Tekanan Emosi Dalam Kalangan Kanak-Kanak

19
TEKANAN EMOSI PADA KANAK-KANAK Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

description

: Tekanan Emosi

Transcript of Tekanan Emosi Dalam Kalangan Kanak-Kanak

  • TEKANAN EMOSI PADA

    KANAK-KANAKPensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

    Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

  • Tekanan Emosi di Kalangan Kanak-kanak Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak

    asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian.

    Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian mereka.

    Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut.

    Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu.

  • Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus dalam kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus dalam kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus dalam kalangan dewasa.

    Mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.

    Gangguan atau tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera.

  • Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan.

    Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas. Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atau rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.

    Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.

  • KESAN DAN IMPLIKASI EMOSI Gembira membantu kanak-kanak atau remaja berfikir

    bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkanmereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.

    Marah membantu mencari jalan bagaimana menghadapihalangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan danmengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geramdalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalanpenyelesaian.

    Takut rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikankeselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsangkanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.

  • Sedih Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusahalebih mendapat apa yang dicita, mencurahperasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

    Geli Selalunya dikaitkan dengan makanan, baudan pandangan, suatu yang semula jadimenjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hatiagar tidak terkena apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu merekamencari sebab mengapa mereka berperasaanbegitu.

  • Cemas Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanakberusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapimasalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindakproaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

    Malu Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilakuyang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkahlaku mereka sendiri.

    Rasa bersalah wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkah laku yang baik. Si kecil akanberusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaikmungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan danmenyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

    Rasa bangga tercetus bila seseorang kanak-kanak terasadihormati atau dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apayang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluangberkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

  • Mengikut Terri Mauro (2004)

    terdapat banyak faktor yang berkait dengangangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguanemosi dalam kalangan murid ialah persekitaransekolah, peristiwa dalam keluarga,pengaruh keluarga, pengaruh rakansebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.

  • PERSEKITARAN SEKOLAH

    Gangguan emosi dalam kalangan murid

    berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidakkondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan didalam kelas yang bolemewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin.

  • PERISTIWA KELUARGA Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan

    menjadi punca murid mengalamigangguan emosi.

    Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkanperubahan yang besar dan penyesuaian dalamkehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkinbersifat positif atau negatif dan melibatkan dirisendiri atau orang yang tersayang.

    Contoh peristiwa hidup yang negatif adalahpenderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan,

    dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

  • KEKURANGAN KASIH SAYANG Kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh ibu

    bapa kanak-kanak juga salah satu penyebab kenapa kanak-kanak mengalami gangguan emosi.

    Kasih sayang akan menberikan impak yang besar kepada emosi kanak-kanak yang sedang membesar yang sentiasa menginginkan tumpuan dan kasih sayang yang mencukupi.

    Kasih sayang yang cukup akan membuatkan semosi kanak-kanak menjadi stabil dan akan membuatkan mereka menjadi sangat gembira dan selesa dalam kehidupan seharian mereka.

  • PIHAK GURU Tindakan guru yang tidak memahami masalah

    anak ini mungkin akan mengabaikannya begitusahaja tanpa memberikan perhatian , sokongandan bimbingan.

    Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian, kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif, sering mengacau kanak -kanak lain danmerayau -rayau sesuka hatinya.

    Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskanprogram -program yang telah diaturkan di tadikaatau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebeginiperlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagimengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatanyang dimlikinya.

  • Oleh sebab tekanan tidak dapat dielakkan, beberapa cara boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan dengan efektif. Berikut beberapa cadangan bagi membantu anak menghadapi tekanan:

    Bercakap secara langsung dengan anak anda apabila apabila anda dapat mengesan tanda-tanda bahawa anak anda mengalami tekanan seperti Mama nampak Man macam tak happy je....ada apa apa berlaku di sekolah tadi ke?

  • Tunjukkan bahawa anda bersimpati , mengambil berat dan cuba memahami perasaannya.Dengar apa yang akan diceritakan oleh anak anda. Dengar dengan penuh minat sabar, terbuka dan penuh rasa kasih saying. Cuba elak dari mencelah , mengkritik atau menyalahkan atau memarahinya semasa dia bercerita. Tujuan adalah supaya dia dapat meluahkan perasaannya.

    Cuba dapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang cuba disampaikan oleh anak anda dengan bertanya soalan seperti kemudian apa berlakudsb. Beri masa pada anak untuk bercerita

  • Cuba beri komen ringkas tentang perasaan yang dialami oleh anakseperti.. Memang patutlah adiksedih sebab adik tak dibenarkan main tadi ! AtauPatutlah adik marah sebab barang adik dahdirosakkan! Situasi ini menunjukkan kepada anakanda bahawa anda memahami kenapa diaberperasaan begitu dan anda mengambil berattentang dirinya.

    Bantu anak mengnalpasti perkataan yang sesuaiuntuk meluahkan persaan yang dialami.....sepertimarah, cemburu, sedih, geram dan sebagainya. Menyatakan perasaan yang dialami secara lisan dapatmembantu anak anda mengembangkan kemahiranKesedaran terhadap emosi (emotional awareness) iaitu kebolehan mengenali emosi sendiri.

    Cuba alih perhatian anak anda dengan melakukanbeberapa aktiviti yang boleh menggembirakannya.

  • KESIMPULAN Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak-kanak tanpa

    mengira usia. Manifestasi yang ditunjukkan berbeza-beza mengikut tahap perkembangannya. Ibu bapaperlu memahami dan mengenali ciri-ciri tekananemosi dalam kalangan anak-anak tersebut.

    Kadangkala, keluhan dalam kalangan kanak-kanak ituperlulah diperiksa dengan teliti supaya segala puncaboleh dikaitkan dengan penyakit organik dapatdikenal pasti sebelum perhatian ditumpukan kepadamasalah psikososial kanak-kanak itu.