Strategi Penyelesaian Kes Yang Dianalisis

7
4.0 STRATEGI PENYELESAIAN KES YANG DIANALISIS Berdasarkan kajian kes iaitu ‘Stealing Time’ yang kami telah kaji, kami bersepakat untuk memilih strategi-strategi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh guru di dalam artikel ‘Stealing Time’ tersebut dengan berdasarkan Model Logikal Dreikurs, Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif dan Terapi Realiti Glasser. Kami akan mengaitkan kajian kes ini dengan model pengurusan bilik darjah iaitu Model Akibat Logikal Dreikurs atau lebih dikenali sebagai Model Disiplin Sosial. Alasan yang menyebabkan kami menggunakan model ini dengan kajian kes adalah kerana David cuba mendapatkan perhatian gurunya dengan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, menghempas buku di lantai dan mengetuk pensel di meja. Fokus utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik, tidak seharusnya menggunakan hukuman. Menurut beliau, masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdorong oleh motif- motif murid iaitu inginkan perhatian, menggunakan kuasa, membalas dendam, dan memaparkan kekurangan. Sikap David lebih ketara dalam motif pertama iaitu inginkan perhatian. Antara cadangan yang disyorkan bagi mengurangkan motif ini adalah dengan mengalihkan perhatian murid berkenaan. Cikgu Robert hendaklah mengubah strategi atau aktiviti pembelajaran

Transcript of Strategi Penyelesaian Kes Yang Dianalisis

Page 1: Strategi Penyelesaian Kes Yang Dianalisis

4.0 STRATEGI PENYELESAIAN KES YANG DIANALISIS

Berdasarkan kajian kes iaitu ‘Stealing Time’ yang kami telah kaji, kami

bersepakat untuk memilih strategi-strategi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh

guru di dalam artikel ‘Stealing Time’ tersebut dengan berdasarkan Model Logikal

Dreikurs, Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif dan Terapi Realiti

Glasser.

Kami akan mengaitkan kajian kes ini dengan model pengurusan bilik darjah iaitu

Model Akibat Logikal Dreikurs atau lebih dikenali sebagai Model Disiplin Sosial. Alasan

yang menyebabkan kami menggunakan model ini dengan kajian kes adalah kerana

David cuba mendapatkan perhatian gurunya dengan mengganggu proses pengajaran

dan pembelajaran, menghempas buku di lantai dan mengetuk pensel di meja. Fokus

utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di

mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang

baik, tidak seharusnya menggunakan hukuman. Menurut beliau, masalah tingkah laku

dalam bilik darjah terdorong oleh motif-motif murid iaitu inginkan perhatian,

menggunakan kuasa, membalas dendam, dan memaparkan kekurangan.

Sikap David lebih ketara dalam motif pertama iaitu inginkan perhatian. Antara

cadangan yang disyorkan bagi mengurangkan motif ini adalah dengan mengalihkan

perhatian murid berkenaan. Cikgu Robert hendaklah mengubah strategi atau aktiviti

pembelajaran seperti menyanyi, bersoal jawab yang lebih menarik minat David serta

meninggalkan tingkah laku tersebut. Selain itu, mengubah kedudukan murid yang

berkenaan. Cikgu Robert meminta David duduk di tempat lain atau pergi ke “Sudut

Berfikir”. Guru juga perlu memberi galakan kepada murid bermasalah dengan memberi

peneguhan atas usaha mereka walaupun sedikit sahaja. Malahan, untuk mengelakkan

tingkah laku David berterusan, lakukan sesuatu yang bersifat luar jangkaan seperti

memasangkan lampu, atau mainkan alat muzik.

Page 2: Strategi Penyelesaian Kes Yang Dianalisis

Berdasarkan kajian, kami berpendapat bahawa kajian ini berkait dengan

Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Skinner telah menjalankan kajian dengan

menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Melalui kajian ini, Skinner

mendapati gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi),

jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan

diberikan untuk memuaskan kehendak individu, mengurangkan tekanan dan

merangsang otak. Di sini, teknik modifikasi tingkah laku iaitu rancangan untuk

mengubah tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan

teknik atau kaedah yang sesuai. Guru perlu membuat pemantauan, penilaian serta

menyimpan rekod salah laku murid. Antara teknik modifikasi tingkah laku yang

digunakan adalah “time-out”, iaitu di mana murid akan dihantar ke satu lokasi yang

ditetapkan oleh guru kerana tidak menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki guru

seperti satu sudut bilik darjah (murid menghadap dinding) atau bilik kecil di luar kelas.

Masa yang diperuntukkan ialah antara 1 hingga 10 minit bergantung kepada tahap

keseriusan masalah tingkah laku tersebut. Selepas masa ‘time-out’, guru perlu

menerangkan kepada murid mengapa dia telah memberikan hukuman sedemikian.

Arahan asal diberikan kepada murid tersebut. Jika murid itu masih ingkar, maka, masa

‘time-out’ ditambah. Bukti kajian adalah apabila Robert telah mengarahkan David untuk

pergi ke belakang bilik darjah supaya dia tidak menganggu rakan lain.

Selain itu, pembelajaran koperatif telah dijalankan dalam kajian ini. Model

pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan

pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial

dan perhubungan manusia. Pembelajaran koperatif lebih menggalakkan pelajar-pelajar

berinteraksi dan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Pelajar akan mengajar dan

berbincang sesama sendiri untuk mencapai satu tahap yang sama tinggi. Malahan,

setiap individu bertanggungjawab dalam kumpulan masing-masing. Kebaikannya,

murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran

kumpulan. Dalam kes ini, Robert telah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif

ketika mengajar kelas Matematik.

Page 3: Strategi Penyelesaian Kes Yang Dianalisis

Di samping itu, kami telah mendapati bahawa kajian kes ini juga berkait rapat

dengan Model Disiplin Asertif. Model ini melatih murid-murid untuk menerima

konsekuen bagi tindakan mereka. David telah menunjukkan tingkah laku yang tidak

diingini apabila David mengambil tugasan yang diberikan oleh Robert dan

menyimpannya ke dalam laci dan menunjukkan bahawa dia tiada keinginan untuk

menyelesaikannya. Di dalam kes ini, Robert boleh menggunakan kaedah penyelesaian

pelan disiplin asertif iaitu dengan lima langkah. Langkah pertama, membina jaringan

sokongan dengan pihak pentadbir dan ibu bapa iaitu dengan minta kebenaran pihak

pentadbir dan maklumkan kepada ibu bapa murid. Langkah kedua dengan membentuk

peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik, berkuatkuasa sepanjang waktu

persekolahan dan selaras dengan umur murid-murid. Seterusnya, guru disarankan

memberi pengukuhan positif untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah

yang positif dan mengurangkan kekerapan berlakunya masalah disiplin. Manakala

langkah keempat pula hendaklah bekalkan konsekuen setimpal dengan pelanggaran

peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan dan langkah kelima ialah dengan

menetapkan pelan bagi kes salah laku yang serius contohnya, murid yang berkenaan

dihantar terus untuk berjumpa dengan guru besar.

Seterusnya, Model Terapi Realiti Glasser juga boleh digunakan bagi

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru di dalam kajian kes Stealing Time ini.

Teori ini berpegang kepada premis bahawa semua tingkah laku manusia sama ada

logik atau tidak logik, wajar atau tidak wajar bertujuan untuk memenuhi keinginan

individu yang berkenaan. Bagi kes David, Robert boleh menggunakan beberapa

langkah yang telah ditetapkan di dalam teori ini. Antara langkah-langkah yang boleh

digunakan Robert bagi mengatasi masalah David ialah langkah pertama iaitu apabila

berlaku tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah, guru hendaklah melapangkan masa

untuk mengenal pasti punca tingkah laku tersebut. Hal ini disebabkan ada kemungkinan

guru adalah punca masalah, bukannya murid. Seterusnya, langkah yang kelima di

dalam teori ini juga boleh digunakan iaitu sekiranya masalah itu berlanjutan, guru

seharusnya mengadakan perbincangan dengan murid tersebut. Selain itu, guru juga

boleh menggunakan langkah keenam iaitu murid dikehendaki membentuk satu pelan

Page 4: Strategi Penyelesaian Kes Yang Dianalisis

yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Sebaik sahaja mereka

membuat komitmen untuk berubah, guru tidak lagi akan menerima sebarang alasan.

Akhir sekali, sekiranya langkah 1 hingga 6 kurang berkesan, guru disarankan

menggunakan langkah yang ketujuh iaitu dengan mengasingkan murid tersebut atau

lebih dikenali dengan time-out. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak dibenarkan

mengambil bahagian dalam aktiviti bilik darjah sehingga berupaya mengubah suai

pelan yang sedia ada atau membentuk pelan baru.

Di samping itu, kami ingin mencadangkan beberapa strategi penyelesaian

berdasarkan kes mengikut kefahaman kami terhadap kes ini. Pertama, peneguhan

positif boleh diberikan kepada David sekiranya dia dapat menyiapkan tugasan yang

diberikan dalam masa yang ditetapkan. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran

yang mendorong individu mengulangi tindakan yang dikehendaki. Tingkah laku berlaku

kesan daripada rangsangan atau peneguhan. Jenis ganjaran yang dapat diberikan iaitu

bentuk material atau sosial seperti puji-pujian. Namun, Robert harus mengelakkan

peneguhan berterusan kerana ia akan mengurangkan kualiti keberkesanannya.

Kedua, cikgu Robert boleh menggunakan motivasi secara bimbingan kaunseling

bagi meningkatkan kesediaan David untuk belajar. Motivasi terdiri terbahagi kepada

dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik dapat

diaplikasikan terhadap David. Bentuk rangsangan contohnya memberi sokongan,

peneguhan positif seperi pujian, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang

kondusif. Terlebih dahulu, Robert hendaklah memberi motivasi serta mengubah gaya

pemikiran David terhadap kelas serta rakan-rakannya.

Ketiga, mengadakan kaedah perbincangan. Kaedah ini merupakan satu kaedah

dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan serta aktiviti pembelajaran

secara bertukar-tukar fikiran atau idea dan berkongsi maklumat tentang sesuatu

perkara melalui perbualan. Perbincangan terbahagi kepada dua bentuk iaitu

perbincangan kumpulan kecil dan perbincangan keseluruhan kelas. Cikgu Robert

seharusnya mengadakan satu sesi perbincangan yang melibatkan semua anggota

kelas termasuk David bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cikgu Robert

Page 5: Strategi Penyelesaian Kes Yang Dianalisis

sepatutnya tidak mengadakan perbincangan dengan murid kelasnya sewaktu David

keluar kelas. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati David terhadap cikgu

Robert dan rakan-rakannya. Malahan, cikgu Robert perlulah memanggil ibu bapa David

untuk berbincang mengenai masalah anak mereka dan cara untuk mengatasi

kelemahan itu.