Stress dalam kalangan kanak-kanak

download Stress dalam kalangan kanak-kanak

of 18

Transcript of Stress dalam kalangan kanak-kanak

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    1/18

    1

    ISI KANDUNGAN

    BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    1. PENGENALAN 2

    2. DEFINISI STRESS DAN TEKANAN 3

    3. CONTOH KES DAN TANDA-TANDA KANAK-KANAK STRESSDAN TERTEKAN

    4

    4. LANGKAH MENANGANI DAN MENGURANGKAN STRESSDAN TEKANAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

    6

    5. LAMPIRAN 17

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    2/18

    2

    PENGENALAN

    Sebagai orang dewasa, kita kebiasaannya sibuk dengan tugas sebagai ibu bapa, penjaga dan

    pekerja dan sering merasa tertekan. Namun adakah kanak-kanak turut mengalami situasi yang

    sama? Bagi sesetengah orang, mereka mempunyai anggapan bahawa zaman kanak-kanak adalah

    zaman yang ceri, meriangkan, tidak dibelenggu kebimbangan atau tanggungjawab. Namun

    begitu terdapat kajian dilakukan membuktikan bahawa kanak-kanak terut mengalami tekanan

    yang terlampau dan gejalanya adalah yang sama seperti orang dewasa.

    Sama seperti orang dewasa kanak-kanak kadang-kanang mengalami kemurungan dan

    mengalami kesukaran untuk mengawal tekanan. Namun begitu, kanak-kanak tiada kefahaman

    dan kemahiran untuk memahami atau menguruskan tekanan dengan cara yang betul. Kanak-

    kanak bergantung kepada individu di sekelilingnya iaitu ibu bapa, penjaga, pengasuh, dan

    komuniti di sekeliling nya. Sebagai ibu bapa dan pengasuh kepada kanak-kanak seseorang itu

    harus dapat mengesan dan membantu apabila kanak-kanak di bawah jagaan mereka mengalami

    masalah tekanan.

    Untuk menangani stress dan tekanan dalam kalangan kanak-kanak, seseorang ibu bapa dan

    pengasuh harus mempunyai pengetahuan tentang makna stress, tanda-tanda dan faktor yang

    mendorong kepada tercetusnya stress dalam kalangan kanak-kanak serta cara yang boleh

    dilakukan untuk menangani stress dalam kalangan kanak-kanak.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    3/18

    3

    1.0. DEFINISI STRES DAN TEKANANTekanan emosi atau stres merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang

    yang kerap menghadapi masalah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, stress merupakan

    satu keadaan di mana seseorang itu merasa resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat

    daripada tekanan mental atau fizikal.

    Morstt & Furst (1979:7) menyatakan tekanan atau stress adalah sesuatu keadaan

    yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujukan keadaan

    tidak selasa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan.

    Dalam A Dictionary of Human Behaviour (1981:121) pula memberi definisi

    tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk sesuatu masa

    yang boleh menggugatkan keupayaan seseorang untuk mengendali sesuatu situasi.

    Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalam mendefinisikan

    tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983: 296) yang menyatakan bahawa

    tekanan wujud akibat daripada kegagalan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran.

    Tuntutan persekitaran yang melampaui keupayaan individu dan kegagalan individu

    menyesuaikan tuntutan tersebut akan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam

    memenuhi keperluannya sendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami

    ketegangan.

    Kesimpulannya, tekanan atau stress merupakan satu tindak balas tubuh kepada

    keadaan fizikal atau emosi yang menyebabkan ketidak seimbangan dalam kehidupan

    seseorang. Tekanan kadang kala adalah suatu perkara yang normal dan boleh diramal

    dalam kehidupan kita. Kanak-kanak bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap

    tekanan. Sesetengah kanak-kanak jatuh sakit. Sesetengahnya mungkin berputuh asa,

    gementar, dan ada juga yang marah-marah dan meminta perhatian. Dalam sesetengah kes,

    stress boleh juga membantutkan perkembangan kanak-kanak tersebut.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    4/18

    4

    2.0. CONTOH KES DAN TANDA-TANDA KANAK-KANAK STRESS.Seperti yang telah dinyatakan tadi bahawa bukan sahaja orang dewasa yang mengalami

    stress. Ianya merupakan satu gejala yang dialami oleh sema orang tanpa mengira usia.

    Dalam satu kes, seorang pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah

    Rendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit perut, dan tidak

    dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah, dan kurang keyakinan

    yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.

    Dalam kes yang lain pula seorang kanak-kanak enam tahun dibawa ke klinik kerana

    sering kencing malam. Apabila diperiksa tahap kesihatannya memuaskan tetapi apabila

    diselidiki keaadaan psikologi keluarganya, doktor mendapati bahawa ayahnya berkerja

    jauh dan tidak pulang selama 6 bulan dan kanak-kanak ini rapat dengan ayahnya.

    Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan

    emosi atau stress akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang-

    barang kawan-kawannya di tadika.

    Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak-kanak sering kencing malam dan tiada

    selera untuk makan akibat suasana rumah yang kurang stabil di mana ibu bapa sering

    bertelagah dan ada ura-ura untuk berpisah atau bercerai.

    Kanak-kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya

    juga mengalami tekanan emosi jika ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh taska atau

    tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika

    kanak-kanak ini dimasukkan ke hospital, ibu bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada

    disisinya kerana keaadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan member kesan kepada

    status emosi kanak-kanak tersebut. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan

    mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak-kanak tersebut.

    Bayi turut mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap sesuatu

    keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap, keengganan untuk menyusu dan

    tidak menunjukkan sebarang perkembangan. Dalam satu kes seorang bayi berusia enam

    bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik dan didapati bahawa dia kurang menyusu.

    Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami kemurungan

    atau despression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya, pembantu rumah atau kadang

    kala jirannya. Nyatalah bahwa anak tersebut sering meragam kerana tidak dapat belaian

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    5/18

    5

    yang sewajarnya dari ibu kandungnya. Si ibu kemudian di berikan rawatan kaunseling dan

    setelah itu dia berjaya untuk mengubah cara asuhan nya yang bersifat lebih keibuan.

    Ekoran daripada itu hubungan ibu dan anank menjadi lebih mesra.

    Daripada contoh-contoh yang diberikan ini dapat dilihat bahawa tekanan emosi boleh

    berlaku kepada kanak-kanak di semua peringkat umur. Tanda-tanda yang ditunjukkan oleh

    kanak-kanak berbeza-beza mengikut usia masing-masing. Seseorang kanak-kanak yang

    mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan, loya tekak dan muntah-muntah,

    sakit perut, sakit kepala, pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjadi tidak bermaya, lelah,

    sukar tidur malam, kencing malam, mengigit-gigit kuku, menarik-narik rambut dan

    sebagainya. Kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus

    akibat kurang selera makan. Doktor yang merawat kanak-kanak yang mempamerkan

    tanda-tanda seperti yang disebutkan tadi akan melakukan pemeriksaan yang teliti supaya

    sekiranya wujud sebarang penyakit akan dapat dirawat dengan segera. Sekiranya doktor

    yakin tidak terdapat sebarang penyakit yang berbahaya, keadaan psikososial kanak-kanak

    akan dinilai secara terperinci. Kemungkinan untuk dia menghidapi tekanan emosi.

    Sebagai ibubapa, pengaruh, guru dan masyarakat di sekeliling kanak-kanak kita

    haruslah mengatahui tanda-tanda atau simptom apa bila seseorang kanak-kanak itu

    mneghadapi stres atau kemurungan, Beberapa perubahan dapat dilihat apa bila seseorang

    kanak-kanak mengahadapi stress. Perubahan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

    Perubahan kelakuan.Perubahan perasaan,

    emosi atau pemikiranPerubahan fizikal.

    Tangisan yang sedih,menyayat hati dan

    berterusan.

    Kurang berminatterhadap aktiviti yang

    mengembirakan.

    Terpinggir atau terasing. Pemarah dan suka

    bermusuh.

    Perasaan tidak berpuashati.

    Kurang tumpuan. Kurang keyakinan diri. Rasa diri tidak berguna. Cepat bosan. Tertekan kerana

    dipinggirkan.

    Kurang kecerdasan. Perubahan masa tidur

    atau makan.

    Masalah fizikal sepertisakit kepala, sakit perut

    dan sebagainya.

    Perubahan berat badanyang ketara.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    6/18

    6

    Hubungan yang tegang. Kerap kali tidak hadir ke

    sekolah.

    Hendak lari dari rumah. Kelakuan yang

    memudaratkan diri

    sendiri.

    Cepat marah.

    3.0. LANGKAH MENGATASI DAN MENGURANGKAN STRESS DALAMKALANGAN KANAK-KANAK

    Cara seseorang itu mengahadapi cabaran-cabaran hidup berbeza dengan orang lain dan ini

    bergantung kepada personaliti atau perwatakan yang telah dibentuk sejak dari peringkat

    bayi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka, pengalaman dari

    semasa ke semasa sentiasa berubah, mengukuh atau menghilangkan sesuatu cirri

    perwatakan yang terdapat pada dirinya.

    Dalam kalangan orang dewasa ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupunberhadapan dengan sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah merasa resah sehingga

    tidak dapat memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi.keupayaan berfikir

    dengan tenang dan kecekapan menganalisis sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah

    penyelesaian yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau

    mengurangkan tekanan emosi.

    Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mangatasi kelemahannya.

    Begitu juga dengan kanak-kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk

    pemikirannya melalui pendidikan dan contoh-contoh yang positif.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    7/18

    7

    Kanak-kanak mengalami tekanan emosi mungkin kerasa dia kurang selesa di tadika

    atau disekolahnya. Pengasuh atau guru yang tidak memahami masalah kanak-kanak ini

    mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian, sokongan dan

    bimbingan. Dalam usaha mendapatkan perhatian kanak-kanak ini mungkin menjadi

    hiperaktif, sering mengacau kanak-kanak lain dan tingkah lakunya ini mungkin akan

    menjejaskan program-program yang telah diaturkan di tadika atau di kelas. Kanak-kanak

    sebegini perlu mendapat penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti cirri-ciri kelemahan

    dan kekuatan yang dimilkinya.

    Program pembelajaran juga harus disesuaikan kepada semua kanak-kanak.

    Umpamanya program yang menekankan aspek-aspek membina keyakinan diri, dan

    pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak-kanak lainsecara lebih cepat.

    Adakalanya kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus (learning

    disability) yang menyebabkan dia agak ketinggalan dari segi pelajaran berbanding kanak-

    kanak lain. Keadaan ini perlu dikenal pasti supaya langkah-langkah intervensi dapat diatur

    khusus untuk kanak-kanak terbabit bagi membolehnya menggunakan cirri-ciri kekuatan

    yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihidapinya.

    Terdapat juga kanak-kanak yang diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba

    kekurangan dimana mereka tidak dibekalkan dengan bahan bacaan dan peralatan menulis

    yang mencukupi. Ada sesetengah kanak-kanak pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi

    dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya mereka berasa kurang

    keyakinan, dan kemahiran bersosial yang terbantut. Apabila kanak-kanak ini dimasukkan

    ke taska atau tadika mereka mengalami ketegangan atau tekanan, di mana mereka merasa

    kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malah, perasaan takut mengkin

    bersarang dalam jiwa mereka, terutama berhadapan dengan guru. Oleh itu para pengasuh

    tadika atau guru sepatutnya memainkan peranan yang lebih positif untuk membantu kanak-kanak ini agar mereka merasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat

    meningkatkan kemahiran sosial mereka.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    8/18

    8

    Pengesanan awal dan mengenal pasti kanak-kanak yang berpotensi menghadapi

    kemurungan adalah sangat mustahak. Bantuan Psikologi mesti diberikan untuk membantu

    kanak-kanak ini untuk :

    Belajar berfikiran positif dengan mengawal dan menunjuk ke arah cara yangbetul. Terapkan kepercayaan diri sendiri

    Mengendalikan kehidupan secara positif dan yakin dengan perubahan diri,dapat mengatasi ketakutan, marah,kecewa dan sebagainya.

    Memperkembangkan kemahiran sosial yang positifBerikut adalah 20 langkah yang boleh pengasuh, guru, dan ibu bapa praktikkan

    bersama kanak-kanak apabila mereka menghadapi tekanan :

    3.1. Memahami punca tekanan.Sebagai penjaga dan orang yang dekat dengan kanak-kanak kita seharusnya

    mengajak kanak-kanak untuk menyelidik punca yang menyebabkan mereka

    mengalami tekanan. Ajar kanak-kanak untuk mencari masalah yang

    menyebabkan mereka merasa tidak selesa, resah, tertekan dan sedih. Selain

    itu cuba ubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap

    hari yang boleh menyebabkan ketegangan. Antaranya mengurangkan kelas

    tambahan dan memberikan masa untuk kanak-kanak bermain atau berehat.

    3.2. Meletakkan keutamaan.Ibu bapa, guru, dan penjaga perlu senaraikan keutamaan untuk dilakukan

    oleh kanak-kanak. Dengan ini dapat membantu kanak-kanak bertindak

    mengikut keutamaan bagi mengelakkan mereka tidak membuang masa dan

    melakukan sesuatu perkara yang merugikan. Jangan melakukan pekerjaan

    tanpa memberikan keutamaan kepada yang lebih penting. Dengan melatihkanak-kanak untuk meletakkan keutamaan ini akan dapat melatih mereka

    dalam menghadapi dunia persekolahan dan alam dewasa mereka.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    9/18

    9

    3.3. Selesaikan masalah satu persatu.Bantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Kanak-kanak belum

    mahir dalam menyelesaikan masalah. Tidak kira sama ada masalah kecil

    atau rumit. Oleh itu sebagai individu yang dekat dengan kanak-kanak, bantu

    mereka untuk menyelesaikan masalah kecil sebelum ianya menjadibertambah rumit. Cuba dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih

    berkesan dengan kanak-kanak kerana ia boleh menyelesaikan

    pertelingkahan dan masalah. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak

    menunjukkan tingkahlaku langsang seperti menggigit kawannya, cuba

    berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut, tanya sebab mengapa dia

    berkelakuan sebegitu, menasihati dia dan minta dia untuk meminta maaf

    dari kawannya itu. Sekiranya dibiarkan kemungkinan kanak-kanak akan

    berterusan menunjukkan kelakuan negatif.

    3.4. Menangis.Titisan airmata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalaha.

    Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan

    minda dan jiwa. Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui

    tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan

    menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan. Namun ianya

    berbeza dalam kalangan kanak-kanak. Tanpa mengira jantina mereka akan

    menzahirkan tekanan yang dialami oleh mereka menerusi tangisan. Namun

    begitu tangisan kanak-kanak itu tidak seharusnya dibiarkan.

    3.5. Ketawa.Ketawa merupakan salah satu penawar dalam melepaskan tekanan dan

    mengurangkan tekanan yang dialami. Selain itu ketawa membantu

    meningkatkan keupayaan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-

    otot dan suhu badan jugga dapat diaktifkan. Proses ini dipercayaidari segi

    klinikal dapat membantu dalam membuang toksid di dalam badan dan darah

    dapat berjalan dengan lebih lancar. Bantu kanak-kanak dengan

    menceritakan cerita yang mempunyai unsur kelakar, jenaka,disertai dengan

    aksi dan intonasi yang dapat mencuit hati kanak-kanak.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    10/18

    10

    3.6. Bersenam atau beriadah.Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang

    setelah berpeluh. Ketegangan jasmani dapat dielakkan oleh kerana

    peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan. Bersenam juga

    boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

    Senaman secara tidak langsung boleh menceriakan kanak-kanak. Muzik

    yang dipasangkan bagi mengiringi senaman yang dijalankan boleh

    menyebabkan kanak-kanak bergerak aktif. Ini boleh membantu kanak-kanak

    bagi melegakan tekanan yang mereka alami.

    3.7. Menyanyi, menari dan menjerit.Anda boleh mengajak kanak-kanak melepaskan stress dengan nyanyian

    tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut. Pasangkan lagu yang

    rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh dan kurang

    tekanan. Menjerit juga salah satu cara yang dikatakan berkesan dalam

    mengurangkan tekanan. Bawa kanak-kanak ke tempat yang snyi dan minta

    mereka untuk menjerit sekuat hati. Namun begitu langkah ini tidak

    seharusnya dibiasakan kerana sekiranya kanak-kanak dibiasakan dengan

    jeritan kemungkinan untuk mereka tantrum adalah tinggi.

    3.8. Mencurahkan perasaan pada diari atau lukisan.Bila kanak-kanak merasa tanda-tanda tertekan akibat marah, sedih, kecewa

    dan sebagainya mintalah mereka untuk menuliskan segala-galanya di dalam

    diari. Mana kala bagi kanak-kanak yang belum mahir dalam menulis mereka

    diajar untuk melukis sebagai cara untuk meluahkan perasaan mereka.

    Berikan kebebasan kepada kanak-kanak untuk melukis dan menulis

    sepuasnya. Kadang kala kita boleh membaca personaliti dan perasaan

    kanak-kanak tersebut melalui tulisan dan lukisan yang dihasilkan.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    11/18

    11

    3.9. Luahkan pada sahabat karib atau orang terdekat.Bantu kanak-kanak untuk mencari sahabat atau orang yang dipercayainya.

    Kemungkinan dengan orang tersebut dia merasa selesa untuk meluahkan

    perasaan yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan tekanan dan

    stress yang dialami. Kemungkinan apabila kanak-kanak berkongsi masalah

    mereka dengan sahabat atau orang terdekat yang lebih berpengalaman dan

    dewasa masalah mereka akan selesai dengan mendengar pendapat, nasihat

    dan pandangan mereka.

    3.10. Meditasi atau bertakafur.Meditasi atau bertafakur dijalankan dengan guru, pengasuh, ibu bapa dan

    penjaga mengajak kanak-kanak melakukan penilaian semula terhadap

    pertuturan, perbuatan dan tingkah laku yang telah dilakukan. Secara

    bertafakur dan bertenang kanak-kanak akan dapat membuat pertimbangan di

    mana yang sepatutnya diperbaiki dan mencari punca timbulnya sesuatu

    masalah.

    3.11. Mengetahui had kemampuan.Kanak-kanak harus diberi pengetahuan dan kefahaman mengenai bila

    bermula dan sepatutnya berhenti serta dinasihatkan agar jangan terlalu

    memaksa diri mkereka melakukan sesuatu. Jangan biarkan kanak-kanak

    membuang masa kepada perkara yang mereka tidak mampu tanggung dan

    menyerahkanatau meminta bantu orang lain yang lebih layak atau mahir

    melakukan sesuatu kerja agar mereka tidak terus-terusan tertekan.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    12/18

    12

    3.12. Berusaha dan berserah.Ajar kanak-kanak tentang konsep bertawakal atau berserah. Ajar mereka

    untuk bertawakal kepada tuhan setelah mereka berusaha dengan sehabis

    baik. Minta mereka perbanyakkan perbuatan mahmudah (baik) dan

    menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta ditambah dengan amalan-

    amalan sunat. Jangan biarkan kanak-kanak terbelenggu dengan tekanan dan

    berusahalah untuk mendapatkan jelan keluar bagi setiap masalah.

    3.13. Bersantai.Setelah berusaha keras menjalankan tugas-tugas harian di taska, tadika,

    sekolah atau pun di rumah, bawalah kanak-kanak untuk mencari sedikit

    ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-

    mana sahaja tempat yang dirasai sesuai untuk memanjakan diri dan minda

    mereka. Selain itu lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan

    minda dan memberi keseronokan.

    3.14. Ambil mudah.Beritahu kepada kanak-kanak biar sebesar mana pun masalah dan dugaan

    yang diterima bahawa sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan

    fikiran. Sebagai seorang guru yang bijak, sesuaikan dan minta kanak-kanak

    untuk berhenti melakukan tugasan yang tidak dapat diselesaikan pada masa

    yang lain. Jangan terlalu membebankan kanak-kanak dengan tugasan

    sehingga menjejaskan kehidupan dan membuatkan mereka tertekan.

    3.15. Mengadu kepada kaunselor.Sekiranya kita tidak dapat membantu kanak-kanak dalam mengurangkan

    tekanan dan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak, bawa mereka untuk

    dapatkan bantuan kaunselor. Kaunselor dapat membantu proses

    penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil. Selain itu kaunselor

    dapat memberitahu apa yang mungkin kanak-kanak dan kita tidak sedar

    menegnai kanak-kanak di bawah jagaan kita.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    13/18

    13

    3.16. Berurut.Berurut boleh membantu malancarkan perjalanan darah dan urat yang

    tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan

    bertauliah dalam teknik pengurutan. Selepas berurt anda akan merasakan

    kelegaan pada tubuh badan. Berurut bagaimana pun kadang kala sedikit

    sakit, namun ianya mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan

    stress. Namun begitu urutan kanak-kanak dan bayi berbeza dengan urutan

    orang dewasa.

    3.17. Refleksologi atau akupuntur.Selain itu kanak-kanak boleh juga diajak untuk melakukan refleksologi kaki

    atau akupuntur. Melalui cara ini punca penyakit dapat dikenal pasti

    disamping dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan

    tekanan yang ditanggung. Cara ini merupakan salah satu cara yang sesuai

    bagi mengatasi masalah stress.

    3.18. Hypnosis.Menurut sesetengah orang proses hypnosis atau lebih dikenali sebagai

    pukau dapat membantu menangani stress. Kita boleh meletakkan kanak-

    kanak duduk dihadapan pakar dan kemudian pakar tersebut akan membawa

    kanak-kanak memasuki satu suasana yang indah, setelah itu kanak-kanak

    akan disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa

    disedari dan seterusnya kanak-kanak tersebut akan disuruh melontarkan

    masalah tersebut jauh-jauh. Apabila kanak-kanak itu sedar, dia akan berasa

    segar dan ringan tanpa masalah. Teknik ini sebenarnya adalah teknik

    bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang

    menganggu tanpa disedari.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    14/18

    14

    3.19. Terima keadaan seadanya.Sebagai orang yang rapat dengan kanak-kanak ajarlah mereka untuk jangan

    mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana

    tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan. Dalam keadaan ini

    ada baiknya kanak-kanak difahamkan bahawa adalah sebaiknya tidak terlalu

    mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya mereka tidak merasa

    terlalu kecewa apabila tidak dapat memperolehinya.

    3.20. Amalkan sikap dan gaya hidup yang sihat.Beritahu kepada kanak-kanak untuk bersikap terbuka dalam semua perkara

    dengan membuka minda dan bersedia dalam menerima dan berhadapan

    dengan masalah. Selain itu, sedar dan mensyukuri behawa segala yang

    berlaku adalah ketentuan Tuhan dan ada hikmah di sebaliknya. Gunakan

    kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan bagi mengatasi masalah

    mendatang. Semaikan amalan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan

    kanak-kanak dengan mengamalkan amalan mengambil makanan dan hidup

    secara teratur serta terurus dan janganlah melakukan kegiatan yang tidak

    sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

    Selain itu, sesi kaunseling juga mustahak untuk perseorangan, keluarga dan sekolah.

    Sesi kaunseling ini dapat membantu dalam mancari jalan penyelesai dalam mengatasi

    stress yang dialami. Sesi ini bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak sahaja, bahkan

    boleh melibatkan pihak ibu bapa bagi membantu kanak-kanak menangani stress dengan

    betul, menyediakan persekitaran dan perhatian yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pihak

    pengasuh, guru, taska, tadika dan sekolah juga boleh dilibatkan dalam sesi ini bagi

    menyediakan persekitaran yang positif keatas kanak-kanak.

    Pengambilan ubat juga dikatakan salah satu alternetif bagi menangani masalah

    tekanan dan stres dalam kalangan kanak-kanak, namun ianya hanya akan diberikan oleh

    pakar psikiatri.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    15/18

    15

    Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, sebenarnya masalah stress ini boleh

    dielakkan sekiranya ibu bapa dan pengasuh dapat menyediakan persekitaran yang positif

    ke atas kanak-kanak tersebut seperti :

    Membantu kanak-kanak menghadapi kehidupan yang positif. Memberi bantuan psikologi bila kanak-kanak itu menghadapi masalah. Menyediakan hubungan saling menerima, kemesraan, bertindakbalas dan

    saling percaya mempercayai.

    Tunjukkan contoh tauladan dan pengawasan yang baik. Memberikan perlindungan yang selamat, harmoni dan persekitaran yang

    sihat.

    Oleh kerana tekanan tidak dapat dielakkan, bebrapa cara boleh dilakukan ibu bapa

    dan orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan dengan efektif.

    Berikut pula adalah antara contoh cadangan bagi ibu bapa untuk membantu anak yang

    menghadapi tekanan :

    a) Bercakap secara langsung dengan anak anda apabila apabila anda dapatmengesan tanda-tanda bahawa anak anda mengalami tekanan seperti Mama

    nampak Man macam tak happy je. Ada apa-apa berlaku di sekolah tadi ke?

    b) Tunjukkan bahawa anda bersimpati , mengambil berat dan cuba memahamiperasaannya.

    c) Dengar apa yang akan diceritakan oleh anak anda. Dengar dengan penuhminat sabar, terbuka dan penuh rasa kasih saying. Cuba elak dari mencelah ,

    mengkritik atau menyalahkan atau memarahinya semasa dia bercerita. Tujuan

    adalah supaya dia dapat meluahkan perasaannya.

    d) Cuba dapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang cuba disampaikanoleh anak anda dengan bertanya soalan seperti kemudian apa berlakudsb.

    Beri masa pada anak untuk bercerita.

    e) Cuba beri komen ringkas tentang perasaan yang dialami oleh anakseperti..Memang patutlah adik sedih sebab adik tak dibenarkan main tadi ! Atau

    Patutlah adik marah sebab barang adik dah dirosakkan! Situasi ini

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    16/18

    16

    menunjukkan kepada anak anda bahawa anda memahami kenapa dia

    berperasaan begitu dan anda mengambil berat tentang dirinya.

    f) Bantu anak mengnalpasti perkataan yang sesuai untuk meluahkan persaanyang dialami seperti marah, cemburu, sedih, geram dan sebagainya.

    Menyatakan perasaan yang dialami secara lisan dapat membantu anak anda

    mengembangkan kemahiran Kesedaran terhadap emosi (emotional

    awareness) iaitu kebolehan mengenali emosi sendiri.

    g) Cuba alih perhatian anak anda dengan melakukan beberapa aktiviti yangboleh menggembirakannya.

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    17/18

    17

    LAMPIRAN

  • 7/23/2019 Stress dalam kalangan kanak-kanak

    18/18