Stres Di Kalangan Pelajar[1]

download Stres Di Kalangan Pelajar[1]

of 5

Transcript of Stres Di Kalangan Pelajar[1]

  • 8/11/2019 Stres Di Kalangan Pelajar[1]

    1/5

    1

    STRES DI KALANGAN

    PELAJAR

    Pengenalan

    Stres menurut Kamus Dewan terbitanDewan Bahasa dan Pustaka bermaksud

    keadaan resah, cemasdan tegang akibat

    tekanan mental dan fizikal. Stres

    merupakan satu pengalaman atau

    kejadian yang sering dialami oleh

    seseorang individu. Stres boleh

    mendatangkan gangguan ke atas

    pemikiran perasaan dan aktiviti seharian.

    Oleh itu, golongan yang banyak

    menghadapi perasaan resah dan cemas

    adalah mangsa stres, inilah yang menjadi

    penyumbang utama menyebabkan

    golongan pelajar di sekolah terdedah

    kepada stres, justeru, stres masih tidak

    boleh dipisahkan dengan kehidupan

    pelajar dalam kesibukan mereka menuntut

    ilmu dan memperolehi pelbagai kemahiran

    di sekolah.

    Namun, hasil kajian Kementerian

    Kesihatan mendapati pelajar di negara inimengalami tahap stres yang

    tinggi.Dapatan itu diperoleh menerusi

    projek rintis Program Minda Sihat

    Menangani Stres Dalam Kalangan Murid

    sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda

    stres, keresahan dan kemurungan.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong

    Lai berkata, daripada 6,540 orang murid

    yang telah disaring, 17.1 peratusdaripadanya mengalami tanda-tanda

    keresahan yang teruk, 5.2 peratus

    kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus

    stres yang teruk.

    Daripada jumlah semua pelajar yang

    disaring itu juga, kata beliau, seramai

    2,345 iaitu 36 peratus murid telah

    mengikuti intervensi latihan kemahiran

    daya tindak kesihatan mental.

    Gejala gejala tekanan???

    Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah

    tidur, sakit-sakit badan terutamanya di

    kawasan bahu dan belakang, degupan

    jantung yang kuat, sakit dada, berasa

    loya, ketar badan, sejuk tangan, sakitkepala dan berpeluh.

    Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa,

    susah untuk membuat keputusan, tidak

    boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak

    boleh berjenaka.

    Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul,

    marah, mudah kecewa, sentiasa takut,

    sensitif, mudah hilang sabar dan panas

    baran.

    Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat

    seperti menggigit kuku dan menggedik-

    gedikkan kaki, makan yang berlebihan,

    merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki

    hamun, mengungkit-ungkit dan

    menyalahkan orang lain serta bertindak

    agresif.

    Di samping itu, kajian telah menunjukkan

    bahawa tekanan juga adalah penyebab

    kepada beberapa penyakit seperti darah

    tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis),

    cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel

    syndrome and ulcerative colitis), mandul

    dan alahan kulit.

  • 8/11/2019 Stres Di Kalangan Pelajar[1]

    2/5

    2

    PUNCA-PUNCA BERLAKU

    STRESS DI KALANGAN PELAJAR

    Punca Ibu Bapa

    Ibu bapa menjadi salah satu punca

    tekanan pelajar. Kebanyak ibu bapa

    mahukan anak-anak mereka mencapai

    kejayaan dalam pendidikan sebagai

    jaminan mendapat kerjaya yang baik

    di masa hadapan. Sekiranya harapan

    yang diletakkan ibu-bapa tidak dapat

    dicapai oleh anak-anak mengalami

    tekanan yang teruk sehingga boleh

    menyebabkan trauma. Selain itu,

    penceraian dalam kalangan ibu bapa

    juga menyebabkan anak-anak

    mengalami tekanan .Penceraian ibu

    bapa menyebabkan kehidupan anak-

    anak terabai. Anak-anak tidak

    mendapat perhatian yang sewajarnya

    daripada ibu bapa, hal ini akan

    menyebabkan anak-anak berasa

    tersisik dan kurang mendapat kasih

    saying sehingga menyebabkan anak-

    anak mengalami tekanan perasaan.

    Punca Persekitaran

    Pelajar akan mengalami pelbagai

    perubahan persekitaran dalamhidupan seharian mereka bergelar

    pelajar. Mereka akan mengalami

    tekanan jika tidak dapat menerima dan

    menyesuaikan diri dengan perubahan

    besar dan bercita-cita untuk mendapat

    keputusan yang cemerlang. Selain itu

    sistem penentuan gred bagi setiap

    subjek tidak hanya bergantung kepadamarkah dalam perperiksaan akhir

    semata-mata inilah yang menjadi

    pembaharuan besar bagi pelajar yang

    memasuki alam kampus. Tambahan

    pula, mereka akan mengalami tekanan

    kerana dibebani dengan pelbagai

    tugasan yang diberikan oleh guru

    sekolah mereka juga perlu mengulang

    kaji pelajaran bagi setiap subjek untuk

    menghadapi ujian dan kuiz. Hal inimenunjukkan bahawa persekitaran

    juga menjadi punca tekanan pelajar.

    Punca keinginan melebihi

    kemampuan

    Selain itu, keinginan yang melebihi

    kemampuan juga menyebabkan

    tekanan dalam kalangan pelajar.

    Setiap pelajar mempunyai keinginan

    yang sangat tinggi yang ingin dicapai.

    Bagi pelajar yang pintar adalah mudah

    bagi mereka untuk mencapai cita-cita

    mereka. Ada di antara pelajar yang

    mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi

    dibandingkan dengan kemampuan

    mereka. Apabila mereka tidak dapat

    mencapai apa yang mereka cita-

    citakan mereka yang berasa sangat

    tertekan.

    Punca Intrapersonal

    Kecerdasan intrapersonal merujuk

    kepada kecerdasan seseorang yang

    mampu memahami diri sendiri,

    mengetahui kelemahan yang ada

    pada dirinya sendiri. Kebiasaannya,

    pelajar masa ini lebih cenderung

    berfikiran negatif. Terdapat 3 konsep

  • 8/11/2019 Stres Di Kalangan Pelajar[1]

    3/5

    3

    diri negatif yang diamalkan oleh

    pelajar iaitu:

    1. Tidak yakin dengan

    kemampuan diri untuk

    mengatasi masalah.

    2. Tidak merasa setara denganorang lain.

    3. Malu menerima pujian dan

    kritikan.

    Punca Sosial

    sosial merupakan salah satu

    penyumbang utama kepada

    berlakunya tekanan dalam kalanganpelajar hari ini. Pergaulan bebas

    antara pelajar lelaki dan perempuan

    menyebabkan mereka mudah terjebak

    dalam gejalah social seperti

    pembuangan bayi, pelacuran, mat

    rempit, dan banyak lagi. kesannya,

    mereka yang terlibat ini akan

    mengalami tekanan kerana tidak dapat

    menumpukan perhatian kepada

    pelajaran. Sebagai contoh, seorangpelajar perempuan yang telah

    mengandungkan anak teman lelakinya

    akan berasa tertekan kerana malu dan

    takut kepada masyarakat sekeliling.

    Tambahan pula apabila teman

    lelakinya tidak mahu

    bertanggungjawab terhadap

    perbuatannya. Hal ini menyebabkan

    berlakunya pembuangan bayi dan lari

    dari rumah, seterusnya para pelajar

    tersebut mengabaikan pelajaran

    kerana terlalu tertekan akibat masalah

    yang dihadapinya. Sesungguhnya,

    gejala social yang semakin berleluasa

    menyebabkan para pelajar mengalami

    tekanan dalam diri mereka.

    LANGKAH MENGATASI

    STRESS PELAJAR

    Langkah Atasi Stres Dari Ibu Bapa

    Keluarga yang mempunyai masalah atau

    konflik akan menyebabkan anak yang

    menjadi mangsa. Anak - anak akan

    berasa terpinggir dek kerana kurang kasih

    sayang. Oleh yang demikian, anak -anak

    ini dinasihati supaya berjumpa dengan

    para profesional serta mendapat

    sokongan emosi dari orang sekeliling. Halini sedikit debanyak dapat membantu para

    pelajar dari terus dibelenggu tekanan.

    Langkah Mengatasi Punca Persekitaran

    Beriadah dapat mengurangkan stres:

    Riadah merupakan satu aktiviti

    yang dapat mengurangkan streskhususnya dalam kalangan

    pelajar.

    Aktiviti riadah seperti bersukan

    bukan sahaja dapat menjadikan

    fizikal lebih mantap malah organ

    dalaman serta sistem pernafasan

    kita juga dapat berjalan dengan

    lancar.

    Selain itu, riadah dari segi minda

    juga perlu bagi mengurangkan

    masalah stres.

    http://kumpulanc33.blogspot.com/2010/08/langkah-mengatasi-tekanan-pelajar_08.htmlhttp://kumpulanc33.blogspot.com/2010/08/langkah-mengatasi-tekanan-pelajar_08.htmlhttp://kumpulanc33.blogspot.com/2010/08/langkah-mengatasi-tekanan-pelajar_08.htmlhttp://kumpulanc33.blogspot.com/2010/08/langkah-mengatasi-tekanan-pelajar_08.html
  • 8/11/2019 Stres Di Kalangan Pelajar[1]

    4/5

    4

    Antara riadah minda yang dapat

    kita lakukan ialah dengan

    membaca ayat-ayat suci al-Quran

    selain komik, novel dan segala

    bahan-bahan yang dapat

    menenangkan jiwa.

    Oleh itu, riadah merupakan satukeperluan dalam kehidupan

    seharian kita. cuba laa luangkan

    sedikit masa untuk beriadah bagi

    mengelakkan stres dari

    membelenggu diri kita.

    Langkah Atasi Punca Keinginan

    Melebihi Kemampuan

    Bukannya semua insan dianugerahkan

    minda yang cerdik pandai sejak dilahirkan.

    Kita mestilah mengenal pasti had

    kemampuan kita. Apabila kita sedar

    sesuatu perkara yang kita lakukan itu di

    luar kemampuan, kita seharusnyalah

    berhenti melakukannya. Kita boleh

    meminta bantuan daripada orang yang

    lebih layak dan mahir untuk

    menyempurnakan perkara tersebut.

    Tekanan pasti dapat atasi sekiranya kita

    tidak terlalu memaksa diri. Kita boleh

    menjalankan kegiatan yang tidak terlalu

    membebankan minda dan memberikan

    keseronokan supaya tekanan dapat

    diatasi. Oleh itu, janganlah kita terlalu

    membuang masa kepada perkara yang

    kita tidak lagi mampu menanggungnya.

    Langkah Mengatasi Tekanan dari Sudut

    Interpersonal

    Cara-cara pelajar mengatasi stres ialah

    pelajar boleh mengalih pandangan kepada

    situasi yang lebih tenang atau

    relaks. Sebagai contoh, pelajar boleh

    menyanyi, menari dan Hal ini boleh

    membantu pelajar melepaskan stres

    sambil menyanyi tidak kira di dalam bilik

    air ataupun di mana sahaja tanpa

    mementingkan senikata lagu tersebut.

    Pelajar juga boleh menghilangkan stres

    dengan meluahkan perasaan kepada

    sahabat karib ataupun meluahkannya

    dalam diari. Pelajar mungkin melihat

    masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin

    tidak pada sahabat karib. Meluahkan

    perasaan kepada sahabat dapatmengurangkan stres. Selain itu, stres juga

    boleh diatasi apabila pelajar melihat

    segala masalah itu dari sudut positif.

    Misalnya, apabila pelajar menghadapi

    sesuatu masalah pelajar mestilah cuba

    berfikir secara positif dengan menerima

    masalah itu sebagai panduan dan

    mengandungi hikmah untuk kehidupan di

    masa akan datang.

    Disamping itu, pelajar juga boleh

    menetapkan semula matlamat atau

    keutamaan yang realistik dalam

    kehidupan seharian bagi menangani stres,

    Contohnya, bertindak mengikut

    keutamaan bagi mengelakkan pelajar

    tidak membuang masa dan melakukan

    sesuatu yang merugikan. Oleh itu, pelajar

    harus utamakan kerja yang lebih penting

    terlebih dahulu. Segala langkah yang

    disarankan ini pelajar boleh sentiasa

    praktiskannya bagi menghilangkan stres

    dan menjalani kehidupan seharian tanpa

    masalah.

    Langkah Menangani Punca Sosial

    Menjalankan kerja masyarakat dan

    kebajikan juga merupakan salah satu

    langkah bagi menangani masalah puncasosial. Remaja tersebut haruslah

    membiasakan diri dengan melakukan

    kerja-kerja kemasyarakatan seperti aktiviti

    gotong-royong, mengikuti majlis

    keagamaan, menderma kepada masjid

    atau rumah anak-anak yatim dan

    sebagainya. Hal ini akan menjadikan

    remaja lebih dewasa dan tidak memikirkan

    kegiatan bersosial yang tiada berfaedah

    dengan kawan kawannya.

  • 8/11/2019 Stres Di Kalangan Pelajar[1]

    5/5

    5

    Selain itu, pelajar juga patut meninjau

    keadaan orang yang lebih kurang

    bernasib baik sama ada dari segi

    kewangan, pendidikan, kesihatan dan

    keluarga. Ini sekaligus akan dapat

    menyedarkan pelajar terbabit dari terus

    lalai dan hanyut dengan gejala sosial yangmerugikan masa depan pelajar itu sendiri.

    Sejujurnya masalah stres dihadapi

    oleh semua orang dalam semua

    institusi atau keadaan, tidak hanya

    golongan pelajar atau pekerja saja.

    Dalam rumahtangga pun tak kurang

    hebatnya stres yang ada begitu juga

    dalam kehidupan berjiran,

    bermasyarakat atau apa saja hatta

    di jalan raya pun boleh mengundang

    stres. Jadi elok laa jika kita ada skill

    untuk membantu mengatasinya.

    Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

    Sebagaimana yang telah yang kita

    kepimpinan guru bersifat demokratik boleh

    mewujudkan interaksi dua hala dan

    membawa suasana sosio-emosi yangsihat, mesra dan harmonis di antara guru

    dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan

    demokratik ini boleh mengurangkan

    suasana yang tegang dan menggalakkan

    murid-murid berdamping rapat dengan

    guru, tidak merasa segan untuk bertanya

    atau mengemukakan pendapat mereka.

    Sifat kepimpinan demokratik ini juga

    mendorong murid-murid berinteraksi di

    antara satu sama lain, dan melibatkan dirisecara aktif dalam aktiviti kumpulan.

    Guru membimbing murid yang

    bermasalah

    Sekiranya terdapat murid yang

    mempunyai masalah peribadi seperti

    bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru

    seharusnya mengadakan sesi kaunseling

    untuk membantu mereka mengatasimasalah peribadinya. Selepas itu guru

    menggalakkan mereka menyertai dalam

    aktiviti pembelajaran bersama murid-murid

    yang lain. Guru harus juga mendorong

    murid-murid normal supaya mereka dapat

    menerima murid-murid yang bermasalah

    dalam kumpulan mereka dan tidak

    menyingkirkan murid-murid bermasalahtersebut. Cara ini dapat mengelakkan

    murid yang bermasalah mengalami

    tekanan.

    Peranan Unit Bimbingan dan

    Kaunseling

    Pihak sekolah Unit Bimbingan dan

    Kaunseling sekolah boleh menganjurkan

    program-program yang berbentuk

    pendidikan sebagai tindakan sokongan

    dalam pembentukan tingkahlaku.

    Program-program ini bertujuan membantu

    mereka yang mempunyai masalah

    gangguan emosi untuk meningkatkan

    pencapaian akademik, membangunkan

    kemahiran sosial, meningkatkan

    kemahiran dalam mengawal tingkahlaku

    dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

    Murid bersifat self-efficacy

    Mengikut Albert Bandura, murid haruslah

    bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh

    belajar daripada kekalahan, mengambil

    inisiatif mencari punca kekalahan, memikir

    bagaimana membaikinya demi

    menukarnya kepada kemenangan, dan

    bukan membimbangi atau menyedih

    kerana kekalahan. Murid belajar untuk

    memandang segala perkara secara

    optimistik kerana ia merupakan cara yang

    paling berkesan untuk menentang tekanan

    yang kurang sihat ini.