PERLAKSANAAN E-PEMBELAJARAN DIKALANGAN PELAJAR …€¦dalam pembelajaran berasaskan Teknologi...
Transcript of PERLAKSANAAN E-PEMBELAJARAN DIKALANGAN PELAJAR …€¦dalam pembelajaran berasaskan Teknologi...
PERLAKSANAAN E-PEMBELAJARAN DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI
PENDIDIKAN DAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI
NORBAIZURA BINTI SANI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
30 APRIL 2008
ii
iii
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA
PENGASIHANI DENGAN KURNIAAN DAN NIKMATNYA
Teristimewa :
Buat Ibu dan Ayah yang dikasihi,
Encik Sani bin Abu Bakar dan Pn Ara binti Bidin
Yang telah banyak memberi dorongan dan nasihat sepanjang pengajian di samping
iringan doa dan pengorbanan yang tiada putusnya…
Buat kakak, abang dan adik tersayang…
Buat rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi sokongan…..
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan…
Semoga sentiasa di berkatiNYA
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum….
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada
beberapa pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan serta
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan
untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Encik Ahmad Johari
bin Sihes kerana telah memberi tunjuk ajar, dorongan, bimbingan dan nasihat kepada
saya sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Kajian ini tidak akan dapat
dijalankan dengan baik tanpa bantuan dan seliaan daripada beliau.
Tidak lupa kepada responden yang banyak memberi kerjasama dan bantuan yang
seikhlasnya dalam menjawab soal selidik yang diedarkan.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan
seperjuangan dan pensyarah-pensyarah yang pernah memberi tunjuk ajar dan bimbingan
kepada saya sepanjang pengajian saya di UTM ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah
memberi sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
proses menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Dalam sektor pendidikan di Malaysia, e-pembelajaran merupakan satu cabang baru
dalam pembelajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang mana
membolehkan pembelajaran berlaku tanpa mengira tempat, jarak, usia dan masa. Kajian
ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau perlaksanaan e-
pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Fokus kajian ini ialah kesediaan pelajar
terhadap perlaksanaan e-pembelajaran, minat dan sikap pelajar yang mendorong dalam
penggunaan e-pembelajaran dan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar semasa
menggunakan e-pembelajaran. Seramai 118 orang pelajar dari Fakulti Pendidikan dan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor menjadi
responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen
kajian dan analisis data menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences
(SPSS)” for Windows Release 12.0 bagi mendapatkan min dan peratus data. Kajian
rintis telah dijalankan terhadap 10 orang pelajar untuk menguji kebolehpercayaan
instrumen kajian dan nilai pekali kebolehpercayaan adalah 0.80 dengan menggunakan
kaedah Cronbach Aalpha. Secara keseluruhannya, tinjauan terhadap perlaksanaan e-
pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pendidikan dan Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor berada pada tahap
sederhana. Justeru itu, pihak universiti dan fakulti perlu meningkatan lagi kesedaran
pelajar-pelajar terhadap kepentingan e-pembelajaran untuk menyahut seruan universiti
yang ingin menjadikan Univesiti Teknologi Malaysia sebagai universiti bertaraf dunia.
vi
ABSTRACT
In Malaysian Education sector, E-learning is a new spectrum in the whole learning aspect
based on Information and Communication Technology (ICT) that made learning possible
regardless of place, time and age different. This is a descriptive study with purpose to
survey the implementation of e-learning among student in Faculty of Education and
Faculty of Mechanical Engineering University Teknologi Malaysia Skudai, Johor. The
focuses of this research are to identify students’ readiness toward the e-learning, attitude
and students’ interest in e-learning and problems in e-learning. A total of 118 students
from Faculty of Education and Faculty of Mechanical Engineering University Teknologi
Malaysia Skudai, Johor participate in this research. A set of questionnaires were used as a
research instrument. Data were analyzed using “Statistical / Packages for Social Sciences
(SPSS)” for Windows Release 12.0 to obtain mean and percentages. A pilot research was
done to 10 students to analyze the reliability of research instrument. Analysis indicated
that the quantity has reliability of 0.80 based on Cronbach’s Alpha. The findings of this
study indicate that the implementation of e-learning in teaching and learning in Faculty of
Education and Faculty of Mechanical Engineering University Teknologi Malaysia
Skudai, Johor is moderate. With regard to the findings, it is hoped that management of
the faculty would create and mend ways to encourage the students realize that the
importance of e-learning in order to fulfill University Teknologi Malaysia’s vision of
becoming a world class university.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
BAB PERKARA HALAMAN
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definasi Konsep 11
1.9.1 Perlaksanaan 11
1.9.2 Pengajaran 11
1.9.3 Pembelajaran 12
1.9.4 Pelajar 13
1.9.5 E-pembelajaran 13
1.9.6 Kesediaan 14
1.9.7 Minat 14
1.9.8 Sikap 15
1.10 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Konsep E-pembelajaran 17
2.3 Model E-pembelajaran 23
2.4 Kesediaan pelajar 26
2.5 Minat 27
2.6 Sikap 29
2.7 Masalah pautan (server) lambat 30
2.8 Masalah kemudahan mengakses 31
2.9 Kesesuaian maklumat dalam E-pembelajaran 32
2.10 Kajian lepas dalam Negara 33
2.11 Kajian lepas luar Negara 37
2.12 Penutup 39
ix
BAB PERKARA HALAMAN
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 40
3.2 Reka Bentuk Kajian 41
3.3 Tempat Kajian 42
3.4 Populasi 43
3.5 Sampel Kajian 43
3.6 Instrumen Kajian 44
3.7 Kesahan 47
3.8 Kebolehpercayaan 48
3.9 Prosedur Kajian 48
3.10 Kajian Rintis 49
3.11 Pengumpulan Data 50
3.12 Penganalisisan Data 51
3.13 Penutup 51
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 52
4.2 Latar belakang responden 53
4.3 Analisis Deskriptif 54
4.3.1 Analisis Soalan Kajian 1 55
4.3.2 Analisis Soalan Kajian 2 57
4.3.3 Analisis Soalan Kajian 3 59
4.3.4 Analisis Soalan Kajian 4 61
4.3.5 Analisis Soalan Kajian 5 63
x
BAB PERKARA HALAMAN
4.3.6 Analisis Soalan Kajian 6 65
4.3.7 Analisis Soalan Kajian 7 67
4.4 Kesimpulan 68
4.5 Penutup 70
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Perbincangan 72
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 72
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 73
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 75
5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 76
5.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4 78
5.2.6 Perbincangan Persoalan Kajian 5 79
5.2.7 Perbincangan Persoalan Kajian 6 80
5.2.8 Perbincangan Persoalan Kajian 7 81
5.3 Rumusan Purata Keseluruhan Min 81
5.4 Cadangan 83
5.5 Kajian Lanjutan 85
5.6 Penutup 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN
Lampiran A-E 94
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Sampel Kajian 44
3.2 Skala Likert bagi Bahagian B 45
3.3 Skor Skala Likert 3 mata 46
3.4 Pengkelasan tahap berasaskan skor min 46
3.5 Klasifikasi kekuatan kolerasi 50
4.1 Taburan Bilangan dan Peratus Responden 53
Mengikut Jantina
4.2 Taburan Bilangan dan Peratus Responden 53
Mengikut Bangsa
4.3 Taburan Bilangan dan Responden Mengikut Fakulti 54
4.4 Taburan Responden Mengikut Min, Peratus dan
Frekuensi Bagi Soalan Kajian 1 55
4.5 Taburan Responden Mengikut Min, Peratus dan
Frekuensi Bagi Soalan Kajian 2 57
4.6 Taburan Responden Mengikut Min, Peratus dan
Frekuensi Bagi Soalan Kajian 3 59
4.7 Taburan Responden Mengikut Min, Peratus dan
Frekuensi Bagi Soalan Kajian 4 61
4.8 Taburan Responden Mengikut Min, Peratus dan
Frekuensi Bagi Soalan Kajian 5 63
4.9 Taburan Responden Mengikut Min, Peratus dan
Frekuensi Bagi Soalan Kajian 6 65
xii
4.10 Analisis Ujian t Bagi Soalan Kajian 7 66
4.11 Purata Keseluruhan Min 67
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Subset Dalam Pendidikan Jarak Jauh 19
2.2 Model Pembelajaran Elektronik 25
xiv
SENARAI SINGKATAN
BIL - Bilangan
WBL - Sistem Pembangunan Web
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
FP - Fakulti Pendidikan
FKM - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UPM - Universiti Putra Malaysia
USM - Universiti Sains Malaysia
MMU - Universiti Multimedia Malaysia
UM - Universiti Malaya
UNIMAS - Universiti Malaysia Sarawak
UNITAR - Universiti Tun Abdul Razak
SPSS - Statistical Packages For Social Science
CTL - Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
CICT - Pusat Komunikasi dan Teknologi Maklumat
IT - Teknologi Maklumat
WWW - World Wide Web
VOISS - Virtual Online Instructional Support System
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 95
B Surat Kebenaran UTM 102
C Surat Pengesahan Soal Selidik 1 105
D Surat Pengesahan Soal Selidik 2 106
E Statistik Pelajar Tahun Empat FKM 107
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Gelombang ekonomi ketiga dengan kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi atau ICT telah meningkatkan penggunaan internet, laman web dan jaringan
dalam pendidikan. E-pembelajaran merupakan satu bentuk revolusi pendidikan yang
berorientasikan sistem pembangunan web (WBL). Ianya semakin popular dan digunakan
sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran masa kini bagi tujuan
pendidikan formal di IPT awam dan swasta. E-pembelajaran dikatakan dapat
memberikan pelbagai kelebihan kepada pelajar dan juga tenaga pengajar itu sendiri.
Pelajar dapat menjimatkan tenaga teknikal dan boleh memperoleh seberapa banyak
maklumat yang terdapat menerusi E-pembelajaran ini.
Sewaktu berada dalam di rangkaian internet, pelajar dapat mengakses maklumat-
maklumat yang terkini pada bila-bila masa serta boleh menyimpan maklumat tersebut
sebagai sumber rujukan. Selain itu, pelajar dapat berhubung dan berkomunikasi secara
langsung (on-line) bersama rakan-rakan mahupun tenaga pengajar yang berada ditempat
lain tanpa perlu berada ditempat yang sama dan kini kaedah tersebut menjadi satu
keperluan dikalangan pelajar.
2
E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran elektronik, dimana
pada peringkat awal berfungsi sebagai satu koleksi pakej pengajaran dan pembelajaran
informasi dalam pendidikan lanjutan. Ianya juga dicapai pada bila-bila masa dimana
sahaja dan ianya juga disampaikan secara elektronik. (Dichantz, 2001)
Pembelajaran berasaskan komputer boleh dijadikan proses pendidikan satu
pengalaman yang menyeronokkan dan menarik perhatian disamping membantu pelajar
memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah.
Selain itu, penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran semakin
penting pada masa kini sebagaimana menurut Nor Hashim (1996), cara yang paling
berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikan alat untuk
membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan.
Oleh itu, pengkaji ingin meninjau perlaksanaan E-pembelajaran dalam pengajaran
dan pembelajaran yang diwujudkan oleh Universiti Teknolgi Malaysia dalam membantu
meningkatkan proses pembelajaran mereka.
1.2 Latar belakang masalah
E-pembelajaran dalam pendidikan telah lama diperkenalkan dinegara maju seperti
Amerika Syarikat dan Eropah. Bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia
tidak ketinggalan dalam mengecapi arus perdana pembangunan berasaskan teknologi
komputer. Dari perspektif pendidikan ianya bukan sahaja mampu menjayakan lagi aspek
persekitaran pengajaran dan pembelajaran tetapi juga boleh membantu tugas-tugas dalam
pengurusan pentadbiran.
3
Pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran juga dikenali sebagai pembelajaran
berasaskan web (WBL). Ia merujuk kepada teknologi internet yang digunakan untuk
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. E-pembelajaran menggabungkan
on-line dan pengurusan pengetahuan (Rosenberg, 2001). Persekitaran e-pembelajaran
merangkumi sistem rangkaian interaktif yang terdiri daripada beberapa fungsi yang
membantu untuk meningkatkan kualiti aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat kajian yang menunjukkan secara umumnya mampu menggunakan kaedah
pembelajaran on-line dengan lebih berkesan lagi. (Dewhurstet al; 2000; tweddle et al;
2000).
Pengabungan penggunaan aspek teknologi dalam kurikulum sekolah dapat
menyemai dan memupuk sikap positif terhadap perkembangan teknologi. Persekitaran
dan budaya sekolah seharusnya dari sesuatu pembelajaran yang bersifat memori kepada
yang berpengatahuan, bersifat kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi
terkini. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997).
Di luar negara, e-pembelajaran telah berkembang dengan pantas sekali sehingga
terdapatnya institusi pendidikan yang menggunakan sepenuhnya aplikasi E-pembelajaran
dalam institusi pendidikan mereka.
Menurut Jamaluddin bin Harun, Pengurus Teknologi Maklumat (2006),
E-pembelajaran mula diperkenalkan di Universiti Teknologi Malaysia seawal tahun 1997,
dimana pada ketika itu setiap fakulti menggunakan sistem mereka sendiri. Pelajar hanya
boleh mengakses silibus, memuat turun nota kuliah dan mengakses lain-lain bahan
pengajaran melalui pautan yang disediakan. Kewujudan sistem ini adalah untuk
memudahkan komunikasi diantara pelajar dan pensyarah menyampaikan, mendapatkan
dan berkongsi maklumat. Ekoran daripada kesedaran kepada betapa perlunya
e-pembelajaran, maka Universiti Teknologi Malaysia mula mencari inisitif dengan
memusatkan sistem-sistem terbabit yang boleh disejajarkan.
4
Pada tahun penghujung 2001, sistem WebCT yang diuruskan oleh Pusat
Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), Universiti Teknologi Malaysia Skudai telah
dilancarkan oleh Timbalan Naib Kanselor (Akademik) dan mula beroperasi sehingga
tahun 2004, sistem E-pembelajaran yang mendapat penyertaan menyeluruh ditukar
kepada penggunaan perisian terbuka (open source) iaitu berdasarkan sistem Moodle yang
masih bergerak aktif sehingga hari ini dan berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh
pihak CICT, penggunaan sistem E-pembelajaran mula meningkat dari tahun ke tahun.
Buktinya, terdapat peningkatan jumlah capaian pengguna pada semester 2 seisi
2004/2005 dan semester 1 seisi 2005/2006 sebanyak 44.3 peratus iaitu 850 000 kepada
2.2 juta klik.
Pusat Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CICT) bertanggungjawab dalam
mengendalikan penggunaan dan perkembangan E-pembelajaran bahagian pelajar
manakala pihak Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) mengendalikan bahagian
pensyarah. Peningkatan ini adalah berikutan daripada promosi besar-besaran yang
dijalankan oleh pihak CTL dan CICT dengan mengadakan kursus-kursus berkaitan
E-pembelajaran kepada pensyarah selain mengedarkan risalah-risalah, iklan, poster dan
sebagainya akan kewujudkan sistem E-pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia
ini.
Antara permasalahan yang sering berkait rapat dengan perlaksanaan
e-pembelajaran ini adalah menjurus kepada kesediaan pelajar itu sendiri dari kontek
kefahaman pelajar dan kemahiran sedia ada, sikap dan minat yang ditunjukkan oleh
pelajar yang mendorong pelajar itu sendiri dalam menggunakan E-pembelajaran, masalah
yang sering dihadapi semasa menggunakan E-pembelajaran seperti masalah pautan
(server) yang lambat, kemudahan untuk mengakses dan kesesuaian maklumat yang
terdapat dalam E-pembelajaran seperti lambakan maklumat yang ada kalanya tidak sesuai
dengan tahap kefahaman pelajar.
5
Adalah diharapkan melalui kajian ini akan dapat membantu dalam
memperkembangkan lagi sistem pengurusan E-pembelajaran dalam perlaksanaannya di
UTM dan langkah-langkah penambahbaikan diambil secara drastik supaya
perlaksanaannya berada pada landasan yang betul dan dapat memastikan sistem
E-pembelajaran ini dapat melahirkan pelajar yang lebih proaktif dalam dunia teknologi
ini.
1.3 Penyataan masalah
Kewujudan e-pembelajaran di Malaysia boleh dikatakan masih baru jika
dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain dimana e-pembelajaran dijadikan
satu kaedah asas pembelajaran untuk membantu melicinkan proses pembelajaran
terdahulu yang lebih bersifat traditisional. Kebanyakkan E-pembelajaran hanya
ditawarkan diperingkat universiti dan kolej yang mempunyai usaha sama dengan
universiti luar negara. (Suhanom, 2004).
Justeru itu, masih banyak universiti-universiti tempatan yang belum mengaplikasi
sepenuhnya penggunaan E-pembelajaran. Oleh kerana pengimplementasian masih baru
lagi banyak, kebanyakkan hanya berbentuk blended learning dimana E-pembelajaran
hanya pemudah cara atau sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
konventional.
Sebagai contoh, pensyarah hanya menggunakan E-pembelajaran dengan tujuan
tertentu seperti memuat turun nota ke laman web, membuat pengumuman penting,
menjawab e-mail pelajar, forum dan sebagainya. Belum lagi wujud universiti di negara
ini yang menjadikan e-pembelajaran sebagai satu alternatif untuk membuka peluang
kepada lebih ramai pelajar kerana e-pembelajaran boleh menjadi landasan untuk
memudahkan proses Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ).
6
Dengan perkembangan teknologi dalam sistem e-pembelajaran yang semakin
maju, pelajar seharusnya bersedia dengan perlaksanaan e-pembelajaran yang lebih
berbentuk komunikasi virtual seperti on-line video conferencing, messenger,
perbincangan melalui chat rooms dan perbualan telefon on-line melalui komputer.
Perkembangan e-pembelajaran di UTM masih baru sejajar dengan seruan
kerajaan untuk mengaplikasikan penggunaan IT dalam sektor pendidikan tidak lama
dulu. Statistik terkini bagi semester 1 2006/2007 menunjukkan terdapat beberapa fakulti
yang aktif mengunakan E-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun, menurut Pengurus Teknologi Maklumat, Jamaluddin bin
Harun masih terdapat fakulti yang kurang aktif menggunakan e-pembelajaran. Keadaan
ini yang menyebabkan pengkaji berminat untuk mengkaji perlaksanaan e-pembelajaran di
UTM dengan melihat secara khusus perlaksanaannya di Fakulti Pendidikan dan Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal.
7
1.4 Objektif kajian
0bjektif khusus bagi kajian ini adalah bertujuan untuk: (i) Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakuti
Kejuruteraan Mekanikal terhadap perlaksanaan E-pembelajaran.
(ii) Mengenalpasti minat yang mendorong penggunaan E-pembelajaran
dikalangan pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
menggunakan E-pembelajaran.
(iii) Mengenalpasti sikap yang mendorong penggunaan E-pembelajaran
dikalangan pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
menggunakan E-pembelajaran.
(iv) Mengenalpasti masalah pautan (server) yang lambat yang dihadapi pelajar
Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dalam
penggunaan E-pembelajaran.
(v) Mengenalpasti masalah kemudahan untuk mengakses yang dihadapi
pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dalam
penggunaan E-pembelajaran.
(vi) Meninjau kesesuaian maklumat yang terdapat dalam E-pembelajaran.
(vii) Melihat perbezaan perlaksanaan e-pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran pelajar di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal.
8
1.5 Persoalan Kajian
Berikut merupakan beberapa persoalan kajian yang perlu diselesaikan dalam
kajian ini. Antaranya ialah:
(i) Apakah tahap kesediaan pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal terhadap perlaksanaan E-pembelajaran di UTM
Skudai?
(ii) Adakah minat mendorong penggunaan E-pembelajaran dikalangan pelajar
Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di UTM Skudai?
(iii) Adakah sikap mendorong penggunaan E-pembelajaran dikalangan pelajar
Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di UTM Skudai?
(iv) Adakah masalah pautan (server) yang lambat dihadapi pelajar Fakulti
Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dalam penggunaan E-
pembelajaran?
(v) Adakah masalah kemudahan untuk mengakses dihadapi pelajar Fakulti
Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dalam penggunaan E-
pembelajaran?
(vi) Apakah maklumat yang terdapat dalam E-pembelajaran bersesuaian
dengan pengajaran dan pembelajaran pelajar Fakulti Pendidikan dan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM Skudai?
(vii) Adakah terdapat perbezaan antara perlaksanaan e-pembelajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran pelajar di Fakulti Pendidikan dan Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal?
9
1.6 Kepentingan kajian
Hasil kajian ini diharap boleh membantu pihak CICT, UTM, Fakulti dan kolej-
kolej kediaman dalam perlaksanaan E-pembelajaran bagi mengenalpasti keberkesanan
perlaksanaan dalam membantu perkembangan ilmu. Kajian ini mempunyai kepentingan
kepada pelbagai pihak iaitu fakulti yang terlibat, pensyarah-pensyarah, pengkaji dan
khususnya UTM sendiri dalam membangunkan proses pembelajaran terutama
E-pembelajaran dengan lebih berkesan.
Hasil kajian ini dapat membantu fakulti yang terlibat untuk mempergiatkan lagi
penglibatan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah dalam proses E-pembelajaran ini
supaya menjadi lebih aktif seiring dengan fakulti-fakulti yang lain dan sejajar dengan
hasrat kerajaan dalam memperkembangkan sektor pendidikan dengan teknologi
maklumat.
Kajian ini penting kepada pelajar dalam menyedari kepentingan E-pembelajaran
yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak dalam memastikan keberkesanan
perlaksanaan E-pembelajaran yang memerlukan pelbagai pihak untuk bergiat aktif.
Kepentingan kepada pengkaji pula adalah dari aspek pendidikan dimana pengkaji
dapat melengkapkan diri tentang perubahan baru dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran yang seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan terkini. Daripada
kajian ini, pengkaji dapat menyiapkan diri sebagai persediaan sebelum melangkah ke
alam pekerjaan yang memberi pendedahan kepada teknologi terkini, kreativiti dan
inovasi pengetahuan baru.
10
1.7 Skop kajian
Kajian ini telah dijalankan keatas pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal. Pelajar ini dipilih sebagai kajian kerana keperluan bidang
pendidikan dan kejuruteraan mekanikal kepada interaksi yang lebih aktif seiring dengan
matlamat Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sendiri iaitu
mempelopori dan menghasilkan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang masing-masing.
1.8 Batasan kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa faktor yang mengganggu hasil dapatan kajian
iaitu pengkaji menghadapi kesulitan untuk mencari maklumat berkaitan tajuk kajian
kerana ia merupakan bidang yang masih baru lagi khususnya di Malaysia. Kebanyakkan
bahan bercetak seperti buku, jurnal dan majalah masih terhad di Malaysia.
Memandang masa yang diperlukan untuk menyempurnakan kajian ini hanyalah
kira-kira tiga bulan, maka kesulitan untuk menyelesaikan kajian ini amat besar. Pengkaji
terpaksa bertungkus lumus menyiapkan kerja dalam masa yang singkat dan amat sukar
untuk menyemak keesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian ini iaitu soal selidik.
Perkembangan teknologi semakin pesat, namun serangan virus pada komputer
peribadi masih menghantui pengkaji kerana kesannya yang agak membahayakan seperti
boleh merosakkan dokumen kajian dan sebagainya. Dalam tempoh yang singkat yang
diberi untuk menyelesaikan kajian ini, pastinya semua kekangan terbabit ingin dijauhi.
11
1.9 Definisi istilah
1.9.1 Perlaksanaan
Menurut Kamus Am muka surat 574 perlaksanaan bermaksud hasil daripada
melaksanakan sesuatu tugas atau rancangan. Dalam kajian ini perlaksanaan merujuk
kepada perlaksanaan e-pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor
1.9.2 Pengajaran
Menurut Kamus Dewan pengajaran bermaksud nasihat, petunjuk, bimbingan,
asuhan, teguran, tunjuk ajar.
Menurut Mok Soon Sang (2000) pula, pengajaran merupakan aktiviti atau proses
yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia
meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran
kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Menurut beliau lagi, pengertian
pengajaran dalam konteks masa kini boleh ditafsirkan sebagai suatu proses,
komunikasi,sains dan seni manakala dalam konteks pendidikan formal pula, konsep
pengajaran boleh dihuraikan sebagai sesuatu proses yang berkaitan dengan penyebaran
ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar dapat serta pengertian. mempelajari dan
menguasainya dengan berkesan.
Menurut Ee Ah Meng (1998) pengajaran boleh difahamkan sebagai proses
penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai-nilai.
12
Menurut Yaxley (1991) menyatakan bahawa pengajaran adalah merupakan satu
tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna
iaitu ia bersangkut paut dengan pengesahan, perubahan, peninjaun semula, penilaian dan
penghuraian kepercayaan, nilai-nilai
Dalam kajian ini, pengajaran bermaksud pengajaran pensyarah yang berbentuk
elektronik dalam e-pembelajaran iaitu pengajaran secara on-line berbentuk blended
learning seperti yang dilaksanakan di UTM.
1.9.3 Pembelajaran
Pembelajaran merupakan proses pengetahuan yang terbentuk hasil tranformasi
daripada pengalaman (Kolb, 1984). Jarvis (1995) telah mengembangkan definisi
pembelajaran Kolb dan menyatakan bahawa pembelajaran merupakan proses tranformasi
pengalaman kepada pengetahuan, kemahiran, sikap, nilai, perasaan dan sebagainya.
Kedua-dua sarjana ini menekankan bahawa pembelajaran sebenarnya bermula daripada
pengalaman dan kemudian ditranformasikan kepada bentuk lain. Pembelajaran adalah
satu proses membangun dan berkembang yang ada sepanjang hidup seorang manusia
(Jarvis, 1992).
Mengikut Ee Ah Meng (1998) pembelajaran adalah proses perubahan tingkah
laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman ataupun latihan yang diteguhkan.
Menurut Gagne (1976) pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau
kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan
oleh pertumbuhan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.
13
Manakala mengikut Mok Soon Sang (2000) pembelajaran bermaksud suatu
perubahan tingkah laku manusia dimana ia tidak kekal dan stabil serta dihasilkan
daripada pengalaman atau latihan dan bukannya disebabkan oleh proses pertumbuhan
semulajadi atau disebabkan oleh pengaruh dadah atau penyakit.
Dalam kajian ini, pembelajaran bermaksud e-pembelajaran iaitu pembelajaran
dalam bentuk elektronik. Ini mengambil kira perlaksanaan pembelajaran tersebut,
penggunaan e-pembelajaran dan persepsi mereka terhadap perlaksanaannya
1.9.4 Pelajar
Menurut Kamus Besar, Utusan 202 muka surat 13, pelajar membawa maksud
orang yang belajar seperti murid sekolah, mahasiswa penuntut di maktab dan sebagainya,
orang yang mengaji (menyelidik ilmu).
Pelajar dalam kajian ini adalah pelajar sepenuh masa di Fakulti Pendidikan dan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM Skudai. Pelajar yang dimaksudkan ialah para
pelajar tahun empat ijazah sarjana muda.
1.9.5 E-pembelajaran
UTM Skudai menjadikan kaedah pembelajaran on-line sebagai bahan bantu
mengajar yang dapat memantapkan dan mevariasikan lagi kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang tidak hanya terhad kepada kuliah didalam bilik darjah semata-mata.
Malahan dengan adanya pembelajaran on-line, ia boleh membantu pensyarah untuk lebih
mudah berkomunikasi dengan pelajar-pelajar selepas waktu kuliah.
14
Di UTM Skudai, sebuah laman web khas e-pembelajaran telah diwujudkan.
Antara menu dan sub menu yang terkandung dalam e-pembelajaran ini terkandung dalam
e-pembelajaran ini temasuklah
a. menu kandungan khusus dan bahan-bahan berkaitan yang mengandungi sub
menu silibus, kalendar, modul kandungan, glosari, carian dan link bagi
memuat turun nota kuliah.
b. menu alat-alat komunikasi seperti mel dan perbincangan.
c. menu alat-alat pembelajaran mengandungi home page pelajar, pembentangan
pelajar dan progres pelajar.
d. menu alat-alat mengandungi sub menu tugasan, ujian kendiri, kuiz dan gred.
Dalam konteks kajian ini, e-pembelajaran merujuk kepada proses pengajaran dan
pembelajaran secara on-line berbentuk blended learning seperti yang dilaksanakan di
UTM. Di UTM Skudai pembelajaran tidak dilakukukan secara on-line sepenuhnya tetapi
juga berlaku secara interaksi bersemuka antara pelajar dan pensyarah.
1.9.6 Kesediaan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat 2005, kesediaan
memberi maksud perihal kesediaan, kesanggupan dan kerelaan.
1.9.7 Minat
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru tahun 1989 muka surat 828 minat membawa
maksud keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu.
15
1.9.8 Sikap
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru tahun 1989 muka surat 1202 sikap membawa
maksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat (fikiran dan
lain-lain).
1.10 Penutup
Dalam Bab 1, pengkaji telah menerangkan secara ringkas tentang perkembangan
e-pembelajaran. Pengkaji juga telah menerangkan secara ringkas tentang pernyataan
masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, batasan kajian
dan diakhiri dengan takrifan istilah-istilah yang digunakan sebagai tajuk kajian ini.