Strategi Peningkatan Bahasa Kanak

download Strategi Peningkatan Bahasa Kanak

of 4

Transcript of Strategi Peningkatan Bahasa Kanak

  • 8/2/2019 Strategi Peningkatan Bahasa Kanak

    1/4

    STRATEGI PENINGKATAN BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH

    PENDENGARAN

    KAEDAH AUDITORI ORAL

    bacaan bibir

    bahasa isyarat

    komunikasi seluruh

    pertuturan kiu ( cued speech )

    Keberkesanan kaedah ini bergantung pada tahap kehilangan pendengaran.

    KAEDAH AUDITORI ORAL

    menekankan proses mendengar serta bertutur dengan penggunaan alat bantu

    pendengaran dan deria lihat serta deria sentuh.

    Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi

    menekaankan kaedah membaca gerak bibir ( lip reading).

    Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembang kemahiran

    mendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar bunyi dan dilakukan

    menggunakan bunyi-bunyi yang berbeza.

  • 8/2/2019 Strategi Peningkatan Bahasa Kanak

    2/4

    KAEDAH BACAAN BIBIR

    sesuai bagi mereka yang mampu memberi konsentrasi yang tinggi kepada bibir

    penutur.

    Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya

    Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur

    dengan tepat dan dalam situasi ini penutur perlu berada di tempat yang terang

    dan jelas.

    BAHASA ISYARAT

    digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan makna

    asas.

    KAEDAH KOMUNIKASI MENYELURUH

    Terdapat pelbagai bahasa isyarat yang digunakan seperti Kod Tangan Bahasa Melayu

    (KTBM).

    satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan

    dan implikasi auditori ataupun dikenali juga sebagai bahasa isyarat manual-

    visual

    Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan

    secara serentak. Melalui kaedah ini, kanak-kanak dapat memahami apa yang

    dinyatakan mengikut keupayaan masing-masing.

  • 8/2/2019 Strategi Peningkatan Bahasa Kanak

    3/4

    KAEDAH PERTUTURAN ISYARAT

    diperkembang melalui kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan

    bagi memandu bunyi-bunyian.

    Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan ( kiu ), ditentukan pada kawasan-

    kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan.

    ALAT BANTU PENDENGARAN DAN ALAT SOKONGAN

    Alat bantu pendengaran adalah alat teknologi amplikasi bunyi seperti alat bantu

    pendengaran binaural, unit sistem FM dan alat acoustically tuned earmould

    untuk mengesan bunyi dan menguatkan bunyi. Alat bantu pendengaran ini dapat

    membantu pelajar bermasalah pendengaran dalam proses pembelajaran dan

    pengajaran mereka di sekolah (Simser, 1997).

    Teknologi alat bantu dengar yang lebih baik alat bantu dengar transposisi

    frekuensi dan koklea implant membolehkan majoriti diri kanak-kanak bermasalah

    pendengaran mencapai potensi pendengaran yang mencukupi untuk belajar

    mendengar dan seterusnya mempelajari bahasa pertuturan. Bagaimanapun,

    kanak-kanak ini memerlukan latihan dan bimbingan untuk mencapai potensi

    pendengaran yang baik. Kanak-kanak yang memakai alat bantu pendengaran

    sejak mula mengalami kehilangan pendengaran tidak menunjukkan sebarang

    tindak balas negatif terhadap alat ini berbanding bagi kanak-kanak yang lewat

    memakainya, mereka tidak gemar memakai alat ini. Mereka sering mematikan

    fungsi alat atau menanggalkan terus dan menyimpannya (Simser, 1997).

  • 8/2/2019 Strategi Peningkatan Bahasa Kanak

    4/4

    Oleh sebab kanak-kanak masalah pendengaran kekurangan satu deria penting,

    maka guru-guru perlu bijak memilih media yang sesuai dengan menekankan

    kepada deria penglihatan dan sentuh dengan menyediakan bahan-bahan

    maujud supaya dapat dilihat dan dirasai oleh kanak-kanak tersebut. Antara

    bahan yang dapat disediakan oleh guru adalah seperti carta, foto, OHP (ABM

    bagi deria penglihatan) dan model dan spesimen biologi (ABM bagi deria

    sentuh).