dan Lampiran

1.0 PENDAHULUANMigrasi masyarakat India ke Malaysia berlaku secara besar-besaran di awal abad ke 18. Sebahagian besar daripada mereka telah dibawa masuk oleh penjajah British untuk bekerja di sektor perladangan dan sebahagian lain pula bekerja sebagai buruh yang terlibat dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi.Dari jumlah penduduk Malaysia seramai 23.27 juta orang (2000), hampir 9% atau 2.0 juta orang terdiri daripada orang-orang India.70% dari masyarakat India di Malaysia adalah berketurunan Tamil. Selebihnya terdiri daripada keturunan Telegu, Malayalee, Punjabi, Bengali dan Ceylonese Tamil. Hampir 80% daripada masyarakat India di Malaysia menganut agama Hindu.2.0 PENGENALAN KEPADA AGAMA HINDUPerkataan Hindu tidak ada di dalam kitab-kitab agama Hindu yang awal. Agama Hindu pada mulanya dikenali dengan namaSanadhana Dharma (agama yang kekal). Penganut Hindu percaya kepada banyak dewa dan dewi yang jumlahnya sehingga ke 330 juta.Agama Hindu telah disusun semula ke dalam enam mazhab (sub sects) yang besar oleh Athi Sankara Chariya yang mana setiap mazhab mempunyai dewanya tersendiri. Keenam-enam dewa inipula dikatakan berasal dari Brahman (sumber) yang sama.Mazhab-mazhab tersebut adalah Sowram iaitu pemujaan matahari, Saivam bertuhankan Siva, Kowmaram bertuhankan dewa Subramaniam, Vaishnawam bertuhankan Vishnu,Ganapathiyam bertuhankan dewa Ganapathy dan Saakthambertuhankan Sakthi (tuhan wanita). Semua mazhab mempunyai pengikut masing-masing kecuali Sowram. Setiap mazhab mempunyai cara beribadah, pemujaan dan mantra tersendiri.Selain daripada itu, terdapat Trimurthi atau rangkaian tiga tuhan iaitu Brahma, Vishnu dan Siva. Setiap tuhan mempunyai tugas masing-masing iaitu Brahma tuhan yang mencipta, Vishnu tuhan yang memberi perlindungan dan Siva tuhan yang menghancurkan.Dinyatakan dalam kitab Hindu, Chandogya Upanishad (Chap 6 Sec 2 Verse 1) “Ekam Evad Vitiyam” yang bermaksud “Dia hanya satu dan bukan dua”. Dalam Rig Veda, Vol.6,45:16: disebut "There is only One God, worship Him."Konsep ketuhanan Hindu berasaskan kepada penyembahan patung dan berhala yang mempunyai beberapa ciri tertentu. Adatuhan disembah berupa manusia (seperti Rama, Subramaniam,Krishna, dll), haiwan (monyet, lembu, ular, dll) dan alam semula jadi (api, matahari, gunung-ganang, dll). Shwetashvatara Upanishad 4:19 menyatakan “Na tasya pratima   asti ” yang bermaksud “Tidak ada wajah atau rupa bagiNya”. Manakala dalam kitab Panniru Thirumurai/Thevaram yang lazim digunakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia disebut “karpanai kadantha jothi KARUNAI yeh uruvam aagi” yang bermaksud “Tuhan dalam bentuk Nur yang tidak dapat dibayang rupaNya, sifatNya berupa Rahman dan Rahim”.Pada kepercayaan penganut Hindu, tuhan boleh menjelma menjadi manusia dan haiwan. Institusi ketuhanan Hindu sama seperti manusia, di mana mereka juga beristeri dan mempunyai anak. Walau bagaimanapun dalam kita suci awal agama Hindu,Shwetashvatara Upanishad 6:9 menyatakan “na casya kas cij janita na cadhipah” yang bermakna “Dia tidak dilahirkan atau tidak melahirkan”.Manakala lembu pula merupakan binatang yang suci dalam agama Hindu dan diharamkan membunuhnya. Sebaliknya terdapat bukti di dalam kitab Rig Veda lembu pernah dikorbankan

34

Page 35: Pengenalan Kaum India

dan dipanggang dalam upacara keagamaan. Matha, Pitha, Guru, Deva pula merupakan konsep ibadah yang penting.Kitab-kitab suci agama Hindu yang penting adalah seperti Veda(iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Soma Veda dan Atharva Veda), Upanishad, Mahabaratha, Bhagavadgita, Ramayana, Puranadan Tantaras serta kitab Panniru Thirumurai dan Thevaram.Konsep ibadah dalam agama Hindu lebih kepada penyembahan berhala dan menyambut perayaan keagamaan seperti Deepavali, Ponggal, Thaipusam dll. Penganut Hindu percaya mereka akan dilahirkan semula setelah mereka mati. Walau bagaimanapun mereka tidak semestinya dilahirkan semula sebagai manusia.Ramai juga yang percaya tentang adanya syurga dan neraka.Institusi sosial dalam agama Hindu banyak dipengaruhi olehsistem kasta. Pada asalnya hanya terdapat empat kasta iaituBrahmin, sudra, vyasa dan satria. Kemudian sistem kasta ini berkembang sehingga melebihi dua ribu kasta. Ada kasta yang bersandarkan pekerjaan turun temurun. Biasanya seseorang itu tidak boleh menukar kastanya. Akibat dari sistem kasta yang mendiskriminasi, adalah sukar untuk melihat kesamaan dan persaudaraan dalam masyarakat Hindu.Wanita tidak mempunyai sebarang hak asasi. Sebelum berkahwin dia patuh kepada ibubapanya dan setelah berumah tangga terpaksa akur kepada suaminya. (Mahabharata 3:231.) Seorang wanita tidak boleh berkahwin semula setelah kematian suaminya.Wanita juga tidak boleh mewarisi harta keluarganya ataupun harta suaminya. Lazimnya wanita Hindu lebih suka mati sebelum suaminya mati.3.0 KEBUDAYAAN MASYARAKAT INDIAMasyarakat India merupakan satu kelompok manusia yang amat kaya dengan kebudayaan dan tradisi. Hampir kesemua amalan masyarakat India mempunyai nilai-nilai serta maksud yang tersirat.Namun kebudayaan dan keagamaan sering tidak dapat dipisahkan. Antara amalan-amalan yang popular di kalangan masyarakat India adalah seperti menyambut kelahiran, upacara memberi nama, menindik telinga, mencucuk hidung, meletak tanda pada dahi dan mencapai baligh. Selain itu makanan, perkahwinan dan kematian di kalangan masyarakat India juga berbeza dari kebudayaan masyarakat yang lain di Malaysia.Pakaian tradisional masyarakat India adalah seperti sari, veesthi, pakaian Punjabi, gurtha dll. Pemakaian baju dan seluar moden diterima secara luas.Memakan makanan di atas daun pisang merupakan salah satu adat asas masyarakat India. Daun pisang digunakan atas sebab kesihatan dan kebersihan. Manakala makanan popular orang Indiaadalah seperti tosai, capatti, idli, vade, puri dll. Ramai orang-orangIndia mengamalkan pemakanan sayur-sayuran (vegetarian) di atas faktor keagamaan.Pokok pisang mempunyai nilai tradisi yang tinggi. Biasanya pokok pisang digunakan di dalam upacara perkahwinan, menyambut hari kelahiran dan menyambut hari-hari kebesaran keagamaan. Pokok pisang melambangkan kesinabungan atau persaudaraan dan kesejahteraan yang berkekalan.Salah satu daripada tradisi orang India adalah kolem iaitu lukisan di atas lantai. Perkataan kolem dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik. Kolem juga menggambarkan perasaan seseorang. Kolem dibuat dengan tepung beras atau beras yang dibancuh dengan warna.Memecah buah kelapa di upacara keagamaan dan keramaian membawa maksud untuk menyelesaikan segala kebuntuan dan masalah. Di samping itu kelapa juga dipecahkan dengan

35

Page 36: Pengenalan Kaum India

diiringi doa supaya tuhan menghancurkan ketakaburan seseorang seperti mana kelapa itu berkecai, dan menyucikan hati mereka seperti isi kelapa yang putih.Membunyikan loceng di kuil dan memainkan alat-alat muzik seperti melam (gendang) dan nadaswara adalah bertujuan untuk menarik perhatian penganut Hindu terhadap tuhan mereka dan menjauhkan suara-suara yang sumbang dari didengar oleh tuhan.Pottu atau meletak tanda bulat di dahi mempunyai fungsi sosial dan keagamaan. Tanda merah (kum-kum) adalah simbol Dewi Sakti, tanda kuning atau cendana membawa maksud Dewa Siva dan tanda hitam pula bertujuan menolak bala dan sihir. Tanda hitam juga melambangkan seseorang itu masih dara. Kini pelbagai warna digunakan untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan.Biasanya abu putih diletak di dahi melambangkan kesucian

Orang IndiaPakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,Permainan  : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari RayaTarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata NatyamKepercayaan : Agama Hindu, Kristian, IslamBahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

9 Jenis Perayaan-Perayaan Yang Disambut Kaum India..!!Muruku, Capati kari merupakan sebahagian daripada budaya orang India di Malaysia... Selain dari itu mereka turut meraikan perayaan2 istimewa mengikut kepercayaan agama mereka.. Jadi Jom kita selongkar antara perayaan2 yang disambut oleh kaum India...!!

9. GOKUL ASHTAMI

Krishna adalah salah satu avatar terkenal Tuhan Vishnu dan tuhan yang mulia ini merupakan anak raja Vasudeva dan isteri Devaki. Gokul Ashtami sebenarnya adalah sambutan selamat hari jadi Tuhan Krishna dan ia sentiasa disambut pada hari kelapan separuh gelap bulan Bhadrapada yang datang terutamanya pada bulan Ogos atau September.

36

Page 37: Pengenalan Kaum India

Penganut meraikan hari Gokul Ashtami ini dengan kegembiraan yang besar. Terdapat bacaan "Bhagavatam", menyanyi dan berdoa di mana-mana. Kuil-kuil yang dihiasi untuk majlis itu, Kirtans dinyanyikan, loceng dibunyikan, daun telinga ditiup, dan pujianSanskrit dibacakan dalam memuji Tuhan Krishna.

8 - UGADI (TELUGU NEW YEAR)

Ugadi (permulaan; permulaan era) hari tahun baru bagi orang-orang wilayah Deccan India. Walaupun rakyat Andhra Pradesh dan Karnataka menggunakan Ugadi panjang untuk perayaan ini, rakyat istilah

Maharashtra perayaan yang sama, yang dipelihara padahari yang sama, Gudi Padwa.

Sindhis, orang-orang dari Sindh, meraikan hari yang sama sebagai hari Tahun Baru mereka Cheti Chand. Ugadi disambut padahari yang berlainan setiap tahun kerana kalendar Hindu adalah kalendar lunisolar. Saka kalendar bermula dengan bulan Chaitra(Mac / April) dan Ugadi menandakan hari pertama tahun baru.

7. PANGUNI UTHIRAM FESTIVAL

Perkahwinan Parvati dan Parameshwara, Muruga dan Devasena, dan boleh dipercayai dan Rangamanna berlaku pada hari ini. Dalam bulan: Mac / April. Panguni Uthiram perayaan jatuh pada bulan 'Panguni' (Mac-April). Bulan ini adalah istimewa kerana bintang 'Uthiram' dan'Pournami' yang berlaku serentak.

6. MAHA SHIVARATHIRI

37

Page 38: Pengenalan Kaum India

"Maha-Sivaratri" adalah suatu perayaan Hindu yang dirayakan pada malam hari keempat belas separuh gelap dalam bulan'Magha', dalam bahasa Tamil 'Masi', yang sepadan dengan Inggeris bulan Februari-Mac ', dalam penghormatan kepada Siva,salah satu daripada Trinity Hindu, yang mewakili aspek pemusnah di alam semesta.

5. TAMIL NEW YEAR - PUTHANDU

Puthandu, atau lebih dikenali sebagai Tahun Baru Tamil, sambutan hari pertama tahun baru Tamil tradisional pada pertengahanbulan April oleh orang-orang yang berasal dari Tamil di Tamil Nadu dan Puducherry di India, dan oleh penduduk Tamil di Malaysia, Singapura danSri Lanka. Orang memberi salam antara satu sama lain pada hari ini dengan berkata (Iniya Tamizh PuthaanduNalvazhthukkal). Ini adalah selaras dengan kalendar suria Hindu. Tamilians percaya bahawa ia adalah pada hari Tahun Baru Tamilbahawa Tuhan Brahma memulakan penciptaan dunia.

4. THAIPUSAM

Penganut membuat persediaan untuk merayakan dengan membersihkan diri mereka melalui doa dan puasa.  Jawatan pemegang-pemegang Kavadi perlu melalui upacara rumit dan menganggap ianya menyembah kepada Lord Murugan. Pemegang jawatan yang kavadi memerhatikan pembujangan dan mengambil hanya yang tulen, makanan Satvik, sekali sehari, manakala sentiasa memikirkan Tuhan. Pada hari perayaan itu, penganut akan mencukur kepala mereka menjalankan haji di sepanjang laluan yang ditetapkan ketika terlibat dalam perbuatan pelbagai ketaatan, terutamanya membawa pelbagai jenis kavadi (dosa-dosa). Pada yang paling mudah ini mungkin memerlukan membawa periuk susu, tetapi sakit hati daging melalui tusukan kulit, lidah atau pipi dengan lidi Vel juga biasa.

Terdapat pelbagai jenis kavadi yang digunakan antaranya Kavadi yang paling mudah adalah kanopi semi bulat dihiasi disokong oleh tongkat kayu yang dibawa di atas bahu, ke kuil. Di samping itu, ada yang

38

Page 39: Pengenalan Kaum India

mempunyai lembing kecil melalui lidah mereka, atau lembing melalui pipi. Lembing menikam melalui lidahatau pipi mengingatkan beliau sentiasa Lord Murugan. Ia juga menghalang dia daripada bercakap dan memberikan kuasa yang besar daya ketahanan. Lain-lain jenis-kavadi melibatkan cangkuk tersangkut ke belakang dan sama ada ditarik oleh satu lagi berjalan di belakang atau digantung dari lembu jantan dihiasi cart atau lebih baru-baru ini traktor, dengan titik incisions cangkuk yang berbeza-beza tahap kesakitan. 

Amalan yang paling menakjubkan adalah kavadi Vel, asasnya mezbah mudah alih sehingga dua meter, dihiasi dengan bulu merak dan dilampirkan kepada hamba melalui 108 vels yang dicucuk ke dalam kulit pada dada dan belakang. Berjalan dalam api dan deraan boleh diamalkan. Ia mendakwa bahawa penganut yang mengamalkannya akan berkhayal, tidak merasa sakit, tidak darah dari luka mereka dan tidak mempunyai parut yang tertinggal. Walau bagaimanapun, beberapa amalan masochistic yang lebih ekstrem telah dikritik sebagai berbahaya dan bertentangan dengan semangat dan niat untuk agama Hindu.

3. PONGGAL

Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam. Jika di India, perayaan ini disambut lebih meriah daripada Deepavali selama seminggu. Di Malaysia, tidak kurang hebatnya peranan yang dimainkan dalam seisi keluarga.

2. VISHU

Bagi masyarakat keturunan Malayali atau Malayalam, sambutan tahun barunya dikenali sebagai Vishu. Walaupun pada asalnya dirayakan penduduk keturunan Malayali di Kerala, India; kini Vishu diraikan masyarakat Malayali di seluruh dunia. Sebagaimana majoriti penduduk kaum India, masyarakat Malayali juga mementingkan amalan melihat objek suci sebagai objek pertama pada subuh hari perayaan. Amalan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa sekiranya seorang individu melihat objek suci pada pagi hari perayaan, maka hidupnya akan bahagia dan mendapat rezeki yang melimpah-limpah

1. DEEPAVALI / DIWALI

39

Page 40: Pengenalan Kaum India

Hari Deepavali diterjemahkan dengan Deretan Pelita atau Pesta Cahaya. Perayaan ini akan disambut oleh penganut agama Hindu, Sikh dan Jain. Kenapakah penganut agama tersebut menyambut perayaan Deepavali? Hal ini kerana mereka meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan penanggalan kegelapan rohani. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yan bererti barisan. Menurut maklumat tambahan di laman Indian Culture Online mendedahkan bahawa hanya penduduk keturunan Malayalam di Keraja, India tidak merayakan Diwali, termasuk mereka yang beragama Hindu. Sebaliknya, penduduk keturunan Malayalam ini meraikan Onam iaitu perayaan sempena musim menuai.

BILAKAH PERAYAAN DEEPAVALI DI SAMBUT?Perayaan ini di sambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Pada tahun 2008, perayaan ini disambut pada 30 Oktober 2008. Pada hari yang bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan. 

UPACARA YANG DILAKUKAN PADA PAGI DEEPAVALI.Upacara mandi minyak dijalankan pada pagi Hari Deepavali untuk melambangkan penyucian. Ini diikuti dengan upacara sembahyang yang dilakukan sama ada di rumah atau di kuil. Maruku, Laddu dan juga kuih-kuih manis merupakan juadah yang popular pada Hari Deepavali.

40

Page 41: Pengenalan Kaum India

9.0 Esei

Kerja

Kursus

Individu

41

Page 42: Pengenalan Kaum India

Joseph

Bansa

42

Page 43: Pengenalan Kaum India

Muhammad

Farid Ismail43

Page 44: Pengenalan Kaum India

Wong Toh

Ung44

Page 45: Pengenalan Kaum India

45